Sabtu, 16 Ogos 2014

Pencuri Hati Vs Penembak Cinta-Bab 15


PEJAM celik, terasa begitu sekejap sahaja sudah sampai ke minggu terakhir tugas Maira sebagai guru kelas Enam Atas Ibnu Sina. Hujung minggu ini, sudah tiba masanya untuk Maira berangkat meninggalkan bumi Malaysia. Maira perhatikan pemandangan sekeliling sekolah melalui cermin tingkap yang terbuka, cuba menyematkan setiap momen indah sepanjang bergelar guru di sekolah tersebut. Walaupun bergelar anak pemilik sekolah berkenaan, namun itulah kali pertama Maira merasakan sekolah berkenaan amat bermakna.
Kenapa sebelum ini, Maira hanya buat tidak endah sahaja? Datang pun hanya sekali-sekala. Maira sendiri pun tidak pernah bersekolah di situ, kerana bersekolah di asrama penuh.
Pintu kelas yang ditolak perlahan mematikan lamunannya. Seseorang bertubuh tegap melangkah masuk dengan tenang. Menghampiri meja di bahagian belakang dan meyelongkar laci meja. Lagaknya seolah-olah langsung tidak menyedari ada manusia lain di dalam kelas tersebut.
“Cari apa?”
Serentak Gun berhenti menyelongkar dan berpaling ke arahnya. Muka Gun memang nampak terkejut. Pertama kali melihat Gun dengan reaksi sebegitu mengundang ketawa Maira.175
Pencuri Hati vs Penembak Cinta
“Kau ni, buat terkejut ajelah. Yang tak balik lagi tu kenapa?” soal Gun garang.
“Maaf... Saya tak tahu pula awak mudah terkejut, tengok badan besar... tapi penakut.”
“Bila aku takut? Aku cuma terkejut. Sesiapa pun kalau tiba-tiba ada orang tegur dari belakang boleh terkejut. Lebih-lebih lagi tengok muka kau.”
“Awak cari apa? Tak balik lagi ke...” soal Maira. Malas hendak berbalas cakap dengan Gun.
“Rantai aku. Kau ada nampak tak? Hilang. Tadi masa dalam kelas ada lagi,” jawab Gun sambil matanya melilau melihat lantai di sekitarnya. Kali ini nada suaranya berubah lembut.
“Tak ada pula. Rantai yang selalu tu ke?”
Automatik matanya memandang leher Gun yang kosong. Sah, memang rantai yang dia selalu pakai itu dah tak ada. Maira turut mencari di sekitar kelas. Gun jawab dengan baik, jadi dia pun haruslah jawab dengan baik. Takkanlah asyik nak bertekak aje.
“Haah... Alaaa... mana pula la tercicir ni? Kacau betul la...”
“Tak apa... kita cari dulu ya. Kalau tak ada, bukan rezeki la tu. Beli lain aje la...”
“Tak mau. Nak yang tu juga...” Gun sudah duduk di atas meja. Beg sandang dicampak ke atas kerusi. Mulut muncung, buat muka sepuluh sen. Alahaiii... comel pula bila Gun buat muka macam tu.
“Apa-apa pun, kita cari la dulu. Tak apalah, nanti saya boleh beli yang sebiji macam tu. Ha, suka tak? Dah... tak mau buat muka macam tu... Macam budak tak dapat
Ailah Diela
susu.”
“Aku tak nak. Aku nak yang tu... Yang baru tak sama dengan yang tu. Rantai tu Fetty yang bagi...”
Patutlah... Adik kesayangan dia yang bagi rupa-rupanya. Beruntung betul Fetty, dapat abang yang memang sayang gila dekat dia. Tak sangka, sekeras-keras Gun ada juga bab yang boleh buat dia kalah.
“Fetty mesti faham. Awak pun bukan sengaja, kan... Sayang betul awak kat dia ya. Sampai macam tu sekali awak nak jaga hati dia.”
“Dia satu-satunya adik yang aku ada. Mestilah aku sayang. Dia ibarat nyawa aku... apa pun aku sanggup untuk dia. Tapi... aku dah hilangkan rantai yang dia bagi. Mesti dia kecewa sebab aku tak jaga elok-elok barang yang dia bagi...”
Sekali lagi Gun mengaku yang Fetty begitu bermakna di dalam hidupnya. Entah mengapa terbit rasa cemburu dalam hatinya. Maira!!! Fetty tu adik Gun... itu pun nak cemburu ke? Lagipun Gun bukan sesiapa di dalam hidupnya.
“Saya faham... Emmm, dalam beg dah cari?”
“Dah tadi...” jawab Gun lemah.
Errr... Dalam poket seluar, baju or jaket awak tu... dah cari? Manalah tahu, awak salah letak.”
“Dah... Semua tempat aku dah cari. Isy... mana ni...” Gun menggosok-gosok rambutnya kasar. Gaya dah macam tertekan sangat aje.
“Cuba cari lagi sekali. Manalah tahu, kali kedua lebih afdal. Meh sini saya tolong.”
Belum sempat Gun memberi kata persetujuan, 176 177
Pencuri Hati vs Penembak Cinta
Maira terlebih dahulu mencapai jaket Gun yang tersadai di atas meja. Gun pula memeriksa poket baju dan seluarnya. Nampak bersungguh-sungguh. Kasihan, pasti Gun memang amat mengharapkan supaya rantai itu ditemui.
“Eh! Ini ke? Haaa... betullah. Ini kan?” Maira mengangkat sekalung rantai leher berwarna hitam sederhana besar. Loket dengan lambang pistol yang comel tergantung di rantai berkenaan. Berkilat dan nampak begitu mewah. Berlian? Zamrud?
“Oh God!!! Yeah.” Laju Gun mengambil rantai yang tergantung di tangan Maira.
Thank you so much. Nanti aku belanja. Cakap aje apa kau nak,” kata Gun penuh teruja.
Rantai di tangan dikucup beberapa kali. Kelakar pula tengok Gun ni. Terukir senyuman mahal milik Gun di bibir merah miliknya. Terlalu manis.
Maira terkejut melihat sisi wajah Gun yang nampak sangat menawan. Patut pun dia jarang senyum. Kalau Gun senyum selalu, memang boleh buat semua perempuan mati berdiri.
You're most welcome. Betul ke ni? Alhamdulillah... Saya memang pantang ada orang offer nak belanja ni, on aje...”
Dilihat Gun yang sudah siap memakai semula rantai di lehernya. Kembali berimej ganas... namun tetap seksi. Opsss... oh la la...
“Alhamdulillah?” Berkerut dahi Gun.
“Huh?”
“Kau sebut tadi... Alhamdulillah kan?” soal Gun lagi. Langsung tidak kekok dan pelat menyebut perkataan
Ailah Diela
alhamdulillah.
Yeah... Why?”
“Dulu-dulu selalu juga dengar umi sebut perkataan tu. Tapi tak pernah tahu maksudnya. Bila kau sebut tadi, tiba-tiba rasa rindu dekat umi... Hmmm, jom kita balik.”
Gun terlebih dahulu mencapai beg di atas kerusi dan jaket dari tangan Maira. Kemudian dia melangkah keluar kelas. Maira bergerak pantas menyaingi langkah Gun yang sudah jauh ke depan. Kaki panjang, Maira baru selangkah, Gun dah masuk tiga langkah.
“Awak rindu umi?” soal Maira setelah berada di sebelah Gun.
Hmmm...” jawab Gun pendek. Suara macam sedih aje.
“Balik ni kan awak boleh jumpa dia?”
No. She’s not here. Bila Fetty dah cukup lima belas tahun, dia pergi tunaikan umrah. Lepas tu, terus balik kampung. Dah lama aku tak jumpa dia...”
“Oh ya ke? Faham... Emmm, awak pergilah jumpa dia. Dia pun mesti happy sangat kalau dapat jumpa awak dan Fetty.”
Gun hanya diam tidak menjawab. Berjalan memandang tegak ke hadapan.
“Awak sayang umi?”
“Sayang. Sangat sayang. Umi la yang memberikan kehidupan sempurna buat saya, Kit dan Fetty. Dia ibarat ibu kandung kami. Seorang yang saya sangat sayang dan saya akan ingat jasa dia seumur hidup saya. Dia yang banyak mengajar saya supaya menyayangi orang-orang 178 179
Pencuri Hati vs Penembak Cinta
yang berbuat baik dengan saya. Menghargai orang yang menyenangkan hati saya.”
“Mesti dia sangat penyayang...”
Tiba-tiba Maira rasa begitu ingin mengenali wanita yang digelar umi itu. Pasti umi seorang yang hebat sehingga memberi impak yang besar dalam hidup mereka bertiga. Sebelum ini, dia hanya mendengar cerita melalui Dini. Kini Gun pula... Dilihat kehidupan Gun begitu sempurna, memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah. Tetapi, umi pula yang dikatakan telah menyempurnakan hidup mereka. Kenapa Gun tidak pernah mahu bercerita mengenai daddy dan mummynya?
“Dia wanita hebat. Emmm, kau pernah pergi umrah atau Mekah?”
Maira hanya mampu menggelengkan kepala. Terasa begitu kerdil, sedangkan dirinya beragama Islam. Tetapi disoal sebegitu oleh Gun yang tidak mempunyai sebarang kepercayaan agama.
“Aku teringin sangat nak pergi. Umi cakap... menunaikan haji merupakan rukun Islam yang keenam. Sesiapa yang mampu, harus menunaikan haji. Umi juga pernah cakap, Kaabah sebuah rumah agama yang pertama dibina. Mekah pula ialah tempat suci bagi umat Islam. Aku pun tak berapa tahu, maaf kalau salah cakap. Tapi, aku rasa... macam aku nak sangat pergi tempat tu. Aku pernah tengok dalam TV and it’s so beautiful. Nampak tenang dan... emmm... entahlah... aku pun tak tahu nak terangkan macam mana.”
Gun berhenti melangkah apabila mereka tiba di keretanya. Kemudian dia bersandar di belakang bonet kereta. Mendongak ke langit yang kebiruan.
Ailah Diela
“Saya pun tak tahu... sebab saya pun tak pernah pergi. Tapi, insya-Allah, suatu hari nanti, kalau diizinkan Tuhan, saya pasti akan pergi. Bagi kami umat Islam, memang menunaikan haji merupakan salah satu rukun bagi orang yang mampu. Saya doakan, kita akan sama-sama dapat menjejakkan kaki ke sana.”
“Insya-Allah?”
“Maksudnya... kemungkinan... Contohnya, kalau kita tidak yakin sama ada kita boleh buat atau tak, maka, kita gunakanlah insya-Allah...” terang Maira seolah-olah faham dengan riak muka Gun.
Maira hanya menerangkan apa yang dia pernah belajar dan masih ingat. Selama ini, begitu kurang pengetahuan agama yang dia tahu.
“Oh okey. Alhamdulillah pula?”
“Alhamdulillah... Itu kita menyatakan perasaan kita yang bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada kita.”
“Kau solat tak?”
Alamakkk!!! Ibuuu! Tolong... kenapa makin rasa nak menjelma jadi halimunan ni???
Errr... solat...” jawab Maira berbohong. Padahal memang dia jarang sangat melakukan perkara wajib berkenaan. Kalau kena paksa berjemaah dengan ayah barulah dia buat. Bukan tak tahu dosa pahala, tapi... entahlah... liat sangat.
“Aku pun pernah.”
Jawapan Gun membuatkan Maira terasa seperti tertelan biji durian. Gun bersolat? Biar betul... Maira pula? Oh tidak... lagi double malu!!!180 181
Pencuri Hati vs Penembak Cinta
“Bila tengok umi dan Kit solat sama-sama, aku pun ikut. Umi kata, solat tu tiang agama... wajib buat. Aku suka, rasa tenang aje. Lebih-lebih lagi bila dengar umi baca buku tebal tu. Orang Islam panggil al-Quran kan? Tapi sejak umi tak ada, aku dah tak rasa semua tu.”
Mendengar sambungan ayat Gun membuatkan Maira melepaskan nafas panjang. Fuhhh!!! Lega...
Tangan Maira menggosok-gosok badan kereta Gun yang berukir naga. Dulu menyampah, sekarang rasa macam unik pula. Nampak sangat stylo.
“Yaaa. Al-Quran... Awak pandai solat?”
Errr... tak...” jawab Gun lemah. Seolah-olah ada getaran di dalam suaranya.
“Tapi kan umi pernah ajar?”
“Tak... Umi tak ajar aku. Cuma bila dia ajar Kit, aku suka dengar dan tengok...”
Hmmm... macam tu. Daddy dengan mummy awak tak ada dekat sini ke? Memang dari kecil awak duduk dengan umi ke?”
“Ada. Tapi jarang... Kalau dulu, keraplah juga ada. Tapi sejak kami dah besar ni, mummy dengan daddy makin jarang ada kat rumah. Selalu balik India.”
“Awak tak ikut?”
“Tak pernah pun balik ke sana. Jumpa granpa kat sana pun tak pernah. Cuma pernah tengok gambar aje...”
“Kenapa? Habis tu... nenek sebelah mummy awak pernah jumpa tak?”
Kesiannya Gun dan Fetty. Sejak kecil ditinggalkan. Lepas tu, langsung tidak ada saudara mara dekat sini. Yalah... ayah warganegara India... mak pula warganegara
Ailah Diela
German.
“Sebelah mummy, selalu... Tapi sejak my grandmother meninggal, dah tak pergi sana, lagipun mummy anak tunggal. Tak ada saudara mara dah pun kat sana. Emmm... sebelah my dad pula, aku pun tak tahu kenapa tak pernah balik sana, tapi... aku ada dengar babah borak dengan umi. Dia kata, granpa tak suka daddy kahwin dengan mummy. Entah... aku pun tak minat nak ambil tahu. Cukuplah aku ada umi, Fetty, Kit, Dini dan babah... Aku bahagia juga.”
Makin melimpah ruah rasa kasihan akan kehidupan Gun. Jika dilihat dari luaran, pasti semua orang akan rasa iri hati dengan Gun. Ada harta kekayaan, ada keturunan campuran yang sangat menarik. Ada rupa yang sangat seksi, tapi... dalaman... hanya Gun yang tahu. Memang patut mereka begitu mengagumi umi.
“Saya nampak awak bahagia. Walaupun kadang-kadang perangai awak macam orang kurang kasih sayang. Tapi not bad la... itu yang buatkan nampak awak sangat naughty dan so hot...”
Gun ketawa kecil dengan ayat Maira. Maira juga ikut ketawa, sengaja menceriakan suasana. Ralit Maira melihat wajah Gun yang kemerahan, menahan geli hati. Nampak begitu polos... begitu memikat... Haihhh!!! Maira, kenapa asyik nak menggedik aje ni?
“Tapi tak boleh lawan kau la. Eh, aku tanya sikit boleh tak?”
“Apa?” soal Maira gugup. Tiba-tiba nak rasa berdebar bila Gun bersopan santun macam tu.
“Kenapa kau suka pakai skirt pendek? Pelik... atas kau tutup sampai hujung jari, tapi bawah terbuka...”182 183
Pencuri Hati vs Penembak Cinta
Wohaaa!!! Soalan maut ni.
Errr... sebab saya kan seksi. Haruslah...”
Erkkk? Seksi. Seksi memang kena pakai macam ni ke? Bukan ke seksi tu ada spesifikasi maksudnya yang tersendiri.”
“Kenapa? Saya tak cukup seksi ke?”
“Sangat... Sampai rasa mata ni tak reti nak berkelip.”
Gun ketawa dengan kata-katanya sendiri. Amboi... suka nampak. Ini ayat memuji atau ayat perli.
“Mengada-ada... Jealouslah tu saya lagi seksi daripada awak.”
“Oh ya ke? Betul ni awak lagi seksi daripada saya? Awak nak tengok tak sisi seksi saya yang betul-betul?”
Gun merapatkan tubuhnya dengan Maira. Melirik manja. Mengukir senyuman senget. Aduhhh... mulalah tu nak pasang peluru.
“Tak hinginnn...” Maira mengalihkan pandangan ke arah lain. Tak boleh renung Gun ni lebih-lebih. Nanti tahap kegedikan dia naik ke tahap paling tinggi.
Tiba-tiba lagu daripada kumpulan Cake, Perhaps berbunyi nyaring. Gun menyeluk poket seluarnya. Berkerut dahi melihat skrin telefon sebelum menjawabnya.
Yes...”
“Hah? Kat mana?” Dari bersandar kini berdiri tegak. Suaranya juga bertukar cemas.
Okay, calm down. Siapa yang ada dengan kau sekarang?”
Gun sudah mula bergerak ke pintu pemandu.
Ailah Diela
“Itulah, main makan aje... Tak kira orang punya. Lapar tak bertempat tahu tak kau ni? Nasib baik ada Kit. Kit macam mana?”
Tegak telinga Maira mendengar nama Kit. Eh, kenapa ni? Apa dah jadi ni?
“Duduk situ diam-diam. Aku datang sekarang... Ingat!!! Jangan nak pergi mana-mana,” pesan Gun setelah diam beberapa saat. Gun segera menghidupkan enjin kereta dan memandang ke arah Maira yang masih berdiri tegak.
“Aku balik dulu. Ada hal...”
“Kenapa dengan Kit? Saya dengar awak sebut-sebut nama dia.”
Errr, tak ada apalah... Biasalah budak-budak. Okey, aku pergi dulu ya.”
“Saya ikut!” Laju Maira masuk ke tempat duduk penumpang tanpa perlu tunggu persetujuan.
“Eh, kau ni. Sibuk aje. Ini hal orang lelaki la... Keluar.”
“Tak nak. Nak ikut. Saya nak tahu kenapa dengan Kit.” Maira berkeras. Berpeluk tubuh.
“Tak bolehlah. Bahaya. Keluar. Kalau tak... aku jual kau kat sempadan Thailand. Nak?” Gun bulatkan mata. Ceh, konon garanglah tu... Gun ni keras, jadi Maira harus...
“Alaaa, sampai hati awak... Bolehlah saya nak ikut. Gunnn... Please...” Meleret suara Maira. Sehabis mungkin. Siap buat muka kesian sambil kedip-kedipkan mata.
“Isy. Degil!!!”
Akhirnya Gun mengalah.

Amboii Maira, berani sangat sekarang... Maira tersenyum kemenangan. Lembut juga Gun akhirnya... hehehe... 

1 ulasan:

  1. rukun islam ada 5 perkara dan haji adlah rukun islam yg ke5 bkn ke 6...rukun iman ada 6prkra,,...

    BalasPadam