Isnin, 4 Mei 2015

Rasa Cinta Untuk Dia-BAB 04



TANGAN menyeluk poket seluar bila merasakan gegaran telefon bimbit miliknya. Melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit, pantas dia menyentuh skrin telefon bimbit untuk menjawab panggilan.
            “Hello. So, how?” Soalnya terus sebaik sahaja melekapkan telefon bimbit ke telinga.
            Kepala di angguk-anggukan mendengar jawapan dari pihak di sebelah sana. Sesekali mata akan menjeling kelibat isteri yang sedang melilit selendang di hadapan cermin solek. Tersenyum bibirnya sebaik sahaja matanya bertaut dengan mata milik Nurin.
            “Great. Make sure semuanya boleh selesai sebelum bulan september. Anything inform I semula.” Sebaik sahaja talian diputuskan, telefon kembali disumbat masuk ke dalam poket seluar. Langkah di atur mendekati Nurin.
            “Awak kena pergi kerja ke?” Soal Nurin.
Fakri geleng beserta senyuman. Kunci kereta di atas meja solek dia ambil. “Tak. Petang ni abang free. Time with my lovely wife pula. Siap?”
Nurin angguk sekali.
“Good. Jom..” Tangan terasa ringan ingin memaut lengan cik isteri supaya bergandingan bersama. Namun sudah boleh di agak reaksi Nurin nanti. Jadi, silalah bersabar wahai hati.
“Oh. Before that, have I told you sayang?”
“Apa?”
“You look more beautiful today. Semalam pun cantik, tapi hari ini tersangat cantik..”
Nurin kelu tidak menjawab. Langkah di atur mendahului Fakri. Namun dalam diam, bibirnya menguntumkan senyuman. Entah mengapa, mendengar pujian dari Fakri. Perasaannya berbeza dari menerima pujian lelaki lain sebelum ini. Dia dapat merasakn keikhlasan itu.
“Baby papa ada nak makan apa-apa tak?” Soal Fakri sebaik sahaja berada di dalam kereta. Tangan naik menyentuh perut Nurin.
Nurin memandang wajah Fakri sekilas sebelum kembali memandang tangan Fakri yang elok melekap di atas perutnya. Hati mula terusik dengan suatu rasa yang aneh. Mendengarkan perkataan Papa yang keluar dari mulut Fakri membuatkan hatinya memanjat rasa kesyukuran. Syukur kerana masih ada lelaki yang sudi menjadi bapa kepada anaknya.
“Tak ada,” jawab Nurin perlahan. Menahan debaran di dada.
“Eh! Mama baby pulak yang jawab..” Fakri tergelak kecil.
Nurin sembunyi senyum.
“By the way.. First, abang nak bawa sayang pergi shopping dulu. Abang tengok baju sayang ni macam dah ketat sikit. Nampak jelas perut sayang, so..kita pergi beli baju yang big size sikit. Okey, dear?” Lembut dia merenung wajah bersih milik Nurin di sisi. Tak tahu la kenapa dia nampak Nurin cantik sangat. Mungkin inilah yang dikatakan seri ibu mengandung kut.
“Hmm..” Nurin akur. Memang dia rasa bajunya semakin sempit di bahagian perut. Untuk meminta, dia terasa segan pula.
“Great. Lepas tu kita cari shawl untuk sayang sekali. Abang suka tengok sayang pakai shawl macam ni, sesuai dengan sayang warnanya. Kalah Mawar Fareeda tu tau. Isteri abang lagi cun!”
Sekali lagi Nurin mengangguk setuju. Jika itu yang mampu dia buat untuk membahagiakan Fakri, dia akan buat. Jika betul dia cantik bertudung, Alhamdulillah. Inilah penghijrahannya. Mungkin inilah hikmah disebalik apa yang telah terjadi di dalam hidupnya. Ujian yang Allah turunkan kepadanya adalah untuk dia membuka mata menyedari dirinya sudah jauh dari landasan sebenar.


MELIHAT bajunya yang direntap kasar, Nurin menjerit nyaring. Serentak dengan itu pipinya ditampar kasar. Tidak cukup dengan itu, kepalanya juga dihentak berkali-kali ke lantai.
            “Boy! Lepaskan saya!” Badan lelaki yang mula menindihnya ditolak dengan sepenuh tenaga.
“Lepas? Perempuan bodoh. Jangan nak berlagak baik boleh tak. Kau ingat aku tak tahu, kau ni bukannya baik sangat pun. Entah dah dengan berapa jantan la kau tidur.”
“Tak! Tolongg!!” Kali ini sesuatu yang keras menhentak kepalanya.
Nurin terkulai. Mata mula berpinar. Hanya gelak tawa Boy sahaja yang kedengaran. Pergerakan tangan kasar yang menjalar di segenap tubuhnya juga sudah tidak mampu dia halangi. Saat itu terbayang wajah Ibu dan Ayahnya. Terdengar-dengar nasihat Ibu dan Ayahnya mengenai sikap liarnya. Air mata mula menghujani pipi. Sungguh, dia menyesal kerana hampir sahaja menjadi anak derhaka kerana seorang lelaki.
“Sayang..” Jika tadi dia merasakan pipinya sentuh kasar. Kali ini sentuhan lembut pula yang terasa.
“Sayang. Kenapa ni?” Jika tadi dia dengar suara kasar yang menjerkahnya. Namun kini, suara itu cukup lembut di telingannya.
Tangisannya semakin kuat. Tangan yang memegang bahunya ditolak kasar.
“Masyallah. Sayang.. Mengucap sayang. Mengucap.” Serentak dengan itu terasa kedua pipinya dipegang kuat. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran mula menghujani telingannya.
“Ini abang sayang..”
Abang?
Terbeliak biji mata Nurin. Serentak itu juga jelas wajah kerisauan Fakri di hadapan wajahnya. Kepala dipusinkan ke kiri dan kanan. Cuba mencari kembali bayang hitam Boy.
“Sayang mengingau ni..”
Mendengarkan suara Fakri, tangan pantas memaut leher Fakri. Menyembakan muka ke dada bidang itu. Ini Fakri. Bukan boy. Ini suami dia!
Fakri tergamam. Terkejut. Namun tangannya tetap memaut kemas tubuh itu “Nurin. Syhh.. Dah. Stop crying..”
“Jangan tinggal saya. Saya takut. Dia datang..” Esak Nurin.
“No. I’m not. Abang ada dekat sini. Hanya abang, tak ada sesiapa pun..” Belakang Nurin diusap lembut. Entah apalah yang Nurin mimpikan agaknya sampai boleh menangis macam ni.
“Dia datang. Dia datang nak rogol saya.. Saya takut.”
Mendengarkan suara Nurin yang bergetar, Fakri tahu yang Nurin memang betul-betul dalam ketakutan. Tak guna punya lelaki! Dia dah tinggalkan kesan hitam ke atas diri Nurin. Dia akan pastikan lelaki tersebut menerima balasan yang setimpal. Itu janji dia!
“Awak okey disini, Nurin. Abang akan pastikan tak ada sesiapa yang akan menyakiti awak.. Stop crying, please. Tak elok untuk baby..” Fakri cuba mengintai wajah Nurin disebalik dadanya. Namun Nurin masih berkeras dengan terus memeluk kemas tubuhnya seolah tidak mahu dilepaskan.
“Tak ada apa yang perlu ditakutkan sayang... Awak sekarang isteri abang, jika nyawa yang perlu abang korbankan untuk kembalikan senyuman awak. Abang akan buat..”
Makin laju mengalir air mata Nurin. Kenapa sekarang baru dia sedar, Fakri benar-benar ikhlas menerima dirinya. Sesungguhnya Allah itu tidak kejam, dia masih diberikan peluang disayangi seorang lelaki terpuji.
“Dia tipu saya.. Dia cakap, dia sayangkan saya. Tapi dia ragui kesucian diri saya. Dia rogol saya bila saya berkeras mempertahankan maruah diri saya. Saya bodoh. Saya bodoh sebab percayakan dia melebihi kedua ibu bapa saya. Dia tinggalkan saya macam sampah..” Satu persatu cerita mula terbit dari bibirnya. Selama ini tidak penah dia sudi berkongsi dengan sesiapa pun perihal hitam masa silamnya. Hanya dengan Bonda Kalsom sahaja. Itupun tidak secara terperinci.
“Dia tinggalkan Nurin sebab dia memang tak layak. Dia tak layak untuk terus berdamping dengan perempuan sebaik Nurin. Jangan menyalahkan diri sendiri sayang. Dia yang bodoh. Bukan sayang.. Dia meletakkan dirinya dalam golongan orang tidak berakal.” Jika tidak memikirkan yang sekarang ini Nurin memerlukan kekuatan dirinya. Mahu sahaja dia menjerit memuntahkan kemarahan. Lelaki bodoh!
“Saya ikut semua cakap dia.. Saya tipu ayah dan ibu saya semata-mata kerana dia. Saya tak dapat sambung belajar juga kerana dia. Di saat orang lain sibuk memilih tempat terbaik untuk sambung belajar. Saya sibuk menyulam cinta dengan dia. Sepatutnya dari awal saya tak perlu ikut cakap dia. Dia dah musnahkan seluruh hidup saya hanya dalam masa satu hari..”
Sudah lama rasanya dia tidak menangis. Dan kali ini dia ingin menangis sepuas-puasnya. Mata di pejam rapat. Cuba membuang segala bayangan wajah bengis Boy.
“Tuhan itu tidak akan memberikan ujian hidup kepada hambanya melainkan untuk menguji sekuat mana ketaatan kita kepadanya. Jangan dipandang lagi apa yang telah terjadi di belakang. Tetapi pandanglah apa yang bakal menyusur di hadapan kita. Sayang sepatutnya bersyukur kerana masih diberikan peluang oleh Allah untuk melihat keindahan dunia ini. Jangan dipandang apa yang buruk, tetapi pandanglah apa kebaikan yang sayang dapat..”
Nurin menjarakkan wajah dari dada itu. Cuba mencari kebenaran kebenaran di sebalik kata-kata Fakri sebentar tadi.
“Masih ada ke kebaikan yang saya akan dapat?”
“Ni.. Dialah yang akan membawa kebaikan kepada sayang. Kita akan didik dia supaya menjadi anak yang cukup ilmu dunia dan akhirat. Anak yang akan membawa nur ke dalam rumahtangga kita.”
Dan awak juga adalah kebaikan yang saya dapat Fakri.. Sambung Nurin di dalam Hati.
“Saya rindukan ibu dengan ayah..”
“I know it. But trust me, abang tak akan biarkan sayang rasa sendirian lagi..” Air mata di pipi Nurin, Fakri seka dengan ibu jari. Mungkin dulu kehidupan Nurin jauh tersasar, namun dia tidak peduli. Apa yang dia nampak kini Nurin adalah seorang wanita solehah. Wanita yang terpelihara auratnya.
“Dah.. Sekarang saya tidur ye.” Pujuk Fakri kemudian membetulkan pembaringan Nurin.
“Auchh!” Nurin mengerutkan dahi. Kekejangan di kaki mula terasa.
“Kenapa? Sakit?”
“Kaki kejang..”
Pantas Fakri mencapai remote penyaman udara. Tak perlu dinaikkan suhunya, dia tutup je terus. Lagipun tadi suhunya memang dah di tahap paling tinggi, tapi Nurin masih terasa kesejukan.
“Nanti awak panas..” Halang Nurin.
“It’s okey. Abang tak panas pun..” Tanpa perlu disuruh, Fakri bergerak mencari minyak angin. Kemudian cepat dia menyapu dan memicit lembut kaki si isteri.
Nurin memandang sayu ke arah Fakri yang berada dihujung kakinya. Sampai ke tahap ini Fakri perihatin perihal dirinya. Sedangkan dia pun tak pernah terfikir untuk membawa minyak angin sampai ke sini. Sungguh dia terharu melihat cara layanan Fakri kepadanya. Tidak pernah sekalipun Fakri mengeluh atau merungut apabila lenanya terganggu semata-mata kerana dirinya.Apa lagi yang dia mahukan? Dia sudah ada seorang suami yang cukup baik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan