“YOU sure ke boleh drive lagi ni?” soal Maira setelah mereka masuk ke
susur keluar menghala ke pantai timur.
“Yeah. Don’t worry okay. You duduk aje diam-diam. Kali ni
biar I drive. Lagipun dalam keadaan you macam ni, mana you boleh drive,”
jawab Hayati sambil tangan sibuk mencari saluran radio. Sudah berubah kawasan,
frekuensi juga sudah tidak sama.
“Kenapa pula tak boleh? Bukan kaki tangan I luka apa-apa pun.”
“Tahu. Tapi hati you tu yang luka. Nanti tiba-tiba you hilang
kawalan. Sedih. Tak pasal-pasal you belasah Miss Polo ni lagi sekali. Hari ni
biar Miss Polo ni rasa orang lain pula drive.You betul ke dah okey? Ada
rasa nak nangis lagi tak?”
“I nak lupakan dia. I akan anggap, I bertemu orang yang salah
sebelum berjumpa dengan soul mate hati I. Mungkin akan ambil masa untuk
lupakan rasa sayang selama lima tahun ni. Tapi I percaya, cinta yang datang
lepas ni pasti akan mampu buat I lupa segala rasa tu.”
“Wah... begitu bersemangat. Tak padan dengan semalam menangis,
meraung macam hilang laki. Padahal tunang aje.”
“Alhamdulillah sebab dia baru jadi tunang. Kalau tak, entah macam mana la hidup I lepas ni.
Memang lelaki yang senang digoda ni tak boleh percaya.”
Bersyukur. Itulah yang dia rasakan sekarang. Mungkin Tuhan itu
sudah tentukan apa yang terbaik untuk dirinya.
“So lepas ni apa target you? Nak goda lelaki macam
mana pula? Still ada lagi ke gelaran mister handsome you tu?”
“Kali ni kalau I jumpa aje lelaki yang susah untuk I goda, I
tangkap terus. Mister handsome I kali ni harus yang sukar digoyah. Makin
degil, makin liat. Makin I akan kejar. I takkan jadi penggoda. Tapi kalau jumpa
lelaki macam tu, I akan pikat habis-habisan.”
“Bravo!!! Inilah baru Maira Khaisara. Yang tak pernah patah
semangat. Yang sentiasa yakin dan berkobar-kobar untuk mengejar mister
handsome. Hidup Maira!”
“Errr. You tahu ke jalan pergi sana?” soal Maira sambil
menoleh ke arah kiri jalan. Kelihatan deretan kedai makan tersusun di tepi
jalan.
“Tahu la. I pernah pergi sana masa syarikat ayah Rin buat
family day. Jangan risau, duduk aje diam-diam kat situ.”
“I bukan apa, tengok gaya jalan ni... macam kawasan kampung aje.
Tak ada ke lebuh raya yang boleh terus sampai sana? Perlu ke lalu jalan macam
ni?”
“Jalan ni paling dekatlah. Lagipun kalau dari KL, memang majoriti
guna jalan ni la untuk pergi Kelantan.”
“Emmm... ya ke... Okey... I nak lelap sekejap. Nanti kalau
you rasa dah tak larat, just kejutkan I. I pun dah rindu nak membelasah
ni,” tutur Maira sambil membetulkan duduk. Mencari posisi lebih selesa untuk
mengukir mimpi indah.
“Memang tak laaa...”
Ketawa kecil Maira mendengar maklum balas Hayati.
MAIRA mengemam bibir. Tiada
perkataan yang mampu dia luahkan saat ini. E-mel yang diterimanya daripada
Fatah dibaca berulang kali. Hayati dan Sabrina sudah membuat muka bosan. Jika
diikutkan mereka, sebaik sahaja e-mel tersebut masuk ke dalam peti masuk, terus
ditekan gambar tong sampah. Tetapi Maira yang berkeras, ingin mengetahui apa
penjelasan Fatah sehingga sanggup melupakan janji-janji mereka.
Apa
yang sudah I lafazkan, ia memang ikhlas daripada hati I. Apa yang sudah I
janjikan, memang niat I untuk tunaikan. Segala kata sayang yang I pernah
luahkan, semuanya paling suci daripada hati I. Perasaan cinta yang pernah I
rasa dengan you, tak pernah hilang daripada hati I. I sedar I tersilap langkah.
Terleka dalam mengawal rindu kepada you. Sehingga menjerat diri I sendiri. I
terlupa, walau siapa pun perempuan yang bersama I, ia tak sama dengan rasa
semasa bersama you. Rasa yang ikhlas. Bukan rasa berlandaskan nafsu. You sayang
I lagi kan?
Please
sayang... bagi I kemaafan.
“Huh! Lelaki tak tahu malu. Berani dia nak bersayang bagai lepas
apa yang dia dah buat! Dia ingat, hanya dengan kata-kata manis, rayuan macam
tu, dapat kembalikan teruna dia tu? Boleh jalan laaa...”
Hayati merampas kasar Tab dari tangan Maira. Laju menekan butang
Delete.
“You jangan nak lembut-lembut hati. Ingat, dia lelaki kotor. Tak
layak dapat perempuan yang suci lagi lemak berkrim macam kita ni. Dia memang
sesuai dengan Doraemon bantut tu aje. Seorang Nobita, seorang Doraemon. Memang
sesuai sangat.” Giliran Sabrina pula yang memberi amaran kepadanya.
“He’s fit to be a Nobita, okay.”
“Apa you ni? Dia dah buat macam tu kat you pun, you masih lagi nak
rasa belas kasihan. Eee... geram pulalah I tengok you ni, perempuan.”
“You all jangan la risau. I takkan kembali pada dia...”
Jari yang dahulunya dihuni cincin daripada Fatah dibelek-belek. Kosong, tiada
seri.
“You sayang I lagi kan? Apa punya soalan la dia tanya tu. Kalau
dia tahu, dia takkan buat perkara bodoh macam tu. Ingat ni Betul Ke Bohong
ke... nak main teka-teka.”
“Girls... Relaks okey. I’m okay... don’t worry...”
“Mestilah I risau. You tu cepat sangat lembut hati. Lebih-lebih
lagi kalau dengan Fatah tu. Yalah... mister handsome you kan.”
“Itu dulu la. Sekarang dia layak jadi Mister King Cobra aje.
Hmmm... I tahu, mungkin I akan lembut hati. Sebab tu, I harap you all
berdua akan sentiasa ada dengan I. Untuk sedarkan I kalau I terleka. Bukan
mudah untuk I lupakan apa yang kami dah lalui selama ni...”
Maira tersenyum. Cuba memberi keyakinan kepada kedua-dua
sahabatnya.
“Itu you jangan risau. Kalau you nak menggedik semula aje dengan
Fatah, I akan pastikan I orang pertama yang campak you ke laut.”
“Dan I akan jadi orang pertama yang simen hati you tu. Bagi
keras... jangan nak selembut Downy...” Hayati meluruskan jari telunjuknya tepat
ke hadapan muka Maira.
“Yalah tu... Sampai ke hati you all? Alaaa tak hairan, I
pasti akan ada abang macho yang akan selamatkan hati I ni daripada jadi mangsa
kekejaman you all berdua.” Maira mencebik. Langsung tak hairan.
“Wah, perasannya dia... Belum apa-apa dah fikir pasal abang macho
pula!”
Maira ketawa kuat mendengar kata-kata Hayati.
“Ingat, kami akan pastikan you bahagia. Dan dapat yang lebih hebat
daripada Fatah tu. Kali ni, biar mata Fatah tu jatuh melantun-lantun. Biar dia
rasa menyesal.”
“Dia dah ada kehidupan dia sendiri. Dia dah pun ada kebahagiaan
dia sendiri. I tak pernah berdendam. Sakit, memang sakit. Tapi I tak pernah
salahkan dia. I salahkan diri I sendiri. I yang pilih lelaki yang senang
digoda. Selama ini I yang terlalu berbangga, sehingga I lupa, I bukanlah hebat
sangat. Ramai lagi penggoda yang lagi hebat di luar sana,” tutur Maira sambil
merenung langit yang membiru dari luar jendela.
Senyuman diukir. Dengan hati yang ikhlas dia akan melepaskan Fatah
pergi. Walaupun sesekali rasa sedih dan rindu bertandang, dia akan mencekalkan
hati.
“I tahu, kawan I ni memang punya hati yang mulia...” Hayati
memegang bahu Maira. Juga mengukirkan senyuman. Bahagia apabila mampu melihat
Maira sudah boleh menerima hakikat yang sudah terjadi.
“Okey la. You all rehat dulu ek. Hari ini, kita duduk
rumah aje la ya. Esok baru I bawa you all pergi jalan-jalan.”
“Kita nak pergi mana?” soal Maira teruja. Sejak sampai ke rumah
Sabrina, mereka hanya terperap sahaja di dalam rumah. Sedangkan Maira sudah
gatal tapak kaki nak meronda.
“Ada la... Cuci mata. I pasti you all teruja punya. Bawa
sapu tangan siap-siap takut nanti meleleh air liur.”
Sabrina menaik-naikkan keningnya. Membuat muka nakal.
“Alaaa... Cakap aje la...”
“Nope. Apa-apa esok aje...”
“Alaaa!!!”
Serentak Maira dan Hayati membentak.Tak lena tidur mereka malam
ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan