Selasa, 16 September 2014

Abang Sayang Adik Manis-Bab 05

KERONSANG berbunga pink aku sematkan ke bahu. Supaya selendang aku tak bergerak kalau ditiup angin. Wajah aku yang hanya berbedak nipis, aku lihat di cermin. Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan. Sekejap lagi aku kena jumpa bakal suami aku. Nak kena pergi butik pengantin. Berdebar tak usah nak cakaplah. Jantung aku ni dah gaya macam buat tarian dangdut. Ini kali pertama aku nak jumpa dengan lelaki tu lepas aku buat keputusan untuk berkahwin dengan dia. Entah macam mana la perangai sebenar dia. Dibuatnya nanti perangai dia macam kinkong. Tahu nak mengamuk je. Memang menangis la aku hari-hari.
“Ria, tu ada orang datang cari kau.”
Suara Najwa di muka pintu bilik mengejutkan aku. Pantas aku bergerak ke tingkap, nak tengok si dia. Si dia yang bakal menjadi suami aku pada minggu hadapan. Tapi tak nampak pulak..
“Ha okey.”
“Kau nak pergi mana? Ada interveiw ke?” Soal Najwa dengan mata dia menilik aku dari atas hingga ke bawah.
“Tak la. Aku nak jumpa kawan. Ada hal sikit.”
“Jumpa kawan? Sejak bila kau ada kawan macam tu. Aku ingat kan kau punya taste memang tahap serabai macam Zakuan tu je. Ini kenapa pelik sangat pulak..”
“Sekali sekala tukar citarasa apa salahnya.” Jawab aku mudah. Kenapa Najwa cakap macam tu? Agaknya Najwa pun terkejut kut tengok bakal suami aku kat luar tu. Tiba-tiba ada lelaki ala-ala handsome boy datang nak jumpa aku. Aku pulak mengaku kawan. Mahu tak terkejut minah tu.
“Really? Like something fishy here..”
“Ahh jangan kau nak fish-fish sangat dekat sini. Aku pergi dulu ek..”
Cepat je aku menerobos keluar bilik. Pintu depan aku buka. Terbeliak biji mata aku bila tengok sebiji Mitsubishi Pajero Sport, sedang elok melintang betul-betul depan pintu pagar rumah aku. Biar betul..boleh tahan kaya juga bakal suami aku ni. Selama ini aku tak pernah pulak nampak kereta dia ni. Alah! Apa nak hairan sangat. Kalau RM 10 ribu tu pun dia boleh senang-senang bagi pada Mr.Yap, mestilah banyak duit dia.
“Bye yang.. Aku pergi dulu.” Jerit aku pada Najwa sambil melangkah ke arah kereta.
Lama aku berdiri dekat pintu kereta. Nak buka takut nanti aku tersalah orang. Melilau juga la mata aku ni pandang keliling. Kut la ada kereta lain ke yang tengah tunggu aku. Sebab tengok dari gaya kereta depan aku ni, macam tak yakin pula ini bakal suami aku. Nanti masuk, salah orang kan ke malu yang aku dapat.
“Masuk la..”
Tingkap tiba-tiba terbuka. Lagi tambah bulat biji mata aku bila tengok lelaki yang arahkan aku masuk tu. Nasib baik tak terkeluar dari soket. Betul! Memang kereta lelaki tu. Dalam gelabah tu, pintu kereta aku buka juga. Terkial-kial aku nak panjat Pajero sport tu. Nasib baik aku memang pakai jeans.
“Thanks..”
“Untuk?” Soal aku. Tiba-tiba je nak berterima kasih.
“Untuk pilihan yang bijak tu..”
“Oh. Okey..” Tak tahu dah nak jawab apa. Lebih lagi bila duduk sedekat ini dengan dia. Selalunya tu jumpa dekat luar, tempat orang ramai. Ini berdua je dalam kereta, tiba-tiba je darah gemuruh tu datang.
“Saya Meor Baihaqie.” Dia perkenalkan diri.
Kelakar pulak. Bila aku setuju nak kahwin dengan dia, barulah dia nak perkenalkan diri. Sebelum ni aku tanya, dia buat muka cekedok je.
“Nice name..” Puji aku. Aku tak tipu okey. Nama dia memang sedap dan pelik. Sesuai sangat la dengan orangnya. Patutlah pun dia kedekut sangat nak bagi tahu nama dia.
Meor tak apa, jangan romeo!
“Thanks.” Jawab Meor tanpa nada.
Kereta bergerak meninggalkan rumah. Sepanjang jalan tu memang kitorang tak ada cakap apa-apa. Dia senyap. Aku lagilah senyap. Cuma lagu dari radio je yang menjadi peneman kami berdua. Sekali sekala tangan aku naik memicit hidung. Bau minyak wangi lelaki ni kuat sangat kut. Sampai tersumbat lubang hidung aku.
“Butik ni la ek..” Kata Meor sambil buka pintu kereta. Kereta dah elok terparking di hadapan sebuah butik bernama Rusha Bridal. Telan air liur aku tengok bangunan butik tu, nampak mewah sangat. Itu belum lagi masuk dalam.
“Tak mahal ke sini?” Soal aku macam orang bodoh. Yela, nak kahwinnya minggu depan. Tak perlu la kut nak mahal-mahal. Pakai baju raya aku tahun lepas pun boleh rasanya.
“Kalau nak murah pakai baju surat khabar..”
Aku jeling sekilas pandang muka Meor. Amboi, mulut boleh tahan. Nasib baik la dia kacak. Jadi tak adalah hati aku ni sakit sangat. Kalau muka macam jalan tar, dan mulut macam longkang. Memang dah lama masuk bawah ketiak aku ni. Sabar Qaseh..sabar..
“Hai handsome.. Welcome to Rusha Bridal darling. Datang juga you akhirnya ye..”
Masuk je dalam butik. Kami ditegur oleh seorang lelaki. Lelaki la kut sebab aku nampak ada halkum. Walaupun kalau tengok dari segi percakapan dan gaya, memang lagi lembut dari aku. Aku nak buat terliuk lentok macam tu? Jawapannya memang tak la!
“Hai Sha.. Thanks. Kenalkan, this is my future wife. Qaseh, kenalkan ini Sha. Owner butik ni.”
“Hai Sha..” Jawab aku sambil tersenyum. Salam yang Sha hulur aku tolak cara sopan.
“Oh god.. She is? Wow..great choice darling.. Nice skin. Nice smile. Nice body..”
Sampai nak terteleng kepala aku menepis tangan Sha yang macam sotong nak sentuh-sentuh aku. Hiss dia ni! Tak tahu halal haram ke. Main suka hati dia je. Banyaklah dia punya nice. Penumbuk aku yang nice ni dia tak rasa lagi agaknya, mahu leper rambut oren dia tu nanti.
“Hey! Just do your work okey. Please behave. Tak payah nak cuit-cuit. Kalau tak, I balik.”
Terkebil-kebil mata Sha pandang wajah Meor. Aku pun terkejut juga dengar suara Meor. Walaupun tak adalah dalam nada marah-marah. Tapi dari nada suara dia tu aku tahu yang Meor memang tegas.
“Okey. As your wish darling. I takkan sentuh dia.. I tahu, mesti la sayang kan nak bagi orang lain rasmikan dulu kulit cantik your future wife ni.. Ha ha ha..”
Sha gelak gedik.
Meor buat muka tanpa perasaan.
Aku? Aku buat muka nak termuntah.
“Qaseh..awak ikut Sha dulu ye. Pilih mana yang awak berkenan. Tak kisah macam mana pun, ikut keselesaan awak..”
Aku angguk sekali, faham dengan apa yang Meor tuturkan. Lepas tu Sha tarik aku pergi dekat deretan baju-baju yang tergantung cantik. Naik juling mata aku tengok baju-baju dengan manik berisnar-sinar macam tu.
“Sha..err..saya rasa kan, saya nak baju yang biasa-biasa je. Ada tak selain yang dekat sini? Yang ini semua macam heavy sangat..”
“Biasa-biasa? Hello miss..your future husband bukannya biasa-biasa tau. So, pilih la yang luar biasa sikit..”
Jawab Sha dengan gaya lemah lembutnya. Tangan sibuklah nak betulkan juntaian rambut yang jatuh ke dahi. Hiss sotong ni, ada juga yang aku kerat rambut tu nanti. Rimas betul!
“Tapi saya tak biasa pakai ni semua..”
“Tak biasa? It’s okey. Try this one..”
Sha hulurkan sehelai baju pengantin warna biru firus. Aku telek dari atas ke bawah baju tersebut.
“Tapi baju ni..”
“No excuse.. Just try it.”
Belum sempat aku buka mulut, Sha dah tolak aku masuk ke dalam bilik persalinan. Nak tak nak terpaksa juga aku cuba. Cantik memang la cantik, tapi lengan dia jarang sangat. Nanti tak pasal semua orang boleh nampak ketiak aku.
“Jarang sangat la lengan dia..”
“So, try this one pula..”
Sha hu lurkan sehelai lagi baju. Kali ini warna coklat muda. Okey dah, tapi bahagian dada dia ketat sangat. Malu pulak aku nak pakai. Begitulah sehingga baju yang ke enam aku cuba. Semuannya memang tak menepati citarasa aku. Bab cantik aku tak kisah sangat. Tapinya ada yang jarang sangat,ketat sangat, labuh sangat. Ada yang langsung tak sesuai sebagai baju pengantin muslimah.
“Darling.. I tak tahu la apa yang tak kena. Future wife you ni dari planet mana? Baju I yang vouge dan high class ni boleh tak kena dengan taste dia. You uruskan la.. You mesti lagi tahu kan taste dia. Hiss! Entah-entah dia hanya nak pakai baju dari hasil tangan you je kut!”
Bebel Sha bila sampai depan Meor. Menyampah! Itu pun nak mengadu. Yang buat baju seksi-seksi tu siapa suruh. Ingat aku ni Rozita Che Wan ke nak vouge sangat!
“Kenapa Qaseh? Apa yang tak kena? Tak ada yang berkenan ye..” Soal Meor lembut.
“Semuannya memang cantik..tapi..err..” Serba salah pulak aku nak cakap. Nanti Meor ingat aku berlagak alim pulak.
“But why? It’s okey, just tell me..”
“Emm..jarang sangat. Ada yang satu tu ketat sangat pulak. Saya tak biasa, malu..” Jawab aku terus terang.
Meor senyap sekejap. Pandang aku lama. Sampai aku sendiri pun tak tahu nak tala mata aku ke mana. Jantung bergedup pelik.
“Sha. I nak you buat satu baju baru. Kebaya putih dan pink. Jangan jarang sangat dan jangan ketat sangat. Muslimah konsep.”
Arah Meor pada Sha. Dihujung kata-katanya aku nampak bibir itu tersenyum kecil. Comel!
“Baju baru? But kita ada masa hanya seminggu lagi la..”
“Just do it. Berapa pun I akan bayar. Kalau you tak sanggup, I guna Ana Stayle aje la. I datang sini pun sebab you yang offer bersungguh sangat kan.”
Ana Stayle? Wow! Aku nak..
“Okey-okey! Fine. I buat...” Cepat je Sha bersetuju. Ala! Setuju pulak dah sotong ni. Kalau tidak, merasa aku pakai baju rekaan baju dari Ana Stayle. Mesti akulah pengantin paling meletop!
Aku pandang sekilas pada Meor. Dia macam biasa. Tetap dengan wajah tenang dia tu. Siap boleh duduk bersandar pada sofa sambil baca majalah lagi. Macam tak ada masalah pun bagi dia. Aku ni juga yang berpeluh-peluh asyik tukar ganti baju tadi. Dia pulak, dengan hanya beberapa patah perkataan terus boleh selesaikan masalah.
“Awak..”
“Ye.”
Aku terus pandang hujung kaki bila Meor angkat kepala pandang aku. Aku memang lemah sikit kalau berdepan dengan lelaki handsome ni. Darah gemuruh!
“Tak apa ke nak suruh buat baju lain? Tak menyusahkan ke..”
“Susah apanya.. Bukannya saya nak kena pergi ambil jarum, benang jahit baju pun.”
Hanpir je aku nak tepuk dahi sendiri bila dengar jawapan Meor.
“Tahu, tapi kesian la Sha..”
“Memang kerja dia pun. Kalau rasa tak nak jahit baju, pergi la jual buah dekat pasar malam.”
Aku senyap terus bila dengar Meor cakap macam tu. Biarlah! Jangan nanti suruh aku yang bayar pulak sudah la. Mahu aku bakar Mitsubishi Pajero sport dia yang dekat depan kedai tu nanti.
“Okey. Mari I ukur badan you..” Tiba-tiba muncul Sha dihadapan kami. Siap bawak tali pengukur.
“Pembantu you mana? Suruh dia ukur..”
Arah Meor. Sha tercebik-cebik melangkah ke bahagian belakang kedai. Mungkin pergi panggil pembantu dia yang Meor maksudkan tu agaknya. Tak lama lepas tu muncul seorang perempuan muda cina. Bagus juga Meor ni, pandai hormat diri aku ni. Kalau dibiarkan tadi, mahu Sha sotong ni yang ambil ukuran badan aku.
“Baju you?”
“I punya ikut ukuran lama je.. Tapi guna fabrik yang sama dari Qaseh punya.”
“Okey..as your wish darling..”
Semudah tu je? Besar juga kuasa Meor ni..apa yang keluar dari mulut Meor. Semuannya akan okey. Tak pernah pula Sha kata tak boleh. Tapi itu biasalah, mestilah nak jaga hati pelanggan kan. Kalau aku jadi Sha pun, aku macam burung belatuk juga mengangguk.
“Buat simple-simple je ye sha. Tak mahu heavy dengan manik sangat..” Pinta aku. Aku bukannya minat sangat kalau baju penuh dengan manik-manik ni. Berat!
“Laa..nama pun baju kahwin. Mesti la meriah cik kak oi.”
Nak je aku picit mulut Sha ni! Kalau aku cakap, ada je yang dia nak bangkang.
“Buat simple. But prefer nice. Jangan macam baju orang nak pergi pertandingan ratu kebaya pula. Kalau tak cantik, I pulang semula. Remember that okey.”
Ha kan! Meor dah bersuara. Sha pula? Macam biasa akan setuju je. Cuba aku yang cakap macam tu tadi. Jangan harap la sotong ni nak dengar.
“Qaseh.. Nikah nanti nak buat dekat mana?”
“Err..tak tahu..” Aku angkat bahu.
“Masjid Putrajaya la ye.. Saudara mara awak semuanya dah setuju. Nanti saya uruskan transport untuk dorang.”
“Hmm, okey.. Err..awak.. Pasal my parents awak tahu ke?” Soal aku. Takut juga nanti Meor tak boleh terima.
“Tahu.” Jawab Meor sepatah.
Oh Meor dah tahu rupanya. Tapi memang patutlah pun dia tahu. Kalau tak mestilah dia tak sampai ke kampung aku. Ini mesti Mak Ngah dah cerita. Cuma yang aku peliknya. Macam mana Meor tahu kampunag aku? Rasanya aku tak pernah cakap pun.. Dia ni ada teropong ajaib ke?
“Mana awak tahu?”
“Bakal isteri saya. Mestilah saya tahu.”
“Oh..ea..” Aku garu hujung kening. Tak tahu nak balas apa. Memang kena macam tu ke? Tapi aku pasal Meor apa pun aku tak tahu.
“Meor, betul ke ni nak buat baju dekat sini?”
“Betullah. Kahwin sekali je, bukannya dua tiga kali. Biarlah yang sekali tu ada moral valuenya sendiri. Jangan nak ambik mudah semua perkara. Nanti dalam rumahtangga pun mula nak ambil mudah jugak..”
Kali ini panjang lebar pulak Meor jawab walaupun masih lagi bersahaja. Jawab sambil tangan ligat sentuh skrin telefon bimbit. Telefon jenama apa aku tak tahu, sebab aku ni bukannya ambil tahu sangat pun pasal gadjet ni. Aku pun pakai telefon buruk harga 250 ni je.
“Betul ke ni awak nak kahwin dengan saya?” Soal aku lagi buat kesekian kalinya.
“Yela.. Dah saya bawa awak datang sini. Lainlah kalau saya bawa makcik jual jamu tepi jalan tu tadi. Mungkin la juga saya nak kahwin dengan dia..”
Aku dengar perempuan yang tengah sibuk ukur badan aku tu ketawa. Lawak sangat ke?
“Tapi kenapa?” Aku memang tak puas hati selagi dia tak bagi tahu aku apa sebabnya.
Takkan la dia tolong aku bayar hutang tu pada Mr.Yap semata-mata nak kahwin dengan aku. Kalau betul pun, mestilah dia ada sebabnya juga. Dan apa sebabnya tu? Itu yang aku nak tahu.
“Kenapa? Awak nak ubah fikiran ke?” Soalan aku Meor balas pula dengan soalan.
“Eh tak la..”
“Kenapa awak setuju?”
 Eh. Eh.. Dia boleh tanya pulak kenapa?!
“Awak yang paksa saya. Pandai-pandai pergi masuk meminang saya. Sepatutnya saya yang tanya soalan tu pada awak. Bukannya awak tanya saya”
“Bila saya kata saya nak. Saya akan dapatkan..”
Suka hati dialah! Bagi sajalah dia menang. Cuma aku pelik, takkan la orang ada rupa macam Meor ni semudah tu je terima aku. Dia ni tak ada kekasih ke? Kenapa nak kahwin dengan aku yang buruk ni. Makcik jual jamu tu pun lagi cantik dari aku. Entah-entah kahwin nanti dia nak jual aku dekat siam kut. Alah, sekarang negara kita ada undang-undang. Buat apa aku nak takut.
“Dominan!” Itulah yang aku rasakan pasal Meor ni. Dia jenis yang nekad. Aku kata tak nak pun, dia tetap nak. Apa jenis tahap kedegilan la dia ni. Kalau guna clorox pun memang tak akan boleh luntur.

Nasib baiklah handsome. Tak pernah terfikir pun yang suatu hari nanti aku akan kahwin dengan lelaki macam Meor ni. Tak sangka kawan Haziq ni muda sangat. Aku membayangkan dulu, orang yang tolong aku tu dah tua. Kepala botak dengan perut memboyot. Tak sangka pula dapat yang tegap dan kacak macam ni.. Hai...apa la yang jadi lepas ni.. Jangan aku jatuh cinta pada dia sudah la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan