PUAS
menyandar dia kembali menegakkan badan. Sesekali panjang lehernya menjenguk ke
pintu klinik. Namun orang yang dinanti masih belum memunculkan diri. Keluhan
kasar dilepaskan. Menunggu! Inilah perkara yang paling dia benci. Telefon di
dalam poket seluar dia tarik.
“Hello
mama! Where are you? I’m been here almost half hour.” Soalnya terus sebaik
sahaja panggilan berjawab.
“Calm
down, sayang. Mama stuck dalam trafic jam ni. Ada accident dekat depan sana.”
Lembut suara di sebelah sana membalas.
Mendengarkan
jawapan balas itu, Ahqaf melirik jam di tangan. Dah hampir pukul 2.00 petang,
perut dia memang dah buat tarian kuda kepang. Inilah perempuan! Apa-apa hal
semuanya lambat, tak pernah nak cepat. Melenggang kangkung, jalan tergolek
sana, tergolek sini. Memanglah lambat!
“But
I’m hungry Mama, thirsty plus tired. Along balik dulu la, jumpa dekat rumah
nanti je.”
“Along
nak balik dengan apa? Pak kob still tunggu dekat sana ke?”
“No,
he already left. It’s okey, Along boleh ambik taxi.”
“No,
dear. Tunggu Mama, give me ten minutes. I be there.”
Tutt..
Ahqaf
tercenggang. Mama letak je telefon? What the.. Arghh! Sabar aje la. Langkah dia
atur ke pintu klinik. Nasib baik tadi dia sempat sampai sebelum klinik tutup.
Pekerja Mama yang akhir tadi bagi dia masuk tunggu dekat dalam sebelum
meninggalkannya untuk keluar rehat. Nasib baik tunggu dalam klinik, kalau
tercongok dekat luar. Memang jangan haraplah dia nak buat kerja bodoh ni!
“Huh!”
Tubuh dihempas ke atas kerusi menunggu. Baring sambil menyilangkan kaki. Earfon
disumbat masuk ke dalam telinga, mata di pejamkan. Tangan dibawa bersilang ke
dada. Namun baru ingin melayan mata yang mula terasa kantuk, tiba-tiba bahunya
disentuh lembut. Mata dibuka.
“Encik.
Encik okey?”
Seseorang
yang manis berbaju kurung dan bertudung berlingkar di kepala menjadi santapan
matanya. Atas bawah dia pandang gadis itu. Melihat si gadis yang langsung tidak
ada kena mengena dan kepentingan kepadanya, mata kembali dipejam. Bibir
bergerak mengikut alunan lagu yang masuk ke telinga.
“Encik..”
Sekali
lagi bahunya disentuh. Namun kali ini bukan sentuhan biasa, sebaliknya digugah
kuat. Nasib baik badan dia tegap, kalau tidak mahunya dia dah menyembah lantai.
“What?!”
Soalnya geram. Dia tak ada kacau sesiapa pun kan. Yang perempuan ni nak sibuk
hal dia kenapa?
“Encik
baring dekat sini kenapa? Encik sakit ke?”
“Yes.”
Sakit hati!
“Dah
daftar?”
Ahqaf
menggeleng.
“Oh!
Okey, bagi saya Ic Encik. Saya daftarkan dulu.”
“Why
should I?”
“Encik..
Kalau Encik nak jumpa doktor, Encik kena la daftar dulu.”
Ahqaf
buat muka bosan. Muka dia nampak macam orang sakit ke? Dan lagi satu, kalau
pergi klinik memang bila sakit je ke?
“Who
are you? The doktor here?”
Si
gadis menggeleng.
“Ha!
Tak kan.. So, can you leave me alone? Pergi main jauh-jauh.”
Kalau
tadi bahunya digugah kuat, kini bukan setakat digugah sebaliknya lengan dia
ditarik supaya bangun. Tak cukup dengan itu, tangan kecil itu selamba je
menarik leher baju dia. Nak tak nak terpaksa la dia bangun. Nanti tak pasal
rabak baju Giorgio Amani dia ni.
“Hey!
What wrong with you?!” Dari bebaring Ahqaf bangkit berdiri. Baju yang sudah
senget-senget dia betulkan. Kecil besar je dia pandang gadis yang berada di
hadapannya kini.
Sudah
la buat muka orang tak bersalah. Ada juga yang kena cepuk ni nanti!
“Encik!
Ini klinik. Tempat orang sakit, tempat orang nak ambil ubat. Kalau Encik ke
sini semata-mata nak tumpang berehat, nak tidur. Tu! Kat luar sana ada kaki
lima. Dipersilakan..”
Mata
Ahqaf mengikut arah ke mana jari telunjuk si gadis. Kaki lima? Dia yang handsome
macam ni disuruh tidur dekat kaki lima?
“Cik,
puan, datin, adik manis or whatever.. Aku ke sini sebab aku tengah tunggu
someone. Bukan nak tidur. Can you give me five minutes only? After that aku
pergilah.. Will you?” Ahqaf ukirkan senyuman buat-buat. Ikutkan hati nak je dia
pulas kepala yang tersarung tudung seolah serban tu. Nasib baiklah sekarang ni
dia tengah lapar nasi, kalau tidak.. Memang tak merasa la perempuan ni nak
berceloteh.
“Tak
boleh. Ini bukan bus stop! Klinik kami tak menawarkan perkhidmatan persinggahan
sementara. Sekejap lagi klinik dah nak buka, dan ramai pesakit akan datang.
Kalau dah Encik terbaring dekat kerusi ni dengan gaya gangster zaman Hang Tuah,
nanti pesakit akan lari.”
Terkapai-kapai
tangan si gadis ke atas dan ke bawah. Mulut bergerak, tangan pun bergerak. Ini
anak beranak Karam Singh Walia ke apa?
“Whatever..”
Ahqaf menutup mulut. Pura-pura menguap. Bosan betul kalau dengar perempuan
membebel ni. Punggung kembali direbahkan ke atas kerusi. Rokok dikeluarkan dan
dinyalakan. Sebelah kaki dinaikkan ke atas kerusi. Bersandar sambil menghembus
asap rokok.
“Encik!”
Ahqaf
menggosok telinga yang berdesing bila si gadis menjerit. Kenapa dengan
perempuan ni?
“Hey!
Kau ingat aku ni apa? Siapa kau nak jerit-jerit depan muka aku?” Naik seoktaf
suaranya. Perempuan ni memang boleh buat dia hilang sabar.
“Ini
klinik! Sekali lagi saya ulangi, klinik. Ini kawasan larangan merokok.
Memanglah saya jerit sebab Encik sesuka hati merokok dekat sini.”
“Eh!
Ikut suka hati aku la. Nak merokok ke, apa ke.. Even kalau aku nak bakar klinik
ni sekalipun apa kau kisah? Klinik ayah kau ke?!” Tidak mahu kalah, lantang
Ahqaf bersuara. Ingat dia tak pandai nak menjerit ke? Dia pun ada hak bersuara
juga
Ternyata
suaranya berjaya membuatkan gadis di hadapannya terdiam. Terkebil-kebil mata
itu memandangnya. Dia bulatkan mata. Buat muka garang.
“Ini
pun bukan klinik ayah awak juga!”
Hilang
terus bulat matanya sebaik sahaja si gadis melancarkan serangan balas.
“Yes!
Memang klinik ni bukan ayah aku punya. But, this is my mum punya. Jadi kiranya
aku lagi berhak ke atas klinik ni kalau nak dibandingkan dengan kau.”
“Liar!”
Ahqaf
ketap gigi. Bergerak-gerak gerahamnya menahan geram. Pertama kali ada gadis
yang berani tinggikan suara pada dia. Gadis bertudung pulak tu. Ini ke
perempuan muslimah? Bahagian mana yang muslimahnya?
“Yang
kau banyak bunyi sangat ni kenapa? Kau ni ada share ke dekat klinik ni?”
Si
gadis menggeleng.
“Saya
pembantu di sini..”
Terlepas
gelak kecil dibibir Ahqaf. Pembantu? Rokok yang masih berbaki di tangan dia
sedut panjang dan melepaskan asap rokok ke muka si gadis. Melihat si gadis yang
terbatuk-batuk kecil, dia ukir senyum puas hati. Padan muka! Ini hadiahnya
kalau dah banyak sangat bunyi.
“Setakat
asisstant aje pun. Tapi kau punya riuh, macamlah kau tu owner bangunan ni..”
Macam
mana la Mama boleh upah pembantu yang garang macam ni? Elok-elok orang yang
datang klinik ni sakit sikit je. Tapi nampak muka perempuan ni, terus boleh
sakit teruk. Teruk betul citarasa Doktor Maira Khaisara ni..
“Assalamualaikum..”
Serentak
keduanya berpaling sebaik sahaja pintu klinik ditolak dari luar. Seorang
perempuan yang anggun berbaju kurung moden merah terang melangkah penuh karisma
Senyuman lebar terukir di bibir itu.
“Umar
Ahqaf. My son.. I’m miss you darling.”
Belum
sempat Ahqaf menjawab salam. Tubuhnya sudah melekap kemas di dalam pelukan
wanita tersebut. Tidak cukup dengan itu, kedua pipinya juga menerima ciuman
bertalu-talu.
“Mama..
Please..” Ahqaf julingkan mata ke atas. Perangai Mama dari dulu tak pernah
berubah. Gedik!
“How
are sayang?” Soal Maira sambil memegang kedua pipi anak sulungnya. Rasanya baru
lagi dia pergi melawat anak sulungnya ini di Ireland tiga bulan lepas. Tapi
rindunya dia pada Ahqaf seolah dah bertahun-tahun tak jumpa.
“Fine.
Kalau tak sihat, tak adanya Along mampu berdiri teguh di sini. Tahulah dia tu
doktor, tapi takkan la asal jumpa orang je. Mesti tanya soalan samada sihat
atau pun tidak. Cuba la tanya samada Along ni lapar ke tidak.. Makin bertambah
handsome ke atau pun bertambah kacak ke..”
Maira
tergelak. Si anak bujang yang tak pernah kalah dalam berkata-kata.
“Along
lapar ye?”
“Of
course I’m am. Turun dari flight, Along terus datang sini tau. Tak makan
apa-apa pun lagi ni,” jawab Ahqaf sambil menyapu pipi dengan belakang tapak
tangan. Takut kalau-kalau ada lipstick Mama yang berjaya singgah. Buat jatuh
saham dia je nanti.
“Sorry,
sayang. Okey, jom. Kita pergi makan dulu ye..” Maira menarik tangan anak lelaki
bujangnya itu. Sudah faham sangat perangai Ahqaf yang cepat melenting. Perangai
gangsternya dari dulu tak pernah hilang. Suka menunjukkan kekuasaan.
“Wait..”
Maira
angkat kening. Pelik. Tadi kata lapar sangat..
“Mama
tak nak kenalkan ke siapa pekerja Mama ni?” Ahqaf melirik ke arah si gadis yang
sedari tadi setia menjadi pemerhati. Namun dia nampak mata gadis itu kecil
besar. Mulutnya juga sekejap buka sekejap tutup. Tahu la kau perempuan!
“Oh!
Sorry. Along, ini Mama kenalkan my asisstant. Anggerik.. Anggerik, this is my
son. Umar Ahqaf.” Hampir sahaja Maira menepuk dahi sendiri. Macam manalah dia
boleh tak perasan akan kehadiran Anggerik di situ. Itulah, teruja sangat nampak
anak sendiri.
“Oh..
Anggerik. Bunga Orked tu ye?” Senyum jahat Ahqaf lorekkan.
“No,
sayang. Anggerik Medina.”
Haihh!
Ahqaf ni..
“Nice
name, suit sangat dengan perangai dia Mama..”
“Huh?”
“Err.
Nothing.. Mama.. Boleh tak kalau kita ajak sekali Cik bunga orked ni pergi
lunch dengan kita?”
Maira
memandang sekilas ke arah Anggerik sebelum kembali memandang Ahqaf. Aikk? Ini
sejak bila Ahqaf jadi ramah sangat? Macam ada yang tak kena je..
“Of
course. Anggerik. Jom, ikut saya lunch sekali ye..” Maira memegang lengan
Anggerik lembut. Menghantar pandangan supaya pembantunya itu bersetuju. Faham
sangat dah dengan perangai si anak. Jangan dibantah apa yang dia mahukan.
“Err..”
Si gadis tergagap
“Let’s
go..” Ahqaf berlalu. Tidak berminat mahu menunggu jawapan. Nak ke tak nak,
perempuan tu mesti kena ikut. Tadi banyak sangat bunyikan. Kali ini tahulah dia
nak senyapkan mulut tu.
Berlalu
melintasi Anggerik, pandangan sinis dia hadiahkan. Senyuman kecil yang penuh
bermakna dia corakkan. Berani sangat banyak bunyi dengan Umar Ahqaf Bin Ahmad
Rizky Dhan. Silap orang la kau perempuan..
OOHHH Ahqaf yang jerk...baru baca kak ilah..nice story..
BalasPadamLaa aulia xpnh bc lg ke cite ni? Ini kesinambungan novel first akak... Pencuri hati vs penembak cinta.
BalasPadamUmar ahqaf tulun!!! Anda mmg sgt bad! Naughty tau.. haila anak sulung..
BalasPadam