Ahad, 14 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 10


Terbuntang biji mata Anggerik sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Ahqaf. Bilik yang dahulunya menyerupai gaya ahli perniagaan kini sudah bertukar. Berubah menjadi seperti sebuah bilik ahli muzik. Tidak cukup dengan itu. Bilik yang dahulunya sunyi sepi kini sudah bertukar seperti pasar raya.
“Bos.” Panggil Anggerik pada Ahqaf yang sedang membelakanginya.
Namun lelaki itu masih beku. Sibuk di dalam dunianya sendiri. Terhanguk-hanguk dan tergeleng-geleng.
“Bos!” Kali ini Anggerik menjerit lebih kuat. Cuba melawan bunyi muzik yang membingitkan telinga.
Melihat Ahqaf yang masih diam tak beriak. Anggerik membuka langkah. Geram apabila panggilannya langsung tidak didengari. Malahan bosnya itu makin galak terhanguk dan tergeleng. Macam orang tengah bersewang.
“Bos!” Tangan Anggerik menepuk bahu Ahqaf. Panggil dua tiga kali pun buat pekak.
Ahqaf yang sedang melayan lagu Last Friday Night terkejut. Nasib tak gugur jantung dia apabila tiba-tiba disergah begitu. Ingatkan tadi Rizky Dhan. Namun apabila melihat wajah Anggerik yang menyapa. Automatik perasaan geram berkunjung.
Tangan naik memeluk bahu Anggerik. Ditarik rapat ke arahnya.
“Ini padahnya kalau tangan tu suka sangat naik dekat aku.” Bisiknya ke telinga Anggerik yang beralas tudung. Sebelum cik assistant dia ni buka mulut. Baik dia cakap dulu. Tahu sangat dah apa yang akan keluar dari mulut Anggerik.
“Nak buat lagi ke tidak?” Soal Ahqaf lagi apabila melihat Anggerik hanya diam. Hanya mata itu sahaja yang sedang membulat ke arahnya.
Sengaja dia rapatkan lagi tubuhnya dengan Anggerik. Haruman yang terbit dari tudung Anggerik juga begitu jelas di hidungnya.
Anggerik geleng lambat-lambat. Badan keras kejung. Terkebil-kebil matanya melihat tangan Ahqaf yang bersidai elok di bahunya. Suara lelaki itu yang berbisik lembut di telingannya juga dirasakan begitu sinis. Takut untuk melawan. Silap hari bulan Ahqaf bertindak lebih teruk dari ini.
“Good. Jadi perempuan tangan tu jangan nak cepat singgah atas aku. Aku tak suka.”
Suara Ahqaf antara dengar dan tidak di telinga Anggerik. Tadi berbisik betul-betul di telinga dia. Memang la dengar. Sekarang bila lelaki itu bersuara biasa-biasa. Memang tak akan mampu terlawan bunyi muzik yang membingitkan telinga itu.
“Okey tak bunyi dia?” Soal Ahqaf sebaik sahaja menurunkan sedikit kadar volume.
Wajah selamba Ahqaf dipandang dengan perasaan berbuku. Dah buat dia macam nak putus nafas. Tapi sekarang lelaki tersebut boleh tayang muka tak bersalah. Seolah tiada apa yang berlaku tadi.
“Hmm. Okey...” Takkan la nak cakap tak okey pula. Memang okey sangat bunyinya. Sampai bergegar gegendang telinga dia.
“Ini barulah dinamakan keseronokkan. Tak la sunyi jer. Kerja pun jadi stress kalau senyap.” Ahqaf ambil tempat di atas cleopatra disudut bilik. Kaki dilunjurkan dengan senyuman lebar.
“Datuk nak jumpa.” Bagitahu Anggerik tanpa mempedulikan muka bahagia Ahqaf. Keseronokkan konon. Itu saja la yang lelaki ini tahu.
“Jumpa siapa?” Sengaja Ahqaf menyoal. Sengaja buat tak tahu.
“Bos la.” Bagitahu Anggerik malas. Dengar saja nama Datuk Rizky. Hilang terus senyuman lebar Ahqaf tadi.
“Ah! Malas aku. Kau pergi. Wakilkan aku.” Sengaja Ahqaf pejamkan mata. Buat tak reti. Malas betul dia nak menghadap papanya itu. Tahu nak memancas dia saja.
“Pula! Mana boleh. Datuk kata dia nak jumpa bos. Ada hal penting.”
“Masalah negara ke? Masalah dunia?”
“Dua-dua kut.”
Ambik! Nak sangat loyar buruk dengan dia kan. Jelingan Ahqaf dia buat tak nampak. Macam mana cara pun dia kena juga bawa bos dia ni jumpa dengan Datuk Rizky.
“Oh! Nanti la. Sekejap lagi.”
“Sekarang. Kalau tidak Datuk kata dia yang akan datang ke sini.” Dengan budak degil ni memang ini saja caranya. Kena berkeras. Kalau tidak memang tak akan jalan.
“Hesy! Kau ni mesti belajar mengugut dari papa aku tu kan.”
“Tidak, bos. Saya hanya menjalankan arahan.” Senyuman kecil Anggerik tarik. Dia pula yang dikatakan belajar mengugut. Diri sendiri yang kuat mengugut tak sedar.
“Kau ikut sekali. Kalau tidak aku tak nak pergi.” Ahqaf bangun. Tali leher yang dilemparkan ke atas meja sebentar tadi dia ambil. Dililit ala kadar ke lehernya. Janji pakai. Tak payah nak kemas sangat.
Akur dengan permintaan Ahqaf. Langkah diatur mengerkori langkah kasar lelaki itu. Memang kuat protes betul. Paling tak menahan apabila selamba saja Ahqaf mengeluarkan rokok. Ini nanti memang ada yang kena bambu.
Pappp!
Tanpa salam. Tanpa ketukan. Terus sahaja Ahqaf menolak pintu bilik yang tertera nama Rizky Dhan Bin Abdullah itu. Anggerik di belakang sudah melopong. Selamba masuk bilik Ketua Pengarah dengan gaya seperti itu.
Paling membuatkannya segan apabila empat pasang mata di dalam bilik itu semua terarah kepada mereka berdua. Tertunduk kepala Anggerik memandang kaki sendiri. Tapi Ahqaf pula selamba berjalan dengan rokok dibibir. Kemudian lelaki itu dengan muka tanpa riak mengambil tempat betul-betul di sebelah Ketua Unit Kewangan.
“Umar Ahqaf!” Suara Rizky tertahan. Sungguh dia tidak tahan melihat perilaku si anak.
Wajah serba salah Anggerik dipandang. Dengan isyarat mata dia mengarahkan supaya gadis itu duduk. Pelik memang la tersangat pelik apabila melihat Anggerik hadir sama. Namun dia sendiri boleh agak apa yang menyebabkan gadis bertudung litup itu turut serta.
“Bilik ini dilarang merokok. Sila padamkan sekarang.” Arah Rizky dengan suara yang masih rendah. Takkan la dia nak menjerit-jerit di hadapan kakitangan yang lain. Itu bukan caranya.
“Bos. Rokok tu...” Anggerik cuit-cuit sedikit hujung kasut Ahqaf. Boleh pula bos dia ni buat tak dengar.
“Sila. Padamkan. Sekarang.” Satu persatu Rizky sebut dan sengaja menekannya. Biar lebih jelas.
“Bos!” Kali ini Anggerik sudah bersuara sedikit kuat. Malu apabila kakitangan lain yang berada di dalam bilik itu memandang Ahqaf. Nampak sangat la bos dia ni tak faham bahasa. Tak reti hormat tetamu.
“Yeahh! I know. Huh!” Rokok di bibir Ahqaf jatuhkan. Landing elok di atas karpet berbulu tebal di hujung kaki. Berkepul-kepul asap memenuhi ruangan itu.
“Aqaf...” Meleret sebutan Rizky memanggil si anak. Memang sengaja mahu mencabar dia.
Ahqaf pijak puntung rokok tersebut dengan hujung kasut. Hilang sahaja asap dari puntung rokok tersebut. Bahu diangkat berserta bibir yang tersungging tinggi ke arah Rizky. Okey! Sekarang asap dah hilang. Itu yang cuba dia sampaikan kepada si ayah dihujung sana.
Rizky mengucap panjang di dalam hati. Cuba mengumpul seberapa banyak kesabaran di dalam diri. Kalau hilang sabar. Memang dia boleh naik angin.
“Ini mesyuarat budget. Kenapa Aqaf bawa Anggerik bersama?”
Soalan Rizky mengundang senyuman nakal dibibir Ahqaf. Wajah Anggerik dipandang sekilas.
“She’s mine. So, ikut suka Aqaf la.” Kali ini wajah Rizky dipandang dengan senyuman mengena.
Rizky tarik senyum juga. Sedaya upaya wajah tenang dia pamerkan. Jika si anak anggap dia boleh dimainkan. Si anak silap. Dia akan ikut rentak yang cuba dimainkan. Tanpa memperdulikan rasa geram yang bertandang. Perbincangan tersebut tetap diteruskan. Walaupun Ahqaf buat tak dengar. Sibuk dengan telefon di tangan. Namun sekurangnya dia tahu yang Anggerik ada.
Kalau dia berkasar dan memaksa. Memang anak terunanya itu akan makin liar. Bukan mudah untuk membentuk kembali rebung yang sudah jadi buluh. Jadi dia juga harus punya strategi yang betul.
“Aqaf. Wait here...” Pinta Rizky sebaik sahaja selesai perbincangan. Dilihatnya si anak sudah berkira-kira untuk bangun.
Hampir 45 minit perbincangan berlangsung. Memang si anak langsung tidak ambil perhatian. Entah apa yang dibuatnya pun tak tahu la. Dari duduk tegak. Lama-lama sudah tersandar macam orang baru lepas buat kerja bina bangunan.
“For what’s?”
“Duduk!” Kali ini suara tegas Rizky sudah kedengaran.
Ahqaf buat muka menyampah. Namun arahan si ayah tetap juga dia turutkan.
“Anggerik boleh duduk sana.” Arah Rizky pada Anggerik. Faham yang Ahqaf memang mahukan Anggerik ada bersama. She mine kononnya!
Anggerik akur dan perlahan-lahan mengambil tempat di kerusi kayu yang berada betul-betul di tepi pintu masuk.
“Tahu apa salah Along sekarang?” Soal Rizky sebagai pemulaan ayat. Hilang terus protokolnya sebagai Ketua Pengarah.
“Tak.”
“First! Look’s at you. Berserabai. Lengan baju tak berbutang. Tali leher tak kemas. Rambut macam tak bersikat. Merokok di dalam kawasan pejabat. What’s wrong with you? Ini bukannya club!” Si anak dipandang dari atas sehingga ke hujung kaki. Kepala digeleng. Kesal. Sungguh dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia buat lagi dengan anak sulungnya itu.
“Apa masalah papa? Along dah ikut cakap papa. Papa suruh Along balik sini. Now, Along dah balik. Papa suruh Along kerja. Sekarang Along dah kerja. Apa lagi yang tak kena?” Tidak mahu kalah. Si ayah juga Ahqaf pandang atas bawah.
Siapa yang tidak kenal Rizky Dhan. Usahawan emas permata yang berjaya. Tapi bukan itu yang dia banggakan. Dia cuma mahu hidup bebas. Bukannya hidup di dalam pantang larang yang entah apa-apa.
“Memamg Along ikut apa yang papa mahukan. Tapi ini office. Ada rules!”
“Huh!”
Meledak ketawa Ahqaf.  Ketawa yang sengaja dibuat-buat.
“Rules?! Boleh jalan dengan segala rules papa tu.” Dalam ketawa panjangnya. Ahqaf menuturkan ayat.
Anggerik di tepi pintu sudah kecut perut. Ini kalau ada adegan tumbuk menumbuk. Memang dia terus berlari keluar. Jangan harap dia nak tolong. Tapi kalau dilihat dari cara Ahqaf. Memang layak makan penumbuk pun. Mulut layak kena tenyeh cili padi.
“Along listen. Papa tak berminat nak bergaduh dengan Along. So, please behave.” Sehabis mungkin Rizky cuba bersikap rasional. Tidak mahu mengeruhkan keadaan. Sudahlah si isteri tiada di sisi untuk menenangkannya.
“Ingat Along berminat sangat ke nak bergaduh dengan orang tua. Papa tu yang perangai macam budak-budak.” Pandangan tajam Ahqaf hadiahkan kepada si ayah.
“It’s you! Along yang macam budak-budak. Tak tahu mana yang elok dan tak. Along jangan ingat papa tak tahu apa kegiatan Along.”
“I’m not!”
Rizky meraup wajah berkali-kali. Selawat sentiasa meniti dibibirnya. Takut jika tidak dapat mengawal perasaan. Kenapalah anak bujang dia ni menyakitkan hati sangat.
“Along. Papa nak Along berhenti dari ambik segala pil yang mengarut tu. Along sendiri tahukan apa akibatnya.” Nasihat Rizky lembut.
“Wohoo... Oh, please! Jadi stalkers pula ke sekarang ni. What’s the funny...” Sekali lagi gelak sinis Ahqaf kedengaran.
Kalau tadi Anggerik kecut perut namun kini telingannya tegak berdiri. Pil? Pil apa?
“Papa nak Along stop buat perangai pergaulan bebas tu. Angkut perempuan sesuka hati buat macam anak kucing.”
“I do! Along dah tak ada keluar dengan mana-mana perempuan.”
“Stop clubbing.”
“No!”
“Yes! You have to do it.”
Kali ini suara Rizky melengking tinggi. Bangun berdiri menghadap Ahqaf. Kalau tak melawan memang bukan Umar Ahqaf namanya.
“Along tahu uruskan hidup sendiri. Along tak perlukan papa untuk tentukan apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh.” Bantah Ahqaf masih berdegil.
“I’m yours father. Papa berhak.”
Ahqaf diam. Hanya matanya sahaja yang menikam pandangan mata milik Rizky. Ikutkan hati memang dia nak lari balik Ireland. Tapi Grandma dia disana sendiri pun sudah keluarkan perintah. Jangan balik ke sana sebelum cukup masa enam bulan. Kalau dia balik juga Grandma akan anggap dia tidak sayangkan dirinya lagi.
Dia kalah dengan ugutan itu. Grandma adalah segalanya bagi dia. Tidak mungkin dia akan menyakiti hati wanita itu. Jika bukan kerana Grandma rasanya memang sudah lama dia angkat kaki.
“Along perlukan hiburan juga papa. Janganlah kolot sangat.” Kali ini suaranya sudah dikendurkan. Tak apa. Untuk enam bulan ini dia akan cuba bertahan.
“Hiburan? Tak cukup lagi ke dengan sounds system yang dah bergegar dalam office Along tu. Nak hiburan macam mana lagi?” Kali ini tangan Rizky sudah naik bercekak pinggang. Kecil besar sahaja Ahqaf di hadapan matanya sekarang ini.
“Itu lain. Anggerik pun suka.”
Pula!
Anggerik telan liur apabila melihat pandangan tajam Rizky kini sudah beralih ke arahnya. Bila masa dia kata suka? Tidak. Ahqaf dah burukkan nama dia.
“Okey. Kali ini papa beri kelepasan. Tapi make sure yang semua kerja clear. Papa tak nak ada sebarang masalah. Hiburan boleh. Tapi kerja kena tip top.” Pesan Rizky sambil memandang Ahqaf dan Anggerik silih berganti.
“Okey. No problems. Anggerik. Take noted!”
Kalut Anggerik mengangguk apabila Ahqaf tiba-tiba memandangnya. Tak pasal dia pula terlibat sama. Siapa bos sekarang ni? Ahqaf memang boleh buat darah tinggi dia naik.
“Remembers. Papa tak nak dengar lagi yang Along buat semua kerja tak senonoh dekat luar sana. Jangan sampai papa panggil grandma datang kesini. Along sendiri tahukan apa yang grandma akan rasa...” Kali ini Rizky terpaksa menggunakan nama Mummy nya.
Dia tahu kelemahan si anak. Memang Ahqaf manja dengan dengan Mummy nya itu. Disebabkan Mummy pernah jatuh sakit la Ahqaf berubah sedikit. Kalau tidak dulu, perangai macam jin bertendang. Tidak boleh dikawal langsung. Bila dimarah saja. Lari entah kemana.
“Tak perlu nak ugut Along. Huh! I know la, papa.” Kali ini Ahqaf terus bangkit.
Tali leher yang bersimpul di leher dia rungkaikan kasar. Kemudian dicampaknya sahaja ke lantai. Langkah di atur deras menuju ke pintu. Sakit betul hati dia bila Rizky Dhan sudah pandai mengugut. Tak apa. Enam bulan ini sahaja. Lepas ini jangan harap dia nak tunduk. Tidak akan!
Anggerik turut bangun sebaik sahaja melihat Ahqaf bangkit. Namun ketika dia ingin turut menerobos ke pintu keluar.
Bang!
Terhinjut bahunya apabila pintu itu terlebih dahulu dihempas kasar oleh Ahqaf. Mujur sempat brek. Kalau tidak memang penyek hidung dia. Derhaka punya bos!






20 ulasan:

  1. Ishhhhh gerammmnyaa dgn si bebal niii������...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahaii kak mona ismail. Rilex kak... Jgn hilang keayuan sbb bdk aqaf ni. Kikihkih

      Padam
  2. Hermm.. Asal jahat sgt ahqaf ni xde moral lgsg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aqaf mmg begini sis abby. Nama pn bad guy...heheee

      Padam
  3. Balasan
    1. Heeehe... Sabar2.. Tarik nafas pnjg2..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. akak nie sambungan cerita pencuri hati kisah anak diorang plak yew?? akak update lah citer pencuri hati.. pleaaseeeeeeeee :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer yunk. Ni kisah anak gun dan ara... Hee..novel tu dah ke versi cetak la yunk..

      Padam
    2. ooo yew kew?? tak tahu plak.. heheh.. nnti sy try cri.. heheh.. bila terbit kak?? heheh

      Padam
    3. Terbitan october yunk. Nanti pm ja fb october love. Keluaran julai 2014. Kalau tak jumpa cari,pm fb akak yer..

      Padam
  6. Perhhhhhh ... Perangai evil Gila ��������

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okey. Sila bg penendang sekali dua pd aqaf zaity... ngee..

      Padam
  7. Makin menarik cerita ni :-D geramnya kat ahqaf sian anggerik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Onnie. Mujur juga anggerik ni reti juga melawan. Kalau tidak lagi kesian..

      Padam
  8. stresssssssssss......umar behave...jgn kasar22..kang anggerik lariiii jauh222

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anggerik xkn mampu lari bada. Langkah umar lg pnjng..

      Padam
  9. hai Ahqaf..jgn sampai langit jadi rendah mksudnya time tu leopard Anggerik dah jd singa+godzilla..rase nk bg seketul penumbuk,sedas penyepak..kak Ilah..sambung lg~

    BalasPadam
    Balasan
    1. I will laling. Tak esok. Lusa akak update yer...

      Padam