Sabtu, 16 Ogos 2014

Pencuri Hati Vs Penembak Cinta

Bab 14

MUKA cemberut Fatah dipandang lama. Senyuman manis yang selalu terukir di bibir Fatah hilang entah ke mana. Maira baru berkira-kira mahu berkongsi kegembiraan dengan tunang tersayang selepas berjaya merangkul juara dalam pertandingan Hari Kebudayaan Sekolah Menengah Persendirian Hamuddin Bistari. Walaupun hanya peringkat sekolah, namun bagi dia yang tidak pernah menyertai acara seperti itu, amatlah bermakna. Tetapi, habuannya hanyalah muka tegang Fatah.
“You kenapa... Muka stres semacam aje I tengok. Ada masalah dengan klien ke?”
Persoalan Maira hanya dibiar sepi oleh Fatah. Jangankan suara, muka juga tidak bereaksi.
Sorry kalau I ganggu masa you... Tak apalah, I tahu you busy... so hantarkan aje I pergi rumah Sabrina. Next time, I jumpa you lagi. You pergilah dulu selesaikan kerja you...” Lembut Maira memujuk. Namun Fatah masih tidak memberi maklum balas. Hati Maira dilanda rasa sakit hati. Bersemangat dia ingin berkongsi kegembiraan, namun seperti syok sendiri pula.
“You ni kenapa! I cakap dengan you kan? Kalau dah rasa sayang sangat nak keluarkan suara emas you tu, at least pandanglah sekejap muka I ni.”
“I tengah drive ni kan...” Mendatar suara Fatah menjawab. Macam hendak tak nak sahaja.
Maira merengus geram. Alasan yang langsung tidak boleh diterima akal. Sejak bila pula Fatah pandai buat perangai macam ni? Selalunya bukan main lembut dan romantik.
“Selalunya tu, you drive juga. Tak pernah pula sampai tahap tak boleh nak jawab soalan I. Dah bosan nak menghadap muka I hari-hari agaknya...”
Maira mula berjauh hati. Akhirnya mereka hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka tiba di restoran Nasi Ayam Bonda yang menjadi kegemaran Fatah.
“Siapa dia dalam hidup you?” Akhirnya Fatah bersuara setelah hampir setengah jam mereka hanya mendiamkan diri saling berbalas pandangan.
Who?” soal Maira pelik.
“Buat tak tahu pula. Siapa lelaki yang menari dengan you semalam? I tengok rapat semacam aje. Siap peluk-peluk lagi atas pentas tu.”
Wait... wait... Yang you nak marah tak tentu pasal ni kenapa, sayang? Dia cuma studen I la...”
“Studen apa kalau dah sampai berpeluk macam tu? Hubungan you dengan dia nampak lebih daripada studen.”
Perasaan geram sudah mula bertapak apabila Fatah seolah-olah tidak mempercayai dirinya. Maira mengaku yang dia memang ada memeluk lelaki itu apabila diumumkan sebagai juara. Tindakan di luar kawalan apabila terlalu gembira dan rasa teruja. Tetapi bukan Gun sahaja yang dia peluk. Kesemua pelajarnya juga menjadi mangsa pelukan Maira. Sebagai tanda meluahkan rasa gembira yang amat sangat.
“You yang jealous tak tentu pasal. Cemburu you tu bukan setakat buta, tapi dah pekak dan tuli juga. I bukan peluk dia seorang, semua studen I buat benda yang sama. Tapi tak pula you nak jealous...”
Okay fine, yang bab peluk atas pentas tu I boleh pejam mata. You nak peluk berapa ramai pun I tak kisah. Tapi macam mana pula bab pasangan Romeo dan Juliet kat tepi kolam tu? Berpeluk bagai, siap renung merenung. Yang paling I tak boleh terima, you yang start peluk jantan tu. Tak cukup ke I seorang you nak peluk? Sekarang dah pandai nak peluk orang lain pula?”
“You jangan nak tuduh seolah-olah I ni gatal sangat!”
Suara Maira sudah mula kuat. Tidak dipedulikan lagi beberapa pasang mata yang sudah memandang ke arah mereka. Imej seorang ratu sudah tidak penting lagi sekarang. Yang penting rasa sakit hati yang semakin membuak. Ayat-ayat yang dituturkan Fatah seperti lava berapi yang mengalir masuk ke dalam telinga dan terus ke hati. Semakin menambahkan rasa panas membahang. Betul ke dia yang mula -mula memeluk Gun dulu? Malunya!
“Salah ke I nak tahu dengan siapa tunang I berpeluk? Salah ke I nak tahu, kenapa tunang I dengan rela hati biarkan diri dipeluk sesuka hati? I cuma nak tahu, siapa dia dalam hidup you...” Mendayu suara Fatah.
Wajah yang tadi tegang sudah berubah riak. Wajah itu kelihatan sayu.
Maira diterpa rasa bersalah. Namun perasaan sakit hati tetap tidak boleh dibuang, dituduh seolah-olah perempuan yang terdesak sangat yang mendambakan pelukan.
Sayang, please trust me. Dia cuma studen I. Apa yang you nampak tak sama dengan apa yang jadi sebenarnya. Dalam hidup I, dia cuma studen. Dan tak lama lagi I akan habis mengajar kat sekolah ayah I tu. Jadi tak ada sebab you nak cemburu dengan orang yang langsung tak ada apa-apa makna dalam hidup I.”
“Renungan you pada dia. I nampak, you memang ikhlas. Dan you nampak begitu memerlukan dia dalam hidup you. Cara you peluk dia... cara you pandang dia... Dan paling penting, I tahu... tunang I tak akan sesekali biar orang lain sesuka hati menyentuh dirinya. Selama ni I ingat, I la lelaki bertuah tu. Hanya I sorang yang boleh peluk you. I tak sangka bila tengok tunang I berpeluk dengan lelaki lain. You tak boleh salahkan I kalau I jadi macam ni...”
Okay, I’m sorry. I made a big mistake. Tapi you kena percaya I, sayang... I tetap akan dengan you sampai bila-bila.”
“Betul you tak ada feeling dengan dia?”
Yes, very sure!!!” jawab Maira yakin. Namun dalam hati, dia sendiri tidak pasti. Tidak tahu mengapa, dia tidak berani meletakkan kepercayaan kepada hati sendiri. Berdepan dengan Gun, boleh membuat Maira lupa diri.
“I jealous...” Suara Fatah sudah berubah rentak. Manja!!! Inilah baru diri Fatah yang sebenar.
Jealous you tak bertempat. Dengan studen I yang belum habis sekolah tu pun nak rasa tercabar.”
“Dengan orang lain I tak kisah. You pun tahu kan, bukan jenis I nak rasa tergugat ni. Lagipun I kenal you. But, when I see him... I rasa lain... dia ada satu aura yang buat diri dia nampak hebat. Seolah-olah tak layak pun digelar pelajar tingkatan enam. Kalau I pun dah rasa macam tu, inikan pula you... perempuan. Tambah lagi, dia lagi handsome daripada I. Gilalah kalau I tak cemburu.” Panjang muncung Fatah. Suara minta dipujuk.
“Oh ya??? Dia handsome ya... Tak perasan pula... Nanti I check semula. Nak kena renung lagi lebih ni... hmmm...”
“Maira!!!”
Tergelak kecil Maira melihat muka cemberut Fatah. Memang sah Gun dah pakai ilmu apa-apa ni, sampai semua orang asyik nak puji Gun handsome aje... Fatah yang serba sempurna itu pun boleh rasa tergugat.
Yes darling...”
“Isyyy!!! Main-mainlah dia ni... I serius ni tau. You kena ingat syarat-syarat I. Kalau tak, you tak boleh pergi Moscow. Kat sini pun dah pandai peluk orang lain, risau I nak bagi you pergi jauh-jauh.” Fatah merengek manja. Tak padan dengan ketegasannya ketika berbicara selaku peguam!
“Kalau I nak pergi juga?” soal Maira mencabar.
“I suruh ayah you kahwinkan kita. Bila I dah jadi suami you, tahulah apa I nak buat. I suami, you kena minta restu I. Nanti tak berkat apa yang you belajar.”
Amboi... belum jadi suami lagi dah nak mengongkong. King kontrol nampak...
“I lari!”
“I kidnap. Simpan dalam stor belakang rumah I.”
“Kejamnya you... Kalau ya pun, simpanlah tempat best sikit. Ini dalam stor, tak romantik langsung.”
Aik... kidnap pun nak kena romantik ke?”
“Haruslah... Itu kan memang diri you...” Maira senyum menggoda. Ya, salah satu sebab mengapa dia memilih Fatah, seorang lelaki yang romantik.
“Nak romantik-romantik, kahwin dengan I. Tak payah pergi Moscow. Lebih daripada tu I akan jaga you... I akan buat you tak rasa menyesal langsung sebab tak sambung studi. Trust me, I need you more...”
“Alaaa, darling... You tak habis-habis nak pujuk I jangan pergi. Tahu kan... I tetap nekad. Janganlah sebab baru sekali I buat silap... you dah tak percaya kat I. I janji, I akan jaga tingkah laku. Semalam tu, out of control...”
Wajah putih bersih Fatah ditatap. Mengharapkan pengertian dan kepercayaan Fatah.
“I percaya. Cuma I risau... Payahnya dapat tunang cantik ni, semua nak hinggap. Lagi susah bila tunang tu, kaki penggoda. Suka sangat test market...”
“Tapi I hanya hinggap pada you aje... Memang I penggoda, tapi I hanya tergoda dengan you aje. And one more thing, bab I cantik tu, salah. I bukan setakat cantik, tapi juga anggun, bergaya, manis dan seksi...” Tangan Fatah dicapai, digenggam kuat. Senyuman manis bergula diukir.
“Amboi... perasannya dia... Tapi bab penggoda tu, memang betul. You kat mana-mana pun, memang suka buat iman I tak kuat kan...”
“Sebab I tahu, tunang I tak makan benda haram...”

Fatah ketawa kuat mendengar kata-kata Maira. Tersenyum kelegaan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan