Sabtu, 16 Ogos 2014

Pencuri Hati Vs Penembak Cinta-Bab 17


PANDANGAN dihalakan ke luar tingkap. Telinga peka mendengar bait-bait lagu Short Skirt Long Jacket. Lagu yang Gun tujukan khas untuk Maira. Mendengar dengan teliti daripada hati seorang perempuan. Membayangkan Gun yang sedang menyanyikan lagu berkenaan untuknya. Kalau ikut maksud, bermakna Gun suka Maira. Short skirt, long jacket... memang itulah gayanya. Gun suka dia ke?
“Apa yang you suka sangat dengan lagu tu? Dari tadi lagi asyik ulang dengar. Sampai I nak on radio pun tak bagi...”
Teguran seseorang di sebelahnya mengejutkan Maira. Seronok sangat menghayati sehingga terlupa encik tunang berada di sebelah. Berada di dalam kereta pula tu.
Best la... Cuba you dengar lirik dia. Dapat bayangkan sesiapa tak...”
“Tak pun. Best apa, lagu ketinggalan zaman,” jawab Fatah bersahaja.
“You ni... cuba dengar dari sudut hati seorang perempuan...”
“I lelaki la, my dear. Macam mana nak dengar dari sudut seorang perempuan?”
Emmm... tak apa la. Abaikan.” Kecewanya. Kenapa Fatah langsung tak peka dengan lirik lagu berkenaan. Atau Fatah memang tak perasan akan imej yang sering ditonjolkan dirinya.
Darling...”
Yup.”
“Bila you tengok I, apa yang you dapat labelkan tentang diri I?” soal Maira. Sudah mula nak menguji.
“Label... Of course cantik. Seksi.”
“Itu aje?” soal Maira mula kecewa.
Yeah... Why, sayang?”
“Nothing...”
Sabar, Maira. Jangan nak samakan semua lelaki.
“I hantar you pergi sekolah dulu ek? Hari ni last day right? Balik nanti I jemput, kita pergi makan. Then, I ada nak bagi you something.”
Alright. Apa yang bunyi macam special sangat tu?”
“Adalahhh... Wait and see. Surprise.
Wowww... I like...
Jangan jadi macam Gun semalam sudahlah. Pergi belanja makan konon. Akhirnya terpacak dia di tepi kolam renang. Ikutkan boleh saja dia meninggalkan Gun di situ. Tetapi hatinya yang berkeras masih mahu melihat Gun yang kelihatan sungguh memikat. Dan hatinya yang degil tidak mahu melarikan mata.
Makan pun hanya di rumah Gun. Belanjalah sangat. Ikutkan hati mahu sahaja dia bom Gun. Tetapi terpandangkan sahaja pemandangan di meja makan, hatinya diserang salji mendamaikan. Daddy dan mummy Gun yang tersenyum manis mengalu-alukan kedatangannya. Sangat ramah dan begitu menghormati dirinya. Sehingga dia merasa seperti berada di dalam keluarga sendiri. Langsung tidak kekok.
Mummy Gun yang begitu cantik dan lembut, memang klon Fetty seratus peratus. Daddy Gun yang masih kelihatan segak seperti langsung tidak dimamah usia. Melihat Dini dan Kit yang kelihatan begitu akrab dengan keluarga berkenaan membuatkan Maira tidak berasa terasing. Gun yang berubah menjadi manja apabila berdepan dengan mummynya, mengundang rasa geli hati Maira. Mungkin inilah sisi sebenar Gun. Menjadi tegas hanya apabila daddy dan mummynya tiada. Kerana dia perlu melindungi Fetty. Gun... awak dah buat hati saya makin menyenangi awak sekeluarga.
“Sayang...”
“Huh?”
“Kita dah sampai ni. Berangan apa ni? I panggil pun tak sedar.” Fatah mencubit sedikit pipinya.
Maira yang baru tersedar membuang pandang ke luar tingkap. Kini mereka betul-betul sudah berada di hadapan pintu pagar sekolah.
“Maaf... I pergi dulu. Jumpa tengah hari nanti ya.”
Cepat Maira melangkah keluar kereta. Menghilangkan rasa bersalah kerana sempat teringat kepada lelaki lain ketika bersama tunang sendiri. Kalau Fatah tahu ni, mahu dia tidak jadi pergi ke Moscow. Kahwin terus!


Maaf sayang. I ada hal penting. Kita jumpa malam nanti. Apa-apa I text you. -Fatah

MESEJ yang dihantar Fatah ke telefon bimbit, Maira baca untuk kali kedua. Itulah Fatah, kalau berkaitan hal kerja, Maira pun dilupakan. Namun itulah yang membuatkan Maira bangga mempunyai tunang seperi Fatah. Seorang yang sangat bertanggungjawab dalam segala hal. Tidak bersikap mengambil mudah.
Kaki melangkah lemah ke tempat meletak kenderaan. Baru beberapa langkah, otaknya tiba-tiba mencerna sesuatu.
“Alaaa... mana ada kereta. Nak balik dengan apa pula ni...” Baru teringat, pagi tadi Fatah yang mengambilnya di rumah.
Hmmm...” keluh Maira sendirian.
Pandangan dilontarkan ke arah bangunan sekolah berwarna ungu putih di hadapannya. Empat tahun, pasti dia akan merindui segala kenangan manis selama dia mengajar di sekolah berkenaan. Baru berkira-kira mahu menelefon Sabrina untuk menjemputnya, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelahnya.
“OMG... Alfa Romeo Spider...” desis Maira perlahan. Liur ditelan, seperti tidak percaya kereta impiannya boleh terhidang di hadapan mata.
Pintu kereta sport itu dibuka dari dalam. Melihat sahaja figura yang melangkah keluar dari kereta berkenaan membuatkan Maira rasa seperti nak buat lompat bulan. Handsomenya... Gila ni... memang dah gila ni...
“Gun? Awak ke? Saya ingatkan siapa...”
“Kenapa? Frust? Kau mengharapkan anak raja yang berhenti depan kau... tapi anak Raja Gopal yang keluar.” Gun bersandar di pintu kereta.
“Jahat. Emmm, kereta ni...”
Mata difokuskan kepada kereta merah berkilat di hadapannya. Cantiknya... ini kalau jadi buah hati, mesti dia sayang seperuh mati. Eee...
“Kereta yang kau nak sangat. Semalam bukan main cakap kan? Sekarang jangan nak buat muka tak percaya pula. Ini bukan rancangan Betul Ke Bohong.”
“Huh?! Bagi saya ke? Biar betul ni?! Hadiah untuk saya ke...” jerit Maira tidak percaya.
Bulat matanya memandang ke arah Gun. Baiknya hati Gun... sanggup bagi hadiah semahal ini. Huhuhu... sentap...
“Jangan perasan sangat la.” Gun menjentik dahi Maira.
Auwww...” Tangan menggosok-gosok bekas jentikan Gun. Bukan sakit pun, saja nak tutup malu.
“Ingat aku ni taukey minyak ke, sampai nak bagi hadiah kat orang semahal ni? Kereta ni aku bawa sebab semalam kau yang bersungguh-sungguh suruh aku bawa. Merungut sebab naik kereta buruk aku tu. Ini kira sebagai memenuhi permintaan terakhir kau la,” jawab Gun senada. Tidak beriak.
“Eleh... memanglah bukan taukey minyak. Tapi taukey lombong...” Perlahan Maira mengomel.
“Itu my dad. Bukan aku.”  
Maira tersengih malu. Telinga lintah betul, dengar aje apa yang dia cakap. Nasib baik tak boleh baca isi hati dia yang tengah kecewa menonggeng sebab tak dapat hadiah kereta sport.
“Nah...”
“Apa?” Berkerut dahi Maira memandang ke arah kunci kereta yang diangkat tinggi oleh Gun. Betul-betul di hadapan matanya. Naik juling biji mata dia melihat. Tadi kata bukan hadiah, tapi sekarang hulur kunci pula.
“Bawa la. Semalam nak sangat. Buat-buat blur konon.”
Terkebil-kebil Maira memandang ke arah kunci kereta yang digoyang-goyangkan di hadapan matanya. Ini bukan buat-buat blur, tapi memang tengah blur pun. Maira bawa kereta sport yang hot ni? Biar betul...
“Nak ke tak nak ni? Kalau tak nak, emmm...” tekan Gun dengan suara yang sengaja dileretkan.
“Haruslah!!! Gilaaa tak nakkk!!!” Pantas Maira merampas kunci dari tangan Gun. Melonjak riang.
Tubuh Gun yang bersandar di pintu kereta ditolak ke tepi. Cepat dia membuka pintu kereta.
Gediksss!” ucap Gun diiringi ketawa kecil.
Maira yang sudah masuk duduk di tempat pemandu hanya ketawa girang. Gedik pun dia tak kisah... asalkan dapat pegang Alfa Romeo. Mahu tak tidur dia malam ni... Oh my... handsomenya kereta ni. Tuan kereta pun handsome... Ahaksss...
“Awak percaya ke dekat saya, bawa kereta mahal awak ni?” soal Maira sambil menghidupkan enjin kereta.
“Kalau jadi apa-apa, susah apa, aku claim la dekat  tuan punya sekolah ni, ayah kau. Kalau tak, sebagai ganti rugi, biar aku kahwin aje dengan anak dia yang perasan lawa sebelah aku ni.” Gun melirik tajam ke arahnya.
“Eleh. Tak malunya dia. Siapa entah nak kahwin dengan pistol expired macam dia tu...” Maira menyengetkan bibir. Seronok mengusik lelaki itu. Bukan senang nak tarik perhatian lelaki keras macam Gun ni.
“Berlagaknya dia... Jangan nanti, merayu-rayu. Menangis-nangis. Tergolek, terlentang nak kahwin dengan aku pula. Time tu, aku buli kau cukup-cukup.”
In your dreams. Saya hanya sayang mister handsome saya seorang aje. Awak bukan handsome pun. Awak tu mister naughty.” Makin seronok pula Maira mengenakan Gun.
“Okeylah tu, mister naughty memang la sesuai dengan mrs. naughty. Tak gitu...” Gun melirik ke arahnya sambil mengerdipkan mata. Menggoda.
“Kita nak pergi mana ni?” soal Maira bagi menghilangkan gugup yang tiba-tiba datang. Terhenti sekejap nafasnya melihat pandangan sisi menggoda Gun.
Up to you. Aku ikut aje. Hari ni, anggap aje cik merah ni kau punya. Aku akan duduk diam-diam. Terjun laut pun aku ikut.”
Maira ketawa kecil. Pandai juga Gun berjenaka. Ingatkan keras tahap batu kerikil. Rupa-rupanya keras macam batu bata aje. Cermin pandang belakang diperbetulkan. Melihat sahaja wajahnya di cermin, sepantas kilat Maira menyelongkar beg tangan. Mencalit lipstik warna merah jambu lembut ke bibirnya. Pandangan Gun yang masih merenungnya tidak dipedulikan.
No! Not this car, okay. Habis kereta aku kau nak bagi kiss.” Tidak jadi Maira ingin melihat cermin apabila selesai mencalitkan lipstik apabila Gun pantas menutup cermin berkenaan.
“Dari kau asyik nak kiss kereta aku, lebih baik kau kiss tuan dia aje. Berbaloi juga. Memang habit kau ke... nak buat label bibir kau yang tak berapa seksi tu kat semua kereta yang kau jumpa?”
“Bila pula saya kata nak kiss? Saya cuma nak tengok lipstik saya okey ke tak. Tadi macam dah pudar. Dah tak cantik, sebab tu saya tambah. Perasan betul awak ni, ingat saya ni dah tak betul sangat ke? Kiss saya tu not for sale tahu tak? Limited edition. Saya dah bagi kiss kereta awak pun dah kira okey, tuan dia jangan nak bising-bising. Tak hingin saya nak kiss awak,” keras Maira menjawab. Geram kerana asyik ditembak oleh ayat-ayat Gun sedari tadi.
“Tak hingin konon. Tapi kalau time nak touching tu, aku ni juga yang kau peluk tak nak lepas...”
“Mana ada!” Pandangan dilarikan. Tidak sanggup untuk menatap mata hitam Gun yang merenung lembut ke arahnya. Malunya apabila teringat peristiwa di belakang dewan tempoh hari.
“Jalan la. Nak tunggu apa lagi kat sini. Bukan best pun bawa kereta setakat duduk setempat. Let’s drift!” Gun menolak sedikit bahu Maira apabila gadis itu masih diam membisu.
“Okey. As you wish, my dear!!!”
Brek tangan diturunkan. Serentak itu juga gear dimasukkan dan pedal minyak ditekan kuat. Mengaum kuat enjin kereta merah berkilat itu menghala ke pintu pagar sekolah. Berdecit bunyi tayar.
No problem, my love...” Selamba Gun menjawab sambil mengenyitkan mata. Langsung tidak kelihatan takut atau risau sekiranya kereta mewah itu kemik di mana-mana.
Akhirnya setelah membelasah kereta Gun sepuas hati, Maira memberhentikan kereta di Tasik Putrajaya. Tempat yang sama Gun membawanya semalam.
Keluar dari kereta, mereka sama-sama bersandar di bonet kereta. Saling berpandangan. Hanya mata yang berbicara. Seketika kemudian, Maira ketawa kecil. Berhenti sekejap sambil memandang Gun yang berada di sebelahnya. Rapat. Sehingga bahu bersentuh bahu. Gun juga turut memandang ke arahnya dengan bibir yang sedang menahan ketawa. Akhirnya ketawa kuat mereka kedengaran. Mujur juga tengah hari itu cuaca tidak panas dan kelihatan mendung. Menunggu hujan yang akan turun pada bila-bila masa.
“Gila...” ringkas ayat Gun setelah tawa mereka sedikit reda. Namun bahu Gun masih lagi terhenjut-henjut seperti sedang mengawal ketawa.
“Tak pernah I buat perangai luar batasan macam ni. I feel so free. Hahhh... lega...”
Maira menarik nafas sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Satu kelegaan yang sukar dia gambarkan. Dada terasa lapang seperti hilang segala rasa gundah dan sedih untuk meninggalkan bumi Malaysia.
“Konon. Bukan kau memang kaki drift ke? Sampai Honda aku tu pun boleh kalah dengan kereta antik kau tu.”
“Itu pun first time sebenarnya. Saya hanya akan jadi gila bila jumpa awak aje. Sebab awak ketua gila.”
Kali ini Maira hanya tenang sahaja apabila Gun menggelarkan keretanya begitu. Mungkin kerana sudah faham akan perangai Gun yang memang gemar menembak dengan ayat yang menyakat.
“Yalah tu. Entah-entah kau memang kaki lumba haram.”
“Awak tengok saya ni memang ada gaya ganas macam tu ke? Tak adalah...”
Ya betul. Dia hanya menjadi begitu hanya apabila bersama Gun. Selama ini dia begitu menjaga persona dirinya. Si pencuri hati lelaki. Tetapi apabila dengan Gun, dia seperti bebas melakukan apa sahaja. Dia lagi selesa menjadi dirinya yang sebenar. Kalau dia buat perangai menggoda nanti, mulalah Gun melancarkan serangan peluru berpandu.
“Kau akan nampak lebih seksi bila kasar macam tu. Tak ada cover-cover cantik, tak perasan lawa, tak menggedik. Ini karang aku rasa macam nak campak kau masuk lombong aje bila kau buat perangai lintah macam tu.”
Maira menjeling tajam mendengar ayat Gun. Tahulah anak taukey lombong, sesuka hati nak campak dia masuk ke dalam lombong.
“Saya dah dengar lagu semalam.” Sekilas dia memandang ke arah Gun. Ingin melihat maklum balas lelaki itu.
“Oh yeah? Good.”
Itu aje? Tanyalah lebih lagi...
“Saya dah dengar lagu tu melalui hati seorang perempuan.” Sekali lagi wajah Gun dipandang. Masih tenang tidak beriak. Sesekali kelihatan Gun membetulkan rambutnya yang jatuh ke dahi.
“Awak memang suka perempuan yang macam dalam lagu itu ke?” soal Maira apabila dilihat Gun hanya mendiamkan diri.
“Itu hanya lagu. Tak dapat nak menerangkan apa yang tersirat dalam hati. Tak bagi makna apa-apa pun.”
Hampa. Itu yang dia rasa apabila mendengar jawapan Gun. Kenapa? Masih mengharapkan hati Gun turut berjaya dicurinya?
But... Emmm, yeahh you look so great dengan berpakaian macam tu. Macam sekarang.”
Maira menundukkan wajah. Melihat pakaian yang tersarung di tubuhnya. Skirt kembang paras lutut digayakan dengan kemeja lengan panjang. Ringkas dan selesa untuk bergerak. Memang sejak dahulu itulah pakaian yang biasa dipakainya.
Thanks...”
Great? Maksudnya dia hebatkah di mata lelaki itu? Hisy... kenapa la Gun ni tak cakap terus terang aje?
“Kau pernah pakai tudung tak?”
Soalan Gun membuatkan liur rasa tersekat di kerongkong. Dipandang sekilas ke arah Gun yang merenungnya lembut. Baju kurung pun hanya setahun sekali pakai. Itu pun masa hari raya. Inikan pula nak pakai tudung. Mustahil sangatlah pula nak pakai tudung dengan baju macam dia pakai sekarang ini.
Nope,” jawab Maira pendek. Malu.
“Umi cakap, rambut perempuan tu aurat. Kenapa kau tak pakai? You must look so beautiful when you wear the scarf. I can imagine that. Mesti kau nampak cute gila kan?”
Renungan lembut Gun dipandang lama. Mata hitam itu menikam terus ke dalam matanya. Merenungnya tepat. Dengan alunan suara yang lembut. Alahaii Gun... janganlah awak betul-betul curi nyawa saya.
“Saya tak cute ke kalau macam sekarang ni?” Soalan dilontarkan. Malu untuk berbahas soal aurat dan tuntutan agama.
“Kenapa? Lagi suka berimej penggoda ya? Gedik betul...” Senyum senget Gun dibalas dengan jelingan. Ini perli ke apa? Tak habis-habis panggil dia gedik.
So mengaku la sekarang saya memang menggoda?” Ingat Gun saja pandai menembak. Maira juga pandailah.
Soalan tidak berjawab. Hanya senyuman kecil yang Gun ukirkan. Gun, kenapa suka sangat senyum macam tu? Saya perlukan jawapan, desis Maira dalam hati.
“Ada nak pergi mana-mana tak lepas ni?”
Maira hanya menggeleng sebagai menjawab persoalan daripada Gun.
“Teman aku pergi berenang.”
“Berenang lagi? Semalam kan dah. Hari-hati nak berenang, kecut urat-urat tu nanti.” Pandangan pelik dilontarkan ke arah Gun.
“Mana ada istilah macam tu. Pandai-pandai aje kau ni. Jomlah... sekejap aje.”
“Awak memang suka berenang ke?”
“Tak.”
“Huh? Habis tu kenapa nak berenang hari-hari?” Makin berkerut dahi Maira. Pelik.
“Aku suka air.”
Jawapan ringkas Gun mengundang ketawa Maira. Geli hati dia mendengar ayat Gun. Suka air? Apa ke pelik sangat lelaki seorang ni?
“Suka pula dia. Betullah. Setiap kali berada dalam air, hati aku rasa tenang. Aku rasa bebas,” terang Gun tanpa perlu dipinta.
Maira tersenyum lebar. Tanpa sedar, Gun sudah banyak berkongsi tentang hidupnya.
“Kalau macam tu, kenapa tak buat aje rumah dalam air? Entah-entah awak ni putera duyung kut...”
“Main-main pula. Jomlah... please...” Gun sudah buat muka kesian. Alahai, mahu gugur jantung tengok muka comel tu.
“Yalah... Jom.”
Laju Maira menuju ke kereta. Wah, boleh la bergaya sakan lagi dengan sports car ni. Alang-alang dapat membelasah, apa kata dia hentam cukup-cukup? Gun pun nampak tidak kisah. Bahagianya kalau hari-hari macam ni...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan