Selasa, 16 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 12


LANGKAH terasa lemah untuk membawa diri masuk kerja pada hari itu. Namun Anggerik terpaksa juga gagahkan diri. Kalau tak datang kerja. Nanti bos kesayangan dia tu buat onar pula dekat pejabat. Dia ni kan penghilang kebosanan. Mangsa hiburan lelaki itu. Jadi dia memang kena ada sebelum Ahqaf buat hiburan lain pula dekat pejabat.
“Eh! Bos.” Terkejut Anggerik sebaik sahaja masuk ke pejabat Ahqaf sudah ada.
Siap bersantai dengan segelas jus oren dan dua keping sandwich lagi. Boleh masuk hari pelik sedunia ni. Umar Ahqaf masuk kerja sebelum pukul 8 pagi. Memang amazing!
“Assalamualaikum my Anggerik.” Salam Ahqaf hulurkan.
Bukannya dia tak nampak muka terkejut Anggerik tu. Nak cakap yang dia buang tabiatlah tu.
“Bos tidur office ke semalam?” Soal Anggerik sebaik sahaja selesai menjawab salam.
Ahqaf bagi salam? Ini memang menambahkan tahap kepelikan.
“Kau ingat aku tak ada rumah sendiri ke?” Jawab Ahqaf seraya bangun. Baju ditubuh dia betulkan.
Memang hari ini pecah rekod dia datang awal. Itu pun sebab semalam dia tak tidur. Faez memang betul-betul berikan hiburan seperti apa yang dia mahukan. Dah lama tak buat perangai dengan sesuatu yang bernama perempuan. Sekali dapat buat. Memang dia tak tinggal sisa.
“Smart bos hari ini?” Terkeluar perkataan pujian dari bibir Anggerik.
Handsome pula dia rasa bos dia hari ini. Sesuai sut biru gelap tu dengan bentuk tubuh tinggi lampai Ahqaf.
“Hari-hari pun aku smart. Dah! Jom, teman aku sarapan.” Ajak Ahqaf  seraya mencapai lebihan Sandwich dan disumbat masuk ke dalam mulut. Tanpa menunggu Anggerik langkah terus dihayun keluar.
Anggerik seperti biasa akan terkedek-kedek mengejar. Sarapan? Sandwich tu bukan sarapan ke? Perut macam tong bos dia ni. Tak reti kenyang. Dia baru saja sampai. Kerusi dia pun tak sempat panas lagi. Dah di ajak keluar. Nampak gayanya memang boleh dikira berapa jam dia ada di pejabat. Lebihnya memang dia makan angin di luar.
“Kau la ni pakai pelik-pelik. Dah semua orang asyik pandang kita.” Suara Ahqaf ketika dia dan Anggerik berada di dalam lif.
“Kenapa saya pula?”
Ahqaf ni tak nampak ke yang kebanyakan mata yang memandang itu mata orang perempuan. Takkan la perempuan nak pandang dia pula.
“Siapa suruh kau pakai kelambu dekat kepala. Memang la orang pelik.” Mata Ahqaf melirik Anggerik yang berdiri tegak di sebelahnya.
Tak reti berat ke kepala Anggerik dengan benda yang bergumpal atas kepala tu? Fesyen muslimah memang macam ini ke? Tapi kadang-kadang nampak cantik juga.
“Kelambu?” Soal Anggerik dengan hidung berkerut.
Tangan naik memegang kepala.
“Ini tudung bawal Adijuma la. Bukan kelambu. Bos ni!” Terjerit sedikit Anggerik dibuatnya.
Fesyen meletup macam ini dikatakan kelambu. Ahqaf memang buta fesyen. Penat dia melilit pagi tadi. Konon nak nampak cantik macam Datin Norjuma. Mujur juga hanya ada mereka berdua di dalam lif tersebut. Kalau tidak memang buat malu saja.
“Bawal? Apa ke pelik sangat nama tudung sekarang ni. Bawal la. Bilis, Palazo, Palova. Tak ada ke nama elok sikit” Bebel Ahqaf.
“Bawal saja. Bos jangan nak menambah bilis, palazo, palova tu semua. Palazo tu seluar. Takkan nak pakai seluar dekat kepala pula.” Bengang Anggerik dibuatnya. Ada-ada saja perkara yang Ahqaf ni nak complaint.
“Tak kisahlah. Lain kali bagi nama yang sedap didengar.” Kata Ahqaf seraya melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka.
“Ada je nama yang elok. Ha tu! Yang macam orang tu pakai. Itu namanya Fareeda.” Penuh senyuman Anggerik membalas. Siap menjuihkan bibir ke arah dua orang gadis yang sedang menuggu lif.
“Fareeda ke? Aku ingat tudung Ultraman tadi.”
“Ultraman?” Tadi Bilis. Ini Ultraman pula dah.
“Yela. Kau tengok button dekat tudung tu. Punya besar. Sebiji macam Ultraman tahu tak.”
Kecil biji mata Anggerik memandang ke arah Ahqaf. Kerongsang punya berkilat macam itu dikatakan butang Ultraman. Memang tak patut sungguh. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri. Biarlah Ahqaf nak fikir apa pun. Kalau dia jawab nanti. Rasanya memang satu hari ini dia dan Ahqaf akan berbahas pasal tudung.
“Bos. Lain kali cuba la bawa kereta yang biasa-biasa. Saya tak reti tahu tak nak naik kereta mewah macam ni.” Omel Anggerik sebaik sahaja sampai di kawasan meletakkan kenderaan.
Memang dirinya rasa tak layak langsung nak duduk di dalam Aston Martin berkilat ni. Malu pun ada juga.
“Tak reti? Ke kau nak aku dukung.”
“No! Terima kasih saja.” Cepat Anggerik masuk ke dalam kereta. Memang takut betul dia kalau Ahqaf buat seperti yang dikatakan.
Ahqaf gelak kecil. Kalut betul Anggerik ni. Pantang betul disentuh. Tahu nak mengaum saja. Rasanya kalau dia buat lebih dari itu. Mesti bercalar muka dia kena cakar.
“Bos. Saya akan ikut semua cakap bos. Tapi saya mohon pada bos supaya hormati saya. Saya perempuan islam. Saya ada agama. Saya tak suka disentuh sesuka hati oleh lelaki yang tidak sah disisi saya.” Tegas Anggerik sebaik sahaja kereta mula bergerak keluar.
Melihat senyuman di hujung bibir Ahqaf itu menerbitkan rasa geram di hatinya. Dia tahu yang lelaki sebelah dia ni ambil tidak serius dengan apa yang dia kata.
“Tahulah. Alahh.. Kecoh kau ni.”
“Bos tu cakap saja tahu. Nanti buat lagi. Kalau bos degil juga. Saya berhenti kerja.”
Ternaik kening Ahqaf mendengarkan kata-kata Anggerik. Cik Assistant dipandang sekilas.
“Awak dah pandai mengugut Anggerik.” Wajah tidak puas hati Anggerik menjadi santapan matanya.
“Tak kira la. Ugut ke apa. Kali ini saya akan buat betul. Peduli apa saya kalau bos nak lingkupkan Fetriz Holdings sekalipun. Bos juga yang akan hidup susah nanti. Saya tak apa. Dah biasa.” Anggerik angkat bahu. Konon dia tak hairan.
Sebenarnya dia belakon saja yang lebih. Gila ke apa nak bagi Fetriz Holdings lingkup. Tak sanggup dia nak bayangkan. Tapi dia saja nak takutkan Ahqaf ni. Jangan bagi muka sangat.
“Okey. Fine.. Huh! Sentuh sikit pun gayanya macam la aku dah rogol kau.” Ahqaf angkat kedua belah tangan sebentar tanda mengalah. Kemudian kembali kejap memegang stereng kereta.
Memang dia tak nak Anggerik berhenti. Dia dah rasa selesa dengan gadis berkenaan. Hanya Anggerik yang tahan dengan perangai dia. Hanya Anggerik perempuan tak banyak mulut yang suka mengadu domba pada Rizky Dhan.
“Tak kisah la sikit ke banyak. Suami saya saja yang boleh buat semua tu.”
“Ha. Kahwin la dengan aku.”
“Bos!”
Anggerik pegang kepala. Ya Allah. Kurniakanlah dia dengan kesabaran yang tinggi. Kenapa lelaki seorang ini suka sangat menguji kesabaran. Tidak pernahnya serius.
“Ye.. Okey. Okey. Jangan tunjuk muka stress tu.” Ahqaf gelak. Kali ini gelaknya ikhlas. Serius Cik Assistant dia ni memang kelakar. Suka sangat dia tengok bila Anggerik buat muka bengang macam itu.
Jari naik mengetuk streng kereta. Mengikut alunan lagu Starlight dari Muse. Bibir turut menyanyi kecil. Kereta dipandu dengan kelajuan sederhana. Hari ini dia nak bersantai. Tak nak stress.
“Agungkan sangatlah lagu orang putih macam tu. Cuba la berbangga dengan bahasa kita.” Tegur Anggerik. Tak pernah dia dengar Ahqaf menyanyi lagu melayu. Asyik la bahasa asing tu yang mentiti di bibir.
“Ko jolobak ko jolibu. Tuai padi tiga tangkai kalau kono komat jolobu tak mati badan menghasai.”
Bulat mata Anggerik sebaik sahaja bait lagu Jolobu itu meniti di bibir Ahqaf. Perli dia ke apa ni?
“Ha amacam? Ada gaya tak orang yang mencintai bahasa ibunda?” Kedua belah kening Ahqaf menari sesama sendiri. Mata juga dikedip-kedipkan.
“Sangat!” Anggerik sengetkan bibir. Kemudian bibiar mnguntum senyuman kecil.
Kenapa dia rasa Ahqaf nampak comel bila buat muka macam tu? Ah sudah...
“Kita makan nasi lemak dekat sini nak tak Anggerik?” Soal Ahqaf sebaik sahaja melalui hadapan sebuah kedai mamak.
“Bos biasa ke makan kedai mamak?”
Ahqaf geleng.
“Saya pun tak biasa juga Anggerik. Tak apalah. Hari ini kita berdua try.”
Anggerik hanya mengangguk. Apa salahnya cuba tempat baru. Tak sangka pula dia yang anak Datuk Rizky Dhan ni nak makan tempat macam ini. Ingatkan tadi nak pergi mana-mana hotel.
“Macam best.” Komen Anggerik sebaik sahaja nasi lemak sampai di depan mata.
Ahqaf angguk sekali.
“Kalau tak best. Kau habiskan.” Balas Ahqaf seraya melipat lengan baju. Kot awal-awal memang dia dah campak dalam kereta.
Tengahari nanti dia ada kena jumpa pelanggan. Sebab itulah dia terpaksa pakai kemas hari ini. Nanti tak pasal je ada aduan yang sampai ke telinga Ketua Pengarah. Malas dah dia nak dengar bebelan.
“Em. Bot bad la..” Kata Ahqaf sebaik sahaja sesuap nasi masuk ke dalam mulut.
“Tapi Ibu saya punya nasi lemak lagi best kut.” Bagi Anggerik rasanya biasa-biasa sahaja kerana sudah terbiasa makan nasi lemak yang lagi sedap.
“An!”
Terangkat kepala Ahqaf memandang suara yang menegur.
“Adli.” Berpusing kepala Anggerik ke belakang. Kelihatan Adli sedang berdiri tegak di belakangnya. Di tangannya pula ada tiga bungkus makanan.
“Tak mengajar ke?” Soal Anggerik sekadar menutup rasa terkejut. Tidak sangka pula akan bertemu dengan bekas suaminya itu hari ini.
“Cuti sekolah.” Bagitahu Adli pendek. Wajah lelaki yang berada di hadapan Anggerik menjadi perhatiannya.
Dengan baju berjenama. Dilengkapi pula dengan pakej wajah yang tampan. Memang dia jauh ketinggalan di belakang. Patutlah Anggerik bersungguh tidak mahukan dia lagi.
“Oh.” Hanya itu yang terkeluar dari bibir Anggerik. Lebih lagi apabila melihat Adli yang bertindak mengambil tempat di sebelahnya. Lupa pula yang cuti sekolah dah bermula. Patutlah Adli tidak pergi mengajar.
“Hai. Saya Adli. Bekas suami Anggerik.”
Salam perkenalan yang dihulurkan Adli kepada Ahqaf membuatkan tekak Anggerik hilang selera. Perlu ke disebut bekas suami itu? Adli memang sengaja. Bukannya dia tidak faham maksud lelaki itu.
“Umar Ahqaf Rizky Dhan. Partner Anggerik.”
Mata Anggerik naik mencari wajah Ahqaf. Wajah itu kelihatan tenang-tenang sahaja. Seolah langsung tidak terkesan dengan apa yang disampaikan oleh Adli sebentar tadi.
“Partner?”
“Yeahh. Anggerik. She’s mine. So, rasanya hanya itulah perkataan yang sesuai kan.” Penuh bersahaja Ahqaf menuturkan ayat.
Wajah pucat lesi Anggerik dipandang sekilas. Dia tahu yang gadis itu tidak selesa. Dia cukup kenal Anggeriknya. Mulut kecil itu bukan jenis diam. Dan kalau mulut itu diam. Bermakna ada sesuatu yang menganggu fikirannya.
“Saya rasa awak bos dia kan...” Adli tekankan perkataan bos.
“Yes. I’m her bos.” Ahqaf angguk sekali. Sesudu nasi lemak masuk ke dalam mulut.
“Then it’s good. Maksudnya Anggerik saya bukan milik sesiapa.”
“Adli. Stop it!” Terketap bibir Anggerik. Mata mencerlung ke arah Adli.
Dia tidak cukup suka perangai Adli. Buat seolah dirinya ni masih hak lelaki itu. Dah berapa kali dia cakap. Hati dia langsung dah tak ada pada lelaki bernama Adli. Kenapa mesti nak sebut semua itu di depan Ahqaf.
“No. Saya hanya cakap perkara yang sebenar.” Tangan Anggerik di atas meja Adli capai.
Cepat Anggerik menariknya kembali.
“Jangan buat lupa. Saya bukan lagi layak untuk awak sentuh.”
“An...” Meleret suara Adli. Separuh merayu. Hatinya sakit setiap kali menerima penolakan Anggerik.
“Ehem!” Ahqaf berdehem sekali.
Dia bukan bodoh untuk menilai apa yang berlaku di hadapan mata. Gerak geri. Bahasa tubuh perempuan sudah cukup untuk dia hafal. Jadi dia memang tahu yang Anggerik tidak selesa diperlakukan sedemikian. Jadi dia membuat kesimpulan yang Anggerik tidak menyukai Adli.
“Maaf ye, Encik Adli. Tolong hormat tudung yang dipakai Anggerik. Dia perempuan islam.” Tutur Ahqaf tenang.
Kalau orang tak usik dia. Dia juga tak akan cari pasal. Tapi kalau berani cari pasal dengan dia walaupun setakat menjentik. Memang dia akan tanam hidup-hidup.
“ Dia pernah jadi hak aku.” Kasar Adli menjawab.
Dia mahu lelaki kaya di hadapannya itu tahu. Yang dulu dan selamanya Anggerik milik dia. Hanya dia yang layak.
“Pernah. Tidak semestinya akan selamanya pernah.” Ahqaf bangun. Sekeping not lima puluh ringgit diletakkan ke atas meja.
“Let’s go Anggerik. Masa depan awak bukan taraf kedai mamak ni. Too bad.” Ajak Ahqaf seraya menarik hujung tudung Anggerik. Beg tangan Anggerik juga di capainya sekali.
“Err...” Anggerik serba salah. Kalut dia bangun. Kalau dia tak bangun memang jahanam la tudung Adijuma dia. Langkah Ahqaf diekori.
“Bos...” Panggil Anggerik bila merasakan yang Ahqaf berjalan terlalu laju.
Sempat dia menoleh ke belakang. Wajah Adli kemerahan memandang ke arahnya dan Ahqaf. Tidak sangka pula yang Ahqaf boleh jadi sebaik itu. Ingatkan tadi Ahqaf nak biarkan saja segala perlakuan Adli.
“Last kedai mamak ni masuk list. Lepas ni kita makan dekat hotel yang ada penghawa dingin tu je. Barulah tak ada langau.” Jawab Ahqaf seraya melepaskan hujung tudung Anggerik. Namun hujung lengan baju Anggerik pula yang dia tarik.
Kalau boleh dia nak bawa Anggerik pergi cepat-cepat dari langau kepala hitam tu. Dia tak suka nak tengok muka takut-takut Anggerik. Dia tak suka nak tengok muka pucat lesi Anggerik bila berdepan dengan Adli. Dia benci tengok ada tangan lain yang menyentuh kulit itu. Semua yang ada pada Anggerik hanya untuk dia. Hanya dia yang boleh berbuat sesuka hati kepada gadis itu. Cik Assistant itu hak dia. Seperti yang selalu dia katakan kepada semua orang. She’mine!



13 ulasan:

  1. Bengong si ahqaf....she mine tp perangai cam ank jin...si sengal adli pun satu hal...xpaham bahasa ..ilah sambung lg...nk pangjang berjela...hihi

    BalasPadam
  2. Ahqaf tak suka berkongsi akak. Jin pun tak la seteruk adli tu kan. Heheee.. Haa. Setiaku disini dah up sampai bab 10..

    BalasPadam
  3. awwww......ahqaf dah start suke ke?? *bengong punye ahqaf prangai mcm hntu!! kne tinggl ngan anggerik baru tau!!*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam hati dah mula rasa tergugat tu sis...kihkihkih.

      Padam
  4. no words to ahqaf.. jin apa dah msk dlm dia what actually happen to him

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aqaf mmg rasa apa yg jd milik dia akn kekal milik dia. Nt2 akn terhurai knp aqaf jd begitu..hihi

      Padam
  5. best...best.. sambung lagi.. dah nampak macam Ahqaf cemburu tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam ni ilah akan up lg dua bab yunk... heheee

      Padam
  6. tambah lagi tambah lagi Kak illah..hahahaha..dalam sengal berguna jugak si Mamat bad guy ni...Tapi yang tak boleh menahan dia jer yg boleh buat sesuka hati pada anggerik..apa ingt anggerik tu patung mainan kerrr..one more mana bini si Adli ni??mana tau nanti ada perang pulak ker..yg buat si Ahqaf ni tolong Anggerik lg??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia bad guy tapi ada sometime dia lembut orangnya. erkk? Lembut ke? Kihkih. Haaa.. Itu kena tunggu yer yunk..

      Padam