NAIK
berpusing biji mata Rizza mencari kelibat Zara. Rasanya baru saja tadi Zara ada
belakang dia. Hiss! Menyusahkan betul la! Sudah la hari ini ramai orang. Sedang
asyik mencari, mata menangkap kelibat seorang gadis yang berdiri
membelakanginya.
Zara! Bukan susah pun dia nak kenal baju corak
polkadot merah pink tu.. Baju yang sama Zara pakai pada malam dia bawa Zara
datang ke sini. Itulah aje pun baju yang Zara ada. Takkan la dia nak bawa Zara
keluar pakai kemeja dia pulak kut.
“Auchh!”
Zara mengaduh sakit bila lenggannya ditarik. Rizza ni!
Ingatkan
leka sebab apa, rupanya boleh pulak ralit tengok demontrasi itik mainan. Gaya
macamlah tak pernah tengok benda tu. Hanya Zara seorang je yang besar gedabak.
Yang lain semuanya kecil-kecil. Perangai tak sesuai dengan umur!
“Yang
kau tercongok dekat sini kenapa?” Soal Rizza sengaja buat muka garang.
“Tengok
tu. Cute..”
“Tahulah
kau baru umur 17 tahun. Tapi umur macam kau tetap tak sesuai la dengan benda
macam tu. Jom!” Kali ini lengan tu Rizza pegang tak nak lepas.
Zara
mencebik. Eleh! Rizza pegang dia tak apa pula. Berlagak alim betul!
“Saya dah 26 tahun la!” Zara jegilkan mata.
Suka hati je nak kata dia budak umur 17 tahun.
Rizza
tahan senyum. Marah pulak dah! Dia tahu je umur Zara ni berapa sebab memang dia
dah tengok Ic Zara. Tapi muka Zara ni memang macam budak-budak, memang gaya 17
tahun. Muka tak matang!
“Yeke?
Kenapa aku rasa muka kau macam budak tengah nak ambik spm je. Sama je la dengan
perangai kau.. Tak matang! Sebab tu otak cetek.. Buat apa tak fikir panjang.
Tahu nak senang cepat je.” Sempat lagi Rizza bagi setepek dekat muka Zara.
“Eii!
Bencilah!” Zara merengus kasar sambil merentap kembali tangannya. Tahu nak
menyakitkan hati je la Rizza ni.
Rizza
menoleh melihat Zara di sebelah. Muka Zara bukan main berkedut, macam keropok
lekor goreng. Dia tahu Zara merajuk. Tapi tak kuasa dia nak melayan.
“Sini!
Nanti kau hilang lagi. Sini ramai orang..susah nanti nak cari!” Rizza kembali
menarik lengan Zara.
“Biarlah
hilang pun!”
“Jangan
degil boleh tak!” Rizza kemaskan pegangan. Sampai berkerut-kerut muka Zara dibuatnya.
Bukanlah
niat Rizza nak menyakitkan Zara. Tapi Zara ni banyak sangat kerenah. Ikutkan
dia pun malas nak bawa Zara keluar. Tapi dia memang kena juga bawa. Kena
belikan kelengkapan Zara. Tak sanggup dia nak tengok Zara berseksi depan dia.
“Kaki
kau tu betul ke dah okey?”
“Baru
tu nak tanya. Okeylah dah. Inikan dah boleh jalan ni. Tak nampak?” Zara
berjalan sambil menghentak-hentakkan kakinya. Biar Rizza ni tahu yang kaki dia
memang betul dah okey. Nak bagi penyepak dekat Rizza pun boleh sekarang ni.
“Aku
tanya pun kira okey tahu tak.”
Rizza
menarik lengan Zara bawa pergi dekat deretan baju. Nasiblah, pandai sangat
culik anak orang. Nak tak nak makan pakai Zara, dia kena la tanggung. Hiss! Tak
pasal je dia kena buat semua ni. Kalau jadi bini dia berbaloi la juga.
“Kita ni dekat mana sebenarnya ek? Pelik la. Tadi
kita macam ada lalu kawasan perumahan diraja. Ini ada tasik, laut pun ada dekat
belakang sana.” Soal Zara ingin tahu. Rasanya macam dia tak pernah sampai lagi
ke tempat ni..
Rizza
tahu Zara merujuk kepada laut yang berada di belakang mereka berdua kini.
Mestilah Zara ni tak sangka yang dia sebenarnya dah bawa Zara jauh dari
bandaraya Kuala Lumpur. Kiranya budak Zara ni tak peka juga la dengan keadaan
sekitar.
“Zara.
Kau memang tak tahu ke kita ni ada dekat mana?”
“Tak.”
Rizza
simpan senyum tengok muka Zara yang bersungguh mengelengkan kepala. Zara ni
kadang-kadang nampak macam muka baik sangat. Susah nak percaya yang perempuan sebelah
dia ni rupanya kekasih papa sendiri.
“Kalau
kau nak tahu, nama tempat ni Taman Gelora.” Bagi tahu Rizza. Ahad ini sajalah
pun pasar malam yang dia tahu. Dia pun bukannya selalu sangat pergi tempat
macam ni. Ini semua Zara punya pasal.
“Taman
Gelora? Kat mana eh?”
“Kau
tak pernah dengar ke?”
“Tak.
Taman Tasik Titiwangsa pernah la. Tapi mana ada pasar macam ni.”
“Kita
ni ada dekat Kuantan la Zara oi..”
“Kuantan?!”
Zara berhenti melangkah. Kepala dia ligat berpusing pandang keliling.
“Rizza..
Betul eh kita ada dekat Kuantan?”
“Yela.
Takkan aku nak tipu kau pulak.” Rizza menarik Zara ke tepi apabila Zara
berhenti secara mendadak dan menganggu laluan pengunjung yang lain.
“Jauhnya..”
Zara mengeluh lemah sebelum kembali melangkah.
Sebab
jauh itulah Rizza berani berani bawa Zara keluar macam ni. Kalau dekat Kuala
Lumpur tak adanya dia nak bawak Zara ni pergi tempat orang ramai macam ni.
Dibuatnya terserempak dengan Adila, tak ke naya. Dia tahu sangat Adila mesti
tengah cari Zara sekarang ni. Di sini, Adila tak akan jumpa Zara. Dia yakin tentang
tu..
“Kat
sini Adila tak akan jumpa kau..”
“Kenapa
awak bersungguh sangat tak nak Adila tu jumpa saya. Saya ni kan kaki kikis duit
papa awak. Biar aje la saya mati.”
“Boleh
tak jangan nak tanya soalan yang sama.” Rizza menjeling Zara di sebelah. Tak tahu
kenapa dia tak suka setiap kali Zara sebut pasal kematian. Bukan itu yang dia
nak. Berkali-kali dah dia cakap pada Zara. Entah apa yang Zara tak faham sangat
pun tak tahulah.
“Sana
tu. Ambik la baju yang kau nak.”
Langkah
terhenti di salah sebuah gerai yang menjual pakaian wanita. Deretan baju yang
pelbagai warna dan corak mengamit mata. Cantik je! Macam tak ada beza sangat
kalau beli dekat butik pun. Cuma jenama aje la yang tak ada.. Kalau Rizza, dia
okey je pakai baju made in night market pun. Apa ada hal.
“Rizza.”
“Satu
je?” Soal Rizza bila Zara menghulurkan sehelai T-shirt berwarna pink. Simple.
Hanya tertulis perkataan I’m a good girls.
“Ha.ah.
Takut nanti awak kata saya menghabiskan duit awak pulak.” Zara pulangkan paku
buah keras. Biar terpacak atas dahi Rizza.
“Jangan
nak mengada. Ada aku cakap kau tak boleh menghabiskan duit aku? Aku cuma cakap
duit papa aku aje kan..” Rizza mengambil baju di tangan Zara. Tak tahu la
kenapa hati dia ni macam kesian pulak bila dengar suara sayu Zara tu.
Inilah
masalah dia! Mudah kesian..
“Tak
nak la. Saya kan perempuan tak baik.”
“Zara!
Kau cakap lagi macam tu aku dukung kau balik rumah. Cepat pilih.” Rizza
mengertak. Kemudian dia jegilkan mata sambil cuba memegang bahu Zara
Mengelabah
Zara ke belakang cari baju. Sengaja je Zara hentak-hentakkan kaki. Saja je nak
protes. Tahu memberi arahan je Rizza ni.
“Okey.
Dah!” Kali ini tiga helai Zara ambik.
Rizza
kerut kening apabila melihat Zara menghulurkan sehelai T-shirt. Zara tahu pakai
baju je ke? Seluar?
“Ha
okey. Kak, kira.” Rizza menghulurkan baju tadi kepada jurujual. Tak apa. Kedai
depan sana tu dia belikan seluar pulak. Takkan la dia nak kayakan peniaga yang
ni je.
“Rizza.”
“Ye?”
“Nak
baju tu.” Tunjuk Zara ke dalam salah sebuah gerai.
Sehelai
dress merah jambu bercorak rama-rama singgah di mata Rizza. Tersarung cantik di
badan sebuah patung. Rizza melirik ke arah plastik di tangan Zara. Majoriti baju
yang Zara beli tadi warna merah jambu. Itu pun nak merah jambu juga ke?
“Boleh.
Tapi ambik yang warna biru tu.”
“Tak
nak. Saya nak colour pink.”
“Kau
ni asyik pink je. Lama-lama nanti aku ingat pink panther pulak yang duduk dalam
rumah aku. Ambik aje la yang colour biru tu.. Hijau, kuning..merah pun ada.
Hiss!”
“Tak
apalah.” Zara berlalu. Warna lain buat apa, tak cantik. Dia suka warna pink tu.
Rizza
melopong. Merajuk! Heiiii!! Macam mana la papa boleh tahan dengan Zara ni.
Mungkin sebab sayang punya pasal. Dia pula tak sayang, sebab tu la geram je.
Rasa macam nak ikat je muncung mulut Zara tu dengan tali pinggang.
“Kak.
Bagi baju yang dekat patung tu. Warna biru.” Arah Rizza. Permintaan Zara dia
buat tak peduli.
Rizza
memerhatikan kelibat Zara. Takut nanti hilang lagi macam tadi. Dah la makin ke
petang, makin ramai orang. Selesai membayar dia menarik lengan Zara ke bahagian
makanan pula. Dia pun dah lapar ni.
“Wahh!
Nikmatnya dapat makan macam ni.”
Rizza
yang sedang membuka sila memandang ke arah Zara. Dari tepi dia memang nampak
jelas bulu mata Zara melentik-lentik ikut pergerakan mata. Melihat bulu mata
Zara seperti Rozita Che Wan, hatinya mula tertanya-tanya. Bulu mata palsu ke
original la agaknya.
“Makan
tu. Bukan kenyang pun kalau tengok orang.”
“Saya
bukan tengok orang. Saya tengok tasik teratai ni.” Zara tunjuk tasik teratai di
hadapan kami.
Tahu!
Tadi bersungguh Zara memujuknya supaya kami je tapau makanan dan duduk
berrsidai di tepi tasik ni. Tak pernah sepanjang dia duduk Kuantan ni, dia
boleh bersantai-santai macam ni dengan makanan di tangan. “Makan dulu.” Arah
Rizza lagi. Tadi kata lapar sangat..
“Rizza.
Ini tasik semulajadi atau buatan? Besar betul. Kalau kira-kira, sebesar padang
bola ni.”
“Mana
aku tahu. Aku bukan kerja dengan MPK.”
“MPK?”
“Majlis
Perbandaran Kuantan. Hiss kau ni! Semuanya tak tahu.”
“Awak
pun sama.” Balas Zara selamba. Asyik dia je yang terkena.
Pula!
Rizza telan liur. Tak reti dimarah ke apa budak seorang ni. Tapi memang betul
dia tak tahu pun. Dia dekat Kuantan ni hanya disebabkan kerja. Bukannya dia ada
masa sangat nak merayap makan angin.
“Kalau
kita nak pergi dekat pulau pokok buluh tu macam mana eh? Ada sampan tak ek?”
Zara menunjukkan ke arah rimbunan pokok buluh yang berada di tengah tasik.
“Berenang
la kut.” Rizza menjawab malas. Nasi ayam di dalam polistren dia suap ke dalam
mulut. Pertama kali dia makan nasi ayam dengan tangan. Ini semua sebab Zara!
Hari
ini rasanya dah berapa banyak perkara luar alam yang dia buat. Perempuan
simpanan papa ni memang mampu mengubah seseorang. Itulah yang buat papa lupakan
mama agaknya.
“Awak
ni tak pernah nak jawab betul-betul!” Zara menjeling.
“Siapa
suruh kau tanya soalan bodoh. Pokok buluh miang macam tu memang sengaja orang tanam
dekat tengah sana. Yang kau pulak nak pergi situ. Tak pernah dibuat orang.”
“Tanya
je pun!”
“Makan!”
Dari
tepi Rizza nampak Zara mengherot-herotkan bibirnya. Mengejek dia la tu. Ikut
suka kau la Zara. Baik dia makan lagi bagus. Boleh cepat balik..
“Hmm.
Kalau Mila ada ni mesti dia suka..”
Rizza
menoleh. Wajah Zara yang tadi penuh dengan senyuman kini dah berubah sayu. Dari
hari tu lagi dia dengar Zara ni asyik sebut nama Mila..
“Eh kapten!”
Teguran
seseorang membuatkan kepala Rizza mengeras. Nak menoleh pun takut. Rasanya ini
mesti orang yang satu tempat kerja dengan dia. Dia buat-buat tak dengar. Konon
khusyuk menyuap nasi.
“Kapten
Azrim!” Sekali lagi namanya dipanggil.
“Awak!
Tu ada orang panggil.” Zara menyiku lengan Rizza.
Hiss
Zara ni. Cuba la buat-buat pekak juga.
“Oh! Hai.” Rizza berpaling dengan terpaksa.
Berpura-pura terkejut. Kini berdiri di belakang dia adalah budak-budak pelatih
yang dia selenggarakan. Ada empat orang semuanya. Rizza ukir senyum palsu.
Alahai, kenapalah mesti terserempak dengan budak-budak ni..
“Hai!”
Hampir
je Rizza tersedak air liur sendiri bila terdengar suara Zara. Ramah pulak dah
Zara ni! Cadangnya tadi baru je dia nak buat-buat tak kenal Zara ni. Aduhai. Ini
esok mesti gosip akan tersebar meluas punya.
“Haa!
Awek kapten ye?”
Rizza
telan liur kesat. Dia tahu memang dari dulu lagi semua orang sibuk nak tahu
pasal hal peribadi dia. Apa taknya, umur dah 31 tapi masih bujang tergolek.
“Eh
bukan la. Kawan saya ni.” Rizza buat-buat gelak.
Budak-budak
tadi pula gelak menyambut ketawa buat-buat Rizza. Tapi dorang gelak
betul-betul.
“Pertama
kali ni kami nampak Kapten date.. Boleh tahan jugak Kapten.”
“Nice
choice!”
Aduhai!
Komen tak menahan budak-budak ni. Rizza tutup malu dengan mengaul-gaul nasi
dalam polistren. Zara di sebelah dia jeling sikit. Amboi Zara! Sengih sampai
nampak gusi. Tadi monyok sangat, konon rindu pada Mila. Ini mana perginya muka
kerinduan tadi?
“Korang ni dari mana?”
Alamak!
Zara dah bersuara.
“La
akak, kalau kami ni kenal Kapten. Mestilah kami ni anak buah dia. Kami dari Base
ni kak.”
“Base?”
“Yela.
Kami ni budak pelatih yang Kapten Azrim handle.”
“Oh!”
Zara angguk juga walaupun tak berapa faham.
Rizza
sengol sedikit lengan Zara. Diamlah budak!
“Korang
nak pergi mana ni?” Cepat Rizza menyoal sebelum Zara buka mulut lagi.
Rizza
sebenarnya nak keluarkan ayat menghalau. Tapi tak reti la pulak nak menghalau
cara yang tepat.
“Kami
ni nak ushar awek. Cuci mata. Macam Kapten la. Segar ek biji mata ada awek terbaik
punya dekat sebelah.”
Jawapan
salah seorang dari mereka membuatkan yang lainya menghamburkan ketawa. Rizza
turut tersengih-sengih. Tapi tak selebar sengih Zara. Suka la tu orang kata dia
terbaik!
“Haa
okeylah tu. Harap esok training banyak la sikit tenaga.” Balas Rizza. Nak buat
macam mana, kalau dekat luar memang orang kenal dia ni jenis tak reti marah.
Tapi kalau masa dia tengah buat training, memang suara dia je yang dengar dekat
base tu.
“Bereh
Kapten. Okeylah, kami pergi dulu la Kapten.” Pinta salah seorang dari mereka.
Rizza
perasan. Mulut bercakap dengan dia tapi mata asyik melirik ke arah Zara. Inilah
gayanya, terperap dalam base je. Sekali jumpa perempuan memang tak berkelip.
“Eh!
Meh la join kami.”
Rizza
ketap bibir. Baru je dia nak menarik nafas lega. Boleh pulak Zara ni lembik
mulut mempelawa. Serik! Lepas ni dia tak akan bawa lagi si Zara ni keluar hari
ahad. Simpan je dekat rumah.
Abam kapten baju pink dh klua gua...sengal zara...hihi
BalasPadamSorry lama benor menggua... Kihkihhh
Padamalahai rizza oii sweet cara tersendir me loikeeee
BalasPadamsweet yang menyakitkan hati.. Ekekeee
PadamWah nak lg nak lg . Nak tamak bleh tak? Nak kapten dgn bad guy bleh huhu
BalasPadamDua2 nak?? Hadoiii yunks.. *sambil letak tgn atas dahi. Ekekeee
PadamBest nak lagi
BalasPadamTerima kasih...
PadamMiss Ilah..Abg kapten very cool..dah 31..ish dah bole kawen da..sesuai dgn zara...kire ok tu...psttt abg bad guy tak dak ka mlm ni? Aunty khalijah ...rindu kat bunga orkid tuuu
BalasPadamMmg dh lyk sgt aunty. Hehee bad guy ilah hntr msuk gua. Biar peram lama sikit rindu tu.
PadamPandai cik Zara... ajak anak buah abam kapten join dia org... ambik ko Rizza..hehe
BalasPadam....smbng lh lgi..cik writer
Bakal menyusul sis...ngee
PadamShuweet la pulak...
BalasPadamSweet cr ganaih...heheee
Padamnote: i'm a good girl (bkn girls)
BalasPadamalahai comelnya si zara ni..tidak kah terdetik dihati mamat sengal ni yg minah ni mmg baik budaknya... apa kata dia sendiri berjumpa ayahnya menanya pasal sizara ni..tak de lah dia selalu berburuk sangka... musykil betul akak ngan Tan Sri tu.. apa khabar agaknya dia.. adakah wasiatnya telah tertulis nama zara sebab itu adiknya Adila mengharamkan zara berjumpa dengan ayahnya..dan satu lagi yg menjadi kemusykilan akak... siapa sebenarnya yg membuat skandal ngan Tan Sri sebelum zara sehingga menyebabkab kedua beradik itu meletakkan semua kesalahan itu dibahu zara... hmmm..moga ada pencerahan... ek..
BalasPadamTerima kasih di atas komen kak... ngeee. Akak. Nanti akn ada pencerahan. Ini masih di bab2 awal...
PadamNak lagi. Upload new n3 Abam kapten hari ini. Please.....x puaslah.
BalasPadamMenarik menarik ..huhu ..nk lagi ..hihi
BalasPadamOOOOHHHHHmaiiiiiiii..Alahai..sweet sungguh Zara ni..I like!!!Kak Ilah..nak lgg...apa pulak la si pelatih Abam Kapten ni cakap kan???harap2 setuju..boleh Rizza kena usik..hahahaha..
BalasPadamsedang elok pasangan ni, sorang beku, sorang lagi terlebih peramah....
BalasPadamNextt
BalasPadamnak lagi..nak lagi..hehe..
BalasPadambest giler la....next n3 plzzzzz
BalasPadamsis kenapa lama stop....rindulah
BalasPadamAkk dah mmg minat giler dah ngan penulisan miss ilah hehe
BalasPadamNk tanya buku ni
BalasPadamdh cetak ke kum
adoi,hari2 bukak blog ni tgk ade sambungan ke tak,cepat lahhh sambung plssss, xpun terbit versi buku terus lah
BalasPadam