TERHENTI
pergerakan tangan Rizza yang ingin membuka pintu kereta sebaik sahaja ternampak
kelibat Hakim. Nampak Hakim tu dia tak hairan sangat. Tapi dia nampak Hakim
masuk ke dalam rumah dia. Darah yang sejuk tiba-tiba mengelegak. Tak guna punya
perempuan. Mentanglah dia kata esok baru dia nak balik. Berani Zara bawak
jantan lain masuk dalam rumah masa dia tak ada.
Pintu
kereta dibuka kasar dan berjalan laju masuk ke dalam rumah. Kasut pun dia main
buka je. Tak ada nak tertib-tertib sangat dah. Masuk je dalam rumah dia dengar
suara Hakim ada dalam bilik Zara. Ini yang buat dia nak mengamuk ni! Tangan digengam
kemas. Sedia nak bagi Hakim tu merasa penumbuk sulungnya. Berani buat maksiat
dalam rumah dia!
“Zara!
Kau...” Kaki Rizza terhenti sebaik sahaja sampai di depan pintu bilik.
Perlahan-lahan gengaman tangan kembali longgar.
Kelihatan
Pak Teh dan Mak Teh sedang memandang ke arahnya. Hakim yang duduk di sebelah
Zara juga memandang ke arah dia sebelum kembali menumpukan perhatian kepada
Zara. Kenapa semua orang ada dalam bilik Zara ni?
“Ha
Azrim.. Baru balik?”
Rizza
angguk sebagai jawapan kepada soalan Pak Teh. Kaki melangkah mendekati Zara
yang sedang terbaring di atas katil. Kenapa dengan Zara ni? Jantung tiba-tiba
berdegup laju..
“Kenapa
ni?” Soal Rizza. memang dia tak mampu lagi nak sembunyikan aksi dia yang
sedikit cemas. Mata pula tak lepas memerhatikan Hakim yang sedang membelek alat
penyukat suhu.
“Demam.
Tak makan pulak, itu yang makin teruk.” Jawab Mak Teh sambil membelai rambut
Zara. Wanita itu pula masih terbaring dengan mata yang tertutup.
“Demam?
Bilanya?” Jadi memang betullah Zara tak sihat. Semalam Zara dah bagi tahu, tapi
dia ingatkan biasa-biasa je. Tak sangka la pulak sampai teruk macam ni.
Rizza
ketap bibir bila tengok Hakim yang sedang merenung ke arah Zara. Sepatutnya dia
yang duduk di posisi Hakim tu. Bukannya Doktor ni! Hiss! Tapi dia bukan doktor.
Tiba-tiba je buat dia rasa nak jadi doktor sebab tak nak ada lelaki lain yang
pegang-pegang Zara.
Tapi
kenapa pulak dia nak rasa semua ni? Cemburu ke dia? Tak mungkin!
“Mak
Teh pun baru je sedar ni. Pelik. Selalunya nampak juga kain baju Zara ni
bersidai dekat luar. Tapi pagi ni tak ada, pintu rumah pulak langsung tak
terbuka. Itu yang buat Mak Teh tergerak hati nak jenguk. Tak sihat rupanya.”
Terang Mak teh satu persatu.
Rizza
memerhatikan wajah pucat Zara. Nampak muka tu berbeza dari hari-hari sebelum
ni. Teruk sangat ke dia dera Zara sampai jatuh sakit. Tapi rasanya tak ada
penderaan pun yang dia buat. Makan, pakai pun cukup dia bagi.
“Zara
sebenarnya period killer. Tapi mungkin disebabkan dia tak bangun makan, tak
cukup tidur. Tak ada ubat. Sebab tu tambah teruk ni.”
Penerangan
Hakim buat Rizza terkedu. Period killer? Macam mana pula Hakim boleh tahu.
Takkan Zara cerita benda macam tu pada Hakim kut. Kepala digeleng kecil.
Dah!
Jangan nak fikir bukan-bukan. Hakim kan doktor. Mestilah Hakim tahu.
“Kesian
budak ni..” Ulas Pak Teh yang sedari tadi berdiri di tepi katil.
Rizza
mengigit bibir sebaik sahaja menangkap tangan Hakim yang diletakkan atas tangan
Zara. Dia benci betul dengan permandangan yang satu ni. Rasa macam dia nak je
lastik tangan tu dengan getah. Apa hal sesuka hati nak pegang Zara!
“Err..Terima
kasih sebab sudi tengokkan Zara masa saya tak ada. Maaflah menyusahkan.” Ucap
Rizza berbesar hati. Hanya untuk Mak Teh dengan Pak Teh je. Untuk Hakim tak
payah. Sebab Hakim menolong sambil ambil kesempatan. Tolong ada makna!
“Marilah
kita keluar. Biarkan je Zara berehat dulu. Demam dia tak teruk sangat. Cuma
tenaga dia je yang tak ada.” Hakim bangun.
Rizza
tarik nafas panjang. Bagus! Memang dia nak suruh Hakim cepat keluar pun. Dia
dah menyumpah dalam hati. Sebagai lelaki, melihat dari cara Hakim memandang wanita
tersebut. Dia tahu ada sesuatu antara Hakim dengan Zara.
“Ha
iyelah. Marilah kita.”
Pak
Teh berlalu keluar bilik diikuti oleh Mak Teh dan Hakim. Hanya Rizza sahaja
yang masih berdiri tegak di sisi katil Zara. Terlalu berat kaki dia nak
melangkah.
“Azrim.
Mak Teh balik dulu.” Teguran Mak Teh membuatkan Rizza paksa juga kaki melangkah
keluar bilik.
Pak
Teh dan Hakim sudah selamat berada di luar rumah.
“Biarkan
je Zara tu tidur dulu. Malam ni kalau Zara tu tak sihat lagi, Mak Teh datang.”
Kata Mak Teh sambil menyarungkan selipar ke kaki.
“Datang?
Tak apalah Mak Teh. Saya ada..”
“Hiss!
Kamu ni Azrim. Kamu tu lelaki, takkan la kamu nak tidur sini pulak malam ni. Kan
tak elok tu. Malam ni kalau Zara tu tak sihat lagi, biar Mak Teh je yang jaga
dia.”
Kening
yang tak gatal Rizza garu. Apa salahnya kalau dia je yang jaga. Bukannya dia
nak buat apa-apa pun. Lagipun ini rumah dia, mestilah dia kena tidur sini. Zara
tu boleh je dia yang jaga. Dan dia memang nak jaga Zara. Ingat Hakim tu je ke
yang pandai mengubat. Dia pun reti la!
“Err.
Okey.” Rizza jawab perlahan. Sebenarnya tak okey.
“Nanti
apa-apa panggil Mak Teh ye..”
Rizza
angguk dan memerhatikan langkah Mak Teh sehingga ke pagar rumah. Panggil Mak
Teh je dia tak kisah sangat. Yang dia kisah kalau anak Mak Teh tu ada sekali.
Macamlah dia tak tahu. Nanti mesti Hakim tu yang lebih-lebih. Jangan harap dia
nak bagi Hakim jenguk Zara.
Sesuatu
yang basah di atas dahi memaksa Zara membuka mata. Tangan meraba dahi dan
sehelai tuala basah yang sedang elok melekap di dahinya dialih. Mata jatuh pula
ke atas susuk tubuh seseorang di tepi tingkap.
Rizza!
Lelaki itu berpeluk tubuh di tepi tingkap sambil merenung ke luar. Melihat dari
seluar Uniform dan tshirt kosong sendat berwarna hitam di tubuh itu dia tahu
yang Rizza baru sampai. Menyedari sesuatu, pantas dia bangun.
Paprik!
“Ha.
Dah bangun?” Soal Rizza tiba-tiba berpaling ke arahnya.
Zara
yang baru nak melangkah turun dari katil terdiam. Hanya mengangguk takut-takut.
“Pening
lagi ke?” Rizza soal lagi. Kali ini lebih lembut.
“Hmm.”
Zara angguk lagi. Takut untuk mengaku masih pening-pening. Pinggang dia pun
rasa lenguh-lenguh lagi.
Tapi
dengan Rizza, tak perlu ke dia nak meraih simpati. Faham sangat dah kelakuan
lelaki seorang ni. Bukannya ambik kisah.
Tiba-tiba
terasa tangan Rizza melekap di atas dahi dan lehernya. Cepat Zara menepis.
Terkejut!
“Amboi.
Kalau Hakim tak apa pulak.” Rizza menempelak. Tangan tetap meraba sekali lagi
dahi dan leher Zara. Degil!
“Apa
kena mengena dengan Hakim pula.”
Tak
ada mendung. Tak ada hujan. Tiba-tiba saja keluar nama Hakim. Entah apa-apa!
“Betul
ke dah sihat ni?”
“Ye..”
Zara bangun dari katil. Tangan Rizza yang cuba membantu dia tolak perlahan.
Rasa tak selesa.
“Berlagak..”
Rungut Rizza perlahan.
Langkah
lemah Zara dia perhatikan. Dah tahu sakit, masih nak berlagak kuat. Degil betul
kekasih hati Papa dia ni.
“Nak
kemana tu?” Soal Rizza ingin tahu.
“Mandilah.
Nak ikut ke?” Balas Zara. Tuala yang digantung tepi almari dia ambil.
“Ke
main lagi.. Aku ikut betul karang baru tahu.”
Zara
jeling lagi. Mengada! Tapi padan juga dengan muka dia. Siapa suruh berlagak
berani sangat. Rizza tu jenis pantang dicabar. Tahu nak memang je. Kalau Rizza
ikut betul nanti. Barulah sibuk dia nak berlakon sesak nafas.
Tanpa
mempedulikan Rizza langkah diatur ke dalam bilik mandi diluar bilik. Entah berapa
lama la dia tidur. Badan dia memang terasa skait-sakit.
Selesai
mandi Zara duduk di hadapan cermin solek. Memandang wajah sendiri yang
terang-terangan nampak tak bermaya.
“Zara.
Jom. Makan..” Ajak Rizza sebaik sahaja dia selesai menyikat rambut.
“Maaflah saya tak masak paprik awak. Sebab
awak kata nak balik esok.” Bagitahu Zara sebaik sahaja sampai ke dapur. Baik
dia bagi tahu awal-awal. Tak adalah nanti Rizza nak mengamuk.
“Okey.
Sihat nanti baru masak.”
Zara
pandang Rizza yang sedang menuang air ke dalam gelas. Pelik bila komander
tiba-tiba berubah laku. Dah dapat cahaya keinsafan kut.
“Kenapa
balik awal?” Soal Zara.
Rizza
pandang Zara sekilas sebelum mengambil gelas air dan meletakkannya ke depan
Zara. Kemudian tangan lincah menghidangkan makanan.
“Kerja
siap awal.”
Nasib
baik juga dia siap kerja awal. Tak boleh dia nak bayangkan macam mana keadaan
Zara kalau dia tak ada. Kalau jadi apa-apa memang dialah yang kena bertanggungjawab.
“Awak
masak ke ni?” Zara memerhatikan satu persatu lauk di atas meja. Ada ayam
goreng, sup sayur dengan gulai lemak ikan tongkol.
“Tak.
Mak Teh bagi.”
“Oh.”
Zara angguk sedikit. Nasib baik Rizza kata Mak Teh bagi. Kalau Rizza kata masak
sendiri. Memang dia bersorak sekarang ni juga. Gulai lemak ikan tongkol tu. Bukan
mudah nak masak.
“Kenapa
tak bagi tahu aku, kau sakit?”
“Kan
dah cakap.”
“Tapi
kau cakap pening je. Tak cakap pun sakit sebab period. Itu tak apa lagi,
sampaikan kau demam pun langsung kau tak bagi tahu aku.” Rizza meletakkan
pinggan nasi depan Zara.
Makin
bertambah berkerut dahi Zara. Semuanya Rizza buatkan untuk dia hari ni. Mood
tengah baik agaknya. Atau sebab Rizza kesian. Kalau macam ni sakit
selalu-selalu pun dia sanggup. Bukan senang nak tengok Rizza macam ni.
“Tak
apalah. Bukan teruk pun. Kan saya dah makan panadol.”
“Kau
suka la kan jiran kita tu pandang aku ni seolah tak pandai jaga kau. Lepas
tangan. Macam tu?”
“Bukanlah..”
“Lepas
ni. Walau sekecil mana pun sesuatu perkara tu. Aku nak kau bagi tahu aku dulu. Tak
boleh tidak. Mesti bagi tahu. Faham?” Mata itu memandangnya tajam.
“Okey.”
Zara menjawab patuh. Melihat cara pandangan itu pun dia tahu yang dia memang
kena patuh dengan segala arahan.
Entah
apalah yang dah jadi masa dia tidur tadi. Mungkin Mak Teh ada cakap sesuatu dngan
Rizza. Itulah yang membuatkan Rizza seolah berjauh hati. Tapi dia memang tak niat
pun nak menyusahkan sesiapa. Dia memang dah biasa macam tu. Selalunya lepas dua
hari, dia memang akan okey.
“Sakit
perut lagi?” Soal Rizza masa Zara mula menyuap nasi ke dalam mulut.
“Emm.
Sikit-sikit.”
“Selalu
ke sakit macam ni kalau time period?” Rizza pandang tepat mata Zara.
Zara
angguk. Serba tak kena pulak rasanya bila ada lelaki lain yang sibuk nak tahu
hal-hal macam tu. Lebih lagi Rizza yang bukan sesiapa pun dalam hidup dia. Dan
yang paling penting Rizza tak suka dia.
“Lepas
ni kita pergi klinik.” Cadang Rizza. Risau pula dia tengok muka Zara yang jelas
pucat. Nak harapkan dia. Dia memang tak tahu sangat bab hal orang perempuan ni.
“Tak
payah la. Esok okey la. Saya dah biasa la awak.” Tolak Zara lembut. Setakat
sakit sengugut ni. Tak perlu la kut sampai nak pergi klinik. Bukannya sakit
teruk pun. Makan je ubat tahan sakit. Okeylah.
“Kau
tak pernah check ke?”
“Tak.”
“Kalau
macam tu hari ini kita pergi. Kat sini ada satu klinik sakit puan yang bagus.”
“Rizza.
Tak payah la. Saya..”
“Okey?
Itu maksud kau?” Cepat Rizza memintas kata-kata Zara. Pandangannya tepat
memanah anak mata itu. Apalah yang susah sangat nak ikut cakap dia.
Zara
telan liur. Sudah tahu sangat perangai anak Tan Sri ni kalau ada sesuatu yang
tak kena. Tapi dia pun pelik juga bila tengok Rizza bersungguh untuk dia. Bukan
ke sepatutnya Rizza lagi suka dapat tengok dia macam ni.Apa yang ada dalam
kepala lelaki ni sebenarnya.
“Tapi
saya memang akan okey pun esok. Tak perlu la sampai nak pergi klinik.”
“Apa
yang kau takut sangat nak pergi klinik?”
Kali
ini Zara nampak Rizza sengetkan bibir. Sinis.
“Bukanlah
takut. Tapi saya..” Ayat Zara terhenti. Tak tahu apa yang perlu dia terangkan
apa Rizza supaya faham. Bukan masalah takut atau masalah lain. Tapi masalahnya
dia tak nak menyusahkan sesiapa. Dia bukannya ada penyakit kronik pun.
“Saya
apa? Kau pernah buat abortion? Sebab tu kau takut kan. Takut tembelang kau
pecah?!” Tempelak Rizza kasar.
Sakit
betul hati dia bila Zara buat perangai degil. Ajak pergi klinik pun susah.
Macam nak ajak pergi berperang. Mulalah dia rasa seolah wanita tu ada sorokkan
sesuatu dari dia.
“Rizza!”
Zara
geleng kepala kesal. Sampai macam tu sekali tuduhan Rizza pada dia. Rendah
sangat ke maruah dia ni. Selama ni Rizza nak panggil dia perempuan murah,
perempuan jalang atau apa gelaran sekalipun dia tak kisah. Tapi kalau sampai
tahap mempertikaikan tahap kesucian diri dia. Itu memang dah melampau.
“Kau
jangan ingat aku tak tahu apa yang sanggup buat Zara. Perempuan kelab malam
macam kau ni. Dengan tubuh kau tu je la yang kau pandai gunakan untuk cari
hidup senang.” Rizza membuang pandangan ke arah nasi dalam pinggan. Nafas
dilepaskan kasar.
Tak
tahu kenapa jauh di sudut hati dia. Terasa kesal dengan sikap Zara. Dia terlalu
mengharapkan yang wanita itu tidak pernah melakukan hubungan terlarang.
“Saya
tak sejahil tu Rizza.” Kata Zara dengan nada rendah. Dia tahu Rizza kesal
dengan dia. Tapi dia juga kesal dengan pandangan lelaki itu terhadap dia.
“Macamlah
aku kenal kau.”
“Sebab
tu awak langsung tak layak menilai saya.”
“Aku
tak menilai kau. Aku hanya bercakap dari apa yang aku nampak depan mata aku.
Zara. Kau.. Kau perempuan yang dah menghancurkan keluarga aku. Apa lagi yang
boleh kau bagi untuk buat papa lupakan mama aku? Hanya dengan badan kau tu je!”
Dengan nada yang tertahan Rizza meluahkan apa yang terbuku di hati.
Perit!
Sakit.
Zara
lepaskan nafas yang terasa memberat. Kepala mula rasa berdengung. Kuat Zara.
Jangan biarkan Rizza fikir yang dia hanya ingin mengambil kesempatan. Dada mula
terasa ketat. Liur ditelan berkali-kali untuk membuang rasa sebak yang mula
menjengah.
“Saya
tak sangka. Sampai begitu sekali awak memandang rendah kepada saya. Jangan
dinilai hanya dari mata kasar Rizza. Kadang-kadang apa yang awak nampak tak
semestinya perkara sebenar. Jangan berlagak untuk menjadi orang yang layak
menjatuhkan hukuman.” Zara menolak pinggan ke tepi. Selera dia dah mati.
“Makan!
Aku nak kau makan sampai habis! Jangan kau fikir semua orang mampu hidup senang
macam kau. Sebutir nasi tu bukan senang nak dapat. Lainlah kau, tak fikir halal
haram. Makan Zara!” Suara Rizza dah melengking tinggi.
Mendengarkan
jerkahan itu membuatkan hidung Zara terasa panas. Dada makin terasa sempit. Perlahan-lahan
air mata turun juga. Dengan keadaan perasaan dia yang tak stabil sekarang ni.
Memang susah untuk dia mengawal perasaan.
“Mak
dan ayah saya cukup mengajar saya erti hidup susah, Rizza..” Nasi di dalam pinggan
Zara suap perlahan. Dengan linangan air mata, bersusah payah dia menelan setiap
butir nasi yang masuk ke dalam mulut.
Kalau
ini yang Rizza mahukan. Dia akan buat. Asalkan lelaki ini berhenti meletakkan
segala keburukan ke atas dirinya.
“Sebab
tu kau pilih jalan mudah. Mak ayah kau masih belum cukup mengajar kau Zara. Kau
sebenarnya hanya tahu hidup senang, tak pernah nak cuba hidup susah.”
Makin
lebat air mata Zara mengalir. Sebak semakin mencengkam dada apabila melibatkan
arwah mak dan ayah dia.
“Kalau
itu yang awak fikirkan. Baiklah. Saya akan buktikan pada awak saya mampu hidup
susah. Saya bukan perempuan yang hanya tahu bergantung pada seorang lelaki.
Saya akan keluar dari rumah ni. Cukuplah sampai sini saja permainan awak Rizza.
Terima kasih sebab pernah selamatkan
saya. Tapi lepas ni, walau apa pun yang jadi pada saya. Tolong jangan ambik
peduli lagi.” Pinggan Zara tolak ke tepi.
Dia
memang dah tak mampu lagi nak habiskan. Kaki melangkah ke sinki untuk membasuh
tangan. Kemudian cepat dia keluar dari ruang dapur yang dirasakan begitu sempit
itu.
Namun
baru beberapa langkah dia bergerak meninggalkan ruang dapur. Terasa
pandangannya gelap. Perut memulas-mulas disertai dengan rasa mual di tekak.
Kepala yang berpusing dia pegang kuat. Cuba mengagahkan juga diri melangkah
masuk ke dalam bilik.
Apa
pun yang jadi. Dia mesti keluar dari rumah ni hari ni juga. Nekadnya.
“Zara.”
Terdengar suara Rizza dekat. Terasa bahunya dipaut.
“Lepas!
Lepaskan saya rizza. Saya bukan perempuan baik-baik. Nanti tangan awak tu
kotor!” Tangan Rizza Zara tolak kuat.
“Muka
kau pucat. Kau sakit lagi ni.”
“Biar
saya mati pun tak apa Rizza!” Jerit Zara dengan linangan air mata.
Dia
tak sakit. Tapi hati dia ni yang sakit. Besar sangat ke salah dia sampaikan dia
harus terima segala tuduhan yang langsung dia tak buat. Rizza menilai dia hanya
dari sudut pandangan negetif. Tak pernah langsung Rizza fikit positif pasal
dia. Kaki yang sedang melangkah terasa semakin perlahan. Dia geleng kepala
berkali-kali. Cuba memfokuskan pandangan mata yang semakin kabur.
“Zara!”
Terasa
lengannya dipaut cepat. Hanya suara Rizza yang sayup-sayup kedengaran selepas
itu.
Rizza
membuang pandang ke arah Zara yang sudah kembali terlantar di atas katil.
Terkejut juga tadi bila Zara tiba-tiba pengsan. Sekali lagi dia hanya mampu
melihat Hakim yang mengambil alih tugas mencempung Zara tanpa mampu berbuat
apa-apa.
“Azrim
tidur sini ke malam ni?” Soal Mak Teh perlahan.
“Ye.
Saya tidur sini aje la malam ni Mak Teh. Risau pulak saya nak tinggal Zara.”
Kali ini biar dia yang mengambil alih tugas menjaga Zara.
Cukuplah
siang tadi sakit mata dia ni bila terpaksa mengalah pada Hakim. Kalau tak
memikirkan keadaan Zara masa tu, memang jangan harap dia nak bagi doktor tu
sentuh Zara.
“Kalau
macam tu. Mak Teh pun tidur sini la malam ni. Jom la kita ke depan.” Selimut di
badan Zara dibetulkan sebelum Mak Teh melangkah keluar.
Rizza
menurut dari belakang dengan rasa serba salah. Rasa bersalah sebab dia rasa,
dialah faktor yang membuatkan Zara kembali terlantar atas katil seperti itu.
“Azrim.
Mak Teh nak cakap sikit boleh?” Kata Mak Teh sebaik sahaja melabuhkan duduk ke
atas sofa di ruang tamu.
Hakim
dengan Pak Teh pula sudah lama balik ke rumah sebelah.
“Ye.
Ada apa tu Mak Teh?” Soal Rizza serba salah. Melihat pandangan Mak Teh pun dia
dah tahu ada yang tak kena.
“Mak
Teh ni bukanlah nak menyibuk hal kamu. Tapi sebagai orang yang lebih tua. Tak
salah rasanya kalau Mak Teh menegur. Mak Teh tak nak la lepas tangan sedangkan
apa yang Mak Teh nampak. Mak Teh rasa tak betul.” Mak Teh berhenti bercakap
dengan mata yang terarah ke luar rumah.
Rizza
pun turut memandang ke arah yang sama. Dari pintu yang masih terbuka luas. Dia
nampak Mak Cik Melah, jiran sebelah kiri rumah dia sedang terjenguk-jenguk di
tepi pagar.
“Itu.
Kamu nampak?” Soal Mak Teh sambil menjuihkan bibirnya ke luar rumah.
Rizza
angguk. Memanglah dia nampak. Ketara sangat kut duk skodeng dalam rumah dia.
Dah kurang kerja agaknya Mak Cik Melah ni. Janganlah salahkan dia kalau satu
hari nanti dia baling dengan lesung batu.
“Itu
baru Melah. Belum lagi orang lain. Mak Teh ni sayangkan kamu. Sayangkan Zara
tu. Mak Teh tak nak nanti sampai ke tahap ajk masjid datang ke mari. Kamu faham
maksud Mak Teh, Azrim?” Soal Mak Teh perihatin. Terserlah sikap keibuan dalam
diri Mak Teh.
“Faham
Mak Teh.” Rizza angguk lambat-lambat.
Dia
bukannya budak umur 17 tahun. Melalui pandangan Mak Teh pada dia dan Zara pun
dia dah tahu apa yang Mak Teh cuba sampaikan. Dan dia juga tahu, memang tak
sepatutnya dia simpan Zara dekat sini. Seperti yang Zarif selalu kata, sampai
bila dia nak simpan Zara. Wanita berkenaan bukan hak dia.
“Memanglah
kamu dengan Zara tu sepupu. Tapi sepupu pun boleh kahwin. Mak Teh tengok kamu
berdua duduk dalam rumah ni, Mak Teh rasa tak sedap hati juga. Walaupun kamu
tak tidur sini. Tapi kedatangan kamu tetap mengundang pandangan orang
sekeliling. Jiran-jiran kita ni dah banyak yang sok sek sok sek. Orang lain
bukannya faham kalau kita cakap tak buat apa-apa pun. Kalau dah duduk satu
rumah tu. Takkan la tak buat apa-apa. Tak manis Azrim.”
Kata-kata
Mak Teh membuatkan mata Rizza bergerak mencari Zara di dalam bilik. Pintu bilik
yang masih terbuka membuatkan dia nampak Zara dari tempat dia duduk.
“Mak
Teh. Saya tahu saya salah. Tapi saya cuma risaukan Zara. Sebab tu saya kena juga
balik jenguk Zara dekat sini. Saya yang bawa dia kesini, jadi saya rasa
bertangunggjawab ke atas dia.” Jawab Rizza lembut.
Memang
dia yang bawa Zara ke sini. Dan dia juga sedar memang Zara tu tangunggjawab
dia. Sebab tu la kalau lebih dua hari je dia tak jenguk Zara, dia mula rasa
serba tak kena.
“Macam
ni la Azrim. Mak Teh ni bukanlah nak memandai. Tapi rasanya elok juga kalau
Zara tu pindah duduk dekat Indera Mahkota sana. Kamu jangan la risau, Mak Teh
percaya Hakim tu boleh tengokkan Zara. Dengan cara tu., kita juga boleh
mengelak fitnah. Sangka buruk orang.”
Rizza
terpempam. Lagi-lagi Hakim. Kenapalah semua orang nak meletakkan Zara di bawah
tangunggjawab Hakim. Sepatutnya dia yang lebih layak.
“Tapi
Mak Teh. Saya rasa, saya tak boleh nak lepaskan Zara keluar dari rumah ni. Saya
memang dah fikir. Kalau dia betul-betul nak kerja. Saya nak sewakan teksi je
untuk dia. Biar dia berulang dari sini je.”
“Jauh
tu Azrim. Biar aje la dia duduk sana. Hujung minggu, masa cuti. Hakim dengan
dia boleh la balik kemari.”
Lagi-lagi
Hakim!
“Saya
rasa itu lagi terbaik Mak Teh. Zara tak biasa dengan tempat ni. Saya risau.”
Dalih Rizza.
Tak
tahu lagi dia nak cakap. Mak Teh nampak bersungguh benar nak Zara pindah keluar
dari rumah ni. Atau sebenarnya Mak Teh ni ada niat nak menjodohkan Zara dengan
Hakim. Oh tak mungkin! Zara tak berhak untuk sesiapa.
“Masyallah
Azrim. Kamu ni. Habis tu kamu lagi suka kalau nanti orang bercerita pasal kamu
dengan Zara? Kamu nak ke sampai tahap ditangkap khalwat?” Mak Teh mengurut
sedikit dadanya. Lelah dengan sikap degil Rizza.
Ligat
kepala Rizza mencari alasan. Kalau bukan dengan Hakim pun. Dia tetap tak akan
benarkan Zara jauh dari dia. Mengingatkan kata-kata Zara petang tadi buat dia
makin takut. Zara tak selamat dekat luar sana.
Idea,
please!
“Saya
nak kahwin dengan Zara, Mak Teh.” Kata Rizza dengan sekali nafas.
Dia
sendiri pun seolah tak percaya ayat itu akan keluar dari mulut dia. Tapi hanya
dengan cara ini je dia rasa Zara akan terus berada disisi dia. Cukuplah petang
tadi dia rasa seolah disambar petir.
Melihat
air mata Zara. Mendengar suara Zara yang mengatakan ingin pergi dari hidup dia.
Buat dia rasa hidup ni kosong. Jantung dia sesak mencari oksigen untuk kembali
bernafas. Dia sendiri pun binggung dengan keadaan diri dia.
“Kahwin?
Maksud kamu?” Mak Teh sudah kerut kening memandang ke arah Rizza.
“Saya
akan ambil Zara jadi isteri saya tak lama lagi.” Ulang Rizza sekali lagi. Kali
ini lebih yakin.
“Betul
ke kamu ni?”
“Ye
Mak teh. Sebenarnya Zara tu memang tunang saya. Sebab tu la saya bawak dia
datang ke mari untuk cari kerja. Senang nanti dah kahwin. Dah boleh biasakan
diri dengan tempat ni.” Cepat otak Rizza memikirkan ayat.
Dia
menipu! Untuk pertama kalinya dia menipu demi seorang perempuan. Paling teruk
adalah perempuan itu pula kekasih Papa sendiri. Tapi kali ini dia nekad. Kalau
dengan cara ini dia dapat buat Zara terus bersamanya. Dia akan buat apapun. Dia
sendiri pun tak tahu sebabnya.
Dia
hanya ikut apa yang kata hati dia mahukan.
“Hmm.
Kenapalah kamu tak cakap awal-awal. Masyallah budak-budak ni. Buat benda tak
fikir panjang sungguh. Nasib baik la orang masjid tak sampai lagi ke mari.
Kalau tidak, kan dah nikah free. Ikatan pertunangan tak menghalalkan
perhubungan. Haihh! Budak-budak ni betullah.” Mak Teh mengeluh panjang.
Terkejut dengan pengakuan tiba-tiba Rizza..
Termanggu
Rizza mendengarkan kata-kata Mak Teh. Dia memang buat benda tak fikir panjang.
Main angkut je anak orang. Nasib baik pak cik kopiah tak ketuk pintu rumah.
Kalau tak.. Bergegar la Base! Kapten Azrim ditangkap khalwat!
“Maaf
Mak Teh. Tak sangka pulak boleh jadi serumit ni.”
“Memang
la rumit Azrim oi. Kamu ingat kita ni duduk dekat obersea ke.”
Rizza
tergelak kecil. Kepala yang tak gatal dia garu-garu. Obersea la sangat Mak Teh
ni. Orang nak cakap orang putih. Mak Teh pun nak juga. Kalau cikgu bahasa
inggeris dengar ni, sah Mak Teh kena piat telinga.
“Eh
budak ni! Gelak pulak dia. Hah. Pergi masuk tidur.” Arah Mak Teh.
Rizza
angguk akur. Langkah diatur menuju ke bilik. Mata sempat menoleh ke arah Zara
sebelum pintu bilik ditutup. Nampak gayanya terpaksa la dia tidur sini malam
ini. Janganlah ada sesiapa yang bocor rahsia dia tak tidur dekat Base.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan