Isnin, 4 Mei 2015

Bukan Kekasih Tetapi Isteri-Bab 13



MEE tom yam di dalam mangkuk Rizza gaul malas dengan menggunakan garpu. Dari tadi lagi dia menghadap mangkuk ni, tapi satu apa pun masih tak masuk dalam mulut. Zara. Entah apalah yang budak tu tengah buat dekat rumah sekarang ni. Ini sah Zara tengah mengerjakan rumah dia.
Semalam sempat dia jenguk ke dalam rumah. Memang berbeza habis. Nak melangkah masuk, tapi disebabkan jiran sebelah kiri dia tu ada depan rumah. Terus terbantut niat dia.
“Kau kenapa? Dari tadi seurat mee pun tak masuk lagi dalam mulut.” Soal Zarif sambil menyisip air limau suam.
“Mee ni panas lagi.” Rizza bagi alasan.
“Panas? Sini aku rasa.”
Belum sempat Rizza menghalang mangkuk mee sudah bertukar tangan. Zarif menyudu sedikit kuah tom yam ke dalam mulut. Sekali. Dua kali.
“Tak pun. Okey je.” Komen Zarif.
“Itu kau. Bagi aku panas.” Mangkuk mee tadi Rizza tarik semula.
“Sejak bila jadi manja sangat ni. Atau kau rindu dengan masakan cik adik manis. Kalau rindu. Balik aje la bro.” Zarif gelak segaris.
Rizza jeling sebagai amaran. Jangan nak mula ye.
“Hmm. Entahlah...” Rizza mengeluh. Inilah penyakit dia sekarang ni. Asyik nak mengeluh je. Dia rasa macam ada sesuatu yang berat atas bahu dia sekarang ni.
“Tak settle lagi hal dia nak kerja tu?”
Rizza geleng. Macam mana nak selesai kalau dia asyik mengelak untuk berbincang. Jawapan dia sebenarnya TAK BOLEH. Tapi mengenangkan Mak Teh, dia jadi segan pulak.. Itu yang buat dia rasa serba salah.
“Apa susahnya. Bagi aje la. Kau pun. Cuba la jangan merumitkan keadaan. Tengok, kau juga yang susah hati. Sampai makan pun dah tak lalu.” Zarif geleng-geleng kepala. Nasi goreng  dalam pinggan disuap dalam mulut.
“Bukan masalah kerja sekarang ni. Tapi masalah dia nak pindah keluar. Itu aku tak boleh.” Belakang tengkuk Rizza gosok-gosok. Tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk dia terangkan pada Zarif.
“So? Bagi aje la. Dia bukan bini kau pun. Kalau dia keluar pun, tak jatuh dosa pun atas dia. Kau tu yang jatuh dosa. Simpan perempuan yang bukan hak kau.”
“Kau tak faham.” Rizza menyandar lemah.
Memang la Zara tu bukan sesiapa dalam hidup dia. Dia memang tak ada hak sikit pun ke atas diri gadis itu. Tapi sejak hari pertama dia bawa Zara datang dalam hidup dia. Dia rasa sesuatu. Dia sendiri tak tahu. Cuma dia rasa takut nak biar Zara jauh dari dia. Dia nak Zara jadi hak dia sampai bila-bila.
Walaupun dia geram. Sakit hati. Benci. Tapi dia tetap nak Zara ada dengan dia.
“Macam ni aje la Azrim. Sekarang ni, aku nak tahu. Kau bagi ke tidak dia nak kerja?”
“Kalau area dekat rumah aku tu tak apalah. So, tak adalah dia sampai kena pergi Indera Mahkota sana. Tak nampak di mata aku, entah apalah yang dia buat nanti. Risau aku.” Luah Rizza.
“So, kalau dia nak kerja kau bagi? Cuma kalau dia nak keluar dari rumah tu aje la yang kau rasa berat hati?”
“Bukan berat hati la..” Rizza bersandar lemah ke kerusi. Dia cakap lain. Zarif memandai buat spekulasi lain. Dia bukan berat hati. Tapi memang tak ada hati pun nak bagi.
“Azrim. Macam ni la, aku rasa kan. Kau bagi aje la dia kerja. Tapi..” Zarif matikan ayat. Sambung suap nasi goreng ke dalam mulut.
Rizza angkat kening pandang Zarif. Menunggu ayat seterusnya. Boleh pulak Zarif main cakap separuh-separuh.
“Kau sewakan je teksi untuk dia sebulan. Suruh je teksi tu hantar dan ambik dia hari-hari. So dengan cara tu, Zara tu tak akan kemana. Dan paling penting, Zara kesayangan kau tu akan sentiasa jadi suri di rumah kau tu. Ha. Amacam?” Kata Zarif dengan mulut yang penuh dengan makanan.
Rizza terdiam. Sewa teksi? Okey juga. Takkan la dia nak belikan Zara kereta pulak. Melampau la tu. Lagipun dia memang ada kenal pakcik yang bawa teksi. Memang boleh percaya la.
“Kau rasa Zara tu nak ke?”
“Haiii bro! Bukan ke dia tu di bawah kawalan kau? Dia terhutang nyawa dengan kau. Perlu ke minta persetujuan dia? Kalau rasa nak kerja, naik teksi. Kalau tak nak. Tak payah kerja.”
Rizza tegakkan badan. Menggosok dagu. Bijak juga Zarif ni. Tak pernah pulak dia terfikir pasal idea ni. Tak kisah la kena berhabis pun. Asalkan Zara ada depan mata. Membayangaan senyuman Zara bila dekat dengan Hakim. Heee! Buat dia rasa nak bawak Zara tu lari ke Pakistan.
“Kau rasa, selamat ke Zara tu kerja dekat klinik tu?”
“Maksud kau?”
“Yela. Kalau Adila jumpa dia macam mana?”
Perkara lain dia tak kisah sangat. Hanya satu perkara tu je yang buat dia risau. Dia tahu, tak selamanya dia akan mampu sorok Zara. Lambat laun mesti Adila akan jumpa Zara juga.
“Sekarang ni Adila tahu ke kau bawa Zara ke sini?”
Rizza geleng.
“Tak. Farez cakap, adik aku tu tak pernah pulak keluar dari KL. Kiranya memang tak tahu la kut.”
“Then, buat apa kau nak risau. Farez kan ada tukang bagi maklumat. Kalau kau rasa keadaan tak selamat. Kau bungkus aje la Zara tu simpan bawah ketiak.”
Zarif gelak nakal. Siap main angkat kening lagi.
Rizza juihkan bibir. Masak sangat dah dengan perangai sengal Zarif.
“Thanks, bro.” Rizza senyum sambil angkat ibu jari.
“Thanks je? Ini? Bayar eh.” Zarif pusing-pusingkan jari telunjuk merujuk kepada makanan di depan mata.
Rizza angkat bahu. Apa ada hal. Setakat Nasi goreng yang harga tak sampai empat ringgi tu. No hal la!
“Seminggu aku belanja kau!” Rizza memetik jari.
Zarif angkat ibu jari sambil tersengih lebar.
“Anak Tan Sri kut. Sebulan belanja aku pun tak luak kut duit kau tu.”
“Syhh!” Rizza letak jari ke bibir. Mata memandang ke sekeliling
Zarif tutup mulut cepat. Baru sedar tersalah cakap.
“Tempat kerja ni Rif. Kau ni..” Tegur Rizza.
“Sorry. Aku terlepas..” Zarif sengih.
Rizza pandang suasana kafe yang semakin lengang. Nasib baik meja sebelah tak ada orang. Kalau tak buat kantoi je. Tak ada yang tahu kut dia ni anak siapa. Cukuplah orang kenal dia sebagai Kapten Azrim. Bukannya Rizza Azrim Bin Tan Sri Rahman Syah.
“Jadi ke pergi base gong kedak?” Soal Zarif masa Rizza tengah sudu mee ke dalam mulut. Baru terasa lapar.
“Jadi.” Rizza angguk sekali.


Selimut Zara tarik sampai ke leher. Cuba memanskan badan sendiri. Perut yang mencucuk dan pinggang yang sengal-sengal dia tekan dan picit-picit. Ini selagi tak cukup dua hari. Sakitnya memang macam inilah. Tak akan hilang.
Bunyi telefon bimbit di ruang tamu membuatkan Zara mengeluh. Telefon dekat luar pulak. Malas betul dia nak bangun. Tapi sebab takut Rizza yang telefon, dia gagahkan juga diri untuk bangun. Kalau tak angkat nanti bising pulak orang tua tu.
“Hello..” Jawab Zara sebaik sahaja menekan butang jawab. Badan direbahkan ke atas sofa.
“Kat mana?” Soal orang di sebelah sana, dingin.
Kan betul dia!
“Rumah...” Jawab Zara lemah. Pening. Rasa nak muntah. Kenapalah dia perlu lalui sengugut ni setiap bulan.
“Ini tak lain tak bukan, kau tidur la kan! Dengar suara pun dah tahu.”
“Hmm.” Zara jawab ringkas. Malas nak bertekak.
Biarlah apa Rizza nak fikir apa pun. Lelaki seorang tu kalau rasa ada kepentingan barulah nak berbaik dengan dia. Kalau tak asyik nak menyinga je. Dulu-dulu dah terbiasa tidur dalam kandang singa agaknya.
“Dengar sini. Hari ini aku tak boleh nak balik. Lusa baru aku tengok kau. Jangan kau nak ambik kesempatan pulak nak merayap. Duduk rumah! Jangan nak keluar.”
Zara julingkan mata. Kan! Baru dia cakap. Dah keluar suara petir tu. Tahu nak marah je. Selalunya tu tak jenguk dia sampai tiga hari tu..tak ada pulak dia nak telefon bagi tahu. Ini sibuk pulak!
“Ye..” Zara akur.
“Kau jangan nak ye. Ye. Kalau aku tahu kau keluar. Kau siap! Aku hantar kau balik KL.”
Zara betulkan pembaringan. Main ugut-ugut pulak. Hantar aje la! Dia tak suruh pun Rizza bawak dia sampai ke sini. Kalau bab mengugut memang lelaki tu juara.
“Bebel je tahu.” Kata Zara perlahan lebih kepada diri sendiri. Saat yang sama telinga Zara dapat menangkap bunyi pesawat yang membingitkan telinga.
“Apa dia?” Soal Rizza sedikit terjerit. Mungkin cuba melawan bunyi tesebut.
Zara mengeleng kecil. Kalau dia yang dalam telefon pun boleh dengar sekuat itu. Rizza lagilah.. Lama-lama boleh mewarisi penyakit pekak Rizza ni.
“Tak ada apa.” Kata Zara setelah bunyi pesawat itu semakin sayup-sayup.
“Kau ni kenapa? Takkan tak habis mamai lagi?”
“Tak ada apalah.” Sekali lagi Zara ulang. Banyak pulak Rizza ni bertanya. Dia dah la tak larat ni.
“Bangun! Jangan nak membesarkan punggung je. Tidur je tahunya! Aku tengok kau dah kembang macam kiambang tahu tak!” Rizza menjerkah lagi.
Zara mencebik. Asyik menjerkah je tahunya. Rizza ni sesuai jadi komander tentera darat sebenarnya. Bukannya kapten Tudm. Suka sangat terjerit terlolong macam badut sarkas. Memang malang la siapa yang jadi isteri lelaki macam ni.
“Ye.” Sesuka hati je cakap dia macam kiambang. Dia bukan duduk rumah makan tidur je. Banyak benda dia buat. Rizza apa tahu!
“Tak ada ayat lain ke kau nak cakap? Aku cakap ayat berderet-deret. Kau balas secoit je?”
“Hmm.”
“Kau sengaja kan nak bagi aku marah?”
“Tak..”
“Zara!”
Zara kerut dahi menahan perut yang semakin sakit. Masa macam inilah nak cari gaduh. Dia balas pendek-pendek maknanya dia malas nak bertekak la. Rizza pulak paksa dia suruh bercakap banyak tu kenapa. Tak faham betullah dia dengan anak Tan Sri Rahman Syah ni!
“Apanya Rizza?” Soalnya malas. Mujur juga Rizza tak ada depan dia sekarang ni. Kalau ada mesti dia boleh nampak muka bengis yang lelaki tu tayangkan.
“Hiss kau ni! Cakap la panjang sikit. Kau sengaja nak buat aku ni macam syok sendiri kan.”
“Tak la.”
“Balas la panjang sikit!”
“Rizza. Awak ni.” Hal balas ayat pendek pun nak jadi hal ke. Ya Allah. Kurniakanlah dia dengan kesabaran yang tinggi. Ini ada juga nanti hilang sifat keayuan dia.
“Apa? Aku apa?”
“Tak ada apalah.”
“Hiss!” Zara dengar Rizza merengus.
Zara pejamkan mata. Suasana antara dia dan Rizza diam untuk seketika. Hanya sesekali kendengaran bunyi kenderaan lalu lalang di hujung talian. Tertanya-tanya juga dia, mudah sangat ke kerja kapten seorang tu. Ada banyak pulak masa nak telefon dia. Kalau telefon nak menyenangkan dia tak apalah. Ini makin menambahkan sakit dia je.
“Zara. Aku tak ada ni kau jangan sesekali keluar rumah. Ingat!” Rizza bersuara setelah hampir dua minit mendiamkan diri.
“Tahulah.”
“Adila sekarang ni tengah cari kau lagi. Kau jangan nak cari pasal.”
“Mana awak tahu?” Tegak sedikit kepala Zara sebaik sahaja mendengarkan nama Adila disebut.
“Adik aku. Aku tahu la!”
Zara cebik bibir. Orang tanya elok-elok. Dia nak marah-marah pulak.
“Bukannya saya ada nak kemana pun.”
“Kau tu bukannya pasal. Nampak jantan pakai Ferarri karang. Laju je kau mengekor.”
Kali ini Zara sengetkan bibir pula. Tak habis-habis nak mengutuk dia. Tahulah dia ni bukannya perempuan baik. Kalau tak memikirkan ancaman Adila. Memang dah lama dia angkat kaki dari sini.
“Hmm.” Pendek balasan yang Zara bagi. Malas nak melayan kerenah orang lelaki membebel.
“Kau ni kenapa? Selalunya kau pandai je menjawab panjang lebar. Sampai penuh satu kertas kajang..”
“Saya tak sihat ni.”
“Sakit apa pulak?”
“Pening je.” Bohong Zara.
Takkan la nak cakap period killer. Bukannya Rizza tu faham apa pun. Lagipun dia tahu kalau terus terang pun bukannya Rizza peduli. Dia ni bukan sesiapa pun. Agaknya makin bersorak Rizza sebab tengok dia lembik macam ni. Dia pulak kalau masa macam ni hati cepat je tersentuh. Cepat je nak touching.
“Banyak tidur memang la pening!”
Zara tepuk dahi sendiri. Ha kan!
“Yela. Apa-apa aje la.” Zara mengalah. Apa dia cakap ada je yang Rizza nak balas. Semuanya nak meletakkan kesalahan ke atas dia. Ingat dia nak sangat ke sakit macam ni. Rizza tak rasa memanglah boleh cakap.
“Panadol ada je dalam kabinet tv tu. Dalam laci bilik aku pun ada.”
Tercuit hati Zara mendengar kata-kata Rizza. La! Ambik berat juga pasal dia. Ingatkan tadi nak tepuk tangan sebab dia sakit. Tapi ada juga sikap perikemanusian lelaki baran seorang ni..
“Kau jangan nak perasan aku risau pulak. Aku cuma nak kau cepat sihat. Nanti aku balik aku nak kau masak paprik untuk aku. Jangan nak bagi alasan pening.”
Hilang terus rasa teharu sebentar tadi. Rizza ni memang hantu. Macam tahu je apa yang tengah dia fikir. Kalau dah namanya Rizza Azrim tu. Egonya memang di tangga paling teratas! Pasal makan je baru nak pandai lembut lidah. Benci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan