MATA Cik Assistant yang sedang merenung ke arahnya membuatkan dahi Ahqaf naik
berkerut. Kepala di toleh ke belakang. Kut la Anggerik nampak ada nenek sihir
ke dekat belakang dia. Tapi masalahnya sekarang ini tiada sesiapa. Jadi kenapa
Cik Assistant dia buat muka macam tu?
“Hoi!” Jerkah Ahqaf bersama dengan petikan jari betul-betul di hadapan muka
Anggerik.
Terhinjut bahu Anggerik apabila tiba-tiba suara Ahqaf menegurnya. Hilang
terus kata-kata kahwin sebentar tadi. Hilang terus wajah tampan yang menjadi
santapan matanya. Yang ada kini hanyalah wajah bad guy yang sedang memandangnya
pelik.
“Kau kenapa?”
Anggerik geleng sambil pura-pura membetulkan tudung. Malu apabila
tertangkap sedang berangan.
“Aku ajak kau kahwin aje kut. Tak perlu la buat mulut melopong macam tu.
Macam orang jakun tahu tak.” Mujur dia ada dekat kedai makan sekarang ni. Kalau
dekat tempat lain. Memang dia dah rasmikan bibir tu. Seolah sengaja bagi.
“Err. Jom. Balik.” Tanpa menunggu lama. Terus Anggerik angkat punggung.
Laju dia berjalan ke kereta Ahqaf yang diparking tidak jauh dari situ.
Jangan nak perasan Anggerik. Lelaki yang ajak dia kahwin tadi tu lelaki
yang tidak serupa orang. Itu mahkluk asing yang turun dari planet jumpiter.
Lelaki tu tak ada perasaan. Lelaki tu tak berminat dengan perempuan selekeh
macam dia. Jadi jangan nak fikir yang bukan-bukan.
“Ha? Kenapa tak masuk je? Aku ingatkan tadi kau boleh tembus. Jalan tak
tunggu tuan kereta langsung.” Bebel Ahqaf seraya meneroboskan diri ke dalam
kereta.
Pelik dia dengan sikap Anggerik. Tiba-tiba jadi kalut semacam. Ada pula Cik
Assistant tinggalkan bos jalan di belakang. Memang tak patut.
“So. Jadi tak?”
“Apa?” Wajah Ahqaf dijeling sekilas.
“Kahwin dengan aku la! Hesy dia ni...” Kata Ahqaf geram. Pedal minyak
ditekan kuat.
Kali ini wajah Ahqaf dipandang lama. Serius atau main-main bos dia ni?
Susah nak percaya dengan kata-kata yang keluar dari bibir anak Rizky Dhan ni.
Semuanya tak boleh pakai.
“Motif?” Soalnya sambil tangan memegang hujung tudung yang mengibas-gibas
ditiup angin. Boleh pula Ahqaf buka tingkap luas-luas.
“Nak bagi kau mengandung la!” Jawab Ahqaf sambil membuat aksi perut buncit.
Cermin mata hitam di atas dashboard di capai. Kemudian melekat elok di atas
batang hidungnya.
“Then?”
“Barulah aku boleh buktikan yang aku lagi hebat dari siamang tu. Ha! Biar
dia sedar diri sikit. Dia tu yang second class.”
Ringan tangan Anggerik ingin naik mengetuk kepala Ahqaf. Itu sebabnya? Dia
punyalah perasan konon tadi yang bos dia betul bersimpati. Konon yang bos dia
ni betul nak selamatkan dirinya dari Adli. Rupanya hampeh!
“Bos ingat saya ni benih bunga ke? Boleh buat testing persenyawaan!” Kalau
tidak memikirkan yang Ahqaf pernah berikan amaran. Sungguh! Memang dia nak bagi
pelempang sekali dua dekat lelaki sebelah dia sekarang ni.
Muka stone cold! Langsung tak ada rasa bersalah dengan ayat kejam sebentar
tadi.
“Kalau kau benih bunga senang. Aku tak payah ajak-ajak. Terus on! Tapi
sebab kau ni anak orang. Makanya, aku kena la ajak cara elok kan? Kan?”
Sehabis lembut Ahqaf bersuara. Cik Assistant dia ni asyik nak marah saja
tahunya. Dia berniat baik pun nak marah-marah. Tak reti langsung nak berterima
kasih.
“Huh! Malas la saya layan bos ni.” Anggerik memalingkan wajah ke luar
tingkap.
Kalau dia nak Ahqaf ni selamat. Baik dia diamkan diri. Takut nanti ada
pemandu kereta mewah maut ditendang keluar kereta. Jangan buat pasal kalau time
dia tengah geram.
“Heys!” Belum sempat hatinya sejuk. Darahnya kembali mencanak naik apabila
tangan Ahqaf singgah di atas kepalanya.
“Amboi! Aku nak betulkan tudung kau aje la.”
“Tak payah!”
“Okey! Biar je tudung kau tu terbang. Lepas tu terlungkup atas kepala
mana-mana orang Nepal. Ha itu barulah betul namanya Adijuma.”
Makin kuat Ahqaf menekan pedal minyak. Dia bukannya nak ambil kesempatan
pun. Dia berniat baik. Sentap betul bila Anggerik marah tiba-tiba. Dia ambil
kesempatan betul-betul nanti baru tahu.
“Anggerik. Kita ni tak jadi kahwin la ek?”
“Tak.” Tanpa perasaan Anggerik jawab. Wajah Ahqaf langsung tidak dia
pandang. Menyampah tengok muka lelaki tanpa perasaan tu.
“Alaaa...” Terlepas keluhan kecil di bibir Ahqaf.
Kalau tidak mesti dia boleh tunjukkan pada Adli kehebatan diri dia. Dia
memang menyampah dengan lelaki tu. Walaupun baru kali pertama jumpa. Tapi rasa
benci memang dah wujud dalam diri. Lebih lagi lepas tahu apa yang Adli buat ke
atas Anggerik. Lagilah berganda rasa benci tu.
Bunyi telefon memaksa Ahqaf menurunkan kadar kelajuan. Bersusah payah dia
cuba mengeluarkan telefon bimbit di dalam poket.
“Ambilkan telefon aku.” Arahnya kepada Anggerik apabila usahanya tidak
berjaya.
“Eh? Kenapa pula?”
“Ambil aje la. Aku takut panggilan penting saja ni.” Balas Ahqaf sambil
memuncungkan mulut ke arah poket seluarnya.
“Tak nak saya.” Mengecil badan Anggerik di pintu kereta. Gila ke nak suruh
dia seluk poket seluar anak teruna orang.
“Then. Kau pegang streng.” Arah Ahqaf lagi. Telefon di dalam poket semakin
nyaring berbunyi. Kalau lebih sekali orang berkenaan telefon. Mesti la ada hal
penting.
“Mengada la dia ni tahu tak.” Nak tak nak terpaksa juga Anggerik mengalah.
Kecil jari jemari dia cuba menarik telefon bimbit dari poket seluar Ahqaf.
Nak suruh dia pegang stereng? Memang tak mungkin la. Dia biasa pegang
stereng kereta kancil je. Mahunya mengeletar tangan dia nak pegang stereng
dengan lambang sayap burung tu.
“Thanks darling...” Meleret suara Ahqaf sebaik sahaja telefon diserahkan
kepadanya.
Namun hanya jelingan dari Anggerik yang dia terima. Nak bermanja pun tak
boleh. Huh!
“Hello.” Cepat Ahqaf menjawab panggilan.
“Hai, Ahqaf.”
“Huh!” Automatik terkeluar rengusan kasar dari bibirnya sebaik sahaja
mendengar suara di pemanggil. Stefhan!
Meleret. Menggedik. Meroyan. Meloyakan!
“You kat mana ni?” Soal si gadis.
“Kau moyang aku ke? Yang sibuk nak tahu hal aku ni kenapa?
Anggerik di sebelah sudah buat muka pelik. Apahal pula ni? Moyang Ahqaf ke
yang telefon?
“Ahqaf. You ni...”
“Aku dalam bath tub dengan wife aku. Ada masalah?”
Makin kembang kuncup hidung Anggerik. Bath tub? Wife? Bila pulanya kereta
ni bertukar jadi bath tub.
“Wow.. Sounds nice. May I join both of you?”
Ahqaf buat aksi menjelirkan lidah. Nak muntah! Kemudian dia ketawa
buat-buat.
“No. Bila aku dengan wife aku. Aku tak perlukan perempuan lain. Lebih lagi
perempuan mengelebeh macam kau.” Pelik betul dia dengan perempuan seorang ni.
Tak faham bahasa. Jangan sampai dia cakap bahasa German.
“Are you kidding me right?”
“No!” Jawab Ahqaf dan serentak dengan itu tangan Anggerik dia capai kasar.
“Auchh!” Terjerit kecil Anggerik dibuatnya.
Gila betul bos dia ni. Tiba-tiba saja tangan dia pula yang menjadi mangsa.
“Emm. Sabar yer babe...” Ahqaf melirik ke arah Anggerik dengan pakej
kenyitan mata.
Anggerik sudah kecilkan mata. Bengong! Nak mengenakan si pemanggil. Dia
pula yang jadi mangsa.
“Haaa. Dengar kan? Itu suara wife aku. Sounds nice right...” Ajuk Ahqaf
cuba meniru kembali suara meleret Stefhan.
“Well. Kalau wife you tu hebat. Takkan la you cari I malam tu.” Tidak mahu
kalah si gadis bersuara.
“Saja. Wife aku suruh testing power. Asah bakat. Lepas tu barulah aku boleh
puaskan dia.”
“Liar!”
“Whatever la selipar oi.. Listen. Kau ingat kau tu stok Marilyn Moore ke?
Please! Taraf pakai buang aku jer.”
“How dare you! Okey. Fine. Just wait and see. Jangan nanti you kutip balik
bila dah dibuang.” Melengking suara di hujung talian. Hilang terus suara yang
mengedik sebentar tadi.
Tutt!
Ahqaf melirik sekilas ke arah skrin telefon bimbit. Perempuan tu letak?
Alah. Macamlah dia hairan. Memang patutnya dari awal lagi perempuan tu fikir
ratus kali sebelum telefon dia. Ingat dia ada masa ke nak melayan. Perempuan
bukanlah sesuatu yang boleh dibawa serius. Cukup sekadar hiburan.
“What’s?” Soalnya sambil mengangkat kening ke arah Anggerik.
Dari tadi Cik Assistant dia ni pandang dia tak berkelip. Macamlah dia ada
buat salah besar.
“Siapa?” Soal Anggerik. Lantaklah kalau dikatakan menyibuk sekalipun.
“Selipar.” Sepatah Ahqaf menjawab sebelum menekan brek apabila tiba
dipersimpangan lampu isyarat.
“Selipar?”
“Haah. Selipar. Kawan aku kutip dekat tangki kumbahan.”
Berkerut-kerut dahi Anggerik. Rasanya tadi butir percakapan Ahqaf tak ada
kena mengena dengan jenama selipar. Kenapa dia rasa macam ada yang tak kena je.
Jangan-jangan itu salah seorang perempuan simpanan Ahqaf. Habis madu sepah
dibuang. Macamlah dia tak faham.
“Haa. Tu peminat awak.” Juih Anggerik apabila kelihatan gadis-gadis dari
kereta sebelah tersengih-sengih memandang Ahqaf.
Gaya macam tak pernah jumpa jantan. Tak tahulah sengih dekat kereta atau
tuan kereta.
“Biarlah.” Ahqaf buat muka tidak kisah. Rokok dikeluarkan.
“Sukalah tu orang syok dekat dia.” Anggerik menyakat. Leher meninjau tiga
orang gadis yang masing-masing sedang menayang senyum siapa paling menawan.
Tapi sayang. Sikit pun Ahqaf tak pandang.
Ahqaf memandang sekilas ke arah sekumpulan gadis yang dimaksudkan. Euww!
Stok meloyakan. Cermin mata dibuka. Sebelah tangan naik bersidai di tingkap.
“Nak pergi mana ni?” Soalnya.
Apa lagi. Tiga orang gadis terus terlonjak-lonjak kegedikkan. Ahqaf
sengetkan bibir. Budak baru nak naik. Inilah gayanya. Sikit lagi kalau
dibiarkan memang boleh jadi tarzan. Macam yang mama selalu kata pada dia.
“Have fun. Mall. Wanna to join us?” Jawab gadis yang berambut pendek paras
bahu.
Ahqaf angguk kepala sekali. Anggerik di sebelah dia jeling dengan kening yang
dimainkan. Kemudian kembali pula memandang ke arah gadis di kereta sebelah.
“Better you all pergi jumpa perunding imej kut. Belajar cara-cara nak
menjadi wanita tip tops. Bukannya down tops. Terkinja-kinja macam tu no goods.
Sebiji macam king kong baru jumpa prince charming.” Selesai berkata-kata rokok
yang masih tidak luak dijentik ke arah kereta berkenaan. Cermin mata kembali
dipakai. Kemudian cermin kedua belah tingkap ditutup.
Anggerik sudah menutup mulut. Umar Ahqaf. Mulut macam Machine Gun. Tak ada
insurans. Gadis-gadis dari kereta sebelah sudah histeria. Kali ini memang betul
jadi king kong.
“Bos. Teruk tau.”
“What’s? Betul apa? Kau tak nampak tu? Kan sama macam king kong.” Ahqaf
mencebik ke arah kereta sebelah. Gula-gula getah dikeluarkan dan dimasukkan ke
dalam mulut.
Anggerik hanya mampu mengelengkan kepala. Mata melihat aksi gadis-gadis
tadi. Cermin kereta yang memang gelap memustahilkan dia dan Ahqaf dilihat dari
luar. Nasiblah wahai gadis-gadis manis. Kamu semua dah salah pikat. Lelaki yang
dipikat adalah lelaki gurun sahara.
“Jangan confident sangat dengan taste bos tu. Perempuan rambut blonde.
Jangan nanti dapat yang black hair. Haaa.. Padan dengan muka.” Sempat Anggerik
menurunkan nasihat.
“Ah! Biarlah. Dorang tu memang sama taraf dengan selipar jamban tu.” Kata
Ahqaf dengan riak berlagak.
Elok sahaja lampu bertukar hijau. Pedal minyak ditekan dan mengaum
keretanya meluncur pergi. Meninggalkan tiga orang gadis yang masih terjerit
tidak puas hati. Sikit pun dia tak rasa bersalah. Bukan jenis dia nak berlakon
suka. Kalau tak suka. Memang dia kata tak suka. Titik!
OOMEGEE OOMEGEE ahqaf u ajak kawin mcm ajak main pondok2 je kn.. anggerik wake up wake up
BalasPadamAnggerik memang dah sedar diri tu. Lepas ni jangan harap dia nak percaya bila aqaf sebut pasal kawin..
PadamSengalll9 si ahqaffffff....ilahhh....kasi je la diorg kawinnnn.....hahahaha....up lg....seronokkkkkk...bestttt...
BalasPadamAmboi kak... Kalau ilah tok kadi. memang selamat dah dorang ni.. hahaaa.
PadamOOOOOHHHHHH kak Ilah..ni bukan version bad guy either good guy..ini naughty guy..Like father like son..I Like...Kak Ilah nak lg???wink~wink..
BalasPadamRizky dhan boyfriend akak tu baik orangnya aulia. Tak sama dengan ini budak gurun sahara...
PadamGurun sahara tu!!!!!tak boleh menahan...Rizky memang jjang laaa kak Ilah..Allah dah miang macam si Maira laa pulak...gaya saya ni..adoi...Gun punya pasal laaa..
PadamTak apa aulia. Orang disini pun lebih kurang sama ja gediknya.., Ngeee
Padamsuka222.....anggerik tu rambut blonde or black hair
BalasPadamRed hair kut bada... kikkiki
Padamwahhhhh...likey like
BalasPadamAhaaa.. Thanks laling..
PadamMulut dia celuparnya amboi..
BalasPadamTerima kasih :-D
Nak merasa kena sental dengan berus jamban aqaf ni onnie... Ngeh. ngeh.
PadamKawen3.. he3 kawenkanlah mereka...
BalasPadamKlau ilah tok kadi. Mmg selamat dh ilah nikahkn depa berdua ni...kikiiiki
PadamThanks dear...
BalasPadamBestt hihi
BalasPadamTq darling...ngee
PadamAhqaf xteruna ... Sobsobsob ������������
BalasPadamTapi dia tetap nk mengaku msih teruna zety...ngeh. ngeh.
PadamAhqnaf suka pada Anggerik tapi malu....comel
BalasPadamKembang kucup aqaf klu tau akak ckp dia comel...kikihkih.
Padam