(Telah berada dipasaran pada bulan April 2015)
SELESAI saja membersihkan diri. Zara mendekati Rizza yang duduk bersantai-santai di ruang tamu. Masih lagi tersenyum-senyum.
SELESAI saja membersihkan diri. Zara mendekati Rizza yang duduk bersantai-santai di ruang tamu. Masih lagi tersenyum-senyum.
“Senyum-senyum
apahal?” Tegur Zara sambil menumpukan perhatian ke kaca Tv.
“Senyum
tu kan sedekah. Lagipun aku senyum kan cantik.” Rizza senyum lebar. Puji diri
sendiri.
Zara
kecilkan mata. Erkk! Kenapa dia rasa macam Rizza luar biasa sangat hari ni?
Atau baik dengan dia sebab rasa bersalah hal semalam. Kalau betul, baguslah. Tapi
satu je yang dia tak setuju. Rizza puji diri sendiri. Perasan gila.
“Awak
ingat awak Miss world ke? Nak kata senyum awak cantik. Senyuman terhodoh sesuai
lah dengan awak.” Bagi Zara sebiji, tepat atas batang hidung Rizza. Kali ini
dia dah tak nak berbaik dengan lelaki depan dia ni.
“Haa
itu nasib baik saya ni lelaki. Kalau saya ni perempuan, sah! Memang tak merasa
la orang lain tu nak pegang title Miss world.”
Zara
herotkan bibir. Perasan tahap babun Rizza ni.
Rizza
masih lagi dengan senyuman manis gula batunya. Dalam kepala pula ligat berfikir
macam mana nak lembutkan hati Zara. Dia memang kena berusaha keras untuk
pastikan Zara setuju dengan cadangan dia.
“Rizza.”
“Yup.”
“Baju-baju
yang awak belikan tu, saya pinjam dulu la. Nanti dah dapat gaji pertama, saya
beli baju baru. Baru saya pulangkan baju yang awak belikan untuk saya tu.”
Rizza
angkat muka pandang Zara. Mulut yang sedang mengunyah biskut terhenti.
Zara
kalut dengan perasaan sendiri. Lama Rizza pandang dia sampaikan tak tahu nak
tala mata dia kemana.
“Kau
tetap nak kerja juga ke?” Soal Rizza perlahan.
“Yelah.
Kan saya dah cakap semalam yang saya takkan menyusahkan awak lagi. Cukuplah
budi baik awak pada saya selama ni. Tak terbalas pulak nanti.” Tin biskut di
atas meja dia capai. Tak sabar betul nak keluar dari rumah ni.
“Ehem.
Err..”
“Ye
tahu. Awak nak cakap yang saya takkan mampu bayar kan? Jangan risau. Dalam
hidup saya tak ada istilah berhutang. Cakap je berapa yang awak dah habiskan
untuk saya. Saya akan langsaikan sampai habis.. Walaupun saya terpaksa makan
maggi hari-hari. Tapi saya tetap akan bayar.” Cepat Zara potong cakap Rizza.
Tahu
sangat dah apa yang Rizza nak cakap. Walaupun baru sangat kenal tapi perangai
Rizza tu celah jari dia ni je. Dia tahu sangat dah apa yang nak keluar dari
bibir Rizza tu. Semuanya akan menyakitkan hati dia je nanti.
“Tak
apalah. Kau tak payah bayar apa-apa. Aku ikhlas.”
Jawapan
itu mengejutkan Zara. Rizza yang sedang menghabiskan sisa-sisa biskut di tangan
dia pandang. Susah untuk percaya.
“Biar
betul ni?”
“Hmm..”
“Demam
eh?” Soala Zara sambil menundukkan sedikit wajah ke depan. Mengintai wajah
Rizza yang masih sibuk mengunyah.
“Tak.”
Jawab Rizza dengan muka monyok. Macam orang tak ada semangat.
Zara
angkat bahu. Tak nak ambik peduli. Lantak la. Itu mesti sedih sebab lepas ni
dah tak ada orang yang menjadi mangsa kemarahan dia. Tak pun Rizza sedih sebab
masih belum puas nak balas dendam. Yela! Dia ni kan perempuan pemusnah keluarga
bahagia Rizza.
“Kenapa?
Kalau aku tak sihat. Kau still nak pindah keluar ke?” Soal Rizza tiba-tiba.
Zara
kerut kening. Melawan pandangan Rizza yang sedang merenung tepat ke arahnya.
“Abang
doktor ada dekat sebelah. Pergilah cari doktor sendiri. Saya ada pun bukannya
boleh buat apa juga.” Jawab Zara mudah.
Dah
memang betul pun! Kalau dia ada pun buat tambah sakit Rizza je. Dia ni kan
pembawa masalah.
“Hmm.
Okey.” Rizza bangun dan berlalu ke dalam bilik.
Zara
pula hanya menjongketkan bahu. Tumpuan diberikan sepenuh terhadap rancangan
yang tersiar di TV. Malas nak ambik tahu apa yang Rizza buat. Nanti sekejap
lagi dia mesej Hakim bagi tahu yang dia jadi kerja. Hari ini sabtu, esok ahad.
Mestilah Hakim ada balik.
Namun
sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik.
“Eh..”
Terkejut Zara sebaik sahaja buka pintu almari. Kosong!
Sehelai
baju pun tak ada! Yang ada hanyalah tuala yang masih lembab bersidai tepi
almari. Mana baju dia? Ini mesti kerja Rizza! Bila masa lelaki tu buat pun dia
boleh tak sedar. Cekap betul!
“Rizza!”
Panggil Zara sambil ketuk pintu bilik Rizza. Kuat!
Berkali-kali
dia ketuk baru Rizza buka. Itupun hanya sedikit sahaja kepala itu yang
menjenguk keluar.
“Awak
ni memang kan!” Hambur Zara terus. Memang dia tengah geram tahap kuasa sepuluh
sekarang.
Anak
Tan Sri Rahman Syah ni memang menyakitkan hati. Bengong! Jahat!
“What..”
Meleret suara Rizza dengan muka tak bersalah. Rasanya macam dia dah dapat agak
yang Zara dah tahu.
“Apa
what-what? Jangan nak berlagak suci la.”
“Apa
dia, Zara.”
Hesy!
Pandai sungguh la Rizza ni berlakon. Sepatutnya ganti je Saif Ali Khan, jadi
pelakon. Tak layak sungguh jadi juruterbang TUDM.
“Sini.
Awak sini!” Pintu Zara tolak kuat. Kemudian hujung baju Rizza dia tarik dan
heret masuk ke dalam biliknya. Tak hingin dia nak pegang kulit Rizza.
“Ini!
Awak ambik semua baju dalam ni kan? Kut ye pun awak kedekut sangat. Takkan la
sampai baju yang mula-mula saya pakai datang sini pun awak nak ambik.” Pintu
almari Zara buka luas-luas. Biar mata Rizza ni nampak bertapa lengangnya almari
tu.
“Zara.
Aku..”
“Sudahlah
Rizza! Awak ni memang manusia paling buruk sekali pernah saya jumpa. Buruk
rupa! Buruk laku! Buruk hati! Buruk bertingkat-tingkat!” Jerit Zara kuat.
“Zara.
Dengarlah dulu.”
“Tak
payah! Awak nak sangat baju tu kan? Ambik! Saya tak hadap. Kalau kena pakai surat
khabar pun saya sanggup la.” Badan Rizza, Zara tolak ke tepi.
Getah
rambut Zara capai dan ikat rambut dia ala kadar. Telefon atas katil dia ambil
dan campak dalam masuk dalam beg tangan.
“Kau
nak pergi mana tu?” Soal Rizza dengan pandangan mata yang tak lepas dari
memerhatikan pergerakan Zara. Jantung mula buat kerja tak normal.
“Saya
nak keluar pergi duduk dengan Hakim. Dia tak macam awak, menyakitkan hati.
Ikhlas konon!” Sengaja je Zara bandingkan Rizza dengan Hakim.
Biar
Rizza tu sedar sikit perangai dia macam mana. Hakim tu jauh beza sangat baiknya.
Soft spoken, bila bercakap pun bibir tu sentiasa tersenyum. Sopan. Tak ada nak
jerkah-jerkah. Memang nampak cukup terpelajar. Rizza pula terlalu banyak list.
Yang pasti lagi banyak buruk dari yang baik.
“Tak!
Aku tak akan benarkan.”
“Saya
peduli apa awak benarkan ke tidak.”
Zara
buat tak peduli. Kenapalah Rizza berperangai macam orang tak pernah pergi
sekolah. Macam ini rupanya perangai sebenar anak Tan Sri Rahman Syah. Memang
patut pun Rizza ni tak kerja dengan Tan Sri. Kalau tidak. Lingkup perniagaan
orang tua tu dia rasa.
“Zara.
Jangan la macam ni.” Rizza bersuara teragak-agak.
“Buatlah
apa pun yang awak nak buat, Rizza. I don’t care!” Kata Zara kemudian melangkah
laju keluar dari bilik.
Lagi
cepat dia keluar dari sini lagi bagus. Tapi baru je badan ingin nak melepasi
pintu bilik. Zara terasa pinggangnya dipaut kemas dari belakang. Dan dalam sekelip
mata badan dia dah berada di atas katil.
Dalam
masa yang sama Rizza berlalu pantas keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup
kuat.
Bingkas
Zara bangun. Semuanya berlaku dalam sekelip mata tanpa sempat dia berbuat
apa-apa. Tak guna punya Rizza!! Main serang belakang.
“Rizza!
Buka pintu ni!” Tombol pintu Zara pulas berkali-kali. Namun berkunci. Kali ini
tangan dia mengetuk pintu tersebut dengan kuat.
“Rizza!
Lepaskan saya.”
“Tak,
Zara. Tak akan.” Terdengar suara Rizza melaung dari luar.
Zara
memandang pintu yang yang masih tertutup rapat dengan perasaan tidak percaya.
Rizza, kenapa awak buat saya macam ni.
Sementara
itu Rizza resah sendiri. Sekali lagi dia bertindak bodoh kurung anak dara
orang. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dengan diri dia sekarang ni. Ini betul
ke sebab tak nak Adila jumpa Zara, atau untuk diri dia sendiri. Dia sendiri
tidak pasti.
“Kenapa
dengan Zara tu Azrim? Terjerit-jerit. Sakit lagi ke dia?” Soal Mak Teh masa
Rizza tengah hidupkan enjin kereta.
Buat
sementara ni dia akan biarkan dulu Zara bertenang. Rizza tahu bukan mudah dia
nak pujuk Zara berkahwin dengannya. Silap hari langkah nanti, hangus rumah dia
tu Zara bakar. Dengan dia sekali Zara panggang.
“Tak
adalah Mak Teh. Zara sihat dah. Erm cuma ada salah faham sikit je tadi..” Bohong
Rizza. Takkan lah dia nak bagi tahu yang dia kurung budak Zara tu pulak.
Mahunya Mak Teh pelangkung kepala dia dengan cangkul.
“Mak
Teh ingatkan apalah tadi. Kamu bergaduh dengan dia ke?”
“Tak
ada apalah Mak teh. Ada selisih faham je.”
“Hmm
biasalah tu. Kalau dalam tempoh bertunang ni memang la dugaannya banyak sikit.
Lebih lagi kalau tarikh nikahnya dah makin dekat. Mak Teh harap tak besar la
gaduhnya tu..tak elok bermasam muka lama-lama.”
Sempat lagi Mak Teh bagi nasihat dekat Rizza.
Rizza
tersenyum. Untungnya la dia dapat jiran yang baik macam ni.
“Sikit
je Mak teh. Itu yang saya cadang nak keluar sekejap ni. Nak bagi Zara tu sejuk
dulu..”
“Eloklah
tu. Orang kalau tengah marah ni,macam-macam boleh jadi. Kamu sebagai lelaki Mak
Teh harap, kamu banyakkan la bersabar. Lebih lagi dengan keadaan Zara sekarang
ni. Memang emosi dia tak menentu.”
“Insyallah
Mak Teh. Terima kasih sebab ambik berat pasal Zara.”
Rizza
tahu sekarang ni memang Zara macam banyak kerenah sikit. Dah hilang perangai
manja Zara tu. Sekarang ni asyik nak melawan dia je.. Dia tahu, ini mesti sebab
ada Hakim. Jadi Zara rasa dah ada tempat nak berpaut. Sebab tu Zara langsung
tak kisah nak keluar dari rumah dia.
“Dari
mana Melah?”
Kepala
Rizza berpusing mencari orang yang ditegur Mak Teh. Dekat sebelah kiri
kelihatan Mak Cik Melah yang tengah membuka pintu pagar rumah dia. Dekat tangan
Mak Cik Melahh penuh beg plastik.
“Baru
balik kedai. Beli barang sikit. Budak Elda tu balik hari ni.” Mak Cik Melah
jerit dari rumah sebelah. Mungkin takut Mak Teh tak dengar sebab jarak antara
rumah Mak teh dengan Mak Melah jauh juga..
“Oh.
Cuti dah ke Elda?” Soal Mak Teh lagi.
“Dah
habis. Tunggu konvo pulak.”
Rizza
yang berada di tengah-tengah antara rumah Mak Teh dengan Mak Cik Melah hanya
menjadi pendengar setia. Ulat beluncas
tu dah nak balik? Aduhai. Memang dia kena beli stok shieldtox banyak-banyak ni.
“Ye?
Cepat je masa berlalu. Rasanya baru je lagi nampak elda tu pakai baju sekolah..
Ini tup tup dah habis belajar dekat UKM tu.” Mak Teh cakap dalam gelak tawanya.
Tak
payah nampak terus pun tak apa Mak Teh. Bukannya lawa pun budak Elda tu.. Rizza
dah merungut dalam hati.
“Nak
ke mana Azrim?” Soal Mak Cik Melah pada Rizza pula. Terkejut dia jadinya. Mak
Cik Melah ni macam tahu je dia tengah mengutuk anak Mak Cik Melah.
“Emm.
Nak ke base sekejap mak cik. Ada hal sikit.” Senyum palsu Rizza ukir.
“Sabtu
pun nak ke base? Kerja ke?”
“Tak
la mak cik. Nak jumpa kawan saya.” Hesy! Mak Cik Melah ni tak dengar ke yang
dia cakap ada hal tadi. Sibuk tanya banyak kali tu kenapa?
“Kawan
kamu yang mana?”
“Mak
cik tak kenal. Dia baru balik dari misi di Dubai.”
Ha
kan! Ambik. Kan dia dah menipu. Tak pasal je Zarif terlibat dalam misi Dubai.
Tak
sampai dua jam Rizza kembali semula ke rumah. Kunci dia masukkan dan pulas
tombol pintu perlahan. Dah hampir pukul 2 petang. Lama sangat dah dia kurung
Zara dalam bilik tu. Pintu bilik Zara ditolak perlahan, dalam pada tu dia juga
sudah bersedia kalau tiba-tiba Zara merempuh keluar. Zara ni nampak je lembut.
Tapi boleh tahan agresifnya. Macam anak singa!
Masuk
sahaja ke dalam bilik. Pandangannya melekat pada tubuh Zara yang duduk di atas
katil sambil memeluk lutut. Pandangan Zara menghala ke luar tingkap. Langsung
tidak menoleh ke arahnya.
“Zara.”
Panggil Rizza kemudian duduk di hujung katil.
Zara
diam. Kelibat Rizza langsung tidak dihiraukan. Hati dia masih sakit. Dia
dilayan macam budak kecil. Sesuka hati nak kurung dia. Mujur juga lelaki tu
pernah buat kebaikan pada dia.
Ikutkan
hati memang dah lama dia menjerit minta tolong. Lepaskan dia keluar dari sini.
Tapi kenapa hati dia banyak mengatakan supaya dia terus tinggal disini. Apa
yang tak kena dengan dia ni.
“Zara.
Aku minta maaf.” Pohon Rizza. Kali ini memang ikhlas dari hati dia.
Tipulah
kalau dia tak rasa kesian pada Zara. Tapi dia tak ada pilihan. Dia sendiri rasa
takut sangat kalau Zara betul pergi tinggalkan dia. Tak tahu la apa yang
merasuk dia sampaikan sanggup buat semua tu.
“Zara.
Kalau kau nak marah aku, aku terima. Pukullah. Marah la. Tapi aku minta satu
je. Tolong jangan pergi dari sini” Kata Rizza lagi. Kalau perlu dia kurung Zara
di sini sampai bila-bila pun dia akan buat.
Kali
ini bukan kerana Adila. Bukan juga kerana Hakim. Tapi kerana diri dia sendiri.
Hati dia ni. Hati dia tak sanggup nak lepaskan Zara pergi. Ada satu perasaan
aneh yang meresap masuk jauh ke dalam hati.
“Zara.”
Panggil Rizza buat kesekian kalinya.
“Awak
nak apa sebenarnya, Rizza..” Suara Zara perlahan. Sehabis mungkin dia cuba
mengawal suaranya. Dada mula terasa ketat.
Rizza
melepaskan nafas kecil. Lega. Sekurangnya dia dapat dengar suara lembut tu. Tak
kisah la Zara nak menjerit atau maki hamun dia sekalipun. Dia tak betah nak
berdepan dengan kebisuan wanita berkenaan.
“Aku
cuma tak nak kau keluar dari sini. Kau nak duit? Aku boleh bagi Zara. Kau
buatlah apa pun kau nak buat. But, please. Jangan pergi.” Pinta Rizza.
Menyuarakan rasa sebenar hatinya.
“Saya
tak nak duit awak. Saya cuma nak pergi dari sini.” Keras Zara membalas. Kepala
digeleng. Kalau Rizza fikir yang dia mata duitan. Lelaki itu silap. Dia bukan
perempuan yang baik. Tapi kenapa lelaki tu masih nak simpan dia dekat sini.
“Tak,
Zara..” Lemah Rizza membalas.
“Sampai
bila Rizza? Sampai bila saya kena ikut terlunjuk awak. Sampai bila awak nak
simpan saya dekat sini? Awak lagi kejam dari Adila!” Zara berpaling. Merenung
tepat ke wajah itu.
Rizza
terkedu sendiri. Dia nampak sendu di wajah itu. Mata dan hidung Zara merah.
Bulu mata juga masih basah. Dia dah buat
Zara menangis.
Hati
yang awalnya tadi ragu-ragu. Kini mula ditumbuhi dengan semangat yang tinggi.
“Zara.
Kahwin dengan aku.” Kata Rizza tepat
memandang jauh ke dalam anak mata Zara. Kali ini dia nekad. Memang ini yang dia
nak. Apapun dia mesti jadikan Zara hak dia yang sah.
“Apa
awak cakap?” Soal Zara tak percaya. Dahi sudah mula berkerut.
“Nak
tak kalau aku jadi suami kau?” Kali ini Rizza menyoal Zara. Tak kisah la apa
pun tanggapan Zara pada dia. Yang pasti kali ini memang dia dah nekad.
“Tak
nak! Awak dah gila Rizza. Mabuk ke?!” Naik seoktaf suara Zara. Rizza
dihadapannya dia pandang atas bawah. Buang tabiat apa lelaki seorang ni?
“Aku
sedar Zara. Aku tahu apa yang aku cakapkan. Dan aku juga tahu ini adalah
keputusan yang aku buat sendiri tanpa paksaan sesiapa. Jadi isteri aku. Hanya itu
permintaan aku pada kau.”
“Tak
nak!” Jerit Zara lagi.
Air
mata yang ditahan sedari tadi akhirnya gugur juga. Dari setitik kini sudah
bertitik-titik. Badan dibawa mengesot ke tepi dinding. Kepala di geleng
berkali-kali. Kenapa Rizza suka sangat buat keputusan untuk dia.
Rizza
menarik nafas panjang. Memang sudah boleh diagak akan reaksi dari Zara. Bukan
mudah untuk Zara terima dia sebagai suami. Niat asal kononnya nak selamatkan
Zara, tapi sekarang lain pula jadinya.
“Kenapa
pulak kau tak nak? Walaupun duit aku tak sebanyak papa. Tapi aku lagi handsome
dari papa..” Kecil mata Rizza memandang ke arah Zara. Boleh pulak Zara tolak
dia mentah-mentah. Gaya macam dia ni tak layak langsung dibuat suami.
“Saya
tak suka lelaki muda. Saya nak orang tua. Banyak pengalaman. Awak budak
mentah!” Bibir digigit kuat. Entah apa yang dia merepek pun dia tak tahu. Apa
yang dia tahu selagi boleh dia nak lepaskan diri dari kena kahwin dengan Rizza.
Kalau
sampai tahap dia kena mengaku yang dia dah terlanjur dengan Tan Sri Rahman Syah
pun dia sanggup. Kahwin? Tidak. Itu bukan pilihan yang terbaik.
“Please,
Zara. Aku cuma nak kau jadi isteri aku.” Pujuk Rizza. Kali ini dia memang dah
buang segala malu. Kalau dah Zara kata suka orang tua, memang dia kalah teruk.
Pengalaman dia kosong!
“Untuk
apa?! Boleh tak jangan nak main paksa-paksa.”
“Boleh
tak jangan nak tanya aku sebabnya. Aku tak ada jawapannya Zara. Aku hanya tahu,
kau kena kahwin dengan aku.” Nada suara Rizza sudah berbaur arahan.
“Saya
tak nak.” Jawab Zara dalam sendunya.
“Kau
tak ada pilihan jawapan Zara. Kau hanya perlu setuju. Kau akan selamat kalau
tinggal dengan aku. Tapi untuk tinggal dengan aku, kau kena kahwin dengan aku.”
Tegas kata-kata yang keluar dari mulut Rizza.
Pandangan
Zara, dia balas. Mengharapkan Zara faham, kali ini dia tak main-main. Dia tahu
apa yang dia buat. Dan dia tak pernah tersilap langkah. Kalau sampai tahap dia
kena heret Zara jumpa tok kadi pun dia akan buat.
“Awak
memang berniat nak jadikan saya tahanan awak sampai bila-bila ke Rizza?”
“Aku
ikhlas Zara.”
“Apa
niat awak sebenarnya Rizza?” Soal Zara mula ragu-ragu.
Mula-mula
dia dibawa kesini atas alasan Adila. Kini dia dipaksa untuk menjadi isteri
kepada lelaki ini pula. Apa yang ada di dalam hati Rizza langsung tidak dapat
dia tebak.
“Kahwin
dengan aku bukanlah perkara yang menyakitkan Zara.”
“Ye!
Tapi kalau saya setuju, saya dah korbankan masa depan saya. Saya langsung tak
ada sebab yang kukuh kenapa saya mesti kahwin dengan awak. Bukan ini yang saya
nak, Rizza.”
Rizza
bangun mendekati Zara. Namun sepantas itu juga Zara mengesot menjauhinya. Dia nampak
gadis berkenaan memandang tajam ke arahnya. Macam manalah dia nak bagi faham
kalau Zara langsung tak nak dengar apa yang dia nak terangkan.
“Kalau
kau tak kahwin dengan aku. Boleh ke kau janji akan terus tinggal dalam rumah
ni? Boleh ke kau janji yang kau tak akan tinggalkan aku?”
“Saya
nak jumpa Tan Sri.”
“Untuk
apa?!” Kali ini suara Rizza melengking tinggi. Terkejut juga dengan permintaan
tiba-tiba Zara. Masih ada rasa sayangkah Zara pada Tan Sri Rahman Syah.
“Untuk
apa awak tanya saya? Sebab hanya Tan Sri yang boleh bagi jawapan untuk semua
salah faham ni. Saya bukan seperti apa yang awak dan Adila fikirkan. Tolong
benarkan saya jumpa Tan Sri.” Zara merenung tajam ke arah Rizza. Air mata masih
lebat mengalir di pipi dibiarkan.
Rizza
raup muka kasar. Sakit sangat ke nak jadi isteri dia? Teruk sangat ke rasannya
untuk kahwin dengan dia?
“Kau
masih sayang dia, Zara? Kenapa? Kenapa saat macam ni pun hanya papa aku yang
kau fikirkan.” Soal Rizza bertubi-tubi. Saat itu ada sesuatu di dalam hatinya.
Sesuatu yang buat dia tidak senang.
Semakin
kuat esakan Zara. Terhinjut-hinjut bahu tu menahan tangisan.
Sementara
itu Rizza sudah mundar mandir. Gelisah di hati hanya dia yang tahu. Sungguh,
jauh di sudut hati dia. Melihat air mata itu. Hati dia lebih merasainya.
“Zara..”
Rizza labuhkan punggung di tepi katil. Betul-betul di tepi Zara. Tangan cuba
dibawa menyentuh bahu gadis yang masih dalam sendunya. Namun tangannya ditepis
kasar.
“Zara.
Kita kena kahwin. Ini soal masa depan aku. Jiran-jiran dekat sini pun dah sibuk
bercakap pasal kita. Dan aku juga dah bagi tahu Mak Teh, yang aku akan kahwin
dengan kau.” Pujuk Rizza.
“Itu
bukan masalah saya.”
Rizza
jatuhkan bahu. Tidak menyangka Zara punyai sikap degil.
“Zara.
Tolonglah. Kau kena faham. Hubungan kita masih belum halal. Kalau aku kena
tangkap khalwat dengan kau, kerjaya aku akan hancur. Aku bukan nak mengungkit,
tapi aku pernah tolong kau Zara. Kali ini kau tolonglah aku pula.” Rayu Rizza
lagi.
“Awak
memang suka memandai. Saya ikut awak ke sini sebab saya rasa Adila tak akan
jumpa saya. Bukannya sampai kena kahwin dengan awak!”
“Kau
tak ada pilihan Zara. Kahwin dengan aku.”
Rizza
bangun dan melangkah keluar. Sebelum menutup pintu dia terdengar suara esak tangis
Zara semakin kuat. Maaf Zara. Kali ini keputusan dia tak akan berubah. Biarlah
Zara menangis air mata darah sekalipun.Zara tetap akan jadi isteri Rizza Azrim.
Tetap!
Mundar
mandir Rizza mengukur ruang di dalam biliknya. Keluhan panjuang dilepaskan
sebelum akhirnya badan direbahkan ke atas tilam. Jam di dinding dia jeling
sekali. Malam itu sekali lagi dia terpaksa bermalam di rumah sewanya.
Ini
semua sebab Zara punya pasal. Masuk kali ini tak tahulah dah berapa kali dia
langgar perraturan. Telefon diambil dan nombor telefon sahabat baiknya dia dail.
“Hello.”
Kedengaran suara serak Zarif di hujung talian.
Tidur
dah rupanya.
“Weh,
Rif. Kau berdengkur dah ke.”
“Kau
agak-agak la tanya soalan mintak pelempang tu. Aku lenyek juga kau dengan
pesawat Hornet ni karang.”
Rizza
mencebik. Garang betul.. Sampai hati nak lenyek dia dengan pesawat F/A – 18
Hornet yang terkenal dengan bunyi yang paling membingitkan..
“Sampai
hati kau eh. Hornet yang kau nak bagi aku, kenapa tak HAWK 208 je. Besar sikit.
Alang-alang nak lenyek sangat kan.”
“Hey
bro! Takkan call aku malam buta ni semata nak cakap pasal pesawat je kut. Baik
kau terjah bilik aku je terus. Drama la kau!” Zarif bersuara geram. Sakit hati
sebab tidurnya digannggu.
“Aku
tak balik malam ni.” Bagi tahu Rizza.
“Tak
balik? Kenapa?’
“Zara
tak sihat. Aku ingat malam ni aku tidur sini je.” Bohongnya. Takkan lah dia nak
bagi tahu yang dia tak senang hati nak tinggalkan Zara seorang diri dekat rumah
ni. Buat malu je.
“Oh.
Buah hati sakit rupanya. Yela kan. Takkan la abang handsome nak tinggalkan
kakak cantik pulak kan. Hmm okey. Jangan risau aku tak bagi tahu sesiapa kau
tidur luar malam ni. Dah. Aku nak tidur ni.”
“Eh
sekejap la!” Cepat Rizza menahan sebelum Zarif sempat matikan panggilan. Zarif
ni. Kalau dapat jumpa bantal. Rumah terbakar pun sempat lagi tarik selimut.
“Apa
lagi ni Azrim. Kau malam buta ni la nak ajak aku borak.”
“Aku
nak bagi tahu kau satu benda ni.”
“Apa?”
“Aku
nak kahwin.” Kata Rizza perlahan. Namun di dalam hati penuh dengan senyuman.
Pelik betul!
“Oh.
Okey..”
Rizza
jungkit kening dengan rekasi Zarif. La! Okey je. Hmm tapi bagus juga. Memang
sahabat dia ni penyokong setia betul. Terbaik!
“Eh
sekejap! Kau cakap apa tadi?” Tiba-tiba Zarif kembali bersuara. Kali ini suara
Zarif kedengaran sedikit kuat dari tadi.
“Aku
kata. Aku nak kahwin.”
“Kahwinnnn?!!!”
Rizza
menjauhkan sedikit telefon bimbit dari telinga. Buruknya jeritan jantan sorang
ni. Macam gorilla!
“Aku
tak pekak la. Agak-agak la nak test suara pun.” Marah Rizza. Ini sah satu
bangunan kuarters bergegar dengan suara Zarif.
“Aku
terkejut la mangkuk!.”
“Terkejut
pun tak agak-agak.”
“Kau
betul ke ni? Kau cakap nak kahwin tadi kan.”
“Ye.
Aku nak kahwin..” Rizza menjawab geram. Berapa kali entah nak tanya. Namun dia
dalam hati berasa kembang semacam.
“Dengan
siapa? Khalisa? Elda? Oh no. Aku rasa anak Mejar.”
“Bukanlah. Semuanya pun bukan..” Alahai Zarif
ni. Siap boleh senaraikan nama lagi.
Khalisa. Itu budak yang sedang menjalani
latihan dengan dia sekarang ni. Memang semua orang tahu budak tu nak mengedik
dengan dia. Tak kuasa dia nak melayan.
Elda.
Ini pulak anak Mak Cik Melah. Lagilah tak boleh disenaraikan. Ini bukan setakat
gedik. Dah mengeletik macam ulat sampah. Reject!
“Habis
tu? Kau jangan nak cakap yang.. Oh no! It’s Zara?”
“Yes!
It’s her.” Jawab Rizza dengan penuh bersemangat. Entah apa yang merasuk dia
malam ni pun tak tahu la. Tiba-tiba je dia jadi macam orang gersang sangat nak
kahwin.
“Zara?”
Serentak
dengan itu Rizza dengar Zarif ketawa. Siap berdekah-dekah. Kali ini bukan
setakat kuarters bergegar tapi akan retak terus. Ada juga yang rumah mereka tu
kena bom nanti.
“Kau
gelak apalah?”
“Well.
Ini kelakar bro.” Jawab Zarif dalam gelaknya.
“Apasal
kelakar pulak?”
“Kelakar
la sebab sebelum ni kau kemain lagi. Bersungguh menafikan yang kau tak suka
dia. Ini tup-tup. Nak kahwin. Mahunya aku tak teruja.”
Rizza
rebahkan badan ke atas tilam.
“Bukanlah.
Aku terpaksa je. Kalau aku tak kahwin dengan dia, nanti dia jauh dengan aku.
Aku tak boleh lepaskan dia sampai keadaan betul-betul selamat.”
“Ye
je kau. Ke kau dah terlanjur dengan dia. Dia berjaya goda kau ke?!”
“Bodoh
la!” Marah Rizza.
Nasib
baik la Zarif ni tak ada depan mata dia. Kalau tak dia seligi kepala Zarif. Apa
Zarif ingat dia ni lelaki yang tak ada iman agaknya. Kalau dia tergoda. Dari
awal masa Zara tak sedarkan diri dulu lagi dia dah terkam. Tapi bukan jenis dia
makan benda haram.
“Manalah
tahu kan. Pelik juga tiba-tiba kau nak kahwin dengan mistress ayah kau tu.”
Rizza
letakkan tangan ke atas dahi. Merenung syiling. Kahwin dengan perempuan
simpanan ayah sendiri. Gila!
“Ini
je caranya Zarif. Macam yang kau cakap. Dia bukan sesiapa dalam hidup aku. So,
kalau dia keluar dari rumah ni pun memang aku tak boleh nak buat apa. Tapi
kalau dia jadi isteri aku. Em pandai-pandai la aku kan. Lagipun hanya dengan
cara ni aku dapat menghalalkan hubungan aku dengan Zara. Takut juga aku kena
cekup nanti.” Terang Rizza.
“Tangunggjawab?
Habis tu. Cinta? Kau tak ada feel langsung ke pada dia?”
“Cinta?
Apa rasanya cinta tu pun aku tak tahu.” Rizza kecilkan mata.
Ingat
dia ni pernah ke rasa semua tu. Dalam hidup dia ni. tak pernah ada istilah
kawan perempuan. Habis je SPM masuk kolej tentera udara. Majoriti lelaki.
Manalah dia sempat nak kenal cintan cintun ni.
“Azrim.
Aku rasa kau memang dah jatuh cinta pada dia.”
“Eh!
Jadi doktor love pulak kau eh.”
“Ye
la. Aku yakin sangat! Tengok kau yang gelisah setiap kali sebut nama Zara pun
aku dah tahu. Kalau kau tak sayang.. Tak cinta. Takkan la kau sanggup kahwin
dengan dia semata-mata nak dia stay depan mata kau. Kau jadi macam kucing nak
beranak bila tahu Zara rapat dengan lelaki lain. Itu pun bukan cinta lagi ke?”
“Bukan.
Itu namanya sakit hati.”
Rizza
terdengar keluhan Zarif dihujung talian. Mungkin geram sebab kedegilan dia.
Tapi ini soal hati dia. Jadi dia tahulah samada dia dah jatuh dinta atau belum.
“Tak
kisah la apa pun. Masalahnya sekarang ni Zara tu tak nak. Degillah dia tu.”
Sekali
lagi kedengaran ketawa kuat Zarif di hujung talian. Memang dia dah agak itu
rekasi Zarif. Kalau sehari tak gelakkan dia tak sah.
“Apa
susah. Jom kita bawak dia lari pergi siam.”
Bulat
biji mata Rizza dengan kenyataan Zarif. Takkan sampai tahap itu kut?
“Gila
apa kau ni. Tak nak lah aku asyik nak main bawak lari anak dara orang. Kau
ingat dia anak kucing ke?”
Apapun
kali ini dia tak akan buat lagi kerja gila. Sudahlah sekarang ini pun simpan
perempuan lain dekat rumah sendiri pun dah menjadi satu kesalahan. Takkan dia
nak tambah lagi kesalahan yang dia ada. Menjatuhkan reputasi dia je.
“Aikk!
Kata nak kahwin. Kena lah nekad sikit. Kau ni tak sayang kat dia ke..”
“Zarif!
Please. No, okey!” Tak habis-habis lagi Zarif ni dengan perkataan sayang dan
cinta tu.
“Yakin
sangat kau eh. Okey. Aku nak tengok, setakat mana tahap keyakinan kau tu. Tapi
ingat ni. Aku yakin yang suatu hari nanti pasti kau akan mengaku kat aku
sendiri yang kau dah jatuh cinta pada Zara. Tak sampai sebulan.”
“Okey.
Kalau betul dalam masa sebulan tu aku jatuh cinta pada Zara. Aku cium kepala
kau..”
“Okey!”
Terburai
gelak tawa Rizza dan Zarif. Teringat semula kenangan masa di Kolej Tentera
dulu. Inilah aktiviti membuli paling famous. Hampir 14 tahun berlalu namun
kenangan itu masih tersemat kukuh di ingatan. Kadang-kadang buat dia tersenyum
sendiri. Pahit manis yang menjadikan dia seorang manusia seperti sekarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTak ada sambungan ke?! TT
BalasPadamSambungan novel ni pls
BalasPadamSalam..ada sambungan x? Ke dah keluar novel? Best cerita ni
BalasPadamsambungan pls....
BalasPadammacam mana nak dapatkan novel ni?
BalasPadamada kat wattpad tak? plsss nk sambungan
BalasPadam