NAJWA berdiri
tegak di depan aku sambil bercekak pinggang. Terkelip-kelip mata Najwa memandang
aku.
“Kahwin?!!”
Soal Najwa tiba-tiba.
Bergegar
otak aku dengar suara Najwa. Nasib baik aku memang dah sedia awal-awal. Tahu
sangat, memang gerenti Najwa akan terkejut punya. Yela, tak ada angin tak ada
ribut tiba-tiba aku nak kahwin. Jangankan Najwa, jiran sebelah rumah aku yang
jarang ambik tahu pasal kami tu pun mesti terkejut kalau tahu aku nak kahwin.
“Ye
kahwin.. Atau kau nak aku cakap bahasa orang putih. Married!”
“Aku
tahu la ngok. Tak payah kau nak orang putih sangat.”
“Dah
tu. Yang kau beria nak jerit-jerit tu apahal?”
Pap!
Najwa ketuk kepala aku sekali.
“Mahu
aku tak jerit. Kau cakap kau nak kahwin tahu tak. Bukannya kau cakap kau nak
pergi karaoke. Mestilah aku terkejut. Kau ni dah sawan nak kahwin ke? Tiba-tiba
je..”
Aku
gelak tengok muka Najwa. Serius lawak, sampai berkerut-kerut hidung dia. Mesti
dia ingat aku tipu ni, tak pun dia ingat aku april fool kan dia.
“Betul
la wahai Najwa Musfiera. Aku nak kahwin. Tak ada sawan-sawan pun. Dah sampai
jodoh aku, nak buat macam mana.. Kahwin aje la.”
“Senang
je kau cakap kan! Sepatut Zakuan tu kena datang jumpa aku tau. Mintak restu aku
ni. Sebab kau pun ada aku je, .kiranya aku ni mak kau la..”
“Tak
payah nak restu sangat la..”
“Kalau
aku tak restu juga macam mana? Kau ni serius ke dengan Zakuan tu? Habis fikir
dah?”
“Aku
tahu, kalau dengan Zakuan mesti kau tak restu punya. Sebab tu la aku nak kahwin
dengan orang lain.”
Hiss
Najwa ni! Kalau pasal Zakuan, selagi boleh dia nak buat rusuhan boikot.
“Orang
lain? Siapa pulaknya..”
“Orang
yang datang semalam tu..” Jawab aku sambil membayangkan muka Meor.
Teringat masa dia nak hantar aku balik
semalam. Dia siap belikan aku vitamin apa entah. Dia kata, dia tak nak nanti
pengantin dia pengsan masa hari bersanding. Tenaga kena cukup. Apa dia ingat
aku nak kena bersanding dengan dia dari pagi sampai malam ke? Ingat aku ni
lembik sangat agaknya. Sha tu yela lembik!
“Orang
mana pulak kau ni..”
“Eii
kau ni. Itu yang datang ambik aku semalam tu.”
“Huh!
Mamat Mitsubishi tu ke?”
“Yela,
kau ada nampak lelaki lain naik kereta kuda ke datang ambik aku semalam..” Jawab
aku geram. Kenapa la Najwa ni bodoh sangat hari ini. Takkan la terkejut aku nak
kahwin sampai otak pun bergegar sama.
“Kau
biar betul Ria.. Mana pulak kau kenal dia ni? Bukan ke selama ni kau dengan Zakuan.
Ini bila masa pula dengan mamat tu?”
“Jodoh,
nak buat macam mana..” Jawab aku mudah. Jawab panjang-panjang nanti bukannya
Najwa faham juga.
“Ahhh!
Aku suka kut kau dengan mamat tu!! Aku setuju!”
Bergegar
lagi sekali gegendang telinga aku. Ini dah kenapa pula Najwa ni suka sangat
main test vokal hari ini. Sikit-sikit nak jerit. Kalau tak jerit tak boleh ke?
“Yang
kau over sangat ni kenapa?”
“Aku
ingat tadi dengan Zakuan. Tapi kalau dengan mamat semalam tu. Aku setuju dua
ratus peratus. Pandangan pertama pun aku memang dah berkenan dengan dia..”
Naik
juling mata aku tengok muka gedik Najwa. Tadi bukan main lagi gayanya nak
membantah. Sekarang dah berubah watak pula. Gedik betul!
“Bilanya
kau jumpa dia?” Soal aku pelik. Takkan lah setakat tengok kereta pun dah
berkenan.
“Semalam!
Dia terpacak depan pintu rumah kita ni ha, cakap nak jumpa kau. Memang aku dah
tengok la pun, dari atas sampai bawah. Itu yang aku pelik sangat bila kau kata
kawan kau. Setahu aku, kau mana ada kawan kacak macam tu. Sebabnya taste kau
teruk. Zakuan yang muka macam lipas tu pun kau kata handsome..”
Oh
maknanya semalam Meor memang dah turun jumpa dengan Najwa la. Cuma masa aku
keluar tu agaknya Meor dah masuk dalam kereta. Patutlah semalam Najwa tayang
muka pelik sangat.
“Kau
ingat aku ni tak layak dapat lelaki kacak ke?” Aku kecilkan mata.
“Layak..
Kalau tak layak tak adalah mamat semalam tu nak kahwin dengan kau kan.”
Aku
tayang muka berlagak bila Najwa cakap macam tu. Tahu pun!
“Kau
rasa dia okey tak?”
“La!
Kau nak kahwin dengan dia, tapi boleh tanya aku okey ke tak? Kau ni main
tangkap muat je ke?”
“Err..tak
la.. Saja. Nervous!”
Cepat
je aku cipta alasan. Tak nak la Najwa tahu cerita sebenar. Nanti mesti dia
menjerit marahkan aku sebab tak cerita hal yang sebenar pada dia. Lepas tu dia
akan tubuhkan satu kumpulan gerakan kutipan derma. Tak nak aku! Jadi biarlah aku
simpan je apa yang dah jadi. Lagipun tak lama, tiga bulan je. Nanti aku fikir
la caranya nak cerai dengan dia. Aku dengan Zakuan saling sayang menyayangi.
Mestilah aku nak kahwin dengan orang yang aku sayang. Lipas pun lipas la..janji
hati aku suka. Najwa tu je yang tak reti menilai. Zakuan tu hati dia baik
sebenarnya..
“Eh
tu Zakuan kan?”
Aku
kalih pandang ke luar. Nampak kereta Zakuan berhenti depan pagar. Panjang umur,
baru sebut Zakuan dah muncul.
“Aku
borak dengan dia jap eh..”
Tudung
sarung atas kerusi aku capai sebelum melangkah keluar rumah. Mendekati Zakuan
yang sudah duduk di atas bangku kayu yang sering menjadi tempat persinggahan
Zakuan kalau datang. Nak bawak masuk rumah, memang aku tak pernah bagi.
“Mak
Shimah macam mana?” Soal aku sambil
mengambil tempat duduk bertentangan dengan Zakuan.
“Emm..okey..
Pagi tadi dah keluar wad.”
“Maaf
tak sempat lagi nak pergi tengok..”
“Tak
apalah. Tahu awak sibuk uruskan hal kahwin awak tu.”
Aku
senyum kelat bila Zakuan cakap macam tu. Aku curi pandang muka dia. Kut la dia
kecewa ke aku nak kena kahwin dengan orang lain. Tapi aku tengok dia macam
gembira je. Dia suka ke aku nak kahwin dengan orang lain?
“Saya
pergi butik pengantin dengan dia semalam..”
“Oh
yeah? Macam mana persiapan?”
“Okey..
Dia je yang banyak uruskan semua tu.”
“Baguslah.
Saya harap semuanya akan berjalan lancar.”
Aku
telan air liur yang terasa berpasir. Hati tiba-tiba rasa sebak. Kenapa Zakuan
macam tak kisah langsung aku nak kena kahwin dengan orang lain. Siap tanya
persiapan perkahwinan lagi. Dia tak takut ke nanti aku jatuh sayang pada suami
aku sendiri. Ataupun nanti tiba-tiba aku mengandung ke. Hiss! Tak sanggup aku
nak fikirkan kemungkinan yang akan jadi. Kalau dah kahwin, takkan la aku nak
nafikan hak suami aku pulak. Aku tahu dosa pahala. Tak nak aku buat dosa free.
“Bakal
suami saya tu muda lagi..” Saja aku bagi tahu. Nak tengok reaksi Zakuan.
“Muda
macam mana tu?”
“Err..muda
la lagi.. Mungkin dalam lingkungan 30 an..” Aku agak je. Sebab selama aku
keluar dengan dia, tak ada pula aku nampak pula uban Meor.
“Oh
muda lagi lah tu..”
Itu
je? Alahai.. Tak nampak pun Zakuan cemburu. Dia ni tak sayang aku agaknya.
“Awak..”
“Hmm..”
“Betul
kan kalau dia ceraikan saya nanti, awak akah kahwin dengan saya?”
“Macam
yang dah kita rancangkan tu la..”
Zakuan
jawab memang la mudah. Tapi yang nak kahwinnya aku. Bukan dia.
“Kalau
dia tak nak ceraikan saya macam mana?” Rasanya dah banyak kali aku tanya soalan
ni. Takut weh!
“Kita
akan buat dia sampai tak suka dengan awak.”
Aku
kerut kening. Buat sampai Meor tak suka pada aku? Macam mana tu..
“Boleh
ke macam tu?”
“Boleh.
Semua tu kita yang buat. Lagipun tak akan ada suami yang sanggup tengok isteri
dia ada lelaki lain. Lama-kelamaan nanti mesti dia akan ceraikan awak juga.”
“Maksud
awak.. Awak nak saya curang dengan suami saya?” Makin berkerut kening aku. Biar
betul Zakuan ni.
“Suami
sementara je kan. Tak payah nak setia sangat la. Lagipun awak kahwin sebab dia
yang nak kan. Bukan awak rela.”
“Mana
boleh!”
Zakuan
panggung kepala. Pandang muka aku tak percaya. Pelik agaknya sebab aku
tiba-tiba tinggi suara.
“Maksud
saya mana boleh macam tu. Saya tahu lagi dosa pahala. Kalau saya buat macam tu,
maknanya saya dah derhaka pada suami saya sendiri.” Cepat aku terangkan semula
apa yang sebenarnya aku nak cakap.
Memang
betul pun. Aku tak sanggup nak buat suami aku sendiri macam tu. Aku tak nak la aku
akan tanggung dosa sebab dengar cakap Zakuan. Nanti dia akan jadi suami aku dan
Zakuan langsung tak ada hak pada aku masa tu.
“Ria,
awak bukan derhaka. Tapi itu saja alasan yang awak ada. Lagipun dah memang
betul awak tak sayangkan suami awak tu nanti. Takkan la awak nak habiskan seumur
hidup dengan dia pulak. Berterus terang tu kan lagi baik. Lagipun awak sendiri
pun terpaksa kahwin dengan dia kan..”
Terkebil-kebil
mata aku pandang Zakuan, kemudian beralih pula pada tangan sendiri. Kenapa aku
rasa saat ini aku macam nampak sisi jahat Zakuan. Dia ingat aku ni patung
Garfield ke? Boleh main bagi pada orang lepas tu ambik semula.
“Tapi
saya rasa macam saya tak boleh.. Saya kesian..”
“Itulah
awak, dari dulu sampai sekarang. Tak habis dengan perangai kesian awak tu. Ria,
cuba la jadi keras sikit. Jangan la lembik sangat.”
Entah
kenapa aku macam terasa hati bila Zakuan cakap macam tu. Selama ni dia memang
tak boleh terima ke diri aku macam ni. Dah memang aku macam ni, jenis cepat
sensetif. Bukan nak membangga diri, tapi hati aku ni memang jenis lembut. Kalau
tak,tak adanya sekarang ni aku berada dalam situasi sekarang ni. Kena kahwin
dengan lelaki aku tak kenal. Ini sebab aku kesian dekat lelaki tu la. Rasa
terhutang budi.
“Dah
memang saya macam ni..”
“Benda
tu boleh diubah. Nak dengan tak nak je. Saya tak nak nanti isteri saya
sikit-sikit nak buat drama air mata. Kuatkan sikit hati tu. Macam
budak-budak..”
“Hmm..”
“Ha
tu nak touching la tu..”
“Tak..”
Jawab aku pendek. Kalau cakap lagi panjang, makin sebak pula hati aku ni. Baik
aku senyap. Bukannya aku tak tahu, kalau aku menangis nanti Zakuan terus angkat
punggung balik. Mana pernah dia nak pujuk aku.
“Awak
kahwin dengan dia tiga bulan je. Dia nak sangat kahwin awak kan. Bagi tempoh
tiga bulan je dekat dia. Lepas tu awak mintak cerai. Tapi sebelum tu kita tak
payah jumpa. Saya tak nak nanti semuanya tak berjalan seperti yang kita dah
rancangkan.”
“Huh?
Maksudnya..”
“Ni
dah kenapa lembab sangat pula hari ni? Maksud saya, ini last kita jumpa. Lepas
ni, awak tumpukan pada hal nikah kahwin awak dan suami awak. Lepas tempoh tiga
bulan saya akan datang tuntut balik janji awak. Ingat tak janji apa?”
“Ingat..”
“Apa?”
“Cerai
dengan suami saya nanti, kahwin dengan awak..”
Zakuan
senyum. Aku? Tak tahu kenapa aku rasa hari ni aku macam tak reti nak senyum.
Aku rasa macam nak bunuh orang je sekarang ni. Nak bunuh Zakuan! Sebab dia
pentingkan diri. Maknanya nanti, aku kena hadap semua tu seorang diri. Lepas
tiga bulan, Zakuan akan datang semula. Semudah itu je hidup dia?!
“Good..
Ingat, jangan jatuh cinta pulak pada suami awak tu nanti..”
“Ye!
Tahu la..” Zakuan aku jeling sekilas. Ingat hati aku ni mudah sangat ke jatuh
cinta? Rasa cinta itu pun aku tak tahu macam mana. Sebab dengan Zakuan pun, aku
hanya ada rasa suka dan sayang. Cinta belum lagi.
“Saya
dah nak balik ni..” Zakuan bangun.
“Awak,
betul ke apa kita buat ni?”
“Ria,
kan kita dah bincang. Benda dah berjalan separuh jalan pun. Takkan sekarang nak
tarik diri pula..”
“Habis
tu saya macam mana? Tiga bulan ni..”
“Hidup
macam biasa..”
Macam
biasa? Macam mana? Luar biasa adalah. Benci Zakuan. Kejam!!
“Kirim
salam Mak Shimah..”
“Okey.
Take care. See you soon..tiga bulan okey..”
Bagitahu
Zakuan sambil melangkah. Langsung tak nak pandang muka aku ni lama-lama.
Sekurangnya bagi la kata-kata semangat. Ini pergi macam tu je. Kelibat Zakuan
yang menghilang ke dalam kereta aku pandang dengan hati yang berat. Entah
kenapa aku seolah rasa ini adalah kali terakhir aku akan jumpa Zakuan. Air mata
dah bergenang, cuma tak gugur ke pipi je..
“Selamat tinggal Zakuan Amin..”
Ucap aku lebih kepada diri sendiri. Lepas ni, untuk tiga bulan aku hanya akan
ada Meor Baihaqie.
u repost balik ke ? hehe
BalasPadamYe sis. Hihii ada yg request. Doranh xsempat baca...
PadamOooo... ini rupa nya plan qaseh gan zakuan... ku yg baca pun dah mula suka kat meor...
BalasPadam