Bab 05
SUASANA di ruang tamu rumahnya kelihatan meriah. Kanak-kanak kelihatan riang berlari. Baru sebentar tadi bacaan doa selamat yang diketuai imam masjid di kawasan perumahannya itu selesai dilaksanakan.
Hari ini dia mengenakan kaftan biru firus dengan taburan manik di pinggang. Rambut pendek separas bahunya dicekak ke belakang... Mahu sahaja dia mengenakan mini gaun berwarna merah terang yang dihadiahkan oleh Fatah tempoh hari. Tetapi memikirkan pada hari ini terdapat majlis doa selamat, maka dia terpaksa menyarungkan pakaian yang sesuai dengan majlis.
“Hye girls...” tegurnya kepada Hayati dan Sabrina yang sedang enak makan di bawah khemah di laman
rumah. Kedua-duanya ayu berbaju kurung. Mata memerhati sekeliling halaman rumah, ramai juga pelajar dan guru dari Hamuddin Bistari yang datang.
“Hai Ara...” jawab Hayati dengan mata yang tidak lari dari pinggan.
“Makan tak pandang kiri kanan. Main sumbat aje.”
“Teruja tengok ayam masak lemak cili api ni. Sedap hingga menjilat jari,” jawab Sabrina.
Hayati pula hanya menyengih sambil tangan laju menyuap nasi ke dalam mulut.
“OMG!!! Hot stuff la.” Sepantas kilat mata Sabrina dan Hayati terbeliak. Bercahaya.
“Mana?! Mana?!” Kepala terteleng kiri dan kanan. Pantang dengar ada lelaki kacak, terus lupa ayam masak lemak cili api di depan mata.
“Just kidding...” Selamba Maira menjawab. Hilang terus muka teruja Sabrina dan Hayati.
“I ingat you punya Gun datang tadi...”
“Haah la, Ara... Studen you tak dijemput ke?” soal Hayati.
Maira hanya menjongketkan bahu.
“Ayah I jemput satu sekolah. Dan I pun ada jemput studen-studen I. Yang lain mungkin ada... tapi Gun I tak pasti pula. Dia kan bukan Islam. Takkanlah nak datang. I dah bagi tahu siap-siap tadi yang hari ini rumah I buat majlis doa selamat,” jawab Maira malas-malas.
“Alaaa... melepas nak tengok mister handsome...” keluh Sabrina hampa.
Purrr... Tak habis-habis gelarkan lelaki itu dengan panggilan mister handsome. Tak sesuai!
“Fatah tak datang ke?”
“Ada... Kat dalam dengan ayah I. Sembang-sembang dengan jemaah masjid.”
Sabrina menoleh memandang ke dalam rumah. Pelik, tidak pula dia perasan tadi.
“Tak perasan pun tadi...”
“Macam mana nak perasan kalau dalam mata you all berdua tu hanya nampak ayam masak lemak cili api ni
aje...”
Sabrina dan Hayati yang sedang makan tiba-tiba kaku, menarik perhatiannya. Mulut yang penuh dengan buah terkunci rapat... seperti orang yang mati tercekik. Dah ni kenapa pula?
“Hei... Kenapa dengan you all ni? Tak cantik okey dengan mulut yang penuh macam tu...”
Namun Sabrina dan Hayati masih diam kaku. Memandang ke arahnya sekilas kemudian kembali memandang ke arah pintu pagar. Cepat Maira mengalihkan pandangannya. Apa yang menarik sangat kat sana tu? Erkkk! Wooo haaa... Tahulah dia mengapa kawan baiknya yang dua orang itu hilang taring.
“Gun...” sebutnya perlahan dan hampir tidak percaya dengan manusia yang baru melangkah masuk ke dalam kawasan rumahnya. Berjalan dengan senyuman yang cukup menggoda. Gadis manis di sebelahnya setia melilitkan tangan ke lengan Gun. Gadis cantik tempoh hari.
“Prince charming...” sebut Hayati dengan mata hampir terbeliak.
“Mister handsome...” Sabrina menambah.
Mata masing-masing masih melekat ke arah Gun yang segak berkemeja merah berbelang putih. Berseluar
jean biru gelap... Rambutnya tersisir rapi, tiada lagi rambut berserabai seperti dilanda tsunami. Kemas dan memikat.
“OMG! This is a real mister handsome...”
“Hei, Rin! Sudah-sudah la tu panggil dia mister handsome. Meluat tau I dengar.”
“Dia memang gilosss punya handsome la, Ara. You gila cakap dia tak handsome... euwww buta menilai...”
“Pemandangan yang cukup indah. Perfect. Badan yang sedap dipeluk. Senyuman yang menawan hati.
Pandangan mata yang cukup menggoda. Cara berjalan yang cukup mengiurkan... I dah jatuh cinta berkali-kali.” Giliran Hayati pula yang memuji.
“Ara... I tak sangka, dia lagi hot dari dalam gambar. But siapa perempuan dengan dia tu? Peluk-peluk
lengan bakal husband I...”
Maira buat tidak peduli dengan kata-kata dua sahabatnya itu. Belum apa-apa dah mengaku bakal suami.
Parah! Namun mata tetap juga mencuri pandang ke arah Gun yang diapit perempuan tersebut. Cantik memakai dress labuh berwarna kelabu... Comel. Nampak masih muda dan berwajah kacukan. Kecil molek dan sentiasa tersenyum. Lesung pipit di pipi menambahkan manis di wajahnya.
“Ara, kenalkan la dia dengan we all. You jangan nak kedekut... Kenal dengan mister handsome tapi langsung tak inform kita orang awal-awal...”
“Kalau I tahu macam ini punya handsome, setiap hari I akan pergi sekolah you...”
Maira merengus geram melihat kegedikan dua teman baiknya itu. Tidak habis-habis kemaruk dengan Gun.
Cemburukah dia? Tak! Dia hanya menyampah.
“Hari-hari pergi sekolah I buat apa? Jadi cleaner?” soal Maira dengan riak muka menyampah.
“Cleaner yang cantik bergaya. Apa salahnya asalkan hari-hari dapat tengok muka mister handsome...”
Maira hanya buat-buat tidak dengar. Ada juga dia campak perempuan gedik dua orang ini ke luar pagar.
“So gentleman...” Sabrina berkata dengan mata tidak berkelip. Memandang Gun yang menarik kerusi
untuk si gadis cantik.
Hayati hanya mengangguk setuju bak burung belatuk.
“So sweet...” Ayat yang keluar apabila Gun bangun mengambil makanan untuk si gadis cantik.
Hayati angguk lagi.
Maira menahan rasa di dalam dada. Kawan baik dia yang dua orang itu memang telah lupa diri. Dia yang
tercongok di hadapan mereka langsung tidak dipedulikan.
“Wahh, mister handsome ada kawan yang super cute la...”
Mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Sabrina, Maira memandang ke arah meja yang diduduki Gun. Kit? Apa yang nak dikejutkan sangat, Kit kan kawan baik peluru berpandu. Mestilah dia ada bersama, dan Kit juga ialah pelajarnya.
“Ara, siapa tu...” Hayati memuncungkan mulut ke arah Kit. Senyum bukan main miang.
“Studen I juga... Kit.”
“Kit... nice name. I suka yang ini. Nampak muka baik-baik. Senang I nak arah itu ini...”
Maira membuat muka geli dengan pujian daripada Hayati. Baiklah sangat. Perangai lebih kurang sama dengan Gun. Erkkk, baik sedikit la daripada Gun. Haih itu baru Kit, kalau Dini pun ada sama, mahu tergolek biji mata dia orang agaknya.
“Okey... then biar I ambil Gun. You ambil Kit.Wooo hooo... meriah hidup. Dapat mister handsome.”
Ehhh, Sabrina. Pandai-pandai aje buat keputusan sendiri. Dia ini macam tak wujud pula.
“Dua-dua I punya!” Cepat Maira memotong sebelum sempat Hayati menjawab.
Sabrina dan Hayati membuat muka bengang.
“Ara, you kan dah ada Fatah. Yang ini bagi la I dengan Rin.”
“Haah, betul tu. You tak boleh bolot semua tau...”
“Ah, I tak kira. Semua I nak!” Muktamad.
“Ara! You tamak. Semua mister handsome you nak,” marah Sabrina dan Hayati serentak.
Maira membuat muka berlagak. Dia kan pencuri hati, haruslah semua lelaki dia bolot. Tapi hanya yang layak
digelar mister handsome saja la. Phewww... Gun layak ke?
Seketika kemudian pecah gelak mereka serentak.
“Apa yang happy sangat ini...”
Tiba-tiba Fatah menyampuk. Kerusi di sebelah Maira ditarik. Serentak ketawa mereka putus. Masing-masing menayang muka konon-konon comel.
“Nothing la, darling. Ni haaa... Rin cerita tadi ada mak cik yang seronok ketawa sampai tak sedar gigi palsu
tercabut,” reka Maira.
“Lupa pakai Polident la tu...” Aksi balas selamba daripada Fatah sekali lagi mengundang ketawa kuat mereka. Peguam pun senang kena tipu.
“Sayang... Apa ketawa kuat macam tu?” tegur Fatah seraya mencubit manja pipi Maira.
“Ops... sorry... Terlebih sudah...” Maira menutup mulut apabila menyedari ada beberapa pasang mata yang
memandang ke arah mereka. Saat matanya bertembung dengan pandangan mata Gun, Maira terkedu sendiri. Lelaki itu sedang memandang tajam ke arahnya. Muka bukan main serius,tak ada senyum langsung, padahal ketika dia datang tadi, bukan main senyum lebar. Cepat Maira melarikan pandangan.
“Dah makan? Jom... I dah lapar ni...”
“Belum. I tunggu you... I lagi lapar...” Maira membuat muka kesian. Saja nak mengada-ada. Tangan
Fatah digenggam erat untuk menghilangkan gugup dan debaran di dada.
“Alala... Kesian sayang I ni. Tunggu sini ya... I pergi ambilkan makanan...”
Tersenyum Maira apabila Fatah menggosok-gosok kepalanya. Ingat Gun saja ke yang gentleman, Fatah pun
gentleman. Sekali lagi mata nakal ingin memandang ke arah Gun. Dan seperti tadi, Gun masih memandang dengan pandangan membunuh ke arahnya. Walaupun jauh, namun bahangnya terasa sehingga menerbitkan peluh di dahi. Betul-betul mata naga. Relaks, Maira... Maira si pencuri hati, tidak pernah tersungkur kepada lelaki. Lelaki yang akan tersungkur di kakinya.
Maira mengukir senyuman. Kalau Gun ada pandangan membunuh, dia mempunyai senyuman yang juga mampu menyebarkan virus maut. Senyuman diukir dengan seseksi mungkin...
Phewww... Peluru berpandu melancarkan serangan. Senyuman daripada Gun cukup tepat menembak
tangkai jantungnya. Bedebuk. Jatuh terus ke dasar perut. Maira kalah. Bibir diketap kuat mengawal rasa
dada yang berombak kuat. Sesak bersimpang siur. Kehadiran Fatah bersama dua pinggan nasi di tangan
menyelamatkan dirinya daripada terus hancur ditembak bertubi-tubi. Senyuman kelat diukir. Sekadar untuk menutup rasa dalam hati. Muka Fatah di sisinya dijeling sekilas. Fatah melemparkan senyuman manis. Meletakkan pinggan yang penuh berisi nasi dan lauk pauk. Kemudian kembali melangkah untuk mengambil air. Fatah benar-benar melayannya bagaikan benar-benar seorang ratu. Tapi kenapa saat melihat senyuman Fatah, hatinya tak rasa apa-apa? Tak sama dengan senyuman daripada Gun.
“Ara. Tu... Ada parasit.”
Maira berpaling ke arah mulut Sabrina yang memuncung ke belakangnya. Menyirap darahnya melihat Husna yang sedang tersenyum simpul berbual dengan Fatah. Husna... cik ahli sihir versi muda. Fatah yang cuba
beredar setelah mengambil dua gelas air dihalang. Meletup-letup dadanya melihat tangan cik ahli sihir yang tanpa segan silu memaut lengan tunangnya. Bila masa pula Husna ini datang? Kalau dia tahu wujudnya cik ahli sihir itu di rumahnya, sumpah dia tidak akan membenarkan Fatah bersendirian.
Dengan bertubuh pendek dan tembam seperti itu, ada hati mahu menggoda Fatah. Maira mengetap bibir.
Melihat senyuman dan wajah rimas Fatah benar-benar membuatkan hatinya dilanda garuda. Kalau dia ada
panah... sudah lama dia panah tepat ke dahi ahli sihir itu. Biar mati berdiri!
“Arghhhh!!! Ahli sihir tu bila masa pula muncul? Huh, berani dia pegang mister handsome I...”
“Ara... Relaks. Jangan sampai hilang persona you tu. Macam mana kita nak sedar kalau dia datang naik
penyapu? Dia mesti landing belakang rumah you...”
“Yati, ni ahli sihir zaman moden. I tak rasa dia datang naik penyapu... mesti dia naik vakum...”
“Ah, I tak kira... Lagi dua minit kalau dia still tak lepaskan tangan tunang I, jangan tanya kenapa kalau malam ini bertukar jadi kenduri arwah.” Maira menggenggam tangannya erat.
“Ara... jangan buat muka macam tu. Maintain ayu, okey... You lebih meletopsss daripada ahli sihir tu. Jangan
rasa tergugat...” pujuk Hayati. Risau juga dia melihat muka Maira yang hampir bertukar menjadi The Rock.
Maira menarik nafas beberapa kali. Cuba menenangkan dirinya. Beberapa saat kemudian, Fatah datang dengan senyuman menawan.
“Sorry, darling... lambat. Jom makan.”
“Lambat. Mestilah lambat... sibuk nak belajar cara nak belajar jadi bapak ahli sihir...”
“Sayang... you nampak?” soal Fatah serba salah.
“You ingat I rabun jauh ke? Bukan I aje yang nampak. Rin dengan Yat pun nampak.”
Fatah memandang ke arah Sabrina dan Hayati. Masing-masing membuat muka tanda tidak mahu masuk
campur. Derhaka punya kawan!
“Hmmm... Sorry. I tak sedar dia datang kat I...”
“Kenapa tak tolak aje tangan dia yang suka hati aje pegang tangan you tu? Suka sangat kalau dapat kena
pegang-pegang macam tu?”
“Tak, sayang... Okey, I minta maaf. I tahu salah I...jangan panjangkan cerita macam ni, sayang. You tahu kan I sayang you seorang aje...” Fatah mengelus-elus rambut Maira. Cuba memujuk.
“Betul... Sayang I seorang aje?”
“Betul. Lagipun tunang I ni lagi cantik. Pandang berkali-kali pun tak pernah puas... Tu bintang kat atas langit
tu pun tak mampu lawan kecantikan you tau.”
Maira tersenyum simpul mendengar pujian daripada Fatah. Ya, dia percayakan Fatah. Cuma dia tidak
percaya kepada ahli sihir itu sahaja.
“Okey dear... I maafkan...”
Hayati dan Sabrina mencebik. Pantang kena puji sikit, mula la jadi macam coklat kena panas... cair.
“Thanks sayang sebab percayakan I. Okey, kita makan ya...”
Maira mengangguk laju. Tangan mula menyuap nasi ke dalam mulut. Mata memandang ke arah Fatah yang
makan dengan penuh berselera. Wajah kacak itu kelihatan cukup menenangkan hatinya. Sedang enak mengunyah nasi, anak mata memandang ke hadapan. Dilihat Gun sedang memandang ke arahnya sambil menggerakkan mulut. Walaupun tanpa suara dia dapat memahami apa yang dikatakan lelaki tersebut.
Gedik. Dia panggil aku gedik? Tersedak Maira. Tangan mencapai gelas air, diteguk rakus. Ketenangannya
hilang sekelip mata apabila berdepan dengan Gun. Lelaki penyangak yang menggegarkan hidupnya.
OOOHHHHH MY GUcci Kak Ilah ni lagi bapak segala bapak SSSS...Nasib baik time ni blom islam...Si gun ni dah minat Maira ehh???
BalasPadamHahaaa. Biarlah. Rahsia... Sila baca next. Next. Dan next....
Padamapa jadi dgn duit 10ribu 2?mcm tergantung je..
BalasPadam