TERKEBIL-KEBIL
Maira memandang
ke sekeliling kelas yang kosong. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas.
“Baru
pukul sebelas. Mana budak-budak ni, dah sehati sejiwa ke, ponteng
beramai-ramai?” omel Maira sendirian. Mentang-mentanglah lagi dua hari dia akan
tamat mengajar. Berani mereka tidak datang ke kelas!
“Surprise!!!”
Baru
kaki ingin melangkah pergi, tiba-tiba muncul kesemua pelajarnya di muka pintu.
Maira menutup mulut tidak percaya dengan apa yang dilihat. Para pelajarnya
membuat sambutan majlis perpisahan untuk dirinya. Waaa... terharunya...
“Cikgu,
janganlah buat muka macam tu. Kami sengaja nak buat kejutan untuk cikgu.”
Ayuni
yang memegang kek terlebih dahulu masuk ke dalam kelas. Meletakkan kek di atas
meja di tengah-tengah kelas. Diikuti pelajarnya yang lain dengan membawa
beberapa beg plastik makanan.
“Cikgu,
cepatlah. Potong kek ni...” Dini menarik legannya supaya menghampiri kesemua
pelajar yang telah berdiri membuat bulatan mengelilingi meja yang penuh berisi
makanan.
Maira
hanya mengikut dan memotong kek setelah mengambil pisau dari tangan Kit. Dada
terasa semakin sempit. Kenapa tiba-tiba dia rasa sedih?
“Cikgu,
janganlah buat muka macam tu. Hari ini, kami nak raikan cikgu. Tanda terima
kasih kami kepada cikgu sebab jadi guru kelas kami yang paling meletopsss...”
Maira
mengukir senyuman. Tidak mahu menghampakan hati para pelajarnya yang sudah
bersusah payah seperti itu. Dia cuma menjadi guru kepada mereka tidak sampai
sebulan. Tetapi mereka sudah menghargainya seperti ini.
“Terima
kasih... Cikgu cuma terkejut. Cikgu masih ada sehari lagi. Tapi tak sangka kamu
semua macam dah tak sabar nak cikgu pergi. Cepat sangat buat majlis
perpisahan.”
“Kalau
buat esok, dah lain. Tak sama dengan feel yang kita rasa hari ini.
Lagipun, takut esok cikgu tak sanggup nak tinggalkan kami yang super cute ni...
Betul tak?” soal Sara.
“Betul!”
Gamat suasana kelas Enam Atas Ibnu Sina dengan jeritan kesemua penghuninya.
Meriah!
“Okey...
yang ini untuk cikgu. Special untuk cikgu.”
Maira
menyambut huluran yang diberikan oleh Izuan. Sebuah kotak sederhana besar yang
dibalut kemas.
“Apa
ni?” soal Maira sambil cuba menggocang-goncangkan kotak tersebut.
“Adalah...
Nanti balik baru cikgu buka tau. Hadiah tu tanda trademark cikgu kami
yang seksi lagi seksa...”
Seisi
kelas ketawa dengan kata-kata yang dituturkan oleh Kit. Amboiii, Kit... pandai
juga ya...
“Thanks...
Cikgu mesti akan rindukan kamu semua.” Dada sudah semakin sebak. Ayah... boleh
tak kalau Maira nak terus aje jadi guru kelas Enam Atas Ibnu sina??
“Almost
welcome. Tapi kami mesti akan lagi rindukan cikgu. Lepas ni... tak dapatlah
lagi nak hidu bau perfume Burberry Summer. Bau yang memenuhi ruang
kelas...”
Maira
ketawa juga dalam menahan sebak di dada apabila mendengar kata-kata Diana.
“Eh
cikgu, makanlah. Jom-jom kita start to the party!!! Yahooo!!!”
jerit Dini menceriakan suasana.
Maira
hanya ketawa kecil, kelakar pula melihat masing-masing yang macam begitu gian
nak berparti.
Namun
tidak bagi Maira. Bibir sahaja yang menguntumkan senyuman. Namun mata melilau
mencari kelibat seseorang.
“Gun
tak ada...” Muncul Dini di sebelahnya. Seperti memahami apa yang sedang
berlegar di kepalanya.
“Dia
ke mana?”
Soalan
Maira dibiarkan sepi oleh Dini. Mata memandang pula ke arah Kit yang berada
tidak jauh darinya. Kit yang juga seperti mengerti maksud pandangannya hanya
menjongketkan bahu.
Pandangan
kembali ke arah Dini yang begitu berselera memasukkan piza ke dalam mulut.
Nampak langsung tidak kisah dengan ketiadaan Gun. Seperti langsung tidak
terkesan dengan apa yang terjadi semalam. Masih dia ingat bagaimana teruknya
lebam di bahagian rusuk kiri Dini akibat dipukul. Tetapi hari ini Dini sudah
boleh bergembira. Semalam teruk dia dibebel oleh Gun kerana telah meniduri
isteri orang. Dini, perangai tidak habis-habis nak merosakkan perempuan.
Nasib
baik hanya dipukul dan sempat dihalang oleh Kit. Jika tidak, sudah tentu anu
dia tu sudah kena potong. Gun la yang paling risau. Ke hulu ke hilir mengambil
segala jenis ubat. Dia jugalah yang menyapu ubat dan mengelap badan Dini.
Sayang
sungguh Gun kepada Dini. Atau, memang Gun memang penyayang orangnya. Mungkin
sikapnya itu atas berkat ajaran umi yang mengajar mereka supaya menyayangi
orang yang menyenangkan hati mereka. Adakah dia juga akan turut tersenarai
dalam orang-orang yang menyenangkan hati mereka? Alangkah bahagianya jika dia
turut merasa kasih sayang mereka.
GUN!!!
jerit
Maira dalam hati apabila ternampak kereta yang cukup dikenali elok terparkir di
sebelah Miss Polonya. Mata melilau mencari tuan punya kereta.
“Awakkk...”
Tiba-tiba aje keluar suara manja apabila ternampak kelibat Gun di hujung petak
parkir.
Jantung
berdegup tidak sekata. Berdetak kuat menghentam dadanya. Sesak dan sempit.
Melihat Gun yang melangkah penuh bergaya ke arahnya, dengan pandangan mata yang
menembak tepat ke dasar hatinya. Pandangan yang membunuhnya. Tangan yang
sesekali naik meraup rambut ke belakang. Manakala tangan kanan tersimpan kemas
di dalam poket jaket kulit coklat gelap yang selalu dipakainya. Bibir terbelah
itu sedikit menyenget. Menandakan Gun sedang menahan senyum.
“Tahu
la rindu. Tapi beg LV tu rasa-rasanya penting juga, kan...”
“Huh?”
Pandangan tepat memanah mata milik Gun yang sudah berdiri tegak di hadapannya.
Mata hitam berkilat itu kelihatan seperti tersenyum indah kepadanya.
“Hisss...
Dia ni...”
Gun
menyambar beg tangan LV warna merah berkilat di tangannya yang hampir jatuh ke
tanah. Mencapai tangannya dan kembali menyarungkan beg tersebut di pangkal
bahu.
“Errr...
Ha... Thanks. Emmm, jom?”
“Jom?
Ke mana?” Hampir bercantum kening Gun mendengar pertanyaan Maira.
“Jom?
Jom apa...”
“Eh,
kau yang cakap jom tadi. Jom ke mana?” Kali ini Gun memasukkan kedua-dua belah
tangannya ke dalam poket jaket. Bersandar santai di bonet kereta Miss Polonya.
“Huh?
Ya ke... Errr... entah!” Relaks, Maira. Macam manalah dia boleh
tersasul. Melihat Gun yang masih statik memandang ke arahnya, makin membuatkan
lidah menjadi keras. Hati melantun tidak sekata.
“Emmm
kenapa ni...”
Cair!
Cairrr!!! Dengar suara lembut merdu Gun seperti itu membuatkan Maira semakin
rasa nak meleleh cair. Aura gedik dah sampai ni...
“Gun...
Kenapa awak tak ada tadi? Sampai hati...”
Suara
meleret manja Maira tiba-tiba aje keluar. Gun pula hanya tersenyum kecil.
“Dah.
Jom...”
“Ke
mana?”
“Kalau
nak tahu, jomlah.” Gun membukakan pintu kereta. Maira tersenyum. Wah... Gun pun
pandai gentleman.
“Lain
kali nak ajak saya keluar, bawalah salah satu kereta mewah yang bersusun kat
rumah awak tu. Ini tak. Kereta berhias ni juga awak bawa hari-hari.” Mulut membebel
tapi kaki tetap melangkah masuk ke dalam kereta.
“Ini
aje yang mampu...”
“Eleh...
ayat minta simpatilah kononnya...” Maira menjuihkan bibir kepada Gun yang sudah
duduk di tempat pemandu. Menghidupkan enjin dan bergerak meninggalkan
pekarangan sekolah.
“Betul
apa? Dah ini aje yang aku mampu. Lagipun, smart apa kereta ni? Baru
gempak.”
“Habis
tu, kereta banyak-banyak kat rumah awak tu kereta siapa?”
“Itu
kereta main-main aje. Kereta plastik.”
“Huh?
Biar betul awak ni... Tipulah. Ingat saya ni budak sekolah ke nak tipu? Awak
yalah, budak sekolah...”
“Eh,
mengata kita nampak? Aku campak kat tepi jalan ni karang nak?”
“Mengugut
nampak... Eleh, kita tak takut. Kita boleh call tunang kita...”
“Berlagaknya
dia... Kita buat betul-betul baru tahu...”
“Kita
tahu... dia tu takkan sampai hati nak buat kita macam tu. Kita kan perempuan
pencuri hati. Mesti hati dia pun dah kena curi tu...”
“Wah,
perasannya dia... Sebelum dia sempat, kita dulu akan curi hati dia tau...”
“Kita
rela...”
Akhirnya
tercetus ketawa Gun dan Maira dengan kata-kata mereka sendiri. Kita... dia... sweet
pula Maira rasa... Hikhik...
“Betul
ni rela?” soal Gun setelah tawa reda. Mungkin inilah sisi sebenar Gun. Seorang
yang sangat menyenangkan hati. Walaupun kadang-kadang kena juga tembak dengan
ayat pedas Gun, tapi tetap Maira rasa bahagia menyelinap masuk memenuhi ruang
hatinya.
“Tak
mahulah. Tak rela saya nak kena tembak hari-hari dengan awak nanti...”
“Tahu
takut... Gaya hebat sangat.”
Maira
hanya tersenyum lebar. Ini bukan takut, tapi tak tak yakin dengan hati sendiri.
Fatah masih tetap nombor satu.
Suasana
kembali tenang, hanya sesekali kedengaran suara Gun mengikut rentak lagu dari
VCD yang terpasang. Kebanyakannya lagu daripada kumpulan Cake. Memang peminat
Cake agaknya. Nada dering telefon bimbit Gun juga lagu daripada kumpulan Cake.
“Dengar
lagu ni. Khas untuk kau...” Suara Gun mematikan perhatian Maira yang sedang
asyik memandang jemari Gun yang terletak di gear kereta. Panjang dan runcing.
Dah gaya tangan perempuan.
I want a girl with a
mind like a diamond,
I want a girl who knows
what’s best,
I want a girl with
shoes that cut,
And the eyes that burn
like cigarettes...
Mendengar
bait-bait lagu berkenaan membuatkan Maira menjongketkan kening. Memandang ke
arah Gun yang masih tenang memandu. Kalau tadi sibuk nak jadi penyanyi latar,
kali ini senyap terus. Seolah-olah khusyuk sangat dengar lagu yang sedang
rancak dimainkan.
“Kenapa
khas untuk saya?”
“Sebab...
Emmm, lagu ni memang kena dengan awak,” jawab Gun ringkas. Langsung
tidak mengalih pandang ke arahnya.
I want a girl with a
short skirt,
And long... long
jacket...
Sepantas
kilat Maira menarik skirt yang agak longgar menutupi bahagian lutut. Tetapi
hanya sia-sia. Akhirnya beg LV yang menjadi mangsa menutup bahagian lututnya.
Dari ekor matanya dia tahu yang Gun sedang menahan senyum.
“Apa?
Kalau nak gelak tu gelak aje la. Nak tahan-tahan pula. Macam saya tak tahu...”
Jerkah Maira sebaik sahaja lagu tersebut tamat.
Berderai
kuat ketawa Gun. Heiii Gun ni... pantang bagi. Bersungguh dia ketawa, macam tak
pernah ketawa setahun.
“Huh.
Ketawa la... Ha ketawa banyak-banyak. Biar sampai tercekik anak tekak tu.” Lagu
khas untuk dia konon. Padahal nak perli.
“Mana
ada. Kau aje yang cepat sangat terasa. Cuba la bila nampak aje muka aku ni
jangan asyik nak fikir yang aku tembak kau aje. Sebab itulah kau rasa macam
tu...”
“Habis
tu nak aku rasa macam mana lagi? Dah la tak best!”
“Dengar
baik-baik. Dengar melalui hati seorang perempuan. Dengar dan bayangkan aku yang
nyanyi lagu ni...” Lembut Gun melirik ke arahnya.
Maira
terdiam. Mungkin dia yang fikir bukan-bukan. Yalah... cuba pandang Gun dari
sudut lain. Kalau asyik fikir Gun nak menembak aje, memanglah tak rasa apa-apa.
“Kenapa
tak datang tadi? Dia orang semua buat majlis perpisahan untuk saya. Semua orang
ada. Kecuali awak. Nampak sangat awak langsung tak kisah...” Sengaja Maira
mengubah topik perbualan.
“Aku
tak ada, tak bermaksud aku tak ambil peduli. Aku tak raikan perpisahan.
Perpisahan bukan untuk diraikan. Bagi aku, sesiapa pun yang dah hadir dalam
hidup aku, dia tetap akan ada dalam hidup aku sampai bila-bila. Tak ada istilah
perpisahan.”
Akhirnya
Gun memberhentikan kereta di Tasik Putrajaya. Keluar dan bergerak ke tepi
tasik. Memandang ke arah langit yang membiru. Maira turut keluar dan berdiri di
sebelah Gun. Sama-sama mendongak ke atas.
“Tapi
saya memang akan pergi juga... Esok hari terakhir saya,” tutur Maira perlahan.
Entah kenapa seperti tidak sanggup untuk menyebut hari terakhir.
“Emmm.
Okey...” Angguk Gun beberapa kali sambil masih memejamkan mata.
“Okey
aje? Awak macam tak sedih pun.” Maira sudah mula rasa nak gigit telinga orang.
Kenapa Gun ni tak ada perasaan? Tak rasa ke sedih atau berat hati macam apa
yang dia rasa?
“Sedih
buat apa? Lagi bagus... Tak adalah lagi perempuan perasan cantik yang
menyusahkan aku.” Gun menoleh ke arahnya sekilas sebelum kembali membuang
pandang ke arah tasik.
“Mulalah
tu. Eee, benci! Pantang ada peluru. Menembak tak tentu hala.” Maira
menghentak-hentakkan kakinya.
“Flight
bila?”
“Huh?”
soal Maira blur. Betul ke Gun yang tanya dia macam tu?
“Flight...
Bila...” tekan Gun satu persatu. Siap jegilkan mata lagi. Comel.
“Errr...
lusa. Sabtu ni. Pukul lapan pagi. Semua dah siap... Tak sabarnya nak pergi.
Moscow! Yohooo... wait for me!!!” pekik Maira keriangan. Ini
sengaja buat gembira atau memang betul gembira.
“I’ll
be waiting for you... right here.”
Maira
mengukir senyuman lebar. Kenapa dia rasa macam ayat Gun tu macam tak sampai
hati nak lepaskan dia pergi. Cewah... Maira, Fatah nak letak mana?
“Nanti
datang la airport. Ajak Fetty sekali.”
“Tengoklah.
Insya-Allah...”
“Eh,
awak cakap insya-Allah...”
“Kenapa
pula? Salah ke... Kau yang cakap kan, kalau kita tak yakin boleh tunaikan atau
tak, kita perlu guna insya-Allah? Aku salah sebut ke?”
“Eh
tak ada la...” Maira merenung sisi wajah Gun yang kembali merenung tasik di
hadapannya. Rambut serabainya sesekali ditiup angin.
“Jom.
Aku nak bawa kau pergi satu tempat.”
Tanpa
bantahan Maira hanya mengikut sahaja langkah Gun yang sudah melompat masuk ke
dalam kereta.
“Mana
hadiah saya?” soal Maira setelah kereta memasuki lebuh raya.
“Hadiah
apa?”
“Hadiah
sebagai tanda terima kasih la... Sebab saya jadi guru awak, untuk sebulan.
Semua orang bagi, awak aje belum.” Maira menadah tangannya.
“Tak
malunya. Sebulan pun nak berkira. Habis tu, hadiah aku pula mana? Sebab jadi
anak murid kau yang paling baik selama sebulan?” Gun menepis tangannya.
“Nak
juga ke... Emmm. Okey, kejap.”
Murid
paling baik konon. Maira menyelongkar ke dalam beg tangannya. Setelah menjumpai
apa yang dicari, dia tersenyum puas. Mencalitkan lipstik merah hati ke bibir.
Gun hanya mengerutkan dahi melihat kelakuan Maira.
Cuppp!
Maira melekatkan bibirnya ke atas cermin pandang belakang kereta naga berkenaan.
Setelah agak pasti bentuk bibirnya sudah terbentuk cantik di atas cermin, Maira
melepaskan bibir. Melirik ke arah Gun dengan senyuman menggoda. Gun hanya
menjongketkan kening.
“Hadiah
khas untuk murid yang paling baik.”
“Suka
hati kau aje. Habis la kotor cermin kereta aku tu. Ingat bentuk bibir kau tu
mahal macam Angelina Jolie ke...”
“Haippp!”
Maira menepis tangan Gun yang ingin mencapai tisu.
“Ini
sebagai tanda ingatan awak dekat saya. Setiap kali awak tengok cermin ni untuk
menilai kekacakan awak, awak akan ingat pada kecantikan saya.”
“Ingat
aku macam kau ke? Kau yalah, perasan.”
“Eh,
bukan kita sama ke... Pencuri hati... dan pencuri nyawa...”
“Gila...”
Akhirnya Gun hanya ketawa kecil. Bibir yang terbelah itu kelihatan semakin
menawan. Bulu mata lebatnya ikut terkelip-kelip setiap kali Gun mengelipkan
mata.
“Okey,
hadiah awak dah dapat. Mana hadiah saya?”
“Bila
aku janji nak bagi? Tak malu betul minta-minta.”
“Kedekut.
Jahat. Menyampah!” Maira memeluk tubuh. Sengaja buat merajuk. Nak tunggu orang
tu pujuk.
“Menyampah
pejam la mata, jangan tengok aku.”
“Eee,
benci tau dia ni! Nak pergi mana ni...”
“Kan
dah janji nak belanja kau makan, sebab jumpakan rantai ni.” Gun menarik keluar
rantai yang tergantung di lehernya keluar dari T-shirt yang dipakai.
Entah kenapa dia rasa macam Gun nampak begitu hot.
“Nak!
Nak!” Maira kelihatan teruja.
Maira
tersenyum puas. Ditembak sebanyak mana pun, dia tetap tak takut. Seolah-olah
sudah gian mahu ditembak ayat bernaga Gun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan