Khamis, 11 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 03


LEHER jinjangnya menoleh ke kiri dan ke kanan. Kemudian menjenguk pulak ke dalam kawasan banglo mewah itu. Ini bukanlah kali pertama dia datang ke banglo vs istana ini. Tapi hari ini debar dalam dada dia memang lain macam. Ini semua sebab dia tahu di dalam sana ada naga. Naga kepala besar!
Selendang di kepala dia betulkan.
“Confident!” Anggerik buat aksi yakin boleh.
Langkah diatur penuh keyakinan melepasi pagar. Kalau bukan disebabkan Eliya yang tiba-tiba ada hal. Mesti dia tak akan keseorangan malam ni. Sudah la dia pun rela dalam terpaksa  datang ke sini.
Semakin hampir, semakin pelik jantung Anggerik berdegup. Melalui deretan kereta yang terparking di hadapan rumah, kakinya mengigil. Terhenti langkahnya. Terus dia duduk mencangkung dengan memeluk beg tangan kemas di dada.
“Confident Anggerik. Kenapa yang takut sangat ni?” Soalnya kepada diri sendiri. Kepala dijengguk sedikit dari kereta tempat dia berlindung. Kemudian kembali duduk.
Bibir digigit kuat. Tangan mengibas muka sendiri.
“Cantik sangat la pose macam tu?”
Anggerik yang sedang mencangkung terus terduduk. Terkejut apabila tiba-tiba ada suara yang menegur. Sebaik melihat empunya suara. Mata membulat. Mulut ternganga. Lutut mengeletar.
“Kau nak lari dari naga. Tapi dekat pintu naga juga yang kau menyorok. Ini nak menyerah diri ke apa?” Ahqaf menyoal dari dalam kereta. Dagu diletakkan ke atas birai tingkap kereta yang sudah terbuka luas.
Mengeleng kecil dia melihat aksi Anggerik tadi. Boleh pulak main tertongeng-tongeng. Geram je tangan dia nak mendarat dekat punggung si gadis. Tahu. Anggerik memang nak mengelak dari dia.
“Err...” Anggerik telan liur. Lidah terkelu terus. Lupa cara untuk bercakap.
“Well. Taat juga kau dekat my mum ek. Pekerja terbaik dari ladang la ni ye?”
Makin bergegar lutut Anggerik sebaik sahaja Ahqaf melangkah keluar dari kereta. Ini kereta Mr.bad guy ke? Aston Martin silver metalik. Malam-malam buta pun berkilat bukan main.
“Siapa lari dari awak? Perasan!” Dengan kekuatan yang ada. Anggerik bangkit berdiri. Terasa cukup kerdil apabila berhadapan dengan Mr.Bad Guy yang tinggi melangit.
“Oh bukan ke? Habis tu tadi apa? Poco-poco?”
Rasa nak pitam Anggerik melihat senyuman sinis Ahqaf. Gila punya menakutkan. Inilah senyuman paling seram yang pernah dia tengok.
“Huh! Mr.bad guy!”
Tak tunggu lama. Mencicit Anggerik melarikan diri. Kalau dia masih tunggu dekat situ. Memang dia cari pasal.
“What she call me? Mr.bad guy?” Ahqaf tunjuk diri sendiri. Kecil matanya. Tidak percaya dengan jawapan balas Anggerik.
“Mr.bad guy eh.. Okey. Tunggu Mr.bad guy ni buka topeng wahai si leopard.” Sambung Ahqaf setelah kelibat Anggerik hilang dari pandangan. Senyuman senget dia tarik. Makin garang. Makin mernarik.
Langkah turut di atur ke dalam rumah. Mesti Mama dah bising dia tiba-tiba hilang. Terpaksa curi-curi merokok dalam kereta. Payah betul serumah dengan Doktor kesihatan ni!
Tersenyum lebar Maira sebaik sahaja kelibat Anggerik singah di matanya. Lega sangat. Nasib baik Anggerik datang juga. Kalau tidak, memang hancur kenduri kesyukuran malam ni.
“Abang. Tu Anggerik dah sampai.” Lengan Rizky dia cuit sedikit. Mulut dihalakan ke arah Anggerik di sudut tepi rumah.
“Alhamdulillah. Selamat majlis kita, wife.”
Maira gelak. Ingatkan dia je yang berperasaan macam tu. Rupanya Rizky yang kaki menembak ini pun takut ditembak anak sendiri. Namun senyuman dia mati apabila ternampak kelibat si anak teruna yang mula mendekati Anggerik.
Suami di sebelah dia pandang. Rizky juga pandang Maira dan tindak tanduk Ahqaf silih berganti. Tangan yang baru hendak mencapai tangan si isteri terhenti. Terkejut dia melihat tindakkan Ahqaf.
“Abang!” Maira tutup mulut.
Keduanya terkejut melihat Ahqaf yang selamba menerpa dan memeluk Anggerik. Rizky pegang dada. Ya tuhanku! Kenapalah anak teruna dia ni perangai di luar dugaan. Cepat dia mengheret tangan Maira mendekati Ahqaf. Sudahlah tetamu tengah ramai. Boleh pulak buat perangai.
“Umar Ahqaf!”
Ahqaf senyum lebar apabila mendengar suara si ayah. Cepat betul sampai. Baru je dia nak seronok-seronok. Tak sempat nak tangkap feeling pun lagi.
“Yes, papa..”
“What are you doing?!” Rizky cekak pinggang. Bulat matanya melihat anak teruna yang bermain kening dengannya. Mencabar. Kalau masih budak. Umur 5-6 tahun. Memang dia dah kurung dalam bilik. Memalukan!
“Nothing. Mama cakap, kalau rindu kena peluk cium.”
Rizky picit dahi. Wajah selamba Ahqaf dia pandang silih berganti dengan si gadis yang jelas kebingungan.
“Wife...” Kini isteri di sebelah pula dia pandang.
Maira telan liur. Matilah dia!
“Mama cakap kalau rindu dengan papa saja kan. Bukannya dengan Anggerik!” Mencerlung dia memandang ke arah Ahqaf. Sebelum dia kena bom dengan Rizky. Baik dia bom si anak dulu.
Lain yang diajar. Lain yang dibuat. Memang lari adat betul!
“Lepaskan Anggerik.” Tangan Ahqaf yang masih melingkar di pinggang Anggerik Maira rungkaikan.
Ahqaf jungkit bahu. Kepoh!
“Please behave Ahqaf. Jangan nak berbuat sesuka hati.”
“Tak suka hatilah. Hanya senang hati.”
Rizky gosok dada. Sabar. Ini budak memang tak makan saman. Cakap la apa pun. Memang tak boleh menang. Dia memang angkat bendera putih awal-awal.
“Pergi salin baju melayu. Kan papa dah kata. Wear something yang prefer. Ini majlis keagamaan. Apa yang tak faham sangat ni?” Dalih Rizky. Malas memanjangkan topik. Hanya buat naik darah saja.
“Faham je. Saja je buat tak faham.”
Memang betul-betul masuk hospital dia malam ni!
“Dah. Wife, jom. Abang haus. Panas! Anggerik, jom sekali.” Cepat Rizky berlalu meninggalkan Ahqaf. Takut nanti bergusti pula dia dengan si anak dekat situ.
Anggerik hanya membiarkan tangannya ditarik oleh Maira. Dari tadi dia tak berani nak buka mulut. Macam nak putus nafas dia tadi bila Ahqaf tiba-tiba datang memeluknya. Memang gila punya perangai. Langsung tak dia jangka seberani itu tindakan Ahqaf.
“Makan, Anggerik. Saya minta maaf ye pasal tadi. My mistake. Anak teruna saya tu memang tak mampu saya kawal.” Pohon Rizky sebaik sahaja duduk di bawah khemah.
Tetamu yang lain juga sedang enak menjamu selera. Segan betul dia pada Anggerik. Maira pula memang dah tak mampu bersuara. Rasa bersalah yang amat sangat.
“Tak apalah Dato. Saya..”
“Hai. May I join?”
Terhenti terus ayat Anggerik sebaik sahaja bahagian belakang kerusinya terasa dipegang. Tanpa perlu menoleh pun dia sudah tahu siapa gerangan yang menyibuk itu.
“Along jangan nak buat perangai depan rezeki.” Awal-awal lagi Maira sudah memberikan amaran. Bukan boleh percaya sangat Ahqaf ni.
“Promise.”
Kerusi Ahqaf tarik dan dibawa betul-betul bersebelahan Anggerik. Sekilas dia menoleh ke arah si gadis yang makan tanpa langsung mengangkat wajah. Sedap sangat gayanya lauk tu. Dulu bukan main lantang bersuara. Sekarang pendiam sangat pulak.
“Ladies. Kau memang suka makan ni kan. Ini aku tolong isikan ye.” Dengan selmaba Ahqaf mencedokkan sesudu sambal belacan ke dalam pinggan Anggerik. Mula-mula sesudu. Kemudian bersudu-sudu.
“Along! Banyak sangat tu.” Tegur Maira.
Rizky pula sudah meneguk air. Hilang selera dia melihat perangai anak terunanya. Sudahlah anak lelaki dia seorang je. Lepas tu perangai memang boleh buat dia masuk ICU. Memang berbakul-bakul kesabaran dia kena kumpul.
“No, mama. Anggerik kata dia orang melayu. Memang suka pedas. Right Anggerik?”
Anggerik diam tak menjawab. Tidak tahu apa jawapan yang sesuai. Kalau dia kata tak nanti. Takut sambal belacan tu akan naik atas kepala dia. Tapi kalau dia jawab ya. Dia yang mati kepedasan.
“Anggerik...” Meleret suara Ahqaf. Serentak dengan itu tangannya perlahan-lahan menjalar ke atas peha Anggerik.
“Ha! Ye. Suka sangat.” Tegak badan Anggerik. Kalut dia mengangguk.
Ahqaf ukir senyum kepuasan. Baru ugut sikit dah mengelabah. Inilah yang dinamakan. Berani pada orang yang salah.
“Nak lagi ke?” Soal Ahqaf penuh bermakna.
Anggerik geleng.
“Tak nak?” Soal Ahqaf lagi. Kali ini kaki dia pula yang berjalan mengesel betis Anggerik di bawah meja.
“Nak!” Lagi sekali Anggerik mengangguk.
Memang nasi dia dah berkuahkan sambal belacan. Tak guna punya Umar Ahqaf. Nak balik! Menyesal dia datang. Takkan la sebab dia marah-marah manja hari tu sampai begini layanan Ahqaf pada dia. Dia tak sengaja. Dia tak tahu. Dia memang tak nak cari pasal.
“Anggerik. Are you sure?” Soal Rizky dengan kening terangkat.
Rasa macam ada yang tak kena je. Takkan la Anggerik sanggup makan sambal belacan penuh pinggan macam tu.
“Sure Dato. Saya memang suka.” Kali ini cepat Anggerik menjawab. Takut akan ada tindakan luar batasan yang akan dibuat oleh Ahqaf. Nak melawan. Dia memang takut. Takut sangat-sangat. Rasanya kalau diberi pilihan. Dia lagi rela makan sebelah singa.
“Ha kan. Itulah. Along cakap tak percaya. Makanlah wahai cik Anggerik.” Anggerik di sebelah Ahqaf berikan jelingan panjang. Tangan sebelah lagi mengetuk-getuk meja. Nasi di dalam pinggan dia gaul-gaul.
Senangnya dalam hati.
Dengan perasaan ngeri. Anggerik menyuap nasi berkuahkan sambal belacan ke dalam mulut. Rizky dan Maira yang berada di hadapannya dia pandang dengan pandangan. Tolong saya!
“Sedap kan?” Ahqaf soal dengan senyuman manisnya.
            Sebaik sahaja nasi mencecah ke dalam mulut. Kalut Anggerik ingin mencapai air di dalam gelas. Pedasnya hanya tuhan yang tahu. Macam nak terbakar lidah dia. Dia sudahlah memang tak tahan pedas.
            “Panas cuaca hari ni kan mama? Haus pulak.”
Sebelum sempat tangan Anggerik mencapai sasaran. Gelas tersebut terlebih dahulu dicapai Ahqaf. Diteguk sehingga habis. Dengan penuh berlagaknya Ahqaf meletakkan gelas kosong ke atas meja.
            Puas hati dia melihat wajah kemerahan Anggerik. Ini baru sikit young lady...
“Cukup bad guy tak?” Mulut didekatkan ke telinga Anggerik. Berbisik lembut. Ini yang Anggerik gelarkan dia tadi. Jadi, dia akan penuhi permintaan itu.
Ini baru sikit. Kita tunggu sikit masa lagi. Kalau dia tak buat perempuan ni menangis minta maaf. Dia bukan Umar Ahqaf Bin Rizky Dhan.
Anggerik pegang peha kuat. Ya Allah. Berikanlah dia kekuatan. Tindakkan Ahqaf yang selamba bermain dengan hujung selendangnya dia biarkan. Memang tak akan berani buka mulut dah. Ikutkan hati. Memang dia nak blander je bibir yang sedang bersiul riang itu. Bad day!




3 ulasan:

  1. ohh my Allah...jerk darab seribu..aku sental jugak dengan sambal belacan..Kak Ilah superb..

    BalasPadam
  2. Cerita menarik. But English kenalah di perbetulkan ya.

    BalasPadam