Rabu, 17 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 14


JARI telunjuk naik mengetuk-getuk atas meja. Sekadar menghilangkan bosan. Rambut yang jatuh ke dahi dia tolak kasar ke belakang. Senyuman Anggerik yang sedang berbicara dengan mama nya mengamit mata. Kenapa kalau dengan orang lain Cik Assistant dia ni mudah sangat senyum?
“Mama.” Panggilnya.
“Yes, sayang?” Lembut Maira memandang wajah si anak.
“She or me yang jadi anak mama sekarang ni?” Bibir tersungging tinggi memandang ke arah Maira.
Anggerik pula sudah terkulat-kulat. Kalau dinilai dari segi pertanyaan Ahqaf. Itu soalan orang cemburu. Jangan cakap yang lelaki depan dia ni cemburu. Memang dia muntah hijau. Geli kut dengan lelaki kuat cemburu ni.
“Of course la Along. Along kan anak teruna mama.”
“Then. Kenapa dari tadi mama asyik cakap dengan Anggerik? Along macam tak wujud dekat sini.”
Tercetus ketawa di bibir Maira. Sejak bila entah anak teruna dia ni ada perasaan. Selalunya tu sejuk beku.
“Okey. Sorry. Let’s me hugs you. Come...” Maira sudah berkira-kira mahu bangun dari duduk. Namun punggungnya kembali jatuh ke atas kerusi apabila melihat Ahqaf mengangkat tangan tinggi.
“No! Along bukan nak peluk. Hesy! Mama ni tak faham la.” Tak habis-habis dengan sesi peluk memeluk mama ni. Hilang la macho dia kalau berpeluk tengah orang ramai ni. Gaya anak emak!
“Laa.. Pula. Okey. Along sihat?” Soal Maira lembut. Faham sangat dengan kerenah si anak. Tidak boleh nampak orang lain lebih.
“Hmm.” Pendek Ahqaf menjawab. Tangan naik bermain dengan penyedut minuman di dalam gelas.
“Kerja macam mana? Okey?”
“Okey.”
Maira mengeleng kecil. Bila orang tak nak bercakap dengan dia marah. Tapi bila orang ajak bersembang. Yang dijawabnya satu-satu. Habis tu dia nak buat apa? Dia pun jadi kejung kalau nak bercakap dengan Ahqaf.
“Anggerik. Aqaf ada buli kamu tak?” Kali ini Anggerik pula yang disoal. Wajah si anak dipandang sekilas.
“Em. Tak ada la doktor...” Lambat-lambat Anggerik mengeleng. Gila dia nak cakap ada? Tu! Mata harimau sedang memandang penuh amaran pada dia.
“Anggerik yang buli Along tau mama.” Pemilik mata harimau dah buka mulut.
Anggerik kecilkan mata. Menipu!
“Yela kamu tu. Kalau papa pun pun kamu boleh buli. Inikan pula Anggerik ni. Memang makanan kamu la hari-hari.” Kalau betul Anggerik yang buli Ahqaf. Memang dia nak buat kenduri kesyukuran. Pelik vs ajaib!
“Eh.. Pembetulan tu mama. Mana ada makan. Along usap lembut. Belai-belai penuh kasih sayang tau. Kan Anggerik?” Turun naik kening Ahqaf ke arah Anggerik. Senyuman nakal bermain dibibirnya.
Anggerik tidak menjawab. Sebaliknya hanya tersenyum serba tidak kena. Kalau dia duduk antara Ahqaf, Doktor Maira dan Datuk Rizky. Memang dia terkepit. Jadi cara terbaik adalah... Senyum!
“Belai penuh kasih sayang? Tahu ke Along makna kasih sayang?” Penuh curiga Maira memandang si anak. Ingat dia nak percaya ke cakap Ahqaf. Berlakon memang pandai.
“Kalau dengan Anggerik. Tahu...” Kalau tadi senyum nakal. Namun kini sudah bertukar senyuman gatal.
Rapat Anggerik mengetap gigi. Seronok betul kalau dapat peluang kenakan dia. Okey tak apa. Ingat dia tak boleh lancarkan serangan ke?
“Ha Ha.. Itulah Doktor. Memang bos ni tahu sangat erti kasih sayang.” Anggerik gelak buat-buat.
Ahqaf sudah kecilkan mata. Sumbang gelak Anggerik tu seolah membawa maksud yang tidak elok. Macam ada sesuatu.
“Ye?” Soal Maira tidak percaya. Pelik juga dia dengan kelakuan Ahqaf dan Anggerik.
Seolah keduanya tidak punya masalah bekerja bersama. Kalau dulu dilihat dari gaya. Macam Anggerik ni tak suka sangat kerja dengan Ahqaf. Ini dah kenapa macam seronok sangat pula. Apa yang anak dia dah bagi pada bekas pekerja dia ni?
“Ye... Bos belajar dengan Anne. Anne kan murah denga kasih sayang.” Permainan bermula!
Tegak badan Ahqaf. Anne?
Maira pula sedang ketawa geli hati. Tak sangka Anggerik pun tahu soal Anne. Watak gadis di dalam kartun kesukaan anak terunanya itu.
“Anggerik pun tahu?” Soal Maira.
Anggerik angguk dengan muka berlagak. Si bos kerek dijeling dengan ekor mata. Muka dan macam ulat kangkung!
“Tahu je. Datuk yang cakap anak teruna dia peminat nombor satu kartun tu. Patutlah isnin tak masuk office pagi. Rupanya... Ada date!”
Ahqaf dah jatuh rahang.
“Papa! Again...” Sampuk Ahqaf geram. Air di dalam gelas dia teguk rakus. Dengan air batu sekali dia kunyah. Memang panas hati betul ni.
“How’s sweet my lovely husband...” Maira tersenyum bahagia. Suami dia walau sesibuk mana pun. Tidak pernah abaikan keluarga. Apa yang anak-anak suka memang semua suaminya tahu.
“Sweet? It’s annoying mama!” Tempelak Ahqaf tidak puas hati.
Menyibuk hal orang pun boleh dikatakan sweet ke? Tak pasal kantoi rahsia dia.
“No. Mama rasa papa sweet. Along memang la rasa annoying. Sebab Along kalau dengan papa tak pernah nak sekapal.” Bantah Maira. Tidak setuju dengan pendapat si anak.
“Rela berenang la dari satu kapal dengan papa.” Ahqaf tidak mahu kalah.
“Along ni cuba la berbaik denga papa tu. Papa buat macam tu untuk kebaikan Along juga. Kalau dibiarkan entah nanti jadi orang utan.”
Anggerik yang mendengar perbalahan si ibu dan si anak sudah buat muka. Alamak! Takkan la kali ini dia terpaksa menyaksikan perbalahan versi Ahqaf dan Doktor Maira pula kut.
“Mama!”
“What’s? Betul apa? Along tu sikit lagi nak jadi tarzan tahu tak.”
Pula! Anggerik garu kening. Tadi orang utan. Ini tarzan pulak. Doktor Maira pun satu. Marah macam gaya orang tak marah. Kalau dia rasanya dah lama dia bagi Ahqaf ni makan lutut.
“Mama ni. Ada pula cakap anak sendiri macam tu. Sentap tahu tak.” Ahqaf buat muka.
Anggerik melopong. Oh my! Bos dia yang berhati kayu buat muka. Comel!
“Tutup mulut tu! Suka la kau kan dah tahu rahsia aku.”
Rapat terus mulut Anggerik sebaik disergah Ahqaf.
“Kalau ada orang lain yang tahu rahsia aku ni. Siap kau. Aku paksa kau kahwin dengan aku.” Ahqaf bulatkan mata ke arah Anggerik.
Sekarang ni satu rahsia dia dah bocor pada Anggerik. Tapi dia rasa Anggerik boleh dipercayai. Saja dia nak buat sesi mengugut. Biar Cik Assistant dia tu gerun sikit. Tak adalah nanti dia jadi bahan sakat.
“Mama setuju!”
Serentak mata Ahqaf dan Anggerik memandang ke arah Maira yang sedang megangkat ibu jari. Muka pula bukan main teruja.
“Tak nak saya.” Cepat Anggerik mengeleng.
Ahqaf pula dah menjeling tajam. Amboi! Gayanya macamlah kahwin dengan dia perkara yang paling menakutkan. Dia lagi elok perangai dari Adli si siamang tu.
“Hmm.. Along..”
“Yes. I’m listening..” Ahqaf julingkan mata.
Mama dan suara yang meleret manja. Memang sinomnim!
“Along janganlah buat perangai lagi. Kesian la dekat mama dengan papa ni. Tengok macam Angah dan adik. Tak pernah buat hal.”
Anggerik anguk-anggukan kepala. Setuju. Macamlah dia kenal sangat adik-adik Ahqaf. Tapi dia agak mesti ala-ala perempuan mesir punya. Cantik dan lemah lembut.
“Tengoklah macam mana.” Hendak tak nak Ahqaf membalas.
Ada pula nak samakan dia dengan dua orang adik perempuan dia tu. Dia lelaki. Mana boleh sama. Dia kena ada pegangan hidup sendiri. Bukannya hidup atas telunjuk orang lain.
“Okeylah. Mama nak kena pergi ni. Along bila-bila nanti ajak Anggerik datang rumah kita. Jangan la asyik nak terperap dekat The Avare tu aje.” Maira bangun. Bersalam dengan Anggerik dan mencium kedua belah pipi gadis manis itu.
“Mama pergi dulu.” Dengan si anak dia hanya melambaikan tangan.
Nak salam? Nak peluk cium? Jangan berharap semua itu dari seorang Umar Ahqaf.
“Suka kau dapat kenakan aku ek.” Mercerlung Ahqaf memandang Anggerik yang masih tersenyum.
Kali ini Anggerik pula yang main kening. Sekali sekala bos.
“Buatlah macam tu. Aku bawa Adli siamang tu datang jumpa kau. Nak?” Tidak habis lagi Ahqaf dengan sesi mengugut.
Kali ini dia dah ada point baru. Itupun dia sendiri tidak pasti tahap alergik Anggerik dengan lelaki bernama Adli tersebut.
“Bos ni. Tak habis la nak mengugut.”
“So, betul la dia memang suami kau?”
“Bekas.” Tekan Anggerik.
“Kau ni umur berapa ek?”
“Kenapa?” Bersabung kening Anggerik. Tiba-tiba tanya umur. Nampak sangatlah tak pernah baca biodata diri dia. Tak alert betul bos dia ni.
“Nampak macam budak. Tapi tak sangka rupanya kau ni gatal juga. Cepat sangat kahwin. Lepas tu cerai.”
Kata-kata Ahqaf membuatkan senyuman Anggerik mati. Bukan perihal gatal yang dia kisahkan. Tapi perihal cerai. Ingat dia saja suka-suka ke nak kahwin cerai. Dia kahwin disebabkan rasa cinta. Tapi manalah dia nak sangka yang rasa cinta itu dah merobekkan hati dia sendiri.
Bukannya dia yang minta untuk jadi janda muda.
“Senyap kenapa? Salah aku cakap?”
Anggerik mengeleng. Tidak menyahut.
“Berapa lama kau kahwin dengan dia?” Soal Ahqaf. Kali ini suaranya dilembutkan. Kenapa dia selalu rasa kalah bila melihat muka suram Anggerik.
“Enam bulan.” Perlahan Anggerik menjawab.
“What’s? Six month?” Tertunduk kepala Ahqaf mencari kebenaran di sebalik wajah Anggerik. Enam bulan ke enam tahun?
“Hmm.” Anggerik angguk sekali. Mata pula lebih suka melihat jemari sendiri di atas meja. Malu? Mungkin. Tapi lebih banyak perasaan kecewa. Kecewa kerana rumahtangganya tidak bertahan lama seperti orang lain.
“Then? Kenapa cerai?” Soal Ahqaf ingin tahu.
Dia memang nak tahu kenapa gadis seperti Anggerik boleh diceraikan. Kalau dengan selipar yang call dia baru ini tu. Dia percayalah kalau diceraikan. Jenis stok buat penyedap saja.
“Kau yang minta cerai? Kenapa? Siamang tu ada perempuan lain?” Soal Ahqaf lagi setelah melihat Anggerik hanya diam menunduk.
“Tak la..” Jawab Anggerik lambat-lambat. Takkan la dia nak bercerita hal peribadi dia pada Ahqaf pula. Dia pekerja dan Ahqaf pula bos. Langsung tak sesuai untuk dia bercerita hal yang melibatkan peribadi.
“Muka macam tu pun ada orang nak juga ke? Bad taste!” Melihat dari bahasa tubuh Anggerik. Dia tahu yang tekaan tadi betul.
“Tak apalah bos. Saya redha. Mungkin saya belum cukup terbaik untuk dia.” Anggerik ukir senyum dengan susah payah.
“Dah! Kau tak payah nak senyum plastik macam tu dengan aku. Cantik ke perempuan yang ambik siamang tu?” Masih tidak berpuas hati. Ahqaf terus menyoal. Tidak tahu la kenapa bila sesuatu perkara itu melibatkan Anggerik. Dia jadi terlalu ingin tahu.
“Emm. Dan dia juga mungkin boleh berikan zuriat secepat mungkin pada Adli.” Ringan mulut Anggerik bercerita.
Dia tahu yang Ahqaf bukan jenis kepoh. Tidak tahu kenapa perasaan ingin mengadu tiba-tiba datang. Mungkin kerana bosnya ini jenis yang tidak kisah. Jadi dia senang untuk berkongsi cerita.
“Maksud kau apa ni?”
“Adli kata saya tak boleh mengandung.”
“Betul ke?” Dengan riak tidak percaya Ahqaf meneliti Anggerik.
Anggerik angkat bahu.
“Doktor kata saya okey. Cuma.. Itulah. Mungkin belum ada rezeki.”
Ahqaf ketawa besar mendengarkan penjelasan Anggerik. Jadi inilah cerita yang sebenarnya.
“Pertama kali aku jumpa lelaki bodoh macam tu. Memang sesuai la tu aku panggil dia siamang. Tak ada akal. Dalam masa enam bulan dia kahwin. Then ceraikan kau sebab alasan tu? Gila!”
Dalam tawanya Ahqaf menuturkan ayat. Namun jauh di sudut hati terselit rasa simpati untuk Cik Assistant nya. Tak pasal Anggerik jadi janda muda hanya disebabkan lelaki bernama Adli. Otak kampung!
“Mak dia nak cucu cepat. Tapi saya...” Terbit keluhan kecil di bibir Anggerik. Sungguh setiap kali mengingatkan hal yang satu itu. Hatinya sakit. Masih teringat-ingat lagi kata cacian yang dilemparkan kepada dia.
“Kau kahwin dengan aku aje la. Tak sampai sebulan kau gerenti pregnant. Biar buntang biji mata siamang tu. Dia yang barang gred F. Nak salahkan kau pula.”
“Huh?” Bukan setakat biji mata Adli. Biji mata Anggerik juga terbuntang saat ini.
Kenapalah Ahqaf ni suka sangat sebut hal kahwin dengan dia.
“Betul la! Kahwin dengan aku.”
Senyap. Sepi. Ketika itu telinga Anggerik sudah tidak mampu untuk mencerna apa-apa bunyi yan lain. Telinganya hanya terdengarkan kata-kata Ahqaf. Matanya pula sudah statik pada wajah tampan itu. Memandang dia dengan seyuman senget dan mata yang dikerdipkan ke arahnya.
Betul ke bohong ni? Hanya itu yang bermain di fikirannya ketika itu.
           


19 ulasan:

  1. Anak TERUNA mama... TERUNA KE? aduhhh la.. 6bln je kawin cian anggerik ermmm kawin dgn AHQAF thinks millionssss times anngerik huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruna la sangat kan abby sha! hahaaa... Kalau anggerik kahwin dengan bad guy ni. sadis nya..

      Padam
  2. huhuhuhu...Ahqaf dah bagi tawaran hebat..tapi klau perangai Ahqaf gini baik laaa tak payah kawin...Anggerik boleh tukar nama jd Alergik...kaya,kacak,berpejaran tak cukup..iman kat dada tu kena banyak...klu idak makan malam minum calsberg jelahhh..Boleh Ke idak si Anggerik ubah Ahqaf ni...Sayang seribu kali sayang..Kak IIah lagi????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak ke Anggerik? Tidak.. Dia dah ada pengalaman pahit aulia. Hahaaa memang reject la budak aqaf ni. Lagi? Huwaa... Awak memang tak bagi peluang akak nak tidur dengan nikmat kan. Heheee. Tapi demi awak. Esok akak akan up lagi..

      Padam
    2. I lup u laa Kak Ilah...Dah anak Keith Rajh Dhan...Memang klon laaa...hahahhaha...Kalau Gun..Dr. Maira boleh handle..soo Anggerik laa yang terpaksa mampu handle si Ahqaf..hahhaha

      Padam
  3. kelakarlah Ahqaf ni, selamba aje ajak org kahwin.... best sambung lagi.. (senyum sorang2 baca bab ni.)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahqaf the sengal! Heheee.. Esok akan menyusul next bab. Insyallah..

      Padam
  4. Adoiiiiiiii ...mengong si ahqaf.....hehehe....ilah sambung next partttt.....hahaha jadi ke diorg kawinnnn......must jadi kot...nnt s selipar dtg ugut ahqaf.....hihihihi....xsabar nk tgk diorg kawinnn....hahaja....tp yg musykil mane stok alim imam muda ilah??? Bapak syaitonnn adalah...��2⃣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehhh.. Ini stok iman muda versi umar ahqaf kak. memang beginilah limitnya. Habis baik dah tu... Kakakaka

      Padam
  5. gun nanti basuh otak si "TERUNA" awak nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tunggu si konon2 nya masih teruna itu dibasuh bada...

      Padam
  6. Haha padan muke siamang... cepat2 lah smbg he3.. saya ni tamak skit..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Thanks laling. Insyallah. Nt sis update yer...

      Padam
  8. Salam, saya sllu follow cite ni tp sbg silent reader je (sorry :-( )
    Mcm mane ek sy nak dpt noti klu ada bab br keluar..sbb klu sy msk sini kdg2
    2 bab br da up..
    Cite ni best hbs kat sini @ nak bt versi cetak.
    Thankyu :-D

    BalasPadam
  9. Best nak lagi. Sengal juga si Ahqaf....dalam nakal ada comelnya. Next n3!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xblh la bt jahat sepenuhnya. Nt dgn ilah2 sekali korang nympah..hihii. next bab coming soon...

      Padam