Isnin, 4 Mei 2015

Rasa Cinta Untuk Dia-Bab 05



GERAK geri Fakri dia perhatikan dengan perasaan aneh. Tak pernah-pernah Fakri jawab telefon sorok-sorok macam tu. Senyum-senyum. Cakap pun bukan main perlahan. Apa yang Fakri sorokkan dari dia?
“Siapa call?” Tanpa mampu bertahan, terus dia menyoal sebaik sahaja Fakri melangkah ke ruang dapur. Muka bukan main ceria lagi!
“Client.” Fakri jawab sepatah.
“Client? Ke girlfriend..”
Berkerut dahi Fakri mendengarkan soalan Nurin. “Girlfriend? Maksud sayang, kekasih?”
Nurin diam tak membalas. Hanya tangannya sahaja yang lincah menyapu jem ke atas roti. Tiba-tiba je dia rasa geram. Cemburu ke dia?
“Kalau betul kekasih, kenapa?” Sengaja Fakri menduga.
“Baguslah.”
“Bagus? Aik.. Bunyi macam orang frust je.. Are you jealous, sayang?”
“No!”
Fakri sudah senyum senget. Tak? Kalau betul tak kenapa cara jawab tu macam orang marah je.. Ini kali pertama Nurin bereaksi seperti ini. Memang sejak dia dan Nurin balik dari Pulau Pinang ni, Nurin nampak macam jinak sikit. Tapi jinak-jinak mempati la. Payah nak dibelai.
“Betul ni tak jealous?”
“Why should I?”
“So, kiranya kalau abang ada kekasih.. Sayang tak kisah la eh?”
“Tak pun.” Langkah kaki Nurin bawa ke singki. Pura-pura menyibukkan diri. Hakikat sebenar dah rasa macam nak pecah dada ni. Lelaki semua sama!
“Great. Mudah kerja abang. Bagusnya la isteri abang ni..”
“Dasar lelaki. Tak cukup seorang isteri.” Akhirnya tanpa sedar terluah juga perkataan itu dari mulutnya.
“Abang tak akan kahwin lain kalau sayang tak benarkan. Tapi, sayang sendiri yang tak kisah. So, abang kira ni sebagai lampu hijau je la..”
“Ikut suka hati awak la. Nak kahwin dua, tiga pun saya tak kisah. Saya tak nak ambik tahu!” Pinggan yang sudah siap dibasuh Nurin letakkan kasar ke atas rak. Nasib baik tak pecah dibuatnya.
“La.. Kalau tak kisah. Janganlah marah..”
“Siapa marah?”
“Sayang, did you love me?” Soalan berbalas soalan. Senyuman nakal mula bermain di bibir Fakri. Tengok reaksi Nurin pun dia seolah sudah dapat menebak apa yang ada di dalam hati isterinya itu.
“Love? In your dreams!” Luah Nurin geram dan berlalu dari ruang dapur. Kalau dia terus ada disitu, silap-silap penyek hidung mancung Fakri tu nanti dia hentak dengan lesung batu.
“Are sure sayang? But I think you love me.” Terdengar suara Fakri melaung dari ruang dapur.
Nurin gigit bibir. Memegang dada sendiri yang mula terasa ketat. Kenapa dia rasa sedih ni?!
Sementara itu Fakri sudah tersenyum penuh makna. Dia dapat rasa Nurin sayangkan dia. Tapi degil nak mengaku. Okey! Dia ada rancangan. Kalau inilah cara yang membolehkan Nurin mengakui rasa cinta kepadanya. Dia akan buat. Tunggulah, dia akan buat isteri degil dia tu mengaku.


SUARA gelak ketawa di ruang tamu menganggu lenanya. Jam di sisi katil dia pandang, dah pukul 6 pagi. Semalam dia sedar, Fakri keluar dari rumah pukul 3 pagi. Tak tahu kemana. Nak bertanya, dia masih lancarkan mogok suara. Sakit betul hati dia dengan perangai miang Fakri. Dalam diam ada kekasih. Semakin lama suara gelak ketawa itu semakin kuat. Disebabkan rasa ingin tahu, bersusah payah Nurin membawa perut untuk melihat siapa tetamu di pagi subuh begitu.
Namun langkah mati sebaik sahaja menghampiri tangga. Suara perempuan! Tegak telingannya cuba mengamati suara yang diselang seli dengan suara suaminya itu. Fakri bawa balik perempuan? Dengan penuh berhati-hati kaki melangkah menuruni anak tangga. Semakin kuat gelak ketawa itu, semakin kuat debaran di dadanya. Dan sebaik sahaja melihat apa yang terhidang di depan mata, nafasnya terasa terhenti.
“This is you.. Remember?” Cukup jelas suara perempuan yang sedang melentok di bahunya suaminya itu bersuara.
“Of course la. But you, eii.. Buruknya peha tania!”
“Hey! Suka hati je cakap peha I buruk.”
Kuat Nurin berpaut di pemegang tangga. Peha? Adakah ini bermakna suaminya sudah melihat tubuh perempuan itu. Itu ke kekasih Fakri? Jadi betullah Fakri memang ada kekasih. Air mata jatuh satu persatu di pipi. Melihat kemesraan antara kedua mereka juga sudah cukup melumatkan hatinya. Sampai ke rumah Fakri bawa balik kekasih hatinya. Manusia yang bertopengkan syaitan.
Dengan kudrat yang masih ada, Nurin melangkah semula ke dalam bilik. Membersihkan diri dan bersujud kepada penciptannya. Lama dia berteleku di atas sejadah, mengadu nasib diri.
“Ya tuhanku. Apa lagi ujian yang kamu datangkan kepada ku? Sesungguhnya aku tak kuat Ya Allah. Kali kedua dikhianti, sakitnya lebih lagi. Mungkinkah ini adalah balasan di atas dosa-dosaku selama ini Ya Allah. Aku redha jika inilah ketentuanmu. Namun berikanlah kekuatan kepada ku Ya Allah. Sesungguhnya, jika dia yang terbaik untukku. Aku terima walaupun terpaksa berkongsi kasihnya dengan wanita lain.”
Tersedu sedan Nurin meratapi nasib diri. Anak di dalam kandungnya juga aktif bergerak seolah mengerti perasaannya kini. Siapalah yang mahukan gadis kotor sepertinya? Dia tidak meminta lebih, cukuplah jika Fakri sudi menjadi ayah kepada anaknya ini. Itu sudah melebihi dari cukup. Dia tidak minta disayangi, cukuplah ada tempat untuk berlindung.
“Sayang..” Terdengar suara Fakri memanggil saat dia mahu merebahkan kembali tubuh ke atas katil.
Senyuman lebar Fakri dia pandang sekilas. Senyuman itulah yang telah merobekkan hatinya.
“Sayang. Tak bangun lagi ke? Tak solat subuh?” Soal Fakri sebaik sahaja duduk di sebelah Nurin yang berbungkus selimut tebal. Hanya hujung dahinya saja yang nampak.
“Dah.” Sepatah Nurin menjawab. Suara cuba dikawal sebaik mungkin.
“La.. Tak tunggu abang pun. Ini nak tidur semula ke?”
“Hmm..”
Fakri cuba menyelak hujung selimut. Namun keras Nurin menghalang. Senyuman tiba-tiba tersungging di hujung bibir. Hmm! Rasanya rancangan dia macam dah berhasil je ni. Tak sangka pula secepat ini.
“Sayang. Jom, turun. Kita ada tetamu..”
“Mengantuk.” Air mata Nurin seka dengan hujung jari. Cuba mengawal esakan yang bila-bila masa akan terbit dari bibirnya.
“Tak pernah-pernah pun sayang tidur semula lepas subuh. Jom la sayang, ni tetamu istimewa tau..”
“Bagi saya tidur sekejap. Nanti saya turun.”
Fakri akur. Tak apalah. Baik dia bagi Nurin bertenang dulu. Perempuan mengandung ni bukannya boleh di agak emosinya. Nanti tak pasal je benjol dahi Tania. “Okey. Nanti turun tau..”
Nurin membuka mata apabila bunyi pintu ditutup. Makin lebat air matanya mengalir apabila melihat tingkah laku Fakri berbeza dari sebelum ini. Selalunya mesti akan cium dahi dia dulu. Tapi hari ini, Fakri tinggalkan dia macam tu je. Memikirkan apalah agaknya yang sedang dibuat Fakri dan kekasih hatinya ditingkat bawah, makin kuat esakannya. Dadanya terasa ingin pecah.
“Baby. Jangan risau.. Apapun yang jadi, mama ada..” Tangan naik mengusap perut. Mungkin inilah takdir dirinya, sering dibuang insan kesayangan. Dia memang tak layak untuk disayangi sesiapa. Mungkin juga inilah balasannya kerana menderhaka kepada kedua orang tuanya. Semakin hampir detik-detik untuk menjadi ibu, semakin dia faham bagaimana perasaan ibunya dahulu. Sungguh, dia rasa menyesal yang teramat sangat.
Fakri menoleh jam di pergelangan tangan. Dah hampir pukul 2.00 petang, tapi Nurin masih belum turun. Tak lapar ke isteri dia ni? Perasaan bimbang mula mengusai diri. Panjang langkahnya di atur naik ke bilik. Risau kalau Nurin bertindak di luar batasan.
“Sayang.” Panggilnya sebaik sahaja ternampak kelibat Nurin yang duduk dihujung katil merenung jauh ke luar jendela.
“Ni kenapa tak turun ni.. Duduk terperap dalam bilik pulak.”
Nurin buat tak dengar. Untuk apa dia turun? Untuk melihat aksi mesra antara suami dengan dengan kekasih sendiri? Tidak.. Dia tidak sekuat itu.
“Jom, sayang. Kita turun. Dari pagi tak makan, kesian baby..”
“Awak cuma sayangkan baby ni je ke Fakri?”
Fakri tersentak. Tidak menjangka akan keluar soalan itu dari mulut Nurin. Punggung dilabuhkan di sebelah Nurin kemudian tangan naik menyentuh perut si isteri.
“Mestilah abang sayang baby ni..”
“Then, you can get it. Saya akan serahkan baby ni pada awak nanti. Awak jangan risau. Tak perlu nak bersayang bagai dengan saya hanya untuk mengambil hati saya sebagai ibu kandungnya. Kalau niat awak hanya mahukan anak dalam kandungan saya ni. Awak boleh ambil..”
Sekali lagi Fakri terkedu. Teruk sangat ke cara dia menguji Nurin?
“But I want both of you..”
“Not me right? Awak hanya mahukan baby ni dan perempuan dekat bawah sana. Saya langsung tak masuk senarai..” Nurin menguatkan cengkaman di birai katil. Sedaya upaya dia cuba menguatkan diri sendiri.
“Sayang..”
“Stop panggil saya dengan panggilan bodoh tu!”
Fakri bangun. Perasaan bersalah mula mengusai diri. Nampaknya dia sudah tersalah langkah untuk menguji hati isteri sendiri. Langkah diatur dan duduk melutut di hadapan Nurin. Tangan Nurin dicapai dan digenggam kuat.
“Sayang, I’m sorry. Abang tak berniat pun nak..” Kata-kata Fakri mati bila Nurin merentap tangannya kasar.
“It’s okey. Saya tahu, awak tak berniat pun nak lukakan hati saya kan? Yela, saya ni perempuan yang menyedihkan. Perempuan yang mampu meraih simpati sesiapa yang melihat. Perempuan teranaiya yang dirogol dan dibuang keluarga. I’m a stupid girls! Dan stupid girl ni memang langsung tak layak untuk lelaki sebaik awak. Putihnya jalan hidup awak tak akan mampu menjernihkan hitamnya masa lalu saya..” Kali ini Nurin biarkan saja air jernih yang mula membanjiri pipinya. Mengalir laju menuruni setiap lekuk wajahnya.
Dia dah tak mampu untuk berlakon kuat. Dia dah kalah! Berkali-kali disakiti, membuatkan dia dah tak mampu untuk bertahan.
“No. Abang tak pernah pun anggap sayang macam tu..”
“Habis tu apa? Awak anggap saya ni perempuan yang boleh awak simpan untuk dijadikan isteri tawanan? Why Fakri? Kenapa awak ambil saya jadi isteri awak kalau akhirnya awak sakitkan saya seperti ini..”
Fakri melepaskan keluhan berat. Melihat air mata yang turun dari mata indah itu, membuatkan hatinya lebih dipagut sayu.
“But you not love me.. Abang mahukan seorang isteri yang boleh menyanyangi abang seperti mana abang sayangkan diri dia..”
“Saya tak akan bertahan di sini kalau saya tak cintakan awak!”
Tegak tubuh Fakri sebaik sahaja mendengarkan pengakuan yang baru terbit dari bibir Nurin. Tangan Nurin dicapai dan dikucup berkali-kali. “ Are sure sayang? Did you love me? Abang tak bermimpikan?”
“Yes. I love you. Tapi awak khianati cinta saya. Awak pun sama macam lelaki lain. Kenapa setelah saya mula sayangkan awak, ini yang awak berikan pada saya? Tak layak sangat ke saya ni untuk disayangi? Sampai hati awak.. Kalau memang saya tak layak, kenapa berikan harapan pada saya..” Teresak-esak Nurin menghamburkan tangisannya. Tangannya yang dikucup oleh Fakri hanya dibiarkan. Sungguh dia sudah terlalu penat untuk menghalang.
Tubuhnya tiba-tiba dipeluk oleh Fakri. Segenap wajahnya hangat dengan ciuman kasih oleh bibir Fakri.
“Thanks sayang. I love you too. Abang sayangkan sayang melebihi segalanya. Terima kasih sebab sudi terima abang.. Abang janji, lepas ni abang tak akan uji lagi sayang dengan benda-benda macam ni. Abang percayakan sayang. Sayang sayangkan abang.”
Nurin tergamam. Uji? Apa yang Fakri mengarut ni? Tubuh Fakri yang masih kemas memeluknya ditolak.
“Uji? What do you means?”
Fakri tayang sengih. Air mata di pipi Nurin dia kesat penuh kasih sayang.
“Abang tahu, sayang jealous dengan tania kan?”
Sebaik sahaja mendengar nama Tania, Nurin kembali dilanda sebak. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangisan.
“Ehh.. Wait. Janganlah menangis lagi.. Tak berbaloi pun sayang nak menangis sebab tania. Dia tu adik abanglah..” Fakri senyum lebar.
“Adik?”
“Yes. Tu adik bongsu abang, dulu masa kita nikah. Dia tak ada, study dekat Jepun. Ini baru je dia balik, pagi tadi abang pergi ambil dia dekat airport la..”
Dalam tangisan Nurin tergelak. Bodohnya dia! Ini ke yang dikatakan cemburu buta? Itulah, salah dia juga selama ini tak pernah nak ambik tahu perihal keluarga Fakri. Kan dah terkena batang hidung sendiri. Dia makan hati dengan adik ipar sendiri.
“Sorry.. Syhh. Sudahlah menangisnya. Suami awak ni masih hak milik kekal Nurin Aisyah. Tak mahu eh dia dekat orang lain.. Isteri dia ni dah cukup cun melecun..” Pujuk Fakri sambil mengusap belakang Nurin. Kesian isteri dia. Teruk sangat ujian yang dia bagi ni. Sampai teresak-esak dibuatnya.
“Sampai hati awak buat macam ni..”
“Yela pun. Dah susah sangat nak mengaku sayang dekat saya..”
“Sayanglah!”
“Abang tahu..”
Fakri senyum nakal. Akhirnya! Tubuh yang agak berisi itu dia tarik masuk ke dalam pelukan. Dan buat pertama kali, dia merasakan Nurin membalasnya. Kemudian terasa pipinya dicium penuh kasih. Fakri tersenyum kemenangan. Wajah Nurin yang masih basah dengan air mata dia pandang dengan penuh kasih sayang.
“I love you, Nurin Aisyah.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan