Selasa, 30 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 24


(Telah berada dipasaran pada Disember 2014)
MELIHAT sikap Ahqaf yang lebih pasif, Anggerik menarik nafas lega. Semalam dekat majlis nikah dah buat hal. Janganlah suami dia ni buat hal masa hari sanding ni pula. Ramai orang ni. Malu satu keturunan dia nanti.
“Bila kita boleh makan ni? Perut aku dah buat disko dance ni.” Bisik Ahqaf ketika berada di atas pelamin.
“Sekejap lagi.” Balas Anggerik pendek.
Memang tak reti bersabar agaknya anak Rizky Dhan ni. Semua benda nak cepat. Sudahlah semalam sebaik sahaja selesai majlis akad nikah. Selamba nak heret dia bawa balik. Orang dah kata tunggu kenduri besar selesai baru boleh duduk sekali. Tapi suami dia degil. Berkeras nak bawa dia sekali.
Mujur juga adanya kuasa veto Datuk Rizky. Barulah Ahqaf nak dengar cakap. Itupun dengan keadaan memprotes kasar.
“Eh! Acara silat ek?” Soal Ahqaf apabila dua orang lelaki masuk untuk melakukan persembahan silat.
“Hmm.” Anggerik angguk sekali.
“Syok ni!”
Tersenyum Anggerik melihat keterujaan Ahqaf. Ada juga pengantin yang sempat bersoal jawab di atas pelamin. Ini semua suami dia punya pasal. Mata memerhatikan dua lelaki yang sedang membuka bunga silat di hadapannya. Bukanlah dia berminat sangat pun. Sekadar syarat untuk memfokuskan pandangan.
 Malu kut bersanding tengah-tengah halaman rumah macam ini. Ini semua cadangan kaum kerabat dia. Kononnya dia kahwin dengan golongan terhormat. Mestilah kena pelamin gah sikit. Ikutkan hati dia, cukuplah sekadar pelamin mini pun sudah memadai.
“Alahai... Manjanya.” Suara Ahqaf lagi.
Anggerik tahu apa yang suaminya maksudkan. Itu tak lain tak bukan mesti sebab salah seorang persilat itu tersungkur jatuh. Baru ditepis sikit sudah terkehel.
“Hiss! Geram pulak aku tengok.” Kali ini punggung Ahqaf sudah tidak duduk diam.
Tanjak dikepala dia pegang. Geram sungguh dia tengok cara lelaki yang sedang bergaduh di hadapannya itu. Kaki tak kuat langsung. Lembik. Cubalah bagi tumbukan yang padu sikit. Memang tak boleh jadi ni!
“Eh! Awak nak kemana ni?” Soal Anggerik kalut apabila melihat Ahqaf tiba-tiba bangun.
“Aku nak pergi kerjakan dua orang tu. Berlawan macam orang lembik lutut. Geram!” Tanjak di kepala Ahqaf campak ke atas ribaan Anggerik.
“Bos! Hesyy... Duduk la.” Tahan Anggerik sambil berusaha menarik tangan Ahqaf.
Tetamu pula sudah mula bersorak. Apa tidaknya kalau dah ada pengantin yang buat perangai tak pergi sekolah. Ada pula pengantin nak turun gelangang silat. Ahqaf ingat ini bertumbuk betul-betul agaknya. Kalau bab bergaduh suka sangat.
“Aku geram tengok dia tu. Berlagak sangat. Aku dah la lapar ni. Memang nak kena makan dengan aku.” Kata Ahqaf sambil turun setangga dari pelamin.
“Duduk la. Tengok tu, Datuk pandang kita.” Cepat Anggerik mengunakan nama Daruk Rizky. Memang itu sajalah modal yang dia ada.
Kebetulan pula Datuk Rizky sedang memandang ke arah mereka ketika itu. Dengan pakej muka brutal. Disertai pula dengan pandangan membunuh. Memang mampu membuatkan Ahqaf terus duduk.
“Ala, kenapa papa aku ada dekat situ.” Wajah papa yang sedang memandangnya dengan pandangan mata helang menjadi perhatiannya.
Dia bukan takut ye! Dia cuma tak tahan telinga dengar panahan mulut berapi dari seorang Rizky Dhan. Dengan muka tidak bersalah tanjak kembali diambil. Senyuman seindah pelangi diukirkan. Apapun muka kena maintain menarik dan the boom.
“Hesy. Ini apa faedahnya yang baling-baling beras ni kat aku? Kalau masak nasi kan kenyang.” Komen Ahqaf lagi semasa sedang berlakunya acara merenjis.
“Ini kan adat merenjis.”
“Yeke? Meh aku buat kat kau.”
“Tak payah!” Halang Anggerik dengan suara yang tertahan.
Lengan Ahqaf ditarik apabila melihat lelaki itu sudah sedia untuk menunduk mengambil beras. Susah betul dia nak kawal orang tua yang terlebih aktif ni. Kalau budak senang la sikit dia nak piat-piat telinga. Tangannya memeluk kemas lengan itu. Kalau orang tengok memang cemburu gila. Pasangan paling romantis kononnya. Hakikatnya dia tidak mahu tangan itu bergerak buat perkara luar alam.
Cepatlah majlis ni habis. Semoga semuanya akan berjalan lancar. Janganlah Ahqaf bertindak buat yang bukan-bukan. Takut nanti dia bertukar jadi Hulk Hogan versi perempuan saja.


Selesai pinggan yang terakhir diletakkan ke atas rak. Anggerik bergerak masuk ke dalam bilik. Kepala dia masa itu memang dah tak ada fikir benda lain. Dia hanya fikir nak tidur. Penatnya hanya tuhan yang tahu. Memang dah tak mampu nak berdiri tegak.
“Nak masuk bilik dah, An?” Tegur Mukhlis abangnya yang nombor dua semasa dia melalui ruang tamu.
“Penat la abang ngah.” Jawab Anggerik sambil memegang pinggang.
“Oh... Penat ye. Ha, okey. Abang ngah faham.” Mukhlis berlalu dengan senyuman di bibir.
Anggerik gigit bibir. Macamlah dia tak faham maksud senyuman itu. Senyuman mengena. Sebelum menolak pintu bilik, mata sempat mencari kelibat Ahqaf. Tadi selesai saja makan malam terus lesap dengan anak-anak buah dia. Entah pergi kemana la tu. Jangan lelaki itu bawa anak buah dia pergi merempit sudah la.
Masuk saja ke dalam bilik terus dia salin pakaian kemudian rebahkan tubuh ke atas katil. Nikmat betul rasanya dapat meluruskan pinggang. Saat mata dipejamkan telingannya terdengar suara Ahqaf di luar pintu bilik. Tidak lama selepas itu kedengaran pintu bilik ditolak.
“Awalnya kau landing.” Tegur Ahqaf sebaik sahaja melihat Anggerik yang sudah tertiarap di atas katil.
Anggerik pejam mata rapat. Berpura-pura tidur. Malas dia nak melayan kerenah Ahqaf. Rasanya hari ini dia jadi penat sangat sebab otak dia pun bekerja keras. Bekerja sebab berfikir macam mana nak mengawasi gerak geri suaminya.
“Mak!!” Terjerit dia apabila Ahqaf tiba-tiba melompat ke atas katil.
Kelam kabut Anggerik terjun dari katil. Mujur tidak gugur jantung dia.
“Kau ni dah kenapa? Sawan?” Ahqaf buat muka pelik.
Anggerik ni dulu cita-cita nak jadi atlet lompat kijang agaknya. Boleh pula buat aksi terjun katil.
“Bos tu yang main terjun-terjun atas katil kenapa?” Soal Anggerik geram. Nasib baik dia tak jerit dengan volume paling tinggi. Kalau tidak memang bergegar satu rumah. Bos ni dulu cita-cita nak jadi atlet lompat tinggi agaknya.
“Memang aku suka terjun-terjun pun. Apasal? Takut aku rogol kau? Elehh.. Tak hingin la.” Ahqaf cebik bibir sedikit. Sengaja dia berbaring di tengah-tengah katil. Kain pelekat dibetulkan.
Kalau tak memikirkan yang dia kena paksa dengan Abah pakai karung ni tadi. Memang jangan harap dia nak pakai. Seksa! Itu pun puas dia belajar dengan anak saudara Anggerik yang umur 12 tahun tu. Jatuh taraf lelaki sejati dia.
“Kalau dah main terjah macam tu, semua orang pun terkejut la. Tak boleh ke baring elok-elok?!” Anggerik urut dada sambil menjeling pintu bilik. Takut kalau-kalau tidak tertutup rapat.
Ahqaf buat konon takut dengan kemarahan Anggerik. Pembaringan dibetulkan dengan mata terpejam. Ikutkan ini bukanlah waktu dia tidur. Tapi dekat kampung yang terceruk ni, apa saja yang dia boleh buat? Takkan nak pergi berjoget tengah kebun getah pulak kut. Jadi baiklah dia tidur.
“Sana la sikit. Yang bos baring tengah-tengah ni kenapa? Saya pun nak tidur juga.” Kata Anggerik apabila melihat Ahqaf yang terlentang di tengah-tengah katil. Kalau dah begitu cara tidurnya. Dia nak baring dekat mana?
“Kau tidur bawah.”
“Amboi!”
“Katil kau ni sekangkang kera. Muat untuk aku je.”
Anggerik ketap bibir bawah. Tangan di bawa naik ke pinggang. Banyak cantik muka lelaki seorang ni! Buat macam katil sendiri pula.
“Bos. Tepi la sikit.” Anggerik ambil tempat di birai katil.
Sampai sekarang memang susah betul dia nak buang panggilan bos terhadap lelaki yang sudah menjadi suaminya ini. Alah! Ahqaf pun sama. Lagi selamba ber ‘kau’ ‘aku’ dengan dia. Bila ada yang bertanya, bijak pula lelaki itu menjawab. Ini cara mereka bermanja. Kononnya!
“Bos...” Panggil Anggerik lagi sambil menolak tubuh itu.
“Kau tidur bawah la. Hesy!” Ahqaf tepis tangan Anggerik.
“Tak nak!” Bantah Anggerik. Ada pula pengantin perempuan kena tidur bawah. Tak romantik betul la suami dia ni. Menyampah!
“Tidur bawah!”
“Tak nak!” Anggerik buat degil dengan suara yang sama naik.
Ahqaf bangun. Wajah Anggerik yang sedang buat muka garang dipandangnya. Sejak dah jadi isteri dia ni. Makin degil pula Anggerik ni. Kain pelekat di pinggang dia buka dan ditolak dengan kaki ke bawah katil. Kini hanya tinggal seluar pendek paras peha.
“Tidurlah kalau berani.” Ahqaf angkat kening sambil membuat isyarat mata ke arah kakinya yang terdedah. Memang dari tadi lagi dia nak campak kain karung tu.
Anggerik gigit bibir. Memamg sengaja mencabar dia nampaknya. Badan Ahqaf ditolak dan dia merangkak naik ke tengah katil. Kepala direbahkan betul-betul di tepi suaminya.
“Macamlah saya takut.” Anggerik jawab sambil tersenyum. Kening juga diangkat mengajuk cara Ahqaf sebentar tadi.
“Kau ni kan...” Mencerlung Ahqaf memandang Anggerik. Ingatkan dia berjaya mengugut. Nampak gayanya kali ini ugutan dia dah tak ada power.
“Kita kan dah jadi suami isteri. Dulu masa belum halal, bos sibuk sangat nak tengok.” Tidak mahu kalah. Anggerik menyelak skirt yang dipakainya sehingga ke paras lutut. Tunjuk dekat suami sendiri apa salahnya.
“Okey. Kau nak sangat kan.” Ahqaf tarik Tshirt di tubuh. Kemudian dicampak juga ke bawah katil. Kepala turut direbahkan disebelah Anggerik. Kali ini dia yakin yang Anggerik akan terjun katil.
 Apa pun dia nak tidur seorang atas katil ni. Bilik ini sudahlah panas. Tidur berhimpit pulak. Memang berlengas la badan dia nanti.
“Saya no hal.” Tidak mahu kalah Anggerik bangun dan buka butang baju tidur dia buks sehingga menampakkan pangkal dada.
Senyuman senget dia ukirkan sambil melepaskan ikatan rambut. Kemudian tangan naik melurut-lurut rambut dengan jari. Dengan cara paling menggoda dia kembali berbaring. Jangan ingat Ahqaf dapat buli dia dirumah sendiri.
Kecil mata Ahqaf memandang reaksi Anggerik. Ini ke taktik menggoda Anggerik? Macam budak sekolah saja. Tak menarik dan tertarik langsung. Cubalah buat aksi menggoda macam Marilyn Moore. Barulah dia bersemangat sikit.
“Eiii dia ni kan.” Marah Anggerik apabila Ahqaf menolak tubuhnya kasar. Bantal yang menjadi tempat pembaringannya diambil dan dipeluk lelaki itu.
Banyak cantik! Sudahlah nak memonopoli katil dia. Sekarang ini bantal dia pun Ahqaf nak sekali. Dasar tamak!
“Diam. Aku nak tidur.”
“Saya punya. Jangan nak tamak sangat.” Anggerik kembali merampas bantal miliknya.
“Aku punya!”
“Saya!”
“Aku tendang kau ke bawah karang.”
“Habis tu ingat saya tak reti nak tendang balik!”
Berhempas pulas Anggerikk cuba mendapatkan bantalnya kembali. Kenapalah buruk sangat perangai Ahqaf ni. Melihat suaminya baring mengiring sambil memeluk bantal miliknya. Dia terjun di atas badan lelaki itu sambil terus cuba untuk mendapatkan haknya.
Hal bantal saja pun. Itu pun Ahqaf tidak mahu mengalah.
“Kau ingat kau tu besar sangat ke hah?” Ahqaf tolak badan Anggerik.
Hanya dengan sekali tolak Anggerik sudah jatuh tergolek. Mujur tidak tergolek terus ke bawah katil. Geram dengan tindakan kasar Ahqaf. Anggerik mengigit kuat bahu lelaki itu.
Rasakan! Sudah jadi suami orang pun masih dengan perangai tidak mahu mengalah.
“Adoi!!” Nyaring Ahqaf menjerit.
Kesempatan itu Anggerik cepat merampas kembali bantal miliknya. Senyuman kemenangan dia ukirkan. Jangan ajar dia main kasar kalau tak nak dia pun berkasar. Itu mujur dia gigit. Kalau dia baham tadi memang tak tinggal sisa.
“Arghh!” Giliran Anggerik pula yang terjerit apabila Ahqaf menariknya kasar sehingga dia terhenyak ke atas katil.
“Anggerik. Ahqaf. Kenapa tu?”
Baru sahaja Anggerik ingin membuat tindakan balas. Terdengar ketukan bertalu-talu di pintu biliknya. Dia dan Ahqaf saling berpandangan.
“Tak ada apa abah. Nyamuk!” Jawab Anggerik.
Ini mesti sebab suara dia dan Ahqaf sudah mengejutkan satu rumah. Ini Ahqaf la punya pasal. Malam pertama dah ajak dia bergaduh.
“La. Kenapa tak pasang ubat nyamuk. Kesian suami kamu tu nanti.” Jawab Zaini dari luar.
“Ha yer, abah. Nanti Anggerik pasang.” Balas Anggerik. Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi pintu bilik ditutup menandakan yang Abahnya sudah berlalu.
“Kau la ni punya pasal.” Ahqaf tarik sedikit rambut Anggerik. Kemudian dia bangun menutup lampu.
Anggerik menjeling walaupun Ahqaf tidak melihatnya. Dia merengus kasar sebelum menenpuk bantal kasar. Mata di pejamkan. Jangan nak berharap malam sebagai pengantin perempuan yang indah-indah. Dia bukannya kahwin dengan Mat Bunga. Tapi dia kahwin dengan Mat Sentul! Bengap. Menyakitkan hati.
Baru sahaja ingin melayan mata yang ingin terlelap. Tiba-tiba dahinya ditampar kasar. Cepat dia membuka mata. Wajah Ahqaf menjadi santapan matanya.
“Mummy nyamuk landing atas dahi kau tadi.” Kata Ahqaf sambil buat aksi menampar nyamuk di udara.
Anggerik ketap gigi. Jangan ingat dia tak tahu yang lelaki itu sengaja ingin mengenakan dia. Badan dipusing membelakangkan Ahqaf. Tahu yang tindakannya ini berdosa. Tapi rasanya lagi berdosa kalau dia terterajang suami sendiri di malam pertama. Baik jangan cari pasal.
“Anggerik. Kau nak good night kiss tak?” Soal Ahqaf sambil mengintai wajah Anggerik dibantu oleh sinaran cahaya yang masuk dari tingkap bilik.
“Tak nak.”
“Aku nak.”
“Diamlah!” Anggerik tutup telinga dengan kedua tapak tangan. Tekanan!
Terdengar gelak ketawa Ahqaf di belakangnya. Kemudian terasa pingangnya dipaut kasar. Cepat Anggerik menepis.
“Pinjam la sekejap. Bantal peluk aku tak ada ni.” Lagi kejap Ahqaf memeluk pinggang kecil itu.
Dah terbiasa tidur ada bantal yang menjadi peneman. Bila tak ada ni mulalah dia rasa janggal.
“Saya ni isteri. Bukannya bantal peluk.” Balas Anggerik perlahan. Tak tahu kenapa hati tiba-tiba terasa. Ahqaf memang anggap dia tidak bermakna apa-apa.
Rasanya kalau lelaki lain ada isteri yang pakai terdedah macam dia ni. Mesti dah tergoda. Tapi Ahqaf? Jangankan tergoda. Pandang pun dengan muka tanpa perasaan. Nak peluk pun dengan cara kasar. Peluk lembut-lembut tak boleh agaknya.
“Dan aku pulak suami. Jadi, meh aku nak peluk kau. Jangan nak marah-marah. Nanti esok bangun muka macam cendawan kering.” Pujuk Ahqaf. Tahu yang Anggerik mula tunjuk reaksi nak merajuk. Maaflah wahai isteri. Dia bukan jenis lelaki yang reti berlembut.
“Kalau ada suami macam bos. Bukan setakat cendawan kering. Tak lama lagi boleh jadi bawang buruk.” Balas Anggerik.
Ahqaf senyum. Anggerik kalau bab membalas dan berlawan kata. Memang tak mahu kalah.
“Dah. Dah. Tidur yer, babe.” Pujuk Ahqaf lagi.
Badan itu ditarik rapat ke arahnya dengan dagu dia yang menumpang di atas ubun-ubun itu. Mata dipejamkan dengan bibir yang masih tersenyum. Walau bagaimana cara sekalipun perkahwinan mereka. Anggerik adalah isterinya. Wanita inilah yang sudi berkahwin dengan lelaki jahil sepertinya. Apa juga cara layanannya, isterinya harus terima. Kerana dia adalah Umar Ahqaf Bin Rizky Dhan seorang bad guy.






Ahad, 28 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 23


BANGUN saja pagi itu terus sahaja Anggerik mandi dan bersiap untuk solat subuh. Lama dia berdoa agar Allah tenangkan hatinya. Hari ini adalah hari penting dalam hidup dia. Walaupun dia pernah melalui detik-detik ini. Namun rasanya tak sama. Dulu dengan Adli dia berkahwin atas dasar cinta. Tapi hari ini hari nikah dia dengan Ahqaf. Lelaki yang dia terpaksa terima untuk dijadikan suami.
Kuatkanlah hati dia. Janganlah dia lari macam cerita-cerita dalam Tv tu. Apapun, lelaki itulah yang bakal menjadi suami dia. Dia redha dan terima saja andai ini ketentuan Allah untuk dia.
“Kakak.”
“Ha. Ye?” Fatihah yang sedang melangkah masuk ke dalam biliknya di pandang dengan ekor mata. Tangan lincah membetulkan kedudukan hantaran di tepi katil.
Ini semua Umar Ahqaf la punya kerja. Dia dah cakap beli la sekadar apa yang patut. Dia bukannya anak dara pun nak beria sangat. Tapi lelaki seorang tu memang dasar keras kepala. Makin ditegah, makin diborong satu kedai. Ada ke orang buat hantaran beg tangan sampai tiga jenis? Nasib baik beg balik kampung tak beli sekali.
“Ibu pesan suruh kakak mandi. Sekejap lagi orang yang nak makeup kakak tu nak datang.”
“Kak Lia ye?”
“Bukan. Entah. Orang dari Kuala Lumpur rasanya.”
Terhenti pergerakan tangan Anggerik. Wajah Fatihah yang sudah duduk bersila di atas katil dia pandang.
“Kan kakak suruh ambik Kak Lia. Ni orang datang dari Kuala Lumpur siapa pula?” Rasanya dia sendiri yang dah pesan pada Ibu supaya tempahkan Kak Lia. Dia nak makeup yang biasa-biasa saja. Dan Kak Lia tahu apa yang dia mahukan.
“Abang besar yang suruh.”
“Abang besar?” Bertambah kerutan di dahi Anggerik.
“Haah. Bakal suami kakak tu la. Dia call Ibu hari tu. Kebetulan Tihah yang jawab. Dia yang suruh panggil dia abang besar.”
Anggerik garu dagu. Tak gatal pun sebenarnya. Tapi otak dia yang gatal. Pening dengan kerenah Ahqaf. Abang besar konon! Kepala besar sesuai la.
“Jadi, dia la suruh orang dari Kuala Lumpur tu datang?”
Melihat anggukan dari Fatihah. Anggerik redha. Nampaknya hari ini memang dia kena banyak redha. Ahqaf ni memang suka buat perkara yang bertentangan dengan dia. Apa yang dia nak. Perkara itulah yang lelaki itu tak nak ikut. Dasar kaki pembangkang betul.
Ikut perjanjian. Majlis angkat nikah akan bermula selepas asar. Tapi kalau dah namanya Umar Ahqaf. Memang kena bersiap awal. Lelaki itu kan suka buat perkara luar alam. Janji lepas asar tapi nanti silap-silap sebelum Zohor dah sampai.
“Kak. Jangan tebal-tebal sangat yer. Biar nampak natural jer.” Pesan Anggerik sebaik sahaja jurusolek mengambil tempat di hadapannya.
Mujur juga jurusolek yang ditempah Ahqaf ni memang perempuan sejati. Kalau perempuan celup, memang dia paksa Ahqaf yang jadi jurusolek dia.
“Ala dear. Sorry. Your future husband dah pesan kat I yang dia nak makeup ala-ala Marilyn Moore.” Jawab Yanti dengan tangan mula menyentuh pipi Anggerik.
Terbuka luas biji mata Anggerik. Marilyn Moore? Ahqaf ingat ini majlis Hot Dinner ke? Gila!
“Jangan ikut cakap dia kak. Ini majlis nikah. Takkan la saya nak pakai lipstick terang benderang macam tu. Dia tak ada kat sini. Jadi saya yang berkuasa. Saya nak makeup ala-ala Datin Norjuma.” Pinta Anggerik. Kalau dah dia peminat tudung AJ. Mestilah Datin Norjuma juga dia minat.
Kalau dia ikut kemahuan Ahqaf. Memang terbeliak la biji mata orang kampung petang ni. Over!
“Alaaa... Nanti dia tak nak bayar payment I.” Bantah Yanti.
Takkan la dia nak ingkar arahan Umar Ahqaf. Sudahlah dia dibayar dengan bayaran yang tinggi. Nanti tak pasal jer bayaran untuk dia dicantas.
“Saya bayar.” Jawab Anggerik. Dia tak kira. Apapun dia tak akan ikut idea gila Ahqaf. Kalau dia terpaksa jual Kancil dia itu sekalipun untuk bayar. Dia akan jual.
Melihat kesungguhan Anggerik. Yanti mengalah. Kalau difikir logik memang tak masuk akal langsung permintaan Ahqaf itu. Tapi takkanlah dia nak membantah pula. Mujur pengantin perempuannya sendiri pun membantah.
Sedang asyik memejamkan mata sambil menikmati sentuhan tangan Yanti. Telefon bimbit di atas katil berbunyi. Faham dengan keadaannya ketika itu. Yanti mengambil alih untuk mengambil telefonnya.
“Hitler?”
Anggerik senyum mendengar pertanyaan Yanti. Telefon yang dihulur dia sambut tanpa menjawab soalan.
“Hmm.” Kata Anggerik setelah memberi salam. Padahalnya beri salam pun tak guna juga. Bukannya si pemanggil reti nak jawab.
“Hello my dear darling...”
Anggerik buat muka. Mengada betul Ahqaf ni. Lebih lagi apabila terdengar gelak di hujung ayat lelaki itu. Kalau sehari tak buat dia perasan tak boleh agaknya.
“Buat apa tu?” Soal Ahqaf apabila Anggerik hanya mendiamkan diri.
“Jogging.” Jawab Anggerik tanpa nada.
“Wow! Bagus tu. Stamina kena kuat. Malam ni nak kerja keras.”
“Jangan nak merepek yer.” Marah Anggerik.
Namun semua itu hanya sia-sia kerana makin kuat gelak Ahqaf dihujung sana. Suka sangat gayanya.
“Padan muka kau. Aku tanya elok-elok. Kau tak jawab molek-molek.”
“Tengah makeup.”
“Oh! Haa aku suruh Yanti tu makeup kau. Barulah berselera sikit aku tengok kau nanti. Dia makeup cantik sikit.”
Anggerik julingkan mata dan letak tangan kiri ke atas bahu. Ada dia kisah? Ikut suka awak la Ahqaf. Marilyn Moore yer. Tunggu la sekejap lagi. Marilyn Moore made in kampung yang akan jadi isteri kepada bad guy.
“Ni call nak apa?” Soal Anggerik terus. Malas nak melayan kerenah Ahqaf.
“Saja jer. Kut la kau terbongkang tidur lagi. Aku dah ada kat kampung kau ni. Kalau aku terus pergi rumah kau tak boleh ke?”
“Jangan nak mengadalah. Kan dah janji lepas asar.” Halang Anggerik. Ha kan betul! Ahqaf ni memang tak boleh dikira tindakannya.
“Alaa. Kalau tahu aku suruh kita nikah pagi tadi.” Suara itu seolah mengeluh.
Anggerik pejamkan mata apabila Yanti ingin memakaikannya maskara. Telefon setia di telinga.
“Okeylah. Saya tengah bersiap ni.” Kata Anggerik berharap agar perbualan akan berakhir.
“Eh! Sekejap. Kau ada jemput tak siamang tu?”
“Tak. Tak ada kena mengena pun la dia dengan majlis kita ni.”
“Ala! Kenapa kau tak jemput. Aku nak tunjuk kat dia yang aku lagi hebat dari dia.”
Anggerik gigit bibir. Ikutkan hati memang nak saja dia menjerit. Kalau tak memikirkan Yanti ada bersamanya sekarang ini. Memang siap lelaki ini dia basuh. Ingat diri dia ni piala kemenangan ke? Memang lelaki tak ada perasaan betul.
“Memang awak hebat pun. Menang dah kan. Okey. Saya nak kena pergi mandi ni. Bye.” Tanpa menunggu balasan terus sahaja Anggerik letak. Lepas tu dia masukkan mode silent.
“You belum mandi ke? Alaa.. Habis la makeup I ni nanti.”
“Sudah kak. Akak boleh teruskan.”
Saja dia bagi alasan nak mandi. Kalau diikutkan sangat cakap Ahqaf. Jawabnya sampai ke Asar nanti belum tentu lelaki itu akan letak telefon. Kalau bab jadi tukang karut. Memang lelaki itu sesuai.
Siap sahaja Yanti mengerjakannya mukannya. Anggerik bersiap untuk menukar persalinan pula. Asar memang dah dekat sangat ni. Sekejap lagi mesti rombongan dari keluarga Datuk Rizky akan datang.
“Kakak. Dah siap? Ibu panggil keluar. Rombongan dah sampai.” Sekali lagi Fatihah muncul di pintu biliknya. Selepas itu Ibu pula yang menyusul.
“Siap dah?” Soal Ibu.
Anggerik angguk sekali. Senyuman dihadiahkan buat Ibunya yang sedang melangkah mendekatinya.
“Kakak. Kamulah anak perempuan sulung ibu dan abah. Ibu harap, kali ini kamu akan perolehi kebahagian itu. Ibu suka bakal suami kamu tu. Nampak kesungguhannya. Ibu harap kamu pun bersungguh la untuk bahagiakan dia.” Kata Ibu sambil memegang tangannya kemas.
Anggerik angguk sekali. Tidak tahu apa yang Abah dan Ibu nampak dalam diri Ahqaf. Semudah itu mereka menerima kehadiran lelaki itu. Kalaulah Ibu dan Abah tahu perangai sebenar Ahqaf. Rasanya reaksi yang diterima tidak akan seperti ini.
“Terima kasih, Ibu. Kakak janji. Kakak akan pertahankan rumahtangga kakak walau apa pun yang terjadi.”
Hasiah angguk dengan senyuman kelegaan. Tangan Anggerik dipimpin keluar dari bilik. Kemudian Anggerik didudukkan di atas bantal kecil di ruang tamu. Tidak ramai tetamu yang hadir untuk majlis akad nikah petang itu. Hanya saudara mara terdekat saja yang hadir. Itu pun rumah mereka sudah sesak.
“Assalamualaikum.” Suara kuat yang memberi salam memaksa Anggerik mengangkat muka. Memerah mukanya sebaik sahaja melihat Ahqaf yang sedang melangkah masuk dengan sengihan lebar.
Suara punyalah kuat. Kalah speaker kelab malam. Selepas itu selamba saja terus datang ke arahnya dan duduk bersila.
“Along! Kamu duduk dekat sana.” Maira menarik lembut lengan Ahqaf.
Memang tak tahu adat betul anak lelaki dia ni. Buat malu sahaja. Suaminya pula boleh pulak buat tak tahu. Terus duduk di tempat yang sepatutnya. Gaya macam Rizky pula yang akan jadi pengantin lelaki.
“Kan Along nak nikah dengan Anggerik.” Jawab Ahqaf sambil memandang wajah Anggerik.
“Ye. Tapi kamu mesti duduk dekat tok kadi dekat sana tu!” Kuat sedikit suara Maira. Geram! Kalau tak memikirkan yang semua tetamu sedang memandang ke arahnya. Memang dia dah piat telinga budak Ahqaf ni.
“Oh! Yeke? Tak nak cakap awal-awal.” Ahqaf bangun tanpa perasaan bersalah. Mata-mata yang memandang dia buat tak nampak.
Dia kan handsome! Mestilah semua orang pandang.
“Gelojoh betul kamu yer.” Kata Tok Kadi sebaik sahaja Ahqaf mengambil tempat duduk di hadapannya.
Ahqaf sengih. Gelak dari tetamu mula kedengaran. Mata menjeling ke arah Anggerik disertai dengan kenyitan mata. Songkok di kepala dia betulkan. Dua jari dengan lambang peace diangkat apabila kamera terhala ke arahnya. Terasa macam artis pulak!
“Gila selamba laki kau, An.” Komen salah seorang sepupu Anggerik.
Senyuman serba tidak kena Anggerik ukirkan. Malu! Kenapalah dia tak pakai purdah saja tadi. Tak la dia malu sangat. Muka dia sekarang ni memang terasa membahang. Kenapa suami dia tak dikurniakan dengan perasaan segan.
Sekarang ini dia memang dah tak boleh nak berpatah semula. Takkan la dia nak batalkan. Buruk, jahat, nakal atau tidak tahu malu sekalipun. Dia kena terima juga. Buka hati luas-luas. Gunakan kuasa yang ada sebagai seorang wanita untuk tundukkan lelaki itu. Yakin boleh! Mister bad guy itu akan jadi suami dia sampai bila-bila.
“Sah!”
Eh? Tercengang Anggerik apabila mendengar perkataan sah. Dah siap ke? Cepatnya. Mata memandang ke arah saksi-saksi. Melihat anggukan dan kata-kata sah yang keluar dari bibir kesemua saksi. Dia menarik nafas lega. Mujur la sah.
“Yes! Mama. Dah sah!”
Semput nafas kelegaannya apabila melihat Ahqaf bersorak. Bahu Doktor Maira ditepuk-tepuk. Tangan naik menekup muka. Ya Allah! Lelaki itu yang sudah jadi suami dia? Kenapa mesti begini nasib diri. Ruang tamu rumahnya pula sudah gamat dengan gelak ketawa tetamu.
“Baca doa dulu. Jangan nak suka sangat. Amboi...” Tegur Tok Kadi.
Anggerik ketap bibir. Tidak pernah dia rasa malu sebegini. Pernikahannya yang pertama dulu juga tidak seperti ini. Nampaknya perkahwinan kedua dia ini memang betul-betul sejarah. Selesai bacaan doa. Makin kuat dia mengetap bibir apabila melihat Ahqaf mula bergerak mendekatinya. Aduhai... Tak boleh ke kalau duduk saja dekat sana.
“Anggerik...” Kata Maira sebaik sahaja mendekati Anggerik.
Cantik menantu dia hari ini dengan sepersalinan putih gading. Terserlah keserian wajah itu. Pada awalnya terkejut juga dia dengan Rizky apabila diberitahu yang Anggerik pernah berkahwin sebelum ini. Namun setelah diterangkan sebab-sebab gagalnya perkahwinan wanita itu sebelum ini. Hatinya berubah menjadi simpati. Dan dia sekeluarga menerima Anggerik seadaanya.
“Sarung cincin, Along.” Arah Maira sambil menghulurkan kotak cincin ke arah Ahqaf.
Sempat Ahqaf bermain kening dengan Anggerik sambil menyarungkan cincin ke jari manis itu. Makin lebar senyumannya apabila merasakan yang tangan wanita itu sejuk. Dia punyalah panas tapi tangan Anggerik sejuk macam ais. Sebaik sahaja Anggerik tunduk mencium tangannya. Hatinya terasa besar dan bebas.
“Pengantin lelaki boleh cium pengantin perempuan.” Arah satu suara.
Ahqaf mengangkat muka. Memandang beberapa biji kemera yang kesemuanya sedang fokus ke arahnya. Senyuman dia ukirkan cantik.
Cupp!
Terbuntang biji mata Anggerik sebaik sahaja ciuman Ahqaf singgah di atas bibirnya. Tidak cukup sekali kerana selepas itu sekali lagi bibir itu mendarat di bibirnya. Teriakan dan sorokan dari tetamu gamat. Dia sudah terasa ingin menangis.
“Memang gelojoh pengantin lelaki. Hai la... Nasib la pengantin perempuan malam ni kena terkam.”
Kata-kata dari Tok Kadi membuatkan Anggerik menundukkan wajah. Tangan mengengam kuat bantal yang menjadi tempat duduknya. Kenapa suami dia berperangai sebegini. Buat perkahwinan ni seolah mainan.
“Along. Kamu ni...” Maira sudah serba tidak kena. Mata memandang ke arah Rizky. Minta bantuan. Namun mencerut mukanya apabila melihat yang suaminya adalah salah seorang yang ketawa paling kuat.
“My son!” Rizky gerakkan bibir tanpa suara.
Maira menjeling. Yela tu! Dia juga yang tak tahu nak letak muka dekat mana. Rizky dulu tak adalah macam ni. Nakalnya ya ampun!
“Kau cantik sangat. Aku geram.” Bisik Ahqaf di telinga Anggerik. Sengihan gatal dia ukirkan.
Kecewa juga dia rasa bila tengok isteri dia tak ada gaya Marilyn Moore. Tapi bila duduk dekat-dekat macam ni. Cantik la pula dia tengok Anggerik ni. Selalunya Cik Asisstant dia ni tak pernah nak makeup sangat. Muka macam Aunty jual sayur saja. Apapun sekarang ni, Anggerik dah selamat jadi isteri dia.
Yes!! Berjaya juga misi seorang Umar Ahqaf.




Sabtu, 27 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 22


SUARA melengking Ahqaf dia buat tak dengar. Kaki terus saja melangkah laju menuju ke arah kereta kancil miliknya. Lantak la nak buat testing suara dekat situ pun. Malas dia nak melayan. Sampai sahaja ke keretanya, cepat dia menerobos masuk.
“Auchh!” Namun belum sempat Anggerik menghidupkan enjin. Tudungnya di tarik kasar.
“Bagi aku drive!” Kata Ahqaf yang berdiri di luar kereta miliknya.
“Kut yer pun tak boleh ke cakap elok-elok. Habis senget tudung saya.” Bebel Anggerik tidak puas hati. Ahqaf ni kalau tak berkasar tak boleh agaknya.
“Keluar!” Bebelan Anggerik tidak dipedulikan. Malah sekali lagi Ahqaf menarik tudung berwarna biru laut itu.
“Hiss! Tak payah la. Biar saya bawa sendiri.” Bantah Anggerik. Tadi semasa dia ajak supaya naik kereta dia. Macam-macam alasan yang Ahqaf bagi. Tahulah yang kancil dia ni kereta kecik jer.
“Keluar! Aku lelaki. Tak manly la kalau kau yang drive.” Kali ini tudung milik Anggerik ditarik kuat. Memaksa gadis itu melangkah keluar juga akhirnya.
Terkial-kial Anggerik membetulkan tudungnya yang sudah senget benget. Memang jin betul Ahqaf ni. Kalau ini adik dia, memang dah lama dia sekeh kepala tu bagi hilang biul. Dengan hati yang terpaksa rela dia akhirnya mengambil tempat di sebelah penumpang.
“Tak boleh ke belakang lagi ke seat kau ni?”
“Mana boleh dah.” Jawab Anggerik sambil memakai tali pinggang keselamatan.
“Macam mana aku nak drive. Tak selesa. Kaki aku sangkut ni.” Bebel Ahqaf sambil terus berusaha menolak tempat duduk ke belakang.
“Tadi nak bawak sangat. Bawak la.” Komen Anggerik dengan riak tidak bersalah. Memang dia nak tergelak sebenarnya. Kereta kancil dia ni kecil je. Kaki Ahqaf pula panjang macam kaki bangau. Memang nazak la.
Biar! Itu padah kalau orang tak dengar cakap. Asyik dia saja yang terkena. Sekali sekala biar Ahqaf pula yang jadi mangsa.
“Manual?” Soal Ahqaf sebaik sahaja tangan ingin memegang gear. Kening terangkat tinggi.
“Yela.” Sepatah Anggerik menjawab sambil memandang ke luar tingkap. Saja dia nak buat tak tahu.
“Kau ni duduk zaman mana? Sekarang orang dah tak pakai kereta macam ni tahu tak. Hiss!”
“Bos. Untuk pengetahuan bos. Orang yang pakai automatik ni. Dia seorang yang pemalas. Malas berusaha. Tahu nak senang dan cepat saja. Saya bukan golongan jenis itu.” Lembut Anggerik berbicara. Namun dalam lembutnya ada ayat yang memang terkena atas batang hidung Ahqaf.
Ahqaf merengus. Tidak membalas apa-apa sebaliknya terus mengerakkan kereta. Ingat dia tak reti ke bawak kereta manual. Lori balak pun dia boleh bawa la!
“Perlu ke beli barang hantaran?” Soal Ahqaf sebaik sahaja kereta memasuki lebuh raya.
“Perlu la. Memang semua orang yang nak kahwin akan beli hantaran pun kan. Habis tu nanti apa yang bos nak bagi saya.” Terang Anggerik penuh kesabaran.
“Aku bagi diri aku aje la. Kau nak guna sampai lunyai pun tak apa. Tapi rasanya aku lunyaikan kau dulu kut.”
“Bos!” Anggerik jegilkan mata. Kalau tak menyakitkan hati orang memang tak sah. Ada saja modalnya.
Ahqaf sengih. Nak bergurau sikit pun dah kena jegil.
“Abah dengan ibu kau ni betul ke nak sepuluh ribu saja?”
Hari tu semasa perbincangan di rumah Anggerik. Tak pasal dia kena gelak dengan Abah Anggerik. Katanya lima puluh ribu tu banyak sangat. Gaya macam nak meminang lima orang anak perempuan dia.
Balik ke rumah pula. Panas telinga dia kena basuh dengan papa. Papa cakap dia tak tahu adat. Gelojoh. Tak reti menyabar. Gelojoh datang dari mana pulaknya. Dia hanya nyatakan apa yang dia mahukan. Setuju ataupun tak hujung minggu ni juga dia nak kahwin dengan Anggerik. Dia kena cepat sebelum rancangan dia gagal.
“Ye, bos. Itu pun bagi kami dah banyak sangat dah.”
Ahqaf angkat bahu. Okeylah kalau dah Anggerik sendiri kata macam itu. Bagi dia sepuluh ribu ringgit tu jumlahnya sikit sangat. Dalam masa seminggu pun dah habis dia guna.
“Nanti nak kena beli cincin juga kan? Tengok jari kau.” Jemari Anggerik yang berada di atas riba di capai.
Namun seperti sotong tangan itu cepat dilarikan.
“Bos. Berapa kali saya cakap. Jangan nak pegang-pegang saya.” Tegur Anggerik. Letihnya la dia rasa nak berdepan dengan lelaki bernama Umar Ahqaf ni.
“La. Kan dah nak kahwin.”
“Nak kahwin. Belum kahwin lagi.” Anggerik betulkan. Kalau tak memikirkan apa yang dah terjadi antara dia dan Ahqaf pada malam itu. Memang seratus kali dia fikir untuk teruskan perkahwinan ini.
Macam mana dia nak berdepan dengan suami yang kepala batu macam ni?
“Kahwin juga kan.”
“Tunggu dah halal. Dosa tak kira yang akan datang. Tapi dia kira yang apa yang sedang berlaku sekarang.”
“Yela ustazah... Menyampah! Aku dah tengok semua sekali la.” Ahqaf sengetkan bibir. Pedal minyak ditekan kuat. Namun kereta kancil itu tetap juga terkemut-kemut di atas jalan raya. Berasap betul hati dia bila kenderaan lain berdesup-desup memintasnya.
Anggerik lepaskan nafas perlahan-lahan. Kenapa Ahqaf seolah langsung tak ada rasa bersalah. Ya. Memang dia bukan lagi anak dara. Namun dia juga punya maruah. Sepatutnya bos dia ni meminta maaf. Bukannya buat seolah apa yang dah berlaku itu tidak punya apa-apa makna.
“Esok saya dah start cuti tau.”
“Kenapa pula?”
“Balik kampung la. Kan bos juga yang nak buat cepat... Takkan la hari nikah tu baru saya nak balik kut.” Tertahan suara Anggerik menuturkan ayat. Mulai dari sekarang memang dia kena banyak-banyak belajar apa itu erti kesabaran.
“Oh! Aku tak sabar nak peluk kau sebenarnya.” Ahqaf gelak di hujung ayatnya.
Anggerik menjeling. Tahu sangat ayat tu nak perli dia sebenarnya. Tak sabar nak peluk konon. Padahal bukannya dia tak tahu yang selera Ahqaf bukan perempuan seperti dia.
Tak apa! Tunggulah dia dah jadi isteri bad guy ni nanti. Kita tengok samada Ahqaf akan selera atau tidak pada dia. Dia akan goda habis-habisan. Berlagak sangat!
“Nanti datang kampung saya. Jangan nak bawa kereta bos tu. Bawa kereta biasa-biasa saja. Nanti orang kampung ingat saya kahwin dengan Raja Kapoor pulak.” Pesan Anggerik awal-awal. Bukannya dia tak tahu perangai orang kampung dia. Sudahlah kahwin koboi. Nanti macam-macam versi cerita pula yang keluar.
“Tahulah.” Ahqaf julingkan mata. Banyak betul pantang larang budak bernama Anggerik Medina ni.
“Nanti kahwin nak pakai serban ke? Jubah?” Sengaja Anggerik menyoal.
Ahqaf sengih. Terkena lagi dia!
“Aku cadang nak pakai purdah terus. Join geng marhaban kampung kau.”
Anggerik peluk tubuh. Dia nak kenakan Ahqaf. Dia pula yang terkena.
“Kat kampung tu. Kau tak ada rumah lain ke?” Soal Ahqaf sambil menukar gear. Jalan sesak la pulak. Ini yang dia tak berkenan. Bawak manual pulak tu.
“Itu saja la rumahnya” Ehhh... Ahqaf ingat Abah dia taukey sewa beli rumah ke?
“Ala! Rumah kau tu panas la. Macam duduk dalam gua.”
Berkerut hidung Anggerik mendengar komen selamba dari Ahqaf. Rumah dia dikatakan gua?
“Bos yang nak kahwin sangat dengan saya kan. Terima saja la gua pun.”
“Fine...” Ahqaf goyangkan tangan ke atas dan ke bawah. Buat aksi supaya Anggerik bersabar.
Tak apalah gua pun. Janji dia tak kena kahwin dengan Stefhan. Adli siamang tu juga tak akan merasa lagi nak pegang-pegang Anggerik. Kali ini memang dia betul-betul akan buat Anggerik hak milik dia seorang. Kalau Adli tu muncul lagi. Dia nak bagi tendangan berapi saja nanti.
“Aduhai kancil buruk kau ni tak boleh ke laju sikit. Bila kita nak sampai macam ni... Oh my!” Bebel Ahqaf apabila dia hanya mampu berada di lorong kiri. Nak melintas pun malu. Memang tak laju pun.
Anggerik cebik bibir. Bersandar santai ke belakang kerusi. Malas dia nak melayan bebelan Ahqaf. Baru sehari bawa kereta dia dah membebel macam Mak Jemah. Dua tahun dia pakai kereta tu. Okey saja.
“Bos. Boleh tak kalau behave sikit?” Baru nak duduk bertenang-tenang. Ahqaf dah buat hal.
“Bukan salah aku. Kereta ni yang sempit sangat.” Jawab Ahqaf sambil sengaja mendekatkan lagi tubuhnya dengan Anggerik.
Sampai melekat Anggerik dekat pintu. Takut sangat gayanya nak dekat dengan dia. Siapa suruh Anggerik bersantai-santai dan biarkan dia tertekan bawa kereta ni seorang diri. Bila dah jadi suami Anggerik nanti. Dia jual kereta ni dekat besi buruk. Eh silap! Bukan jual. Tapi dia bagi free.
“Tangan tu pegang aje la stereng.” Marah Anggerik lagi apabila Ahqaf sengaja menjatuhkan tangan ke atas pehanya. Memang dasar miang nak mampus!
“Sombong... Tunggu la kahwin nanti. Siap kau.”
“Okey! Saya tunggu. Siap la bos.”
“Eh?” Ahqaf kerut kening. Anggerik ugut dia pula. Namun tak lama kerana selepas itu bibirnya sudah menarik senyum nakal. Ini yang dia suka. Ada tindak balas.
Sementara itu Anggerik sudah gigit bibir. Jangan ingat selamanya dia akan mengalah. Perkahwinan kali kedua ini dia akan pertahankan sebaiknya. Tak kisahlah perangai suami dia macam mana sekalipun. Dia akan pastikan yang dia akan ikat mamat bad guy ni diam-diam. Tengok sajalah nanti.





Khamis, 25 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 21



MASUK sahaja simpang yang menuju ke kampung. Hati Anggerik makin berdebar sakan. Jantung dia masa ni. Tak usah nak cakaplah. Rasa macam nak melompat keluar. Takut untuk melihat reaksi Abah dan Ibu nanti.
“Anggerik. Kamu sure ke ni?” Soal Datuk Rizky.
Kalut Anggerik mengangguk. Baru tersedar yang dia kini sedang berada di dalam kenderaan MPV, Honda Stream milik Datuk Rizky menuju ke rumah keluarganya.
“Tak nak fikir lagi dah?” Soal Datuk Rizky lagi yang duduk di bahagian sebelah pemandu.
“Ye, Datuk.” Sekali lagi Anggerik mengangguk. Rasanya masuk kali ini sudah kali ke berapa dia ditanya soalan yang sama.
Memang patut Datuk Rizky dan Doktor Maira berasa curiga. Apa tidaknya. Dia memilih untuk berkahwin dengan anak mereka yang perangai macam jin mata satu. Dia pilih? Tak! Dia terpaksa memilih. Ini semua sebab lelaki bernama Umar Ahqaf. Lelaki yang dah menjahanamkan hidup dia.
“Papa. Ini dah masuk kali yang ke 8.54 papa tanya soalan yang sama pada Anggerik.”
Itu dia! Si Jin mata satu dah bersuara.
Anggerik menoleh pada Ahqaf yang duduk di bahagian belakang. Namun sebaik melihat senyuman jahat yang terukir di bibir itu. Cepat dia menoleh ke depan semula. Tak tahu kenapa sejak kejadian hitam tu. Dia rasa terlalu takut untuk berdepan dengan lelaki tersebut.
Sekarang baru dia sedar. Yang Ahqaf itu memang tak boleh di buat main. Tak boleh dibawa bergurau manja langsung!
“Yela pun. Ada juga orang yang nak dekat kamu tu. Memang la papa pelik.” Penuh bersahaja Rizky menjawab.
Pelik sangat rasanya apabila anak sulungnya itu mengatakan yang yang dia ingin berkahwin dengan Anggerik. Tidak ada angin. Tidak ada hujan. Tiba-tiba sahaja Ahqaf dan Anggerik sudah berbaik. Padahal sebelum itu bukan main bergaduh sampai kecoh satu Fetriz Holdings.
“Apa nak pelik pulaknya. Anak papa ni kan handsome. Lelaki budiman pulak tu. Mestilah semua orang akan terpikat.”
Anggerik cebik sedikit bibir mendengarkan jawapan balas dari Ahqaf. Handsome? Budiman? Langsung tak ada dalam senarai tersebut. Perasan sungguh!
“Okey! Itu memang tak pelik. Cuma satu saja yang pelik.” Maira yang duduk di sebelah Anggerik menyampuk. Kalau dibiarkan si anak dan si ayah berbahas. Silap-silap boleh terbalik ni.
Rizky menoleh ke belakang. Mengangkat kening ke arah Maira dengan maksud. Apa?
“Tadi Along kata papa dah tanya soalan yang sama sebanyak 8.54 kan? 0.54 datang dari mana? Pelik.” Kepada Ahqaf diajukan soalan.
“Ikut suka Along la nak letak berapa pun.”
Maira julingkan mata. Aduhai. Jawapan si anak memang menyakitkan hati. Tapi tak apa. Keayuan harus dikawal walau apa jua keadaan. Senyum...
Rizky di bahagian hadapan sudah sembunyi senyum. Padan muka isteri dia. Tanya lagi soalan macam itu. Dah tahu perangai si anak itu macam mana. Sibuk juga nak bertanya.
“Datuk. Kita nak ikut belah mana ni?” Pak Darus yang merangkap pemandu keluarga Datuk Rizky bersuara.
Rizky berpaling ke arah Anggerik.
“Belah kanan Pak Cik.” Jawab Anggerik memahami maksud pandangan Datuk Rizky.
Tangan naik memegang dada. Gelisahnya dia ketika itu hanya tuhan yang tahu. Sudahlah Ayah memang tak suka dekat Ahqaf. Tapi sekarang ni dia tiba-tiba sahaja bawa rombongan dari keluarga Ahqaf.
“Insyallah. Segalanya akan dipermudahkan kalau niat kita baik.” Doktor Maira bersuara lembut di telinga Anggerik. Sentuhan lembut singgah di atas tangan gadis itu.
Dengan susah payah Anggerik ukirkan senyuman. Insyallah. Memang dia berniat baik untuk balik bertemu kedua Abah dan Ibunya. Namun dia tidak tahu niat sebenar Ahqaf. Dia tidak dapat membaca apa yang bermain di fikiran lelaki itu.
“Alhamdulillah. Sampai juga kita.” Ucap Datuk Rizky sebaik sahaja kenderaan mereka memasuki halaman rumah milik Anggerik.
Melihat sahaja rumah batu sederhana besar yang berada di depan mata. Anggerik tarik nafas panjang. Yakin diri! Niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Tangan naik membetulkan tudung di kepala. Kemudian melangkah keluar diikuti Doktor Maira di belakang.
“Bestnya abang. Macam kampung Umi kan?”Kata Maira sambil memandang suasana sekeliling.
“Itulah kan, wife. Rindu pulak rasanya nak balik kampung.” Balas Rizky sambil mencapai tangan milik Maira.
Tersenyum Anggerik melihat kelakuan Datuk Rizky dan Doktor Maira. Romantik dari dulu tak pernah habis.
“Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Sampai juga...”
Berkerut dahi Anggerik. Pelik. Itu macam suara Ahqaf. Tapi ayat yang keluar itu seolah tidak sesuai dengan lelaki itu. Kepala ditoleh ke belakang. Serentak dengan itu mulutnya melopong. Mata membulat. Tidak percaya dengan pemandangan yang menjadi santapan matanya ketika itu.
“Niat yang baik pasti akan dipermudahkan.” Ahqaf mengajuk kata-kata Maira sambil turun dari MPV berkenaan.
Kopiah di kepala dibetulkan. Kemeja di badan juga dibetulkan. Senyuman seindah mentari dia ukirkan.
“Bos!” Anggerik ketap gigi. Tertahan suaranya.
Tidak disangka sama sekali yang Ahqaf akan berperangai begitu. Berlakon jadi Iman Muda pulak. Memang mengada sungguh.
“Nak jumpa bakal mertua kan. Kena la muka sebersih mutiara.” Jawab Ahqaf memahami maksud pandangan Anggerik.
Bukannya dia pakai jubah dengan serban pun. Tak perlu la kut nak buat muka terkejut.
“Along. Tinggal sikit bodoh tu dalam kereta. Jangan nak buat hal dekat sini.” Rizky memberikan arahan.
“Bodoh apa pulak?”
“Itu! Tak ada tok imam yang pakai rantai macam beruk tu.” Kata Rizky selamba. Tangan isterinya kemudian ditarik dan melangkah ke pintu rumah.
Ahqaf pandang dada sendiri. Kalut dia menarik keluar rantai yang tergantung di leher. Macam manalah dia boleh lupa nak tanggal. Lebih lagi apabila melihat kedua ibu bapa Anggerik sudah berada di depan pintu rumah. Lagilah kalut dia dibuatnya. Mujur tak masuk dalam rumah lagi.
“Assalamualaikum pak cik. Mak cik...” Ahqaf tunduk bersalam dengan kedua ibu bapa Anggerik.
Anggerik pula sudah rasa nak terjelir lidah. Nak muntah! Berlakon pandai sungguh. Sopan konon. Salam siap cium tangan lagi. Cakap pun dengan suara ala-ala Hafiz Hamidun.
“Jemput duduk Datuk, Datin. Maaflah, rumah saya ni kecik jer.” Pelawa Zaini kepada tetamunya.
Memang dia sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Anggerik yang keluarga Datuk Rizky akan bertandang ke rumahnya hari itu. Dan dia juga sudah seperti dapat mengagak apa tujuan keluarga terhormat itu sudi bertandang ke rumah buruknya.
“Tak apalah pak cik. Asalkan ada rumah untuk berteduh. Alhamdulillah sangat dah...”
Tiga pasang mata memandang ke arah Ahqaf tidak percaya. Betul ke jawapan itu keluar dari bibir Umar Ahqaf? Rizky pandang Maira. Maira pandang Anggerik. Anggerik menoleh pandang reaksi kedua orang tuanya.
“Ibu. Anggerik pergi masuk dapur dulu yer.” Pinta Anggerik. Rasanya baik dia cabut cepat. Memang dah rasa nak termuntah sangat ni tengok gelagat Ahqaf. Kalau dia tunggu lama-lama. Takut nanti atas kepala lelaki itu dia muntah hijau.
“Alang-alang dah nak tengahari ni. Makan tengahari disini sajalah yer, Datuk.” Zaini memulakan ayat setelah Anggerik hilang di sebalik pintu dapur.
“Jangan susah-susah la abang. Haa lagi satu, tak perlu la nak panggil saya Datuk. Panggil Riz jer. Terasa tua sangat pulak.”Balas Rizky. Terasa begitu segan untuk berdepan dengan orang seperti Zaini.
Dia tahu yang ayah Anggerik ini juga bukanlah calang-calang orang. Tok bilal di kampung tersebut. Ilmu agamanya pasti tinggi.
“Susah apanya. Bukan selalu pun dapat datang ke mari.”
“Itulah. Kalau bukan sebab anak bujang kami ni. Entah bilalah saya dapat datang ke sini.” Kata Rizky sambil menjeling reaksi anaknya.
Sengih bukan main lebar. Geram saja dia nak lastik dengan getah. Sukalah tu kehendak dia orang turutkan.
“Kenapa dengan anak bujangnya ni? Nak datang jadi guru mengaji di kampung saya ni ke?”
Ahqaf telan liur. Kopiah di kepala dibetulkan. Guru mengaji? Ajar berjudi dia retilah.
“Saya ni sebenarnya berkenan dekat anak pak cik tu. Saya nak kahwin dengan dia boleh?” Tutur Ahqaf dengan suara paling sopan sekali dia boleh buat. Baik dia cakap terus. Kalau tidak tak pasal je nanti kena jadi Tok Mudim pulak.
Rizky sudah mengeleng kepala. Maira pula gigit tepi bibir. Kenapa anak mereka tak tahu malu sangat? Ingat Anggerik tu anak itik agaknya.
“Kahwin?” Soal Zaini. Isterinya di sebelah dia pandang dengan pandangan bermakna.
Memang tepat telahan dia. Panjang juga langkah lelaki ini. Dengar yang dia nak kahwinkan Anggerik dengan Adli. Terus berdesup datang ke rumah. Kalau sebelum ini sesuka hati saja angkut anak dia ke hulu ke hilir.
“Kahwin betul-betul ke kahwin main-main?” Soalnya lagi.
“Betul-betul, pak cik.” Jawab Ahqaf penuh yakin.
Yakin boleh! Apapun dia mesti kena kahwin dengan Anggerik.
“Along...” Meleret suara Maira.
Menegur sikap lepas laku si anak. Wahai anak, silalah sedar akan kopiah yang wujud di atas kelapa tu. Kenapalah buat perangai macam gurun sahara. Gersang!
“Maaflah, bang. Anak saya ni memang out of control sikit.” Pohon Rizky. Duduknya sudah tidak senang. Kalau tahu begini memang dia ikat budak Ahqaf ni dekat rumah. Tadi orang tak bagi ikut dia sibuk nak mengikut. Dah ikut buat perangai pulak.
“Ehh.. Tak apa. Tak apa. Saya memang suka budak yang bersemangat ni.” Balas Zaini sambil mengukirkan senyuman.
“Jadi. Bolehlah saya kahwin dengan anak pak cik ni? Bila? Esok?”
Sekali lagi Ahqaf membuka mulut. Rizky dan Maira sudah saling cuit mencuit. Wajah kedua ibu bapa Anggerik di pandang dengan senyuman paksa. Malunya usah dicerita.
“Ehemm.” Rizky berdehem sekali. Duduk dibetulkan.
Ahqaf sudah menjeling si ayah. Lambat betul bertindak. Dia sudahlah dah berpeluh ni. Panas betul rumah Anggerik ni. Gua ke rumah ni?
“Abang. Kami ni sebenarnya ada hajat. Nak bertanya secara elok. Kalau anak abang tu masih belum berpunya. Kami berniat baik untuk hantar rombongan meminang.” Tutur Rizky penuh berhemah.
Pada masa yang sama Anggerik muncul di ruang tamu itu bersama sedulang minuman. Sambil menuang air ke dalam gelas. Sempat dia menjeling Ahqaf. Kopiah putih tu dah senget kedudukannya. Nampak sangat la terpaksa pakai. Sikit lagi tu mesti akan jatuh menutup mata. Macam pak pandir!
“Jemput minum la. Air orang kampung saja ni.” Pelawa Zaini.
“Saya faham. Tapi itulah, sebelum itu. Kami nak tanya la dulu. Riz dan isteri ni dah tahu ke status anak saya ni? Sanggup ke bermenantukan seperti dia?” Sambung Zaini lagi.
“Maksud, abang?” Soal Rizky tidak faham.
“Iyelah.. Kami ni orang susah. Jauh berbeza dengan keluarga kamu. Tak nak lah nanti kami ini dikatakan ingin menumpang senang pula. Anak kami ini banyak kekurangannya.” Terang Zaini secara berlapik. Rasanya tentang status janda anaknya. Tidak perlulah dia sebutkan.
Pasti anak teruna mereka sudah cukup tahu mengenai hal tersebut. Kalau sudah berkawan dan bercinta. Pastilah tiada sebarang rahsia. Kecualilah kalau kahwin secara paksa.
“Oh! Itu abang jangan la bimbang. Kami juga masih manusia biasa. Hidup di atas tanah yang sama milik Allah s.w.t. Bukan harta yang kami pandang. Namun pekerti dan adanb sopan anak gadis abang yang kami perlukan.” Tersenyum kelegaan Rizky.
Ingatkan tadi Anggerik sudah menjadi milik sesiapa. Memang pada awalnya dia menyangka Anggerik sudah mempunyai tunang. Itu yang dia pelik sangat bila Anggerik mengatakan sudi berkahwin dengan Ahqaf. Namun setelah diselidik barulah dia mengetahui cerita yang sebenar.
“Anggerik. Kamu betul nekad dengan pilihan kamu kali ini?” Pada si anak Zaini bertanya.
Lambat-lambat Anggerik mengangguk. Mata mencari seraut wajah milik Ahqaf. Dilihatnya lelaki itu bermain kening dengannya. Dan dia perasan yang ibu jari lelaki itu menunjukkan tanda bagus.
“Tak menyesal?” Soal Zaini lagi.
Sekali lagi Anggerik mengangguk tanpa suara. Kemudian kepala kembali menekur lantai. Dia akan lagi menyesal kalau tidak ikut kemahuan Ahqaf. Cukuplah sekali dia sudah memalukan keluargnya. Kali ini dia tidak mahu memalukan mereka lagi.
Kalau dia berkeras menolak. Dia memang akan menempah bala untuk menjadi anak derhaka. Pasti Abah dan Ibu tidak akan memaafkannya.
“Saya dan Anggerik memang saling memerlukan pak cik. Anggerik memang sangat...sayangkan saya.” Kata Ahqaf menyelit di antara perbualan Anggerik dan Zaini. Sengaja dia menekankan perkataan sangat. Senyuman bermakna dia ukirkan.
“Pak cik faham perasaan orang muda ni.” Zaini ketawa kecil. Tidak tahu kenapa dia merasakan yang anak teruna Datuk Rizky ini lucu orangnya. Terlalu berterus terang. Susah untuk jumpa orang muda yang berani pada zaman sekarang ini.
“Itulah. Kalau abang izinkan. Kami akan datang secepat mungkin untuk proses seterusnya.” Tutur Rizky pula.
Anggerik ketap bibir. Sekali lagi matanya degil dan menderhaka. Ahqaf sekali lagi dijeling dengan ekor mata. Makin kuat dia mengetap bibir apabila melihat cara duduk Ahqaf. Bukan main terkepit. Kut yer pun nak berlakon. Tak perlu la nak duduk macam itu. Doktor Maira pun tak duduk sesopan itu.
“Saya nak kahwin dengan Anggerik cepat. Saya lelaki sejati. Memang pantang kalau duduk berdua dengan perempuan cantik ni. Nanti takut tak sempat tekan brek.” Selamba Ahqaf menyampuk. Muka juga langsung tidak beriak. Jari naik menyeka peluh yang mula merenik di pelipis. Rimas!
“Tak sempat tekan brek. Menjunam la kamu ke neraka.” Zaaini juga menjawab selamba.
Ahqaf ukir senyum cantik. Terkena! Boleh tahan juga ayah Anggerik ni. Ini geng Rizky Dhan ke dulu?
“Along. Behave.” Terjegil Maira ke arah Ahqaf.
“Anak awak tu dah renew insurans mulut ke belum?” Perlahan Rizky bertutur ke telinga Maira.
Nasib baik si anak duduk jauh. Kalau dekat memang dia dah jentik telinga tu. Buat jatuhkan maruah dia saja.
“Bersemangat betul yer anak kamu ni.” Kata Zaini kepada Rizky. Isterinya di sebelah sudah tersenyum-senyum.
“Banyak sangat minum Vitagen dulu. Itu yang terlebih aktif.” Jawab Rizky dengan nada gurauan.
Anggerik sudah jegilkan mata ke arah Ahqaf. Bibirnya juga sudah terherot-herot. Macam ini nak jadi calon suami dia? Sungguhlah tak senonoh.
“Haa.. Cuba tengok cara anak pak cik tu pandang saya. Sampai terbeliak biji mata. Saya tahu. Dia pun sebenarnya lagi tak sabar nak kahwin dengan saya.”
Keras Anggerik di tempat duduknya apabila semua mata memandang ke arahnya. Hantu punya Umar Ahqaf! Belum jadi suami dah tekanan kuasa dua. Rasanya dia boleh pendek umur kalau selalu dekat dengan lelaki gurun sahara seorang ini.
“Anggerik?” Soal Zaini. Memang dia pun perasan mata Anggerik membulat tadi. Tak sangka pula dia yang anaknya gatal sama naik dengan lelaki berkenaan.
“Err. Mana ada, abah.” Kalut Anggerik menafikan.
“Orang cakap. Kalau tak.. Itu maksudnya ya. Ha.. Betulkan pak cik?” Ahqaf menyoal.
Zaini memandang isterinya yang sedari tadi diam tidak menyampuk. Memang begitulah sikap isterinya. Lebih suka mendengar dan hanya bercakap apabila perlu sahaja.
“Emm.. Betullah tu.” Zaini angguk setelah melihat senyuman dari si isteri.
“Ha! Kira jadilah. Minggu depan saya nak jadi suami Anggerik. 50 ribu yer pak cik? Kira jadi kan?”
Kali ini semua yang berada di situ sudah melopang. Anggerik sudah terbeliak biji mata. Ahqaf ni tengah buat urus niaga jual beli ke?
Rizky sudah menyapu dahi. Si anak memang suka buat keadaan huru hara.
Maira pula sudah mengigit bibir sendiri. Anak dia ingat Anggerik ayam goreng ke boleh letak harga sesuka hati.
Manakala Zaini dan Hasiah sudah rasa nak tersedak. 50 ribu? Biar betul!