Rabu, 17 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 13

BUNGA ros merah yang tersadai di atas mejanya Anggerik bawa ke hidung. Amboi! Bukan main wangi. Kalau untuk dia kan syok. Tapi masalahnya ini bukan untuk dia. Tapi untuk bos kesayangan dia tu. Sayang la sangat kan!
“Dapat bunga Anggerik?” Tegur Kak Mona. Setiausaha Datuk Rikzy yang kebetulan sedang lalu di mejanya.
“Bukan saya punya ni kak. Tapi itu. Raja kapoor yang dekat dalam.” Nafi Anggerik.
“Siapa bagi?” Kak Mona dah buat sesi menyibuk.
“Entah.” Anggerik angkat bahu. Bunga di tangan dia letakkan ke atas meja. Ahqaf tak datang lagi. Hari ini hari isnin. Jadi Ahqaf memang akan masuk lewat.
“Buka la tengok kad tu.”
“Tak berani saya kak. Bukannya akak tak tahu bos saya tu macam mana. Dia tak suka barang dia diusik.” Cepat Anggerik mengeleng. Memang dari tadi tangan dia gatal nak belek kad yang terselit di celah jambangan tersebut. Tapi dia sendiri sudah cukup masak dengan perangai bosnya itu. Jadi baik jangan cari pasal.
“Girlfriend dia kut...”
“Ha? Malangnya...” Anggerik jatuhkan bahu.
“Malang?”
“Yela. Memang malang la siapa yang jadi girlfriend bad guy tu. Kesian...”
Mona ketawa mendengarkan kata-kata Anggerik. Mentang Ahqaf tak ada. Selamba Anggerik mengutuk.
“Dia memang bad guy, Anggerik. Tapi dia punya admire bersusun tahu tak. Haa...” Kata Mona sambil membuat gaya menyusun kedua belah jari tangan kiri dan kanan.
Anggerik mencebik.
“Pelik kan kak. Lelaki macam itu pun orang boleh suka. Buta apa ke?”
“Yang penting sekarang ni poket kembung dik oi...”
Kali ini makin panjang cebikan Anggerik.
“Kembung tapi tak bahagia buat apa.” Pengalaman lalu memang membuatkan Anggerik lebih berhati-hati.
Rupa paras, wang ringgit tidak menjanjikan kebahagian. Dia kalau boleh mahukan seseorang yang boleh buat dia tersenyum sepanjang masa. Seseorang yang mampu mencuit tangkai hati dia dengan perasaan bahagia.
“Anggerik tak nak try ke Encik. Ahqaf tu? Akak tengok dia sesuai tau dengan Anggerik.”
“Saya dengan dia?” Soal Anggerik sambil menunding jari ke dada sendiri dan pintu bilik Ahqaf.
Mona mengangguk dengan mata bercahaya.
“Oh tidak sama sekali. Rela tak kahwin kak oi...” Kahwin dengan Umar Ahqaf? Itu memang cari bala namanya.
Mengekek Anggerik gelak apabila melihat Mona gelak besar. Bagi cadangan pun tak agak-agak. Mintak simpang malaikat empat puluh empat.
“Amboi... Sampai ke luar saya dengar suara kamu berdua.”
Mati terus ketawa Anggerik dan Mona sebaik sahaja Rizky muncul. Mona pula memang terus mencicit berlari ke meja kerjanya.
“Apa yang seronok sangat ni Anggerik. Hmm?” Soal Rizky dengan senyuman kecil. Melihat Anggerik boleh ketawa seperti itu tenang sikit hati dia. Sekurangnya dia tahu yang anak bujangnya itu tidak buli Anggerik teruk-teruk.
“Tak ada apalah, Datuk.” Anggerik tersengih segan. Tanpa sedar tangan bermain dengan jambangan bunga ros di atas meja.
Macam mana boleh tak sedar yang big bos masuk ni? Memang buruk laku betul.
“Wahh! Bunga untuk awak ke?”
“Eh! Bukan, Datuk. Ini bos punya.”
Masuk ni dah dua kali orang cakap bunga ni untuk dia. Kalau masuk kali ketiga. Rasanya memang betul akan jadi hak milik dia.
“Anak saya?” Berkerut dahi Rizky. Siapa pula yang berani hantar benda macam tu dekat Ahqaf. Memang merasa duduk dalam tong sampah la bunga tu nanti.
“Haah. Tapi bos tak datang lagi. Itu yang saya pegang dulu.” Ramah pula Anggerik menerangkan. Takut kalau dikatakan dia cuba untuk menyimpan barang hak milik orang lain.
“Tak datang lagi?” Sekilas Rizky membelek jam ditangan. Hampir pukul 11 pagi. Bagus betul perangai anak teruna dia ni.
“Hari ini kan isnin, Datuk.”
“Oh! Isnin. Lupa pula saya. Before Green Gables.” Sebut pasal hari isnin. Baru teringat akan hal yang satu itu.
“Before Green Gables?”
“Yeahh. Itu kartun kesukaan Aqaf. Isnin pukul 11 memang dia melekat dekat depan Tv. Entah apa yang menarik sangat pun saya tak tahulah.” Itulah salah satu sikap pelik anaknya. Kartun budak perempuan yang berambut oren itu boleh diminatinya.
Jatuh rahang Anggerik. Kartun? Oh my!
“Oh.. Patutlah.” Kaki dibawah meja sudah digedik-gedikkan. Menahan ketawa yang bila-bila masa saja akan terburai. Ini rupanya kenapa budak bad guy tu tak masuk pejabat. Memang terbaiklah!
Umar Ahqaf dan Kartun? Tak sesuai betul dengan imej Bad Guy tu. Patutlah setiap hari isnin tak masuk pagi. Ada agenda rupanya. Jumaat petang tak masuk entah apa pula la alasanya. Jangan kata tengok sinetron pula dah la. Memang dia gelak guling-guling nanti.


Selesai keluar dari bilik air. Bunyi telefon menghentikan pergerakan kaki yang ingin melangkah ke pintu almari. Tangan lincah mengelap rambut sementara kaki segera diatur mendapatkan telefon yang berbunyi nyaring.
Melihat nombor yang tertera. Dahinya berkerut sedikit. Tiada dalam senarai kenalan.
“Hello.” Jawabnya juga.
“Hello Ahqaf...” Suara seorang perempuan menerjah telingannya.
Ahqaf pandang skrin telefon bimbit sekali sebelum kembali melekapkan ke telinga. Perempuan mana pula yang panggil nama dia meleret sampai macam itu sekali.
“Sorry. Who’s there?”
“I’m Stefhan. Takkan you dah lupa kut...” Jawab si gadis dengan suara yang masih belum habis meleret-leret.
“Sorry. Wrong number!” Tanpa amaran terus Ahqaf matikan talian. Dia memang cukup alergik dengan perempuan gedik yang cakap meleret-leret. Cukuplah Mamanya seorang. Dia tidak perlukan perempuan lain lagi.
“Hesy! Tak faham bahasa ke apa dia ni.” Bebel Ahqaf apabila telefon berbunyi sekali lagi.
Nombor yang sama.
“Hello. Kan dah cakap. Salah nombor.” Terjah Ahqaf sebaik menjawab panggilan. Kali ini bahasa melayu dia cakap. Kut la perempuan tu tak faham apa yang dia cakap tadi.
“Ahqaf. It’s me...”
“Siapa?”
“That girls yang datang kondo you baru ni. Takkan dah lupa kut.”
Terhenti pergerakan tangan yang sedang mengelap rambut. Tuala dilemparkan ke atas katil.
“Mana kau dapat nombor aku?”Soalnya garang.
Inilah yang paling dia pantang sekali. Perempuan cari selepas selesai dia berurusan. Bagi dia tiada perempuan yang akan kekal. Sekali dia dah pakai. Jangan harap dia nak pakai lagi sekali. Lebih lagi perempuan murah. Memang layak pakai buang je.
“You guess?”
“Tak ada nak agak-agak. Cakap!” Ada hati nak ajak dia main teka teki. Ingat dia berminat sangat ke nak melayan benda remeh temeh macam ni.
“I yang ambil dari handphone you.”
“Pardon?!” Melengking suara Ahqaf. 
“Ahqaf....”
“Eh! Listen. Aku memang paling benci orang yang sentuh hak aku. Kau sedar sikit diri tu. Pelacur! Langsung tak ada hak nak sentuh barang aku.” Turun naik dada Ahqaf menahan kemarahan.
Berani perempuan tu sentuh barang peribadi dia. Mentang la dia mabuk malam tu. Sesuka hati perempuan tu ambik kesempatan. Kalau buat masa dia sedar. Memang dia campak perempuan tu keluar kondo.
“Pelacur ni juga yang you cari kan.”
“Aku bayar kau untuk layan aku satu malam. Bukannya aku bayar pakej dengan segala barang-barang aku.” Sudah buat salah tak reti minta maaf pulak.
Ingat dia hairan ke dengan suara yang dibuat-buat manja tu. Mujur perempuan tu hanya berani telefon. Kalau berani jumpa dia. Memang dia bagi penampar sekali dua. Biar otak tu beringat sikit.
“I tak kisah kalau nak layan you untuk banyak malam pun. Free pun tak apa.”
“Listen, selipar!”
“Stefhan la” Si gadis membetulkan.
“Whatever. Kau dengar sini yer. Aku tak makan benda sama tau. Bosan. Kalau kau bogel depan aku pun. Aku tak hairan. Jadi tak payah la kau nak melobi dekat sini.”
Terdengar gelak kecil si gadis dihujung talian. Makin menyirap darah Ahqaf dibuatnya.
“Well... Jumpa I dulu. Then baru you decide samada hairan ataupun tidak.” Boleh pula si gadis tawar menawar.
“Kau ni bodoh ke apa? Kan aku dah cakap. Aku tak makan benda yang sama.” Sekali lagi Ahqaf mematikan talian begitu sahaja. Panas betul hati dia dengan perempuan yang tak reti bahasa ni.
Tak sedar diri langsung. Ingat dia hairan sangat agaknya. Baik dia bersiap pergi pejabat. Dia nak sampai pejabat sebelum waktu makan tengahari. Sebelum Cik Assistant dia keluar makan dengan orang lain.
Kalau dengan Anggerik tak apa. Sebab Anggerik bukan jenis cakap meleret dan tergedik-gedik. Tak la mual tekak dia.

Sementara itu si gadis di sebelah sana sudah tersenyum penuh makna. Dapat ikan besar. Takkan nak dilepaskan begitu saja. Kalau tak dapat cara elok. Boleh buat cara kotor. Asalkan lubuk emas jatuh ke tangan. 

5 ulasan:

  1. Ohmaii u suka kartunn ahqaf so sweet..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sisi sweet seorang ahqaf sis abby... Ekekeke..

      Padam
  2. Adoii.....ahqaffff....suka kartunnn....tp tetp bennciiiiii.....xbermorallllll.....gerammmmnya

    BalasPadam
  3. Sweet macam tu pun benci lagi kak akak? Hahaaa...

    BalasPadam
  4. x sangka bad guy....suka kartun...hahaXD

    BalasPadam