SEDANG asyik memikirkan kata-kata Doktor Maira pagi tadi. Tiba-tiba bahunya
ditepuk kasar dari belakang. Rasa macam nak terkehel bahu dia dibuatnya. Dengan
muka yang mengerut menahan sakit, kepala ditoleh ke belakang.
“Awak lagi! Sakit tahu tak.” Jerkahnya kepada lelaki yang sedang menayang
muka minta pelempang. Bahu yang terasa sengal dia gosok.
“Alah! Gurau sikit pun dah sakit. Bukannya aku ketuk dengan tukul pun.”
Mencebik sedikit bibir Ahqaf. Buat macam itu pun sakit. Asal jumpa muka dia je
nak buat muka garang. Macam mana dia nak berbaik dengan Anggerik kalau ini
gayanya.
“Gurau? Gurau kasar macam tu?!”
“Shut up! Kau tak payah nak tinggi suara. Aku sumbat juga dengan penumbuk
ni nanti.” Penumbuk dia kepal dan mengacahnya ke mulut Anggerik. Tak
habis-habis nak berlawan cakap dengan dia.
Mata sempat menjeling dua orang lagi pembantu di klinik tersebut. Kelihatan
masih terlalu muda. Apalah mama ni! Ambik pekerja yang tak matang langsung.
“Apa tengok? Nak makan penumbuk juga?” Jerkahnya apabila perasan dua orang
gadis tersebut asyik mencuri pandang ke arahnya.
“Tolong behave sikit boleh tak. Ini Klinik. Tu nampak, kat sana ada
pesakit.” Marah Anggerik bengang. Memuncung sedikit bibir Anggerik ke arah
ruangan menunggu di sudut depan.
Tahulah Klinik mama dia. Tapi datang macam orang nak bergaduh. Habis semua
orang nak dijerkahnya. Kalau tak memikirkan ini anak bos dia. Memang dia dah
suntik dengan ubat pelali. Biar kancing gigi.
“Ah! Biarlah. Mama aku mana?” Ahqaf buat muka tidak kisah.
“Dalam la. Nama pun Doktor. Mestilah tengah rawat pesakit.” Tanpa perasaan
Anggerik memberikan jawapan.
“Kalau mama tak ada. Dengan kau pun okey juga.”
Terbangun Anggerik dari kerusi kerjanya melihat Ahqaf yang selamba masuk ke
ruangannya. Dan tambah bengang dirinya apabila kerusinya tadi sudah diambil
alih oleh Ahqaf. Lelaki jenis apa dia ni?
“Hey!”
“Syhh! Ini Klinik. Please behave.” Ahqaf memulangkan paku buah keras.
Riak marah si gadis dia buat tak nampak. Malahan tangannya pula yang bergerak
pantas mencapai telefon yang berada di atas meja. Telefon Samsung Mini itu dia
belek depan belakang.
“Kau punya?” Telefon itu ditunjukkan ke arah Anggerik.
Anggerik bulatkan mata. Telefon miliknya yang berada di tangan Ahqaf cuba dirampas
kembali. Suka hati pegang barang orang tak minta izin. Tak ada adab betul.
“Kau nak telefon mahal tak? Jadi PA aku.” Telefon berkenaan Ahqaf campakkan
ke atas meja. Melantun telefon itu sekali sebelum singgah di tepi Fail.
Anggerik tutup mulut. Takut jika mulutnya akan menjerit marah. Mujur juga
ini Klinik. Kalau dekat luar. Memang dia dah hempuk muka perasan kacak si Ahqaf
ni. Berani campak telefon kesayangan dia tu.
“Jangan nak berbuat sesuka hati awak Encik Umar Ahqaf. Ini diri saya. Dan
saya tak akan setuju.” Memang tadi Doktor Maira ada memberitahunya mengenai
tawaran tersebut. Namun dia dulu-dulu lagi sudah membantah keras. Takkan
semudah itu dia nak menyerah kalah.
Menjadi Pembantu Peribadi kepada Mr.Bad Guy. Itu adalah satu petaka buat
dia. Dan jangan harap dia nak setuju.
“Oh! So mama aku dah bagi tahu kau la ye? Good. Cekap juga mama aku tu.”
Ahqaf ukir senyuman penuh makna. Berjaya juga dia memujuk kedua orang tuanya.
Alah! Bukan susah pun. Ugut je nak balik semula ke Ireland. Mengelabah biawak
la mama dan papanya.
“Jangan ingat awak boleh gunakan mama awak untuk pujuk saya. Awak silap.”
“Eh! Tak kuasa yer aku nak pujuk segala. Kau ingat kau tu ratu dunia? Tak
perlu pujuk. Sebab aku memang akan paksa kau setuju pun.”
Baru Anggerik ingin buka mulut membalas. Matanya menangkap isyarat dua
orang lagi sahabatnya di belakang. Kepala di angkat sedikit. Bertanyakan
kenapa?
Ahqaf pusingkan kepala. Menyedari yang Anggerik sedang berbicara dengan
seseorang di belakangnya. Mata dibulatkan dengan bibir yang sengaja diketap ke
arah empunya diri yang menganggu. Mencicit kedua gadis muda itu menyembunyikan
diri.
“Awak kalau tak menakutkan orang tak boleh ke? Buat perangai elok sikit.”
Tegur Anggerik. Bengang dengan sikap tidak faham bahasa Ahqaf. Habis semua
orang dia nak takutkan. Sudahlah selamba pakai seluar pendek dan baju tanpa
lengan. Tak ada pakaian elok sikit agaknya mamat ni. Kesian! Duit jer banyak.
Beli baju pun tak mampu.
“Ikut aku!” Tanpa amaran bahu Anggerik dia peluk.
“Hesy! Tak payah nak pegang-pegang boleh tak.”
“Then, sila buat perangai elok. Ikut je aku.” Tadi marah sangat dia buat
perangai dalam Klinik. Bila orang ajak keluar marah pulak.
Anggerik menjeling. Dia pula yang dikatakan berperangai tak elok. Risau
jika Ahqaf berbuat bising di dalam Klinik. Langkah malas di atur terlebih
dahulu untuk keluar. Dia tahu jalan sendiri. Tak payah nak peluk-peluk.
Ahqaf di belakang sudah bersiul riang. Kan mudah kalau menurut arahan.
Kalau degil tadi, memang dia dukung je. Peduli apa dia.
“Nak apa?” Soal Anggerik sebaik sahaja berada di bahagian kaki lima.
Ahqaf diam tak menjawab. Sebaliknya sekali lagi tubuh itu dia tarik. Kali
ini pinggang Anggerik pula yang menjadi mangsanya. Mengarahkan supaya si gadis
mengekorinya.
“Kan dah cakap! Tak payah pegang-pegang.” Kali ini Anggerik menampar kuat
tangan yang serupa lintah itu. Habis semua tempat nak disentuh.
“Kereta aku kat sana.”
“Ada saya kisah? Cakap je kat sini. Nak cakap apa?” Tangan dibawa bersilang
naik ke dada.
“Aku nak kau ikut cadangan mama aku.” Kata Ahqaf. Akur dengan arahan
Anggerik. Payah kalau bercakap dengan orang yang degil.
“Cadangan mama awak ke, atau awak?”
“Cadangan kau. Kau yang cakap kalau aku jadi bos kau. Aku boleh buat ikut
suka hati kan? Jadi, aku memang nak jadi bos kau.”
Pula! Anggerik pegang dahi. Tak pasal dia pula yang kena.
“Kau kena setuju.” Berbaur amaran suara Ahqaf.
“Eh! Tak pasal je nak paksa-paksa.”
“Okey. Then aku akan pastikan klinik ni ditutup. Bila kau dah tak ada
kerja. Mesti kau akan kerja dengan aku kan.” Kening itu ternaik sebelah.
Memberikan pandangan kepada Anggerik yang nyata terkejut.
Dia tak kisah apa pun yang jadi. Kalau Rizky Dhan pun dia boleh buat ikut kehendak
dia. Inikan pula gadis mentah ni. Hujung kuku dia je.
“Awak tak boleh buat macam tu. Klinik ni begitu bermakna pada Doktor
Maira.” Bukan perihal kerja yang dia risaukan. Kerja dimana-mana pun boleh
cari. Tapi Anggerik tahu bahawa Klinik tersebut begitu penting pada Doktor
Maira.
Si anak pula semudah itu berbuat keputusan.
“Kalau macam tu. Kau kena la setuju.”
“Awak ugut saya?” Soal Anggerik geram. Sanggup Ahqaf nak tutup Klinik hasil
titik peluh mamanya sendiri semata inginkan dia persertujuan dia.
Anggerik tahu. Ahqaf ada niat lain apabila ingin dia yang menjadi pembantu
peribadi lelaki itu. Memang lelaki itu akan gulai dia cukup-cukup. Tak sanggup
dia nak berdepan dengan lelaki annoying ini sepanjang hari. Jumpa tak sampai
sejam pun hidup dia dah huru hara. Kalau sepanjang hari, memang boleh lingkup.
“Kau ingat aku Ah Long ke nak ugut-ugut? Ini tawaran la sayang...”
Anggerik buat aksi nak termuntah. Langsung tidak sesuai perkataan sayang
itu keluar dari mulut Ahqaf.
“Kalau tutup klinik ni tak boleh. Ke kau nak aku tutup Fetriz Holdings.
Haa, macam syok je kan kalau aku tutup syarikat kesayangan Rizky Dhan tu.”
Pappp!
Melekap kuat tapak tangan Anggerik di lengan Ahqaf. Apa punya anaklah!
Memang suka melingkupkan keluarga sendiri agaknya. Jenis tak bersyukur.
“Awak siapa nak buat semua tu?”
“Bila kau kenal siapa aku. Kau akan tahu la. Umar Ahqaf tak pernah tak dapat
apa yang dia nak.” Hujung selendang yang dipakai Anggerik dia capai dan dibawa
ke hidung. Sebagai balasan sebab pukulan manja tadi.
Tersunging senyuman di bibir dia apabila melihat muka tidak puas hati
Anggerik. Memang dia sengaja. Nak tengok samada Anggerik berani naik tangan
lagi ke tidak pada dia. Kalau naik, kali ini memang sungguh-sungguh dia dukung
masuk dalam kereta.
“And kali ini memang awak tak akan dapat. Salah orang awak nak mengugut.”
Takut-takut berani Anggerik melawan kata.
Serba salah dia dibuatnya. Sanggup ke Ahqaf nak tutup Fetriz Holdings? Tapi
kalau dilihat dari gaya. Memang terserlah sangat gaya pemusnah bangsa. Jadi
memang tak mustahil.
“Well, we will see. Kau pernah dengar cerita tak yang dua tahun lepas tiga
restoran papa aku kena tutup?”
Anggerik angguk perlahan. Memang dia pernah dengar berita tu. Tapi tak tahu
pula sebabnya. Dia pun baru setahun kerja dengan Doktor Maira. Memang dia
banyak tak tahu pun pasal keluarga si pelik ni.
“Kenapa ye? Kau tahu?”
Sekali lagi Anggerik mengeleng.
“Aku dengar sebab anak sulung dia protes. Ada ke pula Rizky Dhan tu hasut
Mummy dia supaya balik Malaysia. Tak pasal je nanti anak sulung dia tinggal
seorang diri dekat Ireland. Oh no! Itu nenek kesayangan dia tau.”
Kecil mata Anggerik sebaik sahaja melihat senyuman panjang Ahqaf. Siap
dengan gaya santai lagi mendongak ke langit.
“Awak punya kerja? Apa ke bodoh sangat awak ni?!” Soal Anggerik tidak
percaya. Ini betul ke anak kandung Doktor Maira dan Dato Rizky. Kenapa kejam
sangat.
“Tak bodoh la. Itu namanya cedik. Kan bijak tu. Siapa suruh memandai. So,
jangan pelik kalau budak cerdik ni mampu lingkupkan Fetriz Holdings.” Tangan
yang ingin mencuit pipi Anggerik di tepis kasar.
Ahqaf cebik bibir dengan bahu yang terangkat. Sikit-sikit nak marah. Garang!
“Along.”
Berpaling keduanya ke belakang. Maira melangkah laju mendekati Anggerik dan
anak sulungnya itu. Baru pagi tadi dia bagi tahu permintaan anak kepada
Anggerik. Namun sekarang si anak sudah muncul pula. Tak reti menyabar betul.
Kalau dah kata nak. Memang terus nak. Tak boleh tunggu dah.
Itulah satu lagi perangai si Umar Ahqaf.
“Eh, my lovely mum...” Lebar senyuman Ahqaf.
Maira sengetkan bibir. Adalah tu! Tahu sangat. Bukan jenis Ahqaf nak
bermanis mulut.
“Mama. Papa nak Along start kerja bila?” Tak tunggu lama. Terus Ahqaf
menyoal. Anggerik di sebelah dia jeling dengan ekor mata.
“Mana mama tahu. Tanya la papa.” Maira buat sikap tak nak masuk campur.
Pening kepala dia. Biar Rizky yang uruskan anak bujang mereka ini.
“Oh! Cakap kat papa. Esok tau. My asistant sekali.”
“But...”
“Aaa.. Aaa..” Ahqaf gerakkan jari telunjuk ke kiri dan kanan di depan
Maira.
“Esok! Along bosan tak ada hiburan.”
Maira diam. Mata memandang reaksi Anggerik. Dan ternyata wajah Anggerik
serba tak kena. Kalau dia jadi Anggerik pun dia ngeri. Nak jadi PA kepada Umar
Ahqaf. Tersangatlah mencabar. Mahukan Anggerik semata untuk hiburan.
“Along nak balik dah. Nak cabut pergi jumpa kawan dekat Kuantan. Esok Along
dah start busy.” Tanpa amaran pipi Maira dia cium dua kali di kedua belah pipi.
Bibir yang ingin beralih ke pipi Anggerik terhenti. Tapak tangan Anggerik
melekap kuat di dadanya. Mata itu membulat dengan bibir yang diketap.
“Don’t you dare!” Tekan Anggerik.
Ahqaf tarik senyum panjang. Mata dikenyitkan sebelum membuka langkah. Tak
apa. Kedekut sangat. Nanti-nanti dia akan dapatkan juga. Yang susah nak dapat
itulah yang dia suka nak cuba. Baru la mencabar. Lama tak asah skill kissing
dia.
“Mama. Nanti sewa semua parking depan ni tau. Tak pasal Along nak kena
menapak jauh. Suruh Rizky Dhan tu bayar. Kutip duit-duit bawah katil tu. Buat
bayar sewa parking.” Sebelum berlalu sempat lagi Ahqaf memperingatkan Maira.
Bibir mengalunkan lagu Whistle dari Flo Rida. Dalam kepala mula
terbayangkan rutin hariannya bermula esok. Pasti menyeronokkan ditemani Si
Leopard.
“Sempat lagi tu.” Omel Maira.
Ahqaf dengan suaminya memang tidak sebulu. Ada saja modal nak lawan siapa
yang terhebat. Si bapa guna senapang. Si anak lempar bom terus. Memang sampai
ke sudah la tak akan ada pemenang.
“Sorry Anggerik...” Pinta Maira tulus. Lengan Anggerik dia pegang lembut.
Sungguh dia sendiri pun rasa serba salah.
Anggerik diam tak membalas. Kepala dia memang tak sempat nak hadam benda
lain. Kepala otak dia penuh dengan ugutan dari Ahqaf. Kalau dia bantah. Dia
akan merisikokan ratusan periuk nasi orang lain.
Lelaki seorang tu memang buat dia tak ada pilihan! Langsung tak ada!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan