MATA
dibuka perlahan. Terpejam celik mata dia cuba menahan silau dari tingkap yang
sudah terbuka luas.
“Morning
sleeping lion.”
Wajah
Rizza yang sedang tersengih menjadi santapan mata Zara sebaik sahaja mata terbuka.
Wajah dicebikkan. Ada ke patut dia yang cantik ni dipanggil singa. Benci betul!
“Aik!
Bangun tidur terus nak muncung.” Rizza tahan senyum bila nampak Zara pusingkan
badan ke arah lain. Marah sangat gayanya.
Zara
masamkan wajah. Memanglah dia muncung kalau dah ada muka yang menyakitkan hati
tu. Sakit hati dia pasal semalam tak hilang lagi. Rizza dah buat hal.
“Nak
apa?” Terkelip-kelip mata Zara tengok dinding. Lagi rela dia tengok dinding,
sekurangnya ada juga warna. Tengok muka Rizza, kelabu je! Tak menarik langsung.
“Nak
tengok cousin saya ni la. Sihat dah pagi ni?” Soal Rizza perihatin. Tahu memang
salah dia. Jadi memang patut sangatlah kalau Zara marahkan dia. Tak tahulah
kenapa kalau dengan Zara, emosi dia mudah sangat terganggu.
Zara
mencebik. Meluat.
“Kenapa?
Awak mengharapkan saya tak sihat ke? Senang awak nak buli saya kan.”
“Zara.
Kau ni. Kan aku tanya elok-elok ni.”
“Ye.
Dah sihat. Tapi kalau awak terus duduk sini, sakit saya ni akan datang balik.
Awak tu bawak penyakit je dekat saya.” Jawab Zara dengan badan yang masih
membelakangkan Rizza.
Mana
tak sakit kalau dah darah dia asyik naik je. Pelik betul dia dengan lelaki seorang
ni. Sekejap baik. Sekejap perihatin. Tapi nanti mulalah buat perangai komunis!
“Kalau
awak tak sihat. Saya nak bawak awak pergi klinik.”
“Untuk
apa? Untuk awak yakinkan diri awak yang saya ni bukan perempuan baik. Untuk
awak dapat buktikan yang saya ni memang pernah buat abortion. Itu niat sebenar
awak kan.” Tempelak Zara.
Tak
payah nak buat baik la. Macamlah dia tak tahu niat sebenar Rizza. Itu semua
taktik lelaki tu je. Taktik supaya nampak yang dia ni memang jahat.
“Kalau
kau tak buat. Kenapa perlu takut?” Penuh kelembutan Rizza bersuara. Tak nak
mengeruhkan keadaan.
“Saya
bukan takut. Tapi ini memang normal. Saya bukannya baru kali pertama sakit
macam ni. Awak lelaki apa tahu.. Dulu masa saya duduk dengan Mila, okey je. Ini
sebab saya duduk dengan awaklah saya jadi macam ni. Lelaki yang langsung tak
faham perempuan. Memang patut pun awak duduk terperap dalam Base tu.” Luah Zara
geram. Kali ini wajah dipalingkan ke arah Rizza.
Ikutkan
hati nak je dia hempuk-hempuk Rizza ni. Tangan memang ringan je nak capai
bantal golek dibelakang. Kalau dia hempuk atas kepala Rizza yang rambut
sentiasa pendek tu, mesti bunyinya merdu.
“Hmm.
Dah la tu merajuknya.” Rizza memujuk.
Tak
suka melihat kemarahan Zara. Selalunya Zara yang berdepan dengan dia adalah
seorang yang suka berseksi seksa. Meliuk lentok. Bila tengok Zara yang jenis
marah-marah macam ni, mulalah dia rasa serba salah.
“Mak
Teh mana?” Soal Zara. Rasanya semalam memang Mak Teh yang tidur sebelah dia.
Bangun pagi ni kenapa beruang kutub utara ni pula yang muncul.
“Baliklah.
Takkan la dia nak berkampung dekat sini pulak. Dia pun ada suami yang perlu
diuruskan. Tak payah la nak sibuk hal orang. Kau tu. Bangun mandi.”
“Tahulah
saya, diri saya. Boleh tak jangan nak menyibuk. Pergi sanalah!” Kali ini Zara
bangun dan selimut ditolak kasar.
“Zara.
Kau marah aku ke apa ni?”
Soalan
Rizza membuatkan mata Zara membulat. Ini soalan minta pelempang namanya.
“Awak
rasa?”
Soalan
berbalas soalan. Kening diangkat tinggi. Ingat Rizza saja ke yang reti bagi
pandangan sinis.
“Rasanya
tak.” Rizza tarik sengih.
Pula!
Lelaki
depan dia ni memang perasan baik betul. Konon diri tu sempurna sangatlah.
“Rizza.
Awak campak perasaan awak dekat mana ye? Tak reti nak beza samada orang tu
terasa hati atau tak?” Sengaja Zara ajukan lagi soalan. Biar Rizza fikir
sendiri. Jangan nak rasa diri tu baik serba serbi.
“Eh!
Boleh main campak-campak juga ke?” Rizza pegang dagu.
Sengaja
dia buat-buat bodoh. Kalau dia jawab jujur nanti. Panjang pula rajuk Zara. Baik
dia buat-buat tak bersalah. Hati Zara kena jaga sebab ada perkara penting yang
dia nak bincangkan. Kalau wanita berkenaan marahkan dia, susahlah dia nanti.
Jadi
misinya pagi ini adalah, kembalikan mood ceria Zara.
“Malas
saya nak melayan kebodohan awak. Dah saya nak mandi. Banyak lagi kerja saya nak
buat.” Langkah di atur ke almari pakaian.
“Tak
apa. Saya boleh tolong.” Rizza senyum. Manis.
Zara
alihkan pandangan. Kalau tak fikir yang dia tengah sakit hati dekat Rizza
memang hati ni boleh meleleh. Tapi sebab dia tengah sakit hati..senyum manis tu
hanya memedihkan mata dia je. Macam bawang!
“Haah.
Lepas tu mengungkit. Kata saya ni duduk rumah goyang kaki. Makan, pakai free.
Kerja rumah semua awak yang buat. Mulalah nak cop yang saya ni tak
menguntungkan apa-apa.” Zara menjeling..
Rizza
gelak kecil. Makin panjang jelingan Zara. Tadi senyum. Ini ketawa pulak.
Jangkit demam dengan dia ke Rizza ni?
“Itu
mesti gelak mengata saya la kan.”
“Tak
la. Aku gelak sebab kau tu, kuat membebel juga rupanya. Tapi kut ye pun nak
membebel. Pergilah mandi dulu. Tak selera pula aku nak tengok permandangan
macam ni.”
Zara
kecilkan mata. Memang Rizza nak merasa mulut kena cili.
“Tak
suruh pun tengok!” Rambut yang memang berserabai Zara kusut-kusutkan.
Alang-alang tak selera. Biar dia tambahkan lagi. Barulah cepat sikit Rizza
keluar.
“Kau
serabaikan rambut macam tu, buat aku makin selera je sebenarnya. Comel!” Rizza
hadiahkan senyuman sambil mengerdipkan mata.
“Rizza.
Boleh tak jangan nak mengada pagi-pagi ni. Keluarlah! Saya nak ambik baju pun
susah la.” Tak tahu malu betul la mamat sorang ni. Selamba badak je duduk dalam bilik ni. Macamlah Rizza tu
suami dia!
“Ambik
aje la. Apa kena mengena dengan aku duduk dekat sini.”
Zara
bercekak pinggang depan Rizza dengan tuala yang sudah disibai ke atas bahu.
Lelaki ni betul bengong atau buat-buat bengong. Takkanlah dia nak buat perangai
tak tahu malu.
“Rizza.
Saya tahu awak memang anggap saya ni perempuan yang kelab malam. Tapi boleh tak
bagi some respect dekat saya.” Kata Zara lirih. Tak guna dia nak marah-marah.
Kalau dengan Rizza ni tak guna nak dimarah. Dia je yang sakit hati nanti.
“Ok.
Fine.” Rizza angkat tangan. Mengalah.
Keluar
dah suara versi sedih tu. Nanti tak pasal Zara sentap lagi sekali. Sebelum
keluar sempat dia tarik sengih panjang. Comel juga Zara ni kalau baru bangun
tidur. Neutral beauty.
Sengih
yang Rizza hulurkan Zara hadiahkan dengan jelingan. Tahulah gigi lawa.
Tersengih macam kerang busuk. Memang tak ada perasaan bersalah langsung. Pizza
punya Rizza!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan