Sabtu, 16 Ogos 2014

Pencuri Hati Vs Penembak Cinta

Bab 08

PANDANGAN Sabrina dan Hayati yang memandang pelik ke arahnya tidak dihiraukan. Burger McD yang masih berbaki disuap rakus masuk ke dalam mulut. Kemudian kentang goreng pula yang menjadi habuannya.
“Ara... You ni tak senonoh betullah. Malu sikit, ramai orang ni,” tegur Sabrina.
“I lapar.”
Yeah... but control la sikit. Mana perginya persona ratu you? Ini dah bertukar ratu raksasa.”
Teguran Hayati tidak diendahkan.
Urghhh... Maira sendawa kekenyangan. Kuat.
Euwww...” Sabrina dan Hayati membuat muka tidak percaya dengan kelakuan Maira.
“Buat malu la you ni...”
Maira mengangkat muka memandang keadaan sekeliling. Terdapat beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arahnya. Tidak kurang juga ada yang tersenyum lucu melihat perilakunya.
Nafas berat dilepaskan. Hilang segala imej ratunya pada hari ini. Ini semua lelaki bernama Gun itu yang menjadi penyebabnya. Kenapa sejak munculnya Gun, hidupnya sering menjadi tidak tentu arah?  
“You ni kenapa? Tak pernah-pernah buat perangai macam ni.”
Nothing. I lapar... I makan la. Itu pun salah ke...” dalih Maira. Takkan dia mahu mengaku yang dia jadi begitu sebab sakit hati dengan Gun? Jatuhlah imejnya kerana kalah kepada seorang lelaki.
“Tapi you bukan macam orang lapar. You dah macam raksasa.”
Yeah... Something's wrong with you.”
Sabrina menganggukkan kepala bersetuju dengan Hayati.
Errr... mana... Mana ada apa...” Tergagap-gagap Maira menjawab.
“Dah... gagap pula...”
Hayati dan Sabrina sudah mula mengukirkan senyuman. Memang ada yang tidak kena dengan Maira.
What?!” soal Maira meminta kepastian maksud pandangan yang diberikan oleh Hayati dan Sabrina.
“Ara... jangan nak berpura-pura. We all tahu sangat perangai you. Ini bukan diri you yang sebenar.”
“Apa maksud you, Yat? I tak faham.”
“Maira Khaisara... stop acting. We all tengok you punya reaction pun dah tahu...”
Yeahhh... makan punya banyak... sendawa kuat-kuat... Ini bukan diri you, Ara...”
Hayati menambah sebagai sokongan kata-kata Sabrina.
Maira mengeluh perlahan. Haih... mampu ke dia untuk berpura-pura di hadapan dua sahabat baiknya itu?  
Jawapannya... tidak!
“Okey... fine...”
Akhirnya Maira mengalah juga.
“I sakit hati dengan studen I. Puas hati?”
Who?”
“Studen I la. Banyak tanya betul...”
Okay fine... Gun kan...”
Maira mengalihkan pandangan mata dari terus bertentangan dengan Sabrina dan Hayati. Gun... Ermmm ke mana lelaki itu pergi? Bila jumpa sakit hati, tapi bila tak jumpa rasa hidup ini tidak seindah pelangi. Urkkk! Sejak bila dia pandai berfikir jiwang-jiwang ini.
So... Apa yang mister handsome tu dah buat kali ni?”
Stop calling him mister handsome!” jegil Maira geram. Dia punya sakit hati. Tapi Sabrina boleh buat muka kucing miang.
Okay fine. Kalau you tak suka I panggil dia mister handsome, I panggil dia mister kacak ek.”
“Setuju, setuju, setuju.” Laju Hayati mengangguk.
Whatever. But not mister handsome. Itu hanya untuk lelaki yang betul-betul mencukupi syarat sahaja. Diulang sekali lagi, hanya cukup syarat sahaja,” tutur Maira lambat-lambat. Sengaja ditekankan perkataan syarat supaya dua sahabatnya itu faham.
“Okey, dear... Balik kepada topik asal...”
“I sakit hati sebab dia tak datang sesi latihan tarian.”
“Laaa... Okeylah tu. You kan memang tak suka menghadap muka dia. Bila dia tak datang, you buat muka ayam penyek pula. Rindu-rinduan. Arghhh tak faham I dengan you ni. Mana satu yang betul sebenarnya ni...”
“Yat, apa you melalut ni? Bila pula I cakap rindu-rinduan segala? Over la you ni.”
“Eh, betul apa yang Yat cakap. You juga yang cakap tadi, Gun tak datang. You jadi macam ni sebab rindu tak dapat tengok muka dia kan?”
“Masalahnya... Tak betul!!!”
Ya Allah, kalau dia tak sabar, rasanya mahu sahaja dia lipat-lipat dua orang perempuan di depan mata dia ini. Lipat, masuk ke dalam tong... tutup rapat-rapat.
“La pula. Habis tu kalau tak betul? Yang nak sentap sangat ni kenapa...”
“I sakit hati sebab kalau dia tak datang, macam mana sesi latihan tu nak berjalan lancar? Besar harapan I nak menang dalam contest tu tahu tak?”
Euwww baru sehari kut dia tak datang sesi latihan, you dah hot semacam. Adakah ini bermakna, you memang mengakui yang Gun lebih hebat daripada you. Kalau dia tak ada, kelas you takkan menang. Macam tu?”
Kecil mata Maira mendengar perkataan yang keluar dari bibir Sabrina.
“I tak maksudkan macam itu la. I cuma tak nak dia tarik diri saat akhir. Susah la I nak kena aturkan semula step tarian. Masa makin singkat, mana I nak cari pengganti.”
“Okey... faham...” Hayati mengangguk perlahan kepala sambil meletakkan jari telunjuk di bawah dagu. Gaya seperti berfikir masalah negara.
“Ala, you jangan la risau sangat. Marah-marah ni tak elok la. Fikir positif. Mungkin dia demam ke, ada emergency kes ke... Ha, kita tak tahu apa masalah dia. Sebelum ini walau apa pun cara you layan dia, dia tak pernah lagi buat perangai, kan? Cuba fikir balik, mungkin ada perkara yang buatkan dia kecil hati.”
Hmmm... betul juga cakap Hayati. Mungkin Gun memang berkecil hati dengannya. Tapi takkan kerana perkara sebegitu pun nak merajuk? Dia kan lelaki, kenalah kental.
Yeah... mungkin betul juga cakap you tu. Tapi tak perlu la kut nak merajuk-rajuk bagai. Tak jantan langsung.”
“Ha kan... Ara, Ara. Kita tak boleh la nak samakan hati orang lain dengan hati kita. Mungkin bagi you perkara tu kecik, tapi bagi orang lain, perkara tu besar. Apa you dah buat sampai mister kacak I tu merajuk?”
“I cuma tegur dia dalam kelas. I sibuk mengajar dekat depan, dia pula sibuk nak tengok gambar tak senonoh dekat telefon. I tahu Fetty tu kekasih dia, itu hak dia. Tapi tengok la time habis kelas.”
“You rasa tercabar ke? You rasa Fetty lagi menarik daripada you, walaupun sekadar gambar.”
No. Of course not. I cuma rasa meluat, I tak sangka dia lelaki racun perosak. Itu aje. Tak ada kaitan dengan rasa tercabar atau tak.”
“Macam mana you tahu? Dia tunjuk gambar tu dekat you?” soal Sabrina.
“Tak. I tengok dalam iPhone dia.”
“You ambil iPhone dia?”
Errr... tak... I rampas telefon tu dan tengok. Tapi tu bukan niat asal I. I cuma nak tahu apa yang dia tengok. Bukan nak tengok sangat gambar-gambar dia dengan Fetty. Kalau I tahu, sumpah I pun tak hingin la.”
Owh, my... Ara... You dah langgar privasi dia. And one more thing, dia memang tak berniat nak tunjukkan gambar tu pada sesiapa. Hanya untuk simpanan dia. Tapi you yang dah pandai-pandai buka iPhone dia.”
“Ya, aku tahu aku salah. Tapi I jadi menyampah bila dia tak mengaku Fetty tu girlfriend dia. So, Fetty tu apa? Perempuan simpanan.”
Wait. Don’t tell me you cakap Fetty perempuan simpanan dia depan-depan Gun.”
“Memang betul pun. Dah dia tak mengaku girlfriend, so perempuan simpanan la.”
“Ya Allah, Ara...”
What?!”
Kenapa pula Sabrina dan Hayati ini main tepuk dahi masing-masing? Salah ke apa yang dia cakap?
“Salah. Memang salah. You memang dah buat salah, Ara.”
“Salah apa pula? You jangan nak jatuhkan kesalahan pada I pula, Rin.”
“Salah. Sebab you dah cakap Fetty macam tu. Tak kira la macam mana pun perangai seseorang tu, kita tak boleh nak pandai-pandai menilai. Lebih-lebih lagi kalau betul Fetty tu memang kekasih dia. Apa perasaan you kalau orang cakap Fatah tu lelaki simpanan you?”
“I tendang dia sampai ke Laut China Selatan! Fatah I bukan macam tu,” jawab Maira laju dan yakin.
“Tahu pula you marah. Itulah perasaan Gun bila you panggil Fetty dengan gelaran tu.”
Erkkk! Alamak... Maira. Apa yang kau dah buat ini? Memang betul-betul salah dia ke kali ini?
“Hesy. Girls... Habis tu betul la salah I ya?”
“Memang!!!”
Wah... begitu bersemangat Sabrina dan Hayati menjadi hakim. Siap menepuk meja lagi. Kalau ada tukul, harus tukul yang diketuk ke atas meja.
“Tapi kenapa dia tak mengaku? Dah buat salah, nak mengelak. Dalam gambar tu dah terang lagi bersuluh dia buat tak senonoh dengan Fetty.”
Hohoho... Selagi boleh membela diri, selagi itu dia akan mengelak.
“Apa yang Fetty dan Gun buat?”
“Tangkap gambar tak senonoh.”
“Terangkan secara terperinci please...” pinta Sabrina berlagak seolah-olah inspektor sahab.
Yeahhh. Bergambar berdua atas katil. Jelas lagi dalam kepala aku ni. Fetty tu landing dekat dada Gun. Kalau dah berdua atas katil macam tu... you all fikir sendiri la. Geli okey I nak terjemahkan.”
“Gun pakai macam mana?”
“Pakai baju la... Nasib bukan bogel. Kalau tak... ketumbit mata I ni.”
Then, Fetty?”
“Macam biasa. Still pakai baju walaupun seksi tahap kuasa dua. Macam selalu tu la.”
“Sah! Kali ini memang sah. Sah kau salah.”
Tepat jari telunjuk Sabrina di hadapan biji mata Maira yang terpinga-pinga. Tadi sah... Sekarang sah salah pula. Tak paham... tak paham.
“Kenapa pula aku yang salah?”
“Salah la sebab kau dah tuduh perkara yang belum sahih. Kau sendiri cakap tadi, dua-dua berpakaian lengkap. So, apa yang tak senonohnya? Setakat sandar dekat dada, jangan nak hairan sangat boleh tak? Fetty tu memang jenis manja melekat pun... Lagipun Gun bukan Islam, maybe Fetty pun. So tak hairan kalau tangkap gambar mesra-mesra macam tu. Sedangkan you dengan Fatah pun melekat-lekat juga kan?”
Terkedu Maira mendengar huraian panjang lebar daripada Hayati. Ya... dia yang terlalu cepat menuduh. Kerana rasa sakit hati yang mendahului akal fikiran, dia tidak mampu berfikir panjang. Betul, dia dengan Fatah juga kadangkala beraksi terlampau. Cuma yang bezanya tidak sampai ke tahap atas katil. Tetapi melihat sahaja gambar mesra Gun dan Fetty, dia pula yang melenting tidak tentu hala.
Hmmm... Okey, I mengaku salah. So apa lagi yang perlu I buat? Perkara dah jadi.”
Say sorry dekat dia la.”
Why should I?”
Yeah. Memang harus. You yang salah kan? Rendahkan ego you. Ingat, Ara... Perempuan yang betul-betul cantik, harus cantik luar dan dalam. Pergi ke rumah dia, dan minta maaf. Itu aje caranya.”
“Pergi rumah dia? No!”
Tidak. Kalau sampai tahap harus menyerah diri sehingga ke depan pintu rumah, bukan itu caranya. Tapi betul cakap Sabrina, perempuan yang benar-benar cantik haruslah cantik luar dan dalam.
“Kalau you still rasa nak menang dalam contest tu, I rasa you tak perlu fikir dua kali. You pergi aje rumah dia, dan minta maaf.”
Kali ini Hayati pula yang membuatkannya semakin rasa bersalah.
“Jatuh la maruah I nak minta maaf dekat anak murid sendiri.”
No. Sebaliknya kami akan makin rasa hormat dekat you, sebab you dah berjaya menjadi seorang perempuan yang sempurna. Sempurna luaran, dan dalaman. Come on. You can do it.”

Semakin berat helaan nafas Maira. Haruskah kali ini dia merendahkan ego untuk seorang lelaki bernama Keith Rajh Dhan? Tetapi jika benar dia yang salah, memang seharusnya itu yang perlu dia buat. Minta maaf kemudian pujuk Gun untuk kembali berlatih. Memenangi pertandingan kebudayaan, sekaligus mencipta rekod dirinya sendiri sebagai guru yang berjaya. Akhirnya senyuman persetujuan terbit dari bibir Maira. Keith Rajh Dhan... awak akan jadi lelaki pertama yang berjaya mendapatkan perkataan maaf daripada Maira Khaisara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan