BAB 01
BATANG tubuh yang sedang termenung di tepi tingkap dia didekati secara senyap. Kemudian tangannya naik memeluk tubuh itu dari belakang. Dan seperti selalu, pantas saja tangannya menerima satu tamparan pakej sekali dengan cubitan berapi.
“Kedekut..” Desisnya perlahan.
Nurin yang baru ingin membuka langkah, berpaling. Memberikan jelingan kepada lelaki yang sedang tersengih ke arahnya. Macam handsome sangat! “Saya mengantuk, tak ada masa nak melayan perangai gedik awak,” jawabnya malas. Tubuh tegap itu ditolak perlahan sebelum berlalu. Namun Nurin tahu, dia masih terus diekori.
Gulp! Fakri telan liur. Nurin kata dia gedik? “Abang menggedik pun dengan awak je. Kalau nak peluk tak boleh. Ha, bersembang la dengan abang ni. Takkan la itu pun gedik juga kut,” balasnya tidak mahu kalah.
Nurin kecilkan mata. Fakri gigit tepi bibir dan bergerak mendekati Nurin. Geram betul dia dengan sikap keras kepala Nurin. Ingatkan bila dah jadi suami isteri ni bolehlah Nurin terima diri dia. Rupanya masih sama macam dulu.
“Tak kira la apa pun, kalau dengan awak semua saya tak suka.” Pintu bilik Nurin tolak perlahan. Cadangnya tadi dia nak berjalan di sekitar rumah. Tapi kehadiran Fakri membantutkan niatnya. Akhirnya ke bilik ini juga dia membawa diri.
“Boleh tak biarkan saya sendirian?” sambung Nurin lagi.
Fakri buat tak dengar. Malahan terus je masuk ke dalam bilik dan selamba naik ke atas katil. Nurin kecilkan mata. Kenapalah dia boleh kahwin dengan lelaki yang tak faham bahasa!
“Tak boleh. Abang nak teman isteri abang,” jawab Fakri sambil berbaring dan menyilangkan tangan ke belakang kepala.
“Isteri? Isteri yang hanya wujud di atas kertas dan wujud di bibir awak. Tapi tidak bagi saya.”
“Siapa yang kata hanya atas kertas? Itu hanya awak yang kata. Try dulu abang ni, then baru awak boleh putuskan samada suami atas kertas atau tidak. Memanglah hanya wujud di bibir abang sebab awak langsung tak benarkan abang wujudkan suami di bibir awak.” Mata dikenyitkan sedikit ke arah Nurin yang masih berdiri tegak disisi katil. Kemudian memejamkan mata dengan senyuman yang bermain di bibir. Harap isteri degil dia ni faham la apa yang cuba dia sampaikan.
“Suami? Untuk apa? Suami yang wujud hanya atas dasar simpati..”
Pula! Ada je jawapan..
“Rasa simpati tu memang wujud, well nak buat macam mana abang seorang lelaki yang berhati perut. Tapi tanpa rasa sayang, satu ikatan perkahwinan itu juga tak akan wujud. So, I’m Adhan Fakri Bin Hashim dengan ini mengakui bahawa saya berkahwin dengan Nurin Aisyah Binti Abdullah kerana rasa sayang dan cinta. Bukan simpati semata..”
Fakri memusingkan tubuh mengiring ke arah Nurin. Senyuman diukirkan berserta pandangan lembut ke wajah Nurin. Nurin pula sudah kelu lidah. Melihat pandangan redup itu, jantungnya berdegup tiba-tiba. Hatinya terusik. Namun apabila teringatkan peristiwa hitam yang pernah terjadi di dalam hidupnya. Cepat dia mengelengkan kepala. Membuang segala rasa aneh yang cuba hadir.
“Such a guy yang suka bermulut madu kelulut. But, sorry..sikit pun tak terkesan di hati saya. Telinga saya ni dah naik jemu dengar ayat-ayat macam tu..” Tegas Nurin memuntahkan kata-kata. Kali ini dia tak akan tewas untuk seorang lelaki. Cukuplah sekali dia tersilap langkah.
“Itu janji manis lelaki. Tapi yang di depan awak ni suami. Kan beza maksudnya tu, sayang..” Lembut Fakri membalas kata-kata keras dari Nurin. Sebagai seorang suami, dia kena bijak mengawal keadaan. Dia tahu bukan senang untuk meleburkan hati Nurin yang sudah pernah mengalami pengalaman pahit. Pengalaman itulah yang menjadikan hati Nurin susah untuk ditembusi.
“Tak ada beza pun bagi saya. Lelaki hanya tahu mengambil kesempatan!”
“Tapi abang tak kan..”
“Awak pun sama!”
“Sama?”
“Awak paksa saya kahwin dengan awak sebab nak saya puaskan nafsu lelaki awak kan?”
“Oh really?” Fakri main kening pula.
“What?” Soal Nurin sambil menelan air liur. Ngeri melihat pandangan nakal mata Fakri.
“Oh.. Nafsu ye? Jadi, kahwin ni memang untuk puaskan nafsu la ye?” Kali ini Fakri sudah bangun dan bergerak ke tepi katil.
Nurin yang melihat Fakri mula bangun turut melangkah beberapa tapak ke belakang. Tangan naik memeluk tubuh bila perasan mata Fakri nakal menjelajah segenap tubuhnya.
“Kenapa tutup? Kan ke kahwin ni untuk puaskan nafsu. Jadi biarlah abang puaskan nafsu mata abang ni..” Giat Fakri bila melihat Nurin sudah mula mengelabah sendiri.
“Awak jangan nak lebih-lebih ye..” Nurin ketap bibir.
“What? Betul apa yang abang cakap.. Kan ke tadi awak sendiri yang cakap macam tu..” Kali ini Fakri sudah bangun dan berjalan mendekati Nurin.
“Jangan dekat!”
Jeritan nyaring dari Nurin menghentikan langkah Fakri. Melihat dada Nurin yang turun naik, dia tahu yang emosi Nurin mula tidak stabil.
“Nurin.. Abang ni suami awak tau..”
“Diam! Keluar!”
“Nurin..”
“Keluar!” Jerit Nurin lagi. Tangan naik memegang kepala yang mula rasa berpusing.
Fakri cuba melangkah mendapatkan Nurin. Namun langkahnya kembali terhenti bila melihat Nurin mengangkat tangan tanda tidak mahu didekati.
“Nurin. Awak okey ke?” Soal Fakri perihatin.
Keadaan Nurin yang berbadan dua membuatkan kesihatan Nurin kerap kali terganggu. Walaupun benih yang dikandungkan Nurin bukan benihnya, namun rasa sayangnya kepada gadis itu tidak pernah kurang. Malahan rasa sayangnya semakin bertambah. Dia berkahwin dengan Nurin bukan kerana ingin mengambil kesempatan. Namun dia cukup ikhlas untuk melindungi gadis teranaiya itu.
Pertemuannya dengan Nurin di rumah pelindungan milik ibu angkatnya tujuh bulan lepas telah membibitkan rasa sayang. Dari sayang akhirnya membuahkan rasa cinta. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa, gadis malang itu juga yang dia berkenan. Disebabkan rasa sayang itulah dia nekad mengambil Nurin menjadi isterinya walaupun Nurin tidak pernah bersetuju. Hanya kerana rasa terhutang budi pada Bonda Kalsom, Nurin akhirnya terpaksa menerima dirinya sebagai suami.
“Keluar..” Lemah Nurin menjawab.
Fakri mengangguk, “Okey. Abang keluar. Tapi Nurin rehat dulu..”
Nurin berjalan perlahan mendekati katil. Tangan Fakri yang cuba membantunya di tepis perlahan. Tak suka disentuh oleh sebarang lelaki. Dia rasa jijik!
“Keluar, Fakri. Please..” Pinta Nurin bila merasakan Fakri mula mendekatinya. Sikap perihatin Fakri merimaskannya.
“Okey.. But, you need anything dear?”
“No! Just go out.”
Fakri mengangguk akur mendengarkan permintaan Nurin. Langkah di atur keluar bilik. Sebelum pintu ditarik, sempat dia menoleh ke arah Nurin yang sudah memejamkan mata. Dahi itu berkerut seolah menahan kesakitan. Bukannya dia tidak simpati, malahan dia begitu ingin mengurangkan rasa sakit itu. Namun dia tahu, tindakannya itu hanya akan menambahkan rasa sakit Nurin. Baik dia jangan ikut je apa yang Nurin mahukan.
KOT yang tersarung ditubuh dia buka dan sangkut ke lengan. Tali leher yang membelit leher juga dilonggarkan. Panas terik matahari membuatkannya cepat rimas. Enjin kereta dihidupkan dan punat penyaman udara diputar ke kadar maksimum.
“Jom. Singgah makan dulu,” ajak Fahmi.
Fakri menggeleng, “Tak nak la. Nak balik makan dekat rumah.”
“Come on, bro.. Awal lagi kut nak balik. Lepak-lepak la dulu. Lama dah kut tak bergosip sekali,” pujuk Fahmi.
Fakri tergelak kecil dengan kenyataan Fahmi. Banyakklah Fahmi punya bergosip. Fahmi, inilah sahabat baik merangkap rakan kongsinya di dalam Fahmi Fakri & C.O. Syarikat guaman yang sudah hampir lima tahun mereka berdua dirikan. Dan kini syukur kerana syarikat tersebut semakin teguh berdiri.
“Nak gosip, kau pergi cari adelia. Aku tak boleh, aku nak bergosip dengan isteri aku je kat rumah.”
“Orang lain pun ada isteri juga tapi tak adalah asyik nak melekap je macam kau.”
Fakri menjuihkan bibir. Melekap konon! Itu nak perli dia lah tu. Padahal bukannya Fakri tak tahu perihal hubungannya dengan Nurin. Malahan sahabatnya itulah antara penasihat tak bergaji yang dia tugaskan untuk memujuk Nurin supaya bersetuju menjadi isterinya.
“Tak berjaya tawan lagi ke pari-pari kau tu?”
Fakri mengelengkan kepala. “Degil.. Aku cakap sepatah, dia balas dua belas patah. Aku dekat selangkah, dia lari berpuluh langkah. Huh!” Kepala disandarkan ke belakang kerusi. Rambut yang menutupi dahi ditolak ke belakang.
“Kau yang nak sangat macam tu kan. Ada yang sudi hulur tangan kau tak nak. Yang jenis suka main hide and seek tu juga yang kau nak. So, sila terima kenyataan ye bro,” balas Fahmi sambil sengetkan bibir. Pelik betul dia dengan kawan dia yang seorang ini. Rupa ada, bukannya buruk sangat pun. Tapi perempuan dari rumah perlindungan tu juga yang Fakri gilakan. Dia pun tak sempat nak fikir apa yang menarik sangat pada si Nurin tu sampai Fakri boleh angau.
Fakri tegakkan badan, signal diberikan sebelum menolak gear. Kemudian Honda City itu mula bergerak keluar dari perkarangan Mahkamah.
“Dia masih tak boleh terima kau ke?”
“Nope. Tak apalah. Aku boleh bagi dia masa.”
“Sampai bila?”
“Sampai bila-bila, sebab dia pun akan jadi isteri aku sampai bila-bila.” Untuk menerangkan apa yang ada di dalam hatinya terlalu sukar. Fakri tahu, tak semua orang akan faham keadaan dirinya. Bonda Kalsom pun pada mulanya pelik dengan keputusan dia yang tiba-tiba nak kahwin dengan Nurin. Inikan pula orang lain. Hanya dia yang tahu kenapa dia begitu menginginkan seorang Nurin Aisyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan