Jumaat, 19 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 16


MUNDAR-MANDIR Ahqaf di dalam ruangan pejabatnya. Telefon pula melekap elok di telinga. Memang dia rasa nak terajang orang sekarang ni. Geram! Berani Anggerik ingkar arahan dia. Dia dah kata tak payah bercuti. Degil. Ini yang buat dia nak bertukar jadi raksasa ni.
“Balik sekarang!” Jerkahnya sebaik sahaja panggilannya di jawab.
“Saya cuti la bos.”
“Siapa yang luluskan cuti kau? Balik!”
“Datuk dah luluskan. Mintak elok-elok dengan bos. Bos kedekut sangat.”
Jawapan maklum balas Anggerik di hujung talian membuatkan darahnya menyirap. Lagi-lagi papa yang suka mengharu birukan hidup dia. Papa dah tahu yang dia memang tak boleh kalau tak ada hiburan. Tapi papa sengaja luluskan cuti budak yang membawa hiburan kepada dia tu.
“Kampung kau kat mana?”
“Jepun!”
“Anggerik. Kau memang nak kena cium dengan aku kan.”
“Try la.”
Terketap-ketap bibir Ahqaf. Mentang jauh. Berani Anggerik mainkan dia. Kalau dekat memang dia tak bagi peluang.
“Okey! Tunggu la kau balik nanti. Memang aku kerjakan kau cukup-cukup.” Badan dihempaskan kasar ke atas sofa. Kaki naik bersilang di atas pemegang sofa.
“Bos ni asyik nak mengugut saya saja kerjanya. Saya tak balik sampai bila-bila baru tahu.” Giliran Anggerik pula yang melancarkan serangan ugutan.
“Ko ingat kau boleh ugut aku ke? Berani la kau tak balik. Aku cari sampai kat kampung kau. Depan-depan mak ayah kau aku dukung bawak balik.”
Kalau sampai tahap dia kena gunakan cara kasar pun. Dia sanggup. Sekali Anggerik dah masuk dalam hidup dia. Jangan harap dia nak lepaskan macam tu saja. Masih banyak perkara yang dia nak buli Anggerik. Kalau Anggerik tak ada. Siapa yang nak tolong dia bacakan laporan syarikat?
Siapa yang nak tolong dia cover bila tidur dalam pejabat?
Siapa yang nak teman dia bila bosan-bosan?
Siapa yang nak jadi teman dia bergusti?
Arghhh!! Tekanan.
“Okey. Okey. Saya balik. Tapi bukan hari ni. Saya baru sampai ni bos. Bos tak kesian dekat saya ke?”
Suara Anggerik yang sudah berubah mendayu membuatkan hidung Ahqaf berkerut. Tak suka Anggerik versi meleret. Tak best untuk dibawa lawan bergaduh.
“Tak! Balik. Banyak kerja ni kat pejabat. Sekejap lagi nak kena masuk meeting tahu tak. Kau tak ada nanti siapa yang nak dengarkan untuk aku?” Tutur Ahqaf tidak mahu kalah.
“Bos rakam la... Alaa bos. Untuk kali ni. Bos dengar la meeting tu. Sampai bila bos asyik nak buat bunyi berdengkur tu dalam bilik meeting. Malu tahu tak orang tengok.”
Berdengkur? Ahqaf buat muka.
“Ewahh! Sesedap cempedak je kau nak cakap aku berdengkur kan. Jangan nak cari alasan. Kau balik sekarang juga. Aku benci meeting. Alergik. Annoying.” Panas hati Ahqaf.
Bila teringatkan mesyuarat yang bakal berlangsung sebentar saja lagi. Punggung Ahqaf sudah tidak senang duduk. Tak ada Anggerik. Memang berleluasa la Rizky Dhan nak mengenakan dia. Selama ini ada Cik Asisstant. Mudah sikit kerja dia. Senang cakap...
Dia memang tak buat kerja langsung!
“Bos... Janganlah macam ni...” Makin meleret suara Anggerik. Siap dengan bunyi kemanjaan lagi.
“Hey! Hey. Okey. Fine. Stop buat suara macam tu.” Ahqaf gosok tengkuk. Meremang dia dengar suara Anggerik macam tu.
Sungguh. Dia sendiri pun tak tahu la kenapa dia meluat dengan perempuan yang cakap meleret-leret. Gedik. Tapi suara meleret Anggerik tak buat dia meluat sebaliknya buat bulu roma dia macam nak gugur.
Macam nak gugur iman. Anggerik ni macam mama ke? Ratu penggoda?
“Yeayy!”
Kali ini Ahqaf bukan setakat gosok tengkuk. Tapi terus tampar-tampar tengkuk sendiri. Ini sejak bila Anggerik manja macam ni? Memang dia cukup tidak suka.
“Anggerik. Stop doing that! Aku tak suka.”
Terdengar gelak ketawa Anggerik di hujung talian. Bertambah-tambah meremang bulu roma dia. Penyakit apa pula dia ni? Ke dalam bilik dia ni ada makhluk halus. Kepala diangkat sedikit. Meninjau keadaan di sekitar bilik. Kut la ada apa-apa lembaga aneh.
“Bos... Isnin nanti saya masuk la kerja semula. Saya memang tak boleh balik hari ni. Ada hal penting.”
“Hmm. Yela..”
“Terima kasih bos.”
“Hal apa?” Tiba-tiba sifat menyibuk datang dalam dirinya. Hal apa yang penting sangat sampai Anggerik balik tergesa-gesa. Cakap dia pun Anggerik sanggup ingkar.
“Em. Entah. Ibu saya yang suruh balik ni. Dia kata ada hal penting. Tapi saya tak sempat lagi nak tanya. Saya baru sangat sampai ni bos. Lenguh pun tak hilang lagi tau.” Suara Anggerik separuh mengadu.
“Kau kena kahwin ke Anggerik?” Soal Ahqaf laju. Tak tahu kenapa hanya itu yang menerjah fikiranya saat itu.
“Ye kut...” Balas Anggerik dalam ketawa kecil.
Terbangun Ahqaf dari pembaringan. Terkejut.
“Mana boleh. Kau tak boleh kahwin!” Cepat dia menghalang. Kepala juga digeleng laju. Seolah Anggerik nampak apa yang dia lakukan.
“Laa bos. Saya ni dah lama menjanda tau. Bagi la saya merasa nikmat belaian suami. Kesian saya ni bos. Kurang kasih sayang.”
“Aku boleh belai kau. Satu kontena kasih sayang pun aku boleh bagi la pada kau. Jangan kahwin!”
Kali ini makin kuat gelak Anggerik. Ahqaf merengus kasar. Dia serius boleh pulak Anggerik ketawa suka. Kalau tuan punya badan ada depan dia sekarang ni. Memang dia dah peluk. Biar senyap!
“Haihh bos ni. Diri saya ikut suka saya la.”
“Kau tu assistant aku. Kena dengar cakap aku. Faham?!!” Kuat suara Ahqaf.
Senyap terus suara ketawa Anggerik tadi. Yang terdengar hanyalah omelan kecil. Mengumpat dia la tu.
“Hesy bos ni. Serius memanjang. Okeylah. Saya penat ni. Nak rehat.” Suara Cik Assistant sudah kembali normal. Tiada lagi suara manja yang buat dia tak senang duduk tadi.
“Kau balik naik kancil buruk kau tu ke tadi?”
“Iye la. Itu sajakan harta yang saya ada.”
“What’s? Pukul berapa kau boleh sampai kampung kau kalau bawa kereta tu.”
“Sampai dah ni pun bos. Okey jer. Sihat walafiat lagi..”
Ahqaf menrengus kasar. Tahu yang Anggerik perli dia. Pelik betul dia dengan gadis berkenaan. Entah zaman mana punya citarasa. Kereta buruk zaman paleolitik tu juga yang dipakai ke hulu ke hilir. Rasanya dia dah bagi gaji banyak. Boleh sangat nak tukar kereta baru.
“Okeylah bos. Saya letak dulu yer. Bye..”
Tuttt...
Tidak sempat untuk Ahqaf membalas. Talian sudah terputus. Ternganga dia dibuatnya. Skrin Iphone yang sudah gelap dipandang dengan perasaan sebal. Berani Anggerik putuskan talian. Tangan lincah mendail semula nombor Anggerik. Namun hanya peti suara yang menjawab panggilannya.
“Off? Shitt!!” Iphone dicampak kasar ke atas sofa.
Kaki melangkah mundar mandir sambil tangan bercekak pinggang. Berani Anggerik terus tutup telefon. Betul ke Anggerik nak kahwin? Dengan siapa? Takkan la Adli siamang tu dah berjaya pujuk Anggerik kut. Tak! Dia tak boleh kalah pada siamang tu.
“Aku mana pernah kalah!” Tempiknya geram.
Baju yang asalnya berada elok di dalam seluar ditarik keluar dengan kasar. Kemudian langkah di atur ke pintu biliknya sebelum menekan tombol lock. Untuk langkah penjagaan sebelum Rizky Dhan terjah masuk. Apa pun memang dia tak akan masuk mesyuarat hari ni. Langkah dibawa pula mendekati sounds system. Volume paling tinggi dipulas.
Anggerik dan Adli? Tak. Dia bukannya cemburu. Tapi dia tak nak dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia tidak mahu nampak kalah di mata sesiapa. Hati mula mengelisah. Akhirnya pil bewarna kuning dibawa keluar dari laci meja. Tanpa berfikir panjang. Selamat pil tersebut ditelannya.
Anggerik tiada untuk hiburkan hati dia. Jadi hanya inilah jalan yang dia ada. Hanya pil itu yang mampu buat dia lupa segala masalah yang ada.


Wajah kedua orang tuanya Anggerik pandang silih berganti. Kemudian pandangan singgah pula pada wajah tiga orang adiknya. Masing-masing sibuk menghadap Tv.
            “Okey kerja kamu sekarang ni Dina?” Zaini terlebih dahulu bersuara. Wajah anak perempuannya itu dipandang penuh kasih sayang.
Anggerik mengangguk.
“Okey je abah. Alhamdulillah.” Walaupun keadaannya sebenarnya tidaklah seperti yang dia katakan.  Namun bukan jenis dirinya untuk mengadu bagai. Dia pun bukannya muda sangat. Dah 24 tahun pun.
“Macam mana pula kamu boleh dapat kerja dekat syarikat sebesar itu? Jadi setiausaha pula tu. Kamu kan setakat STPM je..”
Anggerik betulkan duduk. Suara tegas Abah buatkan hati dia mula berasa tidak sedap. Sebelum ni masa dia khabarkan berita yang dia bertukar tempat kerja. Tak ada pula Abah dengan Ibu soal macam-macam. Siap berikan kata semangat lagi. Tapi kenapa sekarang tiba-tiba bertanya.
“Err. Doktor Maira yang tolong abah. Itukan syarikat suami dia.” Rasanya jawapan dia tu tak menipu. Memang Doktor Maira yang tawarkan dia kerja tu. Walaupun hakikat sebenarnya tidak begitu.
“Fatihah. Ambil telefon abah.” Zaini melaung nama Fatihah.
Fatihah anak pasangan Zaini dan Hasiah yang nombor Lima itu mengangguk akur. Tanpa menunggu lama. Selamat telefon bimbit milik berada di tangannya.
“Ini. Kamu tengok ni.” Zaini menyuakan telefon bimbit ke arah Anggerik.
Anggerik adalah anaknya yang nombor tiga. Anak sulung dan keduanya adalah lelaki. Dan kedua anaknya itu sudah berkahwin. Adik-adik Anggerik pula kesemuanya masih bersekolah. Yang paling bongsu lelaki. Sudah berumur 13 tahun.
“Siapa yang hantar dekat abah gambar ni?” Soal Anggerik. Kecil biji matanya apabila melihat gambarnya bersama Ahqaf terlayar di skrin.
Sejak bila Abah pandai main mesej bergambar ni? Dan siapa punya kerja yang rajin sangat jadi jurugambar dia ni.
“Teman lelaki kamu?” Soal Zaini. Soalan Anggerik dibiarkan sepi.
Dia hanya ada dua orang sahaja anak perempuan. Namun tidak tahu dimana kesilapannya. Hidup Anggerik tidak seperti anak-anaknya yang lain. Di usia muda Anggerik sudah gatal nak berkahwin. Namun tidak sampai setahun sudah bercerai berai.
“Tak. Ini bos tempat kerja Dina.” Cepat Anggerik menafikan. Ahqaf jadi teman lelaki? Mimpi sampai ke bulan la jawabnya.
“Oh. Jadi ini sebabnya kenapa kamu mudah sangat dapat kerja dekat situ?” Hasiah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri menyampuk.
“Tak, mak. Memang Doktor Maira yang tolong Dina.” Nafi Anggerik lagi.
Zaini dah Hasiah saling berpandangan. Pada awalnya memang mereka berdua juga tidak percaya akan kata-kata bekas menantunya itu. Namun Adli bersungguh mengatakan yang Anggerik membuat hubungan terlarang dengan lelaki kaya hanya untuk hidup senang. Dan gambar yang dihantar itu sudah cukup membuat hati tua mereka merasa ragu.
“Ibu tak nak lagi Dina buat kesilapan lalu. Tak serik lagi ke? Mudah sangat jatuh cinta.” Nasihat Hasiah lembut.
“Ibu...”
“Abah nak Dina bertaubat. Jangan kerana nak hidup senang. Kamu pilih jalan mudah ni.” Suara Zaini sudah berubah tegas.
Anggerik telan liur. Tidak suka dengan keaadaan yang berlaku sekarang. Rasanya Ibu dengan Abah sudah salah faham. Dia tahu dulu dia bodoh sebab cinta. Tapi sekarang dia dah cukup dewasa untuk menilai mana yang baik dan tidak.
“Ibu dengan abah dah salah faham. Itu bos Dina.”
Zaini menatap wajah anak perempuannya. Anggerik Medina. Nama yang diberi sudah cukup indah. Dan dia sebagai seorang ayah mahukan keindahan itu terus kekal seiring dengan kehidupan anaknya.
“Dari kamu buat kerja tak senonoh tu. Baik kamu kahwin saja dengan Adli semula. Dia bersungguh nakkan kamu. Adli dah ada datang jumpa abah. Abah percaya yang dia memang dah berubah. Dia sayangkan kamu lagi.”
Keras badan Anggerik mendengarkan cadangan Zaini. Mana mungkin dia berbalik pada jalan salah yang telah dia pilih. Adli bukan perkara terbaik untuknya. Lelaki itu hanya tahu berpura-pura.
“Tak. Dina tak setuju.” Berkeras Anggerik menolak.
Kalau dia setuju bermakna dia dah menempah untuk hidup menderita. Dia tak sanggup. Untuk melihat wajah Adli juga dia sudah jijik. Inikan pula untuk berkahwin semula dengan lelaki itu.
“Kita memang orang susah. Tapi kita bukan keturunan yang sibuk nak menumpang harta orang. Dina berhenti kerja. Kahwin dengan Adli. Hanya itu yang abah minta.”
“Abah!”
“Keputusan abah muktamad. Kalau kamu masih rasa abah ni abah kamu. Dengar cakap abah.” Kata Zaini. Lembut namun penuh dengan ketegasan.
Kemudian punggung diangkat meninggalkan ruang tamu. Tidak mahu mendengar sebarang alasan yang diberkan Anggerik. Dia tidak sanggup lagi untuk mendengar kata nista jiran-jiran. Cukuplah selama ini dia terpaksa menanggung malu apabila anaknya diceraikan. Memang itu semua Allah yang menentukan. Tapi jika bukan kerana sikap keras kepala Anggerik yang tidak mahu bermadu. Pasti rumahtangga anaknya itu dapat diselamatkan.
Memang Adli juga salah kerana ingin menduakan anaknya. Namun dia juga faham yang Adli sendiri terpaksa apabila birasnya sibuk mahukan cucu cepat. Kali ini dia tidak mahu lagi Anggerik tersalah memilih jalan.
“Ibu...” Rayu Anggerik pada Ibunya pula.
Hasiah hanya tersenyum kelat. Dia faham apa yang dirasai oleh anaknya itu. Tapi apa yang dilakukan oleh suaminya itu demi kebaikan Anggerik juga. Tidak mahu anaknya itu hanyut dengan kemewahan sementara.
“Ini untuk kebaikan kamu Dina. Kasihanlah dekat abah tu. Jangan buat dia susah hati lagi. Kamu pernah tersalah langkah. Jadi kali ini dengarlah nasihat kami pula.”
Kuat Anggerik memegang telefon bimbit di tangan. Inilah punca kenapa Ibu dan Abahnya salah faham.  Dia yakin hanya Adli yang berani menghantar gambar dia dan Ahqaf kepada Abah. Memang siamang betul! Kalau tahu begini memang dia tak akan balik.








21 ulasan:

  1. hahaha anggerik cuti??? balik kampung ahqaf u nothing without anngerik kn kn

    omg omg ahqaf take action pelisss anggerik kne kawin gan siamang tu daku xrela
    hahaha
    redha je anggerik kawin gan awk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tetiba Sis abby suka aqaf bila anggerik nak kahwin dengan siamang kan.. hahaha

      Padam
  2. Cepatttttt ahqafffff bertindakkkkkkk.....tp hero must kawin ngn heroin....kikikkikki....yer dak ilah????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ilah dah tukar hero kak Mona. Adli siamang new hero.. hahaha. Larikkk

      Padam
  3. Omg ahqaf cpt pinang anggerik... pls3 smbg cepat2 huhuhu... pnt tggu huhuhuhuh

    BalasPadam
  4. Alah sebuk je adli ni potong line
    Grrr..
    Cpt la ahqaf selamatkan anggerik..
    Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg aqaf kn tlg anggerik onnie. Klu x. Kita boikot dia... hihihi

      Padam
  5. Alarhhhhh ... Please suruh ahqaf yg kahwin ngn anggerik

    BalasPadam
  6. Miss Ilah tq accept aunty.khalijah..sambung lagi mlm ni bole? Ahqaf ni perlu di selamat kan. .Anggerik pun sama...cari jln kawin kan diorg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Most welcome aunty. Terima kasih sudi mnjenguk blog yg x seberapa ni.. hihii. Mmg tgh berperang dgn keybod ni...aqaf akn msuk blog juga esok.

      Padam
  7. oh tidak!!!jgan bg adli potong line!!!pnggil ahqaf skang jugak!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg tgh berusaha keras ketuk keybod panggil aqaf ni. Hihii

      Padam
  8. Ahqaf mengapa lemah sangat ni........ cepatlah selamatkan Anggerik.. kesian Anggerik.. memang siamanglah Adli ni.... nak lagi.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat aqaf bg nm kn miza. Mmg tepat sungguh jd siamang.

      Padam
  9. Huarghh..oh myyy!! Nape sye xtau da bnyk n3 kuar dlm blog sis ilah!! Lbh dr 5 bab trtnggl..huhu ���� rindu sesangat da ngn cite nie. Uhuk

    BalasPadam
  10. Laa awak xtau ke yunk. Hihii sblum ni akak umum dkt grup ja.... xpa2. Blh marathon baca.

    BalasPadam
  11. Wohooooo..kak ilah mintak ahqaf blik kampung anggerik...lebih baik kawin ngan si ahqaf si imam muda ala2 nauzubillah tu..drpd siambang tu...takpe bab ahqaf tu nanti kami ajarlaaa anggerik cara nak mengajar ahqaf tarbiyah kasih sayang...

    BalasPadam
  12. Terbanglah dikau Ahqnaf kekampung Anggerik. Selamatkan Anggerik dari Siamang durjana. Ha..ha...

    BalasPadam