Khamis, 11 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 02


            GELAS air dicapai dan diteguk sehingga separuh gelas. Tercekik! Mana taknya. Mata Ahqaf asyik memandang ke arahnya. Sesekali lelaki itu akan bermain kening dengannya. Rambut yang sedikit berserabai itu sudah cukup buat dia terkelu lidah.
            Anggerik kecilkan mata. Apa lelaki ni nak agaknya. Gila!
Ahqaf  pegang bibir. Sengaja dia terus merenung si gadis yang berada di hadapannya. Jelas kelihatan tidak keruan.
Melihat mata hazel itu, Anggerik resah sendiri. Dari gerak mata, bibir, cara senyum. Dia tahu anak Doktor Maira ni sedang memandangnya sinis. Mengejek. Pandangan jahat yang penuh bermakna. Macam manalah dia boleh tak kenal dengan anak sulung pasangan Rizky dan Maira. Kalau dia kenal, mesti dia tak akan cari pasal.
Tadi bukan sengaja dia nak mengamuk. Ada perkara lain yang buat dia geram. Masuk dalam Klinik pula, tengok ada gangster tak cukup sifat. Makin angin la dia dibuatnya.
“Along...”
“Yes, mama..” Jawab Ahqaf dengan mata yang masih tidak beralih dari figura si gadis.
Maira berdehem kuat. Cuba mengembalikan perhatian Ahqaf kepadanya. Macamlah dia tak nampak Ahqaf asyik merenung Anggerik. Kalau renung gatal dia tak kisah sangat. Tapi renungan Ahqaf tu, renungan mengena. Janganlah Ahqaf buat perangai.
“Along. Lepas ni nak pergi jumpa papa terus ke?” Soal Maira walaupun Ahqaf masih seperti tadi.
“Ni bukannya reunion la mama. Tak perlu kut nak jumpa semua orang.”
“Tak rindu Papa ke?”
“Why should I?" Ahqaf buat muka bosan.
"Kan dah lama Along tak balik sini. Papa rindu Along tau."
Maira tahan hati. Susah kalau dapat anak mulut tak ada penapis. Menjawab macam orang tak ada hati perasaan. 
"Oh! Kalau rindu kena pergi jumpa terus. Macam tu?”
Ha kan! 
“Of course la my dear. Kena jumpa, peluk cium.” Senyuman Maira ukirkan. 
Anggerik yang resah gelisah dia jeling sekilas. Kalau boleh dia nak tarik perhatian si anak supaya jangan terus menerus merenung Anggerik. Dari mula makan sampai makanan habis, Ahqaf masih dengan pandangan helangnya. Dia faham perasaan Anggerik.
Pandangan mata dari Umar Ahqaf memang boleh buat diri rasa nak pitam. Pandangan yang membawa maksud tersendiri.
Ahqaf julingkan mata. Kepala digeleng kecil.
“Please! Along bukannya gedik macam mama dengan papa. I’m a man!”
Anggerik pegang batang leher mendengarkan maklum balas Ahqaf. Gila selamba mamat ni! Seksi habis. Mulut dia tu ada insurans ke tidak la agaknya. Main serbu je. Matanya menjeling ke arah Doktor Maira. Namun Puan Doktor juga bermuka selamba. Siap tersengih cantik lagi.
“Along. Malam esok mama dengan papa ada buat kenduri kesyukuran sikit dekat rumah kita.” Bagitahu Maira. Langsung tak kisah dengan perlian si anak. Dah biasa!
“Ada dapat apa-apa income ke yang sampai nak kenduri bagai? Bulan jatuh ke riba?”
“La. Ini kesyukuran sebab akhirnya Along sudi juga balik duduk dengan mama dan papa.”
“Sudi?” Ahqaf betulkan duduk. Merendahkan sedikit badan ke arah Maira. Bibir tersunging tinggi.
“Yeah.” Maira angguk yakin.
Ahqaf gelak buat-buat. Tangan naik mencuit sedikit pipi Maira.
“Siapa entah yang sudi. Diktator tu yang paksa orang balik.” Meluncur jawapan itu dari mulutnya. Perlahan namun cukup jelas dipendengaran orang yang ada di meja makan itu.
Anggerik yang baru ingin menyuap ais krim ke dalam mulut terkedu. Oh my! Keluarga apakah ini? Kalau Ahqaf ni anak dia. Rasanya dah lama dia koyak mulut tu. Main ikut suka hati  je nak bercakap.
“Eh! Kau ni lapar sangat ke? Mengunyah dari tadi.” Kini pandangan Ahqaf kembali kepada Anggerik.
Sudu yang masih berada di dalam mulut perlahan-lahan Anggerik tarik keluar. Ais krim di dalam mulut dia telan sekaligus. Tak berani nak kunyah.
Maira gelak kecil. Alahai kesian betul dia tengok muka Anggerik. Nak tolong memang dia tak mampu. Hanya Rizky seorang je yang mampu berlawan cakap dengan Ahqaf. Bapak borek, anak rintik.
“Err. Kan datang sini untuk makan. So, mestilah saya makan.” Jawab Anggerik bernada berani. Tadi paksa sangat dia datang makan sekali. Sekarang nak marah pulak.
“Tapi kau makan melebih-lebih dari orang yang musafir ni.”
“Eh! Ingat orang musafir saja ke yang lapar?”
Ahqaf gigit bibir atas. Membuang pandang ke arah luar restoran. Menarik nafas panjang. Kemudian kembali memandang Anggerik di depan. Menjawab!
“Kalau bibir kau tu aku cium. Kau diam tak?” Soal Ahqaf sambil merapatkan wajah mereka.
“Huh?”
Mengelabah Anggerik mendongak ke belakang. Tangan naik menutup mulut.
“Along. Behave..” Lengan si anak, Maira usap perlahan. Risau kalau tiba-tiba Ahqaf buat seperti apa yang dikatakan. Bukan boleh percaya sangat perangai anak sulung Rizky Dhan ni.
“Maaf. Doktor, saya balik dulu.” Tak tunggu lama. Anggerik capai beg dan berlari anak meninggalkan restoran. Takut nak berpaling. Lebih lagi apabila telingannya menangkap bunyi ketawa Ahqaf. Ketawa yang mampu membunuh segala sistem pernafasan. Seram!
“Apa Along ni. Kesian Anggerik. Tak baik tau buat perangai macam tu. Ini bukan Ireland.” Maira tegaskan suara. Wajahnya juga serius. Letih dia dengan perangai anak lelaki yang seorang ni.
“Mama...” Meleret suara Ahqaf memanggil. Teguran Maira dia buat tak dengar.
“Yes?”
“Esok ada party kesyukuran kan?”
“Kenduri kesyukuran, sayang.” Maira betulkan. Ada pulak party kesyukuran.
Ahqaf angkat bahu. Whatever!
“Mama jangan lupa ajak Cik Anggerik tadi tu tau.”
“Okey. Tapi Mama tak janji kalau dia boleh datang.”
“Buat sampai dia datang. Or Along akan buat sampai semua tetamu balik.”
Maira diam. Habislah!
Ahqaf kenyitkan sebelah mata. Tangan naik membertulkan rambut sebelum menarik pinggan pencuci mulut. Anggerik Medina. Semua bakal bermula my dear..



Beg tangan made in pasar malam miliknya dia campak ke atas katil. Kemudian Anggerik berdiri tegak di hadapan cermin besar yang tergantung di dalam biliknya. Jari naik menyentuh bibir. Gila punya bad guy!
“Huh! Mati hidup balik pun aku tak akan jumpa lagi mamat tu.” Bebelnya sambil tangan lincah menanggalkan selendang di kepala.
Kemudian badan dihempaskan ke atas katil. Nafas ditarik panjang. Terbayang wajah bermata hazel milik Umar Ahqaf. Perangai macam orang tak cukup pelajaran. Macam tak sesuai je nak jadi anak kepada pasangan golongan terhormat tu.
Baru ingin memeluk bantal. Telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
“Ye, Doktor Maira.” Jawabnya setelah melihat nama yang tertera.
“Anggerik. Esok awak datang rumah saya yer.”
“Err. Esok saya dah ada janji dengan kawan. Saya minta maaf Doktor.” Dalih Anggerik. Tahu sangat dah apa yang cuba disampaikan oleh Doktor Maira. Macamlah dia tak dengar tadi.
“Anggerik. Please. Awak kena tolong saya. Awak tak tahu apa yang dia sanggup buat. Kalau dia nak awak datang. Means awak memang kena datang.”
“Huh? Anak Doktor nak saya datang? Kenapa?” Tegak badan Anggerik di atas katil. Bala apa lagilah ni.
“Please. Awak datang yer Anggerik.” Lembut suara memujuk Maira dihujung talian. Soalan Anggerik dibiarkan sepi.
Anggerik garu kepala yang tak gatal. Alasan apa lagi nak bagi ni. Dengar suara Doktor Maira pun dia dah tak sampai hati. Tapi dia memang tak ada hati nak pergi menghadap muka Ahqaf tu lagi. Benci!
“Tengoklah, saya tak janji.”
“Anggerik...”
Kali ini Anggerik semakin serba salah. Meleret-leret namanya dipanggil. Memang berharap sangat nampaknya. Apa dia nak buat ni? Tolong. Dia tak nak jumpa Mr.bad Guy tu!





2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Thanks laling. Hee... Nt bc dlu novel first akak. Bru blh tahu siapa rizky dhan.

      Padam