Isnin, 4 Mei 2015

Bukan Kekasih Tetapi Isteri-Bab 09



TUDUNG saji Rizza angkat, kosong! Kemudian tangan kiri menggosok perut. Lapar. Nak masak memang dia la orang yang paling rajin sekali nak pegang senduk. Nak makan dekat luar tak syok pulak sorang-sorang. Zarif pulak tak ada, kena turun bagi taklimat. Rugi pulak dia tak makan je dekat kantin dengan budak-budak pelatih tadi.

Zara.

Tiba-tiba ingatanya teringatkan Zara. Tak tunggu lama terus je dia capai kunci kereta. Uniform pun tak sempat bertukar. Dah empat hari dia tak jumpa budak seorang tu. Mesej yang dia hantar kali terakhir hari tu pun Zara tak balas. Harap-harap Zara tak lari. Tak larat dah nak main kejar-kejar.

“Zara.” 

Rasa kering darah Rizza bila tengok selipar Zara tak ada depan pintu. Tombol dipulas. Tak berkunci! Pandangan dilepamparkan ke sekeliling rumah. Mencari sekirannya Zara ada bersidai dekat mana-mana rumah jiran  Namun hampa, kelibat Zara langsung tidak kelihatan.

“Zara!” Rizza melangkah laju masuk ke dalam rumah. 

Tempat pertama yang dia tuju adalah bilik gadis berkenaan. Dari pintu masuk dia nampak bilik tu kosong. Pintu bilik pun juga tidak bertutup. Selepas pasti orang yang dicari tiada di dalam bilik, Rizza atur langkah ke dapur. 

“Zara! Hiss! Mana pulak budak ni.” Rizza mengelabah. Semua pintu dia buka. Termasuk pintu peti ais!

Mana budak ni pergi? Adila dah jumpa dia ke? Masyallah. Tak tipu. Dia memang gabra sangat sekarang. Nombor telefon Zara dia dail. Tak berangkat! Dari ruang dapur dia melangkah ke ruang tamu. Telinganya menangkap bunyi telefon. Ini mesti Zara. Kan betul! Elok je telefon ada atas sofa tapi tuannya tak ada.

“Hiss!” Laju Rizza melangkah keluar rumah. Terbit rasa menyesal kerana mengabaikan Zara. Kalau Adila jumpa Zara. Memang dia tak akan maafkan diri sendiri.

“Awak!”

Rizza memusingkan kepala 150 darjah. Zara!

“Zara!” Rizza menutup semula pintu kereta. Rambut diraup berkali-kali. Lega sangat bila dah nampak wajah Zara.

Bibir digigit apabila melihat senyuman Zara. Bukan main lebar. Melenggang bayam berjalan ke arahnya. Dia ni juga yang nak kecut jantung, limpa dan segala usus dalam perut.

“Wow wee... Abang Kapten handsome la..” Zara tersengih sambil kedip-kedipkan matanya ke arah Rizza. Pertama kali nampak Rizza dalam pakaian uniform. Memang smart habis!

“Baru balik kerja ke Azrim?” 

Mata Rizza yang dari tadi hanya fokus pada Zara kini teralih pula pada wanita yang berjalan seiringan dengan Zara. 

“Ye Mak Teh. Baru sampai ni.” Rizza sambil ukir senyum. 

“Habis tu, ini nak ke mana? Nampak macam nak keluar semula je.” Soal Mak Teh sambil melirik ke arah kereta Rizza yang terpaking depan pagar rumah.

“Oh! Err. Saya.. Haa ni handphone. Tertinggal dalam kereta tadi.” Iphone di tangan Rizza angkat tinggi. Nasib baik ada telefon ni.

Tak nak la dia tunjuk sangat yang dia memang risau dekat Zara. Nanti naik lemak pulak budak sorang ni kalau tahu dia kelam kabut mencari. Masuk rumah nanti. Siap! 

“Awak lama dah ke sampai? Kenapa tak telefon dulu nak balik.” Zara mendekati Rizza.

“Dah. Tapi tak angkat..” Sedaya upaya Rizza lembutkan suara dengan pakej senyuman seindah Suria FM! Nasib ada Mak Teh je. Kalau tidak, memang dia dah piat telinga budak Zara ni.

“Alah. Tertinggal telefon dalam rumah.” Jawab Zara setelah meraba-raba poket track suitnya.

Baru sedar la tu tertinggal telefon. Sibuk sangat marayap!

“Mak Teh masuk dulu la ye. Nak angkat kain dekat belakang tu. Petang sangat dah ni.” Pinta Mak Teh.

Rizza angguk sambil menghantar kelibat Mak Teh sehingga hilang disebalik pagar rumahnya. Kemudian pandanganya singgah pula kepada Zara. Amboi! Siap berlambai-lambai.

“Masuk!”Arah Rizza garang. Sengaja dia seriuskan muka. Kemudian langkah di atur kemas masuk ke dalam rumah. Tangan naik memegang dada. Jantung dia dah normal. Tak berdegup laju macam tadi lagi. 

“Garang.” Komen Zara perlahan namun cukup jelas di telinga Rizza.

Rizza gigit bibir. Geram melihat tindak balas Zara. Dari cara berjalan pun dia tahu. Hentak-hentak kaki. Macam biasa, protes lagi! Dia kerat juga kaki tu nanti.

“Pergi mana?” Soal Rizza sebaik sahaja Zara masuk ke dalam rumah.

Dia berdiri di tepi sofa sambil bercekak pinggang. Zara yang sedang melangkah perlahan mendekatinya dipandang geram. Muka garang dia pamerkan. Muka yang selalu dia pamerkan masa dekat base.

“Ikut Mak Teh pergi kedai..” Jawab Zara perlahan.

Rizza memandang Zara yang sedang buat muka orang tak bersalah. Dengan seluar track suit dan t-shirt, Zara nampak lain dari hari pertama dia jumpa Zara. Rambut ikal mayang yang hanya diikat satu nampak dah tak terurus, dah senget sikit. Tapi itulah yang membuatkan Zara nampak comel sangat.

“Saya bukan pergi mana pun la. Tak payah la nak marah.”

Suara Zara mematikan pergerakan mata Rizza yang asyik menilik wajah itu. Haihh! Kenapa la mata dia ni tak boleh langsung nak elak dari tengok muka Zara ni. Tengoklah dinding ke, syiling ke. Tengok kuku kaki Zara pun tak apalah. Tapi mata ni tetap degil nak fokus dekat muka comel tu juga.

“Ehem!” Rizza berdehem sekali. Betulkan nada suara. “Ada aku cakap kau boleh keluar rumah? Tak serik ke?” Kening sebelah ternaik tinggi.

Kenapalah perempuan seorang ni tak reti duduk diam. Dia juga yang takut lebih-lebih. Nak pukul karang dah besar panjang.

“Tak serik. Sebab saya tahu kalau jadi apa-apa awak kan ada.”

“Main-main!” Kali ini Rizza jegilkan mata. Zara ni bila masanya serius? Dia tanya betul-betul, boleh pulak loyar buruk. Tak cukup garang ke muka dia ni.

“Rizza. Awak jangan la marah.” Zara bermain-main dengan tangannya sendiri.

“Sejak bila pandai keluar rumah?” Soal Rizza lagi. Bukannya dia nak mengongkong. Tapi dia takut kalau-kalau Adila akan jumpa Zara. Dia marah ada seba yang kukuh. Bukannya saja-saja nak test suara.

 “Alaa awak ni. Asyik marah aje la. Tahulah pakai uniform. Tapi saya bukannya budak pelatih awak. Tak baik tahu tak tinggi suara pada perempuan.” Pujuk Zara. Cuba berlembut sehabis mungkin.

Penatlah asyik nak bergaduh je. Bukannya dia dapat apa-apa faedah pun. Baik dia cuba berbaik dengan Rizza. Walaupun dia tahu lelaki tu pandang serong pada dia. Tapi dia peduli apa.

“Habis kau tu baik sangatlah! Kau tu lagi teruk tahu tak! Menyundal dengan suami orang!”

“Rizza. Sampai hati awak.”

Suara sayu Zara menyedarkan Rizza. Dia sudah terlepas kata. Masyallah Rizza. Bahasa apa yang dia dah gunakan ni. Dia tak layak pun nak menilai Zara dengan perkataan tu. Sedangkan dia juga bukannya baik sangat.

“Zara.”

“Tak apa. Memang betul pun, saya bukan perempuan baik. Maaf. Dah susahkan awak.” Pintas Zara. Langkah di atur terus masuk ke dalam bilik. Wajah Rizza juga dia langsung tak pandang.

Memang dia terasa hati sangat. Dia bukanlah seteruk itu. Kalau tak memikirkan soal nyawa sendiri. Memang dah lama dia lari dari rumah ini. Bukannya dia tak boleh nak buat laporan polis.

Tapi disebabkan satu kebaikan yang pernah Rizza buat pada dia. Dia jadi tak sampai hati nak melibatkan polis. Siapa yang tak sayang adik sendiri. Dan dia tak nak jadi orang yang lupa budi baik orang lain.

Rizza hanya menghantar langkah Zara dengan mulut yang terkatup. Sekarang bukan masanya untuk dia bercakap. Hati dia tengah mendidih. Zara bukannya faham tahap kerisauan dia.


Selesai solat Rizza melipat sejadah dan letak atas katil. Pintu almari dia buka kemudian sehelai t-shirt dikeluarkan sebagai gantian kepada baju melayu yang dia pakai. Masa nak letak semula penyangkut baju, dia ternampak kemeja putih miliknya yang berada dalam almari. Kemeja sama yang pernah Zara pakai. Bibirnya automatik mengukirkan senyuman. Zara yang selamba.

“Zara..” Panggil Rizza. Pintu bilik diketuk perlahan.

Senyap. Tak menyahut. Setelah dua tiga kali dia ketuk masih tak ada balasan. Dia memulas tombol pintu. 

“Tidur..” Mata Rizza melekat pada tubuh Zara yang tergolek atas katil.

Rizza tarik nafas lega. Nasib baik ada! Tangan yang ingin menarik semula menutup pintu terhenti saat melihat wajah polos yang berada di atas katil tu. Kaki ringan melangkah masuk ke dalam bilik. Punggung dilabuhkan disebelah Zara. Tidur mengerekot sambil memeluk bantal. 

“Zara. Bangun.” Kejut Rizza. Ada ke pulak tidur waktu maghrib macam ni.

Rambut yang tadi terikat satu masih lagi terikat. Tapi kalau tadi senget, kini dah macam bulu kucing kena air. Berselerak. Mata Rizza melekat pada bibir Zara. Bibir yang seksi. Mungil. Merah basah.

Zara memang cantik. Inilah wajah yang papa dia gila-gilakan. Dia tak faham kenapa Zara mesti memilih papanya. Rasanya gadis secantik Zara boleh dapatkan lelaki yang lagi muda belia.

“Zara!” Kali ini Rizza kuatkan suara. Bantal yang berada di dalam pelukan Zara dia tarik.

Bahaya! Tak boleh renung lama-lama anak dara orang. Lagi pulak masa maghrib macam ni. Memang syaitan dengan iblis banyak je berkeliaran menyesatkan anak adam.

“Emm...” Suara Zara separuh mengumam dengan tangan yang mengagau mencari bantal yang dipeluknya tadi.

Rizza hanya memerhatikan saja gelagat Zara. Dengan mata yang terpejam, tangan itu kini telah melekap elok di lengannya. Sudah lah terus rentap. Terkejut dia dibuatnya. Nasib baiklah dia tak ikut terbaring sama.

“Hey Zara! Bangun la.” Kejut Rizza lagi sambil terkial-kial cuba menarik kembali lengannya.
Hiss! Sejak bila entah lengan dia ni berdaftar jadi bantal peluk. Suka hati je perempuan ni nak main sambar-sambar.

“Rizza.” Mata Zara dah terbuka sedikit. Terpisat-pisat.

“Ye aku! Takkan la Salman Khan pulak. Bangun!” Rizza bangun berdiri di tepi katil. 

Zara memandang sekilas ke arah Rizza sebelum berpusing membelakangkannya. Menyampah nak tengok muka kering tu. Dah buat salah tak nak minta maaf. Mulut macam longkang.

 Rizza cekak pinggang. Lagi tambah geram bila nampak Zara mencebik. Haii...protes tak habis lagi ke cik kak. Selamba katak puru je sambung tidur. Dia ni sudah la lelaki! 

“Bangun. Kau ni tak reti nak sembahyang mahgrib ke? Tu aku dah siap belikan kau telekung lagi. Pergi solat..” Arah Rizza bila tengok Zara masih lagi buat aksi macam dia ni tak wujud.

Sejak dia bawa Zara ke rumahnya, tak pernah lagi dia nampak Zara solat. Telekung yang dia dah belikan tu pun elok je duduk dalam beg tak berusik. 

“Tahulah!” 

“Tahu-tahu. Tapi kau tak buat juga. Aku pulak yang bersungguh.”

“Awak sibuk apa saya nak sembahyang ke tidak. Bukan masalah awak pun.”

Rizza ketap bibir. Nafas ditarik panjang. Cuba menyabarkan diri. Tak sabar nanti. Memang ada juga dia campak Zara ni dalam kolah mandi. Orang suruh untuk kebaikan. Tapi tuan punya diri boleh pulak buat degil.

“Bercakap macam orang tak tahu dosa pahala.”

“Awak nak sibuk sangat pasal saya ni kenapa. Rizza? Dosa saya. Ikut suka saya la.”

“Oh! So, kau suka la kalau orang anggap kau ni memang betul-betul perempuan murah? Malas solat. Tak tutup aurat.”

Zara diam. Hanya matanya saja yang terkebil-kebil memandang dinding. Hati dipagut sayu. Sememangnya dia tahu, dia memang kurang didikan agama. Tapi Rizza juga tak berhak untuk menilai dia.

“Bangun! Mandi.”

“Malas..”

Rizza melopong. Malas? Apa jenis perempuan ni? Mandi pun malas.

“Bangun Zara!”

“Eii awak ni bising la.”

“Kalau bising pun apa kau peduli! Bangun. Aku kira sampai tiga, kalau kau tak bangun. Aku sendiri yang akan mandikan kau!” Ugut Rizza sambil mengacah-acah ingin menarik lengan Zara.

Ternyata ugutannya berjaya. Dalam sekelip mata Zara dah bergegas bangun dan berlari keluar bilik. Sampaikan dengan dia yang tegap berdiri ni pun dilanggar sekali. Tergeleng kecil dia melihat tingkah Zara. Nak kena ugut dulu baru nak dengar cakap.

“Aku suruh mandi. Bukan basuh muka.” Tegur Rizza bila nampak Zara hanya membasuh muka di singki dapur. Tangan naik memeluk tubuh sambil bersandar di dinding memerhatikan tingkah laku Zara.

“Nanti saya mandi la. Malam sikit.”

“Mandi sekarang!” Pantang betul dia kalau orang tak dengar cakap.

“Rizza. Awak ni. Jangan la paksa saya.” Zara dah mencebik-cebik. Menggaru kepala berkali-kali.

Kenapalah asyik kena marah je. Dia dah rasa macam Rizza ni bapak tiri dia je.

Rizza kecilkan mata melihat tingkah Zara. Tak tahu la betul-betul gatal atau rimas dengan dia. Makin bersepah dah rambut tu dibuatnya.. Tak control ayu langsung kekasih papa dia ni. Kalau dia ada pangkat Tan Sri rasanya mahu Zara bergincu sepanjang masa.

“Mandi. Pergi bersiap. Kita pergi makan. Lima minit je. Lambat tinggal!” Rizza keluarkan arahan komander.

Zara berhenti menggaru kepala. Dipandang muka Rizza lama sebelum terlompat kecil, kemudian tubuh genit tu terkedek-kedek berlari masuk ke dalam bilik. 

Rizza geleng kepala. Tak sampai dua minit dia nampak Zara dah usung tuala masuk dalam bilik air sebelah dapur.

“Budak betul..” Komen Rizza.

“Saya dengar..”

Bulat biji mata Rizza bila suara Zara tiba-tiba mencelah. Rasanya tadi dia cakap perlahan je.

“Cepat sikit. Saya nak kena balik Base lepas ni.” Arahnya. Saja nak tutup malu.

“Tahulah. Membebel je.”

Mendengarkan jawapan balas itu, bibir tersenyum kecil. Kelakar juga budak seorang ni. Rizza pegang perut sendiri. Dia ni yang lapar sebenarnya. Dari petang tadi lagi, tapi sebab protes Zara tu la dia terpaksa tahan. Bagus juga ada perempaun ni. Boleh buat peneman dia melantak. Itu yang penting!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan