Selasa, 16 September 2014

Abang Sayang Adik Manis - Bab 08

AKU senyum segan bila jurusolek puji aku cantik. Muda lagi jurusolek yang Meor upah ni. Cantik gebu kulit dia.
“Mana ada Kak Dib.. Saya ni cantik sebab Kak Dib yang pandai makeup.”
“Betul la Kak Dib cakap. Awak ni memang dah sedia cantik pun, akak tak payah nak touch up beria sangat. Nasib baik la Encik hubby awak tu dah pesan jangan pakaikan bulu mata palsu. Kalau tak mesti lagi glamour. Macam Sari Yanti..”
Aku gelak. Sari yanti? Ini kalau Sari yanti tahu Kak Dib samakan aku dengan muka dia. Mahunya dia saman Kak Dib. Muka penyek aku ni boleh dia kata cantik.
“Kak Dib percaya tak, ini first time saya pakai semua benda alah ni tau..” Aku tunjuk pada segala alat solek atas meja. Macam-macam ada,yang aku tahu gincu, pemerah pipi dengan bedak je. Yang lain-lain tu aku tak tahu.
“Biar betul?”
“Betul la Kak Dib.. Itu yang rasa pelik sangat ni,rasa macam tepung je bertempek dekat muka.”
Kak Dib gelak kuat. Hilang terus keayuan dia.
“Patutlah Encik hubby awak tu sayang sangat..rupanya isteri dia ni natural beauty. Pandang la bila masa pun, memang sentiasa cantik. Haii..kalau tak, entah bila la akak ni boleh tengok lelaki terhangat tu nikah. Tapi akhirnya..kahwin juga..”
Lelaki terhangat? Siapa? Meor ke.. Aku tak nampak pun bahagian mana yang hangatnya..
“Hangat ke? Hangit adalah saya tengok..”
Kak Dib sambung gelak lagi. Macam la muka aku ni macam Jihan raja lawak tu. Yang Kak Dib asyik nak gelak je kenap?
“Amboi..yang hangit tu juga la yang awak sayang kan..”
Senyap terus aku bila Kak Dib sebut pasal sayang. Kalau bab perasaan ni aku memang tak yakin lagi. Jadi lebih baik jangan komen apa-apa. Lepas dah pastikan aku memang dah cantik dari atas sampai bawah, Kak Dib keluar. Tinggallah aku seorang diri. Giliran aku pulak yang belek diri sendiri dekat cermin besar yang ada dalam bilik ni.
“Hmm..berapa la agaknya harga baju ni? Betul ke sha sotong tu yang jahit? Dalam masa seminggu..sempat ke..” Soal aku pada diri sendiri.
Baju yang tersarung di tubuh aku belek depan belakang. Ingatkan hari tu baju biasa-biasa je. Tapi ini kebaya songket. Putih bersih, berbenang warna pink dan kelabu. Memang ikut apa yang Meor arahkan tempoh hari. Tak ketat dan memang tak jarang langsung.
“Tak selesa ke?”
Terkejut aku bila rasa ada sepasang tangan pegang bahu aku. Pusingkan badan aku menghadap dia. Suara lelaki pula tu. Nasib baik baik tak keluar segala ilmu tomoi, kungfu aku.
“Meor!”
“Ha kenapa?”
“Terkejut saya..”
Aku kembali pusing menghadap cermin. Meor ni memang tahu tak! Tiba-tiba je muncul. Bila masa entah dia masuk dalam bilik ni. Suka sangat main muncul mengejut dalam hidup aku.
“Qaseh Daria Binti Ahmad Qaiyum..”
“Yup..”
“Awak cik atau puan sekarang ni?”
“Err..”  Aku kerut hidung. Tak tahu nak jawab apa. Dari dalam cermin aku pandang Meor yang sedang duduk berpeluk tubuh di belakang aku. Sebab baju dia tak ada poket seluar, maka kebiasaan yang dia biasa buat terpaksa diubah.
“Apa yang err.. I’m waiting..”
“Puan..”
“Puan kepada siapa?”
“Meor Baihaqie Bin Rashdan.”
Hujung selendang aku pegang. Pintal-pintal. Baru sedar diri aku rupanya dah jadi isteri Meor malam tadi. Siap akad nikah dekat Masjid Putrajaya lagi. Masih terasa-rasa hangatnya bibir Meor yang singgah dekat dahi aku ni semalam.
“Siapa dia tu?”
“Awak la..”
“Awak tu siapa?”
“Awak la. Suami saya.”
“Cakap tu pandang sini.. Tak elok membelakangkan suami masa bercakap..”
Sekali lagi Meor tarik bahu aku supaya menghadap dia. Yang peliknya aku boleh pula menurut perintah. Cuma kepala je la yang aku tak angkat lagi. Segan!
“Saya suami awak kan?”
Aku angguk sekali sebagai jawapan kepada soalan Meor.
“Kita ni kira dah halal la kan?”
Angguk lagi.
“Kalau macam tu, meh nak kiss sekali.”
Kiss? Terkejut unta aku dibuatnya. Mengelabah aku melangkah ke belakang sampai terlanggar kerusi meja solek. Kepala aku angkat pandang wajah Meor. Kalau betul dia nak cium aku, memang aku pura-pura kena sawan. Aku tak kira!
“Eh reti pun pandang saya.. Ingatkan tadi leher tu dah tenggelam.” Meor senyum mengusik.
Nampak sangat dia nak gelakkan aku. Geram betul! Dia saja nak kenakan aku je rupanya.
“Ye...awak tu suami saya.. Ha puas hati?” Soal aku sambil pandang muka dia tepat. Nak sangat aku pandang muka dia an. Aku pandang 24 jam nanti baru tahu rimas.
“Puas!”
Aku jeling sekali. Suka sangat mengusik aku.
“Kenapa yang asyik membelek baju ni tadi? Tak selesa ke?” Soal Meor kembali pada soalan dia yang mula-mula tadi.
“Tak la..okey dah. Selesa. Cuma cantik sangat. Macam tak percaya ini hasil kerja untuk seminggu. Kemas jahitan dia..”
“Yeke? Tengok..” Meor tarik tangan aku supaya rapat dengan dia.
Jahitan lengan baju aku dia belek. Lepas tu angguk-angguk kepala. Pusingkan aku dua tiga kali, perhatikan aku dari atas sampai bawah. Lepas tu angguk lagi. Macamlah dia tu pakar sangat. Entah-entah kalau Sha jahit cincai pun dia tak tahu. Yela, orang lelaki pasal jahitan apa la yang dorang tahu.
“Ermm nice.. Tapi sepatutnya sha kembangkan sikit lengan ni. Baru la nampak macam kebaya betul. Kain ni pun bukan dari fabrik terbaik. Tapi itulah, tak salahkan dia juga. Sebab last minute. Nasib baik la hari ni hari sanding kita, kalau tak memang saya suruh sha buat semula..”
Amboi! Baik punya komen. Yeke kain ni bukan dari jenis yang terbaik? Aku rasa macam okey dah. Lembut je, walaupun kain songket. Pakai pun tak kejung. Aku tahu la, sebab aku kan dulu belajar rekaan fesyen. Tapi cara Meor komen dah macam orang profesional pulak.
“Okey dah la,saya selesa je. Nak jalan pun kain tak sempit sangat. Awak punya baju pun cantik. Sesuai dengan awak, macam laksamana..”
Meor yang segak berbaju melayu tradisional songket aku perhatikan. Kacak! Smart! Siap dengan tanjak lagi.
“Laksamana apa? Do Re Mi?”
“Okeylah tu..laksamana juga..”
Meor cebik bibir. Buat tak layan dengan loyar buruk aku. Tanjak atas kepala diia betulkan. Comel pulak aku tengok Meor pakai baju ada warna merah jambu macam tu. Tak sangka pulak yang Meor langsung tak kisah. Ada setengah lelaki jangan harap nak pakai baju warna macam tu. Warna orang perempuan kononnya.
“Ready?”
Tiba-tiba muncul Kak Dib dengan seorang jurukamera. Aku dengan Meor angguk. Faham maksud Kak Dib bahawa majlis dah nak bermula. Meor hulur tangan. Aku yang faham dengan perbuatan Meor tu terus sambut tangan Meor. Kemas aku pegang. Nak hilangkan rasa debar yang tiba-tiba datang. Alamak! Darah gemuruh ni dah datang la pulak. Tapi tak tahu la kenapa, dengan adanya Meor dekat sebelah aku. Tahap keyakinan aku tu jadi banyak la sikit.
“You hand fits in mine, like it was made just for me..” Meor mengangkat tangan aku dan dia yang sudah bercantum erat.
Aku tunduk dan senyum segan. Tak tahu nak balas apa..
“One picture at here..”
Masa baru nak turun tangga, jurukamera suruh aku dengan Meor berhenti dekat tengah-tengah tangga. Boleh pulak dia nak ambik gambar masa macam ni. Aku dah la nak cover kasut yang aku pakai ni lagi. Mana nak senyum tengok kamera lagi, ada juga aku terbang sampai ke bawah ni nanti.
“Smile Qaseh..” Terdengar Meor berbisik dekat telinga aku.
Aku angkat kepala pandang Meor dekat sebelah. Dia bagi senyuman paling manis dan kedip mata sekali. Lepas tu tangan aku di bawa memaut lengan dia. Mungkin dia tahu kut yang aku memang tengah berdebar sangat sekarang ni.
Jarang sangat dibuat orang bersanding dekat resort. Tapi inilah yang Meor buat. Mula-mula aku pun terkejut juga, ingatkan bersanding dekat rumah je. Dan sekarang baru aku yakin yang Meor ni memang banyak duit. Yela, bersanding dekat resort macam ni. Entah berapa la sewanya. Kalau resort biasa-biasa tak apa, ini siap ada kandang kuda dengan padang golf lagi. Terpegun juga la aku. Sepanjang hidup aku, mana la pernah aku tengok kuda depan mata. Memang teruja betul!
“Kenapa pakai songket kalau bersanding dekat sini? Macam pelik je..” Soal aku masa tengah makan beradab. Tak ada la beradab sangat pun. Sebab tak formal sangat macam kenduri-kenduri dekat kampung tu.
“Pelik kan? Sebab pelik tu la saya suka buat.”
“Sebab awak pun memang pelik.”
“Baru la lain dari yang lain Qaseh. Dan saya nak nanti, awak akan ingat perkahwinan pelik ni sampai bila-bila. Baru la awak tak akan lupakan saya.”
Penuh bermakna ayat Meor. Aku rasa macam aku faham apa yang dia maksudkan. Ataupun aku je yang fikir bukan-bukan. Sebab rasanya aku tak ada pun cakap aku nak kahwin dengan dia tiga bulan je. Lepas tu cerai.
“Tapi kenapa macam tak ramai pun orang yang datang..”
“Sebab saya buat tertutup. Hanya untuk ahli keluarga dan saudara mara je.”
“Ha? Kenapa nak tutup-tutup sangat pulaknya?”
“Sebab masa singkat sangat. Tak sempat nak buat besar. Ini je yang mampu. Tapi tak apa la, nanti lepas ni kita buat majlis resepsi yang besar sikit. Supaya awak boleh jemput semua kawan-kawan awak..”
Gila apa Meor ni? Sedang macam ni dia cakap tak besar? Ini mahunya berpuluh ribu juga kos yang habis. Nak besar macam mana lagi? Banyak sangat ke duit dia ni nak buat majlis dua tiga kali. Dahlah aku nak bantu mana yang mampu dia langsung tak bagi. Meor cakap, kalau kahwin dengan dia tak perlu nak susah keluar duit. Cuma perlu persiapkan diri sebagai seorang isteri je.
“Berapa banyak majlis awak nak buat. Tak payah dah la, ini pun dah cukup la..”
“Saya pun nak juga kenalkan awak pada umum sebagai isteri saya. Tak la nanti ada gosip liar. Tak apa, nanti kita buat majlis resepsi yang betul-betul.”
“Hmm..okey..”
Nak kenalkan aku? Macam la aku ni artis. Yang Meor ni pun, takut sangat ada gosip bagai tu kenapa? Setakat orang biasa-biasa tak adanya timbul gosip apa pun. Bukannya orang ambik peduli pun. Tapi yela, mungkin Meor nak kawan-kawan dia tahu kut yang dia dah kahwin.
Tapi aku perasan keluarga Meor ni macam orang-orang kaya juga. Pakaian aku tengok bukan main berkelip. Semalam masa angkat nikah barulah aku kenal Mama dan Papa Meor. Dan aku juga tahu yang Meor ni anak lelaki tunggal. Dia ada empat beradik. Dua kakak dia perempuan, dan yang bongsu pun perempuan. Nasib baik ahli keluarga Meor semuanya memang boleh terima aku. Terutamanya adik dia yang bongsu tu. Manja bukan main dengan aku, macam dah kenal aku ni lama je.
“Kita ada sesi bergambar lepas ni..”
“Okey..”
Lepas makan kami bergambar sakan dengan ahli keluarga Meor. Semuanya memang peramah dan hapenning. Suka aku tengok gelagat mereka semua. Saudara mara belah arwah mak aku pun ada. Cuma dorang nampak macam pasif sikit. Mungkin segan agaknya sebab ahli keluarga Meor glamour. Saudara mara aku pulak orang kampung biasa je. Saat ini aku memang rindu sangat dekat arwah mak. Kalaulah arwah mak ada masa ni, mesti dia orang paling gembira.
“Okey? Qaseh macam penat je..”
“Err tak. Cuma segan..” Tipu aku. Tak nak la Meor tahu yang aku tengah teringat pada arwah mak. Nanti dia kata aku saja raih simpati pula.
“Awak isteri saya sekarang. Jangan malu-malu. Ini hari bahagia kita..smile please..”
Meor kedip-kedipkan mata. Ini ke cara dia memujuk? Alahai..comelnya.. Hehehe.
“Baik encik Meor Baihaqie..” Jawab aku sambil ukirkan senyuman paling manis. Sekarang dia suami aku, tak kira la samada kahwin dengan cara macam mana pun. Dia tetap suami aku. Dan untuk tiga bulan ni apa salahnya kalau aku buat dia bahagia.
 Macam tak sanggup pulak nak ikut cadangan Zakuan tu. Dia sedap je menyuruh, yang tanggung dosanya nanti aku juga. Bukan dia!
“Good. That my girl..”
Makin lebar senyuman aku bila Meor cakap macam tu. Hati aku ni berbunga bahagia. Masa ni nama Zakuan Amin memang aku tak nak ingat. Ini masa untuk aku dengan suami aku.
Lepas sesi bergambar dengan ahli keluarga. Pengantin dibawa bergambar di kandang kuda pula. Macam-macam gaya jurukamera suruh kami buat. Yang paling kelakar masa Meor bergambar atas kuda dan aku sedang hulurkan tangan dari bawah. Rasa macam tengah tengok Robin Hood pakai pakaian tradisonal melayu pulak. Memang betul-betul pelik perkahwinan kami ni. Mula-mula jurukamera suruh aku naik sekali atas kuda tu. Tapi Meor tak bagi, takut aku jatuh. Sayang betul dia kat aku ek.. Ekeke. Gediksss!
“Move. Close up. Hidung bertemu hidung. Pandang mata pasangan..”
Mengigil aku nak ikut arahan yang diberikan. Tapi Meor selamba je, dia yang tarik kepala aku supaya hidung kami memang betul-betul bercantum. Aci tak kalau aku watchaa dia?!
“Bride.. Look your husband eyes.. And smile, please..”
Nak je aku kejar jurukamera ni dengan cangkul. Macam mana aku nak pandang mata Meor kalau kedudukan kami sedekat ini. Juling biji mata aku. Dengan susah payah aku pandang juga mata Meor. Lagi cepat siap lagi bagus. Senyuman yang aku ukir rasa serba tak kena.
“Please..killer smile..”
Meor ukirkan senyuman paling manis. Dan aku nampak dalam mata Meor, seolah mata itu turut tersenyum. Mata dalam yang dihiasi anak mata hitam yang kecil, tetapi cukup cantik. Automatik bibir aku ukirkan senyuman yang paling manis.. Masa ni jantung aku berdegup pelik. Hati aku rasa satu perasaan yang sukar aku gambarkan. Hembusan nafas Meor yang mengenai pipi aku buat diri aku mengalami rasa tenang yang tak pernah aku rasa sebelum ni.
“Nice picture! Bride, you have a cute face.”

Aku terus tertunduk segan. Badan aku jarakkan sikit dari Meor. Mengawal gerak jantung yang makin tak teratur. Semakin lama aku duduk macam tu dengan Meor. Aku takut nanti jantung aku terlucut dari tangkainya. Ngeri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan