Khamis, 11 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 04


            PUAS duduk dia berdiri. Puas berdiri dia berjalan pula. Tangan naik bercekak pinggang. Rambut yang terjuntai jatuh di dahi dia tolak kasar. Kepala kemudian berpusing ke belakang.
“Korang tak rasa ke ini kerja bodoh?” Soalnya kepada dua orang sahabat yang sedang leka menonton TV.
Saiful dan Faez mengangkat wajah. Ahqaf dengan wajah yang masam mencuka dipandang pelik. Sudahlah dari tadi tak reti diam. Macam orang sembelit.
“Apa yang bodoh?” Faez angkat kening. Air di dalam gelas dia teguk sekali.
Ahqaf julingkan mata. Kemudian langkah kaki dibawa ke hadapan TV. Dengan selamba remote diambil dan TV automatik gelap.
Faez pandang Saiful. Kemudian kembali memandang Ahqaf. “Dah kau kenapa? Tak pasal je nak off tv tu?” Soal Faez tidak berpuas hati.
“Entah. Dengki!” Saiful juga buka mulut.
“Come on guys! Apa yang menarik sangat hadap kotak buruk ni. Let’s go out and have fun!”
Faez rebahkan badan ke atas karpet. Berbaring malas. Tak pasal TV tu digelarkan kotak buruk. Dengan Ahqaf ni langsung tak boleh nak bersenang lenang. Lincah bukan main. Semput dia dibuatnya.
“Aku penat. Nak rehat.”
“Setiap hari pun rehat kau tu.” Ahqaf berdiri dengan wajah tidak puas hati di hadapan kedua sahabatnya itu.
Saiful adalah sepupunya. Anak kenapa adik mamanya. Umur mereka memang jauh berbeza. Namun inilah sahaja sahabatnya yang boleh dipercayai. Faez pula adalah anak kepada salah seorang kawan papanya. Dia jarang sangat balik ke Malaysia. Memang tak ada kawan ramai pun.
“Oh, please! Aku hari minggu ini aje la nak rehat. Hari lain tu aku kerja tau. Kau yela, kehulu kehilir dengan Mr. Aston tu.” Balas Faez.
Mr.Aston adalah kereta kesayangan yang dimiliki oleh Ahqaf. Mudah betul jadi sahabatnya itu. Hidup tak payah nak fikir benda lain. Hanya fikir untuk enjoy.
“Kau tak nak sudah. Jom, Epul.” Kali ini wajah Saiful pula yang menjadi tumpuan Ahqaf.
Sepupunya itu baik sikit kalau nak dibandingkan dengan Faez. Tak banyak cakap. Tak reti melawan.
“Pergi mana?”
“Keluar la. Duduk rumah je buat apa. Boleh jadi bodoh aku dibuatnya.”
“Kau tak reti penat ke Aqaf? Kan tak sampai sejam pun lagi kita balik rumah.”
“Yeke sejam? Bukan lebih?” Berkerut kening Ahqaf. Dia rasa macam dah lama sangat. Dia bukannya boleh kalau setakat duduk menghadap TV. Mulanya punggung dia panas.
“Sudah la tu aqaf. Malam nanti kita keluar pulak. Sekarang ni kau duduk jdiam-diam dulu.” Faez bersuara dengan mata terpejam.
Ahqaf bulatkan mata. Orang ajak keluar boleh pulak dia tidur. Kenapalah kawan-kawan dia ni pasif sangat.
“So tak nak la ni?” Kali ini Ahqaf sudah bergerak ke arah meja konsol di tepi pintu. Kunci kereta diambil.
Faez angkat sedikit kepala melihat ke arah Ahqaf.
Saiful pandang Faez. Menghantar pandangan bermaksud yang mereka kena ikut Ahqaf. Itu budak sangat bahaya kalau dibiarkan keluar seorang diri. Dia kenal sangat dengan perangai sepupunya itu. Ketua kepada segala jenis kepala angin.
“Aku keluar sendiri.” Putus Ahqaf kemudian pantas menarik tombol pintu. Lembab. Bukan jenis dia nak menunggu.
“Aqaf. Wait.” Saiful bangun. Punggung Faez yang sedang berbaring dia tepuk sekali.’
“Bangun la weh!” Arahnya kepada Faez. Dompet di atas meja kopi dia capai.
“No! Stay there. Berani ikut,  merasa la makan kaki aku.” Penuh ketegasan Ahqaf memberikan amaran. Tadi tak nak ikut sangat. Duduk je hadap TV tu sampai muntah. Tak kuasa dia nak melayan. Bukannya dia jenis nak memujuk.
Dia lelaki! Alone tu lagi best sebenarnya. Tapi hari ini dia tak nak alone. Dia nak pergi kacau Si Leopard. Itu best! Agresif dan cepat bertindak balas. Enjoy sikit hati dia.
Sementara itu Faez dan Saiful terdiam kaku. Masing-masing tidak berani membuka langkah. Ahqaf kalau dah dia kata macam itu. Jangan berani-berani nak bantah. Memang akan merasa la makan kaki. Silap-silap pakej sekali dengan lutut.


Selesai menyimpan baki duit di dalam beg. Cekap tangan anggerik mengeluarkan Ais krim dari plastik. Magnum! Yummy! Memang setiap hari minggu kalau dia yang bertugas menjaga kaunter. Inilah rutinya apabila balik kerja. Klinik Dr.Maira memang dibuka setiap hari minggu. Sehingga pukul 1 tengahari. Khas untuk mengambil ubat sahaja.
            Sedang enak menikmati aiskrim di tangan. Langkahnya terhenti. Figura yang sedang berdiri di hujung blok sana menarik minatnya. Mister bad guy? Cepat Anggerik membuka langkah seribu. Sebelum hari dia bertukar bad day. Baik dia cabut.
            Ahqaf senyum. Lucu melihat reaksi Anggerik. Lari kononnya. Macamlah dia tak nampak. Kalau sudah itu tujuan dia datang kemari. Haruslah mata dia akan cekap mengesan suspek. Tak apa. Main lari-lari ni lagi dia suka. Langkah di atur panjang.
            “Hai ladies...” Tidak perlu bersusah payah si gadis sudah berjaya dia pintas.
            Terjerit Anggerik dibuatnya apabila Ahqaf sudah berdiri teguh di hadapannya. Santai dengan Tshirt putih dan kaca mata hitam. Mujur juga ada kaca mata hitam itu yang menghalang. Kalau tidak memang dia boleh mati berdiri. Tidak sanggup untuk melihat pandangan jahat mata hazel itu.
“Awak ni meroyan betul la! Tak ada kerja?” Jerkahnya geram. Tak boleh ke biar dia hidup senang.
“Meroyan? What’s that?” Soal Ahqaf kebingungan. Perkataan apa yang Anggerik gunakan ni. Mencarut agaknya.
“Meroyan tu maksudnya handsome sangat...” Sengaja Anggerik jawab dengan menyengetkan bibir ke kiri dan kanan. Mengejek. Bodoh betul. Itulah duduk lagi negara orang lama-lama.
“Ada ke yang memuji orang yang dia tak suka?”
“Ada je!”
Ahqaf tarik senyum lebar dengan kepala yang terangguk-angguk. Gotchaa! Dia bukannya bodoh sangat. Anggerik nak memuji dia. Jangan harap. Ini mesti Anggerik cakap yang tak elok pasal dia.
“Sedap aiskrim.”
Melopong mulut Anggerik sebaik sahaja Magnum bertukar tangan. Hanya dua kali gigit. Selamat aiskrim dia dibaham naga kepala besar.
“Nah!” Dan seperti orang bodoh juga Anggerik menyambut batang aiskrim yang dihulurkan Ahqaf. Hantu punya Umar Ahqaf!
“Nak pergi mana?” Tanpa mempedulikan wajah merah padam Anggerik. Ramah Ahqaf menyoal. Langsung tidak punya rasa bersalah.
Batang aiskrim tadi Anggerik campak ke dada Ahqaf. Tanpa mempedulikan soalan yang diberikan. Dia terus membuka langkah. Pertama kali dia jumpa dengan orang yang kurang di ajar. Orang macam ni memang tak boleh nak buat baik. Jenis manusia tak sedar diri.
“Wait!” Cekap juga Ahqaf menyambar lengan Anggerik.
Tercabar dirinya apabila Anggerik bertindak kasar seperti itu. Soalannya juga dibiarkan sepi. Satu lagi mengenai Umar Ahqaf. Setiap soalan harus ada jawapannya. Kalau tak ada jawapan. Kena juga adakan jawapan. Dia tak peduli.
“See what you have find to my Tshirt!” Kepala yang berpaling ke arah lain itu ditariknya.
Anggerik meronta kuat. Suka hati je nak pegang-pegang dia. Lengan yang menjadi mangsa tangan Ahqaf itu juga dia tarik. Cukuplah tempoh hari dia dipegang sesuka hati. Tapi bukan hari ini atau hari seterusnya.
“Do you think I care? No! Memang padan dengan muka awak.” Balas Anggerik berani. Senyuman mengejek dia ukirkan. Baju yang menjadi mangsa batang aiskrim tadi dia pandang. Alah! Secoit aje pun kotornya. Gaya macamlah dia dah bakar baju tu.
“Well. I like perempuan yang garang ni. Mencabar. Boleh diajak bergusti. Syok!”
Anggerik ketawa mengejek. Entah apa punya perangai la Ahqaf ni. Dengan dia pun boleh diajak bergusti. Bukan jenis dia nak kasar-kasar. Tapi bukan jenis dia juga nak lembut-lembut. Hanya bila berdepan dengan Ahqaf dia jadi kasar. Kadang-kadang juga boleh jadi lemah lembut. Ini sebab Ahqaf perangai bukan serupa orang. Tapi Alien!
Kalau dia berlembut. Ahqaf akan bertindak diluar batasan. Sebab itu dia kena berkeras. Takkan nak biar diri sendiri jadi mangsa buli. Sekarang ni dia tak kira dah siapa Umar Ahqaf ni. Dia kena pertahankan hak diri dia.
“Awak tolong jangan nak kacau saya lagi. Pasal hari tu saya minta maaf. Okey. Selesai?”
“Tak!”
Anggerik pegang dahi. Apa lagi yang dia nak buat suapaya Ahqaf ni faham. Setakat hal kecik macam tu pun nak lebih-lebih. Bukannya dia dah memalukan Ahqaf satu Malaysia pun.
“Ikut suka awak la! Yang penting saya dah minta maaf. Jangan kacau saya lagi. Faham!”
“Tak.” Sekali lagi Ahqaf menggeleng dengan perasaan tidak bersalah.
“Awak ni nak apa sebenarnya?!” Naik seoktaf suara Anggerik. Hilang sabar betul kalau dia berdepan dengan lelaki seorang ni.
“Tak ada apa. Saja je. Suka-suka.”
“Awak ingat awak ni siapa nak kacau hidup saya?”
“I am Doktor Maira’s son...”
“Just son. Bukannya bos saya pun.” Jawab Anggerik berani. Tangan di bawa bersilang ke dada. Wajah dipalingkan ke tepi. Menyampah!
Dari sebalik kaca mata hitamnya. Ahqaf mengecilkan mata. Tidak percaya dengan kata-kata berani Anggerik. Inilah sebab kenapa dia suka perempuan ni. Tak bosan hidup dia.
“Okey! Then I will be your bos. Immediately!” Tiba-tiba tercetus idea nakal difikirannya.
Mungkin ini adalah salah satu hiburannya di sini. Kalau tidak cepat kaki dia nak melangkah balik Ireland. Alang-alang dah ada sesuatu yang menyeronokkan ni. Baik dia teruskan.
“Huh?” Tidak terkata Anggerik dibuatnya.
Apa maksud Ahqaf tadi. Jadi bos dia? Ahqaf ni pun doktor juga ke. Lelaki di depannya dia pandang atas bawah. Langsung tak ada ciri doktor. Kalau betul rasanya makin ramai orang yang mati. Doktor yang sangat menyakitkan hati.
“Aku handsome sangat ke? Suka ye aku akan jadi bos kau?” Ahqaf perasan mata Anggerik asyik menelitinya atas bawah. Dia juga begitu. Ralit memerhatikan gadis dihadapannya kini. Mulut yang sedikit melopong itu mengamit akal nakalnya.
Kalau dia cium Si Leopard ni. Agak-agak dia kena saman tak? Leopard ni jenis mengigit ke tidak la agaknya.
“Perasan!”
“Tak payah nak pandang. Kau nak tengok apa. Cakap. Aku boleh tunjuk.”
Terjerit Anggerik sebaik sahaja melihat Ahqaf yang selamba menarik Tshirtnya ke atas. Mata ditutup dengan tangan.
“Gila!” Marah anggerik sebelum mencicit lari. Tak tahu malu betul budak Ahqaf ni. Kenapa mesti dia yang menjadi mangsa usikan lelaki itu. Tidak faham betul.
Ahqaf ketawa kecil. Thsirt yang tersingkap ke atas dia turunkan semula. Langkah Anggerik dia pandang dengan misi tersendiri. Okey. Dia nak balik dan jumpa doktor Maira. Ada permintaan yang dia nak buat. Apapun dia mesti dapatkan juga mangsa hiburan dia tu. Dengan bibir yang bersiul riang, langkah di atur pergi. Pandangan orang sekeliling langsung dia tak peduli.
Bukannya dia ada kacau bini orang. Suka hati dia la!


1 ulasan: