Isnin, 4 Mei 2015

Bukan Kekasih Tetapi Isteri-Bab 10



BERKERUT kening Rizza apabila memasuki halaman rumah. Pelik melihat halaman rumah dia yang sudah bertukar jadi warna warni di aidilfitri. Rasanya hari tu lapang je. Sekarang penuh dengan pasu-pasu bunga. Sah budak sorang tu punya kerja. 

“Assalamualaikum.” Salam diberi.

Jejak je kaki atas mozek dalam rumah, hidung dia menangkap bau sesuatu. Bau yang lazat amat. Gulpp! Liur ditelan.

“Zara.” Panggilnya lagi sambil melangkah menuju ke dapur. Dah tahu sangat bau ni mesti datang dari arah dapur.

Badan di sandarkan ke dinding dapur. Tubuh genit Zara yang sedang asyik membasuh kuali dia pandang dari belakang. Baju Zara pakai tu macam T-shirt dia je. Seluar track pulak dah disingkap hingga ke betis. Rambut dibiar lepas bebas tapi ada penyekak rambut atas kepala. Tengok dari belakang, hilang terus identiti perempuan simpanan. Yang dia nampak sekarang hanyalah imej budak belasan tahun. Budak kampung! 

Langkah di atur mendekati meja makan. Kerusi ditarik.

“La! Rizza..” Tegur Zara dengan muka terkejut.

Tak sangka pulak Rizza akan balik hari ni. Rajin pulak pak Pilot ni balik. Menyibuk je! Dia baru je termimpi-mimpi nak berjoget dengan aman damai.

“Konon rajin sangat. Sampaikan aku panggil pun tak dengar.” Jawab Rizza tanpa langsung memandang muka Zara.

Zara tak membalas sebaliknya bergerak ke ruang tamu. Pintu depan rumah dia buka luas-luas. Mujur je pagar depan rumah dah sedia terbuka, kalau tak harus dengan pagar-pagar sekali dia buka. Kemudian langsir pun dia selak juga. Biar terang benderang.

Rizza yang memerhatikan aksi Zara mengecilkan mata. Ini dah kenapa? Namun cepat dia berpaling ke arah lain bila nampak tubuh langsing tu melangkah ke dapur. Tegak leher dia bila tengok pintu dapur pula yang Zara buka seluasnya.

“Nak buang angin fengsui apa ke? Yang buka segala pintu kenapa? Pintu almari dalam bilik dah buka? Kenapa pintu bilik air ni tak buka je sekali.” Soal Rizza sinis sambil memuncung ke arah pintu bilik air di belakangnya.

“Untuk keselamatan..”

“Keselamatan?! Kau nak cakap, takut aku rogol kau ke?”

“Bukanlah!” Balas Zara turut buat suara garang.

“Habis tu? Yang kau beria buka kenapa? Nak cakap aku bau hapak?”

“Bukan la awak.” Kali ini Zara dah menjawab malas. Tangan kembali lincah mengelap dapur.

“Dah tu?” Rizza soal lagi. Tak puas hati selagi Zara tak bagi jawapan. Dia nak jawapan yang logik. Jawapan yang memuaskan hatinya.

“Biar syaitan semua keluar. Biar orang kat luar tu nampak kita kat dalam rumah ni. Kalau tok imam datang pun, dari jauh lagi dia dah nampak awak dengan saya duduk jauh-jauh.” Terang Zara. 

Awalnya memang dia pun langsung tak kisah akan hal macam ni. Mujur juga ada Mak Teh yang sudi mengingatkan. Kalau nak harap dia, memang dia buat tak kisah je. Tapi Rizza yang kononnya tinggi ilmu agama tu pun buat tak tahu je. Teruk betul.

“Apahal pulak tok iman nak datang rumah ni? Kau dah masuk AJK surau pulak ke?” Rizza yang tidak tahu apa-apa mengajukan soalan.

“Yela! Kalau dah nak tangkap khalwat. Mestilah tok iman yang datang. Takkan la Ac Mizal pulak!”

Terbangun Rizza dari duduk. Khalwat?

“Kau panggil tok iman datang ke? Kau nak perangkap aku ke?!” Tempik Rizza. Zara yang masih berdiri di tepi kabinet dapur dipandang tajam. 

Ini ke cara Zara perangkap lelaki? Hiss muka je nampak baik. Hati. Hitam macam air kumbahan. Air kumbahan pun lagi jernih la!

“Hey! Ingat awak tu lelaki stok Zul Ariffin ke huh? Tak ada makna pun la saya nak perangkap awak. Euww..perasan gila seyy..”

“Habis tu? Apahal pulak tok imam nak datang?” Soal Rizza lagi. Geram betul dia bila dengar ayat perasan gila seyy. Dia ni tak handsome sangat ke? Huh!

“Yela! Lelaki perempuan yang bukan muhrim duduk satu rumah. Boleh mendatangkan fitnah tahu tak. Dah la kiah propa semakin berleluasa sekarang ni. Awak pulak main keluar masuk je. Saya ni bukannya adik, kakak, mok cik, kak cik atau moyang awak. Mestilah orang tengok pun curiga. Kalau dah duduk berdua..pintu pulak tutup. Orang tak fikir lain dah. Faham?!” Zara bercekak pinggang depan Rizza. Panjang lebar dia terangkan. Geram betul Rizza ni. Tahu nak bertempik je. 

Rizza pula sudah terkelu sendiri. Ambik kau Rizza. Jawapan yang bernas. Sampai tersenget-senget mulut Zara menerangkan. Itulah! Asyik fikir buruk orang je. Kan dah malu sendiri.

“Cakaplah awal-awal.” Kata Rizza bersama jelingan. Tutup malu sebenarnya.

“Dah awak tu tau nak memanah saya je. Bukannya nak fikir elok-elok. Tahulah saya ni perempuan tak elok. Tapi tak adanya la saya nak perangkap awak. Kalau awak tak hingin kat saya. Saya pun tak hingin nak terima orang yang tak hingin kat saya. Saya nak orang yang hingin dan boleh terima saya seadanya.”

Rizza kerut dahi mendengar bebelan Zara. Berapa banyak hingin ni? Cakap memang suka berbelit-belit betul Zara ni.

“Macamlah ada orang nak..”

“Kalau awak tak nak, tak semestinya orang lain tak ada yang nak.”

“Siapa? Papa aku?” Soal Rizza dengan mimik muka perlian.

“Ada juga kan.” Zara jawab dengan mimik muka bangga.

“Itu sebab kau yang goda dia dengan muka ala-ala gadis melayu terakhir kau tu. Dengan aku. Sorry! Tak jalan. Boleh jalan adalah!”

“Tak suka sudah la! Tak payah la nak lebih-lebih!” Zara menghentakkan kaki melangkah keluar dari ruang dapur. 

Semasa melalui belakang itu sempat tangannya singgah di atas bahu Rizza. geram! Ikutkan hati nak je dia bagi sekehan berapi dia dekat atas kepala tu. Biar hilang sikit perangai suka menjerkah tu.

Rizza pula sudah besarkan mata. Zara naik tangan pada dia? Amboi! Main kasar nampak. Nasib baik kau perempuan Zara. Kalau tak memang dia dah keluarkan aksi tomoi.

Bang!!

“Hoi! Pecah pintu rumah aku. Kau yang aku gantung gantikan pintu tu nanti!” Jerit Rizza geram.

Terhinjut bahu dia dibuatnya. Macam nak roboh. Marah sungguh gayanya. Sikit-sikit nak merajuk. Dah hafal sangat dah! Kali ini jangan haraplah dia nak melayan. Nak merajuk sangat. Lantaklah. Tadi beria mesej suruh dia balik tapi ini dah tunjuk perangai. 

Baik dia balik je, tengok muka Zarif lagi bagus. Tangan sempat membuka tudung saji, dan...

Gulpp!

Air liur ditelan. Sedapnya lauk yang budak merajuk ni masak. Aduhai! Rizza picit dahi sendiri. Rasa bersalah mula menerpa. Setelah hampir sepuluh minit berfikir akhirnya dia melangkah ke bilik Zara. Lama dia berdiri di hadapan pintu bilik itu. Emm nak ketuk ke tak nak.

 Tadi memanglah dia dah nekad, kata tak nak pujuk. Tapi lepas angkat tudung saji, tengok lauk atas meja tu. Terus je hati dia jadi Cencol Ais. Sejuk..menyamankan. Ini budak  tu mesti tak makan lagi. Tadikan masa dia balik Zara tengah masak.

Tok. Tok. Tok.

Akhirnya tangan dia naik mengetuk pintu. Tak apa. Mengalah tak semestinya menjatuhkan ego. Dia kan lelaki yang berhati perut.

“Zara.” Panggil Rizza lembut. Ewaah! Lembut la sangat. Garau adalah.

“Apa?!” Mak ai! Garangnya budak ni.

Rizza senyum depan pintu.

“Zara..”

“Awak nak apa?! Jangan kacau sayalah. Pergilah balik!” Jerit Zara geram. Dah buat dia kecik hati. Sekarang datang balik. Benci betul!

“Zara..” 

“Heyss! Apa?!”

“Zara..”

“Nak cakap tu cakap aje la. Tak payah la nak bergurindam jiwa dengan nama saya tu pulak. Suara awak bukannya merdu macam Jamal Abdillah pun!”

Rizza tekup mulut tahan ketawa. Gurindam jiwa pulak dah. Zara ni. Garang-garang pun comel. Ehem! Rizza urut tekak. Kali ini kena keluarkan suara paling merdu sekali. Kena kalahkan Jamal Abdillah.

“Zara. Keluar la sekejap..” Namun suara yang keluar langsung tak merdu. Dah biasa menjerit nyaring. Manalah reti buat suara lembut merdu.

“Tak nak.”
“Saya masuk eh.”

“Sibuk la! Saya nak tidur.”

“Petang macam ni mana boleh tidur. Banyak jin ikat tocang berkeliaran.”

“Suka hati saya la.”

Rizza bercekak pinggang dengan sebelah tangan. Sebelah lagi memegang birai pintu. Berfikir ayat apa lagi yang dia nak gunakan untuk memujuk. Tak pernah la dia buat aksi luar alam macam ni. 

“Zara. Sekejap la. Please.”

“Jangan kacaulahhhhh!!” Tu dia! Suara Chipmunk dah keluar.

Rizza dah terkemam-kemam bibir. Zara ni! Dah la suara tu halus. Jerit macam tu. Buat dia rasa nak gelak je.

“Zara. Kalau awak jerit macam tu. Sah. Satu taman ni tahu awak ada dengan saya dalam rumah ni. Hmm, kalau macam ni nampak gayanya. Makin cepat la abang-abang kopiah sampai depan rumah kita ni.”

Pintu dibuka dari dalam. Hampir je Rizza jatuh tersungkur kerana tindakan Zara yang tiba-tiba tu. Bertuah punya budak. Kalau dia jatuh tersembam tadi, jatuh imej dia sebagai Kapten Azrim!

“Nak apa?”

“Nak awak.”

“Hah?”

“Apa salah ke?”

“Tak salah. Tapi pakej dengan ni. Dan ini..” 

Rizza gelak juga bila tengok Zara yang menunjukkan penumbuk, siku dengan lutut. Garang la konon!

“Gelak-gelak! Pergilah balik. Menyampah saya tengok awak. Ingat lawa sangat ke bila awak ketawa? Pipi awak tu lekuk tahu tak!”

“Lesung pipit aku ni sweet apa.”

“Sweetlah sangat. Cacat!”

Mati ketawa Rizza dibuatnya. Cacat pulak dah. Zara ni tak tahu ke inilah pakej paling menarik yang dia ada. Boleh pulak dikatakana cacat. Ini sah mata Zara dah tamat tempoh! 

“Cacat yang mencantikkan..”

“Awak ni nak apa? Tak payah nak buat manis mulut boleh tak? Saya dah puas makan aiskrim tadi. Dah jemu manis-manis ni! Nak muntah jadinya.” Zara menolak tubuh Rizza yang masih berdiri di depan pintu. 

Rizza tahan hati. Ini dah masuk kali kedua Zara main kasar dengan dia. Masuk kali ketiga memang dia pusing-pusing Zara buat roller coaster.

“Nak apa? Emm aku nak makan. Lapar ni..” Jawab Rizza sambil mengekori langkah Zara dari belakang.

“Pergilah makan. Lagi bagus kalau awak cepat balik.” Balas Zara dengan muka tak bersalah.
Kita tengok Abang Kapten seorang ni memujuk.

“Tapi aku nak makan dengan kau.”

“Eh! Sendirian berhad la. Bukannya awak share mulut dengan saya pun.”

Rizza senyum senget. Ewahh. Baik punya jawapan. Karang kalau dia share betul-betul mulut dia ni. Baru Zara tahu senyap agaknya.

“Tapi kau yang masak. So lagi bestlah kalau kau ada sekali.” Rizza berdiri tegak di hadapan Zara yang sudah duduk di atas sofa. Nak memujuk kenalah ada daya usaha yang tinggi.

Memang salah dia pun kan. Mulut main sembut je merata.

“Siapa masak untuk awak?”

Soalan Zara! Memang boleh menaikkan darah betul. Dia yang keluar duit beli semua barang dapur so ikut suka dia la! Tapi..sabar.. Takkan dia nak cakap macam tu pulak.

“Zara.. Please..” Rayu Rizza lagi.

Zara buat tak tahu. Alat kawalan jauh dia capai. Selamba je menekan alat tersebut memilih siaran yang berkenan. Rizza yang berdiri tegak dia buat macam tak wujud. Kita tengok je adalah skill memujuk Rizza akan setaraf dengan muka handsome tu.

“Hmm. Tak boleh tak apalah.” Rizza heret kaki menghala ke pintu rumah. 

Teringatkan kailan ikan masin bawah tudung saji tadi rasa macam kaki dia ni tak mampu melangkah. Nak kailan ikan masin tu! Zara..sampainya hatimu..

“Cepatlah! Hesyy. Mengada.” Zara bersuara. Tak sampai hati pulak dia tengok muka mengada-ngada tu. Kalau tak memikirkan dia menumpang. Jangan haraplah dia nak mengalah.

Langkah kaki Rizza terhenti. Senyum melebar. Yahoo! Zara dah bersuara. Baik juga hati Zara ni rupanya. Ingatkan tadi nak tutup pintu, tak bagi dia masuk terus. Menjadi juga la aksi kesian dia tadi.

“Cukup?” Soal Zara sambil menunjukkan pinggan yang sudah di isi dengan nasi.

Rizza angguk. Marah-marah pun nasi dia Zara tolong isikan juga.

“Awak masak?”

“Tak! Mak tiri cinderella yang masak.”

Rizza sengih dengan balasan Zara. Bergurau pulak dah! Padan muka dia, siapa suruh tanya soalan bengap. Dah sah-sah Zara ni yang dia nampak duduk depan kuali tadi.

“Oh.. Saya nampak tadi. Lawa pulak mak tiri cinderella kali ini. Pakai cekak rambut pink.”

“Jangan nak mula ye.” Zara meluruskan jari telunjuknya ke arah Rizza.

Rizza angkat kedua tangan. Bendera putih!

“Makan la sekali.”

“Tahulah. Takkan la saya masak nak kenyangkan perut awak je. Habis saya? Makan batang kailan je?”

“Takkan la saya sampai hati nak suruh cheff saya ni makan batang kailan je. Meh. Saya ambilkan nasi untuk awak ye.”

“Tak payah.”

Rizza senyum. 

Zara menjeling. 

Rizza sengih. 

Zara menjegil.

Rizza buat muka takut. Kalau dia buat flyying kiss. Agak-agak, dia dapat flyying kick tak?
“Zara. Barang dapur banyak lagi?” Sengaja Rizza ajukan soalan. Tak suka bila dia duduk berdua dengan Zara tapi keadaan sunyi sepi.

“Hmm..” Sepatah.

Rizza angkat tangan baca doa. Zara ikut. Rizza senyum kelegaan meilihat rekasi itu. Ingatkan tadi baca doa asing-asing.

“Nanti kita pergi beli.” Kata Rizza lagi. Saja nak ambik hati.

Kailan ikan masin adalah lauk pertama yang Rizza sudukan dalam pinggan. Sempat dia ambil sepotong batang kailan dan masukkan dalam mulut. Perfect! Ada tomyam udang dengan ulam timun. Ringkas tapi mampu membuka selera dia. Mesti Zara masak untuk dia ni sebab tu Zara suruh dia balik. Ini yang nak terharu ni.

“Kenapa pakai baju aku?” Soal Rizza bila terpandangkan baju dia ditubuh genit Zara. Besar bukan main..

“Kedekut.” Zara jawab perlahan.

“Bukan la. Tanya je. Kut la tak ada baju nak pakai. Hmm. Tak apalah. Hari minggu ni kita keluar beli.” Nafi Rizza. Takut kalau-kalau sekali lagi Zara buat perangai merajuk. 

Tapi mulut dah tersasul benda lain. Ringan pulak mulut dia ni menabur janji. Tak apalah! Mungkin dengan cara ini dia dapat tebus semula ketelanjuran kata-kata dia tadi.

“Tak nak la. Nanti dah kerja saya beli sendiri.” Halang Zara.

Teringat pula tawaran anak makcik sebelah rumah. Hakim. Doktor muda yang menawarkan dia bekerja sebagai pembantu di klinik lelaki berkenaan. Alhamdulillah. Rezeki.

“Kerja?”

Terhenti suapan Rizza. Kerja? Kerja apa? 

Bila? Dimana? 

Bila pula Zara cari kerja ni?

Oh man!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan