SUARA melengking Ahqaf dia buat tak dengar. Kaki terus saja melangkah laju
menuju ke arah kereta kancil miliknya. Lantak la nak buat testing suara dekat
situ pun. Malas dia nak melayan. Sampai sahaja ke keretanya, cepat dia
menerobos masuk.
“Auchh!” Namun belum sempat Anggerik menghidupkan enjin. Tudungnya di tarik
kasar.
“Bagi aku drive!” Kata Ahqaf yang berdiri di luar kereta miliknya.
“Kut yer pun tak boleh ke cakap elok-elok. Habis senget tudung saya.” Bebel
Anggerik tidak puas hati. Ahqaf ni kalau tak berkasar tak boleh agaknya.
“Keluar!” Bebelan Anggerik tidak dipedulikan. Malah sekali lagi Ahqaf
menarik tudung berwarna biru laut itu.
“Hiss! Tak payah la. Biar saya bawa sendiri.” Bantah Anggerik. Tadi semasa
dia ajak supaya naik kereta dia. Macam-macam alasan yang Ahqaf bagi. Tahulah
yang kancil dia ni kereta kecik jer.
“Keluar! Aku lelaki. Tak manly la kalau kau yang drive.” Kali ini tudung
milik Anggerik ditarik kuat. Memaksa gadis itu melangkah keluar juga akhirnya.
Terkial-kial Anggerik membetulkan tudungnya yang sudah senget benget. Memang
jin betul Ahqaf ni. Kalau ini adik dia, memang dah lama dia sekeh kepala tu
bagi hilang biul. Dengan hati yang terpaksa rela dia akhirnya mengambil tempat
di sebelah penumpang.
“Tak boleh ke belakang lagi ke seat kau ni?”
“Mana boleh dah.” Jawab Anggerik sambil memakai tali pinggang keselamatan.
“Macam mana aku nak drive. Tak selesa. Kaki aku sangkut ni.” Bebel Ahqaf
sambil terus berusaha menolak tempat duduk ke belakang.
“Tadi nak bawak sangat. Bawak la.” Komen Anggerik dengan riak tidak
bersalah. Memang dia nak tergelak sebenarnya. Kereta kancil dia ni kecil je. Kaki
Ahqaf pula panjang macam kaki bangau. Memang nazak la.
Biar! Itu padah kalau orang tak dengar cakap. Asyik dia saja yang terkena. Sekali
sekala biar Ahqaf pula yang jadi mangsa.
“Manual?” Soal Ahqaf sebaik sahaja tangan ingin memegang gear. Kening terangkat
tinggi.
“Yela.” Sepatah Anggerik menjawab sambil memandang ke luar tingkap. Saja dia
nak buat tak tahu.
“Kau ni duduk zaman mana? Sekarang orang dah tak pakai kereta macam ni tahu
tak. Hiss!”
“Bos. Untuk pengetahuan bos. Orang yang pakai automatik ni. Dia seorang
yang pemalas. Malas berusaha. Tahu nak senang dan cepat saja. Saya bukan
golongan jenis itu.” Lembut Anggerik berbicara. Namun dalam lembutnya ada ayat
yang memang terkena atas batang hidung Ahqaf.
Ahqaf merengus. Tidak membalas apa-apa sebaliknya terus mengerakkan kereta.
Ingat dia tak reti ke bawak kereta manual. Lori balak pun dia boleh bawa la!
“Perlu ke beli barang hantaran?” Soal Ahqaf sebaik sahaja kereta memasuki
lebuh raya.
“Perlu la. Memang semua orang yang nak kahwin akan beli hantaran pun kan. Habis
tu nanti apa yang bos nak bagi saya.” Terang Anggerik penuh kesabaran.
“Aku bagi diri aku aje la. Kau nak guna sampai lunyai pun tak apa. Tapi rasanya
aku lunyaikan kau dulu kut.”
“Bos!” Anggerik jegilkan mata. Kalau tak menyakitkan hati orang memang tak
sah. Ada saja modalnya.
Ahqaf sengih. Nak bergurau sikit pun dah kena jegil.
“Abah dengan ibu kau ni betul ke nak sepuluh ribu saja?”
Hari tu semasa perbincangan di rumah Anggerik. Tak pasal dia kena gelak
dengan Abah Anggerik. Katanya lima puluh ribu tu banyak sangat. Gaya macam nak
meminang lima orang anak perempuan dia.
Balik ke rumah pula. Panas telinga dia kena basuh dengan papa. Papa cakap
dia tak tahu adat. Gelojoh. Tak reti menyabar. Gelojoh datang dari mana pulaknya.
Dia hanya nyatakan apa yang dia mahukan. Setuju ataupun tak hujung minggu ni
juga dia nak kahwin dengan Anggerik. Dia kena cepat sebelum rancangan dia
gagal.
“Ye, bos. Itu pun bagi kami dah banyak sangat dah.”
Ahqaf angkat bahu. Okeylah kalau dah Anggerik sendiri kata macam itu. Bagi dia
sepuluh ribu ringgit tu jumlahnya sikit sangat. Dalam masa seminggu pun dah
habis dia guna.
“Nanti nak kena beli cincin juga kan? Tengok jari kau.” Jemari Anggerik
yang berada di atas riba di capai.
Namun seperti sotong tangan itu cepat dilarikan.
“Bos. Berapa kali saya cakap. Jangan nak pegang-pegang saya.” Tegur
Anggerik. Letihnya la dia rasa nak berdepan dengan lelaki bernama Umar Ahqaf
ni.
“La. Kan dah nak kahwin.”
“Nak kahwin. Belum kahwin lagi.” Anggerik betulkan. Kalau tak memikirkan
apa yang dah terjadi antara dia dan Ahqaf pada malam itu. Memang seratus kali
dia fikir untuk teruskan perkahwinan ini.
Macam mana dia nak berdepan dengan suami yang kepala batu macam ni?
“Kahwin juga kan.”
“Tunggu dah halal. Dosa tak kira yang akan datang. Tapi dia kira yang apa
yang sedang berlaku sekarang.”
“Yela ustazah... Menyampah! Aku dah tengok semua sekali la.” Ahqaf
sengetkan bibir. Pedal minyak ditekan kuat. Namun kereta kancil itu tetap juga
terkemut-kemut di atas jalan raya. Berasap betul hati dia bila kenderaan lain
berdesup-desup memintasnya.
Anggerik lepaskan nafas perlahan-lahan. Kenapa Ahqaf seolah langsung tak
ada rasa bersalah. Ya. Memang dia bukan lagi anak dara. Namun dia juga punya
maruah. Sepatutnya bos dia ni meminta maaf. Bukannya buat seolah apa yang dah
berlaku itu tidak punya apa-apa makna.
“Esok saya dah start cuti tau.”
“Kenapa pula?”
“Balik kampung la. Kan bos juga yang nak buat cepat... Takkan la hari nikah
tu baru saya nak balik kut.” Tertahan suara Anggerik menuturkan ayat. Mulai dari
sekarang memang dia kena banyak-banyak belajar apa itu erti kesabaran.
“Oh! Aku tak sabar nak peluk kau sebenarnya.” Ahqaf gelak di hujung
ayatnya.
Anggerik menjeling. Tahu sangat ayat tu nak perli dia sebenarnya. Tak sabar
nak peluk konon. Padahal bukannya dia tak tahu yang selera Ahqaf bukan
perempuan seperti dia.
Tak apa! Tunggulah dia dah jadi isteri bad guy ni nanti. Kita tengok samada
Ahqaf akan selera atau tidak pada dia. Dia akan goda habis-habisan. Berlagak sangat!
“Nanti datang kampung saya. Jangan nak bawa kereta bos tu. Bawa kereta
biasa-biasa saja. Nanti orang kampung ingat saya kahwin dengan Raja Kapoor
pulak.” Pesan Anggerik awal-awal. Bukannya dia tak tahu perangai orang kampung
dia. Sudahlah kahwin koboi. Nanti macam-macam versi cerita pula yang keluar.
“Tahulah.” Ahqaf julingkan mata. Banyak betul pantang larang budak bernama
Anggerik Medina ni.
“Nanti kahwin nak pakai serban ke? Jubah?” Sengaja Anggerik menyoal.
Ahqaf sengih. Terkena lagi dia!
“Aku cadang nak pakai purdah terus. Join geng marhaban kampung kau.”
Anggerik peluk tubuh. Dia nak kenakan Ahqaf. Dia pula yang terkena.
“Kat kampung tu. Kau tak ada rumah lain ke?” Soal Ahqaf sambil menukar
gear. Jalan sesak la pulak. Ini yang dia tak berkenan. Bawak manual pulak tu.
“Itu saja la rumahnya” Ehhh... Ahqaf ingat Abah dia taukey sewa beli rumah
ke?
“Ala! Rumah kau tu panas la. Macam duduk dalam gua.”
Berkerut hidung Anggerik mendengar komen selamba dari Ahqaf. Rumah dia
dikatakan gua?
“Bos yang nak kahwin sangat dengan saya kan. Terima saja la gua pun.”
“Fine...” Ahqaf goyangkan tangan ke atas dan ke bawah. Buat aksi supaya
Anggerik bersabar.
Tak apalah gua pun. Janji dia tak kena kahwin dengan Stefhan. Adli siamang
tu juga tak akan merasa lagi nak pegang-pegang Anggerik. Kali ini memang dia
betul-betul akan buat Anggerik hak milik dia seorang. Kalau Adli tu muncul
lagi. Dia nak bagi tendangan berapi saja nanti.
“Aduhai kancil buruk kau ni tak boleh ke laju sikit. Bila kita nak sampai
macam ni... Oh my!” Bebel Ahqaf apabila dia hanya mampu berada di lorong kiri. Nak
melintas pun malu. Memang tak laju pun.
Anggerik cebik bibir. Bersandar santai ke belakang kerusi. Malas dia nak
melayan bebelan Ahqaf. Baru sehari bawa kereta dia dah membebel macam Mak
Jemah. Dua tahun dia pakai kereta tu. Okey saja.
“Bos. Boleh tak kalau behave sikit?” Baru nak duduk bertenang-tenang. Ahqaf
dah buat hal.
“Bukan salah aku. Kereta ni yang sempit sangat.” Jawab Ahqaf sambil sengaja
mendekatkan lagi tubuhnya dengan Anggerik.
Sampai melekat Anggerik dekat pintu. Takut sangat gayanya nak dekat dengan
dia. Siapa suruh Anggerik bersantai-santai dan biarkan dia tertekan bawa kereta
ni seorang diri. Bila dah jadi suami Anggerik nanti. Dia jual kereta ni dekat
besi buruk. Eh silap! Bukan jual. Tapi dia bagi free.
“Tangan tu pegang aje la stereng.” Marah Anggerik lagi apabila Ahqaf
sengaja menjatuhkan tangan ke atas pehanya. Memang dasar miang nak mampus!
“Sombong... Tunggu la kahwin nanti. Siap kau.”
“Okey! Saya tunggu. Siap la bos.”
“Eh?” Ahqaf kerut kening. Anggerik ugut dia pula. Namun tak lama kerana
selepas itu bibirnya sudah menarik senyum nakal. Ini yang dia suka. Ada tindak
balas.
Sementara itu Anggerik sudah gigit bibir. Jangan ingat selamanya dia akan
mengalah. Perkahwinan kali kedua ini dia akan pertahankan sebaiknya. Tak kisahlah
perangai suami dia macam mana sekalipun. Dia akan pastikan yang dia akan ikat
mamat bad guy ni diam-diam. Tengok sajalah nanti.
Sbr je la dorg 2 ni..
BalasPadamAnggerik dah berjangkit sengal dengan aqaf..
PadamNext bab pelissssss....siap ko bos....siapla ko ahqaf....hihihi...
BalasPadamKita tunggu itu pak imam meleleh air liuq..Ekekeke
PadamWoww..caya la anggerik! Pertahankn perkahwinan t! Fighting! Yeahh..
BalasPadamSokong Anggerik. Fighting!
PadamYeayyyy x sabar nk tggu next n3 pls3 up lg 3 bab hehehehhe
BalasPadamikat jgn tak ikat.....ikat guna tali kapal tu kuat sikit biar mr bad guy tu tak blh bgerak langsung.
BalasPadamaduh macam manalah hidup diaorang lepas akad nikah nanti... best sambung lagi...
BalasPadamSuka sgt2....x saba nk tunggu next n3....
BalasPadamxabr nk bce nxt ntry...nk tgok ahqaf n anggrik brsama...haru biru...
BalasPadamWoww xsabar nk tgu anggerik buat misi mggoda ahqaf!
BalasPadamhahaha.. macam anjing dgn kucing..
BalasPadammcm mne la anggerik nk goda ahqaf..
Tak sabar nak tunggu part anggerik goda ahqaf. Niar ahqaf tahu betapa anggerik bkn main2. Bkn taste konon, yg bkn taste dia le yg diangaukan nanti. Best2....
BalasPadamYayy.. Go go anggerik nnt kenakan si ahqaf tu cukup2.
BalasPadamTerima kasih.
Terima kasih semua di atas kesudian untuk komen..
BalasPadamHaha padan muka ahqaf...Anggerik buat ahqaf sengal lagi. Senget diaorg ni sweet sangat!!!
BalasPadam