AIR
mata memang dah tak ada untuk mengalir keluar. Rasanya semalam dah satu hari
aku menangis. Dan pagi ini aku kononnya nak berlaku jujur telah berteus terang
dengan Mr.Yap. Tapi apa reaksi yang aku terima cukup mengejutkan.
“You
careless Daria!” Hilang terus sisi baik Mr.Yap. Rasanya inilah kali pertama aku
tengok Mr.Yap marah. Bukan setakat marah, ini dah tahap mengamuk.
“I’m
sorry Mr.Yap. Saya..err...” Apa lagi yang aku nak terangkan? Rasanya memang aku
dah tak ada alasan. Tadi pun dah puas aku cuba terangkan pada Mr.Yap. Tetap
juga kena marah. RM 10 ribu, memang dia patut marah pun.
“You
what?!”
“I’m
sorry...” Pinta aku lagi. Pandangan aku tundukkan memandang jari jemari
sendiri. Sebak di dada ni tak usah nak cakaplah. Sedih bila ditengking-tengking
macam ni. Aku sudahlah mudah sangat nak menangis.
“Sorry
you tu tetap tak akan boleh mengembalikan duit tu Daria. So now macam mana? Apa
yang perlu I buat dengan you?” Mr.Yap berdiri bercekak pinggang di hadapan aku.
Aku
pulak dah rasa nak menunduk masuk ke dalam kain sendiri. Buat apa? Mintak aku ganti semula duit tu?
Mana aku ada duit! Duit simpanan pun hanya ada RM 500 je. Padanlah pun, aku
baru kerja lima bulan kan. Nak jual barang kemas pulak, yang aku ada hanyalah
barang kemas arwah mak aku. Dua utas rantai dan seutas gelang. Tetap tak cukup
juga!
“Baru
lima bulan kerja, dah berani nak ambik duit kedai. Where the money Daria?”
Aku
geleng pantas.
“Tak.
Saya tak ambik Mr.Yap!”
“I
akan report polis.” Mr.Yap berlalu ke arah telefon yang terletak dihujung meja.
“Jangan!”
Halang aku.
Telefon
tersebut aku ambil dan pegang kemas. Polis?! Tak nak. Aku tak nak masuk
penjara. Aku belum kahwin lagi, aku belum dapat jadi pereka fesyen lagi. Banyak
lagi perkara yang aku nak buat.
“Give
me back the phone Daria!” Mr.Yap cuba rampas kembali telefon di tangan aku.
Aku
geleng berkali-kali. Tak nak! Boleh pulak kami main berebut telefon. Tapi
apapun, aku tetap tak akan bagi semula telefon ni. Kalau aku bagi memang aku
bodoh la.
“Please
Mr.Yap. Percayakan saya. Bagi saya masa, saya akan cuba dapatkan semula duit
tu. Saya dah lima bulan kerja dengan Mr.Yap. Pernah ke selama ni saya
selewengkan duit? Even seringgit pun saya tetap akan pulangkan semula. Saya
tahu kali ini memang salah saya, cuai. Tapi bagi saya masa Mr.Yap. Saya akan
ganti semula duit tu.” Rayu aku.
Kat mana aku nak cari duit tu aku pun tak
tahu. Semalam sampai habis satu kedai aku selongkar cari. Sampaikan stor
belakang kedai itu pun aku pergi geledah. Padahal tak ada kena mengena pun.
Siapalah yang dah ambik duit tu. Nak tuduh sesiapa aku lansung tak ada bukti.
Jadi memang nampak akulah yang bersalah.
“Boleh
ke I percayakan you lagi? Kalau you lari macam mana?”
“Tak.
Saya tak akan lari Mr.Yap. Saya janji saya akan pulangkan semula sepuluh ribu
tu. Tolonglah bagi saya peluang.” Rayu aku lagi. Boleh atau tidak dapatkan duit
tu. Belakang kira.
Yang
penting sekarang ni aku kena cuba. Takkan la aku nak mengalah dan rela masuk
penjara. Aku ni satu-satunya anak yang arwah mak ada. Jadi aku nak la jadi anak
yang boleh membanggakan dia walaupun dia dah tak ada di sisi aku. Sekurangnya
aku cuba. Jangan mengalah cepat sangat.
“Baik.
I bagi you tempoh tiga hari je Daria. Remember what I say, only three day..
Mark my words okey.”
Aku
angguk walaupun tak yakin dengan diri sendiri.
Tiga hari? Mana aku nak cari duit sebanyak itu dalam tempoh tiga hari.
Tiga bulan pun belum tentu aku mampu. Zakuan! Ya, aku rasa dia boleh tolong
aku.
Tengahari
tu aku terpaksa puasakan perut aku sebab aku nak pergi jumpa Zakuan. Selagi tak
jumpa Zakuan selagi itu aku tak senang hati.
“Mak
nak keluar je.. Lagipun mak bukannya sakit sangat.”
Belum
sempat aku tolak pintu wad, aku dengar suara Mak Shimah. Kaku terus kaki aku
yang baru nak melangkah masuk. Tadi aku ada telefon Zakuan ajak jumpa. Tapi dia
cakap mak dia sakit, masuk hospital. Itu yang aku sampai ke sini ni...
“Mak
janganlah degil. Tak sakit apanya kalau macam ni. Kalau sampai kena tahan wad, maknanya
sakit la tu. Mak ni melebih pandai dari doktor pulak.” Kali ini aku dengar
Zakuan pula yang bersuara.
Aku
masih tegak di hadapan pintu wad. Tak tahu kenapa kaki ni rasa berat nak
melangkah masuk.
“Diri
mak. Mak tahu la samada sakit ke tak.. Dah. Pergi cakap dekat doktor tu. Mak
nak keluar. Adik-adik kamu dekat rumah tu tak ada siapa tolong tengok. Entah
dah makan ke belum la agaknya budak-budak tu.”
Aku
intai sikit dari celah pintu. Nampak Zakuan yang sedang duduk di tepi katil Mak
Shimah. Mak Shimah pula terbaring lesu atas katil. Wajah tua itu memang nampak
pucat sangat. Itupun boleh lagi nak mengaku sihat.
“Angah
ada dekat rumah tu. Pandailah dia uruskan adik-adik. Mak rehat je.”
“Mak
nak balik. Ni nanti duduk sini entah berapa lagi la nak kena bayar. Mak ni dah
tua along. Memang la sakit sikit-sikit ni normal. Lagipun kamu tu, dah berapa
banyak keluar duit untuk pembedahan lutut mak ni hari tu. Ini mak dah sihat
sikit. Jom kita balik.”
Kata-kata
Mak Shimah mengejutkan aku. Mak Shimah ada buat pembedahan? Kenapa aku tak tahu
pun. Zakuan tak pulak cakap dekat aku.
“Tak
banyak mana pun mak. Yang penting mak sihat. Along tak kisah kalau along susah
pun, asalkan mak dengan adik-adik boleh hidup macam orang lain.”
“Tak
banyak kamu kata?! Dua puluh ribu tu along. Bukannya sikit-sikit. Sepatutnya
hari tu tak payah bedah pun. Mak ni dah tua, bedah la macam mana pun. Sakitnya
tetap sakit juga.”
Jantung
aku rasa macam nak berhenti berdenyut bila terdengar perbualan dua beranak
tersebut. Dua puluh ribu? Jadi sekarang ini maknanya Zakuan memang tengah tak
ada duit la. Dan aku pula ada niat nak meminjam duit dari dia. Tak patutnya
aku! Ya Allah, kesiannya Zakuan. Aku tahu Zakuan memang sayang sangat dekat mak
dan adik-adik dia. Aku mengaku Zakuan memang ada hati yang mulia. Sebab itulah
aku boleh sayang dekat dia walaupun dia tak ada harta yang menimbun.
“Along
tak nak dengar apa-apa. Mak rehat je. Soal duit mak janganlah risau. Tahulah
along mana nak cari.”
Itu
ayat terakhir Zakuan yang aku dengar. Sebab lepas tu aku terus berpusing ke
belakang semula. Tak sanggup nak dengar perbualan dua beranak tu lagi. Makin
banyak aku dengar, makin rapuh hati aku ni. Mula la nak buat drama air mata.
Punggung
aku labuhkan di kerusi ruangan menunggu. Sepanjang aku kenal Zakuan entah apa
la yang aku pernah buat untuk Zakuan. Rasanya tak ada apa-apa pun. Zakuan yang
banyak berhabis untuk aku adalah. Kalau aku masih nak menyusahkan dia dengan
keadaan sekarang ni, tak kejam ke aku? Sudah la mak dia tengah sakit. Adik-adik
dia pula masih belajar. Tak ke aku ni sebenarnya dah menambahkan beban dalam
hidup dia. Belum kahwin aku dah tunjuk yang aku ni sebenarnya menyusahkan.
“Ria!”
Aku senyum bila nampak Zakuan sedang melangkah ke arah aku.
“Awak..”
“Kenapa
tak masuk? Lama dah sampai?”
“Baru
je sampai ni, itu yang duduk sini dulu.” Bohong aku. Wajah Zakuan yang agak
tidak terurus aku pandang. Kesian Zakuan. Nampak muka dia tak macam tak cukup
rehat. Bukan senang nak jadi anak sulung ni.
“Mak
tidur.. Nak masuk tengok sekejap boleh la.”
“Tak
apalah. Biarlah Mak Shimah rehat dulu.” Tolak aku lembut. Tak nak menganggu.
“Baru
balik kerja ke?”
“Ha
ah..terus datang sini. Tak sempat tukar baju pun lagi. Kenapa? Saya comot eh?”
Zakuan
gelak sekali dengar soalan aku. Kemudian dia geleng kepala.
“Tak
la.. Awak walau dalam keadaan macam mana pun. Tetap cantik di mata saya..”
Aku
tersenyum segan. Itulah Zakuan, mulut memang sentiasa buat hati aku kembang
setaman. Tapi aku? Pernah ke aku buat Zakuan bahagia..
“Awak..”
“Ye
saya..”
“Err
Mak Shimah sakit apa?”
“Sakit
biasa-biasa je ria. Orang tua, biasalah...” Zakuan ketawa kecil. Tapi ketawa
dia langsung tak menarik di telinga aku. Nampak sangat buat-buat.
“Kerja
awak macam mana sekarang?”
“Okey.
Tapi itulah, mak saya sekarang ni dah kerap sakit. Terpaksa la saya ambik cuti
tanpa gaji untuk bulan ni. Harap company faham la keadaan saya ni.”
Aku
angguk lemah. Aku pun faham juga. Semuanya bergantung pada dia. Kalau syarikat
dia tak faham, siapalah yang nak ambil alih tugas jaga Mak Shimah.
“Tak
apalah. Saya doakan Mak Shimah cepat sembuh.”
“Thanks
Ria...”
Kemudian
kami sama-sama terdiam. Aku nampak Zakuan menyandarkan kepalanya ke kerusi
dengan mata terpejam. Sekali sekala terdengar keluhan kecil yang terbit dari
bibir itu. Seolah sedang menanggung sesuatu yang berat.
“Zakuan.
Err saya tanya sikit boleh?”
“Erm.
Apa dia?” Zakuan pandang aku sekali lalu sebelum meraup wajahnya.
“Tadi
saya dengar yang Mak Shimah ada buat pembedahan... Betul ke?”
Zakuan
angguk lambat-lambat.
“Mana
awak dapat duit banyak tu?” Setahu aku gaji Zakuan sebagai pembantu pegawai
pemasaran tidaklah sebesar mana. Ditambah pula dengan perbelanjaan keluarga
yang besar. Memang jumlah RM 20 ribu itu tersangatlah besar.
“Saya
pinjam dengan company. Bulan-bulan potong gaji. Itu je cara yang saya ada Ria.
Saya ni bukannya orang senang nak dapat duit sebanyak itu.”
Pinjam
dengan syarikat? Dan sekarang ni aku pulak ada hati nak pinjam dengan Zakuan.
Oh tersangatlah tak masuk akal! Tapi kalau aku tak pinjam dengan Zakuan, aku
nak pinjam dengan siapa lagi? Dengan Najwa? Najwa lagilah tak ada duit. Kalau
dia boleh tolong pun, tak sampai suku pun. Aduhh! Mana nak cari duit ni.
“Zakuan,
kalau kita pinjam duit dengan Ah Long...selalunya berapa banyak ye kita boleh
pinjam?” Tiba-tiba je idea tu keluar dari otak aku.
“Ah
Long? Dah kenapa pulak tiba-tiba tanya pasal Ah Long ni?” Zakuan pun nampak
terkejut dengan pertanyaan aku.
“Saja
nak tahu...” Dalih aku.
“Seberapa
banyak pun boleh. Tapi sangatlah tak digalakkan. Tindakan itu namanya menggali
kubur sendiri.”
Aku faham maksud kata-kata Zakuan. Memang tempah
maut la kalau berani nak pinjam ceti haram. Kalau aku pinjam, mana pulak aku
nak cari duit untuk bayar nanti? Bayar dengan nyawa. Mintak dijauhkan!
“Kenapa
ni?”
Aku
geleng.
“Jangan
nak tipu. Tengok dahi yang berkerut tu pun dah tahu.”
Aku
hela nafas berat. Nampak sangat ke dahi aku berkerut? Aduh..habislah. Cepatlah
aku tua sebelum usia kalau dah selalu macam ni.
“Zakuan.
Saya sebenarnya ada masalah ni...” Lelah aku nak simpan sendiri. Rasa macam
bahu aku macam nak melorot ke bawah dah. Membayangkan penjara buat aku rasa nak
meraung. Gelaplah masa depan aku kalau aku dituduh atas tuduhan mencuri. Pecah
amanah. Mesti aku akan malukan sanak saudara aku dekat kampung sana. Cukuplah
selama ini aku dah banyak menyusahkan mereka semua. Tak nak lagi dah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan