Sabtu, 16 Ogos 2014

Pencuri Hati Vs Penembak Cinta

Bab 11

“RIN mana?” soal Maira sebaik sahaja melabuhkan punggung ke atas kerusi rotan di hadapan rumah Hayati. Sengaja dia tidak mahu masuk ke dalam rumah. Mahu mengambil angin luar, luas pemandangan luas sikit fikirannya.
On the way. Sekejap lagi sampailah tu,” jawab Hayati seraya masuk ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian, Hayati kembali dengan sedulang minuman.
“Jom kita duduk kat pangkin sana la...”
Maira hanya mengangguk setuju. Langkah Hayati diekori dari belakang tanpa bantahan. Melalui kolam renang di rumah keluarga Hayati, mengingatkan Maira akan Gun. Senyuman, lirikan mata, gerak langkah, bahasa tubuh dan wangian Gun masih kuat melekat dalam ingatannya. Kenapalah kepalanya sekarang hanya ingat perkara yang berkaitan dengan lelaki itu? Kuat betul aura dia...
“Ewah you... senyum tiba-tiba ni dah kenapa? Apa yang menarik sangat kolam renang tu? Bukan you memang tak suka berenang ke? You kata nanti kulit you kering.”
“Senyum aje pun. Salah ke? Senyum tu kan sedekah...”
Punggung dilabuhkan di sebelah Hayati. Air yang dituang Hayati diteguk rakus. Membuang rasa malu yang tertangkap berangankan anak teruna orang.
“You! Minum tu slow sikit la. Gelojoh betul.”
“I haus. Lagipun sedap betul air you ni. Rasa macam sekali minum, pasti hendak lagi...”
“Yalah tu. Air Marigold dari kotak aje kut... Macam I tak tahu you kalau gelabah macam mana. Haaa... I sure lagi pasti! You mesti tengah hide something daripada I ni...” Hayati sudah membuat muka ala-ala Detektif Conan.
Errr... Mana... Mana ada! Eh, tambah air lagi sikit eh?”
“Gagap-gagap macam tu, confirm you sorok something ni. Lebih baik you cakap... kalau tak...”
Hye girls!”
Suara Sabrina yang tiba-tiba muncul menyelamatkan keadaan. Maira mengeluh lega. Fuh nasib baik la Sabrina Gucci ni datang. Selamat dia daripada disoal siasat oleh inspektor tidak sah taraf.
“Hai Rin... Wah, berkilat semacam aje handbag you.”
“Gucci limited edition okey. Haruslah...”
Sabrina menjawab dengan muka bangga. Melenggang lenggok mengayun langkah ke arah Maira dan Hayati. Sebab itulah dia digelar Sabrina Gucci. Pantang betul dengan barangan jenama tersebut, semua dia nak miliki.
“Hei Ara, kenapa dengan you punya lutut? You bergusti dengan siapa pula ni?”
Cepat Maira menutup lututnya dengan tapak tangan. Haih, mata Sabrina ni memang mata helang betul. Tak sampai seminit dia datang, dah nampak. Ini dah jadi satu masalah pula nak menjawab.
“OMG! Yalah, Ara. Teruknya... Kenapa ni? You jatuh ke?”
Giliran Hayati pula yang menyoal sambil menolak-nolak tangannya yang menutup lutut. Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja kedua-dua orang sahabatnya itu membelek lututnya.
“Tak ada apa la. Lebam sikit aje. I terlanggar katil.” Spontan Maira mereka-reka ayat menipu.
“Takkan langar katil sampai macam ni? Jangan nak menipu boleh tak, Ara? Ni kesan macam terhentak kuat dengan objek keras.”
Alah, Dektektif Hayati sudah mula membuat siasatan. Ini yang dia kalah ni. Fikir Maira, fikir. Ligat kepala Maira berfikir mencari alasan yang munasabah. Takkan dia nak cakap dia jatuh sebab gerun berhadapan dengan Gun? Jatuhlah imej dirinya. Apa pun, imej tetap perkara nombor satu.
“Betul la... Isy you all ni. Itulah, banyak sangat tengok gerak khas.”
“Fatah pukul you?” soal Sabrina serius.
Really? Ya Allah. You ada luka kat mana-mana lagi tak? Meh, I tengok muka you betul-betul, ada lebam tak? Kepala you okey tak? Dia pukul guna apa? Kenapa???” soal Hayati bertalu-talu. Kadang-kadang Hayati ini otaknya memang tak selari dengan rupa. Suka bertindak gelojoh.
“Isy! Apa ni! Bila pula Fatah pukul I? You ingat Fatah tu tak tahu undang-undang ke nak pukul I sesuka hati dia? Lagipun kalau betul dia pukul I, you ingat parents I akak duduk diam ke?”
So betullah Fatah pukul you?”
No!!!” jawab Maira keras sambil memandang wajah Hayati dan Sabrina dengan geram.
Sabrina dan Hayati berpandangan sesama sendiri dengan muka tidak percaya. Maira merengus kuat. Kenapalah kedua-dua orang sahabatnya itu banyak sangat berdrama? Berfikir suka sangat terlebih ke depan.
“Tak, bukan Fatah yang pukul I. Betul, I terlanggar katil. Thanks sebab ambil berat pasal I. I tahu you all memang kawan yang prihatin. Tapi jangan la apa-apa yang jadi dalam hidup I, semuanya you all nak babitkan Fatah,” jelas Maira lagi sekali dengan lembut. Menyesal pula dia datang ke situ dengan memakai skirt paras lutut. Jika dia tahu sebegini banyak soalan yang akan timbul, dia lagi rela memakai baju kurung.
“Sebab apa-apa yang terjadi dalam hidup you memang semuanya berkaitan dengan Fatah aje kan? Orang lain mana you nak peduli. Sebab tu apa-apa yang jadi dengan you, we all berdua akan fikir Fatah juga.”
Maira hanya tersenyum kelat mendengar jawapan daripada Hayati. Ada benarnya kata-kata Hayati. Selama ini apa yang terjadi di dalam hidupnya semua berkaitan dengan lelaki kesayangannya itu. Ini kerana hidupnya tidak pernah rasa tergugat dengan kehidupan orang lain. Dan dia memang tidak pernah ambil peduli dengan kehidupan orang yang tidak penting di dalam hidupnya.
Tetapi itu dahulu, sebelum lelaki bernama Keith Rajh Dhan muncul di dalam kamus hidupnya. Sekarang, nama lelaki itulah yang sering memberi rencah dan warna di dalam kehidupan sehariannya. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa Gun begitu memberi kesan ke atas dirinya.
“Okey, I tahu apa maksud you all. Tapi kali ini tak ada kena-mengena dengan Fatah. I sendiri yang cuai sampai boleh terlanggar katil. Dan inilah kesannya...”
Maira menunjukkan lebam di lututnya. Menggosok perlahan lebam yang telah bertukar menjadi kebiru-biruan. Bibir mengukir senyuman lebar bagi mewujudkan suasana ceria.
“You berangan kuat sangat. Itulah, kahwin ajelah cepat dengan Fatah tu. Tak sanggup I tengok you angau hari-hari. Nampak kolam pun senyum, sekarang tengok kaki sendiri lebam pun senyum. So you dah pergi klinik belum? Nampak macam teruk juga ni. Manalah tahu, retak ke apa... Ha, turun nilai hantaran you nanti.”
Maira membulatkan matanya ke arah Sabrina. Soal nilai harga dirinya jangan dipertikai.
“Silap-silap, nanti Husna tu cepat-cepat masuk celah ketiak Fatah. You juga kena ingat... Fatah tu pun hot juga. Laku macam keledek goreng panas.”
Tegak telinga Maira mendengar kata-kata Hayati. Husna? Oh no... tidak sesekali dia akan mengalah dengan ahli sihir itu. Kalau betul nak cari pengganti dia, carilah perempuan yang berjenis sikit. Sekurangnya lebih cantik dan bijak daripada dia.
“Biarlah. Setakat Husna pokok bonzai bergerak tu, I tak rasa tergugat langsung. Kalau dia boleh cari lain. I pun boleh. Ingat dia aje ke layak jadi mister handsome I? Ada lagi lelaki yang lebih hot daripada dia. Kalau dia keledek goreng panas, I ada strawberi salut coklat...”
Lain yang difikir, lain pula yang keluar dari mulutnya. Kalau Fatah tak ada, Gun masih ada. Gun juga tidak kurang hebatnya. Gun? Kenapa nama lelaki itu yang keluar?! Haru!!!
Melopong mulut Sabrina dan Hayati mendengar kata-kata Maira.
“I rasa you memang betul-betul kena pergi klinik. Ini bukan lutut yang terhantuk. Tapi I rasa kepala otak you yang dah bergegar. Dah jadi tak betul!”
“Haah, betul tu! I pun rasa macam tu. Kalau pasal lain I tak hairan, tapi kalau pasal you sanggup lepaskan Fatah sebab Husna, itu I hairan, sangat hairan. Ini kes parah.”
Hayati kalau bab menyokong Sabrina, dialah nombor satu. Kalau ada kelab penyokong Sabrina, agaknya dialah yang paling ke depan pegang sepanduk.
“Jangan nak mengarut boleh tak? Bila pula I kata sanggup lepaskan Fatah untuk Husna? Rasa penampar I ni dulu... Dahlah, banyak soal pula you all berdua ni,” nafi Maira cepat.
“Pula dah. Tadi ayat macam reda aje. Manalah tahu... you dah fall in love dengan Gun. Mister kacak I tu... Mula-mula memanglah boleh nafikan, tapi kalau dah hari-hari you menghadap muka dia yang macho tahap Dennis Terill tu, you boleh tahan ke?”
Maira membuat muka geli-geleman melihat wajah Sabrina yang sudah macam orang kemaruk nak berlaki. Pantang sebut nama Gun, mulalah tahap kegedikan melampau tu muncul. Itu belum lagi tengok Gun dengan aksi tidak memakai baju dan hanya berseluar renang. Mahu histeria agaknya. Hehehe... Beruntung betul dia dapat melihat sisi seksi Gun. Bertuah badan.
You all berdua yang suka sangat dengan Gun tu kenapa?”
“Bila I cakap suka dia? I tak suka, tapi I minat gilosss dengan dia.”
“Dia tu kasar tahu tak? Kita pun tak kenal dia lagi.”
“Sebab tu kita kena kenal.”
“Tak payah!”
“Kenapa pula!”
“Sebab dia tu tak dijangka. Boleh buat orang benci dan jatuh cinta tiba-tiba.”
“Siapa yang jatuh cinta?!”
“I la! Ni, tengok kaki I, dia punya pasallah buat I gelabah sampai tak boleh kawal diri!!!” jawab Maira geram.
Puppp! Terasa dirinya telah tersalah cakap. Pantas dia menampar-nampar perlahan mulutnya yang laju macam kereta api. Tak sempat brek. Dia jatuh cinta kepada Gun? Gila ke dia...
“Araaa!!! You... Ya Allah. You sedar tak ni?” soal Hayati kuat dengan muka tidak percaya.
Sabrina sudah senyap tidak berkata apa-apa. Hanya matanya sahaja yang terkebil-kebil memandang wajah Maira.
Errr... What? Haih. Nak hujan ni. I balik dulu.”
“Jangan nak mengelak. Duduk!!!”
Terdorong semula Maira ke belakang apabila tangannya direntap oleh Hayati. Dengan rasa serba salah dia hanya menurut dan duduk semula ke atas pangkin. Peluh dingin mula memercik di dahi. Terasa kaki dan tangannya sejuk. Fikir, Maira... Fikir. Fikir apa yang perlu dia jawab kepada dua orang hakim di hadapannya ini.  
Kelihatan Sabrina dan Hayati saling berpandangan sesama sendiri. Beberapa minit keadaan senyap sunyi, hanya pandangan mata yang berbicara.
Arghhh!!! The hottest story ever!”
Tiba-tiba Hayati dan Sabrina menjerit serentak. Saling berpelukan dan melompat-lompat.
Maira mengerut dahi. Air liur ditelan berkali-kali. Ini kenapa pula yang nampak gembira sangat? Bukan tadi muka macam nenek tiri ke? Sekarang kenapa sekejap sangat boleh bertukar menjadi kanak-kanak Ribena? Apa yang perlu dia buat... lari... atau buat-buat pengsan?
“Ara... Oh my dear. You memang sweet.” Hayati datang memeluknya. Kemas.
“I rasa kita harus buat parti untuk kita bertiga. Sebagai tanda kemenangan. Kemenangan you menakluki hati seorang mister handsome.” Giliran Sabrina pula yang memeluknya kejap.
“Eee, lepaslah! Apa yang mengarut sangat you all ni?”
Maira meleraikan pelukan Sabrina dan Hayati. Mengesot ke sudut tepi pangkin.
“Amboi... malu-malu pula you ni... You janganlah nak malu dengan we all. Kita orang akan sentiasa menyokong penyatuan dua hati antara Maira Khaisara dan Keith Rajh Dhan. Aih... I pula yang rasa happy.”
“Jangan nak berangan perkara yang tidak pasti.” Maira menjegilkan mata ke arah Sabrina.
“Eee... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... no, no, no. Tak boleh tarik balik...”
Maira mengetap bibir melihat aksi Hayati yang menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Badan turut digoyangkan mengikut rentak jari.
“Tak payah nak keluar peribahasa, simpulan bahasa, kosa kata semua tu. I tak maksudkan apa-apa. Anggap aje I tipu. I cakap tanpa niat. Tak ikhlas. Tak benar-benar maksudkan apa yang I dah cakap. Apa yang you all berdua dengar tadi, anggap aje masa tu I gila. Cut it out. Buang dari otak you all yang kononnya suci lagi murni tu.”
“Tak nak!!!”
Serentak juga Sabrina dan Hayati menggelengkan kepala. Memeluk tubuh. Mengingkari arahannya.
“Lebam langgar katil konon. Padahal, dilanggar panahan asmara si kacak. Patutlah pelik sangat bila you macam tak kisah pun pasal lebam yang dah mencacatkan lutut you tu. Kalau tak... selalu tu... nyamuk gigit sikit pun you dah gempar satu dunia.”
“Betul tu, Rin. Entah-entah dia memang sengaja tak nak pergi klinik. Takut lebam tu cepat hilang. Nanti tiadalah tanda kasih sayang daripada si kacak... Tak gitu, Ara?”
Hayati menyokong lagi kata-kata Sabrina. Kali ini siap menaik-naikkan keningnya ke atas.
“Tadi I tengok lebam tu buruk sangat, tapi bila tahu datang dari mana, haihhh... lebam tu pun nampak indah di mata I. Apa pun daripada Gun... semuanya nampak begitu macho.”
Maira makin mengesot ke tepi pangkin apabila Sabrina datang merapatkan tubuh. Beraksi miang. Mengada-ada. Sekali dia watchaa!!! Baru tahu.
“Macho, kacak, hot, handsome. Semua gelaran you all nak bagi kat dia. Apa gelaran yang you all tertinggal, nak beri kat dia lagi, hah?”
“Seksi!!!”
Maira menahan gelak. Seksi? Ohhh... yang itu dia setuju. Seksi dan seksa. Seksa hatinya yang melihat.
Rasa marah, gelabah dan keliru akibat tersalah cakap sebentar tadi hilang ditelan perkataan seksi yang keluar dari bibir Sabrina dan Hayati. Muka berseri-seri, terserlah gaya gedik mereka.
“Macam mana you boleh dapat lebam tu? Apa yang dia buat sampai you gelabah tahap terunggul tu? I pelik ni kalau you boleh gelabah jumpa lelaki. Selalunya tahap confident you tinggi melangit.”
Maira mengukir senyuman kecil. Kalau dengan Sabrina dan Hayati, memang tidak boleh berahsia. Lambat laun nanti, mereka akan tahu juga.
“Kat rumah dia... Atau lebih tepatnya, di dalam bilik dia.”
Akhirnya Maira membuka rahsia. Makin lebar senyuman di bibir dan akhirnya dia ketawa kuat melihat reaksi Sabrina dan Hayati seperti orang sembelit.

“OMG!!! The new hot story of the year.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan