HILANG saja
Mila dari pandangan. Tumpuan diberikan kepada gelas ditangan. Tadi sahabatnya
itu ada mengajak dia balik. Cuma dia je yang tak nak. Esok cuti, jadi malam ni
dia nak enjoy puas-puas. Mila tak ada pun tak apa. Dia masih boleh melayan
muzik yang membingitkan telinga ni seorang diri.
Tengah
asyik meneguk air soda di dalam gelas tiba-tiba sahaja lengan Zara direntap
kasar. Nasib baik tak tersedak dibuatnya. Perit! Itulah yang terasa dilengannya
sekarang. Bersusah payah dia cuba menepis dan menarik kembali lengannya yang
kini dicengkam kuat oleh dua orang lelaki.
“Lepaslah!
Sakit.” Jerit Zara cuba meloloskan diri. Namun usahanya hanya sia-sia bila
tubuhnya diheret keluar dari kelab malam terkemuka itu tanpa belas kasihan.
“Diam!”
Jerkah salah seorang lelaki yang bertubuh sasa.
“Sakitlah!”
Tidak mahu mengalah kali ini Zara memijak kuat kaki lelaki tersebut. Rasakan
penangan wedges batu bata dia!
Elok
sahaja pegangan lelaki tersebut terlepas dari lengan Zara. Terus dia berlari di
celahan orang ramai. Punyalah panik sampaikan arah pintu keluar pun dia boleh
lupa.
“Mana
nak lari hah!”
Belum
sempat Zara untuk berbuat apa-apa tubuhnya sudah dicempung oleh tangan sasa
itu. Senak perut dia akibat henyakan yang kuat di atas bahu lelaki tersebut.
“Tolong!”
Jerit Zara lagi memohon supaya orang yang berada di sekitarnya sudi membantu.
Namun semua itu hanya sia-sia apabila jeritan hanya dipandang dengan pandangan
sekali lalu.
Apa
yang perlu dihairankan sangat kalau dah namanya kelab malam. Memang kebanyakkan
manusia yang berada di tempat ni jenis pentingkan diri sendiri. Semuanya jenis
tak berani masuk campur. Tahu nak berseronok je!
“Lepas!!”
Jerit Zara sambil memukul kuat belakang lelaki berkenaan. Tapi sia-sia. Buat
sakit tangan dia je. Dengan sepenuh tenaga Zara cuba meronta. Suka hati je nak
main pegang-pegang! Tak pernah-pernah dia bagi orang lelaki pegang dia selain
tangan je.
“Arghh!”
Jerit lelaki berkenaan bila Zara bertindak dengan mengigit bahu lelaki
tersebut. ara dicampak ke atas jalan.
Berdebuk!
Zara
menyeringai kesakitan. Bodoh punya abang badan pejal! Dicampaknya dia! Bingkas dia
bangun tapi belum sempat membuka langkah lengannya sudah dipulas ke belakang.
“Bodoh!”
Terteleng
kepalanya bila tangan kasar itu naik ke pipinya. Pedih. Zara memejamkan mata.
Pening. Bila tubuhnya diheret pun dia dah tak mampu untuk melawan..
“Apa
kau nak hah?!” Zara menyoal garang sebaik sahaja tubuhnya dihenyak ke dalam
sebuah kereta. Patah juga tulang punggung seksi dia ni nanti.
“Nyawa kau!” Jawab satu suara.
Zara
berpaling ke tepi apabila menyedari dirinya bukan sendiri di dalam kereta mewah
berkenaan. Perempuan! Dalam cahaya yang samar-samar Zara cuba mengecilkan mata
memerhati wajah perempuan yang sedang tersenyum sinis ke arahnya. Wajah itu
seperti dia pernah kenal..
“Adila!”
Ya!
Itulah perempuan yang kini sedang seronok menghamburkan ketawanya. Ketawa yang
cukup kedengaran jahat ditelinganya. Rasida Adila Binti Tan Sri Rahman Syah.
Wajah yang banyak menyakitkan hati dia sebelum ni.
“Yes!
It’s me. Why? Terkejut ke jumpa anak tiri tak jadi kau ni?”
“Apa
kau nak hah? Kenapa kau buat kat aku macam ni?” Soal Zara sambil menepis kasar
tangan lelaki yang masih sibuk mahu memegang tangannya. Dah la tangan kasar
macam jalan tar! Menyakitkan kulit dia je.
“Jangan
nak jadi polos sangat la. Aku rasa kau tahu apa aku nak?”
Zara
menelan air liur mendengar ketawa Adila yang semakin menyeramkan. Tambah lagi
apabila melihat salah seorang lelaki tersebut mengeluarkan pisau. Berkilat!
Peluh mula terbit di dahi. Inilah akibatnya kalau berani bermain api, berani
buat berani la tanggung.
“What?!”
Zara buat seolah tidah tahu apa-apa. Sambil tu mata dia fokus memerhatikan
pintu kereta yang masih terbuka luas.
Salah
seorang lelaki tadi sudah bergerak ke tempat pemandu manakala seorang lagi
masih setia berdiri di tepi pintu kereta. Adila pula sedang seronok
menghamburkan ketawanya. Inilah ketawa paling buruk sekali pernah dia tengok.
Macam kuda tengah ketawa!
“Bila
aku kata jangan pernah masuk ke dalam keluarga aku. Aku memang maksudkannya.
Aku tak main-main! Kenapa kau tak faham bahasa sangat hah perempuan bodoh!”
“Kau
tu yang bodoh! Aku dah tak pernah jumpa lagi pun papa kau. Dan aku tak pernah
pun la cuba untuk masuk ke dalam keluarga pelik ni!”
“Jangan
berlagak baik boleh tak!” Dahi Zara ditunjul-tunjal oleh Adila!
Zara
ketap gigi rapat. Kurang ajarrrrr! Ringan je tangan dia nak lempang anak Tan
Sri ni. Namun sebaik sahaja terpandangkan pisau berkilat yang dipegang oleh
lelaki tadi, dia tahankan hati. Jangan cari pasal!
“Adila.
Kau nak aku buat apa lagi? Aku dah ikut semua apa yang kau nak.”
“Kau
jangan ingat aku tak tahu. Kau bomohkan Papa aku kan! Kau buat Papa aku tu
tergila-gilakan kau! Kau memang perempuan pemusnah. Aku benci kau!”
Melopong
Zara mendengar tuduhan Adila. Bomoh? What the.. Dia ni rupa bomoh pun dia tak
pernah tengok. Okey tipu! Dalam Tv dia pernah tengok.
“Kenapa
pulak aku nak buat macam tu?”
“Supaya
senang kau nak habiskan harta bapak aku tu. Dulu kau bunuh Mama aku, sekarang
Papa aku pula?! Kau silap Zara. Kali ini aku tak akan berdiam diri.”
“Kau
ni gila ke apa?”
“Memang
pun! Kau yang buat aku gila.” Kali ini Adila ketawa lagi.
Zara
pulak dah naik seram sejuk. Tambah pula bila dua lagi lelaki tadi turut ketawa.
Lawak sangat ke mengaku diri sendiri gila? Ke ini geng gila?
“Maaf
Adila. Aku tak ada masa nak melayan gila kau yang tahap kuasa kuda ni. Tepi!
Aku nak balik.” Cepat kaki Zara cuba melangkah keluar kereta.
Namun
tubuhnya kembali terhenyak ke tempat duduk apabil ditolak kasar. Zara menahan
geram. Tak boleh ke nak berlembut sikit dengan perempuan cantik macam dia ni?
Tunggu la bila dia dah belajar tomoi nanti. Dia tomoi cukup-cukup abang badan
pejal ni!
“Sakitlah
bodoh! Kau tak boleh ke nak berlembut sikit. Ingat badan aku ni tulang iron man
ke? Suka hati kau nak tolak-tolak.” Zara menahan sabar. Inilah abang badan
pejal paling hodoh sekali pernah dia jumpa..
“Kalau
tak nak sakit! Diam!”
“Korang
ni nak apa sebenarnya? Cakap je terus terang!” Zara jegilkan mata. Tak suka
betul la dia nak melayan benda macam ni. Letih!
“Zara..
Zara. Kau ni bengap jugak rupanya eh. Macam mana la Papa aku boleh berkenan kat
kau.” Adila senyum senget.
Zara
tayang muka meluat. Bencinya la dia tengok senyum Adila tu. Entah kenapa la
Adila ni berkenan sangat cari gaduh dengan dia. Dia bukannya ada jumpa Tan Sri
Rahman Syah tu dah pun.
“Kau
ni tak habis lagi ke nak kaitkan aku dengan Papa kau? Hey! Aku tak nak tahu pun
la. Aku tak ada kena mengena pun!” Kalau
tak fikir ada abang pejal dua orang ni. Dah lama Adila ni dia lipat-lipat buat
inti karipap!
“Kau
penyebab family aku hancur! Jangan nak lepas tangan. Aku akan pastikan kau
mati. Itu selayaknya!” Sekali lagi Adila menolak dahi Zara kasar.
Zara
pulak dah terasa macam nak tercekik anak tekak sendiri. Mati? Adila betul ke
nak bunuh dia? Baru sekarang terasa menyesal tak buat laporan polis..
Dua
lagi lelaki tadi sudah ketawa. Ketawa paling menakutkan sekali yang pernah dia
dengar. Mata Zara mula memerhatikan ke sekeliling, berharap akan ada sesiapa
yang dia kenal akan muncul. Kalau dia masih berdiam diri, itu bermakna dia
pasrah. Tidak! Dia tak akan menyerah kalah untuk perkara yang dia tak buat.
“Jangan
harap!” Zara menampar pipi Adila kuat dan menolak tubuh Adila sehingga
terhantuk ke cermin kereta. Itu nasib baik dia tampar. Kalau dia tendang, mahunya
melekat terus dekat dinding kereta tu!
Lelaki
yang asyik bercekak pinggang di pintu kereta Zara hadiahkan dengan tendangan
maut di bahagian kemaluannya. Rasakan! Serentak dengan itu Zara meluru keluar
dari kereta dan berlari selaju mungkin. Kasut wedges yang menyusahkan itu juga,
Zara hayunkan supaya lepas bebas dari kaki. Lantaklah kalau terpelanting kena
kepala anjing sekalipun!
“Hoi!”
Pekikan dari arah belakang Zara sudah tak ambik peduli.
Hoi
ke.. Hai ataupun welcome sekali pun. Dia tak akan berhenti! Yang dia tahu dia
harus lari. Jangan menyerah! Mujur juga dia memakai seluar malam ni, kalau tak
haruslah langkah kaki dia tidak akan jadi sepanjang ini. Pedih di kaki dia
tidak pedulikan. Yang dia tahu dia harus terus berlari dan selamatkan diri.
Jangan pandang belakang!
“Mila..”
Sempat lagi Zara memanggil nama kawan baiknya tu. Macamlah Mila tu boleh tolong
dia kalau ada Mila sekalipun. Mila tu badan lagi kurus kering dari dia.
Mana
dia nak lari? Balai bomba? Polis?
Mata
melilau ke sekeliling cuba mencari tempat yang paling selamat. Kaki berlari
melintas jalan. Bunyi pekikan hon dia dah tak peduli. Jangan langgar dia!
Langgar dua orang abang badan pejal yang tengah kejar dia tak apa! Saat itu juga
matanya ternampak sebuah teksi di bahu jalan. Ya. Hanya itu penyelamat dirinya
sekarang..
Namun..
Bukk!
Zara
jatuh tersembam di kaki lima apabila kakinya tersalah aturan. Menyeringai dia
mehanan kepedihan di lutut. Zara menoleh ke belakang. Abang pejal dah dekat!
Tanpa
mempedulikan lutut yang terasa sengal Zara kembali bangun. Dalam keadaan cemas
itu Zara lencongkan kaki ke sebuah lorong di sebelah kaki lima. Lorong yang
kecil dan gelap tu mesti akan menyukarkan abang pejal tu untuk tangkap dia.
Tapi dalam keghairahan berlari sekali lagi kakinya tersadung. Kenapa asyik
jatuh je ni!
Dengan
bersusah payah Zara bangkit kembali. Namun dia kembali jatuh apabila kakinya
terasa pedih. Tumit kaki dia luka. Dia tak mampu berlari. Zara menarik nafas
tercungap-cungap. Jantungnya berdegup laju. Mungkinkah malam ini ajalnya..
Dalam
tengah bersusah payah bangkit kembali, Zara merasakan tubuhnya dirangkul kasar.
Badan yang terbongkok-bongkok tadi kini sudah melayang ke dalam pelukan
seseorang. Nampaknya dia memang tidak akan berjaya lari. Abang pejal dah dapat
tangkap dia!
“Arghhh!”
Jerit Zara nyaring sambil meronta-ronta.
“Syhh!
Diam!!” Arah satu suara.
“Lepas!”
Dada bidang itu Zara tumbuk kuat.
“Diamlah!”
Kali ini suara itu seolah berbisik dan menekup mulut Zara kuat.
Zara
merasakan dirinya ditarik ke suatu sudut. Semakin kuat dia meronta, semakin
kuat juga lelaki itu memegangnya. Dipeluk kemas. Sampai terjengket kaki dia
dibuatnya. Mulut dia ditekup kuat dengan tangan kasar itu.
“Diam
kalau nak selamat.” Arah lelaki itu sambil menghimpit tubuh Zara ke dinding.
Pelakuan
lelaki itu menyebabkan hidung Zara bertemu dengan dada lelaki tu. Dia menarik
nafas panjang. Nasib baik wangi!
Bunyi
derap tapak kaki berlari dan suara orang semakin hampir membuatkan Zara semakin
cemas. Dia mengecilkan diri di sebalik badan lelaki tersebut. Kenapa kali ini
dia rasa selamat? Seolah mengerti ketakutan dia, tangan kiri lelaki itu naik
melindungi kepalanya. Sementara tangan kanan lelaki tersebut masih setia
menutup mulutnya.
“Cepat.
Sebelah sana!”
Zara
terdengar suara salah seorang abang pejal tadi. Tak lama selepas itu terdengar
derap kaki mereka berlari jauh dari tempat persembunyiannya. Nafas lega
ditarik. Automatik badannya terasa lembik. Badan yang ingin melurut jatuh
sekali lagi dipegang oleh sepasang tangan kekar. Kali ini lagi kuat dari tadi.
Wajah
diangkat, cuba mencari wajah lelaki yang kini sedang memeluknya. Terkebil-kebil
mata dia melihat lelaki yang kini sedang merenung tajam ke arahnya. Dada
berombak kuat menahan desah nafas yang semakin tidak teratur dan juga badan
yang semakin hilang tenaga.. Keluang Man ke ni?
best2... hero dah samp
BalasPadamBoleh plak fikir keluang man
BalasPadam