Sabtu, 6 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 07




RASA nak menangis. Rasa nak menjerit. Rasa nak meroyan pun ada. Itulah perasaan Anggerik tika ini. Wajah kedua manusia yang berada di hadapannya kini juga dia tak berani nak pandang. Tahu sangat dia akan lembut hati. Dua manusia depan dia ni memang ada kuasa yang besar untuk mempengaruhi. Terutama sekali yang di sebelah kiri.
“Anggerik...”
Ha kan!
Anggerik gigit bibir. Dah keluar suara yang mampu melembutkan jiwa tu.
“Bukanlah saya tak suka awak bekerja sebagai pembantu saya. Tapi di Fetriz Holdings juga memerlukan awak.” Lembut Maira memujuk. Bimbang jika Anggerik terasa hati.
Dia sendiri juga begitu menyenangi akan sikap Anggerik. Walaupun berat hati untuk melepaskan si gadis pergi. Namun dia terpaksa. Kalau dia buat degil. Nanti kalau si anak tunjuk sikap degilnya. Dia juga yang tak terlawan.
“Beginilah Anggerik, saya tahu yang anak saya tu memang degil. Nakalnya ya ampun. Tapi bila dia kata dia mahukan awak as he assitant. Saya tahu itu bermakna dia percayakan awak. Jadi awak akan mudah untuk bekerjasama dengan dia.” Kali ini Rizky pula yang membuka mulut. Kasihan melihat riak serba salah si isteri.
Anggerik angkat muka perlahan-lahan. Kedua belah tangan saling bergumpalan di bawah meja.
“Dato. Saya bukan tak nak kerja dengan anak Dato tu. Tapi saya.. Err..” Makin bergumpal tangan Anggerik. Otak ligat memikir. Please idea!
“But What Anggerik? Tell me?” Soal Maira tidak sabar.
“Ya Anggerik. Bagi tahu kami, apa yang membuatkan awak tak nak terima tawaran ni.” Rizky pula yang sambung menyoal.
Anggerik gelisah sendiri. Wajah pasangan suami isteri dihadapannya dia pandang sambil tersengih serba salah. Idea tak datang lagi ni. Apa alasan yang dia nak bagi.
“Dato. Boleh saya tanya sesuatu tak?”
“Okey!” Cepat Rizky bersetuju.
Maira disebelahnya juga turut mengangguk.
“Err. Jangan marah tau.”
“No, Anggerik. Just tell me. What’s do you want to know? Gaji? Transport? Kemudahan yang disediakan?”
Kali ini tangan Anggerik sudah naik ke udara. Digoyangkan ke kiri dan kanan di hadapan Rizky. “Bukan!” geleng Anggerik.
Maira menepuk perlahan tangan Rizky. Apa yang tak sabar sangat suami dia ni. Gelojoh!
“Then, what’s?” Sepenuh perhatian Rizky tertumpu kepada gadis berkulit cerah di hadapannya.
“Err..” Anggerik masih tergagap. Nak tanya ke tidak.
“Anggerik...”
“Aqaf tu pernah rogol orang tak?”
“What?!”
Bergabung serentak suara Rizky dan Maira. Soalan Anggerik memang betul-betul boleh buat jantung lupa nak mengepam darah. Terbaik punya soalan. Rizky pandang wajah si isteri yang masih dengan muka tidak percaya. Kemudian Anggerik yang tergaru-garu pula yang menjadi persinggahan matanya.
Tidak lama. Terbit ketawa kecil dibibirnya. Dari kecil menjadi besar. Anggerik yang tersangatlah selamba apabila berbicara. Jujur yang teramat sangat. Patutlah anak teruna dia tu mengelisah.
“Anggerik. Anggerik...” Kepala digeleng sekali.
“Abang..” Tegur Maira. Rizky kalau dapat ketawakan orang. Memang dialah juara. Tak ingat apa dah.
“Anggerik. Saya tahu anak bujang saya tu nakal. Tapi dia tak jahat.” Kata Rizky setelah tawanya sedikit reda.
“Tapi dia sangat nakal...” Balas Anggerik berlapis. Senang kata jahat! Mr.bad guy. Tapi takkanlah dia nak cakap macam tu pula.
“Itu ke yang buat awak takut nak terima tawaran ni? Takut kalau Ahqaf rogol awak. Macam tu?” Soal Rizky lagi.
Anggerik diam seribu kata. Memang itu yang dia takut. Sedangkan di depan Rizky dan Maira pun tangan tu menjalar punya laju. Inikan pula kalau hanya ada dia dan Ahqaf. Rasanya dia tak akan selamat. Itu yang buat dia fikir berpuluh kali.
“Anggerik. Ahqaf tu anak saya. Awak pula tanggungjwab saya. Fetriz pula adalah kepunyaan saya. Jadi awak tak perlu risau apa-apa. Saya ada... Ahqaf tak akan buat apa-apa pada awak. Trust me..” Penuh ketegasan Rizky memberikan jaminan.
Dia sendiri pun sebenarnya tidak tahu sejauh mana Ahqaf mampu bertindak. Namun setakat ini dia tahu yang anaknya masih tidak punya sebarang rekod buruk tentang perempuan. Anak bujang dia tu tak ramai kawan. Seorang yang sukar didekati. Tak pandai bergaul. Kasar. Sebab itu tak ada yang tahan. Hanya Saiful dan Faez. Itupun sebab mereka berdualah sabahatnya anaknya itu sedari kecil.
“Ye, Anggerik. Saya kenal anak saya. Dia bukan jenis macam tu...” Giliran Maira pula yang cuba menyakinkan Anggerik.
“Saya memang kena mula kerja esok ke doktor? Habis tu nanti kerja dekat klinik macam mana?”
“Tentang tu awak jangan risau. Pandailah saya nanti. Lagipun kan masih ada Yana dengan Lili. Yang saya risaukan kalau awak tolak tawaran ni. Hmm. Memang saya kecil hati sangat.” Mendayu suara Maira di telinga Anggerik.
Rizky sudah tarik sengih. Si isteri kalau bab memujuk. Power! Ini kalau Anggerik tak cair juga. Tak tahulah.
Anggerik lepaskan nafas berat. Dia memang dah tak ada pilihan. Kalau nak dikira, memang Doktor Maira berhak untuk berhentikan dia. Ini mujur tak diberhentikan. Tapi ditawarkan jawatan yang lebih baik. Cuma yang menjadi masalah dia adalah dengan siapa dia akan bekerja nanti.
“Jadi. Memang confirm la ni saya kena kerja esok?”
Serentak Rizky dan Maira mengangguk.
Anggerik jatuhkan bahu.  Mungkin sudah tertulis yang dia terpaksa berlatih tahap kesabaran di usia muda sebegini. Bekerja dengan Mr.bad guy. Sesuatu yang tak pernah dia fikirkan.
Kalau dia menolak, Doktor Maira akan kecil hati. Dan kemungkinan besar juga Fetriz Holdings akan menjunam jatuh. Ugutan Ahqaf tu memang boleh diambil serius. Tengok muka pun tahu. Bapak segala kejam!


Tajam dia merenung wajah lelaki yang berada di hadapanya. Benci! Menyampah! Hanya itu yang perasaan yang dia ada setiap kali dia menatap wajah itu.
“Nak apa?!” Soalnya kasar. Tak tahulah kenapa setiap kali bertemu dengan lelaki bernama Adli Akmal ini mood dia tak elok.
“Saya nak jumpa awak. Rindu...”
Anggerik buat aksi nak termuntah. Rindu konon!
“Ha sekarang dah jumpa kan? Hilang dah rindu tu? Dah kan? So apa lagi. Sila pulang ke pangkuan isteri tersayang.” Muka penuh kebosanan Anggerik ukirkan.
“An. Jangan la macam ni. Saya betul-betul nak jumpa awak. Nak jadi macam dulu.”
“Stop Adli. Antara kita dah tak ada apa-apa. Awak yang lepaskan saya. Jangan nak buat-buat lupa.” Sehabis mungkin anggerik cuba mengawal suara. Cukup-cukuplah dengan masalah yang datang dalam hidup dia. Dia dah malas nak fikir perkara yang tidak perlu.
Inilah lelaki pertama yang mengajar dia erti kasih sayang. Namun inilah juga lelaki pertama yang mengajar dia erti kekecewaan. Dan ternyata rasa kecewa itu masih berbekas sehingga sekarang. Dia lupakan zaman muda remaja dia hanya untuk lelaki ini. Namun hidupnya disia-siakan.
“I’m sorry An.” Pinta Adli. Sungguh walaupun sudah beristeri. Dia tetap tidak mampu melupakan Anggerik Medina.
“Maaf saya sudah lama ada untuk awal Adli. So, please. Jangan ganggu saya lagi.” Pinta Anggerik bersungguh.
“Kita kahwin semula An. Please.”
“What? Awak ni gila ke apa.” Terjerit Anggerik dibuantya. Hilang terus suara ayu yang dia cuba kekalkan sedari tadi.
Lelaki ini memang dah gila. Sudahlah musnahkan zaman remaja dia. Sewaktu Adli mengajak dia berkahwin di usia muda. Dia langsung tidak membantah. Kerana rasa sayang kepada lelaki itu melebihi segalanya. Namun semua rasa itu hilang ditelan bumi sebaik sahaja dia diceraikan. Tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka. Dia sudah menjadi janda. Alasan lelaki itu cuma satu.
Dia tidak boleh mengandung. Alasan bodoh yang dia langsung tak boleh terima.
“Saya sayangkan awak lagi An. Saya janji kali ini saya tak akan sia-siakan awak. Kita mula semula hidup baru.” Tidak berputus asa Adli terus memujuk. Dia kenal sangat dengan perempuan yang bernama Anggerik ni. Nampak saja kasar. Namun inilah gadis paling lembut hati yang pernah dia kenal.
“Mudah betul jadi awak ye? Kenapa? Isteri awak yang sekarang pun tak mengandung lagi ye?” Sinis Anggerik menyoal.
Ikutkan hati dia. Dah lama dia seligi kepala lelaki bajet bagus depan dia ni. Dia dahlah tengah berserabut dengan Mr.bad guy. Ini seorang lagi nak cari penyakit dengan dia.
Ha! Sebab Adli ini jugalah hari tu mood dia puting beliung waktu pertama kali bertemu dengan Ahqaf. Kalau bukan sebab Adli ni, rasanya mesti Ahqaf tak akan cari pasal dengan dia.
“Saya bercakap soal kita An. Isteri saya tak ada kena mengena.”
“Eh. Boleh pulak. Awak ingat perempuan ni baju tidur? Time nak tidur je baru nak pakai. Ewahhh! Sesedap nescafe tarik je mulut awak yer.” Kali ini Anggerik sudah bercekak pinggang.
Semudah itu saja Adli nak kahwin dan bercerai. Mentanglah kuasa talak ada pada tangan dia. Sesuka hati je nak buat apa. Lelaki ini memang lagi teruk dari Mr. bad guy. Ada juga yang dia tangankan nanti.
“An. Saya tahu awak masih sayangkan saya. Sebab itulah awak masih tak cari penganti saya sampai sekarang. Betul kan?”
“Tak!” Cepat Anggerik geleng.
“Saya tak cari pengganti awak sebab saya serik. Lelaki ni sama je. Hampagas! Tak boleh percaya. Cinta taik kucing!”Sambung Anggerik. Kali ini penuh perasaan dia berkata-kata. Memang dia dah serik dengan perkataan cinta. Cukuplah sekali dia jadi bodoh. Tak akan ada kali kedua.
Adli terkedu. Tak sangka yang perkataan seperti itu akan keluar dari gadis semanis Anggerik. Sudah benar-benar berubahkah Anggerik nya yang dulu.
“Jangan cari saya lagi. Pergi jalanlah dengan cinta taik kucing awak tu. Huh!”
Sebaik sahaja habis berkata-kata. Terus langkah panjang dia buka. Langsung tidak menoleh lagi kebelakang. Lelaki itu adalah masa silamnya. Tak mungkin dia akan kembali pada lelaki yang dah memberikan dia pengalaman buruk.
Sekarang ni dia nak balik. Tenangkan diri. Yoga. Esok dia bakal melalui satu lagi cabaran yang besar.







4 ulasan:

  1. Terkujat? Hihii. Tunggu apa yang akan berlaku seterusnya..

    BalasPadam
  2. Alarhhhhh ... Dah kahwin n cerai ! Ok la ... Lepas nie mzt jodoh panjang ngn si ahqaf

    BalasPadam
  3. bab sblom nie mne??? br bce prolng..then2 lompat kt bab 7-8...konfius sbntar...at least hdupkn time archieve dh ckup

    BalasPadam