Selasa, 16 September 2014

Abang Sayang Adik Manis - Bab 10

(Telah berada di pasaran pada Ogos 2015)
BOSAN betul bila kembali jadi penganggur ni. Masa ni baru la aku rasa rindu nak kerja balik. Meor pulak dua hari ni memang sibuk betul. Selagi jam tak cecah angka 9 malam, selagi tu muka dia tak akan muncul dekat rumah. Nasib baik memang Meor dah bagitahu awal-awal yang dia memang sibuk sikit sekarang ni. Aku pun tak kisah sangat, faham..nama pun kerja. Mama kata, Meor ada buat perniagaan sendiri. Tapi tak pula Mama cakap perniagaan apa. Mungkin sebab tu la Meor sibuk, nak majukan perniagaan dia kut..
“Kak de, jom teman Tini jumpa kawan.” Ajak Tini.
“Tapi kak de tak bagi tahu pun abang tadi nak keluar. Kenapa Tini tak cakap awal-awal?” Tini yang sudah duduk di sebelah aku pandang. Boleh tahan seski juga adik bongsu Meor ni. Tapi tak adalah seksi sampai seksa mata aku ni. Kalau aku tengok dari kakak-kakak Meor semuanya bertudung. Mama pun sama. Tapi kenapa Tini tak pakai tudung ye? Mungkin sebab anak manja kut. Eh boleh ke macam tu?
“Alah jom je. Abang de mesti tak marah punya. Bukannya keluar dengan orang lain pun. Takkan la dengan Tini pun abang de nak marah.”
Pujuk Tini sambil mengesel-geselkan badan dia dekat badan aku. Aku tengok jam, dah pukul lapan malam. Takkan aku nak keluar malam-malam ni,nanti apa pulak kata Meor. Sekarang ni aku dah jadi isteri orang. Setiap langkah aku perlukan restu suami.
“Sekejap eh.. Kak de bagi tahu abang. Kalau dia bagi, kak de on je...” Telefon bimbit aku capai. Nombor Meor aku dail,lama juga aku tunggu barulah panggilan berjawab.
“Assalamualaikum Qaseh..”
Dengar je suara Meor terus bibir aku tersenyum. Reaksi spontan, tak tahu la kenapa..
“Waalaikumussalam. Abang ada dekat mana?”
“Office lagi.. Why Qaseh?”
“Banyak kerja eh..” Soal aku sebab dengar suara dia macam tak bermaya je. Keluar rumah pukul 8 pagi, tapi ni dah pukul 8 malam masih tak balik-balik lagi. Mestilah penat,kalau aku tu mahunya pengsan tak sedarkan diri.
“Emm banyak la juga..”
Tini dekat sebelah aku dah sengol-sengol lengan aku. Bagi isyarat yang dia dah lewat. Suruh aku terus kepada soalan asal. Hesy! Ttak sabar betul adik ipar aku ni.
“Abang..err Tini ajak keluar..”
“Keluar? Pergi mana..”
“Tak tahu. Dia kata teman jumpa kawan. Boleh tak qaseh pergi?”
Lama Meor diam. Hanya bunyi nafas dia je yang kedengaran. Macam aku dah boleh agak je jawapan dia.
“Tak payah la Qaseh ye.. Malam dah ni..”
Ha kan! Aku tahu sangat. Kalau betul Meor bagi aku pergi mesti dia terus cakap boleh tadi. Kalau duk fikir lama sangat, tahu dah..emang tak boleh la tu.
“Okey abang..”
“Bagi telefon dekat Tini jap. Abang nak cakap dengan dia..”
“Nah. Abang nak cakap..”
Telefon aku hulur pada Tini. Dia macam pelik,tapi ambil juga..
“Hello abang de. Kenapa?”
Soal Tini terus.  Lepas tu aku nampak muka dia berubah. Mulut dia mengomel tapi apa pun tak dengar sebab dia mengomel tanpa suara. Gaya macam tengah ajuk cara Meor bercakap je.
“Adalah.. Orang tahu la.” Jawab Tini lagi. Kemudian kembali diam. Mungkin tengah dengar Meor bercakap kut.
“Ye tahu. Okeylah. Kedekut!”
Amboi marah benar gayanya. Telefon kembali dihulur pada aku. Muka memang sememah habis. Apalah yang Meor cakap dekat Tini ni agaknya.
“Okey la kak de. Tini pergi dulu eh.. Daa..”
Macam tu je? Tapi macam biasa la, pipi aku kiri kanan dia cium sebelum melengang keluar rumah. Mungkin Meor dah cakap dekat Tini jangan bawak aku kut. Hiss aku baru ingat tadi dapat berjalan-jalan. Hilang juga bosan aku ni.
Bila Tini dah pergi,aku kembali melangut depan TV. Rumah je besar gedabak, tapi seorang penghuni pun tak ada. Mama dengan Papa mungkin ada dalam bilik bacaan. Kak long pulak memang tak duduk sini. Dia duduk rumah suami dia. Sama juga dengan Kak ngah. Tini pulak, sibuk dengan aktiviti remaja dia. Dan akhirnya aku juga yang termenung dekat ruang tamu ni. Kalau dekat rumah sewa,boleh juga aku kacau Najwa.
“Mama.” Tegur aku bila nampak Mama turun tangga menghala ke dapur.
“Laa Daria. Buat apa sorang-sorang dekat situ. Itu kenapa Tv tak on nya..” Mama berhenti melangkah sebelum pusing melangkah ke arah aku.
“Tak ada cerita syok la mama.. Hmm..bosan..”
“Bosan? Kesian kamu, maaflah sayang. Anak lelaki mama tu memang jenis tak ingat rumah kalau dah kerja..”
“Eh! Tak adalah mama, bukan pasal Meor pun.” Nafi aku. Tak nak la nanti nampak sangat seolah aku ni tak bahagia kahwin dengan Meor. Setakat ni pada aku Meor tak ada kekurangan. Cuma itulah, kalau aku kerja tak adalah aku bosan sangat.
“Kamu pandai menjahit?”
“Pandai.”
“Haa.. Dalam bilik hujung tu ada mesin jahit. Itu dulu kak ngah punya.. Lepas ni kalau bosan, kamu pergi je kerjakan mesin tu. Mesin tu pun memang dah lama bersawang sejak kak ngah kahwin. Tak berusik.”
Bercahaya terus mata aku dengar perkataan mesin jahit. Wah! Biar betul. Dah lama ni aku tak menjahit.
“Ada ke mama? Boleh ke guna..” Soal aku teruja.
“Boleh la. Nanti guna je. Okey la, mama nak pergi buatkan air ni untuk papa kamu. Kamu nak tak?”
“Tak apalah ma.. Ria nak pergi tengok mesin jahit.”
Cepat aku bangun menuju ke arah bilik yang Mama maksudkan. Mama pulak senyum je tengok gelagat aku sebelum dia juga melangkah kembali ke dapur.
“Wahh.. Bestnya!!”
Terlompat kecil aku bila tengok ada satu mesin jahit elektrik yang tersadai di sudut bilik. Kalau tengok dari segi rupa.macam elok lagi. Tapi itulah, sama dengan yang macam mama cakap tadi..dah bersawang. Punggung aku labuhkan atas kerusi depan mesin jahit. Bila tengok mesin jahit ni, terus ingatan aku teringat pada arwah mak. Kalau dulu, setiap malam mesti aku akan teman arwah menjahit. Arwah mak kerja cikgu tadika, tapi ambil upah menjahit sebab nak cari duit lebih. Yela, kehidupan kami bukannya mewah. Tapi aku tak pernah rasa kekurangan sebab kasih sayang mak pada aku melebihi segalanya.
“Perempuan, kena pandai serba serbi.. Nanti bila qaseh dah besar, walau setinggi manapun qaseh belajar. Benda asas macam ni qaseh kena juga tahu. Dulu, cita-cita mak nak jadi pereka fesyen. Sebab mak suka bila tengok orang pakai apa yang mak reka, apa yang mak jahit. Tapi..jodoh mak sampai awal. Lepas kahwin cita-cita tu terkubur macam tu je..”
Itulah ayat arwah mak yang paling aku ingat sekali. Dan sejak itu aku tanam azam dalam diri aku. Yang aku akan jadi seorang pereka fesyen. Sebab itu walau macam mana pun, aku cuba juga supaya aku berjaya tempatkan diri aku dalam bidang fesyen. Walaupun sekarang arwah mak dah tak ada, tapi aku tetap nak jadi pereka fesyen. Bagi aku, ini bukan setakat impian aku..tapi impian mak juga.
“Mak.. Qaseh rindu mak..”
Aku pejamkan mata. Terbayang wajah manis arwah mak. Seorang yang lemah lembut, kalau bercakap tak pernah tinggi suara. Arwah mak seorang wanita yang kaya dengan senyuman. Seorang wanita yang sentiasa berfikiran positif. Sebab tu bila ayah ceraikan arwah sebab nak kahwin dengan orang lain, arwah masih mampu tersenyum. Bagi arwah, mungkin Allah itu temukan jodoh dia dengan ayah sebab Allah itu ingin kurniakan aku dalam hidup dia. Dia tak kisah kalau ayah ceraikan dia, asalkan hak penjagaan aku ayah serahkan pada mak. Dan ayah pun tak pernah kisah semua tu, sejak tu memang aku tak pernah kenal erti kasih sayang seorang ayah.
Air mata aku mengalir perlahan. Impian mak hanya satu, untuk jadi pereka fesyen. Itupun aku masih tak mampu tunaikan. Kenapalah sekarang ni orang susah sangat nak ambik graduan yang tak ada pengalaman macam aku ni. Kalau macam ni bila aku boleh jadi pereka fesyen.
“Qaseh..”
Aku tahu itu suara siapa. Hanya ada seorang sahaja yang panggil aku macam tu. Aku tetap senyap, terus memejamkan mata. Air mata yang mengalir aku biarkan. Tahu sangat dengan diri aku ni, kalau dah dapat menangis memang susah nak berhenti. Baik aku lepaskan je apa yang aku rasa.
“Qaseh..”
Terasa belakang aku diusap perlahan. Aku keraskan badan. Meor pulak langsung tak bersuara lepas tu. Tapi dia  tetap setia berdiri disebelah aku. Makin dia usap belakang aku, makin lebat air mata aku keluar. Kenapa setiap perlakuan Meor mengingatkan aku pada arwah mak. Kalau dulu hanya arwah mak je yang faham keadaan aku masa aku sedih. Hanya dia je yang tak pernah marah aku bila aku selalu sangat menangis.
“Dah okey?” Soal Meor bila nampak aku sapu sisa air mata dekat pipi. Lama juga aku menangis. Aku angguk kepala. Bangun dari duduk ingin melangkah keluar bilik, segan nak tengok muka Meor. Mesti dia anggap aku ni macam budak-budak.
“Sini.. Duduk dengan abang sekejap..”
Terasa tangan aku ditarik. Aku pusing belakang, tengok tangan aku dalam genganman Meor. Kemudian pandang wajah Meor. Meor bagi isyarat supaya aku duduk kembali atas kerusi tadi.
“Sini..”
Meor pegang bahu aku dan tarik aku supaya duduk bila aku keras tak bergerak. Kemudian dia ambil lagi satu kerusi dan duduk bertentangan dengan aku.
“Baru balik ye? Abang penat?” Soal aku sambil melarikan pandangan. Rasa serba tak kena bila Meor renung aku macam tu.
“Tadi penat.. Tapi bila tengok snow white menangis, terus hilang penat..”
Snow white? Nak mengata aku lah tu. Aku ni bukannya Snow White tapi Snow Black!
“Abang dah makan? Jom la, Qaseh hidangkan..”
“Tak lapar. Qaseh..”
“Ye..” Aku pandang mata hening milik Meor.
“I’m sorry..”
“Why? For what..” Pelik. Yang tiba-tiba minta maaf kenapa?
“Abang bukannya tak bagi Qaseh keluar dengan Tini. Tapi abang risau nak bagi qaseh bercampur dengan budak-budak tu semua. Lagipun abang tahu, Qaseh bukannya biasa bersosial macam tu.. Maaf ye..”
Sejuk hati aku dengar suara lembut Meor. Tangan aku pulak dielus perlahan. Yang paling penting, mata tu. Mata yang penuh dengan kasih sayang, aku boleh nampak semua tu.
“Tak apa. Qaseh tak kisah pun.”
“Habis tu kenapa menangis.. Tak payah la sedih. Nanti abang bawa Qaseh keluar ye..”
Aku julingkan mata ke atas. La! Itu ke sebabnya. Jadi Meor fikir aku menangis sebab dia tak bagi aku keluar ke. Dia ingat aku ni budak bawah umur ke? Benda macam tu pun nak sensetif..
“Qaseh bukan menangis pasal tu..”
“Ha? Habis tu..”
Soal Meor dengan kerutan di dahi. Aku tarik nafas panjang. Kasihan Meor, dia dah la penat baru balik kerja. Tapi sekarang nak kena melayan drama aku pulak. Baik aku cakap je perkara sebenar.
“Qaseh rindu arwah mak..” Tutur aku perlahan. Jujur itu lagi bagus, lagipun dia suami aku sekarang. Tak ada yang perlu aku malukan pun.
“Meh..” Meor tarik bahu aku. Dibawa tubuh aku ke dalam pelukannya. Hangat dan penuh keselesaan.
“Sorry sayang.. Abang busy sangat ye. Sampai abaikan Qaseh.. Mesti Qaseh sunyi kan..”
“Qaseh faham..abang kerja..”
“Dan abang juga faham, bukan senang kita nak lupakan orang yang kita sayang. Nanti kita pergi melawat kubur arwah ye..”
Aku angguk laju. Teruja. Aku pun memang dah lama tak pergi tengok kubur arwah.
“Nak. Nak. Thanks..”
Meor rengangkan pelukan. Gosok kepala aku lembut. Bibir Meor mengukir senyuman manis.
“Hujung minggu ni ye kita pergi. Maaf, lepas kahwin ni abang langsung tak ada masa untuk Qaseh..”
“Kalau macam tu, bagi la Qaseh kerja.. Tak la qaseh bosan sangat duduk rumah.”
Wah! Inilah masanya aku nak suarakan rasa hati aku. Lagipun aku tahu, Meor ni jenis lembut orangnya. Dia bukan jenis pentingkan diri.
“No Qaseh.. Qaseh isteri abang, tugas Qaseh hanya jaga keperluan abang je. Abang tak nak Qaseh susah payah kerja..”
“Tapi.. Kalau Qaseh kerja pun tak semestinya Qaseh akan abaikan tanggungjawab pada abang. Qaseh janji, Qaseh tak akan abaikan abang.”
Wah! Memandai je aku menabur janji. Tapi macam mana pun,aku memang kena kerja. Bukan setakat nak hilangkan bosan tapi juga sebagai jaminan masa depan aku.
“Ye..abang tahu.. Cuma..”
“Cuma?”
“Abang risau nak biar Qaseh kat luar tu sorang-sorang..”
Aku tepuk dahi sendiri. Masyallah! Aku ni ada gaya kanak-kanak istimewa ke? Yang sampai nak risau sangat tu kenapa. Selama ni pun aku boleh je berdikari sendiri.
“Hmm..Qaseh bukannya budak umur lima tahun yang nak risau sangat. Lagipun selama ni pun Qaseh kerja juga. Okey je..”
“Itu dulu..sebelum kahwin dengan abang..”
Meor betulkan duduk. Mengosok belakang leher. Baju kemeja yang masih tersarung di badan dibuka dua butang teratas. Aku nampak,memang muka Meor keberatan nak bagi aku kerja.
“Ala..boleh la abang.. Kalau Qaseh tak kerja, macam mana Qaseh nak capai cita-cita Qaseh..”
Lengan Meor aku goyang-goyangkan. Harap sangat Meor lembut hati. Aku takut kalau aku tak pujuk dia dari sekarang nanti kalau aku dapat kerja sebagai pereka fesyen. Masa tu aku dah susah nak pujuk Meor lepaskan aku kerja.
“Cita-cita? Apa dia?”
Fashion designer!”
Kalau bab cita-cita aku yang satu tu. Memang laju je aku bagi tahu.
“Hmm.. Great..” Meor senyum lebar sambil anggukkan kepala.
“So, boleh tak?”
“Qaseh nak kerja kat mana?”
“Kedai bunga hari tu.. Itupun kalau Mr.Yap terima lagi Qaseh. Kalau tak, Qaseh cari je la kerja dekat mana-mana pun.”
Aku bukannya jenis kisah sangat kerja apa pun. Asalkan ada kerja, ada gaji. Tahu sangat,zaman sekarang ni bukannya senang nak dapat kerja.
“La.. Kata nak jadi fashion designer.”
“Ikutkan memang la.. Tapi dah tak ada orang nak terima qaseh. Dah puas tau qaseh hantar resume, satu syarikat pun tak ada panggil pergi interview.. Sementara ni kerja aje la mana yang ada dulu.”
Aku buat muka sedih. Meot tergelak perlahan. Nampak barisan gigi dia yang cantik tu. Memang patut pun dia jarang senyum dan ketawa. Sebab dia punya senyuman memang boleh buat kancing gigi. Tapi kalau dengan aku, murah pulak senyuman dia.. Itupun lepas dia jadi suami aku la..
“Oh..okey.. Tak apalah, sabar la..nanti adalah tu. Qaseh hantar resume ke mana?”
“Banyak.. Dari butik yang kecik. Sampailah syarikat Ana Stayle yang besar gedabak tu pun Qaseh hantar. Tapi jangan harap la nak dapat, sedangkan butik yang cikai tu pun dorang tak panggil. Inikan pula Ana Stayle.. Hmm...kalaulah Qaseh dapat kerja situ. Wah! Heaven..”
Ana stayle..kalaulah aku dapat kerja kat situ.. Mesti aku pun glamour nanti. Meor diam sekejap. Hanya mata dia je yang pandang aku tak lepas. Aku jungkit kening pada dia dengan maksud kenapa pandang aku macam tu? Muka aku ada tahi lalat baru ke..
“Ehemm. Err..betul minat nak jadi fashion designer?”
“Mestilah. Qaseh ada ijazah dalam fesyen tau..” Saja je aku bagi tahu Meor. Bukan niat nak bangga diri, cuma aku nak dia tahu yang aku memang bersungguh. Dan aku memang minat betul, bukan main-main.
“Okey.. Abang bagi Qaseh kerja. Itupun kalau Qaseh hanya dapat kerja sebagai fashion designer..”
Pulak! Masalahnya tahun bila la aku akan dapat kerja tu. Ini mesti sebab Meor tahu yang aku tak akan dapat kerja tu. Hmm..tapi tak boleh cakap juga. Manalah tahu rezeki aku lepas kahwin ni murah sikit. Berkat doa seorang suami, aku akan dapat kerja tu.
“Yela.. Tapi abang doakan Qaseh dapat kerja tu ek..”
“Boleh sayang.. Hari-hari abang akan doa untuk Qaseh..”

Sekali lagi kepala aku diusap lembut. Aku tersenyum bahagia. Apapun perlakuan Meor memang menyenangkan hati aku ni. Tengok muka dia pun sejuk hati aku. Inikan pula bila kena manjakan dengan cara macam ni.. Hmm.. Janganlah aku jatuh cinta pada Meor.

22 ulasan:

  1. Sampai bab 10 je ke?? Huhuhu tamak sgguh hehehe... best citer ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab 10 jer yunk. Dulu pun sampai bab 10 jer. Kiranya bab 11 dan ke atas mmg xde org tahu lg. Terima kasih... Mr.bad guy dh update. Nt g jenguk dia yer. Akak tunggu awak kat sana pula.

      Padam
    2. Nnt jgn lupe smbg eh he3.. ok tgguuu

      Padam
  2. Balasan
    1. Nak up habis. Berderet la bab sis abby. Kikiki

      Padam
  3. Wah best gak citer ni layanz....abis kat blog ke idak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita ni dah full siap sis. Heheee... Tp bt sementra ni kn peram dlu. Xblh msuk blog semua. Under penilaian utk publish...

      Padam
  4. BEST LE citer ni... bile novel die nk klua nii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks dear... Doakn rezeki meor qaseh ni ke versi cetak yer..hihii

      Padam
  5. Caringnya Meor tu kan? Best la.... - Mawarsepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Meor punya hormon marah dh berlari ke tgh lautan. Hormon caring jr yg byk yunks.

      Padam
  6. Caringnya Meor . Update lah lagi ....

    BalasPadam
  7. Kalu kuarkan versi cetak, bulela cepatkan. X sabar nak tahu kesudahan qaseh huhu. Plzzzzzzz

    BalasPadam
  8. hihihihihi.........ling nk lg bab baru kat cinie.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa perasan x tajuk kat ats tu lain. Tjuk lama...ku lupa tukar...
      Next bab tunggu julai.

      *eh ni bkn julai dh je? Sengal.

      Padam
    2. Bessstttt sgt2.....akak bg 🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

      Padam
  9. Ala... nak lagi.. nak lagi.. meor and qaseh...

    BalasPadam