Ahad, 17 Ogos 2014

Abang Sayang Adik Manis-Bab 03

ADA seseorang yang ikhlas ingin membantu. Wujud lagi ke ikhlas pada zaman sekarang ni? Itulah yang membelenggu diri aku sekarang ni. Mr.Yap baru je sampaikan berita baik pada aku. Ada seseorang yang baik hati dah tolong aku langsaikan duit RM 10 ribu ringgit itu pada Mr.Yap. Berita baiklah tu sebab aku dah tak payah nak pening kepala cari duit. Cuma yang menjadi tanda tanya aku sekarang adalah, apa motif dia keluarkan duit sebanyak itu untuk aku?
“Siapa Mr.Yap?”
“Kawan kepada kawan I...”
Kawan kepada kawan? Maknanya Mr.Yap pun tak kenal la siapa orang tu.
“Lelaki ke perempuan?”
“Tak tahu. Sekejap lagi you pergilah jumpa dia.” Jawab Mr.Yap ringkas.
Aku gigit bibir. Geram! Mentanglah dah dapat duit dia. Aku ni dia buat tak nampak je. Cubalah jawab betul-betul. Takkan la aku nak main pergi jumpa je orang yang aku tak kenal. Kalau orang tu ada niat tak baik pada aku macam mana? Mr.Yap ni memang la tak perihatin.
“Siapa nama kawan Mr.Yap tu?”
“Haziq. Owner Hotel Plaza Inn.”
Haziq? Tak kenal.
“Macam mana pulak dia boleh tahu pasal ni?” Takkanlah Mr.Yap ni cerita dekat orang lain pasal aku kut. Teruknya!
“Lupa? Kan ke dia ada datang semalam?”
Aku garu kening. Memang aku tahu semalam ada wakil dari Hotel Plaza Inn datang nak order bunga untuk hotel tu. Masa tu aku tengah teruk kena marah, manalah aku nak pandang kiri kanan dah. Jadi orang tu dah dengar la yang aku kena marah semalam? Malunya!
“Owner dia datang sendiri ke?” Bagusnya Haziq tu. Jadi bos, tapi kerja macam ni dia yang buat sendiri. Macamlah tak boleh suruh pekerja dia je yang baut.
Mr.yap pandang aku tajam.
“Sorry...” Pinta aku. Faham Mr.Yap marah sebab aku banyak sangat tanya. Tapi aku memang perlu tanya pun kan. Ini kan berkaitan dengan hal aku.
Pelik la juga aku bila tiba-tiba ada orang buat baik dengan aku. Kalau Haziq tu sendiri yang bayar aku tak kisah la sangat. Ini kawan kepada Haziq tu. Haziq tu cerita dekat kawan dia ke?
Haihh! Pening aku.
“Saya tengah blur ni Mr.Yap...”
“Then! Just go meet him. Cara you nak bayar balik, itu terpulang la pada you. Itu urusan you dengan dia. You bernasib baik sebab dah ada orang yang nak tolong bayarkan. Kalau tak, I memang tak akan lepaskan you Daria.”
Aku jatuhkan bahu. Lemah! Aku tahulah. Kalau dah tak percayakan aku tu sudahlah. Membebel pulak. Tadi pun puas aku merayu supaya tak berhentikan aku kerja. Nasib baik dia masih nak bagi peluang walaupun membebel panjang berjela. Cuma dia suruh aku jangan sentuh lagi apa-apa yang berkaitan dengan kewangan kedai. Habis tu aku nak buat kerja apa? Gubah bunga? Bagus juga...ringan sikit tugas aku.
“Saya nak kena jumpa dia kat mana?”
Mr.Yap hulurkan pada aku sekeping kad. Tertera alamat Hotel Plaza Inn milik Haziq.
“Pergi jumpa dia sekarang.” Bagi tahu Mr.Yap.
Aku angguk. Kemudian pergi ke bilik kerja aku dan ambil beg tangan. Kali ini aku ambil teksi untuk ke Hotel Plaza. Tak nak naik bas, lambat! Tak salah rasanya jumpa. Jangan menilai sebelum aku bertemu secara berdepan dengan orang tu. Manalah tahu dia memang betul ikhlas.
Lima belas minit kemudian aku tiba di Hotel Plaza Inn. Seolah memang sudah ditetapkan temujanji, penyambut tetamu terus je menunjukkan aku arah meja. Masa tu orang yang aku nak jumpa masih belum tiba.
 Aku pandang sekeliling hotel dari meja yang aku duduk. Gila punya mewah. Kalau nak harap aku saja-saja datang sini,memang tak lah. Aku sedut minuman yang aku sendiri pun tak tahu namanya. Air warna merah, macam sirap. Tapi tak rasa sirap pun. Tak sedap langsung, rasanya pelik sangat. Tak kena langsung dengan tekak aku. Ini pun tadi memang aku datang je pelayan terus hantar air. Bila entah aku buat pesanan. Memang hotel ni macam ni agaknya cara melayan tetamu. Bagus!
Aku seluk poket beg bila terasa gegaran telefon bimbit. Najwa!
“Hello...” Jawab aku lemah.
“Kau kat mana? Janji dengan aku nak pergi night market. Ni dah pukul 6, tak reti nak balik lagi ke...” Serang Najwa terus.
Aku betulkan tudung yang terasa senget. Dah seharian pakai, rasa dah tak terurus. Entah macam manalah rupa aku sekarang ni. Dah la duduk dalam hotel mewah, kalau selekeh. Memang memalukan je. Tukang cuci hotel ni pun lagi cantik dari aku.
“Aku ada hal. Kedai tutup lewat sikit. Kita pergi lepas isyak nanti la ye.” Maaf Najwa. Terpaksa menipu. Aku tak nak buat kau susah hati. Masalah aku, biarlah aku yang selesaikan sendiri.
“Alah. Nanti rangka ayam yang sedap tu habis. Aku tak nak beli gerai lagi satu tu. Tak best.” Rungut Najwa.
“Hiss kau ni. Sama aje la mana-mana pun. Rangka ayam juga kan...” Pandangan aku lemparkan ke arah cermin kaca di sebelah aku. Melihat jalan raya yang mula bersesak dengan kenderaan. Waktu orang balik kerja kan, normal la tu.
“Kau banyak kerja sangat ke? Aku ambik kau aje la.”
“Hesy! Tak payah. Jumpa kat rumah nanti je.” Najwa ni kalau pasal rangka ayam. Tak menyabar. Padahal setiap minggu pun dia makan rangka ayam pak cik tu. Sampaikan badan pun dah sama macam rangka ayam tu.
“Yela! Kau jangan lambat sangat tau.”
“Ye..” Tak tunggu balasan terus je aku letak. Kalau dilayan, panjang pula pesanan penaja yang akan keluar dari mulut Njawa nanti.
Aku kalih kepala, ingin memandang ke arah pintu masuk. Sebab aku rasa dah lama sangat aku tunggu dekat sini. Tapi orang yang ditunggu masih juga belum tiba. Takkan la aku kena tipu kut. Entah-entah Haziq tu ada niat tak baik pada aku kut. Dia isi benda tak elok dalam air aku ni, lepas tu...dia bawak aku naik atas. Alamak! Takkanlah..
“Ehem!” Baru aku nak angkat punggung. Seseorang sudah berdiri tegak di hadapan aku.
Aku angkat sebelah kening memandang gerangan tersebut. Serius wajah itu memandang aku dengan kedua tangan berada di dalam poket seluar.
“Maaf encik. Tapi tempat ni dah ada orang. Saya tengah tunggu dia la ni.” Rasanya lelaki ini nak mintak kebenaran duduk sini kut. Tapi kenapa pula? Sedangkan meja lain banyak lagi yang kosong.
“Oh ye? Okey.” Selesai je berkata-kata. Kerusi ditarik dan dia duduk.
Kali ini kedua belah kening aku pula yang naik. Eh! Dia ni tak faham ke apa yang aku cakap. Aku memandang lelaki di hadapan aku dengan rasa pelik. Rasanya aku tak kenal dia ni. Takkan la dia ni kawan kepada Haziq tu... Muda sangat. Macam tak sesuai je nak jadi kawan kepada Haziq yang dah berumur tu.
“Err... Encik ni...”
“Yup. Saya.. Qaseh Daria right?”
Aku angguk lambat-lambat. Oh my! Jadi dia ke yang dah tolong keluarkan duit RM 10 ribu tu. Macam susah nak percaya. Memang aku tak nak percaya!
“Maaf. Saya tak kenal encik tadi...” Pohon aku.
“It’s okey. Dah namanya pun pertama kali jumpa kan. Mestilah tak kenal.”
“Tapi encik kenal saya..”
“Kalau tak kenal, takkan la saya nak keluarkan duit sebanyak itu.” Lelaki tersebut senyum segaris. Aku pejam celikkan mata. Kenapa handsome sangat ni? Makan apa sampai boleh handsome macam ni? Huh! Jealous aku tengok kulit muka dia yang licin tu.
“Terima kasih encik sebab dah tolong saya. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi terima kasih sangat-sangat. Encik cakap je, berapa yang saya kena saya bayar tiap bulan. Saya akan bayar sampai langsai duit tu. Nak suruh saya bayar dengan bunga, daun, akar sekali pun tak apa. Tapi janganlah tinggi sangat. Tak baik tau. Riba!” Ucap aku ikhlas.
Kalau dia perempuan. Memang aku dah cium-cium tangan dia yang pemurah sangat tu. Tak kisahlah dia kenal aku macam mana pun. Yang penting sekarang ni, aku dah boleh tidur dengan lena. Aku tak nak jadi banduan!
“Erm sama-sama.. Makan?” Pelawa dia.
“Tak apa. Tak nak. Encik, terima kasih. Terima kasih sangat. Saya tak sangka zaman sekarang ni masih ada insan yang berhati mulia macam encik ni. Semoga murah la rezeki encik.” Rasa menyesal pulak sebab aku dah buruk sangka sebelum ni. Mungkin dia betul ikhlas. Yela, muka aku ni kan memang muka kesian. Nampak sangat muka orang susah.
“Don’t mention it..”
“Terima kasih encik..”
“Haihh awak ni. Kalaulah terima kasih awak tu bernilai, rasanya saya dah jadi jutawan sekarang ni agaknya. Dah banyak sangat terima kasih yang awak bagi.” Lelaki tersebut mengelengkan sedikit kepalanya. Mungkin dia rasa yang aku ni nampak terlalu kalut kut.
Aku senyum segan sambil membetulkan baju yang tersarung di tubuh. Segan pulak pada lelaki di depan aku ni setiap kali dia memandang ke arah aku. Dia punyalah kemas, segak. Aku pulak? Macam mokcik-mokcik!
“Encik nak saya bayar berapa bulanan? Er, berapa lama ye..” Janganlah dia bagi aku tempoh tiga bulan je. Mahunya aku makan nasi dengan garam je nanti. Habis semua duit gaji bayar dekat dia. Aku bukannya eksekutif, gaji sampai beribu ringgit...
“Berapa lama? Ermm...awak nak berapa lama?”
“Setahun boleh?” Boleh la aku bayar dengan jumlah seribu ringgit sebulan. Memanglah gaji aku akan jadi ciput. Tapi tahanlah dari kena bayar sepuluh ribu ringgit sekaligus.
“Setahun?”
Aku angguk.
Tapi dia geleng...
“Ermm. Lima bulan?” Soal aku lagi. Alah..mintak-mintak la dia ni jenis mudah berbincang. Jangan la dia buat keras hati dia je.
Dia geleng lagi...
“Habis tu.. Erm, terpulang pada encik la.” Duit dia kan. Ikut suka dia la dia nak bila pun..
“Seumur hidup.”
“Huh?” Seumur hidup? Nak kira macam mana tu? Sebulan seringgit ke?
“Yeah.. Seumur hidup. Tadi awak ada cakap pasal bunga, daun, akar kan.. Jangan risau. Saya tak charge untuk akar, daun atau batang sekali pun. Saya hanya perlukan bunga tu je...” Terang dia tenang. Segaris senyuman pun tak ada.
Makin berkedut rasanya dahi aku sekarang ni. Tak faham! Sungguh aku tak faham.
“Tolong jadi bunga untuk seumur hidup saya. Jadi bunga yang sentiasa indah di mata saya dan menyerikan hidup-hidup saya.” Sambung dia lagi.
Aku pandang muka dia. Cuba mencari jawapan di sebalik muka handsome tu. Tapi tak jumpa. Apa kena mengena bunga, hutang dan hidup dia? Dia ni penyajak ke? Apahal tiba-tiba nak bermadah punjangga pulak.
“Maaf. Kalau encik nak cakap saya lembab pun saya tak kisah. Tapi, serius saya tak faham.”
“Be my wife...”
“Erk?”
Aku pegang leher. Nyaris tertelan anak tekak sendiri.
“Jadi isteri saya... Kahwin dengan saya.” Dia meletakkan kedua belah tangan ke atas meja dan mendekatkan wajahnya ke arah aku.
“Kah... Kahwin?” Tergagap aku nak menyebut satu perkataan tu. Kut la aku salah dengar ke.
“Yes! Simple thing. Come live into my heart and pay no rent. Will you?” Soal dia dengan mengerdipkan mata sekali.
Aku menolak kerusi ke belakang pantas. Memegang dada sendiri. Terkejut. Senyuman dia tu memang boleh buat aku kena serangan angin ahmar. Tapi perkara yang membuatkan aku rasa nak tumbuk diri sendiri adalah, dia ajak aku kahwin. KAHWIN?


Zakuan yang sedang menyedut minuman aku pandang tak lepas. Kenapa dia boleh selamba je? Aku ni punyalah nak hilang nyawa disebabkan hal yang lelaki baik tu tawarkan. Jadi isteri dia? Huh! Tak pasal je semalam aku terpaksa batalkan janji aku dengan Najwa. Aku tak kira la kalau Najwa nak marah pun. Banyak benda yang aku nak tanya lelaki tu semalam sampaikan lupa terus pasal rangka ayam Najwa. Aku ni yang bakal jadi rangka!
“Habis tu? Awak nak ke?” Jumpa Zakuan, aku diajukan pula dengan soalan mintak pelempang.
“Tak nak!” Memang itulah jawapan aku. Tak akan berubah. Semalam pun itulah jawapan yang aku berikan pada lelaki mental yang tiba-tiba ajak aku kahwin.
“Then? Awak ada duit ke nak bayar semula duit dia tu? Awak nak masuk penjara?” Soal Zakuan bertalu-talu.
“Awak kenalah tolong saya.”
“Saya tak ada duit!” Aku rasa aku baru je mintak tolong, belum pun aku cakap nak pinjam duit dia. Tapi dia dah mengaku awal-awal yang dia tak ada duit. Dari awal lagi sepatutnya aku tahu bahawa Zakuan bukanlah orang yang sesuai untuk aku mintak pertolongan dari segi kewangan.
“Awak pergi la jumpa dia. Cakap yang saya ni bakal isteri awak. Kekasih awak.” Geram sungguh aku. Apasal la aku boleh sayang pada lelaki lembab macam ni.
Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba ada orang yang kita langsung tak kenal ajak  kita kahwin. Semalam nyaris je aku nak jatuh terlentang ke belakang. Nasib baik aku sempat ternampak senyuman dari bibir lelaki tu. Itulah yang menyegarkan aku semula, senyuman dia memang boleh buat biji mata ni terbeliak. Kalau dia tak senyum, memang aku pecah rekod la jatuh terlentang dalam hotel tu.
“Kahwin aje la dengan dia....”
“What?!”
Oksigen! Oksigen! Mana gorila besar tu? Aku harap sangat dia muncul sekarang ni. Kalau dia muncul, maknanya ini adalah Bang Bang Boom. Muncullah wahai gorila. Selamatkan aku dari manusia-manusia menyakitkan hati ni.
“Ria, awak jangan salah faham. Bukannya saya tak sayangkan awak. Tapi awak ada pilihan lain ke? Hanya ini je pilihan yang awak ada. Dia dah pun bayarkan duit tu pada Mr.Yap. Kalau dia tak bayarkan, awak akan masuk penjara. Awak nak?”
“Tak nak...” Siapa yang nak masuk ke tempat tu.
Aku ada impian aku sendiri. Dan impian aku tu juga adalah impian arwah mak aku. Selagi aku tak dapat capai impian aku tu, aku tak boleh masuk penjara. Kalau dah capai pun, aku tetap tak nak masuk penjara. Tak nak!
“Bukan senang nak hidup senang ni ria. Dan lagi susah kalau kita ni hidup susah. Jangan menambahkan lagi masalah yang kita ada sekarang ni.” Zakuan meraup rambutnya ke belakang. Serabut!
Aku muncung. Menyampah. Tapi tak boleh nak salahkan Zakuan juga. Masalah dia dah cukup banyak, aku sibuk nak menyelit sekali. Aku tahu sekarang ni Zakuan sibuk fikirkan tentang kesihatan Mak Shimah. Siapa yang tak sayang mak, kalau aku pun aku akan utamakan mak aku sendiri.
“Habis tu macam mana ni. Saya tak nak kahwin dengan dia. Saya tak kenal dia pun.” Memanglah lelaki yang ajak aku kahwin tu handsome. Tapi kenyang ke dengan handsome? Apa motif dia entah ajak aku kahwin. Handsome macam tu, bersepah lagi orang nak dekat dia. Kenapa aku?
“Ria.. Kalau awak tanya saya. Saya pilih untuk hidup senang.”
Lama aku dan Zakuan saling berpandangan. Aku faham maksud dia. Tapi aku sengaja buat tak faham. Aku tak nak faham pun. Kenapa aku rasa seolah Zakuan yang ada di depan aku sekarang ni adalah lelaki yang suka memilih jalan mudah. Lelaki yang memandang kesenangan. Mana kasih sayang dia pada aku? Takkan semudah itu dia nak lepaskan aku pada lelaki lain.
“Kita macam mana?”
“Think Ria.. Awak kahwin je dengan dia. Tiga bulan lepas tu, cerai la. Dia nak sangat kahwin dengan awak kan. Awak buat la sampai dia ceraikan awak. Selesai masalah.”

Aku tarik nafas berkali-kali. Memang aku betul-betul perlukan oksigen sekarang ni. Boleh tak kalau aku nak tumbuk muka dodol Zakuan sekarang ni? Apa punya idea yang dia bagi kat aku ni. Entah apa-apa!

7 ulasan:

  1. Sambunglah citer ni huhuhuhuhu bestttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadia. Cerita ni memang dh siap full. Heee. Dan sis pnh up sampai bab 10 dkt sini..

      Padam
  2. Alooooo nk bace.. sy x sempat baca huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaa. Hihii. Mlm ni sis nk up mr.bad guy bab bru. Nt sis masukkan blik setiaku disini yer..

      Padam