Isnin, 1 September 2014

Bukan Kekasih Tetapi Isteri-Bab 03




BETULLAH apa yang orang kata! Kalau tak nak jumpa, jangan disebut-sebut. Nanti muncul depan mata.
“Hai Dila.” Senyuman seindah suria Zara ukirkan menegur Adila yang sudah tercegat berdiri depan dia.
“Kau tak payah nak buat senyum tiram busuk ni depan aku.”
Erkk! Mati senyuman Zara. Senyum punya cantik macam ni pun boleh dikatakan tiram busuk ke? Sah Adila ni mata dia kelabu najis anjing!
“Apasal kau jumpa lagi dengan papa aku?!” Adila berpeluk tubuh sambil memandang Zara atas bawah.
Zara mencebik. Tahulah kasut dia tak semahal kasut Jimmy Choo yang Adila pakai sekarang ni.
“Jumpa? No. Aku rasa masuk hari ni dah empat hari aku tak jumpa ‘papa’ kau tu.” Sengaja je Zara tekankan perkataan ‘papa’ tu supaya kuat sikit. Biar Adila tahu yang dirinya tahu sangat siapa ‘papa’ Adila tu.
“Kenapa? Sebab orang tua tu dah tak mampu berjalan. Dah tak mampu nak angkat tangan hulur kad credit pada kau? Macam tu?” Adila tergelak sinis. Sampai herot-herot bibir dia.
“Tak ada apa. Dah kau tak bagi aku jumpa. So aku tak jumpa la.” Tidak mahu kalah. Cekap Zara menjawab.
“Kau ni memang perempuan jalang kan!”
Wohoo! Ini dah melampau. Sabar Nur El Zara. Jangan sampai hilang keayuan. Sebab kalau hilang keayuan, nanti tak pasal je kaki dia akan  melintang atas dahi Adila.
“So kalau aku perempuan dot..dot..dot.. Kenapa? Ada masalah?” Sengaja Zara jawab sambil mengibas-gibas muka dengan tangan. Tapi memang betul panas pun ni. Matahari tegak atas kepala. Adila ni pun satu. Dah tak ada waktu lain ke nak ajak dia bergaduh.
“Memang! Kalau kau nak pergi menjalang dengan orang lain aku tak kisah. Tapi ini dengan papa aku. So memang la jadi masalah aku!!”
“Syhh. Apa ni Cik Adila oi. Tengah-tengah panas ni tak payah nak menjerit sangat la. Makin naik bahangnya. Cik Adila ni tak panas ke? Tak takut hitam berjemur macam ni?” Tak berkenan betul Zara kalau bergaduh pasal benda-benda yang dia tak buat ni.
Semenjak Tan Sri Rahman Syah tak sihat ni, memang dia dah jarang jumpa orang tua tu. Apa lagi entah masalah Adila ni.
“La!” Zara kerut kening tengok Adila yang tiba-tiba ketawa besar.
Apahal minah ni? Tadi meroyan tak tentu pasal. Ini dah boleh jadi maskot fun fair pulak! Happy semacam. Ke memang anak bongsu Tan Sri Rahman Syah ni ada masalah putus fius otak?
 “Sakit papa aku makin teruk sebab kau!”
“Hey Adila! Kau ni dari tadi lagi kan meriah sangat dengan tuduhan kau tu. Jangan nak main tunding jari je. Dah orang tua tu memang nak jatuh sakit. Takkan sebab aku pulak!” Zara mula geram.
Hiss tak faham betul la! Kenapalah asyik dia je yang kena. Hari tu kata dia ni jadi penyebab isteri arwah Tan Sri Rahman Syah tu meninggal. Hari ini tuduh dia pulak yang menjadi penyebab lelaki tu sakit. Amboi! Takkan la semuanya Nur El Zara.
“Memang sebab kau! Sejak kau muncul la hidup keluarga aku punah ranah. Abang gaduh dengan papa sebab kau. Mama meninggal pun sebab kau!” Jari telunjuk Adila menghala tepat ke wajah Zara. Merah menyala wajahnya merenung Zara.
“Keluarga kau, itu kau punya pasal la. Apasal pulak nak babitkan aku ni!” Kali ini suara Zara lagi tinggi dari suara Adila. Peduli apa! Dah perempuan ni yang tak reti bahasa sangat. Dia dah la penat ni baru balik kerja.. Tak pasal je nak menghadap perkara bodoh macam ni.
“Ini amaran ye. Aku nak kau jangan sesekali lagi muncul depan papa aku!”
“Okey!”
“Dan aku akan pastikan kau menyesal kalau kau berani lagi nak masuk dalam keluarga aku. Remember!” Adila menjeling ke arah Zara sebelum melangkah pergi penuh keangkuhan.
Zara hanya melopong ditinggalkan terkulat-kulat. Tak sempat dia nak buat surat perjanjian hitam putih pun lagi. Adila dah pergi! Kalau inilah perkara yang dia kena hadap sebab Tan Sri Rahman Syah. Tak apalah! Terima kasih je. Lepas ni memang dia takkan ambil peduli lagi pasal keluarga pelik ni.
Langkah terus diatur menuju ke tempat pertemuan yang sudah dia janjikan dengan Mila. Dah lewat ni, mesti Mila dah tayang muka tertelan guli.
“Hoi kak! Apasal muka kau ketat semacam je?”
Tapi elok je dia sampai, muka dia pula yang dikatakan ketat.
“Huh!” Pertanyaan Mila Zara jawab dengan rengusan kasar. Air Mila, Zara ambil dan sedut sampai habis separuh gelas. Sejuk sikit dada dia sekarang ni! Kalau tak disebabkan perempuan maskot funfair tu. Buat terbakar bulu roma dia je.
“Wehh Zara! Air aku.”
“Order lain la. Kedekut!”
“Kau kenapa?” Mila menyoal sambil memandang Zara dengan pandangan ‘apahal?’. Pelik pula Mila tengok Zara yang tiba-tiba datang marah-marah. Tak pernah-pernah Zara ni marah tanpa sebab. Kalau sesiapa yang kenal Zara, mesti akan tahu macam mana gila-gila perangainya.
“Maskot funfair tu la punya pasal?”
“Funfair? Maskot? Hotel kau ada nak buat pertunjukkan funfair ke?”
Zara jegilkan mata ke arah Mila. Tanya soalan minta pelempang namanya ni.
“Anak Tan Sri tu datang jumpa aku lagi tadi.”
“Again?!”
“Ye! Makin lama makin menyampah pulak dah aku dengan perempuan tu. Mulut gaya tak pernah belajar nila-nilai murni! Tatasusila. Tatabahasa. Peribahasa! Semualah!” Penyedut minuman di dalam gelas Zara main-mainkan. Mengacau dan menonyoh air batu di dalam gelas tersebut seolah ada Adila di dalamnya. Kalau ada pun bagus! Biar dia sedut sekali nafas je masuk ke dalam tekak.
“Dia ugut kau lagi ke beb?”
“Dia kata nak bakar aku!”
“What? Gila ke apa dia tu. Lolaa! Lolaa! Bahaya ni..”
“Diamlah ngok. Kau ingat kedai ni tok yang kau punya ke? Semua orang pandang tahu tak.”
Cepat Mila menutup mulutnya. Baru sedar agaknya suara dia tu dah bergema satu kedai ni.. Dari orang tak tahu..semua orang boleh tahu. Hiss buat malu je la!
“Betul ke dia nak bakar kau?”
“Entah! Dia cakap macam tu la. Elehh! Aku rasa dia tu just teringin nak makan kambing golek je kut. Sebab tu dia cakap pun bukan-bukan.”
“Zara. Kau jangan main-main. Zaman sekarang ni, memang trend bunuh orang, bakar je. Itu adila tu salah seorangnya la tu. Bunuh dan bakar!”
“Lantak la dia. Dia kata kalau aku still jumpa papa dia je baru nak bunuh aku. Tapi sekarang ni, aku dah menjatuhkan keputusan yang jitu lagi nyata. Aku tak akan jumpa lagi Tan Sri tu. Biar je Adila tu duduk bawah ketiak papa dia tu. Ambik! Aku tak nak pun la.”
Zara mencebik. Cara Adila tu bercakap macamlah dia ni dah tak laku sangat. Macamlah Tan Sri Rahman Syah tu lelaki terakhir di dunia ni. Dia boleh cari lain la. Bukannya dia ada tangkap lentok pun dengan orang tua tu. Kalau Adila tu datang jumpa dia elok-elok. Tegur elok-elok tak apalah juga. Ini buat perangai minta digusti. Tak womanly langsung!
“Hiss! Gerun pulak la aku Zara..”
“Dah. Kau jangan risau. Lepas ni memang aku dah tak nak ada kena mengena lagi dah dengan Tan Sri tu. Balik ni aku nak tukar nombor baru. Freedom!” Zara mendepangkan sedikit tangannya sambil tersenyum puas.
Walaweh! Kebebasan la sangat kan.. Tapi Zara harap sangat jangan la Tan Sri Rahman Syah tu ada datang cari dia lagi.
“Freedom? Ermm aku rasa macam tak je Zara..”
“Kenape pulak?”
“Tapi kalau aku cakap ni, kau jangan pandang tau. Lima minit lepas tu baru kau pandang.”
“Okey!”
“Aku rasa macam ada orang ikut kau je.” Mila memberitahu Zara sambil pura-pura membelek telefon bimbitnya. Mata menghala ke skrin telefon. Tapi mulut menyampaikan kepada Zara.
Automatik kepala Zara berpusing ke kiri kanan.
“Zara! Kan aku kata jangan tengok!” Mila menyepak kaki Zara dibawah meja. Bibirnya terketap-ketap menahan suara dari melantun tinggi.
“Sorry. Sorry. Tindakan refleks.” Zara sengih serba salah. Kenapalah kita mesti macam tu ek? Kalau orang tak bagi tengok tu la yang kita nak sangat tengok. Padahal tadi Mila dah pesan jangan tengok tapi kepala dia ni menderhaka. Otak tak selari dengan tindakan.
“Tak apa. Dia tak perasan. Lima minit lagi, kau toleh belah kanan. Tengok meja belakang sekali.”
Kali ini Zara angguk-angguk faham. Cukup je lima minit. Zara berpura-pura pandang ke sudut yang diterangkan Mila.
“Lelaki pakai cap dengan jacket hitam tu ke?” Soal Zara sebaik sahaja suspek berjaya dikesan.
“Haah. Yang tu la.”
“Mana kau tahu dia ikut aku?”
“Sebab dari mula kau datang tadi lagi dah aku nampak dia follow kau. Aku perasan dia memang asyik pandang sini.”
Kali ini sekali lagi Zara menoleh ke arah lelaki itu. Tunduk sambil membelek surat khabar. Citt! Aksi lama nak mengintip. Tutup muka pakai surat khabar. Cuba la pura-pura tengah layan facebook ke, twiter ke..whassup ke.. Barulah moden!
“Yeke? Tapi kenapa pulak?”
“Bodoh la! Nak bakar kau la!!”
Gulpp! Zara menelan air liur dengan susah payahnya. Kejamnya cara Mila menyampaikan.. Dari tak takut, terus bulu roma Zara meremang. Nak bakar? Huh! Gerun! Takkan la hidup dia tamat dengan cara sekejam tu.
“Tapi kenapa dia smart sangat.”
Mila menepuk dahi. Bengang dengan Zara. Sempat lagi tu!
“Sempat lagi kau ek.. Jangan pandang rupa boleh tak? Pandang hati. Dia tu kejam tahu tak. Orang upahan Adila.” Tangan Mila sempat berjalan mengutil tangan Zara. Geram benar gayanya!
“Yela pun. Susah kut nak percaya orang smart ni berhati kejam.” Mata Zara sempat lagi menjeling ke arah lelaki tersebut.
Bukan Zara nak mengatal. Tapi sekali pandang je terus terpaut. Smart! Walaupun muka tak nampak sangat, cuma sipi-sipi. Tapi susuk badan lelaki tu macam manly sesangat.
Alahai!! Nur El Zara! Fokus, jangan nak mengatal.
“So kau rela la kalau kau dibakar oleh dia?”
“Tak!”
Mila ni! Dari tadi lagi guna ayat tu. Boleh tak kalau guna ayat sopan sikit.
“Aku rasa baik kau report polis.” Sekali lagi Mila memberikan cadangan yang sama.
Tangan Zara naik memicit pelipis. Hanya kerana Tan Sri Rahman Syah hidup dia jadi macam ni. Padahal ini baru kali pertama kut dia berkawan dengan orang yang ada nama dan pangkat. Tak sangka pulak dia terkena dengan bapaknya si kaki bakar!
“Hmm. Okey.. Macam ni. Kita tengok dulu dalam minggu ni. Kalau lelaki tu still juga ikut aku. Baru kita report polis.”
“Tak payah tunggu la. Jom kita pergi sekarang.”
“Mila. Kau dengan sini. Kita tunggu seminggu. Aku tak nak burukkan keadaan. Mungkin Adila hantar lelaki tu untuk intip aku. Dia just nak tahu samada aku still jumpa dengan tan sri ataupun tidak.”
“Kau ni yakin sangat.”
“Kita tunggu eh.”
“Ikut kau la.” Mila mencebik. Merajuk.
 “Sayang juga kau kat aku eh..”
“Aku tak nak nanti dekat akhirat aku kena menjawab dengan mak dengan ayah kau. Menjawab kenapa aku tak jaga anak dorang yang degil ni elok-elok.”
Zara tergelak sambil mencuit sedikit dagu Mila. Makin panjang muncung Mila bila diperlakukan macam tu. Tak pasal je nak babitkan dengan arwah mak dengan ayah  pulak.
“Jangan risau la. Bukan salah kau.”
“Dari tadi lagi asyik jangan risau. Ah! Aku tetap nak risau..”
Zara tergelak lagi. Mila! Kawan dia ni memang comel.. Gelak di mulut. Namun di hati. Hanya dia yang tahu. Takut juga!







2 ulasan:

  1. watak zara pn sama 'jahat' dgn watak lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jahat? Blh saya tahu. Mksudnya tu mcm mn? Xfhm...

      Padam