BAB 01
LANGKAH diayun dengan penuh keanggunan. Rambut yang menutupi dahi disebak ke belakang. Beg tangan diayun mengikut rentak kaki. Persis seorang model. Suara-suara nakal yang bersiul dan
melemparkan kata miang tidak dipedulikan. Malahan terasa semakin berbangga kerana menjadi perhatian. Senyuman diukir seindah suria. Bukkk!!! Hampir terlentang tubuh rampingnya akibat dirempuh kuat dari hadapan. Beg tangan juga telah selamat tercampak mencium longkang. Berkerut-kerut dahi Maira menahan sakit di kepala. Pintu? OMG!!! Siapa yang tiba-tiba merempuh keluar ni? Betul-betul bikin panas. Hilang aura ratunya.

“Buta ke, hah!” tempiknya geram apabila sang penolak pintu memunculkan diri.
“Pintu memang tak ada mata, so jangan nak tanya soalan bodoh macam tu...”
Wah si mulut longkang!
“Saya tahu pintu tak ada mata. Dan saya juga tahu pintu tak ada mulut. Sebab itu saya tanya awak. Dah sah sah awak ada mulut kan? Dan juga ada telinga untuk mendengar.” Maira bercekak pinggang. Lupa terus akan beg Pradanya yang menjadi habuan longkang itu. Yang penting sekarang ialah budak lelaki di hadapannya.
“Kesian betul dengan perempuan sekarang ni...terdesak perhatian...”
“Wah, sedapnya mulut adik kita ni... Saya yang tak menarik perhatian... atau awak sengaja nak saya yang tertarik dengan awak... Sebab tu la awak sengaja tolak pintu tu tadi kan?” Maira hanya memerhati lelaki itu yang bersandar di birai pintu. Memeluk tubuh memandang tegak kehadapan. Pantang betul dia kalau ada lelaki yang tidak sudi melihat wajah cantiknya.
“Tak apa... Saya maafkan. Saya tahu tiada siapa yang mampu menolak untuk melihat kecantikan saya ini. Terutama budak-budak sekolah macam awak ni.”
Maira tersenyum menggoda. Lelaki itu memandangnya sekilas. Tajam. Sebelum kembali merenung
ke hadapan. Kali ini sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar. Yes! Tergoda la tu... tiada siapa yang mampu menahan persona ratunya.

“Tak apa. Malu ya... Awak nak ambil gambar dengan saya ke? Mari... untuk budak-budak macam awak ni saya tak terlalu berkira...” sambung Maira setelah melihat lelaki itu hanya diam membisu.
Kaki diatur dengan rentak yang menggoda. Dada sengaja dinaikan tinggi. Sampai sahaja di sebelah lelaki itu, telefon bimbit yang sentiasa berada di tangan diangkat tinggi. Haha... tidak salah berkongsi kecantikan dengan orang lain. Bersedia, Cheeseee... Dushhh. Terasa seperti dihempap kapal kargo
apabila lelaki tersebut melangkah selamba meninggalkannya. Terasa seperti habis persona ratunya
disedut oleh sikap lelaki tersebut. Yang paling penting, dengan budak yang masih bersekolah. Mendengar ketawa mengejek dan suara sumbang daripada pelajar lain yang turut memerhatikan mereka, makin membuatkannya panas berapi.
“Hei, budak!” jeritnya lantang.
Dilihat lelaki tersebut yang telah beberapa langkah ke hadapan berhenti. Namun kembali melangkah.
Arghhhh!!! Penyangak! Kaki turut diatur untuk mengejar langkah si penyangak. Berkeletuk-keletak bunyi kasut tumit tinggi empat inci miliknya menghentak lantai.
“Penyangak!” jeritnya lagi.
Berhenti. Dia juga turut berhenti. Mendadak. Nyaris sahaja tidak mencium belakang lelaki berkenaan. Dah la tinggi macam KLCC.
“Awak panggil saya apa?” soal lelaki tersebut yang sudah berpaling menghadapnya. Dekat.
“Errr...” Maira terpaksa mendongak. Wajahnya seperti betul-betul berada di bawah dagu lelaki tersebut.
“What?”
“Penyangak... You know penyangak? Kalau tak tahu, penyangak tu macam awak la. Busuk, menyakitkan hati, perasan handsome. Rambut pun berserabai, betul-betul macam penyangak.”
“Kalau saya penyangak, awak tu apa? Owh, saya rasa lintah bulan lagi sesuai kut. Sesuai dengan awak yang perasan cantik kononnya umpama bulan. Tapi awak ni bulan gelap, tak menarik langsung!”
“Berani awak panggil saya lintah? Awak belum tahu lagi saya siapa... Ini Ara la... si pencuri hati...” jawab Maira bangga.
Lelaki itu tersenyum menyenget... Tangan sebelah kanan dimasukkan ke dalam poket seluar. Santai. Ini gaya nak makan pelempang!
“Then, ada sesiapa yang kisah ke? Awak hanya pencuri hati. Tapi awak nak tahu tak saya pencuri apa?”
Tajam. Menikam... Seperti tembus matanya ditembak pandangan mata lelaki itu.
“Pencuri apa?” Maira menyoal dengan senyuman yang berlagak. Berlagak tenang, padahal dalam hati dah kembang kuncup.
Lelaki tersebut melangkah hampir dengannya. Menundukkan wajah... sambil tersenyum bahaya.
“Pencuri nyawa...”
Panggg! Terasa pipinya ditampar lapan belas kali sebaik saja mendengar suara lelaki tersebut yang berbisik lembut ke telinganya. Tersenyum. Mengenyitkan mata dan melangkah pergi meninggalkannya dengan penuh bergaya.
Arghhhh! Maira menjerit dalam hati. Langkah lelaki tersebut yang sudah sampai ke hujung bangunan
dipandang dengan hati yang membara. Pencuri nyawa konon! Tiba-tiba lelaki tersebut berpaling dan menjerit.
“Say bye to Prada...”
OMG!!! Berteraburan langkah Maira apabila melihat lelaki itu memulas kepala paip. Prada aku!
Sumbang dia melarikan diri ke belakang. Beg Pradanya masih berposing cantik di dalam longkang dengan keadaan terlungkup. Laju dia merembat beg tangannya dari menjadi habuan air semula jadi yang suci lagi murni. Namun...

Bushhh! Berlumba-lumba barangnya menerobos keluar. Ada yang terpelanting ke atas lantai koridor, ada juga yang selamat kembali ke dalam longkang. Ini mesti kes dia terlupa untuk menzip kembali begnya sewaktu menyimpan kunci kereta sebentar tadi. Huru hara Maira mengutip kembali barang-barangnya yang berterabur. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Baru sahaja tangannya ingin mencapai lipstik Dior kesayangannya di dalam longkang, dia menarik kembali tangannya.
Cepat. Pantas. Berkerut kegelian dirinya melihat lipstik Diornya selamat menjadi mangsa lemas. Air paip yang mengalir tadi sudah selamat membaham lipstiknya. Ah... lipstikku!
Terduduk mencangkung dia menghadap longkang tersebut. Pandangan diarah ke lelaki tersebut yang masih berdiri memandangnya dengan senyuman mengejek. Kemudian berpaling dan melangkah sambil melambaikan tangan tanpa melihat wajahnya.
Budak penyangak! Benci! Benci sejuta kali!

MEMUNCUNG. Alimuddin memandang Maira dengan rasa hairan. Selalunya muka Maira akan sentiasa ceria dan dipenuhi dengan senyuman menawan. Biasalah pencuri hati la katakan. Tetapi sejak Maira masuk ke biliknya sebentar tadi, wajahnya tidak seceria biasa. Sengaja Alimuddin diam dan hanya memerhati. Biarlah Maira sendiri yang membuka mulut. Dia tahu, Maira bukan jenis mulut diam. Dia akan bercakap, bercakap dan terus bercakap selagi ada peluang.
“Ayah tak nak tanya Ara apa-apa ke?” Akhirnya keluar juga suara dari mulut muncung buaya itu.
“Kenapa?” soal Alimuddin sepatah.
Maira merengus geram. Wajah Alimuddin yang beriak ala-ala ingin tahu dijeling tajam.
“Baru sekarang nak tanya. Ayah ni langsung tak prihatin tahu tak?” bentak Maira.
Tubuh yang tadi duduk menghadap ayahnya dipaling menghadap tingkap. Merajuk!
“Sebab ayah prihatin la ayah tak tanya.”
“Prihatin apa macam tu?”
“Prihatin la. Sebab tu ayah tak tegur awal-awal. Rugi kalau tegur awal. Isy, isyyy... melepas nanti...”
“Rugi apanya pula...”
Maira menyoal dengan kening yang berkerut. Pelik dia melihat kelakuan ayahnya yang bercakap sambil menggeleng-gelengkan kepala. Apa yang rugi sangatnya?
“Ara tak tahu ke?”
“Tak.” Maira membuat muka blur.
“Rugi. Sebab baru aje tadi ayah nampak ada seorang ratu yang mulut muncung. Isy, isyyy... Kalau ada pertandingan ratu mulut termuncung, mesti juara tu. Silap silap boleh jadi juara berturut-turut setiap tahun.”
Alimuddin berbicara dengan nada seolah-olah berbisik. Macam rahsia besar sangat.
“Ayah tengok kat mana? Murai.com? Pandai juga ayah benda-benda macam tu. Eh, tapi sekarang bukan itu persoalannya. Persoalannya sekarang, sikap ayah yang tak prihatin dekat anak ayah ni.”
“Persoalannya la tu. Sebab ia memang berkaitan dengan Ara.”
“What?” soal Maira pelik.
“Tu...” Giliran Alimuddin pula yang memuncungkan mulut ke arah Maira.
“Ayah! Sampai hati cakap Ara macam tu. Dah la... Ara nak balik.” Bulat mata Maira memandang ayahnya. Baru menyedari dialah si ratu mulut muncung yang dimaksudkan oleh ayahnya.
“Ehhh... Duduk dulu. Kenapa berangin semacam aje hari ni?” Cepat Alimuddin menghalang. Pantang salah sikit, merajuk saja.
“Bukan berangin lagi dah. Ini dah tsunami terus.” Punggung kembali dilabuhkan ke atas kerusi. Tak jadi merajuk. Berlakon aje tadi.
“Hmmm... Okey, sekarang cuba cerita apa masalah anak ayah ni. Cikgu sedia mendengar...” Tersenyum Alimuddin yang melihat mulut Maira semakin memuncung.
“Bukan Ara yang sepatutnya kena cerita. Tapi ada studen cikgu tu yang patut cerita kenapa dia malukan Ara depan semua orang.” Maira juga menggunakan panggilan cikgu seperti ayahnya. Yalah, nama pun cikgu. Pemilik sekolah persendirian Hamuddin Bistari.
“Wah... nampaknya sudah ada pencabar... Bagi tau ayah, apa yang dia buat? Malukan Ara macam mana? Dia selak kain ara?”
Geleng.
“Dia rakam gambar Ara tengah korek hidung. Then sebarkan?”
“No.” Maira geleng berserta muka yang berkerut jijik.
“Dia buat pengakuan cinta kat Ara depan semua orang?”
“Tak, ayah... Ahhh...” Geleng Maira berserta keluhan panjang.
“Then what?”
“Dia tak nak bergambar dengan Ara!” jelas Maira sambil menghentak-hentakkan kaki.
“La... Itu aje ke... Silly!” Alimuddin membuat muka tidak percaya.
“Penting okey, ayah. Dia menjatuhkan reputasi Ara sebagai ratu...”
Arghhhh. Menyesal dia singgah ke sekolah ayahnya tadi. Cadangan awal hanya la untuk menghabiskan masa yang ada sementara menunggu tunangnya Fatah menemui pelanggan di restoran berdekatan. Jika dia tahu akan berjumpa dengan penyangak versi sekolah menengah, tak ingin dia datang, lebih baik dia mencuci mata di butik butik berdekatan.
“Ala, tak penting. Yang penting ayah dan orang lain tahu anak ayah ni memang ratu. Ratu yang cantik vs ratu penggoda.” Alimuddin menahan ketawa mendengar cerita anaknya itu.
“Kalau nak ketawa tu, ketawa aje la. Tak payah nak tahan-tahan sampai pipi tu bulat macam bola boling...” Maira geram.

Jelas dipandangannya, Alimuddin terkemam-kemam mulut menahan ketawa.
Alimuddin memandang Maira. Kemudian terbahak-bahak ketawa. Bergema ruangan pejabat pengetua Sekolah Menengah Persendirian Hamuddin Bistari dengan ketawa Alimuddin.
Maira mencebik. Amboi... ketawa macam esok dah tak ada hari untuk ketawa...
“Siapa yang buat macam tu dekat Ara...” soal Alimuddin. Hairan. Ya, sungguh hairan jika ada yang tidak tergoda dengan Maira.
“Tak tahu. Ara terserempak dia dekat Blok B sana... Dia baru keluar dari bilik kelab sukan dan rekreasi. Rambut berserabai. Pakai jaket hitam. Bersubang, berantai. Ah... memang macam penyangak la.” Terjuling-juling mata Maira cuba mengingati wajah lelaki yang menjatuhkan aura
ratunya sebentar tadi.
“Bersubang... berantai... Orang Melayu?”
Hamuddin Bistari ialah sekolah persendirian. Jadi tidak mustahil ada sesetengah pelajar yang bekelakuan tidak senonoh. Lagi pula sekolah tersebut terdiri daripada ratusan pelajar yang berbilang bangsa. Sebagai penaung Hamuddin Bistari, dia tidak kisah soal pemakaian pelajarnya. Yang penting ke sekolah memakai baju, kasut dan seluar sekolah yang dikhaskan. Selagi pelajar tersebut tidak mendatangkan kecederaan mental dan fizikal kepada pelajar atau guru-guru di sekolah tersebut, maka pelajar berkenaan masih berhak meneruskan persekolahan. Tidak dikira sebagai kesalahan disiplin.
“Ya. Orang Melayu.” Yakin jawapan Maira.
“Tak kan la orang Melayu bersubang. Setahu ayah... tak ada studen ayah orang Melayu yang pakai rantai. Are you sure, dear?”
“Alah. Nama pun penyangak. Memang la itu gayanya.”
“Hmmm... Tak apa la. Nanti ayah siasat okey. Tak mahu marah-marah macam ni. Nanti kelat kat muka tu melekat terus,” pujuk Alimuddin.
Maira mengeluh perlahan. Cuba menenangkan diri. Walaupun dalam hati bergema dengan perasaan ingin tahu siapakah gerangan penyangak berkenaan. Tiba-tiba tercetus idea gila dari buah fikirannya.
Ya. Hanya dengan cara itu. Muka Alimuddin dipandang dengan senyuman meleret. Alimuddin beriak pelik. Kenapa tiba-tiba senyum? Tadi muka sepahit buah mengkudu, sekarang semanis delima. Berbahaya ni...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan