Ahad, 17 Ogos 2014

Abang Sayang Adik Manis-Bab 01

ORANG kata, apa yang kita impikan tidak semestinya akan tercapai. Begitu jugalah dengan aku. Impian aku adalah ingin menjadi seorang pereka fesyen terkenal. Tapi kini aku sedang duduk di atas kerusi yang hanya layak untuk seorang kerani. Kerani kedai bunga je! Okeylah kan dari langsung tak ada kerja. Sekurangnya boleh la juga menanggung hidup aku yang memang tak berapa nak senang ni. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi...
“Daria. Akaun statement dah ambil dari bank?” Tegur Mr.Yap masa aku tengah sibuk susun segala invois dari pembekal.
Mr.Yap. Inilah bos aku setelah hampir lima bulan aku diterima bekerja disini. Baik orangnya. Tak kedekut dan mesra alam. Mungkin disebabkan itulah aku boleh bertahan lagi kerja dekat sini walaupun kerjanya bertimbun-timbun. Nama je kedai bunga. Dengar macam biasa-biasa je, tapi kerja aku dah macam akauntan syarikat besar.
“Sudah mr.yap. Petang semalam abang leman tolong ambilkan.” Jawab aku.
“Okey. Nanti you tengok semula ye, mana cek yang belum clear. Kalau ada, you call terus siapa yang belum clear cek tu. I tak nak nanti akaun kita banyak gantung sebab masalah macam ni.”
Aku angguk patuh. Pekerja cemerlang la katakan.
“I nak keluar hari ini jumpa client. Mungkin tak masuk sampai petang. Nanti you tolong bank in cash money ni. I tak sempat nak bank in semalam. Careful ye, jumlah ni banyak. Ajak Tanti temankan you pergi bank nanti.” Satu sampul surat besar bewarna putih diletakkan di atas meja kerja aku.
“Baik mr.yap.” Jawab aku lagi.
Selesai je aku berkata-kata Mr.Yap pun angkat kaki melangkah keluar kedai. Tangan aku pula terus bergerak mencapai sampul surat tersebut. Berat! Aku buka dan kira...
“10 ribu?! Biar betul.” Mulut aku membentul huruf o. Terkejut. Tak percaya. Sekali lagi aku mengira duit bernilai RM 100 yang sudah siap diikat. Ada sepuluh ikatan semuanya. Dan setiap satu ikatan ada sepuluh keping not RM 100. Jadi, ini bermakna betullah semua sekali RM 10 ribu ringgit.
Dalam tengah aku sibuk berangankan duit RM 10 ribu itulah telefon aku berbunyi nyaring. Najwa!
“Hello..”
“Cepatlah. Kau selalu lambat. Aku dah berlengas ni tahu tak!” Suara Najwa bingit menembus telinga aku.
“Ye. Ye.. Sabar la,” Balas aku  kemudian cepat aku masukkan kembali ikatan duit tersebut masuk ke dalam sampul surat asal.
“Lima minit lagi kau tak sampai. Hari ni kau lunch sorang.” Bebel Najwa lagi.
Aku merengus. Najwa ni suka tahu tak buat aku gabra. Dia saja la tu mengugut sebab dia memang tahu aku tak suka makan sorang-sorang. Kelam kabut aku bangun dan masukkan sampul surat duit tu ke dalm laci.. Sekarang aku nak pergi makan dulu. Najwa dah tunggu! Balik makan nanti baru aku pergi bank. Lagipun masa tu bank tak adalah ramai orang sangat.
Uhukk!
Tengah sedap mengunyah nasi berlaukkan ayam goreng kicap, tiba-tiba je aku tersedak. Gelas air sirap limau aku capai dan teguk. Tak perlu penyedut minuman dah. Darurat!
“Kau makan gaya macam orang baru jumpa ayam goreng. Gelojoh.” Belakang aku ditepuk-tepuk perlahan.
“Mana ada la Wa. Aku kunyah dah sehabis perlahan dah...”
“Habis tu yang sampai tersedak kenapa?” Najwa terus menepuk belakang aku sehinggalah aku mengangkat tangan tanda aku okey.
Tisu aku ambil dan lap hidung yang terasa sedikit perit. Makan makanan pedas, lepas tu tersedak pulak. Memang terbaiklah!
“Entah. Ada orang nak buat benda tak elok dekat aku agaknya.” Balas aku sambil berdehem berkali-kali bagi menghilangkan perit di tekak.
“Pandailah kau. Mana kau belajar tersedak sebab ada orang nak buat benda yang tak elok? Setahu aku, kalau kita tersedak itu adalah disebabkan ada orang yang menyebut nama kita berulang kali. Ataupun lebih tepat, ada orang rindukan kita.”
“Zakuan kut yang rindukan aku.”
“Citt!” Najwa berdecit marah.
Aku gelak kecil. Najwa Musfiera. Inilah kawan aku dari mula aku menjejakkan kaki ke UITM sampailah sekarang. Tapi nasib Najwa ni baik sikitlah dari aku sebab habis je belajar dia terus dapat kerja jadi setiausaha dekat syarikat kecantikan. Aku ni juga yang menyandang jawatan kerani, padahal ada ijazah rekaan fesyen. Lari tema betul!
“Kau tak payah nak sebut la nama ‘orang’ tu masa aku makan. Nanti tak pasal aku pulak yang tersedak.” Najwa merengus marah.
Inilah yang peliknya pasal aku dengan Najwa ni. Semua benda kami akan sehati sejiwa. Semua benda kami akan berkongsi suka dan duka. Tapi bila masuk bab Zakuan. Najwa memang tak boleh jadi geng aku. Tak tahu la apa yang buat Najwa tak suka sangat pada Zakuan tu.
“Apa yang kau tak suka sangat dekat Zakuan tu Wa? Dia okeylah. Kau je yang tak kenal dia secara rapat...”
“Eh! Tak kuasa aku nak rapat-rapat segala. Dah la warna macam dodol.” Najwa herotkan mulut. Mengejek.
Aku tahan gelak.
“Dodol itukan nikmat. Sedap. Manis, lemak berkrim lagi.”
“Tapi dodol yang ni hangit!” Najwa jelirkan sedikit lidahnya.
Aku gelengkan kepala dan kembali sambung menyuap nasi. Kalau pasal Zakuan,  jangan diajak Najwa berlawan cakap. Memang tak akan ada satu pun kebaikan yang akan keluar. Mungkin Zakuan tu nampak macam kasar dan sombong sikit. Tapi itulah kekasih hati yang aku sayang. Dah hampir setahun lebih aku dengan dia. Setakat ni tak ada lagilah dia buat perangai yang aku tak boleh terima. Setakat masalah kecik-kecik tu, biasalah. Adat dalam bercinta la katakan.
“Kau dah hantar ke resume dekat Ana Stayle?”
Aku angguk. Bersemangat.
“Dah!”
“Ini resume yang ke berapa?”
Aku angkat tangan, empat jari aku tegakkan. Menandakan dah empat kali aku hantar.
“Empat kali dah? Huh. Kalau aku la... Give up!”
“No way!”
Mana ada erti putus asa kalau ianya berkaitan dengan impian aku. Ana Stayle Fashion House. Dengar nama pun dah buat lutut aku ni mengigil. Hati aku ni dah mengedik-gedik, meroyan bila membayangkan bertapa gah nya syarikat fesyen tu. Menjadi pereka fesyen untuk Ana Stayle memanglah impian aku sedari aku mula mengenali apa itu dunia fesyen. Tambah lagi Ana Stayle tu kepunyaan orang bumiputera. Lagilah aku bersemangat nak membawa diri masuk ke dalam syarikat tu. Selagi tak dapat, selagi itu aku akan cuba.
Selesai solat zohor tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
“Masyallah!” Aku tepuk dahi sendiri.
“Kau kenapa?” Najwa memandang aku pelik.
Aku pegang kepala. Duit! RM 10 ribu ringgit. Mati aku! Macam manalah aku boleh lupa pasal duit tu ni. Sepatutnya tadi aku bawak sekali.
“Err. Wa! Aku lupa. Aku kena jumpa customer. Pergi dulu. Bye!” Tanpa menunggu balasan Najwa. Aku terus berlalu pergi. Nak cerita pada Najwa pun dah tak sempat. Buat bazrikan masa aku je.
Semakin hampir dengan kedai, semakin kelam kabut aku berjalan. Kain baju kurung yang sedikit menganggu langkah, aku angkat sedikit ke atas. Ikutkan hati aku nak buat larian olimpik je tadi. Tapi macam tak sesuai pulak dengan status baju kurung yang aku pakai ni.
“Macam manalah aku boleh lupa perkara penting macam ni...” Omel aku pada diri sendiri.
Masuk saja ke dalam kedai, makin panjang langkah aku menuju ke dalam bilik kerja aku di sebelah kanan kedai. Kepala aku masa tu hanya fikirkan laci dan duit. Sampai je dalam bilik, aku terus tarik laci. Hampir terduduk aku dibuatnya bila melihat laci tersebut kosong. Yang ada hanyalah sebahagian invois yang belum sempat aku rekod. Dengan harapan yang menggunung tinggi, laci kedua aku tarik. Tak ada juga! Laci ketiga aku tarik rakus.
“Mati!” Cetus aku bila melihat sampul surat tersebut tak ada di dalam laci ketiga.
Aku memegang kepala dengan kedua belah tangan. Rasa macam nak picit bagi pecah. Kenapa aku cuai sangat!
“Farah!” Jerit aku memanggil budak yang bertugas sebagai penjaga kaunter.
Tak tunggu lama Farah sudah muncul di hadapan pintu bilik aku. Kiranya kuat jugalah aku menjerit tadi.
“Ada sesiapa masuk bilik Kak Ria tak tadi?” Soal aku terus.
“Tak ada. Kenapa?” Jawab Farah jelas kebingungan.
“Sure? Manalah tahu Farah tak perasan ke...” Tanya aku lagi.
Selalunya kalau aku keluar rehat memang Farah akan ada dalam kedai sebab dia akan rehat lagi awal dari aku. Selain Farah ada lagi dua orang pekerja. Seorang tu Leman, dia tu merangkap seolah pemandu kedai. Lagi sorang tu pulak Tanti, tugas dia lebih kepada tukang cuci, tukang bersih dan segala jenis tukang la. Sampaikan tukang gubah bunga pun dia.
“Memang tak ada la Kak Ria. Farah memang ada dekat kaunter tu je. Kenapa kak? Nampak kalut semacam je.” Kali ini Farah datang mendekati aku. Kepala dia dijengukkan ke arah laci aku yang ketiga-kita sudah ternganga luas. Sampaikan sampah yang ada dalam tong sampah pun aku curahkan semuanya ke atas lantai.
“Tolong Kak Ria!”
“Okey... Apa dia?”
“Kak Ria nak Farah cari satu sampul surat warna putih saiz A4. Cari sampai jumpa.. Tolong Kak Ria!”
RM 10 ribu ringgit! Hilang!! Kalau betul aku dah hilangkan. Aku seolah dah menyerahkan leher aku untuk dipancung. Bagi orang macam aku yang tak berduit ni. Jumlah tu memang terlalu besar untuk aku ganti. Memang aku tak akan mampu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan