BADAN
dihayunkan ke atas katil. Rizza mengeliat membetulkan urat di badan. Penatnya
hari ini. Sudah la tadi puas nak menepis soalan ala-ala gossip artis yang
diajukan pada dia. Agak dah! Memang heboh
pun cerita pasal dia berdating dekat Taman Gelora. Tak reti simpan
rahsia budak-budak ni.
Zara : Bosan ni.
Mesej
Zara tengahari tadi kembali bermain dalam kepala dia. Mesti dah terlentang,
tertiarap budak Zara tu duduk dalam rumah. Bukannya tak nak balik, tapi dia tak
nak cari masalah lain. Jiran-jiran dia dah mula pandang-pandang. Nanti tak
pasal dia kena cekup. Hancur kerjaya dia nanti.
Rizza menarik telefon
bimbit dari poket seluar. Mesej balasan buat Zara dia taip.
Rizza : Duduk je rumah
tu diam-diam. Buatlah apa pun kau nak buat.
Butang
hantar dia tekan.
Zara : Alaa. Asyik
tengok dinding je. Nak juga tengok muka Kapten Rizza Azrim.
Rizza tergelak apabila
melihat ada ikon tengah menangis. Sedih sangat gayanya.
Rizza : Nanti kau
menyampah pulak aku asyik marah kau je.
Tak
sampai beberapa saat mesej balasan dia dah terima. Amboi! Bosan sangat gayanya
ni.
Zara : Tak apa kena
marah dengan orang smart. Sanggup! Please. Please. Please. Balik la.
Rizza
geleng kepala sambil tersenyum. Haii Zara. Umur Zara ni berapa sebenarnya?
Kenapa dia rasa macam tengah mesej dengan budak PMR.
Baru
je nak taip mesej balasan. Pintu bilik
yang memang tak bertutup diketuk.
“Eh
Zarif. Masuklah.” Pelawa Rizza sambil membetulkan permbaringan. Telefon bimbit
dia letak bawah bantal. Tak apalah. Nanti je dia balas mesej budak Zara tu.
“Pandai
senyum sorang dah kau sekarang ni.” Zarif mengambil tempat di hujung katil, mengangkat
kening ke arahnya.
Rizza
tahu sangat, itu tak lain tak bukan. Nak mengata dia la tu.
“Cakap
macamlah selama ni aku tak pernah senyum.”
“Pernah.
Tapi senyum depan Iphone kau tu tak pernah. Itu pelik namanya.”
“Aku
baca mesej-mesej lawak je tadi.” Dalih Rizza. Tak perasan pulak bibir dia
tengah senyum tadi. Ini Zara la punya pasal.
“Come on la bro. Kau jangan la cakap
macam aku ni innocent sangat. Zara
mesej eh?”
Rizza
pandang Zarif yang tengah tayang sengih padanya. Zarif memang tahu pasal Zara
ni. Itupun sebab memang dia yang cerita pada Zarif.
“Dia
tu macam budak-budak. Baru dua hari je aku tinggal. Dah merengek suruh aku
balik.”
“Lepas
tu apasal tak balik?”
“Tak
nak la aku. Makcik sebelah rumah aku dah pandang lain macam tahu tak.”
“Kalau
tak ada makcik tu?”
“Boleh
la juga aku pergi tengok dia.. Kut la dia berjaya kira petak mozek dekat rumah
tu sebab bosan punya pasal.”
Zarif
gelak besar. Rizza kerut dahi. Entah apa yang lawak sangat sampai
berdekah-dekah Zarif gelak.
“Kau
ni macam dah lupa sesuatu je.”
“Lupa
apa pulak?” Dari berbaring Rizza bangun dan bersandar di kepala katil. Tapi
tangan dia merayap cari telefon bawah bantal. Ada satu perasaan tak sabar untuk
membalas mesej Zara.
“Kau
kata hari tu, kau bukan nak buat kerja kebajikan. Biar ajelah dia dekat rumah
tu. Seminggu ke, sebulan ke. Buat apa kau nak peduli. Yang penting kau dah
tinggal stok makanan kan. Tak nya mati la budak Zara tu. Rajin sangat nak bawak
budak tu datang sini siapa suruh. Padan muka!”
Rizza
melepaskan keluhan berat. Memang itu niat asal dia. Hanya untuk menjauhkan Zara
dari Adila. Tapi sekarang ni dia sendiri pun tak tahu la kenapa dia tak betah
nak tinggalkan Zara dekat rumah tu seorang diri.
“Aku
takut kalau dia keluar dari rumah tu je..” Ringan mulut Rizza memberi alasan.
“Biar
aje la dia. Bukannya dia tangunggjawab kau pun. Kalau aku, aku biar je. Suka
sangat buat amal la kau ni.”
“Kau
tak faham Zarif”
“Apa
yang aku tak faham? Boleh tak kau tolong fahamkan?”
Wajah
Zarif yang sedang menantikannya jawapan, dipandang. Inilah kawan dia sejak dari
Akademi Tentera Udara di Alor Star lagi. Akhirnya dapat juga bertugas di Pengkalan
Tentera Udara yang sama.
Zarif
inilah juga teman serumah dia di kuarters dalam pengkalan ni. Rumah dia dekat
Taman Seri Mahkota Aman tu hanyalah tempat persinggahan bila dia rasa nak lari
dari dunia kerja. Asyik duduk dalam base je. Otak ni pun dah bergegar dengan bunyi jet.
“Aku
tak nak Adila jumpa Zara tu. Kau tahulah kan adik aku tu macam mana. Dia tu
buat apa tak fikir panjang. Dia fikir dendam..rasa marah dia je. Takkan la
sebab Zara tu ada scandal dengan papa aku je, Adila tu nak bunuh dia. Itu lah sebab
kenapa aku terpaksa bawa Zara tu ke sini.” Terang Rizza panjang lebar supaya
Zarif tak salah faham.
Dia
buat semua ni sebab Adila. Dia larikan Zara sampai ke sini pun sebab tak nak
Adila jumpa. Kalau tak, dia tak akan buat kerja gila macam tu. Sanggup dia
bertumbuk dengan lelaki berbadan tegap tu semata sebab Zara. Sanggup juga dia
terhendap-hendap mengangkat tubuh Zara ke dalam aparment yang disewanya.
Dia
memamg dah gila hanya sebab sepotong nama Nur El Zara.
“Jadi
kau takut kalau Zara tu mati? Macam tu?”
“Aku
tak nak Adila kena dakwa.”
“Bukan
sebab kau dah rasa suka dekat dia?” Zarif mengukir senyum nakal. Rizza buat tak
nampak je.
“Suka?
Merepek!”
“Manalah
tahu. Yela kan, selalunya kalau dah namanya perempuan simpanan ni. Mesti la
muka ada umpph! Yang badan melentik macam gitar. Kut la kau tersuka.”
“No way okey!” Rizza membantah keras.
Tak
mungkin la! Ye memang betul kata Zarif tu. Memang Zara tu muka bolehlah kalau
nak kata lawa walaupun tak selawa Heliza Helmi. Dia lagi suka perempuan macam
tu..manis bertudung. Badan Zara memang la melentik, tapi tak macam gitar pun.
Hanya melentik macam piano je.
Tapi
dia tak suka pun. Dia lagi suka perempuan yang biasa-biasa. Macam Heliza juga. Cantik
yang tertutup.
“Opss
aku lupa. Kau kan suka miss world
yang pakai tudung.”
Rizza
senyum kecil. Tahu pun kau Zarif. Itulah salah satu ciri wanita pilihan Rizza.
Mesti secantik ratu dunia. Ratu dunia yang bertudung litup. Paling penting
perempuan tu mesti perempuan yang terpelihara maruahnya. Bukannya jenis
perempuan kelab malam macam Zara tu.
“Tahu
pun kau. Zara tu miss night club.
Entah berapa ramai entah jantan dah pegang dia. Kalau depan aku pun dia selamba
je pakai baju tak cukup kain, inikan pulak depan papa aku. Papa aku tu kan
kekasih dia..”
Masih
segar dalam ingatan Rizza macam mana Zara dengan selambanya pakai kemeja dia
tempoh hari. Memanglah baju tu besar. Tapi kemeja dia tu warna putih. Fikirlah
sendiri. Zara ni memang tak peka betul! Elok je tengah penat, terus segar biji
mata dia. Nasib baik dia kuat iman. Itupun puas la juga dia pejam mata..
“Miss night club pun boleh bertukar jadi miss muslimah la bro. Yang penting
imamnya tu kena betul..”
“So
kau nak cakap Papa aku tu tak betul la?”
“Tak.
Aku tak cakap pun. Imam tu bermaksud suami dia la. Kalau dia dapat suami yang betul,
insyallah.. Gadis macam Zara tu akan kekal atas tikar sejadah. Jangan pandang
diri dia sekarang, tapi pandang diri dia selepas mendapat hidayah Allah S.w.t.”
Panjang
lebar pulak Zarif ni berceramah. Pelik dengan sikap sahabat baiknya itu.
Setahunya Rizza bukanlah jenis lelaki yang suka ambil tahu hal remeh temeh.
Lebih lagi hal-hal perempuan ni. Hujung jari pun sahabtanya itu tak nak ambik
tahu.
“Masalahnya
memang aku kenal dia dengan diri dia yang macam tu. Dah la degil. Tak reti
dimarah. Aku marah dia tapi aku pulak yang sakit hati. Dia pulak boleh buat derk
je. Ciskekkk betul!” Terbayang di mata Rizza air muka Zara setiap kali kalau dimarah.
Mesti akan muncung, hentak kaki. Protes! Manalah dia tak geram.
Zarif
gelak terkekeh-kekeh.
“Kau
kahwin aje la dengan dia. Senang!” Kata Zarif dalam ketawanya.
Rizza
pegang batang leher. Nasib baik tak tersedak.. Hampir je dia tercekik lidah
sendiri. Kahwin? Dia? Dengan Zara pula tu. Apa punya idea yang Zarif bagi ni?
“Kau
ni nak suruh aku mati putus nafas ke?!’ Marah Rizza. Bahu Zarif dia tumbuk
geram.
“Okey
what. Idea bernas ni bro.”
“Bernas
la sangat!”
Zarif
bantai gelak lagi. Rizza juga yang terkulat-kulat cuba menghadam ayat Zarif. Bernas
betul idea Zarif. Kalau kahwin dengan Heliza tak apalah juga. Ini dengan
kekasih Papa sendiri. What the hell!!
“Azrim.
Kau dengar sini. Zara tu ada dekat rumah kau tau. Sekarang ni memang la kau
boleh elak dari balik sana. Tapi sampai bila kau nak simpan dia? Sampai bila
kau tak nak jenguk dia? Kalau jadi apa-apa dekat dia, kau kena pergi juga kan.
Kau yang pandai-pandai bawak dia datang sini. So dia memang dah jadi
tangunggjawab kau bro. Kahwin adalah jalan paling selamat. Ke kau memang nak
kena tangkap khalwat?”
“Choi!”
Kalut
Rizza mengeleng. Mahunya Kak Long pancung kepala dia. Konon dia marah sangat
dengan Papa. Tapi dia sendiri pulak buat hal.
“Ha
tau pun. Kalau kau kena tangkap khalwat. Satu Base ni akan heboh tau tak. Itu
tak apa lagi, silap hari bulan kau boleh kena buang kerja. Kau nak ke?”
“Tak
adanya la. Bukan aku selalu pun pergi sana.”
“Azrim.
Kau kena ingat, kawasan perumahan kau tu kawasan perumahan melayu. Jiran-jiran
memang jenis ramah tamah. Kaki intip melodi pun ada tau. So fikir la sendiri
bro.”
Rizza
pandang wajah Zarif yang sedang senyum pelik. Senyum ada makna! Zarif ni
sengaja je nak buat dia makin tak senang duduk. Tapi betul juga apa yang Zarif
cakap tu.
Kenapalah
sebelum dia bawa Zara tu datang sini, dia tak pernah terfikir. Dia bukannya duduk
kondo mewah yang jiran-jirannya jenis tak ambil tahu. Dia duduk kawasan
perumahan yang majoritinya orang melayu dan berkeluarga. Lagipun dekat situ
memang semua orang kenal dia ni siapa. Hmm.
“Kau
ni Zarif. Aduh! Takkan la kut sampai kena kahwin.”
“Weh!
Betul la. Kalau Mejar dapat tahu, dia pun mesti akan marah punya. Imej kita
sebagai anggota tentera kena la jaga. Lebih lagi kau tu. Juruterbang terbaik
tudm dekat sini. Memang semua orang nak ambik tahu pasal kau pun.”
Mendengarkan
nama Mejar disebut, Rizza telan liur. Gerun pulak dia bila teringat misai
melentik Mejar Samzul tu. Mahunya bernanah telinga dia ni nanti nak dengar
nasihat percuma Mejar Samzul.
“Kalau aku pandai simpan, tak akan ada orang tahulah.”
“Pandai
ke kau simpan? Kes dating dekat Taman Gelora tu apa cerita pulak? Pandai sangat
la tu ek.”
Kali
ini Rizza dah tak mampu nak membalas apa-apa. Semuanya memang Zarif ni yang
betul! Kapten Azrim bercinta dekat taman gelora. Itu topik hangat dekat
pengkalan sekarang. Aduhai.
Ini
semua salah Zara. Tapi dia pun salah. Siapa suruh dia cerdik sangat pergi bawak
masalah tu datang sini.
Terjenguk-jenguk
Zara di sebalik pintu. Cuaca di luar rumah begitu baik hari ini. Inilah yang
membuatkan dia nak sangat keluar. Bosan kut asyik terperuk dalam rumah. Sofa
depan Tv tu pun dah berlekuk sebab dia asyik duduk situ je tak bergerak-gerak.
Dah itu aje pun tempat yang dia boleh menghilangkan kebosanan.
Zara
melangkah perlahan-lahan keluar rumah. Perkara pertama yang mengamit mata
adalah halaman rumah ni. Dekat sebelah kanan ada ruang tanah sikit. Boleh
bercucuk tanam. Hobi sementara dia menyembunyikan diri dari Adila.
“Assalamualaikum
dik.”
Zara
yang sedang bercekak pinggang sambil memerhatikan halaman rumah hampir je
melompat bila ditegur dari tepi. Dekat betul!
“Waalaikumussalam.”
Jawab Zara. Nasib baik la tegur cara elok. Kalau hoi,hey tadi. Mahunya jantung
dia bergolek jatuh. Takut kalau abang badan pejal yang menegur.
“Adik
ni baru duduk sini ye?”
“Ha.ah.
Ye saya Mak Cik..” Jawab Zara jujur. Nak tak nak terpaksa la dia jujur. Dah
sah-sah memang Mak Cik ni nampak dia dalam pagar rumah ni. Takkan la dia nak
menipu pulak.
“Oh.
Mak cik duduk rumah sebelah ni. Panggil Mak Cik, Mak Teh je. Anak ni nama
siapa?”
“Mak
Teh panggil saya Zara aje la.” Zara menghulurkan senyum kepada wanita dalam
lingkungan 50 an itu.
Nampak
baik orangnya.. Tak macam mak cik rumah sebelah kiri ni.. Sombong sikit.
Kebetulan masa dia dengan Rizza baru balik dari pasar malam baru ni, mak cik tu
ada depan rumah buang sampah. Muka bukan main menjeling. Nasib baik Rizza
faham, tak singgah masuk rumah pun. Kalau tidak, mesti lagi panjang jelingan
mak cik tu pada dia.
“Baru
hari ini nampak Zara. Sebelum ni pelik juga la Mak Teh, tiba-tiba ada cahaya
lampu dalam rumah. Tapi tak dengar suara orang pun, pintu pun tak pernah
terbuka. Mak Teh ingatkan Azrim lupa tutup lampu.”
Mak
teh melabuhkan punggungnya dia atas kerusi batu yang terletak betul-betul
sebelah pagar rumah. Mungkin ini memang tempat beristirehat keluarga Mak Teh
kut.
“Ada
je Mak Teh. Cuma Zara tak keluar sangat. Err Mak Teh kenal ke dengan Azrim?”
Soal Zara sambil bersidai di tepi pagar.
“Kenal. Mana pulak tak kenalnya. Dia tu kerja
dekat tudm sana tu ha. Lama dah dia duduk sebelah rumah Mak Teh ni.” Jawab Mak Teh
dengan mulutnya memuncung ke arah rumah sebelah. Rumah Rizza.
“Dia
juruterbang tudm ye Mak Teh?”
“Yela.
Itu yang selalu pesawat TUDM lalu atas atap rumah kita ni. Kawasan perumahan
kita ni memang dekat je dengan pengkalan.” Terang Mak Teh dengan gaya dengan
tangan seolah jet lalu lalang atas
kepala mereka.
Zara
tercengang. Juruterbang Tudm ke? Hotnya!! Ini lagi hot dari abang gym.
“Yeke
Mak Teh? Patutlah orang panggil dia Kapten Azrim.” Kata Zara setelah meneguk
air nescafe. Senang sikit dia nak telan kek pisang yang susah nak ditelan.
Teruja punya pasal.
“Kamu
tak tahu ke? Kamu ni siapa dengan Azrim ni?”
Alamak!
Itulah Zar. Ramah sangat lagi.
“Saya
ni sepupu dia.” Maaf Mak Teh. Tipu terpaksa namanya ni. Sebelum ni Rizza tak
mengaku pun dia juruterbang. Puas dah dia tanya.
“Oh
sepupu Azrim. Azrim tak duduk dengan kamu kan dekat rumah tu?”
“Tak!
Saya je. Saya ni datang nak cari kerja sebenarnya, itu yang menumpang rumah dia
ni.” Zara tersengih serba salah. Sekali lagi menipu! Hentam aje la.
Takkan
la dia nak cakap yang Rizza sorokkan dia dekat sini dari dibunuh oleh Adila
kut. Tak pasal je jadi kes polis. Lagilah Adila tu bengang dengan dia.
Elok-elok dah selamat duduk sini baik dia duduk diam-diam.
“Dah dapat ke kerja?”
“Belum
Mak Teh.” Cari pun tak. Macam mana nak dapat.
“Emm.
Tak apalah. Nanti Mak Teh tanyakan anak Mak Teh yang bongsu tu. Kut la dia ada
nak pakai pekerja ke.”
“Anak
Mak Teh tu kerja apa?”
“Doktor.
Dia ada klinik sendiri dekat Indera Mahkota.”
Oh!
Doktor. Zara mula berkira-kira samada betulatau tidak tindakannya. Dia tak bagi
tahu pun lagi pada Rizza. Membebel pulak kapten sorang tu nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan