BAB
03
SESEKALI
Fakri menoleh ke arah Nurin di belakang. Masuk saja ke dalam Hotel Eastin tadi,
dia terus membawa Nurin duduk di kerusi menunggu. Sementara dia pula terus ke
kaunter pendaftaran. Kalau boleh dia nak masuk bilik cepat-cepat, kesian isteri
dia. Mesti penat tu.
“Ini kunci bilik encik. Encik
perlukan bantuan kami ke untuk bawa beg pakaian ke bilik?” Soal gadis muda di
hadapannya.
“No need. I’m handle my self. Thank
you.” Senyuman gadis itu dia balas ala kadar. Kemudian panjang langkahnya
mendapatkan Nurin.
“Sayang. Jom, kita masuk bilik..”
Lengan Nurin dia paut untuk membantu Nurin bangun. Dengan keadaan Nurin seperti
sekarang memang agak sukar untuk Nurin bangun dan duduk.
“Awak ada kes bila?” Soal Nurin
sebaik sahaja berada di dalam lif.
Fakri menjeling ke sebelah. Senyuman
terukir. “ Amboi, tak sabar sangat gayanya nak abang pergi kerja. Tak suka
sangat ke tengok muka abang ni?”
“Tahu tak apa..”
Jawapan Nurin memantikan senyuman
Fakri. Padan muka kau! Nak sangat bergurau kan.. Dah tahu isteri kau ni
bukannya manusia yang boleh di bawa bergurau. Akhirnya dia hanya diam tak
membalas sehinggalah sampai di depan pintu bilik.
“Nurin nak abang duduk bilik lain
ke?” Entah kenapa gatal pulak mulut Fakri bertanya.
Nurin menoleh ke sebelah. “Ikut
sukalah.” Jawapan yang lahir hanya di bibir. Sedangkan di hati lain pula
jawapannya. Namun untuk menghalang, tidak akan sesekali. Selagi boleh dia tak
akan tunjukkan yang dia lemah.
Fakri
garu pipi yang tak gatal. Nak duduk bilik lain ke?
“Tak
nak abang. Tak ada duit dah nak bayar. Hotel ni mahal.” Tak akan! Dia nak
merapatkan hubungan. Bukannya nak mewujudkan jurang antara mereka berdua. Pintu
bilik dia tolak dan mempersilakan Nurin masuk terlebih dahulu.
Mendengarkan
jawapan Fakri, dalam diam Nurin melepaskan nafas kelegaan. Untuk apa dia ikut
sampai ke sini kalau nak biarkan dia duduk seorang diri. Baik dia duduk dekat
rumah je. Tak ada duit? Terbaik betul jawapan Fakri. Dasar peguam, ada je
jawapan spontan yang akan keluar.
“Awak..”
Mati kata-kata Nurin sebaik sahaja melihat keadaan bilik. Wajah Fakri dicari.
Fakri
pula sudah simpan senyum. Mesti Nurin terkejut punya. “Ye. Kenapa sayang?”
Soalnya buat-buat tak tahu.
“Err..
Ini bilik kita?”
“Yup.
Suka?”
Nurin
telan liur. Ini bilik orang nak berbulan madu! Katil bersaiz king yang dihiasi
kelopak mawar merah dia pandang. Perlu ke semua ni?
“Senyap
je tu. Maknanya suka la kan..” Giat Fakri. Wajah terkejut Nurin dia pandang.
Memang sengaja dia tempah honeymoon suit. Yela pun! Semenjak dia kahwin tak
merasa lagi nak berbulan madu. Inilah masanya. Bijak betul Adhan Fakri ni!
“No..
Saya tak jawab apa-apa pun kan..” Jelingan Nurin hadiahkan pada Fakri.
“Bagi
abang, diam tu maksudnya adalah ‘ya’. So, kalau rasa jawapan Nurin ‘tak’. Sila
bersuara ye, kalau tak...abang anggap je Nurin setuju.”
“Whatever..”
Nurin bergerak mencari katil. Kaki dia dah mula terasa lenguh. Namun sebaik
sahaja hidungnya menghidu bau haruman yang terbit dari kelopak bunga ros,
automatik dia menutup hidung. Rasa mual menolak anak tekak. Bersusah payah dia
membawa perut berjalan mencari bilik air.
“Sayang!”
Terkejut Fakri sebaik sahaja melihat Nurin yang sudah terbongkok-bongkok di
depan singki.
“Buang
bunga ros tu, saya tak suka..” Pinta Nurin sebaik sahaja membasuh mulut. Perit
tekaknya bila terpaksa memuntahkan air liur yang agak banyak.
Fakri
akur. Berlari anak dia masuk semula ke dalam bilik dan mengauk kesemua kelopak
bunga ros yang berada di atas katil. Kemudian bergegas juga dia mendapatkan
telefon. Nombor bahagian servis dia dail dan mengarahkan agar pihak hotel menukar
cadar baru. Dia tak mahu ada sebarang bau lagi.
“Sayang,
awak okey?” Soal Fakri mendapatkan Nurin yang sudah duduk bersandar di sofa.
Nurin
angguk kemudian memejamkan mata.
Melihat
keadaan Nurin, cepat tangan Fakri bergerak ke pelipis Nurin. Memicit perlahan.
Nurin membuka mata sebaik sahaja terasa ada tangan hangat yang singah di
pelipisnya.
“Abang
picit. Sakit kepala kan?” Mengerti maksud pandangan mata Nurin. Pantas Fakri
menjawab.
“Sorry,
abang tak tahu pula Nurin alah dengan bau bunga ros..”
“Hmm.
Sebelum ni okey je..”
“Kalau
tahu, abang suruh pihak hotel tukar dengan kelopak bunga matahari. Tak ada bau.
Kesian isteri abang..” Fakri sudah terasa ingin menepuk dahi sendiri. Ini semua
berpunca dari dia. Nak beromantik sangat kononnya.
“Awak
pergilah solat isyak dulu..”
“Kita
jemaah. Sayang, larat tak?”
Nurin
mengangguk. Malas nak bercakap banyak. Fakri bangun dan bergerak mencari bilik
air. Sempat dia melirik ke arah skrin telefon bimbit, dah hampir pukul 10
malam. Kalau tak difikirkan yang dia ada kes pagi tadi, memang dia nak bergerak
awal ke sini. Tak adalah sampai lewat sangat. Keluar sahaja Fakri dari bilik
air, giliran Nurin pula yang membersihkan diri.
Solat
jemaah bersama, itulah rutin yang Fakri dan Nurin selalu amalkan bersama.
Disebabkan itu jugalah Nurin merasakan Fakri adalah lelaki yang layak menjadi bapa
kepada anaknya nanti. Kalau boleh dia tak nak anak dia menerima nasib yang sama
sepertinya. Dia mahukan anaknya menerima cukup kasih sayang dunia akhrirat.
“Nurin,
sekejap. Abang ada perkara nak cakap sikit,” halang Fakri apabila Nurin ingin
bangun sebaik sahaja selesai solat.
Nurin
akur. Namun dia sedikit kekok apabila tangannya dicapai Fakri. Mata saling
bertentang beberapa saat sebelum Nurin pantas melarikan anak mata. Sering kali
kalah dengan pandangan redup milik Fakri.
“Nak
cakap apa?” Soal Nurin tidak mahu berlama.
“Sayang,
awak pernah dengar tak kisah antara cinta dunia dan cinta akhirat?”
“Tak,”
sepatah Nurin menjawab.
“Nurin
tahu apa maksud cinta?”
“Saya
tak berminat nak ambik tahu. Bagi saya cinta tu tak wujud pun.”
Fakri
tersenyum mendengar jawapan Nurin. Kedudukannya dirapatkan. Lutut berlaga
lutut. “Tapi.. Di sini..” Fakri meletakkan tangan kirinya ke dada.
“Ada
cinta untuk Nurin Aisyah,” sambung Fakri sambil merenung jauh ke dalam anak
mata Nurin. Dia mahu Nurin tahu, dia benar-benar ikhlas.
“Kalau
awak tipu saya pun saya tak akan tahu,” balas Nurin tanpa perasaan.
“Terima
diri abang, then you will know how much I love you.”
Nurin
diam tak membalas. Dulu, ketika dia baru berusia belasan tahun. Dia juga sering
disogok dengan kata-kata seperti itu. Dan kerana kata-kata itulah, dirinya
hanyut di saat usia baru mencapai 18 tahun. Kerana kata-kata itu jugalah, kini
dia terpaksa membawa perut akibat terpedaya dengan janji manis lelaki.
“Bila
kita sering meletakkan akal di bawah pengaruh nafsu, maka terjadilah cinta
dunia. Cinta yang hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Cinta yang hanya
memandang bertapa nikmatnya rasa bibir ini..” Tangan Fakri naik menyentuh bibir
kecil milik Nurin. Berhenti sejenak untuk melihat tindak balas Nurin.
Melihat
Nurin yang hanya menundukkan pandangan, Fakri meneruskan kata-kata. “Cinta
dunia yang hanya tahu berfikir mengenai kepuasan seks bersama pasangan. Cinta
dunia hanya tahu mengira, berapa kali dia dapat merasai kelembutan pipi ini..”
Kali ini pipi tembam Nurin pula yang menjadi mangsa tangan Fakri. Disentuh
dengan penuh kelembutan.
“Cinta
dunia sering membawa kita ke jalan yang penuh kekhilafan. Lupa dimana tiang
sebenar untuk kita berpaut sehingga kita lemas ditelan ombak yang membadai.
Tetapi berbeza dengan cinta akhirat..”
Nurin
mengangkat muka. Membalas pandangan redup Fakri. “ Cinta akhirat macam mana?”
Soalnya ingin tahu.
“Begini..”
Ciuman Fakri jatuhkan di antara kedua belah kening Nurin. Lama..
Nurin
memejamkan mata. Rapat. Genggaman tangan Fakri dia balas kuat..
“Cinta
akhirat hanya akan menyentuh sesuatu yang halal. Sesuatu yang boleh membawa
saham untuk ke akhirat. Cinta akhirat tidak pernah mengira berapa kali dia
bersama isterinya sebulan. Tetapi cinta akhirat akan mengira sudah berapa
banyak dia berikan pahala syurga untuk isterinya setiap hari. Perempuan
bukanlah didampingi kerana nafsu, tetapi didampingi kerana rasa ingin menjadikannya
bidadari di syurga nanti. Abang tak pernah berniat untuk mencintai Nurin hanya
di dunia. Tetapi abang ingin membawa Nurin sehingga ke akhirat nanti. Bersama
dengan abang menikmati apa itu rasa sebenar cinta akhirat. Will you sayang?” Panjang
lebar Fakri menerangkan. Kali ini dagu Nurin, Fakri paut. Mencari mata milik si
isteri.
“Tapi
saya tak layak..” Sedaya upaya Nurin melarikan anak mata. Tidak mahu terus
hanyut. Jujur dia mengakui, kata-kata Fakri sedikit sebanyak menyentuh hatinya.
Sebagai seorang perempuan, dia memang menginginkan seorang lelaki yang sudi
memimpin ke jalan syurga. Tetapi layakkah dia?
“Layak
atau tidak bukan sayang yang tentukan. Bagi abang, memiliki seorang isteri yang
tahu menjaga auratnya, tahu menghormati suaminya..itu adalah sudah cukup
terbaik. Abang tak pernah kisah mengenai masa silamnya, kerana bagi abang itu
dirinya sebelum dia menjadi isteri abang.” Luah Fakri jujur.
Pertama
kali melihat gambar milik Nurin hatinya sudah tertarik. Jika bukan kerana rumah
perlindungan itu adalah tempat larangan bagi lelaki, pasti dia sudah pergi
mencari Nurin. Namun akhirnya kerana rasa cinta yang semakin menggebu. Dia nekad
untuk bersua muka juga dengan wanita yang sudah berjaya mencuri hatinya walaupun
hanya dari sekeping gambar. Kerana itulah dia mengadakan majlis kesyukuran, dan
dia sendiri yang mengetuai bacaan yassin malam itu. Malam bersejarah itulah,
kali pertama dia bertentang mata secara berdepan dengan Nurin.
“Pertama
kali melihat wajah Nurin, hati abang terus terpaut tanpa mampu berpaling lagi..
Apa yang abang tahu, I’m just want you come into my heart. Stay here. Abang nak
jadi seseorang yang mampu melindungi dan menyanyangi Nurin sehingga ke akhir
hayat abang.”
Nurin
terkesima. Memang pada awalnya dia juga pelik apabila ada seseorang yang sudi
mengambilnya sebagai isteri. Langsung tidak kisah akan dirinya yang sudah
mengandungkan anak luar nikah. Apa yang terfikir olehnya pada masa itu adalah lelaki
tersebut hanya ingin mengambil kesempatan. Namun sebaik menjadi isteri kepada
Fakri, hatinya perlahan-lahan terpaut. Fakri mempunyai hati seindah
peribadinya.
“Awak
mampu dapat seorang isteri yang lebih baik dari saya. Bukan perempuan kotor
macam saya ni. Saya dah tak ada apa yang boleh dipersembahkan kepada awak,
Fakri.”
Fakri
menarik nafas panjang. Berdepan dengan wanita seperti Nurin, dia harus bijak mengawal perasaan. Dia tidak boleh
terlalu mengikutkan sangat perasaannya.
“Sayang.
Listen.. Sedar tak sebenarnya yang awak dah memberikan satu persembahan yang
terbaik kepada abang setiap hari. Melihat awak dengan pakaian seperti ini,
sejuk mata hati abang..” Tangan Fakri naik memegang bahu Nurin yang masih
lengkap memakai telekung.
Kemudian
tangannya naik pula memegang belakang kepala Nurin. “Melihat sayang menjaga
aurat ini hanya untuk abang, membuatkan hati abang kembang dengan rasa bangga.
Isteri abang pandai menjaga auratnya. Melihat sayang bersusah payah menguruskan
rumahtangga dengan perut yang sarat seperti ini membuatkan hati abang semakin
kembang dengan kasih sayang. Sayanglah adalah persembahan yang terbaik untuk
abang.”
Nurin
mengigit bibir. Mata dikelipkan berkali-kali. Cuba mengawal air mata yang
bila-bila masa saja akan mengalir. Mengapa masih wujud lelaki yang memandang
tinggi martabat dirinya.
“Tapi
ini bukan anak awak,” ucap Nurin dalam kepayahan.
“Ini
anak abang. Nurin isteri abang, jadi bayi yang berada di dalam rahim isteri
abang ini sudah semestinya anak abang.”
“Fakri.
Awak kena terima hakikat. Anak ini wujud bukan dari benih awak...”
“Nurin
juga kena terima hakikat. Yang abang bersedia untuk memikul semua tanggungjawab
tu. Please, I’m begging you. Jangan persoalkan lagi status bayi ni. Beri dia
peluang untuk mengenal abang adalah ayahnya..” Rayu Fakri penuh berharap. Dari
awal lagi hanya itulah alasan yang Nurin berikan. Namun bagi Fakri, dia
menerima Nurin seadanya. Apa yang terjadi ke atas Nurin sekarang ini bukanlah
atas kehendak Nurin sendiri. Dia menjadi mangsa nafsu rakus manusia berhati
binatang!
Miss Illah bila nak smbg RCUD.
BalasPadam