Selasa, 16 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy- Bab 11


LAMA Anggerik memandang telefon bimbit. Kata-kata Ibunya sebentar tadi bermain di fikiran. Bunyi ketukan di pintu bilik mengejutkannya. Belum sempat membuka mulut. Kepala Sidah terjengul di muka pintu bilik yang sudah terbuka luas.
“Anggerik. Tu. Mangkuk hayun tu ada dekat depan rumah.” Bagitahu teman serumah merangkap sahabatnya itu.
“Mangkuk? Adli ke?”
“Yela. Siapa lagi. Pergilah kau tengok.” Muka Sidah sudah cemberut.
Anggerik faham sangat sahabatnya yang seorang ini. Memang pantang betul dengan lelaki bernama Adli tu. Nampak bayang pun tak boleh.
“Kenapa kau cakap aku ada dekat rumah.”
“Kau ingat kancil kau dekat bawah tu boleh sorok dalam poket baju?”
Anggerik sengih. Terlupa pula dia dengan Miss Mousedeer dia dekat luar tu. Tanpa menunggu lama. Terus tudung ekspress dia cakai dan sarungkan ke kepala.
“An.” Tegur Adli sebaik sahaja Anggerik sampai di depan pintu.
“Hmm!” Anggerik jawab acuh tak acuk. Tangan naik bersilang ke dada.
Ini lagi seorang lelaki yang tak reti bahasa. Entah apa lagilah yang Adli mahukan dia pun tidak tahu la.
“An. Awak sibuk ke? Saya nak ajak awak keluar ni.”
“Kalau saya tak sibuk sekalipun. Saya tak hingin nak keluar dengan awak.”
“An...”
“Cakap saja kat sini. Apa yang awak nak cakap. Tak cukup lagi ke awak nak burukkan saya pada ibu saya.” Tempelak Anggerik.
Baru sahaja tadi Ibunya di kampung telefon. Ibunya bagitahu yang Adli telefon kata yang perangai dia sekarang dah semakin liar. Berkawan dengan orang tak senonoh. Ke hulu ke hilir dengan lelaki kereta mewah.
“Saya buat semua tu untuk kebaikan awak An. Saya tak nak awak dipermainkan oleh lelaki tu semua. Lelaki kaya ni hanya nak bersuka ria saja. Dia tak ikhlas pun dengan awak.”
Mencerlung Anggerik memandang ke arah Adli. Macam mana la dulu dia boleh kahwin dengan lelaki yang seorang ni. Bodohnya berlapis-lapis.
“Habis awak tu ikhlas sangat la? Oh, please la. Jangan nak berlagak jadi suami soleh pula kat sini. Ingat sikit. Awak tu dengan saya dah tak ada apa-apa lagi.”
Jika Adli lupa apa status hubungan mereka sekarang. Biar dia yang terangkan. Anggerik tahu yang bekas suaminya itu memang masih mengharapkan dirinya. Namun dalam hati dia sekarang ini sudah tiada apa-apa rasa lagi untuk lelaki itu. Segala rasa sayang, cinta dan kasih hilang dalam sekelip mata.
“Tapi kita akan kahwin semula.”
“Gila ke apa awak ni?!” Naik seoktaf suara Anggerik.
Adli gelengkan kepala.
“Tak. Saya waras. Saya memang mahukan awak semula jadi isteri saya.” Walau apa pun yang terjadi. Dia tetap mahukan Anggerik kembali dalam hidupnya.
Adli tahu dia yang bersalah apabila terlalu cepat melepaskan wanita itu. Dia tidak cukup kuat untuk menolak godaan wanita lain. Anggerik yang masih tidak mengandung dijadikan alasan untuk berpisah. Namun sekarang dia sedar. Hidupnya hanya memerlukan wanita yang bernama Anggerik Medina.
“Cukup sekali awak sepak dan lambung saya macam bola. Kali ini saya tak akan biarkan awak permainkan hidup saya lagi, Adli.” Penuh ketegasan Anggerik bersuara. Kali ini dia akan lebih bertegas.
“Tidak. Kali ini saya serius An. Maafkan saya. Kita bina semula hidup baru.” Masih tidak berputus asa. Adli terus memujuk.
Anggerik mencebik. Jangan ingat kali ini dia akan cair dengan suara ala-ala Herman Tino tu. Jangan harap! Sakit ditinggalkan masih terasa sehingga ke saat ini.  
“Pergilah balik, Adli. Jangan nak buat drama arab pula kat sini. Hormat sikit jiran-jiran saya.” Kata Anggerik dengan tangan yang sudah berkira-kira mahu menarik pintu rumah.
“Saya tak suka awak berkawan dengan lelaki kaya tu. Dia tak sesuai dengan awak.” Sempat Adli menahan daun pintu.
Memang sakit mata dia setiap kali melihat Anggerik bersama anak kepada Doktor Maira itu. Sakit hati dia bila dia mencari Anggerik di Klinik. Pekerja di sana kata yang Anggerik sekarang sudah bertukar tempat kerja. Paling buat dia geram bila dapat tahu yang bekas isterinya itu bekerja di bawah satu bumbung dengan lelaki tersebut.
Anggerik hak dia. Dia tak akan benarkan sesiapa pun ambil Anggerik dari dia.
“Ikut suka saya la. Jangan nak menyibuk.” Kali ini dengan sekuat tenaga Anggerik menolak daun pintu.
Elok sahaja tertutup. Terus dia kunci. Tak habis nak meroyan. Sudahlah burukkan nama dia pada Ibu. Sekarang nak buat perangai mengongkong pula. Memang king kong betul!


Tshirt yang membalut tubuh dia tarik dan dicampak ke tepi katil. Kaki melangkah ke arah balkoni dan menolak pintu gelangsar luas. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Duduk melunjur dengan tangan yang dibawa melapik belakang kepala.
            “Ini ke cara hidup budak baik?” Soal Ahqaf kepada diri sendiri.
Kemudian tercetus ketawa dibibirnya. Dari perlahan menjadi kuat.
“This is not me...” Kepala digeleng perlahan.
Telefon bimbit dicapai. Mendail nombor seseorang.
“Mana?” Soalnya sebaik sahaja panggilan bersambung.
“Aku on the way balik dari rumah parents aku ni.” Jawab Faez dihujung talian.
“Datang rumah aku. Bosan ni tahu tak.”
“Roger!”
Iphone dicampak ke atas meja. Langit yang dipenuhi taburan bintang menjadi santapan matanya. Kenapa dia rasa bosan sangat ni? Kalau siang ada Anggerik. Syok la juga. Takkan la malam macam ini pun dia suruh Anggerik temankan dia kut. Mahunya budak tu tunjuk muka singa lapar.
Langkah dibawa ke dapur. Kabinet paling hujung dia buka. Melihat stok yang tersusun di dalamnya. Bibir tersenyum. Malam-malam Rizky Dhan tak akan datang ke kondo dia ni. Sibuk mengulit Mama dekat rumah. Jadi memang line clear.
Tidak sampai 15 minit Faez sudah turut serta bersama Ahqaf di hadapan Tv.
“Aqaf. Papa kau kan tak bagi kau minum dah.” Tegur Faez sebaik sahaja melihat deretan Carlsberg di atas meja. Ingatkan tadi sekadar datang jadi teman berbual. Rupanya terpaksa jadi teman minum pula.
“Dia bukan ada.” Tanpa perasaan Ahqaf menjawab.
“Dibuatnya dia tiba-tiba datang macam mana?”
“Aku cakap la kau yang minum.” Seteguk lagi air haram berkenaan masuk ke dalam tekaknya. Langsung tidak ada rasa bersalah. Mata memusat ke arah TV Led 42 inci di hadapan mata. Cerita pun membosankan.
Faez sengetkan bibir. Tak pasal dia pula yang kena tanggung.
“Pelik. Kau tak keluar pergi club pula malam ni?”
Ahqaf geleng. Tin yang sudah kosong dia letakkan ke tepi.
“Tak. Malam ni aku nak jadi baik. Kononnya la kan. Huh! Jangan harap.”
Faez melepaskan nafas berat. Faham apa yang sedang bermain di fikiran teman itu. Mujur juga Saiful tidak ada sama malam ni. Kalau tidak memang dia dah bawa pengaruh buruk pada budak semuda Saiful. Nak buat macam mana. Memang dia dan Saiful sajalah kawan yang boleh bertahan dengan Umar Ahqaf.
“Aqaf. Sudah-sudah la tu kau nak bertekak dengan papa kau tu. Just do what he want’s. Enam bulan je Aqaf.” Nasihat Faez.
Tidak faham dia dengan perangai Ahqaf yang suka melawan. Tidak boleh dicuit sedikit. Mulalah melompat. Kadang-kadang dia rasa macam Ahqaf ni terlalu dominan. Sentiasa mahu duduk di tangga teratas.
“Dah banyak yang aku buat untuk dia, Faez. Kan fair kalau aku ikut apa yang dia nak. Then dia juga ikut apa yang aku nak. Ini karang tidak. Semua aku je yang kena ikut kemahuan dia.”
Rasa mahu sahaja Faez menggaru kepala sendiri. Boleh pula Ahqaf buat acara tawar menawar seperti itu. Kalau dilihat siapa Rizky Dhan. Dia sendiri tidak tahu dimana silapnya sampai Ahqaf boleh jadi seperti ini. Mungkin kerana sudah terbiasa hidup senang. Sewaktu umur 12 tahun sudah dihantar duduk di Ireland.
Di Ireland pula Grandma Ahqaf bukan beragama islam. Memang jauh terpesong la jadinya. Jadi tidak hairan boleh wujudnya keturunan Rizky Dhan versi Bad Guy. Mujur juga kedua adik perempuan Ahqaf elok budi pekertinya. Seorang masih belajar di Mesir. Seorang lagi pula masih belajar di Tokyo. Kalau keduanya juga versi seperti Ahqaf. Memang lingkup la Fetriz Holdings.
“Kau sendiri tahukan. Kau tak akan mampu untuk melawan dia.”
“Tahu. Bila dia ada depan aku. Memang dia yang berkuasa. Tapi sekarang dia tak ada kan? Kau nampak dia ada ke?”
Faez mengeleng lambat-lambat.
“Ha.. So, aku yang berkuasa. Sekarang ni aku nak kau carikan aku hiburan. Bawa datang sini.” Meleret senyuman Ahqaf. Kening saling menari.
“Aqaf...” Meleret suara Faez. Faham dengan maksud pandangan sahabatnya itu.
“Just do it!”
“Tapi papa kau...”
“Boleh tak stop cakap pasal papa aku. Pandai makan pandai la simpan. Now!” Belum sempat habis ayat Faez. Cepat Ahqaf memintas.
Entah apa yang papa dah bagi Faez ni makan pun tak tahulah. Takut sangat dengan Rizky Dhan tu.
“Okey. Tapi kau jangan sesekali libatkan aku.”
“Tahulah.”
“Nak yang macam mana?” Akhirnya Faez mengalah juga. Telefon bimbit ditarik dari poket seluar.
Ahqaf senyum nakal.
“Blonde hair. Tak kisah la original ke tidak. Aku tak selera dengan yang black hair. Taste murah. Jangan kau ambik yang cikai punya pulak. High class! Aku bayar lebih pun tak apa.”
“Yeahh...”
Faez buat muka. Macamlah dia tak tahu selera Umar Ahqaf. Kali ini memang Ahqaf buat gila. Dah lama sahabatnya itu tak buat perangai husung perempuan. Dan dia juga tahu. Ahqaf memang sengaja mahu mencabar Rizky Dhan dalam diam. Yang dilarang itulah yang akan dibuat.
“Tapi kalau papa kau tahu. Jangan libatkan aku tau. Aku tak nak terlibat.” Sempat Faez mengingatkan.
Dia sudah malas nak berdepan dengan lelaki bernama Rizky Dhan tu. Dengar nama saja pun dah cukup buat bulu roma dia naik.
“No problems!” Ahqaf angkat kedua ibu jari.
Senyuman panjang dia ukirkan. Tahu sangat kelemahan sahabatnya itu. Kalau dengan Rizky Dhan. Hilang terus sifat kejantanan.
Tapi dia? Apa nak takut. Kalau papa tahu pun. Benda dia dah buat. Paling kurang papa akan membebel. Takkan la papa nak rotan dia pula. Soal Grandma pula? Itu dia tolak tepi dulu. Rasanya papa juga tak akan sanggup susahkan hati Grandma setakat hal kecil macam ni.




12 ulasan:

  1. Bencciiiiiiiii ahqaf....perangai xsemenggah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi kak.. Panjang sangat benci tu. Hahaaa. Gaya macam nak buka fun club benci anak Rizky Dhan aje.. Kikikiki

      Padam
  2. Tp bad guy nie sangat syaitoooonnnnnnn

    BalasPadam
  3. I loike bad guy he3... bestt giler kot citer ni.. mmg menarik... sy suke cara tulisan akak.. x berbunga2 n nmpk lebih realistik.. keep up the gud work... novel akak br ade 1 je eh??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks nadia. Uhuk2. Terharu ni... Ehehee. Baru satu jr. Saya budak bru belajar. Tq supporting.

      Padam
    2. Welkam.. sy klu nj beli novel mmg akan cari blog dulu.. klu kene ngn gaya bacaan sy br sy beli.. n sy rase gaya akak tulis mmg superb..

      Padam
    3. Ngee...segan plak akak rasa. Haa nt dapatkan novel first tu ye..

      Padam
  4. Macam ada yg nak kena Sepak maut jerr..Kalu dia tak Ahqaf ni tak berubah perangai..Memang lama2 lari aa si Anggerik ni...Kak Ilah baik tak akhirnya si Ahqaf ni???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Just wait darling. Hahaaa. Mlm ni akak up lg dua bab. Ni tgh dlm proses... Pukul 9 dh blh bc...

      Padam
  5. aci x nk lengkupppppppppppp umarrrrrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aci. Aci. Aci. Akak setuju!! ** Awak bukan admire dia ke bada? Ngeh. Ngeh.

      Padam