ANGGERIK yang duduk di hujung dia jeling dengan ekor mata. Cuba mencari riak wajah
itu. Namun kepala gadis itu yang sedari tadi asyik menunduk menyukarkan
pandangan. Ahqaf jatuhkan badan. Melurut ke bawah. Badan disandarkan malas ke
belakang kerusi.
“Duduk tegak! Ini bilik papa. Ada rules.” Tegur Rizky yang duduk di kepala
meja.
“Papa. Just you and me here. Bukannya ada orang lain pun!” Bantah Ahqaf.
Teguran si ayah dia buat tak dengar. Bukannya ada mana-mana menteri pun.
Sibuk dengan rules!
“Ini bukan meja judi.” Cukup bersahaja Rizky membalas.
Pada si anak kening di angkat. Berani nak cari pasal? Dia ketua di sini.
Kalau Ahqaf masih berdegil. Memang dia tak teragak untuk suruh pengawal
keselamatan heret keluar. Biar tahu rasa. Jangan ingat bila pegang status anak
bos. Boleh buat sesuka hati.
“Fine.” Ahqaf angkat kedua tangan tinggi. Rengusan kecil terbit dari
bibirnya. Sebagai tanda protes sempat dia menyepak kerusi yang berada di
sebelahnya. Semak!
“Anggerik. Are you okey?” Soal Rizky lembut. Kini tumpuannya tertumpu pada
Anggerik. Perlakuan si anak dia buat tak hairan. Kalau di layan memang makin menjadi.
“Hmm.” Anggerik angguk sekali. Wajah Datuk Rizky dia pandang dengan
senyuman kelat. Wajah Ahqaf? Tak. Dia tak ada rasa pun nak pandang. Benci!
“First. Saya nak minta maaf di atas perlakuan kasar anak saya. Saya lupa
nak hantar dia pergi sekolah adab dan sopan. Itu yang dia jadi macam budak tak
berapa cukup akal.” Rizky angkat telunjuk sedikit ke arah Ahqaf. Kemudian
mengukir senyum ikhlas ke arah Anggerik.
Malu. Memang dia merasa malu yang teramat sangat. Di depan semua pekerja
yang lain si anak buat perangai. Kalau buat perangai elok tak apalah juga. Ini
perangai tarzan itu yang Ahqaf tunjukkan. Memang dia nyaris hilang sabar tadi.
Ikutkan memang ringan tangan dia nak bagi penampar.
Tapi dia tahu. Kekerasan bukan jalan yang terbaik. Dari kecil Ahqaf
dimanjakan oleh semua orang sekeliling. Jadi memang anaknya itu tidak boleh
menerima jika ada yang berlaku kasar ke atasnya. Bagi si anak. Dia harus
disayangi oleh semua orang.
“Tak apa, Datuk...” Anggerik gigit hujung bibir. Jika bukan sebab Datuk
Rizky. Memang dia tak akan maafkan Ahqaf. Perangai macam ketua lanun!
“Nantilah. Saya cuba tanya mana-mana sekolah. Kut masih ada yang nak terima
budak bodoh macam ni..”
Ahqaf melopong. Tadi Anggerik kata dia bodoh. Sekarang papa pula? Mengumpat
dia seolah macamlah dia tak berada di meja tersebut.
“I’m not stupid!”
“Yes! You are.” Rizky ukir senyum mengejek.
“No.” Ahqaf menafikan lagi.
“Hanya orang bodoh yang sanggup buat apa yang Along lakukan tadi.”
“Itu sebab Anggerik yang degil sangat.” Ahqaf keluarkan alasan. Takkan la
asyik dia saja yang nampak bersalah. Anggerik pun salah juga. Degil!
“Oh jadi sebab degillah kamu berkasar dengan dia?”
Ahqaf angguk. Mata mencerun ke arah Anggerik. Kalau Anggerik tak melawan
dia. Semua itu tak akan jadi.
“Apa masalah kamu berdua ni sebenarnya?” Rizky memandang Ahqaf dan Anggerik
silih berganti. Pelik dia dengan pasangan ini. Kalau dilihat dari gaya. Macam
Ahqaf langsung tak boleh berenggang dengan Anggerik. Kemana-mana pun berdua.
Tapi bila dapat bergaduh. Haru biru Fetriz Holdings. Mati niat dia yang
baru sahaja nak masuk ke dalam kereta untuk pergi bertemu pelannggan. Begrgegas
dia naik semula ke tingkat atas. Mujur dia cepat. Kalau tidak entah aksi
terlarang apalah yang Ahqaf akan lakukan.
“Anggerik yang salah. Nak berhenti kerja tiba-tiba.” Adu Ahqaf.
Anggerik bulatkan mata. Amboi!
“Saya dah cakap elok-elok nak berhenti kerja. Dia yang tak bagi, Datuk.”
Tidak mahu kalah Anggerik turut mengadu.
Ahqaf meniup juntaian rambut yang jatuh di dahi. Serangan balas nampaknya!
“Nak berhenti kerja Anggerik? Kenapa?” Soal Rizky. Terkejut juga dia
apabila tiba-tiba Anggerik ingin berhenti kerja. Rasanya sebelum ini Anggerik
okey sahaja.
“Saya nak kahwin Datuk. Suami saya tak bagi saya kerja.” Tipu Anggerik.
Hentam sajalah. Janji dia dapat berhenti kerja.
Kali ini memang dia dah tak sanggup
nak jadi asisstant Ahqaf. Perangai malas tu dia boleh terima lagi. Tapi
perangai gatal miang buluh tu memang dia tak boleh terima. Kalau dia betul ada
kuasa. Memang dia dah sumpah Ahqaf jadi Hello Kitty Pink!
“Kahwin? Bila?” Soal Rizky perihatin. Kedua tangan diletakkan ke bawah
dagu.
Tak sangka pula yang asisstant anak dia ni bakal menjadi isteri orang. Tak
ada pula isteri dia bercerita apa-apa. Sebarang cincin juga tidak ada di jari
Anggerik.
“Hujung bulan ni. Jadi, saya terpaksa berhenti kerja segera, Datuk. Banyak
lagi persiapan yang belum saya buat.”
“Dia dah mengandung pa. Sebab tu la kalut nak kahwin.” Ahqaf menyampuk.
Melihat wajah tidak beriak Anggerik. Hatinya kembali sakit. Tak ada orang
lain ke yang elok sikit nak dibuat suami? Siamang tu tahu memanjat saja.
Bukannya tahu memikat. Memang semenjak kes dekat kedai makan hari tu. Dia dah
letak Adli tu di tangga teratas sebagai lelaki paling dibenci.
“Umar Ahqaf!”
“Betul la.” Ahqaf buat muka tak bersalah. Papa asal nak marah saja. Mesti
sebut nama penuh. Kenapalah dulu tak letak nama dia panjang sikit. Umar Ahqaf
Akrimi Al-Baitul ke? Haaa! Biar padan dengan muka papa. Semput nak sebut nama
dia banyak kali.
“Tak apa, Datuk. Saya tahu. Saya tak sebaik dia.” Bersahaja Anggerik
berikan perlian. Mata Ahqaf yang menjegil ke arahnya dia buat tak hairan. Apa
nak takut. Dia kan dah nak berhenti kerja. Lebih-lebih nanti. Memang dia fire!
“Jadi memang betullah kamu nak resign? Fikir habis dah?”
Anggerik angguk. Malas dah nak fikir.
Rizky juga angguk-anggukan kepala. Siapalah dia hendak menghalang. Arahan
seorang suami wajib dipatuhi. Lebih lagi kalau tahu si isteri bekerja dengan
kacang hantu macam anak dia ni. Semua suami pun takut. Takut si isteri dibaham.
“Okeylah. Kalau dah itu yang awak nak. Saya juga seorang suami. Dan saya
cukup memahami bakal suami awak.”
“Papa! No.”
Ahqaf hentak sedikit meja. Dia punyalah berkeras mengalang. Papa pula
semudah Mee Maggi bersetuju. Papa memang sengaja dengkikan dia. Papa tahu yang
dia memang tak akan mampu berdiri teguh di Fetriz Holdings tanpa Anggerik.
“Along. Anggerik dah nak kahwin. Kita tak boleh halang. Dia ada suami yang
perlu dipatuhi.” Terang Rizky lembut. Anak dia ni memang. Belajar saja tinggi.
Tapi kadang-kadang bebalnya macam orang tak pernah pergi sekolah.
“Tak! Along tak akan bagi Anggerik kahwin.”
“Eh! Suka hati kamu saja kan.”
“Bakal suami Anggerik tu siamang papa.”
“Then. Ikut suka dia lah.”
“Tak. Ahqaf tak setuju.”
“Kamu bukannya ayah dia pun. So, jangan nak banyak bunyi.”
Anggerik di hujung meja mata sudah naik juling. Sekejap pandang Datuk
Rizky. Sekejap lagi pandang Ahqaf pula. Dua beranak ni kalau dapat berlawan
peluru siapa paling laju. Memang handal. Dua-dua tak nak kalah.
“Anggerik. Kau jangan nak mengada kahwin.”
Tiba-tiba terlunjuk Ahqaf menghala ke arahnya. Anggerik telan liur. Muka
macam ibu singa hilang anak.
“Sorry, bos. Saya tak akan tarik balik keputusan saya.” Penuh keberanian
Anggerik bertegas.
“Jangan nak mengadalah!”
Pappp!
Rizky menjentik pen yang berada di tangan. Tepat mengenai dahi Ahqaf.
“Papa!” Ahqaf mengosok dahinya. Perit.
“Kalau dengan orang degil kita memang kena berkasar.” Rizky pulangkan paku
buah keras. Nada si anak diajuk. Bahu diangkat dengan muka tanpa perasaan.
Itu nasib baik pen yang ada dekat tangan dia. Kalau ada anak panah. Memang
dah berlubang kepala si anak. Degilnya ya ampun! Tak boleh nak mengalah
langsung.
“Padan muka...” Bicara Anggerik perlahan. Lebih kepada dirinya sendiri.
Tangan naik menutup mulut. Menahan ketawa dari kedengarana.
“Kau ni! Memang kan.” Ahqaf sudah bangun untuk mendekati Anggerik.
Bukk!
Namun hampir tersungkur dia dibuatnya apabila kerusinya disepak.
“Papa!” Sekali lagi papa masuk campur.
“Duduk! Kamu jangan fikir kamu boleh buat papa tak wujud dekat sini.” Kuat
suara Rizky mengarah.
Terhenti mendadak ketawa Anggerik. Gila! Ini kali pertama dia nampak
perlakuan kasar seorang Datuk Rizky. Memang ada gaya samseng. Tambah buat dia
kecut perut apabila melihat Ahqaf yang terus duduk tanpa bantahan. Hebat juga
penangan kuasa veto Datuk Rizky.
“Anggerik.”
“Ye, Datuk.” Cepat Anggerik memjawab apabila namanya dipanggil.
“Saya terima kalau kamu nak resign. Tapi kamu boleh tunggu sampai habis
minggu ni kan?”
Serba salah Anggerik untuk mengangguk. Mampu ke dia bertahan untuk
seminggu? Dia takut nanti telinga Ahqaf betul-betul hilang dia gigit.
“Anggerik. Please. Saya terpaksa cari new asisstant untuk anak saya. Saya
janji. Hanya untuk minggu ni.” Pinta Rizky penuh mengharap. Minggu ini dia
memang sedikit sibuk untuk urusan perlancaran rekaan terbaru jenama barang
perhiasan Fetriz. Jadi dia memang tak ada masa untuk memantau Ahqaf.
Kalau ada Anggerik. Lega sedikit hati dia. Sekurangnya gadis itu memang betul-betul
bekerja. Bukannya curi tulang.
“Hmm. Baik, Datuk.” Anggerik angguk terpaksa.
Kalau tak memikirkan Datuk Rizky dan Doktor Maira. Memang jangan harap dia
nak setuju.
“Terima kasih Anggerik. Saya janji. Awak selamat untuk seminggu ni.” Penuh
bermakna Rizky menuturkan ayat. Sebenarnya dia nak perli si anak.
Ahqaf buat muka tak puas hati.
“Baik, Datuk. Kalau macam tu. Saya keluar dulu boleh?”
“Okey. Tapi nanti panggilkan Mona masuk ke sini.” Rizky angguk dengan
senyuman di bibir.
Anggerik balas selebarnya. Hai la Datuk Rizky ni... Kenapalah dah tua-tua
pun masih handsome. Boleh tergugat iman. Sudahlah penuh tertib. Hormat orang
lain. Pemurah. Merendah diri. Memang beruntung betul Doktor Maira.
“Along. Kamu duduk.” Arah Rizky apabila melihat Ahqaf juga bangun.
Cepat betul langkah anak dia ni.
“Along tak setuju dengan semua ni. She’s mine!” Telunjuk Ahqaf menunding ke
arah Anggerik yang sudah menarik pintu.
“Duduk! Urusan kamu dengan papa belum selesai.”
“Apa laginya?” Ahqaf buat muka bosan.
Dia bukannya boleh duduk lama dengan papa. Cepat saja darah dia menyirap.
Belum sempat dia menerima jawapan dari papa. Pintu diketuk. Muncul Kak Mona di
muka pintu.
“Panggil dia masuk ke sini.”
Mona angguk.
“Oh! So, papa ada tetamu? Okeylah kan. Along nak keluar.”
“Ada papa kata boleh keluar?”
Ahqaf julingkan mata.
“Oh gods! Papa...” Ahqaf kucar kacirkan rambut. Memang dia boleh masuk
hospital mental kalau berlama dengan Rizky Dhan.
“Ya Allah, Along. Kita orang islam.”
“Whatever.” Ahqaf buat muka tak berminat.
Sebaik sahaja punggungnya kembali mencecah kerusi. Sekali lagi pintu
diketuk. Dia buat tak tahu. Telefon bimbit dikeluarkan. Sudah berkira-kira mahu
membuka folder games. Pengubat sementara kebosanan.
“Datuk.”
Namun suara seseorang membuatkan kepalanya tegak. Dan saat itu pandangannya
bersabung dengan seorang gadis. Si gadis senyum manis ke arahnya. Namun dia
balas dengan cebikan. Dia tengah tak ada mood nak senyum.
“Duduk.” Sepatah Rizky memberikan arahan.
“Along.” Pandangannya beralih pada si anak yang buat muka selamba. Seolah
langsung tidak mengenali gadis yang ada bersama mereka sekarang.
“Hmm.” Ahqaf jawab nak tak nak.
“Tadi Along kata yang Anggerik nak kahwin cepat sebab mengandungkan?”
Ahqaf angguk yakin. Tidak tahu la betul ke tidak. Ikutkan memang dia susah
nak percaya. Tapi kalau bukan sebab itu takkan la Anggerik tiba-tiba nak kahwin
semula dengan Adli. Dulu dia diceraikan sebab tak boleh mengandung. Maknanya
kalau Adli nak kahwin semula dengan Anggerik. Cik Asisstant dia tu dah
mengandung la kan.
“Buruk Anggerik saja yang kamu nampak. Padahal kamu pun lebih kurang juga.”
“Straight to the point la, papa. Aduhai...” Ahqaf buat muka menyampah.
Iphone di tangan dia campak kasar ke atas meja. Boleh pulak nak buat ceramah
Forum Perdana!
“Kamu tak kenal siapa ni?” Rizky halakan pandangan ke arah gadis yang duduk
bertentangan dengannya.
“No.” Ahqaf geleng.
“Betul?”
“Yes!”
Gadis yang sedang terliuk lentok itu dia pandang lama. Cuba mencari jika
ada wajah itu terlayar di fikirannya.
“I’m Stefhan.” Si gadis memperkenalkan diri.
“Selipar?!”
Tegak badan Ahqaf. Ini ke Stefhan yang saban hari menelefonnya sebelum ini?
Sungguh. Dia memang lupa langsung akan wajah itu. Mana-mana perempuan yang
pernah bersamanya juga memang dia tak pernah ingat. Buat apa dia nak sibuk
mengingat kalau dia sendiri pun tahu. Dia hanya nak pakai untuk satu malam.
Tapi kenapa pula selipar jamban ni datang ke mari? Wajah si ayah dia cari.
Namun keluhan dan gelengan kesal dari si ayah membuatkan Ahqaf mati kata.
Rasanya ini bukan pertanda baik. Memang hangit la dia kena hentam sekejap lagi.
Oh nooo ohh noo... ahqaf u dead meat ok.. selipeerrr si langau dah mai
BalasPadamBuat aqaf bertamban goyang si abby... Kakaka
PadamAdoiiii....mmg spoiii selipar....next 19. Hihi
BalasPadamLelah pun tak lepas lagi ni kak.... Hehehe..
PadamHahaha..selipar da mari..
BalasPadamXboleh blah ahqaf nak nama pnjg2 kekeke
Xsbr nak tau, apa jadi next
Terima kasih
Aqaf the sengal Onnie.. Welcome lalings..
PadamMiss Ilah...y like this...jgn la ahqaf kena sabo dgn selipar tuuu..tk nk laaa...nk Anggerik dgn Ahqaf juga...meroyan aunty khalijah. .
BalasPadamHahahaa Aunty.. Cukup aqaf jer yang meroyanzz. Aunty janganlah berjangkit dengan aqaf..
Padamhmmm ni tak leh jadi ni bab 19 plak nak baca huhuhuhuhuhu
BalasPadamTunggu.... ngee
PadamTulah kak illa, diaorng nakkan bapak siamang buka si siamang dgn anggerik. Muncul pulak selipar jamban yng terliuk2 mcm x ada tiang. Geramnya!!!!
BalasPadamBapak siamang tu liat amat la yunks.. Hehehe
Padamwahhhhhh xsbr nk tahu next entry!!!syabas!!
BalasPadamThanks darlingss
PadamBest best....gaduh tapi dlm hati ada tamannnn....
BalasPadamTaman sakura warsss ni.. Kihkihkih
PadamAlaaaaaa..Kak Ilah...its not what we hope....kenapa pulok dgn anggerik...n kenapa pulok dgn selipar ni datg????
BalasPadamNak entry lg kak Ilah!!!!!!?????
BalasPadamHari ni sis up lg bab 19 yer aulia...
PadamBest2 cepatlah smbg.. x sbr nk baca next en3.... klu bole nk diorg kawen barulah kene gaya sy nk tgk camno si anggerik tundukkan aqhaf
BalasPadamTak sabo nk baca next n3 hehehe...
BalasPadamBest....nk lg...
BalasPadam