Isnin, 1 September 2014

Bukan Kekasih Tetapi Isteri-Bab 05

KAKI yang terasa pedih digerakkan perlahan-lahan. Tangan naik memegang kepala dan jari jemari mula bertindak memicit dahi. Pening. Sakit. Dengan berat Zara membuka mata sebelum mata kembali tertutup bila silau cahaya matahari mula menerjah kornea mata.
“Mila..” Panggil Zara perlahan. Sakitnya kepala dia ni..
Zara membuka mata sekali lagi. Perkara pertama yang menjadi santapan matanya adalah langsir tebal berwarna kuning cair. Perasaan aneh mula menerpa. Rasanya langsir bilik dia warna merah jambu. Mata tertancap pula pada selimut yang membaluti tubuh. Kelabu? Bukan ke sepatutnya selimut dia warna merah jambu dengan corak love besar-besar. Bila dia beli selimut warna buruk macam ni?
“Mila!” Zara menjerit lagi bila perasan yang dirinya sekarang bukan berada di dalam bilik tidur dirumahnya.
Badan tegak di atas katil. Mata laju memerhatikan keadaan sekeliling bilik. Sah lagi nyata! Ini bukan bilik dia.
Bunyi pintu dibuka dari luar membuatkan kepala Zara pantas menoleh. Elok je pintu terbuka pandangan pertama yang singah di matanya adalah seorang lelaki. Berpeluk tubuh sambil bersandar di birai pintu.
“Saya kat mana ni? Awak siapa?!” Soal Zara terus apabila melihat lelaki tersebut hanya menayang muka beku.
“Entah.”
Rizza angkat bahu.
Zara mengecilkan mata melihat lelaki tersebut dari atas sampai bawah. Entah? Apasal la lelaki ni bagi jawapan yang menambahkan pening kepala dia je. Kalau ini lelaki ini tak tahu. Macam mana pula dia boleh ada dekat sini? Atas katil ni? Cepat tangan Zara menyelak selimut.
“Tak payah nak sport check sangat. Aku pun tak hingin la nak sentuh badan kau yang macam tempe tu. Sekeping!”
Sembur Rizza terus. Macamlah dia ni jahat sangat. Tak hingin pun la dia nak sentuh perempuan tak ada maruah depan dia sekarang ni.
“Macam mana saya boleh ada dekat sini?”
“Kau yang ikut aku.”
“Hah?!”
“Kau yang tak nak balik semalam.”
“Hah?!”
“Kau yang tidur lama sangat semalam, jadi tak sampai hati pulak aku nak tinggal kat tepi lebuhraya.”
“Hah?!!”
Rizza buat muka bosan. Bodoh sangat ke perempuan ni. Tak faham sangat ke apa yang dia cakap.
 “Mana dia?” Ya! Zara tiba-tiba teringat pada lelaki yang menyelamatkannya. Kali terakhir dia ada dengan lelaki tersebut semalam..
Lepas je abang pejal dua orang tu lari jauh dari mereka berdua. Lelaki tersebut membawanya pergi. Dia yang memang tengah takut masa tu langsung tidak membantah. Yang penting dia rasa selamat dengan lelaki tu. Kereta Land Cruiser warna silver metalik! Itulah kereta yang lelaki tu arahkan dia naik semalam. Takkan la hero dia tu tinggalkan dia dekat mana-mana pulak semalam.
“Siapa?”
“Lelaki semalam! Saya dengan dia semalam.” Zara menjawab geram. Namun lelaki tersebut hanya tayang muka macam orang tertelan hormon sedingin sajlu. Muka tak ada mimik! Kalau dia tampar nanti, mahunya berkeronyok.
“Hari ini pun dia still ada dengan kau.”
“Mana dia?”
“Takkan kau dah lupa orang yang selamatkan kau. Lupa budi betul kau ni.” Sinis nada Rizza. Keduaa belah tangan ke dalam poket seluar jeansnya.
Zara mengerutkan dahi. Cuba berfikir.. Tiba-tiba!
Bingkas dia bangun. Tapi elok je kaki dia mencecah lantai. Mulutnya berdecit menahan kesakitan di bahagian tumit kaki. Terjingkit-jingkit dia dibuatnya.
“Jangan dekat! Stay there!” Arah Zara bila Rizza ingin melangkah mendapatkan dirinya.
“Berlagak..” Rizza mengomel perlahan.
Zara menjeling. Dia dengar okey!
Dengan bersusah payah, perlahan-lahan Zara terjingkit-jingkit mendekati Rizza yang masih berdiri tegak.
Rizza menyandar selamba di tepi birai pintu. Pandangan mata Zara yang menilik mukannya lama dia buat tak nampak.
“Hidung kau memang spesies anjing ke? Nak kenal orang, hidu-hidu macam ni?” Rizza menjauhkan sedikit badannya apabila Zara tiba-tiba mendekatkan hidung ke tubuhnya.
Zara tegakkan kepala. Menentang pandangan lelaki berkenaan yang masih dengan mood setenang air di kali.
“Diamlah.” Marah Zara sebelum kembali mendekatkan hidung.
Zara cuma nak pastikan lelaki ini adalah lelaki yang sama. Bau! Ya. Hanya dengan cara ni je dia dapat kenal pasti siapa lelaki depan dia sekarang ni. Bau lelaki semalam memang dia masih ingat. Bau yang buat dia rasa selamat.
“Awak?” Zara tersentak. Ternyata deria baunya memang tidak pernah silap. Lelaki ini. Baunya sama macam lelaki semalam.
“Kenapa? Aku tak layak jadi penyelamat kau?”
“No.. Saya cuma..” Tangan Zara naik memicit kepala yang berdenyut tiba-tiba.
Zara merasakan aura lelaki yang berada di hadapannya kini berlainan. Semalam dia rasa selamat. Tapi hari ini dia rasa sakit hati. Lelaki depan dia ni lelaki paling tak ada perasaan.
“Dah tau diri tu tak sihat, tak payahlah berlagak kuat. Mati juga dekat sini ni nanti. Duduk je diam-diam kat atas katil sana tu. Bukannya aku nak rogol kau pun.”
Tengok! Mulut.. Masyallah. Perihatin sungguh. Tapi perihatin yang paling menyakitkan hati.
“Kenapa awak bawak saya datang sini?” Soal Zara sambil kembali melangkah ke arah katil dan merebahkan tubuh. Badan disandarkan ke kepala katil supaya dapat menampung kepalanya yang semakin memberat. Malas dia nak melayan gaduh dengan lelaki tanpa perasaan ni.
“Kau yang ikut aku..”
Jawapan yang sama!
“No. Saya tak pernah ikut awak. Lagipun semalam lepas je minum..”
Ingatan Zara kembali terlayar kepada persitiwa semalam. Lelaki tersebut ada memberikannya air mineral. Disebabkan dia yang memang tengah haus dan penat. Terus je dia teguk sampai separuh botol. Lama tak berlari, penatnya macam la dia dah lari keliling padang Stadium Bukit Jalil tiga kali!
“Awak bagi saya apa semalam?!”
“Pandai kau eh..” Terlepas gelak kecil di bibir Rizza.
“Awak bagi saya ubat tidur ye?”
“Tak. Ubat untuk perempuan baik-baik macam kau. Lagipun semalam aku kesian dekat kau, nampak penat. So biar aku bagi kau rehat..” Kali ini Rizza senyum sinis.
Zara bulatkan mata. Tak kira la apa pun jawapannya. Lelaki ni bukan lagi penyelamat dia. Tapi lelaki ni penjahaman dia. Ingatkan semalam dia dah selamat dari abang pejal tu. Rupanya lepas keluar dari kandang anaconda, dia dah termasuk pulak dalam kandang beruang. Beruang mafia!
“Jadi semalam awak la yang dukung saya masuk sini?”
“Tak! Aku heret je. Ingat kau snow white, ayu dalam tidur? Semua lelaki boleh jatuh cinta. Sorry! Kau tidur macam singa laut. Lembik! Berat! Tak menarik pun.”
Zara melopong. Heret?! Patutlah badan dia sakit-sakit. Tak guna punya beruang. Kalau tak nak dukung pun tak apalah. Tak payah la nak selitkan ayat kutukan tu.
 “Saya nak balik!”
“Siapa yang bagi kau balik?”
“Eh! Ikut suka hati saya la. Kaki saya.”
“Konon, padahal kaki kau tu pun dah menderhaka pada kau semalam tahu tak. Baru lari sikit dah nak terjelepok! Tak ada stamina langsung. Itulah, selama ni tahu melengang bayam je..”
“Awak ni kenapa!” Jerkah Zara geram.
Apasal mulut lelaki ni macam Mak Enon jual jamu dekat kampung dia tu! Tahu nak mengutuk fizikal orang je. Tahulah yang lelaki tersebut tegap berdiri. Hey! Kalau dia sihat. Lompat kijang pun dia mampu buat la! Semalam tu sebab dia gabra je.
“Kenapa apa?” Soal Rizza tanpa perasaan. Nak jerkah dia konon. Itu belum lagi Zara dengar dia yang menjerkah. Mahu bisu mulut Zara ni nanti dia buat.
Zara merengus geram.
“Saya nak balik. Mana beg saya..” Zara melarikan matanya ke segenap ruang bilik. Mencari beg tangan Gucci yang pernah Tan Sri Rahman Syah hadiahkan. Semalam dia pasti memang beg tu dia masih pegang. Harta bernilai tu!
“Ada aku bagi kau balik?”
“Apa hak awak nak tahan saya dekat sini? Saya nak balik. Nanti kawan saya risau. Dia mesti tengah cari saya ni..” Zara tahu Mila mesti dah mengelabah kehulu kehilir. Macamlah Zara tak tahu perangai Mila tu. Gelabahnya macam labah-labah.
Tapi hampa. Lelaki tersebut hanya buat muka tak faham soalan. Tak angguk ataupun geleng. Cuma memandang ke arah dia macamlah dia ni Kate Mildelton.
Dia lagi cantik dari Kate tu okey!
 “Tak best ke duduk sini?”
Turun naik dada Zara menahan geram. Apa punya soalan yang lelaki ni tanya?
“Tak! Langsung tak best! Saya nak balik..” Tak tahu la dah berapa kali Zara menyebut perkataan nak balik tu. Tapi lelaki ni masih tak faham. Kena cakap dalam bahasa iban agaknya!
“Tapi aku suka kalau kau ada dekat sini. Berseri sikit mata bujang aku ni.” 
“Awak ni bapak ayam ke? Awak culik saya ke?!” Zara pandang lelaki itu dalam-dalam. Buat muka garang.
Dalam kepala Zara cuba ingat semula muka-muka bapak ayam yang selalu dia tengok dalam Tv tu.
1.      Selalunya mesti ada Tatoo.
Laju mata dia scan bdan lelaki tersebut. Okey. Bersih dari Tatoo.
2.      Pakai bangle, rantai atau subang.
Mata Zara bergerak pula ke telinga lelaki itu, tak ada subang. Leher dan pergelangan tangan pun kosong.
3.      Rambut mesti macam bulu ayam. Warna warni!
Kali ini bebola mata Zara bergerak pulak ke bahagian rambut lelaki tersebut. Kemas dengan potongan pendek. Hitam, bebas dari sebarang warna.
4.      Bapak ayam badan mesti tough. Petak-petak macam popeye lepas makan bayam.
Tapi badan lelaki ni. Alamak! Dia tak nampak sangat sebab lelaki ni pakai baju. Tapi lengan lelaki tersebut. Zara telan liur. Dia nampak urat-urat yang timbul di pangkal lengan lelaki tersebut.
Sah! Lelaki ni ada satu dari empat ciri-ciri bapak ayam yang dia tahu. Dia dah jadi mangsa permerdagangan orang.
“Kau tengok aku apahal?”
“Mila! Arghh!! Tolong aku..” Tanpa mempedulikan soalan Rizza. Zara melalak memanggil nama Mila.
Terjingkit-jingkit dia bergerak ke arah tingkap sambil melaung nama Mila berkali-kali. Dia lagi rela dibunuh dari terpaksa menjadi pelacur. Tak nak! Dia tak rela. Terbayang wajah arwah mak dan ayah dia.
Namun sebaik sahaja menyelak langsir, Zara terkelu sendiri. Dia ada di atas awan! Dia ada dekat hotel ke sekarang ni? Tingkat berapa ni?
“Tolongggg!!!”
“Hey! Yang kau melalak kat situ apahal pulak!” Cepat Rizza menekup mulut Zara. Kemudian tubuh genit itu dia heret menjauhi tingkap.
“Tolong..” Dalam keadaan mulut yang ditekup, Zara masih terus menghamburkan jeritan.
“Diamlah!” Jerkah Rizza betul-betul di hadapan muka Zara. Kan dah terkeluar suara tentera dia.
Kali ini Zara terdiam. Tapi air matanya sudah bergenang di tubir mata. Takut nak melawan. Takut nanti dia akan dikerat 18 atau dibisukan.
“Aku akan hantar kau balik. Tapi sekarang ni, aku nak kau makan ubat tu. Lepas tu keluar pergi depan. Faham?”
Zara angguk dengan muka tak percaya. Betul ke ni?
“Faham ke tidak? Jawablah.”
Zara angguk sambil jari telunjuk dia menekan-nekan tangan lelaki tersebut yang masih melekat elok di mulutnya. Macam mana dia nak jawab kalau dah mulut dia kena tutup. Takkan la dia nak keluarkan suara dari hidung pulak!
“Oh! Sorry..” Pantas Rizza menjatuhkan tangan dari mulut Zara.
“Faham.. Nak balik.” Zara menjawab dengan penuh teruja.
“Okey. Aku tunggu luar.” Tak tunggu lama. Rizza terus keluar bilik.
Dia nak solat asar dulu. Dia kena balik ke Kuantan petang ini juga. Esok dia dah mula kerja. Buat sementara ni dia akan bawa sekali Zara ke Kuantan bersamanya. Nanti baru dia fikir apa yang perlu dia buat.
Nak tinggalkan Zara dekat Kuala Lumpur ni bukannya tak boleh. Boleh sangat. Lagipun dia memang tak ada niat pun nak simpan kekasih hati papanya tu. Tapi bila memikirkan Adila, dia mula berfikir banyak kali. Takkan la dia nak tinggalkan perempuan tu dekat sini untuk dibunuh Adila kut. Dia tahu sekarang ni mesti Adila tengah berusaha mencari Zara.
            “Hoi! Keluar.” Laung Rizza setelah selesai solat. Pintu bilik Zara dia ketuk dari luar.
            Kemudian Rizza bergerak ke ruang tamu aparment yang disewanya secara tiba-tiba itu. Ini semua sebab Zara yang tiba-tiba muncul. Terpaksa la dia menyewa apartment ni. Takkan la dia nak campak Zara dekat tepi jalan pulak. Nak sewa bilik hotel boleh. Tapi dia pulak yang tak selesa untuk duduk di dalam bilik sekecil itu dengan anak dara.
            “Hoi! Pekak ke?! Aku kata keluar la.” Pekik Rizza lagi.
            Beberapa minit masih tiada balasan, Rizza bangun. Sengaja je budak ni nak buat dia naik angin. Dia kalau boleh nak cepat keluar dari aparment ni, takut juga kalau pegawai pencegah maksiat datang. Naya!
            Melopong mulut Rizza sebaik sahaja membuka pintu bilik. Kosong! Langkah di atur deras ke bilik air. Pintu ditolak kasar. Juga kosong!
            “Tak guna betul! Nak mati sangat agaknya!!” Rizza melepaskan geram dengan menendang pintu bilik air.
            Geram bila Zara tiada. Tangan digenggam kuat. Dia bukannya sayangkan sangat pun nyawa kekasih papa tu. Tapi dia sayangkan Adila! Tanpa menunggu lama, langkah diatur keluar bilik. Kunci kereta dicapai sebelum dia bergegas keluar dari apartment tersebut.
            Dia tinggalkan sekejap je untuk sembahyang asar, tapi perempuan tu dah lesap. Cekap betul! Kalau tahu macam ni jadinya, memang dia ikat budak Zara tu dekat katil.


Sebaik sahaja badan direbahkan ke atas sofa, Zara mengeluh kelegaan. Mujur juga pihak hotel tak tahan dia tadi sebab bawa lari selipar tidur hotel. Tapi tadi dia memang tak fikir apa dah, yang dia tahu dia kena lari. Entah betul ke tidak lelaki tadi tu nak hantar dia balik. Entah-entah setakat berjanji je.
Di luar rumah kereta Mila tak ada, ini bermakna Mila kerja shif siang hari ini. Dia je yang terpaksa ponteng kerja! Dada yang berdebar kencang diusap. Nafas ditarik panjang. Apa pun dia tetap rasa lega sebab dah sampai ke rumah sendiri. Dekat luar sana tu tak selemat!
            Bangg!
            Mengejut Zara bangun bila pintu rumahnya ditendang dari luar. Belum sempat berbuat apa-apa, dua orang abang berbadan pejal semalam sudah menerobos masuk ke dalam rumahnya. Dalam rumah sendiri pun tak selamat! Bodoh punya abang pejal, dirobohkannya pintu rumah dia! Kalut Zara berlari masuk ke dalam bilik. Tapi belum pun cukup lima langkah dia atur, rambutnya sudah ditarik ke belakang.
            “Arghh!!” Zara menjerit kuat. Sakit!
            Meronta-ronta dia cuba mengelak dari dipegang abang pejal. Tak suka! Badan dia sakit diperlakukan macam anak patung. Orang upahan Adila ni langsung tak ada sifat gentelman!
            “Kali ini jangan harap kau nak lepas!” Abang pejal yang berkepala botak bersuara.
            Lengannya direntap kasar.
            “Tolonggg!!” Jerit Zara kali ini lebih kuat. Dia berharap sangat hari ini ada antara jiran-jiran dia yang tak berkerja. Kalau nak dikira, memang kiri kanan rumah dia ni kebanyakannya bujang. Jadi mustahil sangat ada antara jiran dia yang ponteng kerja macam dia hari ini.
            “Diamlah! Menyusahkan betul!”
            “Lepaskan! Tolonggg!” Zara buat tak peduli. Dia bukannya tak ada mulut. Suruh la dia diam macam mana sekalipun. Dia tetap akan menjerit minta tolong. Mulut dia, ikut suka hati dialah!
            Pangg!
            Zara jatuh terjelepok di atas lantai. Kepala yang memang bertambah pening. Kenapalah abang pejal ni suka sangat berkasar dengan dia. Saat dirinya ingin dicempung, Zara meraung sekuatnya. Dia tahu kali ini dia tak akan terlepas. Dia akan mati juga di tangan Adila.
            Rizza melangkah deras ke dalam rumah Zara. Melihat pintu rumah yang terbuka luas membuatkan hatinya seperti dapat mengagak apa yang berlaku. Nasib baiklah dia memang dah pernah buat kerja gila mengekori Zara. Jadi tak susah untuk dia sampai ke rumah sewa Zara ni.
            “Hoi!” Jerkah Rizza sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
            Tepat seperti telahannya, dia dapat melihat orang upahan Adila sedang cuba mengangkat Zara yang sudah terbaring di atas lantai. Tanpa menunggu lama dia hadiahkan satu tumbukan padu ke arah salah seorang lelaki yang berdiri berhampiran pintu. Melihat lelaki itu yang cuba melawan, tendangan pulak dihadiahkan ke perut lelaki berkenaan. Hanya tiga kali tendangan, lelaki tersebut sudah jatuh tersungkur.
            Huh! Nak jadi samseng sangat. Tapi lembik!
            Selesai seorang, kini dia terpaksa berhadapan pula dengan seorang lagi orang upahan Adila. Kali ini rasanya macam susah sikit, yang ini badan dia besar sikit. Tapi apa ada hal! Diakan juara mempertahankan diri..
            Satu tumbukan dia hayunkan. Tersasar!
            Pihak lawan pula yang mengambil peluang menyerang balas. Cekap Rizza mengelak. Tangan dia mencapai pasu bunga di atas meja. Dihayunkan ke kepala lelaki tersebut. Akibat tidak bersedia, lelaki tersebut jatuh menyembah lantai. Mengerang kesakitan. Maaf Zara! Habis pasu cantik awak!
            “Cepat!” Rizza mendekati Zara dan membantu Zara bangun.
            Dia bukannya pengecut, tapi sekarang ni bukan masanya untuk dia tunjuk jantan. Dia kena fikirkan keselamatan Zara. Lengan Zara ditarik dari keluar rumah. Mereka kena cepat! Tangannya juga sempat menyambar beg tangan merah berkilat milik Zara.
            “Masuk.” Rizza menolak tubuh Zara masuk ke tempat penumpang sebelum dia sendiri berlari ke tempat pemandu.
            Mereka kena pergi cepat dari sini sebelum Adila muncul. Kalau Adila muncul, lagi susah kerja dia nanti. Dia percaya orang suruhan Adila tak tahu siapa dirinya sebab Adila memang jarang balik ke Kuala Lumpur ni. Jadi Adila memang tak akan boleh agak Zara ada dengan dia.
            “Puas hati?! Nak mati sangat kan?” Jerkah Rizza sebaik sahaja keretanya mula memasuki lebuhraya.
            Zara di sebelah hanya mendiamkan diri. Tapi dari tadi dia nampak air mata Zara tak berhenti mengalir. Rambut juga sudah bersepah. Ikutkan memang dia tak nak ambik tahu langsung. Nak mati, pergilah mati! Tapi itu akal dia, bukan kata hati dia. Kata hati dia kata, dia kena selamatkan Zara.
            Zara mengesat air mata di pipi dengan belakang tapak tangan. Sekali lagi lelaki ni selamatkan dia.
            “Kenapa awak selamatkan saya? Sekali lagi?” Zara tak tahu macam mana lelaki ni boleh muncul. Rasanya masa dia melarikan diri tadi, lelaki ini masih lagi berkurung di dalam bilik.
            Atau ini memang superhero dia? Sentiasa ada setiap kali dia hampir dibunuh. Adila memang gila!
            “Sebab aku tak nak adik aku gelapkan masa depan dia sebab kau!” Jawab Rizza garang. Bergerak-gerak rahangnya menahan geram.
            “Adik?” Soal Zara pelik. Adik siapa pula ni?
            “Adila tu adik aku.”
“Adila.. Err.. Dia.. Ad..”
“Ye! Dan Tan Sri rahman syah tu juga papa aku. Did you get it?”
Mengingatkan akan hal yang satu tu hati Rizza tiba-tiba sakit. Ye! Inilah perempuan yang sudah menghancurkan keluarganya. Semuanya sebab Nur El Zara. Nama yang tidak seindah perangai sebenar..
“Penipu!”
Zara gelengkan kepala. Susah nak percaya. Takkanlah adik beradik berpakat nak menyusahkan hidup dia kut. Tapi lelaki ini yang selamatkan dia. Lelaki ni bukan macam Adila. Kalau betul lelaki ni berpakat dengan Adila, mestilah lelaki ni tak perlu bersusah payah bertumbuk untuk selamatkan dia.
Rizza tergelak sinis. Kenapalah perempuan ni nampak macam bodoh sangat. Muka gabra Zara, Rizza pandang tajam. Dia tahu sekarang mesti Zara tengah berperang dengan perasaan sendiri. Bersemuka dengan anak lelaki kekasih hati sendiri. Apalah agaknya yang Zara ni rasa..
“Kau ingat aku ada masa ke nak menipu kau? Aku, Rizza Azrim Bin Rahman Syah. Atau lebih kau kenali sebagai Tan Sri Rahman Syah.”
Rizza nampak kali ini wajah Zara berubah pucat. Bibir Zara bergerak-gerak seolah ingin mengatakan sesuatu. Tapi satu apa pun tak terkeluar dari bibir seksi tu. Huh seksi? Yeah..sebagai lelaki dia mengaku.. Zara ni memang menarik. Tapi bukan perempuan baik!
“Kenapa? Terkejut? Amacam? Smart tak anak kekasih hati kau ni? Mana lagi smart? Aku ke papa aku? Oh lupa! Mestilah papa aku..dia kan ada Tan Sri. Aku pulak hanya ada wajah yang berseri. Tak boleh kayakan kau..”
“Apa yang korang adik beradik nak hah?” Zara tiba-tiba menjerit garang.
Ternyata soalan Rizza berjaya membuka mulut Zara. Bukanlah dia nak mengangkat diri atau minta dipuji. Tapi dia cuma ingin menyedarkan Zara ni siapa dirinya..
“Adila nak nyawa kau..”
“Korang nak sangat saya mati kan. Cepatlah! Bunuh je saya ni. Bunuh la!” Zara mencapai tangan kiri Rizza dan diletakkan ke lehernya. Cekik je dia sampai mati. Baru nak puas hati agaknya.
Rizza merentap tangannya kuat. Sudah la dia tengah memandu. Boleh pulak ajak bergaduh!
“Adila yang nak kau mati..tapi bukan aku..” Rizza masih berlagak selamba walaupun dalam hati dia takut sangat kalau Zara tiba-tiba bertindak agresif.
“Apa yang awak nak? Apa motif awak Rizza?”
Pertama kali Rizza mendengar namanya meniti dibibir Zara..hatinya bedegup pelik. Tak tahu kenapa dia berperasaan macam ni.. Dia berdehem kuat. Cuba mengusir rasa bukan-bukan yang mula datang.. Ini semua kerja syaitan. Ingat Rizza!
“Motif aku? Tak ada apa motif pun. Aku cuma tak nak adik aku jadi pembunuh. That all!”
“Apa salah saya..” Zara tersandar lemah ke kerusi Air mata mula menjamah kulit wajah Zara.
Rizza memalingkan wajah. Bukan wajah simpati itu yang dia nak tengok. Jangan lembut hati Rizza. Ingat pada Mama. Air mata Mama lagi banyak yang mengalir keluar kalau nak dibandingkan dengan perempuan ni.
“Salah kau hanya satu Zara. Kau dah perdayakan orang yang salah.. Kau gunakan kelebihan yang kau ada untuk buat papa aku lupakan mama. Kau buat papa aku lebihkan kau dalam segala hal..”
“Tak! Saya tak buat..” Zara mengeleng berkali-kali.
“Sedar atau tak. Kau memang dah buat Zara.”
“Tak! Kenapa semua orang nak salahkan saya. Kenapa? Salah ke saya nak berkawan? Takkan la dalam masa dua bulan, saya dah kena tanggung semua kesalahan ni.”
“Boleh tak kau jangan nak berlagak baik!”
“Tak! Saya memang tak salah.”
Rizza mengepal penumbuk. Dia paling benci dengan orang yang tak mengaku kesalahan sendiri. Janganlah Zara ni jadi perempuan pertama yang merasa tangan dia ni. Tak! Dia bukan lelaki dayus. Bukan jenis dia menyakitkan seorang perempuan.
“Kenapa mesti papa aku Zara? Kenapa? Ramai lagi lelaki lain. Tapi kenapa kau mesti pilih keluarga aku?!” Suara Rizza sudah meninggi berserta dengan hentakan yang kuat ke stereng kereta.
Zara terjerit kecil dan mengecilkan tubuhnya ke pintu kereta. Wajah itu menunduk dengan bahu yang terhinjut-hinjut. Kalau Zara sedih, dia lagi sedih. Dia satu-satunya anak lelaki tapi dia langsung tak boleh buat apa-apa.
“Rizza. Lepaskan saya..” Zara bersuara lirih.
Lepaskan Zara? Rizza mengeleng. Tidak. Perkara tu tak akan sesekali dia buat. Dia ambik cuti semata-mata Kak Long yang paksa dia balik tengok keadaan Papa. Dia terpaksa korbankan kerja dia.. Dan buat pertama kalinya dia buat kerja bodoh mengintip perempuan simpanan Papa sendiri. Tak pernah seumur hidup dia buat semua kerja gila tu.
 “Tak Zara. Kau pun tahu kan. Adila sedang cari kau. Aku akan bawa kau jauh dari keluarga aku.”
“Awak dah salah sangka Rizza.”
“Salah apa? Sekarang kau nak lepas tangan pulak ke?!”
“Tak! Saya tak pernah musnahkan keluarga awak!”
Dengan tangan kiri yang masih bebas, Rizza meyambar lengan Zara. Ditarik Zara rapat kepadanya. Zara menjerit ketakutan. Kalut menepis dan menangis.
“Kenapa menangis? Takut? Masa kau goda papa aku, tak pernah pulak kau fikir takut.” Rizza tahu Zara takut berdepan dengan dirinya sekarang ni.
Maaf Zara, bukan niat dia nak menyakitkan tubuh itu. Dia bukan jenis lelaki yang akan naik tangan pada perempuan. Zara ada dengan dia sekarang hanyalah kerana dia rasa terpanggil untuk menyelamatkan Zara. Dia tidak mahu Adila menemui Zara.
“Saya tak salah.”
Rizza merengus geram. Dari tadi hanya itulah yang Zara mampu katakan. Bukan pengakuan Zara yang dia nak dengar. Salah atau tak. Zara tetap sudah memusnahkan keluarganya.
“Sekarang ni aku nak tanya kau. Apa motif kau goda papa aku?”
“Saya tak buat semua tu!”
“Kau ni memang jenis manusia yang tak reti mengaku salah sendiri kan.” Rizza bertanya sinis.
“Tak! Saya tak salah. Saya tak akan mengaku untuk sesuatu yang saya tak buat. Awak semua salah. Salah!”
“Diamlah! Dasar perempuan murah.” Rizza menekan pedal minyak kuat. Kereta menderum pergi.
Stereng dipegang kemas. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan. Ini je cara untuk dia tenangkan perasaan sendiri. Tak nak nanti dia tak dapat mengawal perasaannya sendiri. Walaupun dia sendiri bencikan Zara, tapi dia tak akan menjatuhkan maruahnya sebagai lelaki. Perempuan bukan untuk dikasari.
“Jadi semalam semuanya memang awak ke yang rancang? Awak ke yang sengaja suruh Adila culik saya? Lepas tu pura-pura menjadi penyelamat saya?” Suara halus Zara kembali kedengaran.
Rizza menggosok kepala. Zara! Kenapalah tak reti nak diam!
“Jangan nak menangis depan aku Zara... Aku bukan Tan Sri Rahman Syah!” Kata Rizza sebelum menekan butang radio. Volume radio dinaikkan.
Dia tak nak dengar apa-apa lagi yang Zara nak perkatakan! Sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia bercakap mengenai perkara ini. Badan dan kepala otak dia penat dengan bermacam perkara yang tiba-tiba terjadi. Niat asalnya cuma ingin mengenali siapa Nur El Zara. Tetapi sekarang dia terpaksa pula menjadi hero tak berbayar.




           
           


3 ulasan:

  1. best tapi this story macam epilog cinta khirana sikit. but anyway, all the best writer. keep looking more for this story

    BalasPadam
  2. “Motif aku? Tak ada apa motif pun. Aku cuma tak nak adik aku jadi pembunuh. THAT'S all!”

    BalasPadam