Ahad, 14 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 09


BIBIR yang ingin memuncung terus tidak jadi sebaik sahaja melihat sebelah kening Ahqaf terangkat tinggi.
“Kita nak pergi mana, bos?” Soal Anggerik dengan nada suara yang sedaya upaya dilembutkan. Geram bila Ahqaf tiba-tiba ajak keluar.
“Emm. Kau stress?”
Lain yang ditanya. Lain pula jawapan yang Ahqaf berikan.
“Tak. Hidup saya tersangatlah aman damai...” Senyuman meleret Anggerik ukirkan. Muka pula dibuat dengan mimik kononnya muka paling bahagia.
“Tapi aku stress. So, aku nak pergi hilangkan stress.” Wajah Anggerik di jeling sekilas sebelum dia terus membuka langkah.
Sebaik sahaja Ahqaf melepasinya. Anggerik julingkan mata ke atas. Stress konon! Entah apa yang stress pun tak tahulah. Kerjanya melepak saja hari-hari dalam bilik tu. Bukannya buat kerja. Belakang tubuh lelaki itu dia pandang dengan perasaan geram. Patutlah hari ini selamba saja pakai short pant dengan tshirt. Rupanya ada agenda lain.
“Kita nak pergi hilangkan stress dekat mana?” Soal Anggerik lagi sebaik sahaja langkahnya mampu menyainggi Ahqaf.
“Ikut aje la Anggerik. Banyak pulak soalan kau kan.”
“Perlu ke saya ikut?” Soalan tetap Anggerik ajukan. Peduli apa dia Ahqaf nak marah pun.
“Perlu la! Nama pun pembantu peribadi. Mestilah kena ikut. Nanti siapa yang nak suap aku makan.”
Jawapan Ahqaf mengundang jelingan panjang Anggerik. Tapi padan juga dengan muka dia. Siapa suruh tanya soalan macam tu. Dah tahu perangai lelaki seorang ini macam mana. Tak pernah nak serius.
“Masuk.” Arah Ahqaf kemudian dia sendiri masuk ke dalam kereta.
Anggerik telan liur. Dia telan liur bukan sebab terliur dengan bau minyak wangi Ahqaf yang bau semerbak. Tapi terliur dengan kereta mewah depan dia sekarang ini. Serius! Ini kali pertama dia nak naik kereta mewah. Caranya sama juga ke? Atau ada tertib yang perlu diikuti. Dia orang kampung. Manalah pernah naik kereta import macam ni.
“Apa lagi la masalah perempuan ni...” Omel Ahqaf apabila melihat Anggerik yang masih tercegat di luar kereta. Tergaru-garu. Orang suruh masuk dalam kereta pun susah.
Tanpa menunggu lama. Dia melangkah keluar. Anggerik di dekati.
“Eh! Apa ni?!” Terkejut Anggerik sebaik sahaja Ahqaf menarik tubuhnya. Dalam sekelip mata dia sudah berada di dalam dukungan lelaki itu.
“Turunkan saya!” Bahu Ahqaf ditumbuk berkali-kali. Sedaya upaya dia cuba melepaskan diri.
“Oh? Tak nak kena dukung ke?”
“Tak nak! Lepaskan saya.” Tidak cukup dengan bahu. Dada Ahqaf juga menjadi habuannya. Kenapalah anak Rizky Dhan ni tak faham bahasa sangat. Tak ada adab langsung!
“Aku ingat kau nak suruh aku dukung masuk kereta.” Dengan muka bersahaja Ahqaf melepaskan Anggerik. Pukulan gadis itu langsung tidak terkesan ditubuhnya.
“Tahulah saya nak masuk sendiri!” Jerit Anggerik setelah menstabilkan diri. Nasib baik dia cekap. Boleh diagak tindakan Ahqaf. Kalau tidak memang percuma dia cium lantai parking hari ini.
“Lain kali jangan nak tergaru-garu. Bila aku suruh buat tu. Terus buat.”
Anggerik mencebik. Namun cepat-cepat dia menutup mulut. Bimbang menjadi mangsa ugutan Ahqaf. Mujur juga lelaki itu sudah kembali ke tempat pemandu. Tidak menunggu lama dia juga turut masuk.
“Berapa kali saya nak cakap. Tolong jangan nak pegang-pegang saya. Bos ni tak tahu halal haram ke? Tak tahu adat? Islam ke kafir?” Mercerlung mata Anggerik ke arah Ahqaf yang sedang menurunkan brek tangan.
Ahqaf senyum kecil. Kelakar betul Anggerik ni. Mata bukan main bulat. Garang kononnya. Tapi bibir kecil tu tetap tersenyum. Senyum paksa. Kiranya menjadi juga la ugutan dia.
“Orang marah pun senyum! Gila!”
“Anggerik sayang... Tak baik tahu cakap macam tu dekat bos sendiri. Berdosa. Islam tak ajarkan marah-marah ni. Lagi-lagi perempuan islam. Kena jaga tatasusila.”
Kecil mata Anggerik memandang Ahqaf. Orang sekolahkan dia. Dia sekolahkan kita semula. Kalau macam ini rasanya memang tak lama lagi dia bakal jadi penghuni hospital gila.
“Nasihat orang pandai. Diri sendiri tu pun senget.”
“Awak pun sama.”
Terdiam terus Anggerik mendengar jawapan balas Ahqaf. Tangan naik berpeluk tubuh. Menyampah betul kalau bercakap dengan lelaki seorang ini. Memang tak pernah menang. Entah dah berapa kali dia pesan jangan suka hati nak pegang-pegang. Tapi tetap juga tak faham. Nak tunggu sampai dia kerat tangan berbulu tu baru faham agaknya.
“Anggerik. Jangan la muncung sangat.”
Automatik bibir Anggerik tersenyum. Inilah akibatnya kalau dah marah sangat. Memang dia tak sedar diri terus. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Berduan dengan Ahqaf di dalam kereta itu mengundang perasaan tidak selesa. Dia tahu lelaki sebelah dia ni tak makan saman. Jadi jangan nak buat pasal. Kalau dah Ahqaf kata nak cium. Memang dia akan buat sungguh.
“Eh?” Setelah mendiamkan diri hampir 20 minit. Akhirnya Anggerik bersuara.
Pelik dia apabila kereta Ahqaf membelok masuk ke Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Nak buat apa pula datang ke sini. Dia ingatkan tadi Ahqaf nak bawa dia pergi Shopping Mall. Boleh la juga dia sejukkan diri sekaligus sejukkan hati.
“Kita nak buat apa dekat sini?”
“Honeymoon kut.”
“Honeymoon hanya untuk orang yang dah kahwin. Bos jangan nak buat pasal dengan saya.”
“Tak buat pasal la. Cari pasal je.”
Tanpa mempedulikan Anggerik. Panjang langkah Ahqaf keluar dari kereta. Kalau bercakap dengan Anggerik. Tak ada apa yang boleh. Semuanya tak boleh. Hari ini dia memang betul-betul nak lepaskan stress. Stress sebab hidup dia  terlalu banyak kongkongan. Kalau dengan Rizky Dhan. Banyak sangat pantang larang.
“Saya nak balik. Bos pergi la lepaskan stress sorang-sorang.” Terkedek-kedek Anggerik mengejar langkah Ahqaf. Sudahlah dia pakai baju kurung. Bos dia ni pula langkah punyalah panjang. Memang tak terkejar.
“Pergilah kalau rasa kau boleh lepas dengan selamat.” Cermin mata hitam yang bertenggek di batang hidung. Ahqaf betulkan. Kata nak balik. Tapi masih juga mengekori langkah dia. Cakap tak serupa bikin betul Anggerik ni.
Berkerut-kerut dahi Anggerik. Bibir diketap kuat. Memang dia tak berani nak balik. Ahqaf bukan suka dilawan. Akhirnya dia memilih untuk duduk di salah satu kerusi di luar Resort berkenaan. Apa urusan Ahqaf dekat dalam dia tak nak tahu. Dia lagi rela jadi orang bodoh tercongok menunggu.
Sekarang ini dia sendiri pun keliru dengan tugas dia yang sebenarnya. Dia tengok pembantu peribadi Datuk Rizky Dhan tu tak adalah macam dia. Kalau Datuk keluar kemana-mana. Siap boleh online beli tudung Adijuma lagi. Tak adalah nak berkepit dengan Datuk 24 jam. Tapi dia? Terpaksa mengekor langkah panjang Mr.Bad guy ni. Huh! Memang menyakitkan hati.
“Jom!”
Ahqaf tiba-tiba muncul. Dan seperti biasa lengannya pasti akan menjadi habuan tangan lelaki itu.
“Ya Allah. Tahulah saya nak jalan sendiri, bos!” Seperti biasa juga puas Anggerik cuba menepis. Entah macam mana lagilah dia nak fahamkan Ahqaf ni. Dia yang bertudung litup ini pun selamba saja dipegang-pegang. Kalau perempuan yang memang terdedah sana sini tu. Entah apalah yang lelaki ini sanggup buat agaknya. Masyallah.
“Tunggang kuda?” Soal Anggerik sebaik sahaja melihat mereka berdua sampai di kawasan kandang kuda.
Nun di tengah padang juga kelihatan beberapa orang sedang menunggang kuda. Takkan la Ahqaf bawa dia kesini semata-mata nak tunggang kuda. Ini kan waktu kerja. Boleh pula nak buat kerja bersantai-santai macam ni.
“Hmm!”
Hanya itu balasan Ahqaf.
“Saya rasa kerja dekat office tu lagi penting kut.” Ahqaf didekati.
“Nak tunggang juga?” Omelan Anggerik langsung tidak dipedulikan. Dah tahu sangat memang itu tindak balas cik pembantu peribadi dia ni. Nak tunjuk rajin sangat kononnya.
“Saya tunggang kuda?” Soal Anggerik sambil menunjuk ke arah kuda dan dirinya.
“Ha la.”
“Eh! Tak apa. Terima kasih saja. Takut nanti bukan saya tunggang kuda. Kuda yang tunggang saya.” Cepat Anggerik mengeleng. Dengan baju kurung ni nak tunggang kuda. Memang tak sesuai langsung. Ahqaf ni pun tanya soalan tak beragak.
“Okey. Then, kau tunggu aku.”
Tanpa amaran. Segala peralatan dari poket seluar Ahqaf campak ke Anggerik. Kelam kabut Anggerik menyambut. Kunci kereta. Wallet. Rokok. Yang paling utama adalah Iphone 6. Ini kalau jatuh. Memang padan dengan muka Ahqaf. Siapa suruh suka main campak-campak. Tapi padan juga dengan muka dia. Pasti akan merasa kena piat telinga dengan lelaki seorang ni.
“Tunggu aku. Jangan kau nak merayap pergi mengurat budak jaga kandang kuda tu. Aku nampak kau merayap ke lain. Siap!” Telunjuk Ahqaf naik di depan matanya.
“Tahulah...” Hesy! Kalau bab mengugut bagilah ke lelaki seorang ni.
“Kau buat siap. Aku suruh kau dukung kuda ni balik office.” Tanpa menunggu balasan Anggerik. Ahqaf tarik kuda dan berlalu pergi.
Anggerik lepaskan nafas kasar. Okey. Nampaknya hari ini dia memang akan jadi pembantu peribadi paling mithali. Kalau dah dapat bos kaki ugut macam Ahqaf ni. Nak tak nak terpaksa la dia jadi mithali. Nasib lah siapa yang kahwin dengan Ahqaf ni nanti. Makan usus la seumur hidup.


Lelaki yang sedang melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat itu Faez pandang dengan liur yang ditelan kesat. Melihat dari cara percakapan dan pandangan pun Faez tahu yang lelaki ini auranya cukup kuat. Nampak tegas dan cukup menakutkan.
            “Apa khabar Datuk Riz.” Sapanya mesra. Kepala ditundukkan sedikit.
“Assalamualaikum.” Ucap Rizky sambil menghulurkan salam.
“Waalaikumussalam warahmatullahi Wabarakatuh.” Penuh Faez jawab. Salam siap cium tangan lagi. Termalu sendiri.
“Alhamdulillah. Sihat. Kamu?”
“Sihat, Datuk.” Faez senyum serba tak kena. Memang terasa kekok setiap kali berdepan dengan Ayah kawan baiknya ini.
“Duduk, Faez. Nak minum?” Pelawa Rizky. Kot di tubuh dia buka dan gantungkan ke belakang kerusi.
“It’s okey Datuk. Saya dah minum sebelum ke sini tadi.”
“Dengan Aqaf?”
Faez mengeleng.
“Tak. Hari ini saya tak ada jumpa dia lagi.”
Rizky anggukkan kepala. Wajah sahabat kepada anaknya itu dia pandang lama. Cuba mencari kejujuran. Dia tahu yang kadang-kadang memang anaknya itu pandai mengugut. Jadi tidak mustahil yang Faez ini juga menjadi mangsa ugutan.
“Betul, Datuk. Saya memang tak ada jumpa Aqaf hari ni.” Bersungguh Faez menerangkan. Melihat dari cara pandangan Rizky saja sudah cukup buat lutut dia goyang.
“Semalam Aqaf tidur rumah kamu atau di The Avare” Mata Rizky masih lagi memandang wajah Faez. Langsung tidak berkalih.
“The Avare.” Sepatah Faez menjawab. Kalau berdepan dengan Datuk Rizky. Automatik dia jadi tak reti bercakap.
“Kamu pula?”
“Mont kiara.”
“Tak keluar dengan Aqaf la semalam?”
Faez angguk.
“Means untuk anggukan tu? Keluar atau tidak?”
“Keluar. Tapi saya balik awal. Saiful pun sama. Kami balik awal.” Jujur Faez. Memang semalam pada awalnya dia dan Saiful keluar bersama Ahqaf. Namun mereka berdua balik awal. Mereka berdua sedar yang keesokan harinya kerja. Saiful pula masih belajar. Ahqaf saja yang liat untuk pulang bersama.
“Pergi club?”
Lambat-lambat Faez mengangguk.
“Aqaf minum tak?”
Kali ini Faez diam. Bab yang satu ini memang dia tak berani nak buka mulut. Tersepit antara kawan dan Datuk Rizky. Kalau dia bagitahu, rasanya Ahqaf akan mengamuk besar.
Rizky lepaskan nafas berat. Tahu yang Faez juga serba salah. “Aqaf pernah bawa balik perempuan tak ke rumah?”
“Tak!” Kali ini penuh berkeyakinan Faez menjawab.
Rizky angguk puas hati. Rasanya semasa di Ireland sahaja Ahqaf buat perangai bertukar perempuan. Mungkin orang malaysia bukan citarasa anaknya. Atau masih belum jumpa yang sesuai dengan keinginan anaknya itu. Bukan dia tidak tahu citarasa si anak. Semuanya mesti high class.
“Aqaf masih ambil segala jenis pil yang tak elok tu?” Rizky masih terus menyoal. Memang inilah tujuannya memangil Faez datang bertemunya. Edisi siasat!
“Kadang-kadang...” Perlahan Faez memberikan maklum balas.
Rizky bangun dan berdiri tegak di hadapan cermin besar di biliknya. Permandangan diluar yang sarat dengan bangunan pencakar langit menjadi santapan matanya. Tipulah kalau kata dia masih mampu bertenang. Hanya itu anak lelaki yang dia ada. Sudah pasti dia mahukan yang terbaik.
“Faez. Boleh kamu tolong saya?” Soal Rizky sambil memandang ke arah Faez yang jelas kelihatan gelisah.
“Inysallah, Datuk.”
“Saya tak kisah apa pun yang anak saya cuba lakukan. Tapi boleh tak kamu tolong saya. Cuba jauhkan Aqaf dari pengaruh dadah.  Arak, perempuan dan lain-lain masalah tu saya akan cuba kawal perlahan-lahan. Tapi perkara yang satu tu memang saya cukup tidak suka. Boleh?”
Faez tarik sengih. Bagaimana dia nak menghalang. Ahqaf bukan jenis manusia yang boleh dihalang. Silap hari bulan nanti. Patah gigi depan dia makan penumbuk.
“Lekakan dia dengan perkara yang lain. Selagi kamu boleh. Kamu dan Saiful cuba jauhkan Aqaf dari benda tu. Saya tahu susah. Tapi kamu boleh cuba kan..” Kali ini Rizky bersuara lebih lembut.
Hati tuanya cukup memahami perasaan anak muda yang berada dihadapannya kini. Jika dia sebagai Ayah juga sukar untuk menghalang. Inikan pula mereka berdua. Memang tak akan makan saman budak bernama Umar Ahqaf tu.
“Sekarang memang Aqaf dah kurang ambil semua tu, Datuk. Dia kata dia dah ada hiburan lain.”
“Hiburan lain? Apa? Perempuan?”
Faez angguk.
“Siapa?” Sebelah tangan Rizky naik ke pinggang. Tak habis lagi perangai angkut perempuan ke hulu ke hilir.
“Err. Asisstant baru dia kut... Rasanya itu aje la perempuan yang kerap ada dengan dia sekarang.”
“Anggerik Medina?” Jatuh tangan Rizky dari pinggang.
Hiburan? Ahqaf kata Anggerik itu hiburan dia. Apa yang gila sangat anak dia ni. Ingat Anggerik tu barang mainan ke? Parah ni. Rasanya kalau Anggerik jenis tak sabar. Memang Ahqaf boleh makan kaki. Harapnya Anggerik berbeza dengan gadis yang lain.




7 ulasan:

  1. Hahaha....sengal n bebal si ahqaf...

    BalasPadam
  2. Mmg class ko kn ahqaf.. Anggerik redh je la mne tau dia pul kepangkal jln..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya anggerik yg blh than dgn ank rizky dhan ni sis abby..

      Padam
  3. I tetap suka ahqaf ��❤️����❤️��

    BalasPadam
  4. oh kakak ku yg cantik baik sungguh si umar dukung si okid hahhahahah *bkn k faez tu bekas suami okid *ke silap watak nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adikku yg manis... hihii,faez kwn aqaf. Ex husband anggerik nama adli yunk...

      Padam