Ahad, 21 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 19


TELEFON bimbit di tangan dipusing-pusingkan. Sesekali dia mengetuk-getuk hujung telefon ke atas meja. Bunyi muzik yang rancak dimainkan langsung tidak menarik perhatiannya.
“Kau kenapa? Dapat keluar pergi club pun muka monyok juga.” Tegur Faez apabila melihat muka cemberut Ahqaf.
Ahqaf geleng kepala sekali.
“La. Kau demam ke ni?” Tangan Faez naik singgah di dahi Ahqaf.
Sekali lagi bertambah kerutan di dahinya apabila sahabatnya itu langsung tidak menolak. Selalunya tu pantang sangat kalau orang sentuh muka dia.
“Aqaf. Kau jangan la senyap macam ni. Aku rasa pelik sesangat ni.”
“Tak ada apalah. Aku stress je.”
Faez buat muka pelik. Tekanan? Tak gaya macam orang ada tekanan pun. Ini gaya macam orang baru putus cinta saja.
“Kau kalau stress bukan macam ini gayanya. Rasanya dah lama kau terkinja-kinja kat tengah sana tu.” Faez juihkan bibir ke arah lantai tari yang dipenuhi manusia.
“Eh! Sebelum kau soal aku macam-macam. Ni aku nak soal kau dulu. Stefhan tu kau dapat kat mana? Lorong mana kau ambik?” Ahqaf betulkan duduk menghadap Faez.
Memang mengelegak betul hati dia bila teringatkan perempuan bernama Stefhan tu. Ada hati nak mengugut dia. Cakap mengandung konon. Tak sampai sebulan pun lagi rasanya dia tidur dengan perempuan selipar tu. Lagipun dia bukannya bodoh sangat. Tak reti guna pelindungan. Dia bukannya baru pertama kali buat.
“Lorong? Eh tak la. Dia tu high class punya tahu tak. Aku tahu la taste kau.”
“Tapi perangai dia tak high class. Orang high class tak macam dia la. Tak profesional.” Ahqaf buat muka meluat.
“Kenapa?” Pelik ni kalau Ahqaf mempersoalkan siapa perempuan yang sudah ditiduri. Selalu sahabatnya itu tak pernah kisah. Macam mana nak kisah kalau memang jenis pakai buang. Buang masa saja nak diingat.
“Dia ugut aku.”
“Ugut?!” Kuat suara Faez.
Dan jari Ahqaf juga kuat menjentik dahi Faez. Itupun nak terkejut. Macam orang perempuan!
“Ugut apa?” Soal Faez sambil mengosok dahi. Padan dengan muka dia. Buat lagi perangai tak semenggah depan Ahqaf.
“Dia kata aku buat dia mengandung. Kalau dia direct cakap kat aku. Aku tak hairan sangat. Tapi dia direct datang jumpa papa aku tahu tak. Kaki mengadu betul!
Faez melopong. Mengadu pada Rizky Dhan? Huh! Patutlah muka sahabatnya itu macam orang baru lepas kena cerai.
“Papa kau cakap apa?”
“Garing la aku kena goreng! Kau macam tak kenal papa aku tu.”
Faez gelak. Kalau dengan Rizky Dhan. Bukan setakat garing. Hangit terus. Tak sangka pula dia yang budak Stefhan berani buat macam tu.
“Aku nak kau cari budak Stefhan tu. Kau buat la apa pun kat dia. Aku nak dia ingat sampai mati. Salah orang dia nak ajak bermain.” Kalau semalam depan papa dia tak boleh nak buat apa.
Tapi hari ini jangan harap budak Stefhan tu fikir dia dah berjaya nak takutkan seorang Umar Ahqaf. Macamlah dia tak tahu motif perempuan tu. Buat cerita macam itu kononnya nanti dapatlah kahwin dengan dia. Mimpi sajalah!
“Kau nak aku buat apa?”
“Kau dah kenapa yang jadi macam orang bodoh sangat hari ni?”
Faez sengih. Dia bukannya bodoh. Tapi kalau melibatkan Ahqaf. Dia kena tanya dulu. takut nanti tersalah bertindak. Tak pasal dia pula yang garing.
“Kau tak nak dia mati kan?”
Ahqaf geleng. Dia bukannya pembunuh.
“Aku nak kau buat dia malu nak keluar rumah. Biar dia tak berani langsung nak datang jumpa aku lagi. Buat dia sedar diri sikit. Tak kisahlah. Kau nak simbah asid ke, toreh muka dia sekalipun. Yang penting, jangan buat dia berani lagi harapkan apa-apa dari aku.” Ahqaf ukir senyum jahat.
Kalau perempuan selipar tu rasa yang seorang Umar Ahqaf akan berserah. Memang perempuan tu salah. Dia nak kahwin dengan perempuan jenis macam tu? Memang tak la.
“Tapi kalau papa kau paksa kahwin juga dengan dia macam mana?”
“No way! Tak hingin la aku. Rasanya tak sampai sehari pun aku boleh bertahan kalau ada bini macam tu. Merengek, mengedik. Kuat mengadu pulak tu.” Ahqaf buat muka geli.
Kahwin dengan selipar tu? Jangan nak berharap. Memang dia akan tentang habis-habisan. Kalau dah rasa tak boleh dikawal sangat. Dia lari terus kemana-mana. Biar dia tak ada jumpa dengan sesiapa lagi.
“Hairan betul aku dengan kau. Kalau dengan Anggerik tu. Boleh pulak kau kelek dia. Kalau boleh 24 jam kau nak dia ada dengan kau.”
“Anggerik lain. Dia tu bukan jenis merimaskan. Aku suka style dia. Barulah aku boleh bawak berlawan.” Terbayang wajah Anggerik di ruang matanya. Tapi Cik Assistant dia itu pun dah curang dengan dia.
“Kalau macam tu. Kau kahwin la dengan dia je. Ha! Aku rasa papa kau pun akan setuju la.”
“Dia dah nak kahwin pun.” Perlahan suara Ahqaf. Rasanya sekarang ni mesti Anggerik tengah bahagia. Yela. Dapat berhenti kerja. Dapat kahwin dengan siamang. Dia juga yang merana. Silap hari bulan tambah merana kalau kena kahwin dengan Stefhan.
“La. Pula... Kalau tidak. Boleh kau kahwin dengan dia je. Rasanya antara Anggerik dengan Stefhan tu. Papa kau mesti lagi suka Anggerik.” Faez capai gelas minuman.
Ini mungkin juga salah satu sebab kenapa sahabatnya buat muka macam tu. Anggerik yang selalu menjadi hiburan buat Ahqaf dah tak ada.
Ahqaf terdiam. Anggerik dan Stefhan? Tiba-tiba datang satu idea. Bibir menguntumkan senyuman.
“La. Kau dah kenapa? Senyum pulak dah.” Pelik Faez melihat Ahqaf yang tiba-tiba tersenyum. Takkan la asal sebut nama Anggerik pun boleh senyum. Hebat betul penangan perempuan tu.
“Faez. Kalau kau jadi perempuan. Kau akan kahwin tak dengan lelaki yang dah tidur dengan kau?” Soal Ahqaf dengan senyuman yang masih bergayut di bibir.
Faez kecilkan mata.
“Kalau aku jenis perempuan baik-baik. Mestilah aku nak lelaki tu bertangunggjawab. Tapi kalau aku jenis perempuan macam Stefhan tu. Aku tak kisah pun.” Jawab Faez walaupun kepelikkan masih melanda dirinya.
“Anggerik tu perempuan baik ke tak?”
“Mestilah baik. Perempuan kalau tak baik. Dia tak kisah tahu tak orang nak pegang-pegang dia.”
Mendengarkan jawapan Faez. Makin melebar senyuman Ahqaf. Idea yang datang semakin banyak. Kalau rancangan dia ni berjaya. Dia akan dapat dua faedah. Pertama, dia tak perlu kahwin dengan Stefhan. Kedua, dia akan dapat semula Anggerik dia.
Dan dia tak akan jatuh di mata Adli. Lelaki tu tak akan boleh menang.
“Kenapa aku rasa macam otak kau tengah proses benda yang tak elok je.” Penuh curiga Faez memandang Ahqaf.
Bukannya dia tak faham apa maksud senyuman tu. Ahqaf yang dia kenal bukan jenis mengaku kalah. Otak lelaki itu akan sentiasa bekerja untuk nampak sentiasa hebat.


Puas mengelak dari mengangkat telefon. Tapi Adli tidak berputus asa. Terus muncul di hadapan pintu rumahnya pula. Anggerik garu kepala yang bertutup selendang. Rimas betul la dia dengan lelaki seorang ni.
            “Awak ni nak apa lagi Adli?” Soalnya malas.
“Saya nak awak la. Buat tak faham pulak.”
“Eh! Rasanya saya tak pernah jadi milik sesiapa kecuali abah dan ibu saya. So, jangan nak sesuka hati bercakap.”
Dia sudah la tengah geram ni. Sakit hati pada Ahqaf pun tak habis lagi. Muncul pula Adli. Memang salah masa la.
“An. Boleh tak jangan nak buat degil sangat.”
“Adli. Awak dengar sini yer. Jangan ingat bila awak dah burukkan saya depan ibu dengan abah saya. Awak dah menang. Awak silap!” Keras suara Anggerik.
Dah burukkan dia depan Abah dengan Ibu. Sekarang berani pula tunjuk muka dekat sini. Memang muka tak tahu malu betul.
“Saya akan buat sampai awak terima saya.” Adli masih berdegil. Apa pun dia akan cuba dapatkan Anggerik semula.
“Pernah tak awak fikirkan perasaan isteri awak? Anak-anak awak? Kenapa yang buat perangai macam orang tak pernah pergi sekolah ni.” Sinis Anggerik bertanya. Semudah itu saja Adli nak main kahwin-kahwin.
Dia sebagai seorang perempuan cukup memahami perasaan isteri Adli. Ingat dia akan sakitkan hati kaum dia sendiri ke. Tidak. Selagi boleh dia akan cuba elak dari ambil suami orang. Pernah ditinggalkan. Dan dia tidak mahu mana-mana wanita mengalami rasa yang pernah dia alami.
“Awak sepatut bersyukur Anggerik. Saya nak kahwin dengan awak semula.”
“Amboi! Awak ingat saya ni tak laku sangat ke?!” Tangan Anggerik naik berpeluk tubuh. Takut kalau nanti tangan dia ringan melayang ke wajah lelaki itu.
“Jangan ingat yang lelaki kaya tu serius nak dekat kau. Nanti dia akan tinggalkan kau juga.”
“Sekurangnya dia tak macam awak. Main-main soal kahwin. Serius ke tidak. Sekurangnya ada juga yang nak dekat saya kan.”
Memang Ahqaf menyakitkan hati. Tapi lelaki tu tak pernah buat perangai budak-budak. Main-main. Rasanya antara Ahqaf dengan Adli. Dia lagi rela kahwin dengan Ahqaf. Adli memang dah langsung tak ada dalam hati.
“Saya akan pastikan juga awak terima saya.”
“Ikut suka awak la Adli oi... Tak kuasa saya nak melayan perangai meroyan awak ni.” Tanpa menunggu lama. Pintu dia tutup kasar.
Kahwin dengan Adli? Memang tak la!
Kahwin dengan bad guy? Kalau dah terdesak sangat. Dia relakan saja.




6 ulasan:

  1. Ahqaf2 ada je kn dlm otak dia tu...

    BalasPadam
  2. YEzzz..kawinkan ahqaf n anggerik sis! Yuhuu

    BalasPadam
  3. ala Afqah ni apa pula yang ada dalam kepala otak dia tu? Anggerik jaga-jaga..

    BalasPadam
  4. wah ayat akhir anggerik 60 70% tuk bad guy ... aja aja fighting!!!!

    BalasPadam
  5. Mcm dpt tau je ape ada dlm otak ahqaf tu :-D

    BalasPadam
  6. Hahahhahahaha..Kak Ilah...mcm green light jer Anggerik bg...pada Ahqaf..Kalau Ahqaf dengaq ni memng lompat bintang la gamaknya..Next entry puhlease!!!

    BalasPadam