Isnin, 4 Mei 2015

Rasa Cinta Untuk Dia-Epilog


BIBIR mengukirkan senyuman. Melihat kelibat empat manusia yang berada di hadapan matanya kini adalah permandangan yang paling indah sekali. Sungguh dia tidak pernah menyangka masih berpeluang untuk merasai perasaan seperti ini.
“Orang cantik, kalau banyak termenung nanti cantik tu hilang..” Teguran seseorang dari belakang menerbitkan senyuman di bibir Nurin.
“Abang..” Tangan si suami dia capai dan ditarik agar duduk disebelahnya.
“Menung apa ni sayang?” Fakri melabuhkan tangan di atas bahu Nurin. Makin terserlah kecantikan isteri dia setiap kali bibir merah itu tersenyum.
“Bukan termenung, tapi saya teringatkan kisah kita dulu-dulu. Tak sangka, begini bahagia hidup saya sekarang.. Terima kasih, abang.”
Fakri kenyit mata. Terasa kembang pula hati dia bila isteri sendiri menyatakan bertapa bahagia hidupnya sekarang. Sesungguhnya, dia sendiri pun terasa amat bahagia sekali.
“And thanks sebab kurniakan abang anak-anak yang comel macam tu.. Itu semua sebab mama dia ni tersangatlah comel. Kalau nak ikut muka abang, hidung aje la yang menonjolnya,” balas Fakri.
Nurin tergelak dan serentak dengan itu tangannya naik menyentuh hidung mancung milik Fakri. Kemudian matanya beralih pula kepada anak-anak yang sedang bergelak ketawa dengan Nenek dan Datuknya di taman mini luar rumah.
“Abang, terima kasih.”
“Terima kasih untuk apa lagi ni sayang?”
“Untuk permandangan yang indah tu..” Bibirnya dijuihkan sedikit ke arah Ayah,Ibu serta kedua anaknya.
Masih dia ingat lagi saat dia baru melahirkan anak pertamanya dahulu, dia menerima kejutan yang istimewa dari Fakri. Suaminya itu membawa kembali kedua orang tuannya. Tiada kata yang mampu dia luahkan saat itu. Menerima kehadiran cahaya mata dan juga keluargannya kembali. Dan dia juga tidak pernah bertanya bagaimana Fakri mampu memujuk kedua orang tuannya. Si peguam hebat, pasti saja pandai bab pujuk memujuk.
“Itu janji-janji abang untuk sayang. Yang penting bagi abang sekarang adalah senyuman dari Nurin Aisyah. Senyuman inilah yang membuatkan hidup abang semakin bermakna dari hari ke sehari.” Fakri ambil tangan kecil milik Nurin dan dibawa ke bibir.
Nurin pula mengambil alih melabuhkan sebuah ciuman di pipi milik Fakri.
“Time macam ni lah dia sibuk nak bermanja. Nasib baik ada ibu dengan ayah. Kalau tidak, selamat dah dia..”
Nurin tergelak kecil. Ada je Fakri ni! Sehari kalau tak buat dia ketawa tak sah. Jika Fakri punya janji, dia juga ada janjinya sendiri. Dia berjanji, akan menyintai Adhan Fakri untuk seumur hidupnya. Inilah lelaki yang sudah membawa sinar ke dalam kehidupannya. Boy juga sudah di dakwa atas tuduhan merogol. Sungguh dia tidak menyangka sampai begitu sekali pengorbanan yang Fakri sanggup buat untuknya. Sanggup turun naik makhamah semata-mata untuk mendapatkan pembelaan bagi dirinya. Fakri jugalah yang memberikan semangat untuknya terus sambung belajar.
“Sayang. Erm, next month ni kita pergi honeymoon nak?”
“Honeymoon lagi? Habis tu, Naufal dengan Adra nak tinggal dengan siapa?” Tak habis-habis dengan bulan madu suami dia ni. Setahun entah berapa kali la nak pergi bulan madu.
“Ibu dengan ayahkan ada.. Dah lama tak spend time berdua je dengan sayang. Lagipun, Adra tu dah tiga tahun. Dah layak untuk dapat adik..” Bisik Fakri ketelinga Nurin. Pandangan jatuh pula ke arah Adra, anak bongsu mereka.
“Kalau bab memujuk, bagilah kat abang kan..”
“Well, you know your husband right? Kalau tak teror, tak adanya puteri kayangan yang cantik manis ni mampu abang tundukkan.”
“Eeii.. Tak nak kalah langsung!” Pipi Fakri dia cubit perlahan.
Akhirnya bersabung gelak tawa mereka. Tangan saling bertaut, mata saling berpandangan. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu, apa rasa hati mereka saat ini. Cinta itu ada dua jalannya. Jalan yang kelam dan jalan yang terang. Pilih la cinta akhirat, kerana cinta itulah cinta hakiki.

6 ulasan: